Tuesday, January 22, 2019

Bumblebee movie

Assalamualaikum..

cerita malam tahun baru.
takla basi sangat kan?
😁😁

cuti skolah tahun lepas, kami tak kemana2 pun.
takda sebarang plan sebab mama busy dan huru hara. haha
mujurlah jugak tak kemana2 sebab tetiba papa sakit.
tu nnt cerita lain..

anak2 pun mereputlah bersama2 kat rumah.
cuti sekolah, diorg tinggal kat rumah pengasuh.
ada hari aku ambik cuti.
abang aku anak beranak balik.
bawaklah pegi mandi manda kat The Carnivall kat Sungai Petani.
so, takla mereput sgt. hahah

ada la plan nak g jenjalan dekat2.
tapi papa tak sihat.
2 minggu jugak la huru hara tu.
kesian anak2 sebab makpak huru hara.
dgn aku struggle nak siapkan FYP.
last dah, so kena pulun.
mcm2 rintangan btul nak siapkan.
alhamdulillah dah siap, tunggu markah je,
soon, kita share yeh.

lepas papa dah ok, bawaklah budak2 keluar sket.
tgk wayang je pun.
tapi Perlis ni nan hado, so kena ke Alor Star.
budak2 ni kalau dengan nak tgk wayang, uish kemain menggedik.
kalau org lain, mungkin biasa.
tapi tak pada anak2 aku.
sebab aku tak ajar sangat.
once in a blue moon gitu..
bila sesekali ni, diorg lebih menghargai.
plus, nak keluar ke alor star tu pun kadang2 aku malas. hahah
sejenis yg suka mereput kat rumah.
habis 1 family gitu. mujurlah hehe



kemain seronok 2 ketoi ni.
plannya nak dinner skali, tapi tak sempat.
sebab diorg kat rumah mak aku hari tu.
balik keja, kami laki bini siap2 dlu, lepas maghrib baru jemput diorg and terus pergi.
sampai rumah mak aku, skali lauk dinner sedap lah pulakkkkkkkkkkk.
hahahaha
air tangan mak kan, walau simple tetap lah menggugat selera.
so makanlah dulu, kang mak kecik hati.
jadinya pergi tgk wayang jelah.

mengekeh gelak dua org ni.
layan sgt movie tu.
cerita yg ringan. mudah nak faham.
lawak pun ada so budak2 suka lah..
ok la pada aku..
permulaan mcm mana si Bee ni hilang suara.
kira mcm throwback punya cerita.
alah, dah lepas lama dah pun.
rasanya dah habis tayangan kat panggung pun.
aku je baru hegeh nak update. hahaha



kesayangan mama papa.
penyejuk hati dan juga penaik darah.
hahaha

balik tu cadangnya nak tgk firework sbb new year kan..
tapi kang jln jem, esok keja.
so, balik terus jelah.
2 ketoi tu, terlena dlm kreta.
almost 1am jugak sampai rumahnya..
kisah mlm tahun baru kami..

No comments:

Post a Comment