Wednesday, January 23, 2019

Dugaan penghujung 2018

Assalamualaikum..

nak share sikit kisah pak incik aku ni ha @ suami.
panjang sket lah ye ceritanya.
dugaan penghujung 2018 utk kami sekeluarga..
Alhamdulillah, walau huru hara, semua selesai dgn izinnya..

nak dijadikan cerita, bln disember lepas.
hari ahad, 16 hb tu papa kata dia sakit perut.
ahad selalunya kami balik rumah mak pak aku.
saja balik ziarah diorg, mkn kat sana. rutin mingguan.
ptg tu dia rasa sakit perut, membawak ke mlm.
mlm tu dia takleh tidor.
duk menggelupor sakit. kejap2 kejut aku.
ingatkan angin or gastrik.
so bagi ubat angin and tahan sakit, tak jalan.
sapu minyak angin, muntah bagai.
hujung2, kami dua2 takleh tidor.
esok pagi aku pening kepala.
hantar anak2 pegi rumah pengasuh, kami dua2 pegi klinik.
husband dapat mc 2 hari, skali dgn aku mc tapi sehari jelah.
pening wehh..
doc kata maybe angin or gastrik cara sakit tu.
blk tu, mkn ubat, mcm dah ok.
so, dua2 lena kaver balik semlm punya.
esoknya, aku keja.
dia mcm ok.
lusa tu sakit balik. kau kat opis, ayah call bgtau anak dia duk kelupor sakit.
aku pun laju2 lah balik rumah.
knowing lelaki ni kan, penakut sangat nak pegi spital.
rasa nak cepuk2 je. mujorlah suami.
kalau anak, mmg aku cempung bawak masuk kreta jelah.
awal tu dia panggil kwn ayah datang urut sbb duk kata angin.
dah urut, tapi tak hilang jugak sakitnya.
ptg tu pegi balik klinik yg kami pegi sebelum tu.
bgtau doc begitu begini, dia suruh pegi hospital terus.
dia buatkan refferal letter skali.
cara sakit tu mcm batu karang.
sebab sakit sebelah kiri.
and dia dah kencing berdarah almost 2 bulan!
haiyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..
boleh dia buat mcm takda apa. sebab kencing berdarah tapi tak sakit.
haishh istigfar panjang aku.
so, gegas la ke hospital. around 4pm masa tu.
org tak ramai kat kecemasan masa tu, mujurlah.
so cepat la jugak treatment tu + dia duk kelupor sakit.
ada referral letter tu sama, keja jadi mudah sket.



sampai bahagian kecemasan Hospital Kangar, terus diorg bawak masuk ruangan tu.
utk cucuk ubat tahan sakit.
berpusing2 dia cari bini sebab takut jarum nak bini teman. aiyooooo
then, diorg tolak masuk dalam utk next treatment



rest kat dlm sementara tunggu turn doc datang check.
bl ubat tahan sakit dah meresap masuk badan, dia ok sket blh tidor.
sblm tu duk gelisah sbb sakit.


doc datang check, tgk surat and cara cerita tu mcm batu karang lah.
so, buat urine and xray.
dlm urine masih ada darah walau zahirnya urine nmpk jernih.
dah masuk lab baru nmpk doc kata.
xray tak nmpk batu tu kat mana sebab ada najis bnyk.
dia sembelit almost 4 hari dah.
sebelum ni dia tak da masalah sembelit, jenis membuang hari2.
tapi sejak duk sakit tu jadi tak blh membuang.
treatment ptg tu cucuk ubat tahan sakit kat bontot, and bwk balik ubat sebeban.
pkul 8.30 jugak baru setel kat hospital.
anak2 lepas tu baru aku g jemput, mujurlah cuti skolah kan, diorg kat rumah pengasuh.
dapat surat dari doc bahagian kecemasan tu utk refer ke SOPD, utk susulan check batu karang tu.

balik tu, dapat lagi mc 2 hari.
so setel seminggu mc dari isnin sampai sabtu.
sakit tu mcm berkurang dia kata, kadang2 ada la datang.
tapi duk mkn ubat tahan sakit tu, so blh tahan.
dari cerita kawan2 aku, mostly kata kalau kena baru karang ni, sakit ya amat.
ya, berguling2 laki aku.
jenuh nak melayan.

Ahad, 23hb 12, kami ke KMC Alor Setar.
nak futher check up.
jumpa Dr. Murali atas cadangan kwn2 yg biasa ke sana.

ahli rombongan yg ikut.
kena usung skali budak 2 ketoi tu sbb takda yg menjaganya.
nak tinggal ngan wan (pak mentua) mcm tak sampai hati kut lewat balik ke apa.
budak2 ni kang buat perangai ke apa susah jugak.
so, bawak semua+kak ipar ikut skali.
Amni ada kak Hana dia, ok dah. berkepit ja 2 org tu.
Aniq tu, adoiiii aktif nau.
bukan dia kisah pun org ramai ke aapa, kalau dia rasa nak jadi otromen, resaksa, dia jadik je.
sorang2 pun jadi keja budak ni.
ko kena keep eyes on him jelah..

tak lama tunggu turn utk jumpa doc Murali tu.
dia check gitu gini, ya suspek batu karang.
and buah pinggan nmpk bengkak sikit dah sebab dah lama biar and tahan sakit tu.
husband kata, dia kencing berdarah almost 2 month since jaga arwah mama dia kat hospital.
tapi sebab tak sakit, dia abaikan.
rasa nak tumbok je dengar dia cerita tu. haishhh
dia ada insurans company, so minta KMC checkkan.
and lepas, blh guna.
so doc suggest masuk wad buang terus batu karang tu.
ada option lain, ambik ubat dlu, mkn and soon datang check semula.
tapi tak janji hilang la.
blh la if kita nak, tapi nak bayar cost out patient tu mahal uhuk uhuk..
yelah, kena check slu, ctscan bagai mana tak mahal kan.
private hospital wei.
so, decide warded jelah.
oh, kak ipar aku masuk jumpa doc skali.
kalau aku sorang kang ada keja yg tak jalan dgn laki aku ni.
penakut apa benda entah laaaa. stress aku nak hadap.
dia jeling2 jugak la masa decide warded tu sebab dia tak nak. hahah
kuasa veto, masuk jelah.
kang nak membayar out patiet blh pitam nak korek mana.
dah la pegi tu berlenggang je, apa ke benda pun tak bawak.
takpelah, tu cerita kemudian.
masa tu dlm pkul 11pagi

bila dah decide nak warded, nurse akan check begitu begini.
kita takyah buat apa2, ikut je diorg.
efisien sgt keja. hehe

memula ambik darah, pasang branula, pastu pegi ctscan.
pastu naik semula uruskan hal masuk ward check insurans bagai.
then naik ke bilik.
within 1 hour, setel dah blh baring.
fuhhh laju. private kannnnnnnn. hahaha
masuk bilik, nurse datang check darah gitu gini, pastu diorg hantar lunch.
mujurlah sempat dapat lunch lagi.
then aku nak balik rumah dlu utk ambik barang2 dia.
mana dgn lapar dgn budak2 lagi.
kebetulan masa tu mak and adik2 aku takda, balik Thai, tu yg usung budak 2 ketoi tu skali.
oihh huru hara gak la. hahaha
sebab pegi hospital kan, kalau pegi holiday lain cerita dia.
mujurlah kak ipar aku ikut, hal hospital bnyk dia uruskan while aku tgk anak2.



muka tak puas hati sebab kena pasang branula.
hahahaha
klakor weh masa ni, kami keras perut gelak ke dia.
masuk bilik treatment tu ingat buat apa, rupanya diorg ambik darah and pasang branula siap2.
kawan dah la tak ready and tak berapa nak mau duk spital.
kehkehkeh...
duk buat teruk sbb kena pasang branula tu.. hello bang, ni yg dah brapa kali branak ni lebih pada tu pasang bang oii


ward kat aras 5.
sampai je ward, nurse terus datang check tekanan darah bagai.
laju betul. bagus.


sebelum aku balik tu sempat lagi husband lari ikut skali pegi 7E beli rokok.
dgn branula kat tgn, buat kering je. hadoihhhhh
pastu dia sakit, ha menggelupor la dlm kreta.
naik wad, diorg cucuk ubat tahan sakit, so lega.
bawak anak2 g mkn, pastu zasss balik.
sampai Kangar dalam pkul 3.30ptg.
solat, mandi, kemas2 barang dia pastu siap2 pegi Alor Setar semula.
lepas asar, solat baru gerak pegi sana.
Amni aku tinggal rumah mentua, main dgn kak Hana dia.
Aniq aku bawak. sorang ok, kalau 2, huru hara.
pegi hantar barang2 husband. kak ipar aku temankan.
sampai sana pkul 6 mcm tu.
Aniq dah selamat tidor dlm kreta, letih dia pun.
aku pun letih, tapi apakan daya.

sampai wad, tgg dia mkn, mandi.
lepas maghrib baru aku kami balik.
doc dtg melawat dah pkul 430 mcm tu katanya.
esok maybe tghr masuk O.T utk buat prosedur buang batu karang tu.
result ctscan dah keluar, ada batu kat pundi kencing.
tak besar mana pun, tapi sakit ya ampun.
sabaq jelah.

blk mlm tu sampai rumah dlm pkul 930.
letih mmg tidor terus je.

esok pagi, kemas barang aku and anak2.
sebab mlm tu aku kena temankan husband kat ward.
anak2 hantar ke rumah pengasuh mcm biasa.
nnt petang adik aku ambik bwk balik rumah dia.
mujurlah diorg balik dr Thai hari tu.
kalau nak, kena cari alternatif lain mana nak letak anak2. hehe
tgh siap, dia call bgtau buat pagi pulak.
pkul 9 pagi nak masuk OT dah.
aku baru nak gerak dari rumah.
so tak dapat temankan dia pagi tu.
takpelah, sikit je kan.
bersungguh la dia pesan suruh datang cepat nak bini ada kat sini.
oihh over. hahaha

aku sampai sana dlm pkul 10.
laju2 la naik tgk laki, apa jadi dah.
haha


tak sedar lagi masa ni.
bius penuh.
so, mereput la aku tunggu.


pakai tiub kencing, so ni la urine hari pertama lepas masuk OT
seram tgk sbb keruh nauuu.
next day baru merah.
doc kata biasa mcm tu sbb baru lepas masuk tiub buang batu karang.


husband dpt blik 2 org.
semlm sebelah dia tu dah nak check out. pagi ni datang dah ada jiran baru.
uncle china.
kuat nau pasang handphone layan youtube.
lama2 tak tahan aku tegur jugak lah.
kejap je, pastu naik balik volumenya. aduihhhh sabaq jelah

tghr baru dia sedar.
nurse kata blh mkn minum dah.
tapi dia mkn sket je, mamai ngantuk semua ada.
tidor jelah.
aku jelah ngap makanan dia. aku pun takda bawak bekal apa2.
beli roti biskut kat kedai bawah je.
food sini sedap jugak. semua habis licin kami makan.
private kannn hahaha..
slalu laki aku mkn bnyk tapi dah gini jadi tak berapa lalu mkn.
so kami share je.



mkn malam.
dia request bubur. oii bukan tebuk perut pun bang. hahah

petang tu dia sedar elok dah.
doc datang melawat bgtau semua ok.
esok pagi tiub urine dah blh buka. so now tak blh gerak bnyk sgt.
ngilu wohhh pakai menda alah tu. hahaha
makanya, kemain la dia meraja.
nak apa2 semua panggil bini ni lah..
doc tak bagi gerak bnyk alasannya
puiiii
baring jelah 24 jam tu. mengiring je boleh.
so, tidor jelah keja dia.
minum pun bini kena sua sampai ke mulut.
amboi manjaaaaaaaaaaaaaa..
sehari semlm la tak dapat mengepam @ isap rokok. hahahaha
padan mukeeee.

mlm tu mereput la aku kat spital.
aku bawak kerusi malas skali.
aku park dari pagi sampai esoknye. takda keluar ke mana2.
malas.
best wei, sebab kat KMC free wifi pastu lajuuuuuuuuuuuu
layan youtube tak buffer langsung.
puas la aku layan drama back to back. hahaha
mlm tu lepas laki aku ngan uncle tu tidor, mulalah aku buat keja.
aku usung skali laptop g sana.
pkul 10++ mcm tu aku mula la keja.
sambung type final year report yg berbaki beberapa hari saja lagi utk disubmit.
sampai pkul 2 pagi gak la baru aku tidor.
dah biasa jadi burung hantu siapkan report.
oh, hari Isnin 24 hb tu aku mmg apply cuti sebab besday akuuuuuuuuuuuuuu..
sambut kat spital thn ni. hahaha
Allah is the best planner kan?
hari selasa, krismas mmg dah cuti.
and selasa dah blh angkat bungkus balik.
yay!



beg semua pagi2 lagi dah kemas.
kerusi malas, 1 beg aku, 1 beg dia. then beg laptop.
tu je. bekas makan ke apa takda. kejap je pun kan.
ada bwk botol air, gelas sudu pingan semua serba 1 ja. tak bnyk.



ada delivery dari opismate dia.
kami dah turun bawah baru sampai bakul ni.
ambik kat lobi je.
tenkiuuuuuu..

pagi tu, dlm pkul 830 doc dah dtg melawat.
bgtau blh balik dah.
nnt cabut tiub kencing, drip smua tu.
and dia kena bangun g blk air test blh kencing ke tak.
dan2 lepas buang tu, terus bangun.
g jln sampai bawah alasan nak bagi kencing.
padahal nak isap rokok. puii

muka excited nak balik.
1st experience katanya.
pakai branula. hahahaha

pungpangpungpang, pkul 12 mcm tu baru setel blh balik.
setel bil, insurans, ubat bagai.
next week futher checkup utk buang sten dlm saluran kencing.
doc pasangkan sten dlu utk buka saluran kencing katanya.
seminggu kena pakai.
sepanjang pakai tu, kencing akan  berdarah.
no worries.
dan sambung mc lagi seminggu.
next appointment is 2hb Jan 2019, hari selasa.

blk rumah, relax lah laki aku.
syok la dia mc lama.
budak 2 ketoi tu pun syok la sbb papa ada kat rumah.
aku sambung keja. takda ambik cuti g jenjalan mana sbb mama is busy.
report tak siap. selagi tak siap tak dak rasa nak g jenjalan.
lagipun cuti dah tak bnyk yg berbaki. tahun 2018 bnyk aku apply cuti.
mcm2 hal berlaku.
so, mereput la anak2 kat rumah.

in between nak menunggu 2hb tu, ada 2 kali laki aku sakit balik.
siap muntah2 keriau guling2 sakit.
taktau lah kenapa, so gegas g kecemasan GH.
doc check rupanya ada jangkitan kuman.
maybe masa pasang sten tu, sbb tu jadi mcm tu.
patutnya kena admit kat GH pulak, tapi dia minta balik.
sbb KMC dah bagi antibiotik.
so just cucuk ubat tahan sakit, then sambung mkn ubat kat rumah saja.
kalau masih sakit, kena ke GH semula.
hujung2 sehari 2 seblm ke KMC ada la dia rasa ngilu sket.
duk tak diam, mana tak sakit.

2hb tu kan 1st day sekolah.
so kelam kabut sket la.
aku apply cuti 2 hari sbb Aniq pun baru masuk Pasti.
lepas setel anak2, gegas pegi KMC sebab appointment pagi.
sampai sana pkul 10++ doc dah ada, terus ke prosedur buang sten.



sementara tunggu doc.
maybe hari tu 1st day sekolah, so KMC lenggang je.
so kerja smua cepat je.
tak lama kami kat situ, dlm 2 jam semua setel.



kemain kain pink ye bang.. hehe

outpatient saja hari tu and takda bius2.
soooooo, sakit and ngilu sket la. hahaha
menyumpah jugak la dia. rasakannnnnnn...
sebab sakit, lepas buat tu pegi lunch dan terus balik.
plan nak merendek laki bini batal. hehe
ngam sampai skolah Amni pkul 1.30 tghr.
dia balik pkul 2, so kami tunggu jelah kat depan skolah.
pastu jemput Aniq skali balik awal.
dan doc sambung lagi mc dia sampai Sabtu.
total mc 2 minggu. langsung tak masuk opis.
kemain diaaaaa..


dan merasa la aku ada laki hantar n ambik balik keja.
hahaha..
kebetulan kreta nak kena servis, so pass ke dia lah utk uruskan whhile tgh cuti kan.
masuk opis next Monday tu, ambik kau
seminggu balik keja lewat sbb keja bnyk. hahaha

now, dah sihat Alhamdulillah.
ramai yg bertanya khabar and datang ziarah.
opismate dia pun ada, sedara mara.
diorg ingat dia operate ke tebuk perut ka apa.
takda2.. sedut keluar je.
ngilu sket je. kikiki..
ramai pesan suruh jaga makan.
tapi, nan hado la klau laki aku ni.
now dlm misi nak naik kan berat badan semula.
dah kuruihhhhh. perut pun dah hilang.
dulu bule tahan ke depannya. hahaha
ramai jugak risau tgk dia kurus..
dia mcm kurang mkn sket sejak duk jaga mama kat hospital dlu.
lepas tu tak sihat pulak kan, ha susut la.
ikut suka lah awak nak gemuk ke kurus ke, asal sihat.
jaga makan tu sebab takut nnt batu karang tu blh jadi balik.
once dah biasa jadi, dia blh datang lagi.
seriau jugak la dgr walau tak la serius mana.
sebabkan malas nak layan sakit mengada tak dengar cakap dia tu.
adoii rasa nak tunjal. sakit, tapi degil.
hujung2 merap ke bini.
sabaq jelah..

so, merasa la dia check in spital. hahah
pastu duk bgtau takmo p dah. sakit.
penakut la kau bang oi..
so, sila jaga kesihatan yeh..
dan jgn lupakan bini ni haaa..
laki sakit, bini sama naik letihnya..
sila sayang bini lebih yee.. 😄😄

No comments:

Post a Comment