Tuesday, January 08, 2019

Selamat kembali ke sekolah

Assalamualaikum..

minggu ni dah minggu ke 2 anak2 kembali ke sekolah
hari ke 5 dah.
so, how para ibu sekelian?
hehehe
kembali menjadi naga jadian di pagi hari?
kehkehkehkeh..

new experience utk aku..
sebab tahun ni anak bujang nan seorang dah masuk ke alam persekolahan.
walau baru 5 tahun, walau cuma masuk ke Pasti, tetaplah perkara baru.
sebab dlu, kakak dia dan anak perempuan.
ni anak lelaki yg manja mengada gatai merelaaaa. hahaha

aku daftarkan Aniq of course kat Pasti juga.
sama mcm kakak dia.
cuma tukar Pasti, bukan yg sama dgn kakak dia dulu.
kali ni daftar kat Pasti yg berhampiran dgn sekolah kakak dia.
senang petang2 nak ambik balik tu sejalan je.
nak hantar pun sejalan jugak.
sebelah2 je pun..
jln kaki pun boleh tapi semput gak la..
around 300m++ rasanya jarak tu.

since tahun lepas aku dah selalu sebut2 cakap dgn Aniq thn ni dia nak masuk skolah.
brainwash la kiranya.
tapi, takda sekali pun yg dia mengiyakan cakap mak dia ni ha..
nak setuju pegi sekolah tu mmg payah benar nak dgr.
ada ja alasan dia takmau pegi sekolah.
adoilaaa..
kakak dia dlu, sebut sekolah tak sabar2 nak pegi.
yg ni, hmmmmm..

pasrah jelah kami laki bini. hahaha

persiapan sekolah, sejak bulan 11 dah mula buat dah.
takda apa pun, cuma beli kain utk buat baju skolah kakak.
tak beli yg dah siap, sebab tok umi ada, dia blh jahitkan.
tapi kena beli awal sebab now tok umi tak aktif sgt dah menjahit.
baju dia pun kadang hantar tailor lain,
hahaha..
ni baju skolah cucu, nak taknak kena jahit jugak la..
masuk bulan 12, bila dapat bonus tu barulah g cari yg lain2.
aku takda la semua beli baru.
Amni jenis yg sederhana mcm mak dia hehe
dia bukan jenis meminta2..
Alhamdulillah..

kasut sekolah kena beli baru jugak sbb yg lama dah kusam sgt.
skolah dia pakai kasut hitam. sama je kotornya pun..
dlu masa nak masuk darjah 1, beriya mak ni beli cap Bata.
thn ni beli kat pasaraya Hari - Hari je.
hahahah...
tapi kualiti pun ok, takda la cikai sgt.
plus design comey, Amni suka.
harga dlm RM28 camtu. jenis lekat tu.
beli sepasang je dlu.
Aniq tgk kakak dia dpt kasut skolah, dia pun nak.
muncung je dlm kedai membebel2 tak puas hati kakak je dapat kasut skolah.
sabaq jelah budak ni.
so beli lah jugak sepasang kat dia kasut putih.
diorg lelong sepasang serendah RM12.
nak habiskan stock, so boleh la..
balik tu kemain menciwi hari2 pakai kasut skolah.
esok2 tak p skolah, siap hang...

beg skolah beli yg biasa ja sebab Amni nak pakai beg lama.
yg darjah 1 dulu beli beg tarik, kondisi masih elok.
ada la calar sket2, but ok je.
aku beli 1 beg galas belakang utk bawak pegi ngaji quran, tapi digunanya bwk pegi skolah.
murah je beli kat kedai kawan aku, RM15.
taktau la berapa lama nak tahan tu.
baju skolah, kain, tudung, kasut tu je yg bli baru.
lain2 takda..
pakai je yg tahun lepas. mostly elok lagi.
kang tgh2 tahun klau ada yg rosak baru kita ganti.
stokin thn lepas ada 5 pasang + 2 yg baru. so blh pakai.
yg aku tambah minggu lepas, singlet n scarf je selai.

utk Aniq, bnyk juga kena beli.
beli sluar panjang. hahaha
sebab dah nak masuk Pasti. dia tak bnyk sluar panjang, bnyk baju sepasang yg seluar pendek.
so kena tambah.
yg aku beli baru dlm 4 helai seluar panjang and 2 pasang baju lengan pendek+seluar panjang.
tshirt tak beli sbb banyak dah.
hari tu maklong dia bawak balik baju Amierul, banyak helai jugak.
elok2 je lagi tshirtnya so blh pakai buat ganti kat skolah nnt.
beg skolah kena beli nak letak baju2 smua.
beli beg otromen, kemain sronok

Amni skolah swasta.
Aniq masuk Pasti sebab dah 5 tahun.
bayar yuran pendaftaran + yuran bulan Januari 2019, habis RM1k.
fuhhh lap peluh. hahahha
tak masuk beli keperluan sekolah.
takpe, duit mak pak usaha cari.
tak mampu, kita sederhana saja.
beli barang ikut kemampuan kita.
ada lebih beli lebih. ada sikit, beli sikit mana yg perlu.
tak perlu ikut org ikut trend nak Smiggle bagai.
mujurlah anak2 aku ni ok je, tak pernah meminta2 nak yg mahal sesaja.
diorg beli kat kedai Eco takpun kat Mr DIY pun dah seoronok dah.
asalkan elok,baru,  diorong suka, ok dah.


and the, the day is cominggggggggggg..



haishhh sebak tgk anak2 dah makin besar.
mom getting older 😜😜😜

day 1, semangat je dua beradik ni.
mama papa dedua cuti hari ni.
ada urusan lain sama.
nnt aku share pasal tu.
Aniq so far, day 1 mudah je bangun. mood ceria sebab excited.



kakak dah darjah 2..
hantar dia dulu. mama yg hantar masuk.
nak tgk kelas baru.
dah letak beg, nak pegi perhimpunan, dia suruh mama balik dah.
hahaha.
big gurl sangat awak!
dia pun dah besar, dah pandai bawak diri.
jumpa kawan, ha ok dah..
minggu pertama ni sekolah dia balik tghr dlu.
start minggu ke 2 baru balik petang.

then hantar Aniq pulak.
kena pusing balik sket je.
masih dlm kawasan yg sama.
kawasan situ tak luas, so pagi2 sesak sket la.



Aniq tak dapat lagi uniform.
ni pakai baju lama kakak dia.
kusam la sket, but ok je.
muka seronok tgk skolah.
aku pass dia ke cikgu kelas.
dr awal dlu cikgu dah pesan, mak bapak takleh tunggu.
lepas cikgu bawak dia masuk kelas 5 tahun, aku pusing2 kat luar tu.
lepas 10 minit camtu, saja la jenguk kut tingkap tgk dia.
duk keriau dahhhhhhhhhhhhhh..
hahahhaha
maybe sebab tak kenai sesapa lagi kan?
nak biasakan diri tu..
aku pun apa lagi, cabut balik terus.
sebelum dia nampak mak dia ni ha.
yg apaknya suruh tunggu, pegi tengok anak.
ishhh kang lain pulak jadinya.
nnt cikgu kata mak tak dengar kata pulak.
so kita baliklah ye..

ambik Amni pkul 2, ambik skali Aniq.
kasik can balik awal 1st day.
lepas ni blk petang sama mcm kakak.
cerita beriya, best la apa la..
esok nak pegi skolah lagi.
nangis kejap je cikgu kata.
gud boy...

next day?
tungguuuuuuuuuuuu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...