Friday, January 25, 2019

Setahun sekali

Assalamualaikum..

azam dan niat dan nak cuba jadikan acara tahunan.
eh, acara pulak.
pencapaian tahunan. hehe
Insyallah moga Tuhan permudahkan.



Alhamdulillah dapat habiskan bacaan al-quran tahun lepas.
beberapa hari sebelum besday aku.
2018.

ada lagi org yg lebih hebat.
sebulan sekali dapat khatam quran.
aku ni, setahun sekali. huhu..
takpelah, mungkin ni yg terbaik dari aku.
org lain, lain kisahnya. kita kira kisah diri sendiri dah la yeh..
daripada takda langsung kan..

aku mengaji ni mlm je, lepas maghrib sementara menunggu isyak.
kadang 3 helai, kadang lebih.
ada hari aku baca surah al-waqiah, surah yassin or kahfi saja.
so tak sambung bacaan aku.
selalunya sambung baca la, kadang2 selit al-waqiah tu.
baca al-waqiah dulu, pastu sambung baca dlm 2-3 helai.
bulan puasa, ha laju.
sebab maghrib dan subuh aku mengaji.
lepas sahur sementara nak tgg subuh.
so, sebulan puasa tu blh dapat banyak juzuk.
pernah cecah 13 juzuk 2 thn lepas.
sebab pulun betul.
thn lepas berkurangan tinggal separuh. huhu.
sebab tak baca hari2 pun.

2018, Amni masuk darjah 1.
so mlm2 tu bnyk masa ke dia.
blk skolah, masak makan utk dia.
mlm tu tgk dia mkn, homework dia, tgk beg skolah dia.
tu yg agak kurang.
thn2 sebelum tu dia masih di pasti, mak relax sket la.
dah masuk skolah, dia pulak tidor awal, then dgn mak skali tidor. hahaha
hujung2 tu aku busy dgn fyp, pastu duk ulang2 alik jaga arwah mama.
jadi bacaan jadi kurang.
cuti skolah bln 12 tu, ha aku pulun balik sbb mmg target nak habiskan jugak.
Alhamdulillah dapat.

so, utk tahun 2019 ni, sama jugak.
nak habiskan al-quran.
paling kurang, by end of this year kena habis.
sehari 1 muka pun takpe kan?
jadikan kebiasaan.
al-quran ni kalau kau tinggal lama tak baca, nak mula tu mmg malas.
pastu bacaan akan jadi tak lancar.
aku pernah tak baca 2 minggu mcm tu.
nak mula tu mmg rasa berat.
biasalah, syaitan tu kejanya menghasut je kan?
manusia pulak  mudah lalai, so terbengkalai semua keja baik2 ni.
bila dah mula baca, rasa tak blh tinggal.
dapat 2 muka pun jadiklah.
jadi rindu..
pastu ko akan rasa tenang masa mengaji tu.
mengaji je tak pikir apa2.
selalu bila aku mengaji, kalau husband ada, dia akan tutup pintu bilik, bwk anak2 main kat luar.
tak bagi diorg kacau mama mengaji.
me time mama. heheh
kalau apak diorg takda, kadang aku buka tv biar diorg kat luar.
kalau tak, diorg duk main dlm bilik je dekat2 aku.
benarnya bagus biar diorg tgk kita duk mengaji kan?
nnt diorg ikut apa kita budak.
masalahnya, aku takleh fokus bila diorg duk bising main tu.
baca benti baca brenti sudahnya nak marah je. hehe
utk kepentingan bersama, ha pergilah korang layan katun kat luar.
esok dah besar diorg fahamlah.
selalu tgk mama ni duk mengaji, nnt diorg ikutlah.
Amni dah baca quran dah skang ni. masih merangkak lagi, but sokay..
slow2 kakak yeh. now masih juzuk 2.
tahun depan turn Aniq pulak, hantar dia mengaji.
sama mcm kakak, mula masa umur 6thn.
nak hantar thn ni, ermm mcm tak yakin je.
sebab dia main bnyk. hahha

al-quran aku tu lama dah berjasa.
since 2005 klau tak silap.
masa mula kerja.
nak berkat duit gaji, beli al-quran.
nak lagi berkat kena selalu baca lah kan?
elok lagi quran tu sampai la ni.
bukan sebab tak guna ye. blh kata tiap2 hari guna dr 2005 sampai la ni.
tapi sebab aku sorang je duk guna, maka terjaga elok la quran tu.

korang mcm mana?
yg tak pandai baca, takpe..
belajar slow2.. tak kisah umur berapa, tak pernah terlambat utk belajar kalam Allah ni.
cuba dgn yg mudah2, lama2 mesti blh.
ada je yg dah umor 30an masih tak pandai mengaji quran.
tak perlu malu.
lagi malu kalau sampai sudah tak pandai baca.
usaha...
doa, Insyallah Tuhan bantu.
aku dulu masa skolah rendah, mak aku mmg siap rotan kalau malas mengaji.
tiap mlm Jumaat kena baca surah yassin.
bila datang malas tu, baca nak taknak je.
pastu siap la kena petir, kena libas ngan rotan.
masa mengaji tu sebutan kena jelas, biar dia dengar the whole surah yassin tu.
kalau tak esok ko jangan bercakap. sbb suruh mengaji tak dengar suara sangat hahaha
mujurlah mak aku tegas dulu bab ni, membawak ke tua ni ha blh mengaji.
kena pulak dulu guru quran aku garang ya ampun.
arwah dah pun, lama dah..
sebab dia garang la aku lancar mengaji.
Alhamdulillah...
bab solat, mengaji mmg mak aku tegas.
mujurlah kan? bahagian masing2 lah ni..
kami adik beradik, sekolah rendah tu semua dah khatam al-quran.
paling hebat adik bongsu aku la.
darjah 1 dah habis al-quran.
aku dlu lambat jugak la, darjah 5 klau xsilap.

so, jom korang semua.
kita mulakan baca al-quran.
tanamkan niat buat semua ni kerana Allah, nak pahala dari dia.
Insyallah dia permudahkan..
percayalah..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...