Monday, January 21, 2019

Surat dari Amni

Assalamualaikum..

kisah anak dara nan seorang..
Amni ni sukalah sangat tulis, lukis mcm2..
budak nak besar, umor 8 thn.. gitulah perangai dia
dia suuuuuuuka beli buku tulis.
kalau pegi kedai, minta buku cerita dan buku tulis.
bukan buku tulis biasa yeh..
nak notebook yg lawa2 tu.
dulu2 aku belikan lah
tapi..
lepas dpt tangkap dia suka tulis dan koyak, makanya mak beli buku kat kedai eco sajalah
geram oih
beli yg lawa2, mahal la jugak, dikoyak2nya.
dia tulis, lukis mcm2 lah, pastu koyak and tampal kat mana.
kalau lukis tak jadi ke apa, dia koyak, buang.
oihhhhhhhhhhhhh
mendidih mak hang
kadang2 buku skolah. aduduuu
petang2 lepas skolah, sementara tunggu mama sampai, duk lepak ngan kawan2, melukis la keja depa.
kadang2 buat sportcheck beg, mcm2 kertas la jumpa.

tulis lukis tu bagus dah.
kadang tulis ngan kawan2.
mcm2 lah ditulisnya..
nama kwn lah, surat utk kwn2 lah.
pastu lukis pulak.
lukis tu mcm2, nak gelak pun ada, tapi tahannnnn
tak baik. heheh
dah tu minat dia, biarlah. asal tak mudarat kan?



ni surat lama.
tuntut janji la ni. hahaha
mama selalu dah dapat surat dari dia.
ada yg simpan, ada yg missplace, ada yg dah buang.
surat pelik2 pun ya.
tah apa2 ditulisnya..



kurus nau mama awak.
bagusssssss.



utk mama lagi..
utk papa takda. hahaha

aku suka je dia tulis2 ni.
boleh tengok tulisan dia.
kadang2 aku hangin jugak tgk tulisan dia ni
sukahati ja nak tulis atas garis, pastu huruf kecik besar main hentam ja.
ada kwn2 aku kata tulisan Amni lawa.
ikut standard mama, tak cukup lawa lagi ni. hahaha

now fasa menggila lukis unicorn.
pony la apa lagi.
adoihh nyampah pulak aku tgk. hahaha
takpelah, layankan jelah.
paling suka layan, apaknya lah.
siap printkan drawing gambar pony bawak balik bagi dia kaler.
sebab tak bnyk lagu drawing book unicorn.
suka sungguh la dgn pony tu.
hari2 layan kartun pony, naik nyampah aku.

No comments:

Post a Comment