Friday, March 22, 2019

Otromen terbang

Assalamualaikum..

kisah anak jantan nan seorang.

bila ko dah ada sepasang anak, ko boleh nmpk perbezaannya.
beza sgt la 2 beradik ni..
kakak tu cara perempuan la tapi dia tak girlish sgt.
sbb maknya tak begitu.
dia garang and kasar jugak, takda lemah gemalai.
suara pun kuat. hahah

si adik, hero haruslah cergas.
adoih urut dada aku.
dah umur cecah setahun camtu terserlah kelasakan.
kemain ligat. tak reti duk diam.
standard la budak lelaki kan? tapi takda la sampai tahap hyperaktive tu.
tu penyakit lain.

dah masuk umor 4-5 tahun ni, dia dah cerdik, bercakap kemain pandai.
anak2 aku semua sama, pandai bercakap dulu.
kemain dua beradik ni menjoyah.
kadang tak terlayan sebab dua2 cakap bnyk.
mengikut mak gaya ni hahaha

then budak lelaki kan?
of course la suka yg lasak2
Aniq ni kalau kami tgk movie yg cerita lasak2, mmg dia suka.
cerita super hero pun dia suka.
Avengers tu rilex je dia layan sama naik dgn kami.
semua superhero dia tau lah sebab mak pak nyer duk layan.
tapi takda la dia jadi ganas ke apa.
cumanya dia ada la tiru aksi superhero tu like spiderman tu.
pastu kalau dapat apa benda kat dia kadang dia buat lah mcm duk berlawan lawan duk hiyakkk hiyakk tuu
kadang jadi otromen, kadang jadi spiderman, mcm2 lah
ikut suka dia..
yg selalu otromen lah sebab selalu layan kat channel 611



baju otromen.
nak salahkan anak pun mak yg belikan. hahaha
dia suka sgt lah kalau dapat pakai baju mcm ni.
dan2 perasan jadi otromen meloncat sakan.
makanya aku jarang bagi pakai sebab nnt mama jadi mangsa dia. hahaha
tapi mcm aku cakap tadi la, takda ganas pun.
ada 3-4 pasang jugak baju superhero dia.
kalau aku bagi pakai tu, suka sangatlah.
mujurlah jugak dia bukan jenis memilih..
takda la sampai nak pakai baju tu all the time.

dan baru2 ni..
otromen pun beraksi sakan.



otromen terbang kut atas kerusi.
sudahnya tak lepas, gedebukkk jatuh ke lantai.
pecah la sket mulut tu.
tumpas la sang hero.
tersedu2 menangis. hahahaha
aku ni nak gelak ngan nak kesian sama bnyk.
dia punya keriau tu, adoihhhhhh..
sakit tu yelah, mengada tu pun ye jugak.
2 minggu lepas mcm tu wan dia jatuh bilik air, mulut pecah mcm ni jugak.
dia takut la kut dia kena mcm wan dia, kena bawak pegi hospital
tu yg keyau sakan. hahaha.
sambil keyau, mulut tu duk merepek mcm2.
mujurlah tak bnyk sgt darah tu.
pastu bgtau dia tak blh p skolah kena cuti 2 minggu.
amboiiii engkauuu.
sehari je mama bagi cuti tak pegi skolah.
sikit je pun kenanya..

now dah lega dah.
serik la kejap nak melompat tak tentu pasal tu.
selamba dia je terbang kut atas kerusi tu
bajet lepas, skali tak. hahaha
sakit mulut, nak ambil botol air pun tak leh dah.
berlakon kuat ni.


No comments:

Post a Comment