Tuesday, April 23, 2019

Kisah PJJ yg akhirnya ada kesudahan

Assalamualaikum..

setelah lama menunggu..
pagi ni sesaja nak check lagi..
* sebenarnya dah kerap check tapi hampa * hahaha
dah ada jawapan ni baru blh share.



Alhamdulillah...
syukur sangat
mcm nak menitik air mata. hahahaha

sebab aku ja tau susah payah aku. apa yg aku hadap apa yg aku lalui.
walau pun sekadar ijazah..
kasut kita tak sama.
lama tau aku start ni.
kalau org lain mungkin dah setel sampai phd dah.
hahahaha
like i said, kisah kita tak sama.
kau mampu, aku belum tentu..
walau tak sesusah mana, tapi aku ada alasan aku.

kalau ikutkan, follow semua apa yg OUM aturkan, 3-4 thn dah blh habis.
aku start sebelum aku kawen lagi. so bayangkan berapa lama? hahaha
3 kali beranak, 3 kali aku extend. sekali extend bukan 1 semester yeh.
setahun terus. hahahaha
masa mengandungkan Amni, aku extend setahun setengah.
extend dr pregnant sampai beranak. exam pun aku tak pegi sebab letih sgt + tak study.
aku alahan agak teruk masa tu, so takda pilihan.
assignment pun tak buat, kelas tak pegi, sudahnya exam pun tuang.
ikut sayang, mmg lah sbb dah bayar kan. tapi tak mampu.
lepas tu, nyaris nak stop terus dah sebab malas dah.
aku extend lama.. almost 4 semester kut.
bila nak sambung balik kena buat surat permohonan. huhu
OUM ni  setahun 3 semester. kalau ko pulun, mmg blh habis cepat.
1 sem dia offer 3 paper. tapi aku mostly bawak 2 papers saja. tak larat weh
plus, tak sempat nak kejar.
masa aku utk study mlm weekend saja.
org lain mungkin takda masalah nak study or buat assignment bila2 masa.
tapi aku tak. utk assignment, aku blh buat waktu mlm yg sunyi sepi saja.
so masa weekend tu, kadang start dr pkul 10 mlm lepas anak2 tidor, nuuun sampai subuh.
aku blh stay back. nak2 kalau dah hujung2 due date. hahaha
aku takleh buat keja kalau anak2 duk bising. tak leh tumpu.
kadang ambik cuti nak buat assignment. duk sensorang kat rumah ha pulun lah kau.
esok nak due, hari ni duk ketaq kepala tak habis lagi.
due pkul 12 tgh mlm, pkul 10 mlm aku submit.
seriussss. selalu okeh! hahaha

selain masa, kewangan pun kekangan terbesar. huahua
merata  la korek nak bayar yuran. personal loan pun menyumbang la.
bukan murah wei walau PJJ..
1 semester utk 2 papers tu 1k++ jugak.
pernah ambik 1 paper saja sbb takda pitis. dlm rm700 gak la
ambik 1 paper senang nak tumpu tapi rugi pegi kelas la.
kelas dah nun kat Alor Star, jauh gak.
then tak padan nak berulang pegi 1 kelas je.
1 kelas, 2 jam. pegi jap pastu balik.
so, mostly aku ambik 2 papers utk 1 semester.
3 papers tu utk utk setahun pertama ja. lepas tu takda dah.
ada kwn sekelas aku yg sesaja aku sembang2 tanya, siap ambik 4 papers.
sebab nak cepat habeh. uii sempat ka huhu.
tak mampu la aku.
2 papers ni pun asyik send assignment hujung2, kalau 4 papers, mau ada yg terkincit  tgh jalan.

tapi tulah, kisah kita tak pernah sama kan?


utk hujung2 ni aku skor jugaklah.
so pointer naik Alhamdulillah.
masa pertengahan, drop jugak sebab kes aku tak pegi jawab exam tu.
pastu ada 1 paper aku failed. jem btoi.
jenuh pulun nak naik balik.
dah repeat, mujur result ok subjek tu.
so far, takda la gempak mana overall pointer last (CGPA) aku tu.

yg buat aku terharu sayu sadis is final project tu.
uiii kisah airmata btoi. hahaha
2 semester utk setelkan project tu.
aku kan jenis manusia buat keja last minit.
so utk project ni aku buat mcm tu jugak la mula2.
anggap mcm buat assignment biasa. dah nak habis 1 sem baru gelabah biawak.
amekkauuuuu..

OUM ni semua benda online. ko lupa, habis.
daftar apa2 semua online. terlepas due date, blh daftar lagi, tapi denda.
skali denda RM100. pahadan muhkerrr. hahah
aku pernah kena, lambat daftar semester, kena la.. klau tak, kira extend.
taknak rugi masa, pejam mata, bayar jelah.
bz ke benda lain, aku tak perasan ada mesej kat hp utk daftar ke final project.
lagi 2 -3 hari nak due date, baru perasan. mula la gelabah log in portal nak check.
portal diorg ni lengkap semua, tinggal ko pandai cari dgn tak je.
mujurlah sempat, daftar, carik supervisor bagai.
aku pilih lecturer dr semester lepas utk jadi supervisor.
mujurlah dia ok, and setuju.
setel bab tu. pastu bab tajuk. dah submit semua nama supervisor and tajuk, blh start buat keja la.
tapi aku ni tau lah, buat dek dlu. hahaha
kena lak kat opis blh tahan membizi.
weekend terbongkang rehat jelah.
bila nak start masalah kat software pulak. dah gatai p cari supplier nun sampai amareka mana hala tah, padan la muka. ahaha
sudahnya aku tukar tajuk. buat phone apps jelah senang.
now mcm2 ada dah, yuran pun tak mahal mana. kenalah melabur sket.
bila nak start, mak mertua aku pulak tak sihat. ulang alik hospital jaga dia.
dugaan betul. aku doa jelah minta Allah permudahkan urusan aku.
jaga mama kat hospital @ rumah, kerja, rumahtangga and final project aku tu.
kena pepandai bahagi masa, letih pun kena lawan.
tak lama mama sakit, Allah dah panggil dia. al-fatihah utk mama..
lepas tu aku pulun sket la. setel bab apps, bab writing tu blh tahan mencabar. hehe
dah hujung2, supervisor aku ke umrah, so aku takleh ganggu dia la kan?
dia pun bnyk bantu aku, Alhamdulillah..
nak jadi cerita, husband aku masuk wad pulak. hahaha
on my birthday okeh! sabaq jelah
kena batu karang. sakit kelupoq2 so warded buat terus jelah sebab ada insurans cover.
aku ni pegi jaga dia semlm, usunglah laptop buat keja kat sana. dapat jugak la menaip 3-4 helai.
wifi kat sana lajuuuuuuuuuuuuuuuuu. hehe
pungpangpungpang, siap jugak akhirnya dgn izin Allah.
dgn bantuan  supervisor aku. mujurlah dia baik dan tak bnyk songeh.
mudah je semua. tq sgt utk dia...
doa mak bapak aku sama kut utk aku.
masa duk ulang alik hospital dlu, mak aku ada datang tgk anak2, tolong jaga diorg, tolong masak.
dan aku ada minta ke mak aku, doakan aku kuat je. heheh

lepas submit, dlm sebulan lebih mcm tu keluar result.
dapat A. Allah menitik air mata aku.
bukan sebab projet aku tu hebat. tak, biasa je pun. rasa mcm tak layak je dpt A.
tapi sebab usaha aku, dan apa yg aku hadap.
cuti pun kerap ambik hujung2 tu.. Tuhan je yg tau.
masa writing report bila buntu rasa nak give up, nak  nangis je.
siap bgtau supervisor, ni je yg mampu aku buat. lantak lah nak dapat apa pun.
dah refer kesana ke sini, google mcm2..
pernah aku ambik cuti 2 hari + weekend, laptop aku langsung tak off.
anak2 pun bnyk husband yg uruskan. dia tgk aku serabut, dia handle anak2.
mujurlah dia faham and bantu walau tak banyak.
kena submit hujung December. tgh huru hara, cuti skolah.
bertabahlah anak2 aku mana pun tak pegi. mak ko ni takda mood nak berjalan kemana selagi tak setel final report tu.
bila dah submit, then keluar slip kata dah approve, rasa jatuh beban kat bahu.
lega tu taktau nak cakap. huhu..
terus cakap kat laki, jomlah kita g memana jap.
nak relax.
sudahnya tak g memana sebab duit takda dah habis anak nak  masuk skolah hahahaha
dia bawak g makan2 je. jadiklah. hehe
aku ok je pun. cuma saja nak release stress kan? hehe
dia pun lepas tu dah sihat, anak2 dah masuk skolah, report aku dah siap, so Alhamdulillah..
bukan buat viva phd pun nak over nau ko ni.

like i said, kisah kita tak kan pernah sama.
ada yg anak berderet, masih mampu utk sambung buat phd.
cara kita tak sama. kemampuan kita berbeza, kekangan kita juga berbeza.
mujurlah sepanjang aku belajar ni, takda la yg melemahkan semangat aku.
klau ada pun kwn2 opis yg dah biasa melawak huhahuha.
diorg selalu gak la duk main2kan aku yg belajar tak habis sebab lama. hehe
tapi aku ok je sebab tak rasa benda tu serius pun. dah kenal kwn2 kita mcm mana kan?
aku nak cuti g exam ke nak buat assignment ke, diorg ok je bagi support.

lambat lagi September utk konvo tu, tapi excited wei. hehe
nak bawak umi abah aku. dulu masa aku konvo diploma, diorg tak datang.
abang aku je yg datang and masuk tgk.
masa tu adik2 aku kecik lagi, nak naik bas g KL agak susah la.
so utk kali ni, aku nak mak bapak aku rasa pengalaman duk dlm dewan konvo. hehe
thn depan Insyallah adik aku pulak konvo.

tamat la kisah pengajian aku yg panjang ni. hehe
kalau ada anugerah pelajar paling lama, mungkin aku layak hahahah..
bila cakap dgn husband kalau nak sambung buat master, acaner?
dia pandang hujung mata je ke aku. kuangjaqqq hahahaha
teringin tapi malas tu ada jugak la.
hehe..
menuntut ilmu ni takkan pernah habis. tengoklah ke depan nanti mcm mana.
kalau rasa tak mampu, takat ni jelah.
apa pun, moga Allah permudahkan urusan aku mudah mudahan..
Amin,,






No comments:

Post a Comment