Thursday, April 25, 2019

Raikan Cinta : Azira X Shahfini & Ain X Zuraidi

Assalamualaikum..
kena update laju2 sebab kang aku lupa terus.
basi centu ja..
last year ada cousin wedding jugak, tapi sudahnya lupaaaa
padahal meriah oih. sepupu rapat jugak yg kawen tu.
bz menda tah, lupa update.

yg pun meriah sebab 2 pengantin skali naik pelamin.
kakak dan adik lelaki bongsu.
wedding our side on 24 march lepas.
sebulan elok dah ni. hahaha

ni sepupu sebelah abah aku.
anak maklang ( adik abah ).
belah abah aku ni, kami ramai jugak sepupu sepapat and quite close.
umor pun mostly sebaya ja, tak lari bnyk.

dah lama takda kenduri, skali nak buat 2 pengantin, haruslah meriah.
maklang aku ni pulak anak ramai, 8 org.
dia yg paling ramai among us. 5 dah settle, tinggal lg 3.
ni naik pelamin lg 2, so tinggal sorang lagi yg second last.
majlis on cuti skolah, so ramailah sedara mara yg balik nak meramaikan majlis.
maklang aku ni ada kedai makan. pagi2 jual nasik lemak.
pastu dia ni mmg tukang masak kenduri kendara kat kg.
semua org taulah kesedapan air tangan dia.
menu semua best2 wohhh..

majlis bermula hari Jumaat.
majlis pernikahan Zuradi mlm tu. tapi aku tak pegi pun.
tak berapa sihat, sakit kepala sejak petang.
umi abah aku awal lagi diorg dah pegi ambil pegi berkampung kat sana.
next day, hari sabtu majlis sebelah perempuan.
buat kat dewan sekolah tak jauh dari rumah maklang aku.
wife Zuraidi, Ain org situ jugak. mudah keja.
kazen lagi sorang which is kakak kepada Zuraidi dah selamat bernikah masa raya cina lepas.
then tunggu majlis kenduri je sekalikan 2 beradik tu.
kakak menikah dulu awal sebulan, pastu adik lelakinya pulak.
then kendurinya dua2 sekali.


kemain budak 2 ketoi ni.
seronok duk kepit dgn tok umi.
masa ni berkumpul kat rumah maklang utk ready ke majlis bersanding sebelah perempuan.



majlis persandingan sebelah perempuan.
kami side pengantin lelaki.
cantik Ain, baju and make up mmg kena betul dgn dia.
aku ni 1st time jumpa dia. hehe
yg baju purple berdiri tu is anak2 perempuan maklang, means kakak2 ipar Ain nnt. hahaha
yg baju sama kat bawah, menantu maklang. so now dia ada 2 menantu perempuan.
others is kazen2 aku juga.
rupanya diorg pakai theme purple. aku tak tau.
lain sket la kan, hehe
pas makan sementara org tak naik ke pelamin lagi, moh le kita sedara mara laju2 naik posing ngan pengantin. yg mak pak sedara pun ramai, tapi pakat malas nak naik.
as usual muka2 ni jelah yg selalu huru hara. haha



penuh skrin muka aku. ahahaha

anak2 kat bawah duk asyik g beratoq kat gula2 kapas. amboih depa.
mak takdan tgk, bizi selfie, diorg asyik ulang mkn. haha
laki aku singgah jugak otw balik keja tu.
pastu pakat balik lepak umah maklang aku.
panas berdenting hari tu. berpeluh segenap ceruk..
petang tu aku balik rumah. lepas maghrib datang balik.
ada majlis berinai pulak.



tema baju kelawar. haha
bridesmaid and kakak2 dia, smua pakai baju sama.
kami yg lain pakai baju kelawar sendiri jelah. hehe
aku mmh dah gosok jubah kaftan tu, so pakai terus jelah.
kebetulan ada kawan maktam (adik abah) datang mlm tu.
anak dia mmg duk lukis inai. so pakat beratoq hulur tangan la.
yg pengantin and bridesmaid dia, mmg dah ada pelukis inai dia dah.
jadiknya ada 2 pelukis inai.
so cepat la setel. pastu bergambar la hehe

kat luar rumah, pakat kisahkan hal lauk pauk.
daging pun sampai mlm tu. ada yg dah start masak.
laki aku and sedara mara lelaki yg lain duk buat keja kat luar.
balik rumah bau daging 1 badan. ahahah

esok pagi, pkul 9++ aku dah sampai sana.
tolong2 apa patut. keja2 dlm rumah la.
hal masak memasak, maklang and the geng setelkan. diorg ada pakatan kenduri.
kami buat keja kat depan like susun goodies bag.
pkul 11.30 camtu gerak pegi homestay.
abg aku sampai semlm. dia ambik homestay tak jauh dr rumah maklang.
duk situ senang nak ulang alik dia kata. so pegi siap2 kat sana jelah.



depan homestay. lawa nauuuuuu.
deco dlm rumah pun lawa. rasa taknak keluar rumah sebab full aircond.
kat luar, panas hangat berkuap.



tema biru
beli baju online sesama. size je lain. hahaha
sama ke idok muka kami 3 beradik?



sorang lagi takda. kaklong tak balik sebab ada tuisyen.
dia thn ni nak UPSR, makanya belajar jelah..
Amni takda geng la kali ni..
Aniq n Amierul dah mcm belangkas. kemain main beyblade sesama.
siap belikan 1 utk Aniq, bwk blk dr KL nu.
main sungguh 2 sepupu tu.. sesekali jumpa kan?



pengantinnnnn.. hehe
2 sekali harung, jimat keja n fulusss heheh
aku tunggu and bantu kat khemah utama bila pengantin sampai.
Alhamdulillah semua take part bantu mana patut.
meriahhhhh. syok!
jemputan ramai. penuh khemah.
lauk pauk semua sedap2. ada apam balik + ice cream (food truck).
menu petang sket ada cucur udang, bubur pulut hitam + rojak buah.
aku sempat la mkn kejap lepas pengantin makan. tu pun tak bnyk sebab cuaca panas jadik tak lalu sangat.
duk teguk air je. hujung2 aku minum air ais je sebab tu je ada depan mata.
air bandung kawwwww. panas2 kena air ais kann?
ada kerabu sedappp. sempat la mkn sket. pastu apam balik pow paksu punya sekeping.
pastu mkn cucur udang sket jamah2.
duk tolong2 kat depan tunggu meja goodies skali.
cuaca cerah elok + panas berkuap peluh ketiak. huahuahua.
ok la daripada hujan kan?




mak ngan anak perempuan beliau.
sementara make up masih on point. hahaha

lepas dah kehulu ke hilir, peluh mencurah2 luar dlm okeh.


adik bongsu takda pulak yg ni.
sebab dia yg ambikkan. hehe
yg hujung sana is kak ipar aku.
ada sorang lagi menantu perempuan mak aku, adik ipar aku la.
tapi diorg tak balik kenduri ni.


2 ketoi ni tak terkawal dah.
merata berlarinya. pastu duk ulang ambik aiskrim, pastu minum ais.
cuaca dah la panas. aku pun takdan nak tgk dah sbb bz kat depan.
sudahnya apaknya bawak balik lepas homestay jelah. sejuk sket sana.
hari isnin, Aniq demam. huhu..


dah habis sedara mara sebelah pengantin (yg jauh), kami pulak masuk serbu.
jgn buang masa sebab bnyk lagi keja nak buat hahah


yg complete family ada, tapi tah kat mana dah gambarnya.
meriah la family diorg bl campor semua.
ni girls only, tak masuk the boys lagi.


separuh je sepupu sepapat.
sebab ada yg kat luar duk mkn and ada yg blm sampai.
so mana sempat jelah.
rugi tak sempat kumpulkan semua. mau tak muat pelamin tu.
bergambar laju2, panas oihhh hehe


pengantin with mak pak sedara.
yg takda maknjang aku je. dia pegi umrah. yg lain tu semua with pasangan dah.
kalau tak complete dah ni.
oh, maktam tak pasangan, dia single mother.
tuan rumah, maklang + paklang yg duduk tudung oren bunga2 tu. paklang yg sebelah pengantin berbaju biru gelap.



ni pun bukan senang nak kumpul.
6 beradik, sorang meninggal. tapi masa kecik. aku pun tak wujud lagi masa tu.
abah and adik beradik dia. diorg ni kalau sembang, mcm gaduh.
kalu gaduh, entah lah hahaha
Alhamdulillah.. hubungan kami semua baik2 saja..
abah aku nom 2. maklang nom 3.
yg jauh now paksu aku je, no 6. dia keja kat Semenyih.
but tak lama dah nak pencen.
yg lain semua kat sini je.



kasik can aaa.
bukan senang nih.  tgk ar muka Aniq.
tak puas hati tgh berlari kena ambik gambar dlu. hahaha
tumbok kang baru tau.
laki aku pun peluh tak ingat tu, sudahnya sakit kepala.
duk ulang alik dah 1 hal. blk ambik ayah dia datang mkn sama.
pkul 3 camtu dia bwk budak2 blk homestay, lepak sanalah senang.



cucu2 maknjang aku ni. anak2 kazen aku lah ni.
yg ada love hijau tu 2 beradik. lagi 2 tu dua beradik.
umor nak sebaya2 je diorg ni.
sepupu aku dlu kawen 2 skali harung jugak.
abang and adik (lelaki dua2).
pastu wife diorg pregnant pun sama2. sampailah anak ke 3 umor semuanya tak lari jauh.
diorg semua duk KL jarang jumpa.
tapi bl aku panggil, sembang2, yg besar2 tu (6 & 7 tahun) ingat makngah.
bagus2. hehehe


ni cucu latest maknjang aku, Affan.
6 bulan++ umor.
ko tengok la semangat kemain. hoihhh geram.
semua geram nak pegang nak dukong.
baik tu, semua org dia ok je. abah aku pun sama naik duk usung dia.
badan dia oihhh geram.

Alhamdulillah, majlis selesai dgn jayanya.
lauk pauk nasi habis. lega.
dpt la org kerja bwk balik sorang sikit.
dah petang sket aku g bantu setel goodies bag utk geng kerja masak memasak.
pkul 6, semua pakat lunjur kaki dah. ahahah
pukul 7 hujan turun selebat lebatnya. mujurlah.
blk homestay, lepak kejap. sempat lah lelap sat.
pkul 830 camtu p sana balik nak dinner.
tapi masing2 dah seret kaki dah. pas mkn sembang2 sambil baring je. hehe
aku tidor kat homestay je mlm tu. bg anak2 main.
esoknya tghr baru balik rumah. ambik cuti siap2.
dan mujurlah cuti sebab Aniq demam.
seminggu jugak la duk on off sebab susah nau nak mkn ubat.

lepas ni tak taulah bila pulak nak kendurinya.
seoronok walau letih,
sebab nilah masa nak beramai dgn sedara mara.
mostly kazen aku duk luar Perlis, so susah nak jumpa.
tunggu raya or kenduri jelah.
so, raya nnt kita kumpul lagi. hehe

No comments:

Post a Comment