Thursday, May 16, 2019

Duit raya anak2.. Guna atau simpan?

Assalamualaikum..

lets sembang kosong.
pasal duit raya anak2.



ni aku ss dari IG story Fynn Jamal.
dia selalu buat ask fynn jamal.
korang silalah usha ig story dia.
aku selaluuuuuuuu tgk.
dari situ bnyk yg aku belajar, yg tak tau jadi tau.
kadang dia bagi certain topic, so ask about it jelah.
kadang takda topic so keluarlah soalan repekan bebukan tu. haha
topic yg lite2 pun best jugak sebab ada je benda yg kita tak tau kan?
ada je soalan yg apolah nii, tapi bukan semua org tau apa yg kita tu.
so kita kongsi ilmu.
mcm2 lah peel org kat ask fynn jamal ni, kadang  terhibur okeh. haha
so, utk lebih lanjut korang ushalah.

ok, now nak share pasal duit raya anak tu.
bila baca tu eh sentap jugak  lah hahaha
so far, as for now, sepanjang 8 tahun jadi ibu, aku mmg tak permah ambik duit raya anak.
seeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeemua masuk bank.
sejak beranakkan Amni, mak aku awal2 pesan utk bukan akaun bank utk anak.
lepas pantang je, zasss aku g bukan akaun Tabung Haji utk Amni dgn 1st saving is rm500.
tu semua duit dia.
aku and family ada buatkan majlis akikah utk dia.
ramai yg sedekahkan duit masa majlis tu and ada jugak sedara mara yg datang tgk dia sedekah duit jugak.
total dapat la dlm rm400++, then aku tambah genapkan rm500.
sejak tu, segala duit yg org sedekahkan kat dia tak kisah lah duit raya ke apa, semua aku simpan.
tak guna. semua masuk bank.
selalunya bila nak g bank in, aku akan tambah utk genapkan nilai.
senang kang nak kira kalau bank in nilai genap ye dok.
tak pun aku minta ke apaknya. sama2 menyumbang ke tabungan anak2
sebab mak aku selalu pesan, ni lah masa nak saving utk anak. sementara diorg kecik dan tanggungan kita tak besar.
yes, mak aku betul.
kadang tu terguna jugak duit anak2, sebab malas nak g bank or atm
tapi pastu wajib ganti balik.
sentap gak la bila baca jawapan FJ tu hahaha
masih lagi amanah walau terpesong dah sikit.
harap tu diampun la kan? huhu

utk Aniq now pun mcm tu.
aku buka akaun Tabung Haji kat dia. cumanya tabungan Aniq tak meriah mcm kakaknya dulu. sokay, asalkan ada ye dok?
pastu now aku letak 1 tabung kat rumah.
utk simpan duit yg org sedekahkan ke anak2.
kadang pegi rumah sedara mara, ada yg bagi duit.
walau sorang rm5, balik tu tetaplah aku masuk ke tabung.
mak aku punya stail, bila cucu balik sana, nak blk rumah kang dia bagi sorang singgit.
nmpk kecik nilainya tapi bila kumpul lama2 bnyklah.
kadang2 bila anak2 bgtau nak beli apa2, dia bagi duit. haa yg tu aku gunalah sebab dia suh belikan utk diorg.
tapi kadang2 aku guna duit aku je, duit tadi tetap masuk tabung.
3-4 bulan camtu, bila bilang eh dah ada 50-60 ringgit.
ni termasuk yg sedara mara kasik la.
kalau dah nilai tu, bahagi 2 beradik tu dah dapat sorang rm30 camtu.
sokay la kan, sapa je sesaja nak bagi kita duit.
pastu nnt aku gi la bank in kan.
kadang aku tambah la genapkan rm50 ke camtu.
bila tgk kat buku akaun diorg tu, nnt ada la amaun kecik2 like rm50 tu 2-3 kali setahun.
tu duit yg org sedekahkan la tu.
kalau duit raya, selalunya ratus2 la.
semua simpan.
esok2 bila diorg besar, at least ada saving utk sambung belajar.
or ada kecemasan apa2.
as for now, aku tak pernah withdraw lagi duit tabungan anak2 sebab aku pegang tu duit anak.
amanah utk aku jaga je.
kalau duit dari aku sendiri, yg mmg nak bagi ke diorg, tu lainlah.
ni mmg org bagi ke anak2, so tu mmg duit anak.
mmglah anak kecik lagi tak pandai urus duit tak pandai kira bagai, then tanggungjawab kita la utk uruskan bukan ngabihkan duit anak.
lainlah kalau kita kaya raya takda hal nak biar je anak2 guna duit tu or beli je apa2 utk diorg guna duit tu.
sementara ada kesempatan mcm ni, kita buatlah saving sesiap utk anak2.
ada je kawan2 aku yg guna duit raya anak utk belikan keperluan anak like susu, baju, mainan semua tu.
pada aku tu, keperluan anak tu mmg tanggungjawab kita, mak pak kena usaha sediakan.
Alhamdulillah masih ada rezeki kami utk sediakan semua tu utk anak2 tanpa usik duit diorg.
ala kadar tak bermewah mana tapi ada.
rezeki anak2 tu semua.
duit yg org sedekahkan tu rezeki diorg jugak.
anak2 ni pembawa rezeki kepada kita juga. Aniq tu kadang murah rezeki dia.
kadang pegi klinik nak ambik ubat. dia kan mulut ramah kadang2 so dia tegur2 je org kat klinik.
pernah 2-3 kali ada makcik2 or pangkat nenek dah terhibur dgn dia.
nnt kang disedekah ke Aniq duit. pernah ada yg bagi rm5 sebab geram ke mulut dia yg bercakap tak henti tu hahaha
dan, masuk tabung. selalunya aku ingatlah bab duit anak ni.
Amni pun sama. saving dia now dah boleh pegi umrah dah.
syukur Alhamdulillah.

aku tak mewahkan anak2 aku.
sebab mak korang ni pun dulu bukan dari family senang.
aku tak belikan barang yg diorg tak perlu, aku tak shopping benda mahal utk diorg.
budak2 tu dapat pegi kedai Eco (kedai rm2) tu dah happy gila dah.
setiap kali pegi dah cakap dah sorang 2 barang je (tak masuk makanan). so gitulah tiap kali pun dan mak ni tak kan ubah menda tu.
berpada2 dalam berbelanja. simpanan biar ada walau tak banyak.
mak aku dulu selalu pesan benda tu lah. so kita beringat.

ni tak lambat dah nak raya.
jalan2 raya nnt, simpanlah duit raya anak elok2.
as a mother, doalah semoga anak murah rezeki.
dannnnnnnnnnnnn, kita ni pun kenalah sedekah jugak utk anak2 org lain.
supaya semua tu berbalik kepada anak kita.
jangan harap org je memberi kepada anak2 kita, tapi kita sendiri berat nauuuu nak sedekah ke anak org.
semakin bnyk kita memberi, semakin bnyk kita dapat.
tak dapat balik ke kita, takpe.
dapat ke anak pun rezeki besar dari Allah kan?



2 comments: