Wednesday, May 15, 2019

Menu simple utk berbuka

Assalamualaikum..

korang masak ke utk berbuka?
or prefer param (pasar ramadhan)?
aku, dua2 ada. hehe

masak pun ada, ke param pun ada.
tak kisah, on je mana2 pun aku ni.
but..
masak or beli, yg pastinya misi utama ialah jgn membazir.
kami anak beranak ni bila bulan puasa, memasing kurang selera makan.
kalau beria pun sebab Amni lah.
dia thn ni tahun ke 2 berpuasa.
nak bagi dia seronok puasa, seronok nak berbuka, so mak masak la ikut selera dia.
tapi dia mudah je.
sahur tak mau nasik sgt. nak roti bakar+susu.
aku ikut je malas nak argue nak paksa2 dia mkn nasi.
takda selera nak mkn nasi katanya.
kadang2 dia mkn nasi.
berbuka pun sama dia tak mkn bnyk.
kami laki bini pun sama.
laki aku dulu2 mkn ya ampun seram haha
now, dah kurang.
so, disebabkan itu aku masak pun sikit2 jelah.
utk thn ni, sehari tu 1 lauk je.
like ayam kunyit ke, ayam kicap ke. selalunya menu utama ayamlah. huhu.
sayur mmg takyah sebab ikut ke sejarah dulu, mmg tak bersentuh.

pastu beli kuih2.
masak sempoi2 je. kalau beria pun kadang tak habis.
nasi selalu tak habis.
sahur lagilah. Amni and aku je makan.
apaknya kadang bgn, minum air+kurma, pastu sap kok pastu tidor.
kadang langsung tak bangun sebab dah tidor lewat dah mkn katanya.
sukatilah...



masak nasi 1 pot setengah je. punnnn 3 hari tak habis. hahaha
sudahnya aku buat nasik goreng.
ikut tu nasi goreng ni Amni and apaknya suka sgtlah.
tapi, pakat mkn sorang sikit je.

hari tu aku taktau nak masak apa.
buat nasik goreng pastu buat cucur manis kembong tu.
then ada tembikai. tu je.
apaknya balik ada beli murtabak. Aniq mkn cucur je melambak. nasi 2-3 mulut je.
Amni tu togok air sakan pastu makan sikit jelah.
selalu pun gitulah kan anak2 kita kalau berbuka.
air dulu yg dia cariknya.

seronok tgk org yg bila berbuka, oi meriahnya lauk.
kami kalau ramai, meriah jugak lah.
bila balik berbuka rumah mak aku.
meriah pun masih ala kadar.
ikut ke nafsu, semua nak beli kan?
heheh..
aku ni jenis berbuka dgn kuih. entah kenapa, kena ada kuih.
kadang mkn kuih ja dah kenyang, so tak makan nasik dah.
ratah2 lauk je pastu. sahur, kekadang mkn nasik, mostly tak. hehe

mcm mana berbuka puasa korang?

No comments:

Post a Comment