Thursday, June 20, 2019

11 Syawal : Aidilfitri 2019 - beraya dengan kawan lama, kini dan selamanya

Assalamualaikum..

tetiba cerita raya 11 Syawal dah. ada lagi cerita raya awal2 syawal tu, tapi biasa je.
raya kan? g beraya jumpa kwn n sedara mara, itu jelah hehe.
ni nak share yg lagi best. entry panjang yeh hehe

duk pakat sembang dlm group wasap bila nak leh jumpa semua.
oh ye, ni dgn kawan2 masa duk belajar kat Taiping dulu.
housemate dan ada classmate yg terpaling best pernah aku ada.
duduk skali since thn 2000-2004. kenangan n memori terindah sgt.
lepas dah habis belajar kami tak lost contact cuma slow je sket sebab masing2 ada komitment kan.
sebelum pakat2 kawen tu ok lagi. masih get together.
ada jugak duk jumpa and aku pun selalu turun lepak Taiping sebab ada yg masih menetap kat sana.
bila dah pakat kawen and pindah randah so, kurang sket.
duk berjumpa kat facebook jelah berbalas komen.
pastu bila ada whatapps, haa kembali bertaut. Alhamdulillah terima kasih teknologi.

start 10hb (6 syawal) pakat la duk sembang kat group bila la nak blh jumpa ni. rindu sgt dah.
ada yg tak pernah jumpa since 2004 tu, so bayangkan la lama oo.
gitu gini tetiba aku kluar idea jom kita g beraya.
ambik rumah sapa yg tgh2. aku dan beberapa org dr Perlis n Kedah.
then ada dari Penang and Taiping. so ada sorang rumah dia kat Sungai Petani.
why not kita pegi rumah dia and tuan rumah setuju laju2.
hahahah. aku jumpa dia pun masa knuri kawen aku, dah 10 thn dah pun.
duk tak jauh mana tapi tulah, Tuhan belum izinkan hehe

tuan rumah is Fyza@Makteh. kena pulak dia baru pindah rumah sebelum puasa. lepas raya ada la dia buat open house and jemput kami semua. tapi tak sempat nak pegi.
so, set date baru on 15 jun yakni 11 Syawal.
beriya dia nak masak mcm2, pastu kami setuju kita buat potluck raya.
pakat bawak sorang sikit makanan baru meriah.
pastu dlm group tu allahu meriah la hai. ahahaha
seronok wei. semua excited. yg tak leh tidor pun ada sebab tak zabarrrrrrrrrrrrrrrrr...

aku bgtau pak incik nak pegi Sg Petani. dia ok je. sabtu dia keja, so takleh ikut.
sokay sebab dekat aku takda masalah nak drive. bawak la budak 2 ketoi tu.
then aku fetch Ida kat Changloon. dia duduk Bukit Kayu Hitam.
dgn dia aku selalu jumpa sebab dia selalu beli tudung dgn aku.



kami.
Alhamdulillah dgn izinNya kami dapat berkumpul hari ni.
perasaan masing2 masa tu taktau nak bgtau mcm mana.
air mata jelah yg kluar sebab seronok and sedih bercampur2.

aku dari Perlis then pick up Ida kat Changloon dgn anak2 dia.
mak@Jamilah + family dia pick up Along@Erney kat Jitra then kami jumpa kat RnR Gurun then konvoi sekali.
kakcik@Hakimah dari Taiping dgn family dia.
Maklong@Ina dari Seberang Jaya dgn family dia.
yg tak dapat join is Chaq@Kinah dari Taiping sebab dia tak sihat.
punyalah sedih sampai tak mau on hp hari kejadian hahaha.
kami siap buat video call perangat dia kat sana duk baring sorang2.
demam, sakit badan so tak brani nak travel kang melarat pulak sebab dah bnyk hari.



ok, up lagi skali sebab sronok hahaha.
sebenarnya kami ada nama panggilan masing2. sejak kami mula2 masuk hostel.perancangan Allah tu yg terbaik. masa mula2 masuk hostel tu kami semua org Kedah.
semua dlm rumah tu org Kedah. hostel kami masa tu rumah teres yg pihak kolej sewakan.
lepas sebulan 2 kut mcm tu, kami mcm blh ngam elok. so masa tu kut kami sepakat letak nama gelaran masing.
aku pun tak berapa ingat mcm mana kami blh start tu. kalau tak silap sebab ada 2 org tu jiran sekampung dan dah terbiasa org panggil dia Along. so dia suruh kami panggil dia Along jelah.
dan, besday dia 1hb January okeh. sesuai la jadi Along kat mana2 pun hehe.
masa tu kami 6 org je kat rumah tu. (1 rumah mmg 6 org). kiranya ahli awal la.
no 2,3 dan 8 ahli fasa ke 2 kat rumah sewa (dah keluar dari hostel).thn pertama ja duk hostel (2 sem) pastu kena keluar duk rumah sewa.

tu dah ikut urutan dah.
let me introduce u..
no 1, Mak @ Jamilah. kami sebaya. pendiam and sweet person. dulu masa study ramai sgt duk usha dia tapi dia tak layan.
dia ni j enis buat hal sendiri ja takda nak membawang bising melahu tak tentu hala. kiranya budak baik la.
masa duk berebut letak gelaran tu dia diam je tgk kelaku kami semua. pastu dia tanya, habis semua dah ada gelaran, dia nak panggil apa.
disebabkan perangai dia yg sweet dan nmpk ala mak2, so kami panggil dia mak.
dia paling kecik and paling comey sekali antara kami. sesuai sgt sbb perangai yg diam and suka ambik berat pasal semua org. bab mkn selalu dia tanya, mmg mcm mak2. dia yg kawen paling awal antara kami. dgn senior kolej hehe. now anak dah 5, badan maintain kecik comey walau mkn lagi bnyk dr aku. mana la keadilan dunia huhu

no 2, Maklong @ Azlina
dia ahli kedua, masuk kat rumah sewa dah. org Penang. tua setahun dari kami semua dan junior aku setahun. dia masuk kami dah ada nama panggilan. tgk mcm blh ngan so kami bagi nama lah. maklong sebab dia anak sulung kat family dia. then onz hehe. maklong sebab dia tua sket dr kami.

no 3, Makteh @ Fyza.
dia masuk skali dgn maklong. org Gurun. classmate maklong. dlm semua tu maklong je yg tua setahun, the rest is sebaya. makteh ni sweet person. ckp pun lembut hehe. pun blh masuk gu baik punyaaa..

no 4, Along @ Erney.
here is Along. perangai mmg kak2 sgt. sweet person, kadang kelam kabut. haha. org Kedah. dia je yg blm kawen. tu semua kerja Tuhan. dia tak berapa sihat. Actually dia pakai pacemaker kut yg utk jantung tu. tp ok je masa duk study dlu. lepas dah habis belajar dah keja, dia jatuh then kena strok. almost 12y++ klau tak silap aku. sedih sgt bila ingat. so now dah recover tapi masih belum sihat sepenuhnya. dia now duduk rumah saja tak blh kerja berat sgt. dulu dia steady jenis semangat but now selalu down sebab rasa kekurangan pada diri. so kami selalu bg dia semangat buat dia happy.

no 5, Angah @ Aziah.
aku la tu hahaha. sbb aku anak nom 2 so guna nama Angah. dan aku yg paling kak2 antara semua. kat rumah sewa dulu, kalau apa2 nnt semua akan cakap tanya angah, or nnt angah marah. hahah. kira aku yg mcm ketua sebab aku dominan. bukan sebab aku pulun ke apa, tapi tu sifat semulajadi aku. tapi tak bermakna aku kontrol semua org. selalunya aku yg lead then bincang kalau semua setuju then on. aku paling garang, kalau ada apa2 kadang aku tegur. rumah bersepah siap la semua aku berleter nnt. haha. dlu diorg menyampah now semua rindu nak dgr aku berleter.

no 6, Chaq @ Kynah.
org Kedah jugak. aku paling close dgn dia. takda rahsia. sampaikan dia ada masalah aku blh rasa. hehe. kami tak sekelas tapi blh ngam. dia ni dlu pemalas ya ampun. hahaha. aku yg duk lipat kain baju dia dlu. masak 1 apa tak reti. makan ja tau. suara kuat suka gelak. bila gelak suara mcm ayam berkokok. do dlu ramai panggil dia chaq kiok kiok sbb gelak dia tu. hahaha. now dah jadi bakers. dasyat sbb dlu tak reti masak apa. dah kawen ha baru kau tauuuu. dia tak dpt datang hr tu sbb tak sihat. klau tak complete dah. ada 1 entry aku buat sebab ada jumpa dia masa aku pegi cameron higland bulan 4 lepas.

no 7, Kakcik @ Hakimah.
org Kedah. dia ni penghibur kami dan mangsa kami jugak ni. sebab perangai dia yg slow, lambat pick up so selalu kena bahan. ahhahah. tapi dia baik. suka cakap sorang tak tau apa dia cakap. caring, lemah lembut tak reti marah org. dia kawen dgn org Taiping and now duk sana. boyfren dulu jugak. setia sampai sudah.

no 8, Ida.
dia masuk sesi ke 3 kut. tak lama sgt dia duk dgn kami, rasanya dlm 2 thn je kut. tapi blh ngam jugak. baik orgnya so takda masalah. now duk kat Bukit Kayu Hitam ni duk meniaga kuih. nona manis dia buat sedap Aniq suka sgtlah.

actually ada lagi 3-4 org ahli lain. yg masuk last2 sempat duduk setahun pun ada. buat overall ahli dlm rumah tu walau bersilih ganti semua baik2. Alhamdulillah.

baru perkenal ahli dah panjang berjela. hahaha
bertabahlah ye.

ok, back to cerita raya.

kami ahli dari utara sampai dulu. tak susah nak cari rumah dia sbb dah sent location. cumanya kami yg keliru. dah sampai depan rumah tp tak da sesapa tunggu, ingat dah salah.
so keluar balik dr taman then call makteh. husband dia meh ambik kat depan.

masuk rumah dia, makteh dah siap hidang semua dah. bnyk dia prepare. mak dia masak katanya menu utama (ayam masak merah).
sebelum tu pakat lah berpelukkan merambu air mata. aku jumpa dia last masa knuri nikah aku dia ada datang. sesat2 cari last sampai jugak. dia maintain mcm tu jugak, kecik comey walau anak dah 4.
semua pun pakat keluar air mata. Ida kata dia mmg tak jumpa langsung makteh sejak last kat Taiping.

dari sana aku bawak benda paling mahal kat Perlis. hahaha. of coz la harum manis. mujurlah ada rezeki buah yg ready dimakan. rezeki diorglah dapat merasa. then aku buat skali kerabu telor masin.
Ida bawak nona manis sebekas besar. puas la Aniq makan. feveret dia tu. dia bwk skali kuih raya yg dia duk jual, biskut florentine tu. kuih have2 kami kata. hehe
mak bawak nasi seperiuk utk kaver nasik makteh kut tak cukup. sudahnya kami pakat tapau nasi mak tu sebab tak berusik pun. then mak bwk ikan keli goreng. pastu siap sambal belacan + sebekas besar ulam ulaman. sempat tu buat rendang ayam sebab aku duk sebut lapar rendang. dia beli sekali lemang. ailebiu mak. kan dah kata sifat mak2 dia tu mmg menyerlah.
along bawak kek sebijik. tak masak apa, so dia beli kek je.
menu tuan rumah, nasi putih + ayam masak merah + ikan goreng. pastu dia orderkan kuih 2 jenis siap ada ABC lagi. dan juga jagung rebus.

masuk tu kami hidang2 menu yg baru sampai. sesambil sembang dan tunggu ahli lain.
tak lama kakcik sampai. masuk2 je terus keyau. hahahaha
drama teruk. dia mmg  gitu dah.
dia masak laksa. lawak btoi kisah kcik sblm hari  kejadian. beriya dia masak laksa padahal laki dia blm tentu nak pegi. hahaha. pagi tu laki dia bgtau takmo p, apa lagi sakan la banjir air mata. mujurlah sampai jugak akhirnya.
kakcik sampai kami pun start mkn. aku duk hadap rendang jelah hehe..



kek pink kiriman dari Chaq. dia tak dapat join dia kirim jugak makanannya.
dia nak buat kek badan tak daya nak bangun katanya. dia duk buat jual semprit and kek marble. sedap!



penuh rumah makteh.
rumah dia jenis semi D. laman tepi luasssss, blh tambah besarkan rumah lagi nnt. kumpul duit dulu dia kata.
sambil makan sambil cerita sembang. seronok sgt semua.
tak lama, maklong sampai.



kali ni mmg drama airmata sgt.
semua nangis masa ni. maklong masuk je nmpk kami kat dapor terus merambu air mata.
maklong diuji Allah dgn 1 musibah. dia tak pernah cerita pun dlm group.
kalau tak silap thn ni 3-4 bulan lepas baru dia share. masa tu mmg menitik air mata.
then kami duk bagi kata2 semangat kat dia. support each other.
so bila jumpa tu, air mata takleh tahan. semua sebak sedih. suasana jadi tegang masa tu.
tapi pastu semua cheer up balik. makan and sembang gelak2 mcm selalu.
riuh! best sgt. serius!

ulang2 makan. aku takleh mkn bnyk. pastu pakat susah hati sebab aku tak mkn nasi haha.
padahal dah melantak lemang 2-3 keping. pastu duk meratah rendang and lauk2.
laksa aku mkn semulut ja tak blh dah. tapau jelah.

pstu gilir2 solat. masa aku lepas solat, duk sembang dgn maklong. dgr dia cerita, tahan2 aku airmata ni. takmo la nangis depan dia takmo dia bertambah sedih. dia pun asyik merah je mata tu. dgr, dan bagi support. nak tolong lebih pun kita tak mampu. org ni bila ada masalah actually nak cerita nak luahkan je and nak kita dgr and bagi moral support. tu pun dah cukup dah.



anak2 pandai bawak diri. hehe
Aniq tu mula2 duk buat perangai jugak. dah dapat mainan, haaa mejadik la.
ni anak2 maklong siap bawak beyblade main kat luar.
meriah wei hari tu. penuh la rumah makteh.



mak2 dan anak2.
ada anak2 yg tak masuk ni. tak sempat kejar dah hehe
meh bilang semua ahli hari tu.

maklong laki bini + 3 anak.
makteh laki bini + 4 anak.
mak laki bini + 5 anak.
Ida + 2 anak.
Angah + 2 anak.
kakcik laki bini + 2 anak.
budak2 saja 18 org. ko bayangkannnnnnnnnnnnnnnnnnn. hahahaha
masa nak bagi duit raya, hoi huru hara hahaha.
mula2 semua diam je, dah lama sket, dah kenal, kemain masing2 main. mujurlah anak2 aku ok blh bawak diri. tak kacau mak pun.
Amni bawak komik then duk berkawan dgn anak Ida yg sulung, Damia. anak2 yg lain pun semua ok.


bapak2 yg hadir. yg takda laki aku and laki Ida jelah. diorg ni pun kenal dah each other cuma lama tak jumpa la. so blh sembang sekali takda hal.

dah petang pakat nak beransur balik dah.
dah 1 hal pakat nangis lagi. peluk kuat2 semuanya.
tak suka sebab sedih huhu.



selfie kat meja makan. hehe
anak kakcik tu mmg berkepit jelah ngan mak dia langsung takleh letak. sabaq jelah anak oi. mujurlah tak nangis ke apa, tapi nak mak dia ja. so kat mana2 gambar kami ada jelah muka dia hehe.
ada 1 part kami kalut la duk sembang, mak sorang je duk buat keja. duk potong ulam laksa.
aku kata mmg gitu anak2 smua sembang mak sorang ja buat keja. hahaha
Allahu bestnya moment ni.
tq Allah bagi peluang ni kat kami, utk jumpa.
seronok sgt sbb dapat sembang mcm dlu2 walau sekejap cuma.
masing2 ada yg tak berubah perangai, sama mcm dlu. hehe
rasa mcm takmau balik hr tu hehe
sedih sgt nak berpisahnya. air mata tu laju ja turun.
lepas ni kita set utk jumpa lagi.
bagi semua ada. baru meriahhhh

utk semua kawan2 aku, lillahitaala aku sayang hampa semua!
korang semua antara the best moment yg aku pernah ada. adat berkawan ada ups and downnya, tapi we stick together. ada la pernah bergaduh tuduh menuduh. biasalah hati muda kan? now semua dah clear dah baik2 mcm dlu. kita kenang moment yg indah2 saja yeh.
now dlm group kembali meriah. sebab dah refresh kan? kadang2 dlu ada jugak  masa krik2 je hehe. yelah masing2 ada komitment kan?
sokay, asal kita semua tetap bersama.

tq sebab sudi jadi kawan aku.
moga ukhwah kita kekal sampai bila2.

2 comments:

  1. time raya ni ler kita dapat meet up balik dgn kawan², kan :)

    ReplyDelete