Wednesday, June 12, 2019

2 Syawal | Aidilfitri 2019

Assalamualaikum..

masih cerita raya.
lek aaaa. hari ni baru 8 Syawal. raya sebulan kan? hehe

raya ke 2, buat mkn2 kat rumah makpak aku.
as usual la.
tapi apak mentua ajak jln2 raya ke rumah sedara mara sebelah mama kat Alor Star.
thn lepas tak pegi sebab mama tak berapa sihat.
masa mama takda last year, diorg datang berkunjung.
so raya ni ayah ajak ziarah. makanya kita followlah.
ahli keluarga yg lain bantu umi kat rumah.

plan dgn kak ipar nak keluar awal la sebab nnt last nak kerumah mak aku tu.
tapi kita hanya merancang hahahah
pkul 11 baru blh keluarnya. sabaq jelah



sempatlah mengukus kek coklat mlm tu.
request by maklong eija (kak ipar sebelah aku)
dia nak buat skali besday amierul (anak buah) yg kebetulan on 7hb.
sekalikan dgn open house.
makngah dah letih beraya tapi gagahkan jugak buat kek.
tak sampai hati pulak nak hampakan permintaan org kan?
penuh kasih sayang ni buat. dah lama tak buat kek ni.
pagi tu, awal2 dah bgn buat toppingnya.
hentam jelah apa yg ada utk hiasan sebab tak sempat nak beli.
mujurlah elok kejadiannya sebab yg buat pagi raya kelaut sket.



kak ipar aku tambah hiasan happy birthday tu.
kek licin! ramai yg suka kalau kek coklat kan?
buat dgn penuh kasih sayang ni tauuu utk abg ngah@Amierul.
happy besday kesayangan makngah!
dah 7 tahun dah..

kek ni aku pass ke adik aku kat tepi jln je. tak masuk rumah mak aku pun takut lambat.
aku ambikkan sate skali then pass dedua ni ke adik aku pastu kami zass pegi beraya.
rumah pertama kat Tunjang.
tuan rumah ada, beriya dia goreng bihun jamu kami semua.
ayah pulak dah lama tak pegi sana.
lama jugak kat situ.
semua mkn menambah sbb dah tghr, lapar. hehe
aku mkn sikit je sebab ada lagi 2 rumah nak pegi.
sabar2 heheh


nampak view cantik, suruh anak2 pose kejap
mood dua2 ni elok, ha elok la gambar.
mat Aniq tu suka nau pose bukan2..
memacam gaya dia buat nnt.


bila minta apaknya snap kan..
sabaq jelah..
daripada 10 snap, ada la 2 je yg elok.
haiyoooo..



ahli rombongan.
yg gedik nak bergambar jelah hahaha
ayah dah masuk kreta dah masa ni, usha je kelaku anak menantu cucu dia..



ha ni kelaku paling win
bebai..
sebab mama snap mula2 tak ajak dia, makanya merajuk sekian terima kasih.
dia mmg pantang mama pose tak ajak dia.
dan2 merajuk cakap mama tak mo kawan Aniq, mama tak sayang Aniq.
adoi laaa anak jantan oi

pastu terus ke Alor Star, rumah ke 2.
luckly tak jem!
sebelum2 ni mmg melekat jemnya. tahun ni lancar Alhamdulillah.
kat rumah ke 2, tak da gambar2 dah.
sebab Aniq tidor lepas merajuk tadi. hehe
mood dia tak berapa ok masa baru2 sampai tu.
dah semua selesai mkn, nak balik baru dia ok.
rumah ke 2 mkn nasi tomato + ayam ros, nasi himpit kuah kacang, ketupat + serunding dan kuih2.
aku pantang tgk kuih raya, laju je huhu.
mkn nasi himpit sket dgn kuih raya.

rumah ke 3 tak jauh sgt masih area Alor Star.
situ diorg jamu soto.
uii sedap dap! haruslah makan.
kuih2 pun sedap.
tumpang solat zuhur kat situ pastu gerak balik rumah mak aku.
hujan tapi kami tak kena hujan pun.
otw balik ke rumah mak aku, jln jem kemain.
tapi jem nak naik Alor Star, nak turun ok tak sangkut apa.
siap ada eksiden pokok tumbang.

sampai rumah mak aku, ada sedara mara yg dah ada.
petang dah masa tu.
ayah pun dah letih dah. tapi still blh makan hehe
menu kat rumah mak aku of coz la bihun sup daging+tulang.
ada jugak nasik + ayam masak merah.
maklang aku datang pun bawak lauk (sayur keladi).
Aniq n Amni punyalah haru ajak balik rumah tok umi dia cepat2 sebab nak mkn kek besday abgngah.
dah sampai tu, terus tak kelih batang hidung dah.
jumpa geng nak main la apa lagi.

aku pun, elok sampai terus buat upacara tahunan bila raya.
pose kat atas jalan depan rumah tu hahah
tiap2 thn mesti situlah portnya.
tapi thn ni kami je sebab cousins yg lain takda.
datang tak sama masa kali ni and ramai yg tak balik.
sokay, mana yg ada jelah


minta kazen aku ambikkan.
tak cukup korum sebab adik ipar lelaki dah balik rumah dia.
ada keja katanya.


blessed.
cukup 6 beradik.
kalung bunga kami ni, selang seli lelaki perempuan.
pandai dak makpak aku plan? heheh
nak panggil mak pak aku meh posing sekali pun tak sempat.
busy layan tetamu
hehe



cuaca just nice sebab lepas hujan.
cumanya tak ramai yg ada lah.
sudahnya lepas kami, kami jelah yg posenya hahaha

mlm tu aku lepak situ.
meriahla sebab semua ada.
tidor berguling la ramai2 hehe
tak selalu nak ada moment ni.
anak2 pun puas la main bunga api. sampai pkul 12 oi
tu pun aku panggil  masuk, baru reti brenti.
awal tu hujan kemain lebat. pakat hampa dah masing2 takleh main bunga api.
dah hujan reda, mai kat bawah porch jelah.
mujur ada pakndak (adik no 5) rajin melayan.
mak hampa duk melentang dlm rumah hahaha
mlm tu kemain rancak diorg borak lepak luar rumah
aku masuk tidor esok keja
waaaaaaaaaaaaaaa..

2 comments:

  1. selamat hari raya.. kek coklat tu tgk gambar pun dah nampak sedap.. kita suka...

    ReplyDelete