Friday, July 19, 2019

Berita gembira dari Amni

Assalamualaikum..

semlm ambik result KAFA skolah Amni.
dah masuk 2 thn dia belajar.
aku takda la harap anak aku yg terpaling cemerlang.
duduk kat level pertengahan pun ok ja.
asal dia suka pegi skolah, happy belajar, then ok.
kalau dia pandai cerdik bijaksana, Alhamdulillah..

sekolah dia masih kekalkan ujian @ exam.
cikgu kata nak tgk tahap mana anak2 kat situ.
kat mana yg diorg stuck.
aku sokong ja mana yg cikgu pikir baik
diorg yg seharian habiskan masa dgn anak2 kita so they know well.

hari tu ambik result exam skolah kebangsaan.
dpt nom 18 out of 38.
huahuahua..
A bnyk jugak, C pun adoo.
C utk maths.
tgk ke soalan, rasanya dia tak paham macam mana nak buat plus dia ni sejenis malas pikir bnyk2 so hentam saja jawapannya.
padahal ada dah aku ajar kat rumah soalan mcm tu.
pastu bila kita refresh balik bgtau gini2, minta dia jawab semula.
pastu yg salah tu semua blh jawab dgn baik and betul.
sabaq jelah mak hang haha
aku tak kisah pun dia dpt nombor berapa dlm kelas tu. dpt no 18, ok.
dpt nom 1, syukur Alhamdulillah.
aku check satu2 kertas exam dia. part maths tu mmg aku angin.
mmg aku marah dia ptg tu hahaha.
terkebil2 pandang aku sambil tahan air mata. diam je tak ckp apa2.
bab ni dia bagus. kalau dia salah, bila kita tegur or marah mmg dia diam tak menjawab.
but kalau dia tak salah, dia menjawab la sambil nangis2 hehe

utk KAFA dia dpt nom 6 out of 25 kut.
dia punya syok tu haishhh..




tengok lah.
sia buat surat utk papa okeh.
takdan papa jejak kaki masuk rumah terus dihulornya surat nih.
keciwi habis lah.
hehehe

tahniah kakak.

ustazah kata, patutnya blh naik lagi.
utk subjek Ibadah dapat C.
soalan mudah tapi dia gopoh duk berlawan dgn kawan sapa siap dulu makanya main tanda ja jawapan sudahnya salahhhhhh semua
sabaq jalah.
1 lagi subjek Arab dapat C jugak. ustazah kata soalan tu terkedepan sket then diorg tak belajar lagi so ramai yg dapat C.

takpa kakak. ok sangat dah ni.
mama pun tumpang gembira.

utk KAFA ni aku rasa dia blh skor sebab soalan dalam bahasa Jawi then dia agak lancar baca Jawi.
so, senang lah utk dia.
utk skolah pagi, mcm2 jenis kertas ada kan, semua kena hafal kena ingat kena fikir. so agak kelaut perginya utk anak aku yg ada di peringkat pertengahan ni.
sokay.
aku tak push sgt pun.
dia blh membaca, mengira, blh bawak diri kat skolah, ada kawan2 baik, enjoy pegi skolah cukup dah.
baru darjah 2 pun.
kat luar sana mungkin ada makpak tak setuju dgn aku.
aku rilex2 je. anak pandai ke tak tu kemudian.
yg penting pada aku dia pandai bawak diri.
dan dia ada ilmu agama.
now bab solat aku lega lah jugak. bila kita tanya dah solat ke blom, kang dia bangun la pegi solat.
kadang2 meh tanya, dah masuk waktu ke belum. syukur sgt.
al-quran pun agak lancar walau masih di juzuk 3. dia mengaji cuma masa weekend, so lambat lah habisnya. takpe.
harapnya pilihan ke sekolah agama ni yg terbaik utk dia. bila tgk result KAFA tu, sronoklah hati mak ni.

moga Allah terus bukakan hati anak2 aku utk suka belajar.
moga Allah terangkan hati mereka utk mudah menerima ilmu dari cikgu2.
moga Allah jaga anak2 aku masa diorg menuntut ilmu ni.
jihad dunia mereka.
doa mama ni sentiasa ada utk diorg.

so, petang ni kena belanja dialah.
petang semlm tak singgah mana2.
dapat aiskrim pun dah seronok anak aku tu.
Alhamdulillah.. terima kasih Allah utk rezeki anak ini.

No comments:

Post a Comment