Tuesday, December 22, 2009

Doa Sebuah Perkahwinan

Doa Sebuah Perkahwinan

Kudoakan sebuah perkahwinan
Tulus dan mulus umpama janji termetri
Manis bahagia terpahat rasa nan suci
Mulia seorang suami di sisi isteri
Setia seorang isteri di samping suami
Dikasihi, dicintai dan disanjungi

Kudoakan sebuah perkahwinan
Kekal dengan ikatan kasih suci
Bukan potret bahagia jadi paparan
Tapi selaut keikhlasan hati bertaut
Sebuah keberkatan menjadi impian

Kudoakan sebuah perkahwinan
Kekal dengan akrab dan budi
Bukan kepuasan atas apa yang digapai
Tapi kekuatan untuk meniti bahagia
Sebuah keazaman berbalut pahala

Kudoakan sebuah perkahwinan
Kekal dengan rasa dan setia yang sama
Walau musim berganti, usia melewati
Kurniakan kami bahagia sebuah perkahwinan
Atas doa yang tidak henti meniti ...

Seoul, Korea Selatan 17 Disember 2009

I nukilkan sebuah sajak semasa di Seoul, untuk Puan Azziah, Encik Rizal dan Puan Noorul, juga untuk pengantin lama Encik Nizam dan Puan Nazirah. Mazmin Mat Akhir ( my boss)

** sebak baca sajak tu..ntah kenapa...huhu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...