Showing posts with label amierah. Show all posts
Showing posts with label amierah. Show all posts

Tuesday, January 26, 2016

Jalan jalan Taman Ular, Batu Pahat

cerita lama, bulan doblas.
dah edit gambar, kita up jugak lah.
ni masa Amierah dtg sini jugak.
bawaklah dia jalan2.
dulu pernah bawak dah tapi tak sempat masuk sebab pegi dah petang sgt.
kali ni pegi awal sikit.
bawak Amierah, Amni, Aniq dan adik aku.

Taman Ular ni kat Batu Pahat sana.
dr Kangar dlm 10km camtu la.
buka dari 9 pagi kut sampai 6 petang.
Ahad tutup kalau tak silap.
kitaorg keluar pkul 4 camtu.
pegi awal sket, blh la budak2 tu lama sket kat sana.
tiket masuk tak ingat harga.
hahahaha




gambar ala kadar saja.
ni kat dalam Taman Ular.
ada diorg buat gambar 3d, suruh budak2 ni posing.
nmpk mcm baru lagi ni.
last time datang, err 3 tahun lepas takda lagi.
hahaha.

aku tolak Aniq ja, pusing2 kat situ.
makcik layan Amni and kaklong.
makcik pun tak pernah masuk, so ok la duk pusing2 tgk semua.
aku tak kuasa arr.
geli.



budak baru bgn tidoq.
perati ja org...



dah habis pusing bahagian dalam, kita keluar pulak.
kat luar, sikit lebih kurang mcm zoo.
ada binatang2 lain jugak.
ada buaya, arnab, pastu apa ntah lagi.
lupa. hahaha
luas jugak and tgh renovate lagi.
penambahbaikan for future.
nmpk mcm lagi cantik ja nnt.
moga2 tu hidup sket la nnt.
sayang la tempat ni mcm tak terjaga, padahal tumpuan pengunjung kat Perlis ni kut.
bukan semua negeri ada taman ular ye dok?



mak pun nak jugekkk.
hehehe.
mujoq la bawak stroller, kalau tak lenguh la nak dukung budak kembong tu.
time ni dia takleh jalan lagi.
dia baru bgn tidor masa ni, so duduk diam ja dlm stroller.
menikmati pemandangan...
mamai lagi kut.

kat luar ni, diorg turap tar baru, then dia mcm 1 pusingan tgk binatang2 smua.
tak lah bnyk binatang kat situ, tapi boleh la.
monyet pun ada.
tapi ada jugak sangkar yg kosong.
renovation tu nmpk besar jugak.
sokay, soon dah siap kita pegi lagi.
moga lebih menarik.



dah habis pusing kat belakang, lepak kat depan pulak.
ada playground, layan budak2 tu main situ kejap.
enjoy ja diorg.



makan eskrem.
pastu taknak balik syok main buai.
dah, jom balik, nak hujan nun..



adik dah mula nak membosan duk dlm stroller.
sebelum beliau mengamok jomlah kita balik.
lagipun dah petang.

org Perlis, yang takda aktiviti masa weekend, boleh la bawak anak2 datang sini.
budak2 suka lah kan tgk binatang.
dah siap renovation nnt maybe lebih menarik.
pengunjung luar pun blh singgah.
blh tgk ular dekat2.
bnyk kut ular kat sini.
ada ular sawa bapak besar.
nak tgk meh datang sini..

Tuesday, December 15, 2015

Jalan2 Pusat Sains Negara Caw Wilayah Utara

Mula2 cuti skolah bulan lepas, Amierah balik sini.
2 minggu jugak dia kat sini.
umah tok kejap umah aku kejap.
menggedik Amni sronok main dengan kak long.
seminggu aku hantar balik umah tok umi, kebetulan pengasuh Aniq pun cuti.
duduk la sana berhuha huha budak2 tu.
pening kepala tok umi hampa.

kebetulan aku cuti hari khamis 26hb tu, nak bawak Aniq checkup setahun 2 bulan.
petang tu moh le anak2 kita pegi jalan2.
check up Aniq pagi, tgg papa balik keja tghr tu, pkul 2 lebih baru gerak.



masa duk siap2 nak keluar, ini budak bikin terkejut semua org.
dah pandai skang ni tgk org siap, tau nak keluar.
laju2 merangkak pegi ke pintu.
masa tu aku duk angkat barang bawak masuk kreta.
papa kat luar buat apa ntah, Amni masih dlm rumah.
pintu smua belum kunci lagi.
laju sgt merangkak, tergelincir tgn mcm mana entah, tersembam ke lantai.
pastu apa lagi, waaaaaaaaaaaaaaaa..
aku ingat takda apa, sekali Amni jerit bgtau mulut adik berdarah.
laju2 masuk, kat bibir dah ada darah.
rupanya terkepit gigi kat bibir masa jatuh tu.
luka sket, and berdarah.
tersedu2 nangis.. olo looooo hero mama ni.
tengok mata sayu ja tu.
dah masuk kreta, 10 minit berlalu, kembali mengganas.
haishhhh la anak.



acah2 wefie anak beranak.
bukan senang nak keluar sama2 ni oiii.
laki aku kan duta pintu sempadan.
hahaha.

singgah umah tok umi pick up kaklong Amierah and adik aku skali.
Aniq tinggal.
hahahaha.
seb baik dia kecik lagi tak tau kena tinggal.
tak kuasa nak bawak nak berdokong budak ni.
berat woih.
ngan tak duk diamnya.
lagipun cuaca panas kan?kesian pulak.
mak aku pun tak bagi bawak suruh tinggal dgn dia ja
dia kalau tinggal ngan mak aku, senang ja.
agak dia melasak ka, duk merempan tak tentu hala ke apa, tok umi bawak  masuk buai ja.
10 minit camtu, selamat la belayar.
tok umi kata, lepas aku gerak, pkul 3.30 camtu masuk buai, tidoq sampai pkul 6 petang.
dasyat kau dik.
kalau kat rumah, jangan harapppppppppppppp lah.

okeh, destinasi tujuan is Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara kat Gunung Keriang sana.
korang yg tinggal area kedah perlis dah pernah pegi ke belum?
yg belum, boleh la bawak anak2 pegi sana sementara cuti skolah masih berbaki ni.
best la jugak.
boleh tengok kat page ni http://www.psn.gov.my/ utk info.
tapi ni utk HQ la.
utk cawangan utara blh tgk kat FB, search Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara (PSNCWU).
cawangan KL tutup sekarang ni utk reno

ni second time aku datang sini.
bagus bawak anak2 datang sini.
diorg bule main sambil belajar sains.
masa kat sini, laki aku lak yg lebih dari budak2.
hahahah.
1st time kannn?
dia mmg suka la benda2 mcm ni, nak kena explore, bab2 sains ni smua.
setiap apa yg ada tu, satu per satu dia belek okeh.
ni apa kebenda, buat mcm mana, jadi apa, blablablabla..
aku?
sorry sebok.. hahahaha
dah pernah datang so takda la teruja sgt.
mula2 dulu tu teruja jugak la.
pastu aku duduk ja, tengok budak2 main.



kat depan, suruh budak2 posing jap.
kak long tahun depan darjah 3, dah menggalah tinggi.
Amni muka mencuka sket, pasai apa entahhhh..

tempat ni luas, ada 2 tingkat.
kat bawah takda menda, semua kat atas.
kena naik tangga and thats y aku tak bawak Aniq. hehe.
ingatkan pegi hari khamis takda org, tapi ramai la jugak.
 

 
tak bnyk sgt gambar sebab bateri tak berapa nak ada.
powerbank bule plak tinggal.
so far anak2 enjoy kat sini.
bapaknya pun enjoy. hahahah.
asyik tengok semua, pastu mengkagum.
budak2 sebok main gelungsor la apa, apaknya duk buat eksperimen.
mak bosan menunggu.
takpa2, nama pun belajar ye dok?
kami kat sini sampai tutup.
lagi 15minit nak tutup diorg bgtau and padam lampu sket2.
so, moh la kita beransur.
sembahyang asar siap2 kat surau bawah kut tak sempat balik.



ini paling best.
duk merapu dengan laki. hahaha
penimbang semesta alam.
ko naik, kang pilih planet.
then kluar la berat ko brapa kalau ko kat planet tu.
contoh, kat bumi berat 70kg. pastu pilih planet marikh, berat ko jadi 1200kg.
pastu pilih matahari, berat ko 0.026kg. ko mampuuuuu haluih gitu?
hahahahaah
duk naik ni, tekan2 pastu duk gelak2 ngan laki.
bengong ja dua2.

setel smua, pegi makan pulak.
masing dah lapar katanya.
makan koteuw goreng kat area Pantai Johor tu.
belah mana entah, lupa dah aku.
then pegi jalan2 kat AEON Big Alor Star.
belanja anak2 kat Mr DIY sket.
pkul 7 gerak balik rumah.

sedikit info pasal Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara (PSNCWU).
- lokasi berhampiran Muzium Padi Kedah.
 
Pusat Sains Negara
Cawangan Wilayah Utara
Gunung Keriang
06500 Alor Setar, Kedah
Koordinat GPS: N 6° 11′ 27.7″, E 100° 19′ 29.4″


- bayaran masuk utk dewasa RM2. kanak2 bawah 12 tahun RM1.50 kalau tak silap. bawah 6 tahun free. sory kalau silap, sebab tiket dah buang. +_+
- waktu operasi : 9 pagi - 5 petang. tutup hari Jumaat.

utk details bule check kat FB diorg.
ada yg belum pergi, jom la pergi, bawak anak2 meransang minda.
sure best!

Friday, December 06, 2013

Kak Long in da house!!

bulan lepas, abang aku blk kg hantar kaklong@amierah. dah besar dah anak sedara aku yg sorang ni. thn depan dah darjah 1. huhu...
menggedik nak blk kg nak main dgn makcik n amni. so, on 23 nov tu abang n kak ipar aku blk kejap hantar dia. dah besar, dah dengar cakap, dah pandaiiiiiiiiiiii sgt dah..
ahad diorg bl kl semula. tinggal dia kat kg. sepatutnya dia duk sini sampai hujung bln ni. kasik duk lama sket dah nak blk sgt kan? tp 3 dec lepas, abg aku dah ambik blk dah.
sebab ada hal sket kat family sebelah sana. mak sedara dia keguguran. baby dah 8 bulan meninggal dlm perut. sedih sgt! adik ipar abg aku. so, maknya suh jemput kaklong. dia pun ada gak sebut nak blk, rindu kat adik katanya. dah ada musibah, so jemputlah. seminggu lebih je lah kak long duk sini. puas main  jugak la tu.

khamis, 28 nov tu aku bwk dtg umah. sebelum tu dia kat umah abah. dera makcik dia la kan? hehe.. makcik pun jenuh la ngikut main masak2 bagai.



sronok sgt Amni blh main dgn kak long. menjerit2 2 org ni main. sabar jelah. kak long pun baik, jaga amni elok2. gud girl..

ptg tu bawak diorg g denai. jalan2, blh main playground..






baru lepas hujan, so tak bnyk mainan yg blh main sbb basah. makcik bawak kaklong naik jambatan gantung. aku ngan Amni jln2 kat bawah. mak tak koser nak naik, gayattttttttttttttt..

 

main2 kat playgroudn kejap, dlm sejam jomlah kita balik anak2..  sekarang ni pkul 7 dah gelap. maghrib awal..

petang sabtu, bawak diorg pegi Taman Ular Batu Pahat pulak. tapi sayang, sampai sana pkul 5++, dah tutup. dah tak blh masuk tgk ular. frust kak long. makngah tak tau nak.. huhu..
so, kita main playground kat luar jelah. tu pun seronok tak ingat dah budak2 ni.. jenuh aku menjerit..

kali ni syok sebab blh naik gelongsor, buaian smua sbb tak hujan. tempat pun luas. sejam lebih kat sini je. yg tak bestnya, tempat agak semak, tak kemas. pelawat dr luar ramai jugak. dah sampai tak blh  masuk, so bawak anak2  main kat playground jelah. kena hati2 sebab bnyk ranting2 pokok yg maybe dah lama tebang tapi tak dibersihkan. nampak semak. haishhhh.. rugi2..

dah petang, jomlah kita balik anak2. bawak pegi pasar malam pulak sebab aku dah malas nak masak. hahaha.. 
plan nak bawak kaklong g gua kelam minggu ni, tapi kaklong dah balik. so, makngah pegi ngan amni, makcik ngan tok jelah yeee.. hihi..

Thursday, July 04, 2013

Amierah balik kg sorang2

balik dr Bandung hari tu, daku usung skali amierah balik kg. mak dia la tetiba teringat nak suh aku bwk amierah skali. sebabnya, lepas 5 hari aku blk dr indon, nak ke kl utk kursus kat bukit kiara tu pulak. lagipun masih cuti skolah, so xdak hal. menggedik la makcik tu bl tanya nak blk umah  tokwan ke tak. asyik la duk sebut2 tu je walaupun lambat lg. siap baju sendri punya la syok nak balik.

amierah ni stay kat felda pasoh sana dgn atuk dgn wan dia. dr kecik lg. mak bapak dia nak bwk blk kl haram xnak. g kl pun takat 3,4 hari pastu dah mengelupor nak blk umah atuk. dah terbiasa kan? bila nak ikut makngah blk umah tokwan sini, org sana pulak yg gelisah. yelah 1st time nak blk sorang2 without mak bapak dia. risau lak kut nangis nak blk pulak nnt. tapi dia ada kesah smua tu? hahahha.. siap bilang hari bila laaaaaaaaaaaaaaa nak blk perlis.. hehehe..

mlm tu, wan, pakcik dgn acu dia hantar kat airport. kami sampai pkul 7 ptg. mencungap aku lari sebab kejar flight ke alor start. dr jakarta delay 30mnt. risau dah kut xsempat. seb baik laaaaa sempat. nnt aku crita dlm entry bandung yeh. flight alor star pkul 8.20mlm. hujan sket, tapi xdelay..

menggedik atas flight jap. org sana risau la nak lepaskan cucu yg sorang ni. dia heran pun idok. yg dia tau xsabar nak blk jumpa makcik (adik aku yg bongsu). siap la makcik kena buli nnt.
atas flight dia minta nasi. lapar katanya. skali xda pulak. yg ada utk yg dah buat pre-booking je. sian pulak dia. beli biskut jelah. habis 2 paket. lapar sungguh la tu. budak ni susah mkn sket. dlu kecik2 bulat, now dah keding dah. asyik main ja, mls nak mkn..


laju pulak drebar kapai terbang mlm tu. sampai awal dlm 10mnt kat alor star. pakngah masih otw. so, mari kita mengepow makngah... duk usha dr dlm lagi tuh. sampai2 trus nak eskrem. mlm2 pun nak mkn jugak. lapar lagi katanya. seb baik habis separuh eskrem cawan tu. klau awak nak makan, xdak hal makngah nak belikan. jgn beli tapi xnak mkn, haaaaaaaa.. tu makngah marah sebab makngah kena habiskan.. hewhewhew..

sampai umah, terkejut tokwan tgk aku bwk balik anak. hahahah. pegi indon bawak balik anak lagi sorang. amni pun syok, xtakut pun dgn kaklong. otw blk umah, amierah tertidor. sampai umah, jaga plak. dah tukar baju, eh, segar bugar nak main pulak. dgn amni skali join. main lah hai anak..


gwiyomi utk mama katanya. sepanjang duk kg, xdak hal budak ni. org cakap pe smua dengar. suh mkn, makan, banyak plak tu, suh tdor, tdor, suh mandi, mandi. xdak bantahan. klau kat pasoh sana, dia dah jadi otai, xdaknya nak heran sgt klau org marah dia. sini, jarang2 balik, so apa org kata dia ikut. gud girl sgt. pasni leh blk lagi. siap bilang bila cuti skolah, nak blk sini lagi. pastu tak puas hati sebab balik kg kejap sgt katanya. yg best tu, siap xnak balik  nak sekolah sini. mak bapak awak tak kasik la kaklong.. hahahahha...


bawak g tdor umah aku pun xdak hal. main dgn amni pun elok je. ko tengok la amni, dah mcm kawasan dah tu. siap letak kaki kat tepi mcm xpuas hati je. hahahahaa.
ada mlm tu aku beli mainan utk dia. blk umah, main dlm bilik sebab takut amni kacau. hahahah. amni bukan blh tgk k.long dia main, nak g menyibok sama. dia bukan main, dia buat sepah je. so, k.long xnak main dgn amni. dah susun elok2, amni sepah katanya. ikut korang la nak oiii.. jgn gaduh sudahhh..

yg dasatnya, ptg tu tetiba hilang, tengok2 duk main dgn hana n haziq. dlu2 klau dia dtg umah aku, jgn harap la nak kluar g umah pak mentua aku. takut apa xtau la. klau pegi, mau menangis meraung2 xmau masuk. petang tu, aku tgh siap2 cadang nak bawak dia g kuala perlis. dia keluar duk depan umah. tau2 dah dengar suara duk bersuka ria kat depan sana. rupanya dah g join haziq n hana main basikal.
nilah anak2 aku. sorang lagi xdak, amierul, adik amierah. anak buah ada 4 kerat je.. hehe


sronok sgt kali ni siap masuk main dgn hana kat dlm umah. sampaikan amni dipinggirkan. sian amni. dia nak join kakak2 main, kena halau sebab kecik lagi. hahahaha.. last duk mengempeng aku je la amni dah kakak2 smua xlayan. main sorang2.. hihi.. so, plan ke kuala perlis terbatal sebab tgk dia ralit sgt main sampai xnak balik pulak..


dah cukup masa, kena balik. ni dah sampai kl dah. hari ahad gerak balik sebab aku ada kursus hari senin 10hb tu. dia siap mintak extend nak duk kg sampai senin. tiket flight yg dah beli tu dia kata biar je. amboihhhh dia..

nnt cuti skolah ujung thn lama kan, kaklong meh duk sini lagi yeh? awak dah besar, dah boleh jaga diri, dah dengar cakap dah. blk kg kali ni behave sgt. maybe sebab makbapak dia xda+dah besar  kan? ikut makcik g ngaji, ikut makcik solat, blajar baca smua. request nak roti canai, sebab roti kat pasoh tak sedap. hihih.. tok buat nasi lemak, makan bertambah2. tok pun suka sebab tau budak ni susah mkn. pasni blk duk kg sebulan, kita kasik tembam sket yeh?
ok, makngah rindu kaklong dah.... raya nnt kita jumpa eh?

Thursday, August 16, 2012

amierah balik kampung...

thn ni amierah beraya kat pasoh sana.. so, balik raya awal sket.. hehe..
abg aku tgh mc, cilok masa balik kg jap. eksiden dah brapa bulan dah, ni baru nak buat operation kat tgn dia tu. seb baik xserius. tapi disebabkan xserius, pihak sepital suka2 hati la tunda. 2 kali kut tunda. minor operation jek kat pergelangan tgn kiri. jari telunjuk xleh gerak, urat tersepit ke apa ntah. skang ni hadap la jadik oku kejap. aku leh lupa plan nak amik gambar dia. rasa lah berak xbasuh 2,3 bulan.. hahahhaha

dia balik berdua dgn amierah jek. syok la budak tu leh main dgn makcik.. sampai demam2.. skang ni kerap plak demam. dah kurus meleding dah aku tgk. mkn payah sungguh, asik  nak maik. mana xdemam. punya la main dgn makcik, skali dgn makcik pun demam.

mana xdemamnya, sronok sgt main. makcik ngan pakndak jadik mangsa. naik beskal sampai tersembam cium tanah... hahahah


syok sungguh dia nak  pangku amni. kejap2 nak  pangku, kejap nak pegang. siap nak bawak balik. sebab adik dia xbest! hahahah.. teruk btoi budak ni. yelah, amni dah besar camni bule la dia pangku, pegang2 smua. adik dia baru 2 bulan. duk melembik lagi, sapa nak kasik dia pegang. dah la kasar sket budak ni.. hari tu dia terlepas amni, menangis la budak tu. dia kata bukan dia buat, amni buat sendri. yolahhhhh.. bila tanya pasal adik dia, duk ckp adik xbest, nak tukar dgn amni.. nnt mama bwk adik dtg sini. pandai la ko..


bapak layan anak2. duk berkepit dgn pakngah sbb pakngah ada bunga api! ngan makngah xnak kawan sbb makngah garang.. cissss


balik 3h 2m jek. ahad petang dah nak balik dah. blk sini naik ketapi, blk kl naik kapeiterobang.. tetiba mas murah pulak..

besar nnt menggalah panjang budak ni. skang ni pun dah tinggi. makin kurus, makin tinggi. akai pun bule tahan banyak. ni baru sudah makan. dah sampai epot, baru nak bgtau lapaaaaar..

raya haji kut baru diorg balik sini pulak.. bawak balik amierul.. heheh

Tuesday, March 13, 2012

meah balik kampung

ni cerita bulan lepas.. meah balik kg. duk sebut2 nak balik umah tokwan katanya. nak tunggu kenduri bulan 4 ni lambat lagi, so balik time weekend bulan lepas. semlm jelah.. jadik la. lepas rindu kat makcik ngan tokwan dia.. hehe
diorg naik ketapi jumaat malam, sampai pagi sabetu. aku g amik then balik lepaking umah aku dlu. pas bekpes, abg ngan akak ipar aku masing2 dah terbongkang lena.. tinggal amierah duk main ngan amni.
aku g ambik hana kat umah pak mentua aku, kasik gegar sket dua budak kenit tu. mmg gegar sebab duk kaco amni.. muehehe..

menggedik nak pegang amni. pas 5 minit xnak dah, sebab amni duk xdiam dia kata.. budak kecik tu sengih2 sronok sebab ramai org duk panggil dia. nak ambik amni bwk balik, tapi bl adik baby dah kluar, nak hantar balik kat makngah.. yolah....
hana ngan amierah blh geng jugak. ntah apa yg diorg duk bual ntah. elok la, dedua speking keyell.. yg xtahan, hana panggil aku, nak bgtau apa ntah. skali kena jerkah ngan amierah, sebab hana panggil maksu, dia kata makngah laaaaaaa.. trus senyap hana. amierah lg besar dr dia kan. pas tu nak panggil aku, slow2 jek, takut kena jerkah lagi.. hahahhaha...


tunggu amni tdor.. tapi amni xleh tdor sebab kaklong meah duk kaco.. heheh... duk buaikan amni, pastu duk tarik toys amni tu, lagila budak kecit tu syok..

yg ni xmenahan.. ambik gambar sendiri guna henpon makngah! tepon aku tu nak amik gambar sendri susah sket. sebab xdak kamera depan, pastu xdak button. touch screen. pandai plak dia edjas jari dia nak amik gambar dia sendri. ambik gambar amni, ambik gambar apa lagi ntah... pandai main henpon makngah, tapi dia kata galaxy makngah kecik. galaxy dia besoooo.. cehhh



ni paling xtahan.. g padang besar sebab maknya mengidam  nak mkn sup siap.. nampak toys, apa lagi... dapat gitar ni, mana xmo jalan dah. nak duk lam kreta sebab nak goreng gitar.. ajak g jalan, mcm2 alasan.. last, aku teman dia lam keta sebab abg aku nak g bli toto. lagipun panas liklik kat padang besar, sian kat amni pulak. lepaking dlm kreta sambil dengar meah goreng gitar. siap nyanyi lagu wali band tuuu.. pastu goreng gitar saja, xnyanyi. bl tanya napa xnyanyi, ni lagu tanpa suara katanya.. ptuiii...

aku da bagi dia hadiah. besday dia awal bln 2 hr tu. bizis, xsempat nak pos. alang2 diorg bgtau nak balik, kasik by hand sudah. siap balut ngan wrapper angry birds. menggedik  nak buka.. kasik dia sling beg mickey mouse.. nak kluar, trus pakai.. hehe...tu yg kaler hitam merah kat sebelah dia tu.. budak ni fanatik ngan biru. tapi xdak pulak beg tu kaler biru.. seb baik dia suka walaupun kaler itam..

menggedik ngah mkangah jap... kena mood, nak la amik gambar, klau x, jgn harappppp..

ni masa nak hantar diorg balik. kat stesen ketapi arau. hujan melebat gilos.. masa ketapi sampai, seb baik hujan dah reda. laki aku hantar diorg sampai coach.. sebab, abang aku OKU sudah.. heheh.. dia patah tgn, merempit nak g keja, kena langgar ngan foreigner mana ntah. seb baik xteruk, patah sket jek... time balik ni, baru pas buka simen tu, xberani la nak angkat berat. kena kat tgn kiri. hadap la berak xbasuh.. wahahahah.. kak ipar aku plak tengah memboyot. dedua OKU aku kata... kekeke.. seb baik brg xbnyk sgt, klau x, nt susah sket la masa nak turun..
elok dah makngah kau meah oii.. baju ngan tudung haram xkena... adoiii...

bulan 4 ni meah balik lagi, knuri umah bapak sedara aku.. dia klau balik sini, makcik dia la jadik mangsa. nak makan pun xsempat sebab asik  nak main jek.. jarang2 jumpa, skali jumpa, main sampai lebam..

Thursday, December 08, 2011

meah punya cerita

lama dah entry ni duk berkepuk dlm ni. skali terlupa nak publish. duk edit, pastu save, pastu edit lagi, save lagi..pastu lupa publish.. ai kan bz skang ni -- sebenarnya dah lama xtgk pun listing post tu, tu yg xperasan! kesian kan. makanya bl nak publish ni, kena edit sket la entry sebab cerita ni dah lama.. seblm raya haji nun..

kisahnya, meah balik umah tokwan. yay! diorg blk naik ketapi. ciklan kata duk sebut2 nak balik kg sini sebab dah lama xblk. tambah pulak duk bising nak balik tgk baby makngah.

mama dia kata, asal nampak mainan ke, brg baby ke, smua  nak bli kat baby makngah. sweet kan.. hehe
eh, dia behave ok ngan baby. kejap2 dtg tgk baby, pegi main, pastu meh tgk plak. time tu bby aku kan kecik g, br 2bln lebih. keja tdor jelah. dia cam eh eh, xleh nak usik2 baby. hehe
pegang baby  pun slow2 jek. siap riba lagi, tapi xsempat nak snap pulak. pastu duk sayang amni.. bagus la dia suka sebab pasni dia pun nak dapat adik! awww.. bertambah anak menakan mek.. soka soka!!

ayat meah : kiter nak adik lelaki. adik kita nnt nama adilah!
ko apehal la meah oiiiiii

' makngah, kiter pinjam kejap ek angry bird makngah. nnt pas main kiter pulang balik. '
gedik giler sebab bila cakap bahasakan diri dia 'kiter'. sket2 kiter, kiter

aku bwk dia g jitra masa nak g ambik pizah. saja bwk dia jenjln kat supermarket. uiii.. syok sungguh dia paw makngah dia.. sabaq jelah. g bahagian baby, smua nak bli, mai capai jek apa yg dia rasa best masuk dlm bakul.  stokin la, botol la, mainan la.. ' kiter beli utk baby amni ek makngah?'.. banyak cantik muka ko. ko capai jek smua, makngah kena bayau.. letak balikkkkkkkkkkkkkkkkkk... .
tapi sweet sebab dia ingat nak bli utk amni. aku nak bli btol susu, ambik yg triple tu. plannya, yg kecik utk amni, pastu lg 2 tu, 1 utk dia, 1 utk mamat (kazen dia). tapi pas sudah dia xkasik bli kat mamat sebab mamat tu ganas! xsedar dia pun sama ganasnya. meah meah... last bli 2 jelah..
paling xmenahan, nak bli baju bola! gila menggedik nak bli baju tu, xmo dah yg lain. nak kaler biru jugak2.. sampaikan amoi salegirl tu pun kena sedas ngan dia. dah bli, duk kenen aku nak g tukar, nak pakai jam2 tu jugak baju tu. aku kata xkan nak salin kat sini, malu ar org nampak. ' ala, kiter g tukar baju  kat bilik air la, org xnampak '.. panggg sedas! sebab bli sliper angry bird, blh pakai jam tu jugak, bli baju pun nak pakai la jugak. masuk keta, eh, nak tukar jugak.. klakar ok budak nih!
dah blk umah, mandi, trus pakai baju baru.. xpadan ngan pompuan, bli baju bola tuuuu.. sabau jelah





ni pesen apa ntah, amek gambar buat tgn cenggini.. dia ni klau mood dia elok, syok la melayan. otw ke jitra tu siap nyanyi lagi. skali ngan makcik ngan makngah nyanyi sama. lagu apa tau? lagu shahir ok! kebahgiaan dlm perpisahan. pastu sound pe, ' klau kiter nyanyi bergabung. lagi best'. sudahnya melalak la dr umah sampai ke jitra. habis lagu tadika dia smua kluar. tanya sama pokok, twinkle2, mcm2 ah... best!


ni masa hantar diorg balik. kesian sebab ketapi lambat dekat 2 jam! gila bosan tunggu. seb baik dia xbuat perangai. aku pas hantar, blk umah la, xtunggu lama.
meah kata ketapi bunyik camni. ' keceh keceh pon pon'.. kakakakakakka... lawok gila bl ingat dia sebut tu. budak ni apa yg dia cakap tu mcm org tua, pastu lawok.. selamba dia jek nak cakap pe pun. nak2 klau dia buat salah, nak marah pun xjadik sebab klakar.. tu xtgk dia main masak2 lagik. bukak kedai makan.. mmg lawok giler.

harap2 pasni dia behave lebih sebab nak jadik kakak dah.. walau dah ada anak sendri, meah tetap kesayangan makngah sampai bila2!

Tuesday, July 12, 2011

me'ah balik kampung...

minggu lepas amierah balik kg..lama dah kut xbalik..last jumpa masa g langkawi bln 1 hari tu..dia pun dah pandai..duk bgtau mak bapak dia..duk ajak balik sini..hehe..dia dah besar, so dah blh ingat dah..
diorg blk hr khamis pagi..lagi aku g jemput kat airport. aku xikut sebab kena g klinik pagi tu. kena check darah pulak sebab bulan lepas hb rendah n nak amek result test hr tu..klau ikut dia karang lambat plak kat klinik tu.. skali dah berjam tunggu, result tu xkluar lagi sebab kena hantar ke lab hospital..mmg siot ah...tunggu lama, tapi nan hado...sket lagi aku nak maki dah..buang masa jek!!

tghr baru aku balik umah abah..balik lunch  n lepaking sana..laki aku pun amek cuti jugak, malas nak masuk opis dah katanya...jumaat pun aku blk lepak sana jugak..amik cuti 2 hari..nak rehat sama, letih oi...

banyak hari cuti kan..khamis, jumaat, sabtu, ahad..abang aku amek kreta, g jenjalan...tapi aku xleh ikut...huahua..hari ahad diorg g wang kelian..makyong kena tinggal..sapa pun xkasik ikut...mak aku pun xkasik..yelah, duk dlm fasa berjaga2...diorg pun seriau gak..kena lak aku kan duk sakit2, lagila org xkasik ikut....makanya, ikut saja apa org tua kata...duk umah saja...memula mcm hegeh nak pegi...tapi bila dipikir2 balik, bukan la ada kudrat sangat aku ni..xlarat sgt pun..jln pun mcm penyu nak berteloq, ada hati mau jln jauh..baik aku rehat je kan...jaga diri elok2 kan...

oh, amierah dah besar eh..hehe..kurus plak aku tgk..katanya, asyik demam jek..nampak kurus sket, pastu nampak tinggi...mulut tu...aduhai.....xmenang kut nak melayan...kena lak org dah g skolah kan..ada2 jelah akalnya..dah pandai tulis ABC..baca ABC..kira 123..hehe..ok la kan dgn umo 4 thn tu..dapat lak whiteboard besar yg adik duk main tu, asyik lukis ja...
yang xtahan tu, skang ni duk cakap bahasakan diri dia kiter....hahahaha....klau tanya, ni sapa punya, 'ni kiter punye la'....'kiter la yg buat ni'...hahahaha....xmenahan btoi..mana dapat ntah, asyik kiter kiter kiter.....getik plak aku dengar...kekeke..
ngan pakngah dia, mcm biasa la..baru sampai tu, mintak mahap la nak leh tegur...dia cakap, 'kiter takut sket je ngan pakngah'..kekeke...dah hujung2, nak balik, baru ngam..bleh gelak2, panjat2 bahu..dari dlu mcm tu la..dah jarang2 jumpa kan..

pastu suka2 hati dia la meh selak baju aku nak tengok baby katanya..ada ka plak gitu...siap tanya, baby nangis ke, baby terkejut dia cakap opocot dak? klakar eh budak ni...


budak ni klau boleh smua binatang yg ada kat situ dia nak naik..tapi sempat naik 2 ekor je, bapaknya dah cempung bawak lari..menjerit2 la...kekeke

ni masa kat the store..mak dia nak shopping baju dia...blk sini beli baju meah banyak2...kat kl bukan xda, banyak lagi dr sini...tapi xdan nak g membelinya...xdak sapa nak teman, nak p shopping ngan laki ? jgn harap la kan...heheh...so, balik sini amek kesempatan la...lgpun senang nak beli, org xramai mcm keyell nun..takat nak beli baju pakai hari2, ok la kan..memilih ok budak ni skang...gaun2, sory, xlayan..pakai sluar je..tu pun pakai yg dia nak je, yg dia xsuka, xmau....adoiii...dah la kasar, dah roper jantan dah...






ni candid masa dia masa hantar dia balik kat airport...ngan botol susu n selimut busyuk..heheh...xleh tinggal oh bantal tu..klau xda, blh xtdor mlm..tinggal yg lain xpa, yg tu xbleh...
skang susah nak amek gambar dah..dlu ok je, la ni xlayan...balik kali ni, jenuh makcik dia nak layan...smua makcik..mkn nasik pun makcik kena suap, klau x, xmo makan...hehe..sampai makcik demam2 ni ha xg skolah 2 hari..pasal apa ntah, tetiba jek demam, siap muntah2..
raya nnt, tgk keadaan, klau ada rezki, balik lagi kot diorg..hehe...
lepas rindu kat meah..ada 1 masa tu, masa peknen ni la, sungguh duk teringat kat dia..duk tengok gambar dia sampai melelehh air mata..kekeke...

insyallah, nnt amierah dapat sepupu....awwwww
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...