Showing posts with label peti ais. Show all posts
Showing posts with label peti ais. Show all posts

Thursday, February 12, 2015

Bila suami pergi pasar

sekarang ni jarang sangat la aku dapat g pasar.
ada anak kecik kan?
kadang2 dapat pegi pasar mlm je.
balik kerja tu singgah la sesiap beli barang basah apa yg patut.
tapi aku tak suka beli barang basah kat pasar mlm.
kalau sayur, ok.
aku lagi suka beli barang basah kat pasar masa pagi2.
sebab lepas tu basuh2 smua leh terus masak.
pagi kan?
kalau pasar mlm tu, balik rumah dah malam.
nak basuh segala binatang tu smua, haishhh malas.

so, skang ni tugas pegi pasar jatuh kepada papa@hubby.
selalunya dia pegi hari sabtu.
sebelum g keja sempat la pegi pasar kejap sebab hari sabtu dia masuk keja pkul 10am.
weekend, ada pasar tani depan umah je.
seberang jln sana tu.
tapi klau nak jln kaki mengah gak la.
so, hari sabtu gigihla papa pagi2 g pasar.

suami g pasar kan?
what to expect?
hahahaha..

tapi, ok la dari takda.
sila syukur kak yah oih.
dulu, mcm susah gak la, but bila dah biasa, now dah ok dah.
laki aku dah terer.
tapi tapi..
dia beli apa ko pesan jelah..
klau bab barang basah takda masalah.
bab sayor ada sikit masalah sket la.
sebab dia tak mkn sayor, so dia tak berapa kenal sayor.
dia kenal yg aku slalu beli je.
like carrot, kubis, kubis cina, bendi, kacang buncis, togeh, lobak and ada la 2,3 jenis lagi.
aku pun bukan pemakan sayur sgt, mmg sayur itu je yg aku slalu beli.
lagipun aku sorang je mkn.
dia mkn jugak la sket2.
laki aku ni slalu silap antara halia and lengkuas.
jenuh explain masa pesan.

klau nak beli lebih2, aku g sendri.
tinggalkan anak2 kejap kat dia.
nak beli segala bawang la, belacan smua kena g sendri la.
laki aku prefer beli barang basah ja.
mudah nak beli, sekali lalu je katanya.
utk sayur dia malas nak pegi area lain dah.
so, sekali sekala aku singgah pasar mlm beli sayur.
dia beli segala binatang nak makan tu.

baru2 ni dia g pasar.
dlm esbox kosong, ada eskrem ngan ketul ais je.
minta dia g pasar beli apa yg patut.
lepas 40 minit camtu, baliklah suami tercenta.
nampak senget2 badan jinjit beg plastik.
dlm hati duk pikir, apa laaaaaa laki aku beli sampai gitu sengetnya
skali, ha amekawww selambak dia beli.
lenguh pinggang aku duk membasuh segala binatang tu.

dia beli :
ayam 2 ekor
ikan kembong sekilo
udang rm10
sotong rm10
ikan cencaru rm5

mana la tak lenguh pinggang aku duk berdiri kat sinki tu.
aku lak jenis tak reti simpan, basuh je smua pastu masuk esbox.
kebetulan mak aku singgah umah hari tu.
dia tolong tengokkan Aniq sementara aku membasuh.
mak aku kata beli barang basah mcm nak buat kenduri.
padahal nak mkn 3 org je pun.
sabor jelahhh..
pkul 3 baru leh mkn tghr okeh.
sian mak aku.



nahhhhh..
penuh esbox.
suka suka..
seronok tgk esbox penuh mcm ni.
isi dlm bekas trasparent, senang tgk isi apa kat dlm.
nak masak keluarkan je, cepat keja.
barang2 basah ni smua aku pecahkan utk skali masak.
ayam sekor dapat 4 kali masak je pun.
bukan besar sgt ayam skang ni.
besar ngan lemak and berat ngan tulang je.

tu siap ada eskrem.
bawah tu ketul ais.
bakul pink ada stok susu Aniq sket and isi segala sosej, nugget smua.
barang frozen duk dlm tu, tak campur.
bekas tudung hijau tu isi ikan.
utk ikan aku masukkan dlm plastik utk skali masak then masukkan dlm bekas hijau tu.
senang keja.

now, bila balik keja, suami tanya mlm ni mkn apa ?
klau isteri jawab malas masak, dia jeling sket.
klau isteri jawab tak benda nak masak, dia jeling bnyk sket.
hahahahaha..
kan bnyk tu stok dlm esbox tak habis lagi ????
gitu jawabnya..
tu lah niat dia g bli bnyk2 tu.
nak bini dia masak hari2 kat dia.
bini masak sedap sgt kot.. kekekeke..
laki aku suka mkn kat rumah.
dia suka mkn ayam, sebab tu dia bli ayam bnyk and masak la ayam hari2 pun tak pa.
takpelah, dah dia suka aku masak, dia dah beli, so kita masak jelah kan?
air tgn isteri pengikat hati suami katanya kannnnnn?

Monday, May 19, 2014

Penyimpanan stok barang basah

rasanya dah pernah up entry pasal barang basah ni.
takpe, up lagiiiiiiiiiiiii, miahahaha..

isteri2 @ mak2 yg berkerja, rasanya ramai yg buat stok gini kan?
tak tau lah kut ada yg suka barang fresh, hari2 beli, hari2 siang, hari2 masak.
i is tak rajin sampai begitu sekali.. kofkofkof..
sebab nak siang segala jenis binatang tu, bukan sedikit masa dia eh.
klau udang sotong ha, cepat..
tapi ikan, huii, tak kuasa..
beli2, then buat stok, nak masak kang, cepat je keja sebab dah siang.
kena cairkan je.
cumanya, jgn lah buat stok sampai sebulan.
not gud.
lagipun hilang dah rasa and zat2 tu smua kut klau lama sangat duk keras kejung dlm peti ais.
aku pun tak suka klau ikan@ayam tu lama sgt dlm peti ais.
tak sedap, rasa pun lain.
busuk2 pun stok cuma utk seminggu.
pastu refil balik bila dah habis.

now, kita cerita cara simpan stok2 ni smua.
ada blog yg aku baca, tak ingat kat mana, dia simpan dlm plastik.
buat utk sekali masak jugak, tapi tak pakai bekas, pakai plastik.
tapi masukkan dlm 1 bekas besar.
contoh, ayam beli sekor.
potong2, basuh2, masukkan dlm plastik utk sekali masak.
mcm aku, sekor ayam dpt la 4-5 kali masak.
tak tentu..
so, aku punya 5 bekas la tipuware tu.
klau plastik, 5 bekas plastik la.
pakai plastik yg buat isi air, klau kita g beli air bungkus kat kedai tu.
pastu, masukkan pulak plastik tu dlm tipuware besar.
tapi asingkan, jgn campur dengan binatang lain la.
utk ikan, ikan je, ayam 1 bekas, udang 1 bekas.
now aku tgh berkira2 nak buat gitu jugak.
sebab mcm jimat ruang. kan?
guna bekas tipuware ni makan ruang jugak.
cumanya kena beli plastik jelah banyak2 and ada sampah la nnt.
bekas ni bule pakai ulang2. plastik tak sesuai kut..

hari tu tgh berangan2 nak beli set tupperware yg utk isi segala benda alah ni dlm freezer.
tapi, 1 set tu humakaiiiii, mau 200 hengget.
telan ailio kak yah.
teringin sebab cantik and bekas tu tahan betul based on review la.
tapi pikir2, mcm tak berbaloi gak.
ni ayat org kedekut.. hahahahaha..
guna tipuware pun sokay je pun.
beli yg sama bentuk, sama kaler, susun elok2 dlm peti ais, cun je kan?

kadang2 klau tak bnyk benda freezer atas tu ok la, susun bekas2 ni smua.
kadang2 ada nugget la, fries la, eskrem la, semak plak aku tgk.
banyak sgt bekas.
sejak kawen, dlm tipuware tu la aku simpan semua.
dlu guna bekas yg dpt free masa beli soya or kuih raya.
pastu beli bekas yg elok sket kat tesco.
bekas yg putih tudung biru tu dari avon.
ada 1 lagi, besar siap ada raga dlm tu, sesuai utk simpan daging@ayam.
ok, pikir2 pasni nak simpan mcm mana pulak.
nak jimatkan ruang kekdahnya..
peti ais aku idok besar mana, standard 2 pintu je..
nyesal pulak tak beli yg besarrrrr terus dulu..


Wednesday, May 07, 2014

Tupperware lagi!!

yaa, beli tupperware lagi.
ni k.su punya pasal..
hahahaha...

opismate aku, tapi dia department lain.
close sebab dulu masa skolah menengah, dia senior and baikkkk sangat.
until now, gitu je perangai dia.
a gud sista!!

dia aktif sungguh jual tupperware.
tapi bukan promote gila2 sampai ko naik cemuih.
tak, dia suka beli, walau takda org order.
pastu penuh bonet kereta.
pastu dia tunjuk2 kat kawan2, sapa nak, ha ambik..
gitu je konsepnya..
bukan duk promote, buat sale ke hapa..
saja suka katanya.
yeee, sapa tak suka tgk tupperware kannnnnnnnnnnnnn?

hari tu ada dia  letak dlm pesbuk dia.
aku dah menggedik dah.
nak g beli sendri, malas.
kang nak beli 1, silap2 jadi 5.
amboih..
so, jom ambik kat k.su jelah..

apa yg aku beli kali ni?
hihi..

nin diaaaa,,
nak bli kat k.su sebab nak bli loose, tak mo ambik 1 set.
tapi setelah dipujuk rayu *lah sangat*, ambik 1 set jugak..
sebab mcm rugi ambik 2 ketoi sajaaaa..


hohoiii..
beli 4 percuma 1.
bekas biru yg bawah tu besau..
boleh buat isi sayur..

haaaaaaaaaaaa..
dah kalerful peti hais kak yah kannn?
ambik sorang 1 dah pasni.
laki aku main togok je bekas tu.. sabaq jelah..


** duit tak bayar lagi ni k.su, tapi kemain haku susun dlm peti ais.. hahahahaah...

Thursday, November 28, 2013

Peti ais


seronok tgk org ada peti ais besau stok nak masuk tdor pun boleh. hihi..
peti ais kami idok le besar mana.
peti ais 2 pintu, standard saiz je.
dah beli, dah pasang, eh rugi pulak tak beli yg besauu sket.
gitulah mak2 ni kannn?
takpe, kita guna jelah mana yg ada, ikut kemampuan..


nahhhhhhhhhhhh..
sampai 2 ke peti ais engkau kak yah?
hahaha
yg 2 pintu tu, kami beli err, last year.
lepas kawen, start duk umah sewa pakai yang pak mentua kasik. yg 1 pintu kat sebelah tu ha.
lama gak kami pakai. umo peti ais tu dah lebih dr 10 tahun ok. kondisi tip top, cuma jenis lama yg ko kena defrost bahagian beku tu. dlm sebulan, 2 kali camtu kena defrost. klau tak penuh ais dlm tu. peti ais skang dah tak dah kan nak kena defrost2 bagai ni.

aku beli peti ais 2 pintu tu bila Amni dlm umo 8 bulan camtu. yg kecik tu tak muat bila aku nak simpan stok makanan Amni. berebut la kat bahagian beku tu. kena plak kat bahagian tu kan cepat nau bekunya. sometimes lagi bnyk ais dr makanan. bila defrost, kadang2 lupa. tau2 air dah melimpah ruah kat lantai. nak mengemop dah 1 hal. end up, ada duit sket, jomlah beli yg baru.

dah ada yg baru, yg lama merajuk pulak. awal thn hr tu rosak pulak. rosak pun sbb laki aku sendri jahanamkan. nak defrost lambat, dia g ketuk2 ais dlm tu. siap tikam2 ngan pisau. tak sabar. tertikam sampai ke lantai, tembus la. kluar gas. ngeri btoi. geram aku. tak brani cakap bnyk sbb dia yg rosakkan. so, tak blh guna. duduklah ko diam2 kat situ. blh repair tp nak bawak ke kedai tu hmmmmmmmm.. alahai, berat. atas peti ais kecik tu ada warmer botol susu Amni. dah peti ais tu rosak, leh la letak menda alah tu kat situ. sebelum ni laki aku tak kasik.
dulu, heaven la ada 2 peti ais. leh separate sini nak letak apa sana nak letak apa. gituu.. yg kecik peti ais suami, yg besauuu peti ais istri. dah mmg slalu gitu, istri gila kuasa. hahaha..


mcm biasa, mesti tampal fm kat peti ais kan? hahaha
asal leh tampal aku tampal. ada laki ganas, bila buka peti ais terbang setengah fm aku. sabar jelah.
atas peti ais letak stok susu Amni. belakang tu ada kotak apa ntah. bekas kecik tepi tu, mug tanah liat beli kat hatyai.
dalam peti ais atas, kat bahagian beku, simpan stok barang basah. dah penah cita kat sini.
oh, peti ais ni pun dah lekat kunci sbb Amni dah bule buka.
aku tgh buat keja, tau2 dengar dia duk sebut "sejukkkkkkkkkkkkkkkk, sejukkkkkkkkkkkkk". pusing tgk, kepala dah masuk dlm peti ais!! sabaq jelah anak aku.


nahaiii..
padat kan?

bahagian chiller, aku jarang letak apa2. slalu laki aku letak air botol like 100+ tu.
rak pertama, ada jem roti, butter, susu pekat, cheese, jem roti Amni (puree kurma). kadang2 ada kotak coklat jugak. letak yg kecik2 ja kat rak tu.
rak kedua, ada bakul buah. kadang2 ada air vitagen or sustagen. bekas kuning tu ikan bilis. stok ikan bilis sentiasa ada kat umah. tu aku beli 1/2 kg. hihi. atas tu bekas coklat. dah lama dah coklat tu, tak habis2 sebab aku sorang je duk mkn.
rak ketiga, segala jenis bahan masakan. ada stok bawang, stok cili, belacan, sayur, cili. smua masuk dlm tipuware. aku pilih yg clear supaya nampak apa isi kat dlm. kat bahagian belakang tu ada lagi. ada bawang goreng, ada kacang goreng, serbuk cili dll. smua dlm tipuware jenis clear. cuma ada yg bekas 4 segi, ada bekas bulat. eh, sambal belacan pun ada tau ka belakang tu. pun aku buat stok. nak makan, cedok je. tak payah la tiap2 hari menumbuk sambal belacan.
bawah skali, bahagian sayur. yg ada masa tu cuma serai, limau nipis, kubis, kentang and carrot. klau rajin aku susun, klau tak aku campak je. hahaha. stok sayur slalu tak menginap lama kat situ. thats y aku tak susun2 sgt. aku bli pun tak bnyk, cukup utk seminggu je. ai kan slalu masak-- ptuiii--.
yg nampak penuh tu sebab ada stok gula and kurma dlm tu.


di pintu peti ais.
agak tak tersusun. ni kesan drpd peti ais lama rosak. klau tak elok je sebelah sini. hehe
atas, stok telur. ada stok ikan bilis megi kat sebelah tu. kadang2 je guna, so kena letak dlm peti ais. next stok ubat. penuh sebab dah lama tak check. klau tak, aku check, mana yg agak dah lama, 3-4 bulan camtu, aku buang je walau tak expired lagi. malas nak simpan lama. kang bule ambik lagi kat panel. free.. hehehe.. lagipun Amni suka sgt mkn ubat, jenuh nak menipu. pasni kena pikir solution lain.
bawah, segala maknek sos, kicap, perencah tomyam. coolfever Amni pun ada. hihi.. now aku dah masukkan dlm tipuware dah sbb kenit tu suka ambik.
last skali, air kosong. bekas biru hujung tu, air gula. aku mmg buat sesiap. masak gula sekilo, buat air gula, simpan. nak bancuh air, tak payah terkocoh nak buat air gula dah. buang masa.

tak berapa nak puas hati sgt tgk susun atur peti ais ni. lepas ni kena 5s sket lagi. susun2 lagi kasik kemas. baru sronok buka peti ais kan?
tgk peti ais org, siap ada label. huiiiiiiiiii.. rajin eh, kagum kak yah. aku takat susun jelah, nak label blm ada kekuatan. hehehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...