Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

Wednesday, August 19, 2020

Periuk idaman : Dessini Cookware

 Assalamualaikum..


mari me'rewardkan diri sendiri ngehngehngeh..

dah lama tak shopping barang dapur @ cookingware. sesekali rasa nak beli tu, ha beli terus jgn ditangguh2. sebab kang tetiba ja blh kansel.

masa PKP awal2 dlu, ada la viral kejap set periuk Dessini tu. kemain meriah kat sosmed pakat share. ada jugak tgk kat Shopee, berkira2 jugak nak ordernya. cuma risau bab postage la. nak beli tu, pikir la jugak. sebab mahal la pada aku. hasil masakan sama je bab kata pak incik. puiii... tapi sesekali, apa salahnya ye dok? usha je gambar kat Shopee, belek2 harga compare segala aku nih. beli online tau jelah kan, benda tak nampak kan? risau la jugak aku nih. 

sekali husband bff  aku tu  ada jual. hah, order dgn dia jelah... kita support kawan2 berniaga kan? aku jual ko beli, ko jual aku beli. gittuhhhh.. kebetulan ada lebih stock dekat dia. tak bertuan lagi. so kita onz terus. duit tak bayar lagi, barang sampai dulu. kerlasssss kau..



tadaaaaaaaaaaaa..
kaler merah uolls. feveret kaler kakyah hehe.. kat kotak kaler pink, tapi dlm nya merah. takda la terang merahnya, just nice. 
ikut aku, nak kaler merah bata tu, tapi kena tunggu, preorder. lambat.
so, kita sauk jelah stock yg sedia ada. 
hijau pun lawa, hijau zamrud tu. tapi mcm tak in dgn dapor aku pulak. so, red is better.

dekat IG, ada ja lalu lalang. pastu belek2 kat Shoppe jugak. pikir2 nak beli ke tak. bukan tak da periuk kat rumah ni kan? tapi nak la ada periuk lawa sket, tak kan nak guna periuk cap padang  besar je ye dok hahaha..
kepuasan kepada penunggu dapor kan?
aku beli ni sebab dapat duit kutu. dari membazir ke benda tak nampak, moh le beli cookingware idaman. nampak jugak bendanya. ada lagi benda lain aku beli dari duit kutu tu, tapi yg tu PnC hahaha..


sauk sekali set senduk silicon ni. yg ni merah ang ang. sukaaaa hehe.. memula sayang nak guna. mahal wei hahaha. tapi dah ada, kita guna jelahhhh. simpan buat apa kan? takkan nak buat hiasan semata2. kang reput camtu je, dah nyesal.

jadiknya kita pairkan dgn periuk baru tu. sesuai sgt. terasa wow sgt bila masak tu. hahaha. masakan yg biasa2 terus jadi luarbiasa. 

wishlist la jugak ni. rakyat marhaen, ginilah.. beli yg mampu milik saja. tu pun kumpul dapat duit kutu baru dapat hehe.. takpe, kita belanja cara kita kan? buat apa nak ikut org kalau kita tak mampu..

Thursday, May 14, 2015

Made in Thailand

duduk dekat dengan sempadan ni untung jugak.
nak2 thailand kannnnnnnnnn?
hahahaha.
sana seronok klau g shopping.
sebab barang2 murah.
dulu duluuuuuuuuu lagi syok.
sebab duit diorg rendah.
kalau tukar duit, banyak dapat.
kena pulak barang murah, mmg syok la.
kadang2 currency tu hampir sama.
but, now dah tak mcm dulu.

lately, duit kita yg teruk.
merudum kut..
beli barang murah pun tak terasa murah sebab duit kita bnyk susut.
sebelum ni kalau ringgit jatuh pun,tak teruk sgt beza.
bulan lepas teruk jugak.
dlm bahasa mudah, beza dekat rm2..
banyak gak la kan?

cth, tukar duit ringgit RM10.
dapat duit bath dlm THB 840 camtu.
waktu currency ok tukar RM10 dapat THB 960 camtu.
ok la jugak..
duit diorg 1 kali ganda dari kita.
kita RM10, diorg THB100.
pegi siam, senang nak kira duit.
tgk harga THB250, means, RM25.
mudah nak convert.
kalau indon, vietnam, pitam tgk angka kosong.
main juta2 je.. padahal duit kita baru berapa puluh je.

2-3 bulan sekali, aku pegi la padang besar.
masuk belah siam, nak shopping.
dah selalu pegi, takda la rasa syok sgt pun nak membeli.
beli benda kegunaan harian je pun.
dah kata barang kat sana murah kan?
slalu aku shopping toilettries la.
skali beli, stok 2,3 bulan terus.
tak pyh nak ulang2 pegi dah walau tak jauh mana pun.
and laki aku mmg keja kat sempadan pun.
hehehe..
dia duta besar malaysia ke thailand.
hahahahahaha..
tu perumpamaan sedara mara aku kat dia.
sebab susah nau nak cuti on public holiday.
diorg buka sepanjang tahun kan?
oh, dia keja kat duty free.. The Zone.




last pegi sebelum masuk keja lepas beranak.
so, dekat 4 -5 bulan jugak tak pegi..
lama tu.. hahahha.
so, ada la sket hasil rembatan..

ada 2 supermarket kat sana yg aku suka pegi kalau nak shopping barang rumah.
beli segala syampoo, bedak, colgate bagai.
pastu beli periuk belanga.
mmg murah nak compare dgn barang kita.
tapi kena tgk kualiti jugak.
jgn syok beli yg murah je, tapi kualiti diabaikan.
barang2 diorg murah sebab taraf hidup kat Thailand rendah.
kalau area Bangkok sana, mahal jugak la sebab dah pekan besar.
kalau sebelah selatan Thai ni, tak mahal sgt.
area golok sana, pengkalan kubur, padang besar ni kira syurga shopping la.
ramai kut org malaysia duk masuk shopping sana.
kalau pegi Hatyai, Phuket, Danok, duk nmpk org kita je ramai.
heheheh..





antara hasil rembatan.
jgn heran kalau tgk barang2 kat rumah aku smuanya made in Thailand ye.
hehehehe..
shower gel adik kat sana cuma THB62.
duit kita dalam RM6.20.
kat sini klau tak silap RM7++.
paling aku suka beli is syampoo.
botol besar tu baru THB119 maknanya RM11.90.
masa last aku pegi tu THB109=RM10.90.
dah naik harga pulak..
ok la, klau nak compare ngan sini.
lagipun kat sini susah nak dpt botol besar tu.
slalu ada medium saiz je.
shower gel dettol tu THB99=RM9.90.
benda lain yg aku suka beli kat sana is softener baju and sabun basuh botol susu.
murah.

pastu ada lagi la benda2 lain.
barang2 plastik, and makanan.

oh, lagi 1.
susu anak.
bapak murah.
masa Aniq minum susu S26, mmg aku duk beli kat sana jelah.
zaman Amni pun.
keja papa dia la beli susu.
kat sini, sekotak RM44 - 46 utk berat 600g.
kat siam THB290 jeeeeeeeeeeeeeeeee.
beza banyak woh..
klau kotak dabel kat sini RM87++.
kat siam, THB760 tapi kotak triple.
bnyk beza kan?
then, ramai kut pakat duk p angkut susu S26 kat siam sebab murah dr malaysia.
dun worry sebab susu tu imported from s'pore
susu enfalac pun kat sana murah jugak tapi tak bnyk beza mcm S26.

mcm2 lagilah barang2 Thailand ni.
korang kalau yg pernah datang padang besar, tau lah kut.
kalau korang tgk barang kat padang besar tu murah, kat sebelah siam sana lagiiiiiiiii murah.
kadang2 beza sampai 1 kali ganda.
padahal sempadan sebelah je pun tempat asalnya.
biasalah kan, org berniaga..
klau kat arked niaga kat padang besar tu, aku klau pegi beli keronsang je.
lain2 tak bli sebab mahal.
keronsang sebab mmg situ je yg ada.
kalau masuk sebelah siam sana, tak bnyk sebab diorg ambik kat tempat lain.
barang2 kat online yg ramai sgt org duk jual tu, yg mana made in thailand tu, klau tgk harga sebenar kat sini, bule pengsan.
sebab ada yg jual triple dari harga asal.
hehehehehehehe..
tapi, mmg kena gitu la..
kos pengangkutan bagai tu kan?



so, kat umah aku ni, umah mak bapak aku pun, banyak la barang2 yg Made in Thailand.
tu korang tak tgk segala besen, periuk, pinggan bagai tu.
murah oiiii..
ada duit ngan takda duit jeeeee..
hehehehe...

korang pernah datang padang besar?
pernah pegi siam?


Tuesday, April 23, 2013

HiShop!

membeli belah di alam maya sangat lah seronok!
kat mana2, bila2 masa, clik2, esok lusa, eh barang dah sampai. yahoo yahoo kan?
xperlu pikir nak drive ke shopping complex jauh2, jalan jam, nak parking susah, bayar parking lagi. then nak cari  kedai, nak belek2, buang masa dah brapa lama kan? end up xbeli apa2 sebab dah letih. haishhhh..

nowadays, online shopping dah jadi trend. org perempuan suka sangat lah kan? serba serbi boleh beli online. mcm2 adooooo. cakap jek nak beli apa, pendek kata smua dah boleh beli online! hebak dokk?

boring2 xdak buat apa2, klik2, shopping. xpayah drive jejauh, xpayah kuar peluh pun. kluar duit je.. hehe. eh, dah nama shopping, mmg la kluar duit kan? janji ko ada gadjet, ko dah bule online shopping. tapiiiiii, kena ada internet connection lah yeeee. ada gadjet canggih xdak tenet, xdak maknanya nak online shopping. pastu duit pun kena ada lah yek dlm akaun. kang nak membayo cemana dok? lain la nak guna gores dan menang.. hutanggg.. alah, credit card laaaa..
tapi, aku tgk kepada benda yg nak beli jugak. xsemua benda aku suka beli online. nak2 baju. sebab aku xleh pegang sendri and test dlu. heheh..klau benda yg mmg kita dah tau mcm mana, xjadi hal nak beli online. and then kena tgk kat mana nak beli. klau org perseorangan nih, kena pikir 2,3 kali. takuit kena tipu.. kena tgk background dlu ye.. dah yakin, so proceed jek.

aku dr bulan lepas nak membeli eye liner and eye brow. dah lama sgt dah habis. dah hujung2 sgt dah. nak asah pun dah xboleh. eye line pun dah kering kontang. nak kluar membeli tu, haiiii tau lah laki aku kan? mana maunya nak ajak g shopping. pastu, kat perlis ni apa sangat yg ada. yg aku nak, kena g alor setar nun klau nak beli.. aaa acaneh? so, penyelesaiannya ialah online shopping!!! yay!

maka saya telah berjumpa dengan HISHOP lalu jatuh cinta!!
page ni baru launch jek, klau xsilap thn ni jugak around January. mcm2 kosmetik ada! tu yg kak yah suka!! hihi.. local adan international pun ada. paling penting genuine product! me also genuine.. hehe.. antara yg aku tau, Stage, Skin Factory, Farmasi, Simply ct pun ada.. and macam2 lagi lah. korang leh tengok by brand. eh, homepage dia pun user friendly. i likee.. aku pun biasa buat homepage, so bila tgk Hishop, ohh, very nice!
paling penting, trusted!! :)
nak mudah, create account terus. pasni nak beli  lagi kan? hihi

klik2 kat Hishop dan jumpa yg berkenan di hati lalu membeli. bnyk yg berkenan, tapi kita beli yg btul2 nak pakai dlu. yg lain2 tu nanti saya datang lagi yehhhhhh..

eh, klau beli banyak, over RM50, kos pos adalah free! xke best tuuuuu.. mana nak carik??


pas 2 hari, parcel dah sampai. syiokkkk sebab cepat!

memula tgk parcel, tekejut jugak sebab besau nau.. barang yg aku beli kecik jek.. rupanya2..








diletaknya dlm kotak pink yg cute nih.. yeszaaa.. making beauty accessible..


apa yg kak yah beli?


eheh.. cenonet jek..


eye brow and eye liner from farmasi.. suka suka suka sukaaaaaaaaaaaaa..
1 jek. salah kaler :(
kat page tu xdisebut kaler, ada kod jek. ke aku yg cari xjumpa. hehe.. bl view, nampak mcm hitam. bila sampai rupanya brown. both are brown. but sokay. utk eyebrow, slalu pun aku beli soft black je. dpt brown pun ok. bila pakai, just nice. eyeliner pun sama. dark brown. bila pakai pun nampak ok. kesimpulannya, kak yah suka! 1st time try brand Farmasi ni and ok!


bertambah suka sebab dapat voucher dr Milk a deal and White!! yay tepuk bintang!!

Milk a deal and Hishop diuruskan oleh org sama. memula tekejut sbb dpt voucher MAD ni, pastu bl ingat balik, oooo... adik beradik rupanya.. ehehe.. dekat White xbiasa beli lagi. situ pun mcm2 ada. lebih kepada keperluan rumah. mesin basuh pun ada tau klau nak beli.. hehehe..
kat Milk a deal, dah slalu sgt dah. mcm2 dah beli. sebab murah! dpt plak voucher nih, terus reedem. hahahaha.. sebab expired last May. so, kita guna terus. apa kak yah beli pulak? biasa2 jek, murah murahhhh.. hehehe



paling suka ialah...

auwwwwwwwwww...


pasni nak beli cosmetic, leh g HiShop saja kan?


Friday, November 02, 2012

KR1M

skang ni kami laki bini buat syok ulang g kedai rakyat 1 malaysia.. hehe.. xdak la ulang kerap sgt. br 2 kali kut.. sronok g tgk barang. sebab kedai tu luas n barang banyak. kat area kangar, yg aku tau situ jelah, dekat bintong. xtaulah kut ada lagi..

1st time pegi bulan lepas. sesaja bwk amni ronda2 tgk lampu, eh nampak kedai 1 malaysia. singgah kejap. beli pun sket je..

hasil rembatan hari tersebut. air oren tu so so jelah rasanya. xdak la sampai tahap mcm twister ke apa ke.. kena la dgn harga rm2.99 kan?

baru2 ni pegi lagi. umi kirim barang dapur. sambil menyelam minum air jugak la.. ingat senang laki aku nak kluar g jln2 shopping2 ni? skang senang, leh guna anak sebagai alasan.. heheh


hasil rembatan kali ke 2. kat kedai 1 malaysia tu, yg murahnya barang2 1 malaysia la. barang lain, pada aku saja jek. ada yg lagi mahal kut? korang penah pegi kedai  malaysia nih?
aku duk gebang2 jelah ngan laki aku.. barang2 mmg murah. yelah, kata utk rakyat kan? tapi klau brg lain yg bukan cop 1malaysia, ada yg lagi mahal dr kedai runcit biasa. letak pulak sebelah2.. so, pengguna kena bijak memilih..

klau korang, korang pilih jenama ke harga? jenama so so jek, then murah. another product, jenama terkenal, harga mahal sket la. klau aku, aku pentingkan kualiti. murah, klau kualiti bagus, y not kan? mahal, klau kualiti sama mcm yg murah, buat pe nak membazir. contoh? erm, sabun. beli yg mahal, yg wangi2, yg bule hilangkan kotoran dengan sekali cucian.. end up, ko letak pewangi pulok. bila beli yg murah or yg sedang2 je, hilang jugak kotoran tuuuuu.. lain la klau baju kena minyak hitam, ko sental cemana pun sama je kesannya. slalunya barang2 rumah, aku yg beli. buat perbandingan harga and kualiti. sebagai pengguna kena bijak memilih kan? klau bagus, tapi harga mahal mencekik, lupakan jelah. aku bukannya bnyk duit sgt. pilihan ditangan anda..

tgk barang kat kedai 1mlaysia ni, smuanya datang dari juta bersih sdn bhd. google2, mcm2 jugak jumpa. katanya 1 company dengan mydin.. repacking baik brg2 mydin jadi 1malaysia. btul ke tak, entahhh.. ce korang google...





## yg xbule tukar, kicap kipas udang.. kena yg  tu jugak2.. yg lain xsedap. dlu botol besar 4 hengget je.. now dah 8 hengget.. mahai oh! seb baik sedap mcm dlu jugak, klau x,memang ku beralih arah

Tuesday, December 20, 2011

wangiiiiii

2 thn dah kut xbli parfume.. sebelum ni, habis jek, bli baru... xleh kalu xdak parfume..
since peknen last year, smua parfume ntah kemana hilang tah. peknen thn lepas ngan thn ni sama jek peelnya. hidung ada masalah sket. bau wangi xleh, bau busuk lagik la xbule. peknen thn lepas, xpakai wangi2 pun. so, parfume smua simpan. dah selesai branak, mcm dah xminat ngan parfume tu. lagipun parfume klau dah lama, bau dia xthn dah. nak mencari parfume mcm malas, so aku bli kat bodyshop jek. elok jek peknen pulak thn ni, eh xblh bau pulak dah.. so simpan pulak parfume tu.
skang ni, smua parfume yg lama tu, duk lam kotak jek. nak himbau sayang plak sbb botol dia cantik. simpan  jelah buat pekasam.
since dah lama xbli minyak wangi nih, masa kat duty free tu, grab lah 1. memula nak bli lancome hypnose. tapi tu dah biasa pakai, nak bli lancome yg baru tu, apa ke nama ntah, bau cam manis sangat. dah bau gula2 plak. kang semut hurung aku plak. nak bli dkny, ermmm, xdak bau best.. last, bli gucci. sebab bau dia aku suka . dlu ada laki aku bwk balik botol kecit conet tu. dia slalu la dpt yg tester tu. duk ngorat salegirl jual parfume tu, dapat la 2,3 ketol. aku la yg  tolong ngabiskan.
nak bli yg latest, huiii.. dekat 300 sebotol. xkoser la kut. gucci ni pun 200 lbh. tapi since laki aku keja situ, leh la pakai diskaun utk staf.. heheh.. soka2.. staf kat situ pun dah kenal aku dah.. senang  nak dapat diskaun, xyah nunggu laki aku dah.. ada gak parfume yg diskaun sampai 30%, tapi tu stok lama.. xbest2..
aku amek botol kecik jek. ada botol besau, tapi xmo sebab nanti lelama bau dia kureng... maka, berwangi2lah aku skang ni ngan parfume baru.. muehehehe


aku suka beli parfume. klau dah habis, xbuang, simpan botol tu.. sebab botol tu ada yg cantik..
sebeday aku dah dekat.. klau nak kasik hadiah, leh kasik minyak esen..mueheheh

Monday, December 19, 2011

purse baruuu

laaaaaaaaaaaaama dah duk nak bli purse baru. since peknen dlu lagi. purse yg sedia duk guna tu dah rabak. aku klau bli purse yes mmg cerewet sket. yelah, nak isi duit tuuu.. biar alah membeli menang memakai. mahal sket, klau kualiti bagus, xdak hal.
sebelum ni aku pakai purse polo. lama gak pakai tu. aku beli thn lepas. kena lak aku jenis ganas, main campak jek. xpenah lagi kut pakai sampai koyak. tapi yg tu pakai dengan sungguh2 hati. masa koyak sket2, duk usha dah nak bli baru. tapi xdak yg berkenan di hati. awal thn hri tu kan ada g penang. dah usha, tapi dah xberkenan, xbeli.. asal g memana, mesti usha purse, tapi still xdak yg berkenan. padahal smua dah lawa2..maybe time tu ngah peknen, so mood kelaut sket kut.. pakailah purse koyak tu sampai rabak. kenkadang malu nak kluarkan klau g mana2 sebab koyak.. kekeke

sabtu lepas, g duty free. kat tempat laki aku keja tu. hajatnya nak bli periuk vision. tapi cam sayang plak sebab mahal sgt. lain la klau masak pakai vision tu masakan yg xsedap leh jadik enak banget, ha, berbaloi la aku melabur. soping coklat jelah.. hehe... dah  nak balik sgt dah, eh nampak plak ada purse. masa g seblm branak dlu xdak pun, hari tu ada plak.. usha2..erm, cam terbekenan plak.. makanya, grablah 1..


slalu purse aku kaler itam. kali ni bli kaler merah ang ang plak. tgk cam cun plak yg merah tu. yg hitam ada gak, tapi nampak cam beg isi tembakau plak.. kang org ingat makcik2 punya plak.. kuakuakua... yg buatkan aku lama xbeli purse tu bukan apa. aku duk carik jenis clutch sebenarnya. senang, leh campak henpon skali dlm tu.. kut tenet bnyk, tapi xpuas la tgk. kang bila dah order, sampai kat tangan, hasil xseperti dlm gambar plak. aku bab bli kut tenet ni, tgk barang jugak. xpuas klau xleh belek2 live..


kalerful plak kat dlm.. baru ceria ye dok ? ada dua zip kat atas. means 2 ruang utk letak uwang.. nak masuk henpon pun boleyyy.. best kan?
slot utk kad xbnyk. letak yg penting jelah kat situ. tu ha, nampak plak kad plastik gores dan menang tu. bli hari tu pun guna kad plastik tu la... nak bli cash, gaji xkluar lagi. nak tgg gaji, eh xsempat dah. menggedik nak time tu gak.. akhirnya, tambah hutanggggggg... uwaaaaaaaaaaaa..
tapi sokayy, sebab cun, maka leh terima. cop kat situ genuine leather. tgk la brapa lama leh thn. brand apa, xingat la plak. seb baik ada diskaun 50%.. mengkalau tak, huiii.. mahal kut..

Thursday, December 08, 2011

I am a Fabulous Mom!!

fabulous xfabulous sgt la kan. anak br sorang, tunggu dah berderet, haaa.. time tu bukan takat fabulous dah, fabuloso smua kluar.

nak citer pasal page fabulous mom. com. kelik sini nak p sana. pegi cecepat sebab ngah ada sale! mak dah rabak sket dah poket sebab kelabu mata.. muehehe..

benda alah yg paling best aku beli, ni ha...

 botol susu anti colic. aku beli kaler pepel. xmo ah amek pink. asal gegirl je pink. asal pink je gegirl.. lagipun amni dah ada botol kaler pink. gambar pooh lagi.. hehe.. aku ni xleh nengok botol susu. geram tgk botol yg comey2 tu. dlu masa peknen xleh nengok mitten ngan booties, skang botol susu plak. tapi yg ni beli sebab anti colic. mahal oii! after discount RM28.48. b4 discount RM33.. 5oz je pun. nak bli yg besar cam xkena jek. skang ni amni skali minum 2oz jek. klau yg besar tu pun dah harga tu, yg besar lagi, lagik mahal la kan.. klau bli yg biasa, 28 hengget tu dah bleh dpt 5 kut. brand xdak hal skang ni sbb kebanyakkan botol susu ni dah free bpa. aku tgk ramai kwn2 aku yg pakai brand avent. tapi mak xminat eh.. sebab xcomey! dah la mahal nak  mamps.

pastu aku bli teats ni. sama brand ngan botol tu jugak, MAM. kat situ dia tulis product of Austria. yg ni bapak mahal. 1 pek tu ada 2. after discount, 20 hengget. kiranya 1 teats tu saploh hengget! uiiii.. klau ko xmo hisap lagi xtau la nak oiii. aku beli sebab teats ni pun anti colic. amni kan minum susu formula jugak, so kena ada protection jugak la kan. lagipun design dia aku suka. sebijik sejibon cam puting t****. mahal pun pejam mata la. tapi aku la ngeng sket. tgk sale jek trus meloncat nak bli. dah aku bli botol MAM tu,patutnya xpyh dah bli teats ni. bila bli botol kan ada skali puting dia, so bleh pakai yg tu la kan. aku lak xperasan sebab excited lebih bila sopping. teats yg kat botol susu tu sama mcm yg ni jugak la. dahnya ada 2 free. lagi malang, teats ni xleh pakai kat botol biasa sebab saiz dia besau. design dia cam t**** kan. klau nak  pakai kena carik botol jenis besau cam MAM tu la.. kan dah jadik pembaziran disitu..--hantuk pala kat dinding--. seb baik amni mau puting ni. elok jek dia hisap. feeling sama la kan. klau x, xke menangis ko kat situ. klau puting dia xnak, ngan botol skali la xleh pakai.

budak kecik tu memilik ok puting. dah mcm2 jenis dah aku beli. anakku, ok baby, fifi, japlo, doctor baby, haram dia xmau. dia nak puting anakku yg aku bli skali ngan botol kecik tu jugak. dah xtau mana nak carik puting camtu. aku tgk kat anakku xdak pun yg sama camtu. hr tu try brand pureen kat botol air masak dia, ha dia mau hisap. seb baik yg baru ni pun dia ok..

eh, mcm2 lagi aku bli kat fabulous mom tu. kata tengah sale kan. paling geram nursing bra. sale sungguh, tapi bnyk yg dah xdak stock! rugi2.. sebab susah kut nak cari kat belah2 sini. klau ada pun xbest. dah bli hr tu, 40 hengget. tapi xleh pakai sebab sangat xbest!
cepat, g terjah sana. aku xleh terjah dah, karang terbeli lagik.. huhu

Wednesday, February 02, 2011

hari membeli kasut sedunia

hari ahad lepas secara xsengaja telah pergi ke alor star..hehe..xsengaja sebab kena pegi, ada kerja berkaitan ngan kerja opis jugak..makanya, laki aku tu rela jalah pergi...klau x, hmm...jenuh gak la..

dah setel keja, aku ajak g pacific..nak beli kasut. memula dia xmo sbb ada skali pegi, habis pusing, sepasang kasut pun aku xbeli..nak buat cena kan dah xberkenan..xkan nk main beli jek...xmo ar..aku klau beli kasut ni cerewet dr beli handbag...klau beli, tapi xcam xberkenan, pastu duduk la dlm kotak tu diam2..pakai sekali sekala jekk. kena pilih btul2 mana yg berkenan, walau nak duk kat kaki jek..kena comfort ok..

ramai jugak manusia kat sana..mau laya cina kan..pusing2, aku beli jugak..kena beli sbb sudah buat akujanji ngan laki mau beli kasut..klau xbeli mau aku kena maki plak nnt..dah pusing2 situ berjam2, xbeli jugak kasut..klau xmo dgr dia perli pasni..beli saja...seb baik ada gak yg berkenan walau xsepenuh hati..huhu...

pas beli kasut plan nk beli baju...tapi mcm xberapa berkenan..lagipun xbest la nk pilih2 bila laki duk ikut montot gitu..asa xbebas! kannn? laki korang mau ke ikut korang g shopping pastu tlg pilih2 kat korang? laki aku ? toksah mimpi la..jadik, xbeli la bajunya..

turun bawah, tgk 1 kedai kasut...ada sale..maka...hasilnya seperti di bawah...


ada 4 pasang ok!huhu..2 uk suami, 2 untuk isteri..adilkan...heheh..1 wedges aku beli kat pacific atas nun, 1 sport shoes utk suami, pastu lagi 2 tu beli 1,free 1..jadik amek sorang 1.selipar utk hubby n 1 lagi wedges utk aku..skang ni aku dah xreti nk pakai heels, dah selesa pakai wedges saja.ada 2,3 pasang heels duk simpan lam lemari kasut jek..pakai wedges ni senang nk berlari...lagipun badan agak memberatkanskang ni..tu yg xselesa pakai tumit tinggi tu..ececece....sebenarnya, dah ngemok xmo ngaku kan..muehehe




pastu terbeli parfume body shop pulak..lama sangat dah xmasuk body shop punya outlet.dlu suka sgt ngan white musk..zaman2 student dlu klau leh pakai parfume body shop dah kira hebat la kan...hehe..
bila dah kerja, xlayan ar body shop ni, bli CK, Lancome la pulak..hehehe...
tgk kat situ skali ada parfume baru..tapi xla baru sgt baunya ok, so nice.kena la ngan aku..terus jatuh hati, terus la beli..paper bag punya besau, isinya kecik je..
ada lagi parfume yg lagik baru, tapi xminat..kaler pink2 gitu. xminat bukan pasal kaler pink, tapi bau dia cam sweet2 je, mcm gula2..karang semut meh hurung aku plak...heheh







bulan doblas hr tu, balik dr alor star dgn hati yg sgt kecewa sbb pergi dan balik tanpa beli apa2..tapi kali ni kecewa la jugak sebab pergi dan balik dgn beg duit yg sudah kosong..huhu

Monday, January 31, 2011

last day : sesi menghabiskan duit yang ada!!

last day kat langkawi, plan kami adalah untuk memperabihkan duit yg ada..tinggal 20sen pun xpa..tiket feri dah beli siap2 dah, tu bajet asing...

jadik untuk merealisasikan impian kami terutamanya kaum wanita ni..makanya kami ke sini.....

kami ke haji semail ni ha...besarrr punya kedai ni..yg kecik belah depan sana nun, kat tempat lama jual coklat jek..sini banyakkkkkkkkkkkk pinggan mangkuk..aku dr awal lg mmg duk bajet dah nk beli apa..masa g kat beras terbakar sana nun, aku xberapa excited sgt..kain batik pun aku xbeli, dah banyak dah..bukan slalu pakai pung..

masuk jek dlm kedai ni..oh oh..aku dah nak meroyan tengok pinggan mangkuk yg cun melecun n gojes tu..banyak wei...suka sgt aku tgk design2 yg latest tu..nak amek gambar, tapi susah sbb manusia adalah ramai disitu!!tapi xplan nk beli pun pinggan mangkuk tu smua, sebab nk bawak balik susah kan..nanti2 la beli, xpenting sgt lagipun..bajet nk bli periuk vision tu..mmg murah la nk compare ngan kat sini..tapi leceh nk bawak balik plak..beli yg lain dlu la..

xdak la banyak sgt beli sbb org ramai, susah nk pilih, nak tunggu diorg amek yg baru lagi..haishh..aku beli frying pan 1, mula nk amek tefal, tapi mahal la pulok..amek brand lain, murah sket..hehe..pastu beli 2 bijik jug kaca besar, lama dah carik, nk lebih kurang patern sama ngan yg dah ada kat umah..yg aku frust, masa beli mengkuk kaca 4 segi tu..dia ada adik beradik, kecik, sederhana, besar, 4 segi, bujur, bulat..yg syok ada sebab ada tudung! best la kan..yg paling kecik pun dah 16 hengget..aku beli 2, kecik n sederhana...sebab nk beli yg lain lagi..skali masa nk bayar, rupanya yg tu ada diskaun..kalau ku tahu..ku beli lagi 2! hahaha..pastu beli senduk nasi, beli senduk lauk, beli senduk gulai, beli pengepit kaler merah..beli coklat..uiiiiiiiiiiii...syok ehh..hahah


 inilah hasilnya....laki2 ikut jek muntot bini..tolong bawak apa bini beli..bagus! hehe..k.ija siap beli beg 1..murah kat situ..aku xbeli beg pun, tapi beg aku beranak jugak..pegi 1 beg je, balik dah beranak lagi 2 bijik beg..heheh..umi pun bule tahan gak membeli..ni 1st time dia dtg sini. lama dah aku duk plan nk bwk umi dtg langkawi. tapi mak aku tu susah sket mau ajak g jenjln..dlu susah sbb adik kecik lagi, skang xdak hal sgt, tapi ikut mood dia jugak..


 depan haji semail tu, langkawi saga..dedua kami masuk..hehe..ada yg sana ada, sini xda, ada yg sini ada, sana xdak.makanya kami pegi beli dedua tempat..baru adil gitu kan...ehehe..kami xpegi idaman suri, sebab ada sorang pakcik tu kata tokey idaman suri adalah cina..baik kita sokong melayu kannn..


ni depan langkawi saga..situ lengang jek, kat haji semail nun penuh org! tu nampak rokok kat cermin dlm kedai tu ? sana rokok murah, lagi murah dr sini..tapi hubby kata xsedap..makanya dia bawk bekal siap2 rokok 2,3 kotak..dekwan pun sama..ada geng nak berasap plak kali ni..perokok tegar gitulah..





pasni mau plan lagi nk g..mau beli pinggan! hahah

Saturday, January 08, 2011

key finder n bag hanger yg sungguh menggoda

hari tu usha blog ceera, pastu pegi plak kat butik ceera...skali tgk ada key finder ngan bag hanger..tgk cam best, maka trus beli..mmg sangat menggoda la tgk kat blog ceera tu..xcaya, ce tgk...

pastu, skang smua itu sudah ada di tangan..maka haruslah tayang di sini ye dok...

tu nampak dak love merelik lip lap lip lap tu..tu la ar key finder..senang weh ada menda alah...idok le tiap kali nk carik kunci, menggagau aku satu beg...dah la beg gabak punya besar..selit mcm gitu, nak ambik kunci, just tarik jek....sangat membantu...klau beg kecik pun, kadang2 susah gak nak carik kan, nak2 plak masa tgh kalut2 nk buka pintu kreta masa hujan...kan? jadik, moh pakat2 g butik ceera utk tgk key finder yg gojes itu..mcm2 bentuk ada..tapi skang ni xtau la ada stok lagi ke tak..nasib baik, korang dapat la..nasib baik, duk la situ diam2...huhu

ni plak bag hanger..nampak ketul hitam tu? tu ladybird punya patern..cun seyy...ada bag hanger ni senang la..idok le bila g knurik ke, g mkn kat kedai ke, nak kena susah payah pikir nak letak handbag kat mana...letak bag hanger tu atas meja, then sangkutkan jek handbag korang...dun worry, xkan jatuh punya walaupun beg korang berat..aku dah try dah...beg aku tu mmg berat, tapi elok jek dia tergantung situ...

nak tgk tutorial cara nk guna, g kat butik ceera..usha kat situ klau berkenan....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...