Showing posts with label jalan2. Show all posts
Showing posts with label jalan2. Show all posts

Thursday, January 23, 2020

Telok Batik

Assalamulaikum..

lepas keluar dari Zoo Taiping, kami ke rumah kawan aku utk lunch.
lepak sana kejap pastu gerak ke next destination.
kemana..
teluk batik. yay!

dari rumah kwn aku tu petang dah. dlm pkul 5++ dah keluar pun.
dari Taiping, kami ikut jln kat Changkat Jering tu, pastu follow google maps je.
tak susah pun. signboard pun bnyk.
aku tak ingat sgt dah jlnnya. dulu nunnnn thn 2002 kut pegi ikut jln tu haha..
otw, anak2 tido.
lega. seharian dah berjimba kat zoo, so letih la masing2.
aku pun terlelap gak sekejap. takleh tahan menyengguk.
pak incik pun drive takleh laju sgt sbb jln kampung.
ETA ikut google maps dlm 1 jam 40 minit.
jln pun ada few part tak berapa elok, ada construction nak lebarkan jln.
hampir pukul 7 camtu kami dah masuk area Lumut.
cari hotel..


hotel kami.
Orchard Inn Hotel. Under OYO.
aku booking via Booking.com.
aku suka web tu dari yg lain. entah kenapa hehe.
pilihan masing2.
sampai ni, elok nak masuk dah azan maghrib.
hotel ni lokasi kat tengah2 antara pekan Lumut dan Telok Batik.
dari hotel ni, nak ke Lumut, belok kanan. nak ke teluk batik belok kiri. jarak sama je, dlm 8km++.
aku pun tak sure masa booking, tgk mcm ok, so onz.
aku tak ambik area teluk batik sbb situ mlm2 kang sunyi sepi. seram pun ya. haha
tgk yg ni pun nearby Lumut, so oklah.
rupanya jauh jugak hehe.
but, masik consider ok. 8km camtu je pun.
dannnnnnnnnnn.. murah nau!
aku ambik bilik family, 1 katil queen + 1 katil single.
harga? RM64 sajaaa. murah kan?
aku pun tak sangka sbb masa booking rasanya harga dlm RM100++ camtu.
bila nak bayar, eh lain pulak.
ailike.


bilik kami aras 2.
luas jugak. kami blh bersila makan ramai2 kat depan katil tu.
solat pun lepas je.
bilik air pun luas.
kemudahan basic tu biasalah, ada je.
kesimpulannya mmg berbaloi.
anak2 pun suka kemain.
cukuplah sekadar nak tidor kejap je kan?
mlm tu lepas solat, lepak bilik je malas nak keluar. masing2 dah letih.
makan pun kawan aku dah bekalkan sekali tadi so kami mkn yg tu jelah.
lagipun ada je makanan ringan like biskut2 utk anak2 ada aku bawak.
penjimatan berganda! haha
tapi anak2 bosan sket la sebab depa kan dah tidor dlm kreta masa otw.
mak apak ni, pkul 9 camtu masing2 dah selamat belayar dah.
apaknya pun letih drive.
so, pandai2 lah budak2 tu main sendiri.
diorg dah bawak beg sorang 1 ada mainan buku bagai.
tau2 Aniq menyusup masuk je celah ketiak aku hehe.
pukul 10.30 camtu dia tak tidor lagi, gerak aku sebab nak berak.

esok pagi, pukul 9 pagi dah check out.
kemas2 terus nak ke pantai.
anak2 tak mandi pun pagi tu.
kemain excited masing2


dah sampai.
parking betul2 depan entrance kat dataran tu.
dataran takleh masuk sebab ada expo.
time ni kreta tak bnyk pun lagi.
awal lagi kan?
masa otw tu singgah beli makan kat gerai tepi jalan.
beli nasik lemak + kuih muih utk break1st tepi pantai. awwww



pantai teluk batik.
landai, sesuai utk anak2 kecil mandi.
ombak tak kuat langsung.



menggedik la budak2 ni.
adoihh sabaq nak.
paksa makan dulu, pastu baru blh turun mandi.
cari port yg teduh, yg nampak laut senang nak tgk anak2 dari jauh.
makan pun tak senang nuuu tak sabaq nak main ayaq.
mak paksa makan, supa dulu sket alas perut.


kemain seronok budak2 ni.
Amni la ni duk minta sgt nak mandi laut.
yelah anak..
mama cakap ni hadiah utk kakak sebab dapat hadiah exam hari tu.
dia kata lepas ni nak belajar sungguh nak datang mandi laut lagi.
boleh kakak. doa moga mama papa murah rezeki utk awak jugak.
blk tu duk ulang2 cakap best and tq bnyk2 kat mama papa sebab bwk diorg jalan.
tacing mama ni ha..




mama happy tgk anak2 happy.
walau simple saja semua ni. as long as kita happy, dengan cara kita sendiri.
org taktau pun susah senang kita kan?



dah mula turun laut.
pantai sini ok kalau nak tinggal diorg je mandi sendiri.
sebab tak berombak pun.
serius.
mcm air sungai je.
ada la alunan ombak tu, tapi sikit je.
tak risau nak tinggal pun.
maybe musim ni kut. dulu masa datang mcm ada jugak ombak menghempas pantainya.
cuma, panas berdenting.
burn la budak2 tu.
aku malas nak basah2, apaknya lagilah.
so lepak tepi jelah kami 2



nampak je dari jauh tgk budak2 tu.
diorg pun main berdua je.
org tak ramai senang nak tgk.



bercinta kejap. haha
org baru duk masuk masa ni. makin meriah.
aku lari kejap pegi tgk kat expo and gerai2 nearby.
beli baju sorang selai utk budak2 and keychain utk Amni.
buat kenangan.
pastu dlm pkul 11++ panggil anak2 naik.
hoi kemain susah.
ada ja alasan depa.
ikut nak biar je, tapi panas. kesian la pulak



apaknya kena pegi ikut, baru naik.
2-3 kali panggil diorg buat dek je duk berendam.
nak mandi lagi katanya.
soon kita datang lagi Insyallah..

dah tghr, panas berdenting. ikut ke depa memang tak heran, lantak situ panas ke apa.
tapi takmolah.. cukuplah..
dah terminum air masin Aniq pun haha.

mandi kat toilet kat depan tu.
toilet bersih dan luas. ok lah..
basuh budak2 tu bagi diorg mandi elok.
depa dah setel, mak pulak mandi. mcm peluh jugak tadi so mandi jelah.
apaknya tukar baju je. dia mmg tak la nak mandi  kat public toilet.
pastu pakat nak makan eskrem. silalah sementara mama nak siap.
dah setel, kami ke pekan Lumut.
tgk apa ada.


singgah bazaar Lumut.
hoih rambang mata.
mmg dah aim nak beli ikan bilis
geram tgk, semua nak beli.
sebab bazaar ni bersih!
org blh tahan ramai. penuh kedai.
kat dlm ni then kat bahagian luar.
kat luar, rumah kedai semua jual benda alah ni je.
sama. pilih jelah mana yg berkenan di hati.
aku beli kat dlm bazaar ni je. tu pun kiri kanan dah bekasnya haha
beli ikan bilis ngan makanan like sotong kering apa tulah.
apak ngan anak2 tunggu dlm kreta je.
anak2 sambung makan nasik lemak pagi tadi. dah lepas berkepak, lapar.

dah setel beli, pak incik ajak makan.
laparrrr.
waktu ni dlm pukul 2 camtu.
pusing2 nmpk KFC, so on jelah. malas pikir.
beli bungkus then pegi lepak kat Lumut Waterfront.
takda apa pun, just taman rekreasi je.
boleh la..


ada bnyk pondok2 and kerusi kat situ.
luas kawasan ni..
tepi laut lah jugak
kami lepak kat pondok tepi laut and makan.
enjoy betul budak2 ni.
licin semua makanan.


nun disana is Pulau Pangkor.
Lumut Waterfront ni, nearby je dgn jeti nak ke Pangkor.
luas kawasannya bersambung2
agak sesak kat area jeti tu.  ramai jugak org ke sana.
pekan Lumut tu pun sejemput saja saiznya.
pusing2 situ jugaklah.. dia mcm ko buat 1 round je.
dah kenyang makan moh le kita balik.
apaknya takmo lepak lama dah sebab nak ke 1 tempat lagi.
kemana pulak kitaaa?


kasik can laaaa hehe
amni snapkan gambar mama papa.
ada playground, anak2 nak main.
panas anak oiii...
so, ambik gambar jelah.
kawasan ni luas dan seronok la kalau nak ambik gambar.

pukul 3++ camtu kami gerak dah.
apak drive, yg lain tidor hahah..

kisah datang teluk batik nun tahun 2015.

Friday, January 17, 2020

Zoo Taiping

Assalamualaikum..

Aniq dah lama duk zikir nak pegi zoo.
dulu pegi zoo negara, umo dia dlm sethn lebih je kut.
so takda memory lagi utk dia.
now dah besar camni, ha jomlah kita bawak dia ke zoo.
actually utk anak baya2 ni bagus kita bawak dia explore nature kan?
umor ni mmg masa dia belajar dgn melihat.
tu jugak salah 1 sebab aku pilih Taiping sebagai destinasi percutian utk anak2 thn ni.
eceewah..

so, day 2 kat Taiping, bgn pagi siap2 terus checkout.
sebab lepas tu nak ke tempat lain pulak.
terus pegi break1st kat restoren roti bakar arang Fadzil.
soon aku share.
lama jugak kat situ sebab org ramai nauuuu walau hari Isnin.
dah kenyang perut jom kita ke zoo.
sekentut saja dari situ.

anak2 taktau mula tu nak kemana. dah sampai parking haaa kemain seronok si Aniq.
lalu depan zoo masa nak cari parking.
seronok diorg mama bawak datang ke zoo.
mama pun seronok tgk diorg seronok.
dulu datang sini Amni umor 5 thn camtu.
so dia tak ingat dah.




here we are!
ni kat laluan bawah tanah dari parking.
masuk ikut bawah so tak perlu lintas jln kat depan zoo tu.
zoo ni kan kat area lake garden, kawasan tumpuan kat Taiping.
bz jugak situ sebab depan zoo kan ada sekolah, SERATAS.
nearby kat area air terjun sana ada MRSM.
so kalau weekend mmg meriah kat area sini.


Aniq snapkan.
dia cakap, Aniq ok ja kalau mama ambik gambar dgn kakak. hahahaha
ayat tak menahan. ok pebenda sebenarnya jeles.



kat entrance.
sementara nak beli tiket, so pakat2 pose kat area sini.
ada bnyk lg gambar kat sini, letak yg ni sudahlah.
yg lain Aniq pose tah apa2. ada saja action dia.
apaknya pun sama naik nak pose.
mak layan jelah
ramai jugak org masa ni, around pkul 11.30 pagi camtu.
cuti skolah kan, so ramailah org walau weekdays.


HARGA TIKET ZOO TAIPING
Zoo Taiping
Adults
RM16.00
Children (3 to 12 years)
RM8.00
Senior Citizen (60 years and above)
RM8.00
Zoo Taiping visiting hours
Open everyday including Sundays and Public Holidays. 8:30 a.m - 6:00 p.m.
 
Night Safari
Adults
RM20.00
Children (3 to 12 years)
RM10.00
Senior Citizen (60 years and above)
RM10.00
Night Safari visiting hours
Openevery night including Sunday and Public Holidays. 8:00 p.m - 11:00 p.m
On Saturday nights and eve of Public Holidays. 8:00 p.m - 12:00 a.m

nahh harga tiket nak masuk zoo.
blh refer website zoo.

aku tak pernah pun masuk night safari.
tak kuasalah nak masuk zoo mlm2 hahah
jgn kata kita nak tidor, binatang pun nak tidor.
siang udah lee
apaknya ajak jugak masuk malam.
takyah lah.. kang anak2 tak enjoy pulak.

mula2 plan nak masuk Ahad petang tu, tapi tak sempat.
kalau masuk Ahad, suami kawan aku tu ada, dia blh belikan tiket guna IC dia, so dapatlah diskaun sket.
sebab IC org Perak. tapi tgk alamat jugak kalau tak silap.
ada dinyatakan kat kaunter tiket.
tapi dah kami masuk hari Isnin, Zul takda, so takda lah diskaunnya.
sokay, takda lah mahal mencekik harganya pun nak compare dgn zoo negara kan hehe

dah  beli tiket semua, jomlah kita masuk, explore zoo.
tengok segala binatang yg ada.



tengoklah anak bujang aku tu.
ada saja gaya dia klau nak ambik gambaq.
sebab tulah selalu kena marah dgn kakak.
kakak pose ayu sopan je, dia tah mengangkang rata.
sabaq jalah..

cuaca just nice, takda lah panas berdenting sgt walau tghr.
org pun ramai.
cumanya panas berkuap jelah.
kami pakat bawak kipas tgn sorang 1 anak beranak.
hahaha
anak2 aku berpeluh sakan. diorg berlari sana sini kan.



Aniq snapkan lagi.
bnyk keping dia ambik.
siap cakap Aniq ambik gambar mama dgn gajah bnyk2.
mama tepi sikit, sini sikit sebab tak nampak gajah.
apaknya sambung cakap, mama dgn gajah sama ja.
kuangjaqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqq.



dah dua2 pose ntah apa2.
sorang tiru gajah, sorang lagi tak dapat dikesan.
mood elok dedua. sebab pagi td dah makan kenyang.
plus enjoy masuk zoo, mak biaq ja depa berlari sana sini.
enjoylah anak2.
cuma Amni la duk merungut sket, letih berjalan. yg tu tau dah, diva sket.
kawasan zoo ni luas.
apaknya nak lalu semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa kawasan.
sabaq jalah.


luckily, apaknya rajin melayan bab ni.
dia pun gigih belek sekor2 binatang dlm tu.
maknya, tak kuasa. hahaha
aku tgk dari kejauhan saja, ujung2 mata.
binatang yg pelik2 tu aku belek lah. yg biasa2 tu malas nak usha.
pehal nak tgk bontot org utan nih.
masa ni lawak.
tgk duk tgk, orang utan tu blh p kencing dari atas pokok tu.
dah merambu2 ayaq kencing beliau. loqlaq btoi.
mengekek anak2 aku gelak.

lama jugak kami kat dlm tu.
pkul 2 camtu baru keluar. pusing semua.
apaknya nak tengok rimau la, singa la apa laaa.
layan jelah.
brenti kat tgh2 zoo tu kejap. ada playground, ada kawasan lapang, ada stall jual minuman dan blh lepak2 kat kerusi.
anak2 dahaga so mak beli milo sorang sekotak kasik diorg tenaga tambahan hehe.
lepak kejap pastu sambung jln tgk binatang.
apaknya taknak naik tram sebab tak nampak binatang.
tabahlahhhhh...




ni masa nak beli tiket.
ada family tu duk gilir2 ambik gambar, then pak incik approach tolong ambikkan gambar diorg sefamily.
then abg tu offer utk ambik gambar kami pulak.
life is easy rite?
tak susah pun nak buat baik dgn org.


anak dara nan seorang.
enjoy dia pun cuma duk bagitau sakit kaki tak larat jalan.
ada saja akai.
anak teruna nu takyah kira.
tak nampak letih pun.

pkul 2++ kami keluar dari zoo.
dah keluar, Aniq kata nnt kita mai lagi na mama.. hahaha
suka dia.
Insyallah, nnt kita datang lagi.
moga rezeki mak apak awak murah lepas ni nak bawak anak2 jalan2.

keluar dari zoo, kami ke rumah kwn aku lagi sorang, kakcik.
lunch kat sana. dia tu sejak subuh dah wasap tanya jadi ke tak datang sebab nak  masak.
of coz la datang. bukan selalu nak jumpa kwn2 kan?
2 org kawan aku kat sini. kawan baik dunia akhirat Insyallah.
mkn, solat semua kat situ. anak2 aku yg td letih la apa la, jumpa kawan, sakan pulak mainnya.
pak incik pun sempat lelap mata kejap sementara kami duk sembang2.
pastu dlm pkul 4 gerak ke next destination.
mana kita ?
soon aku share..


Wednesday, January 15, 2020

From Taiping With Love

Assalamualaikum..

cuti sekolah lepas (Dec tahun lepas), bwk anak2 ke Taiping.
the place that i love forever and ever back to the future yawww (ayat munah kampong people hahah)
tak tau nak kemana, so kesanalah kita.
sebab Aniq duk sebut nak pegi zoo.
rujuk kepada bajet dan agak mengizinkan, so onz ehek ehek ehek..

aku ambik cuti seminggu terus minggu krismas tu.
dah bgtau opismate yg lain, yg seunit aku tu.
so, kami gilir2 cuti, pakat baik2 no gaduh2.
hari krismas 25 dec tu hari Rabu, so ambik cuti tahun 3 hari. lagi sehari claim cuti tanpa rekod sebab AJK Konvo. 9 hari direct cuti. bahagia hidup hohoho

kami gerak ke Taiping hari Ahad, 22hb.
nak gerak awal, nak masuk lunch kat Penang plannya. tapi laki ku spoil btoillah.
adoih stress bila ingat. dia mmg payah la bab nak keluaq awai pagi.
pkoi 12 baru keluar. kau ghaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.
dah malas crita bab lewat tu.
so, kami singgah mkn kat Nasi Kandar Subaidah kat tepi highway kat area Sg 2 tu saja. malas dah nak masuk Penang. kang jem, lagi lambat sampainya.



here we are.
masuk Taiping dlm pukul 4 klau tak silap.
Taiping sambut kami dengan hujan. sooooo Taiping haha..
kat highway pun, masuk Bukit Merah dah mula hujan. trafik pun slow ja.
kami masuk ikut Kamunting. then pak incik bawak pun slow ja sebab hujan (tak lebat sgt).
dannn aku blh menikmati pemandangan dengan penuh syahdu.
last datang bercuti, 6 thn lepas. haaaa. bnyk perubahan oi.
sebak dada, taktau nak bgtau mcm mana rasa tu.
tempat yg bnyk beri erti hidup pada aku.
tempat yg penuh pahit manis kehidupan.
tempat yg akan aku datang selagi ada daya.
tempat yg takkan aku lupa sampai bila2.
the place that I love so much!
entahlah kenapa, Taiping sgt dekat di hati.

kami terus ke tempat penginapan.
soon aku share pasal tu.

dah solat. mandi2, then keluar semula.
petang dah masa tu.
ikut plan asal nak masuk zoo ptg tu, tapi tak sempat dah.
masa tu dah pkul 6, so kita kluar ronda2 jelah.
pusing Lake Garden.
syahduuuuuu okeh!
lain dah dari dlu. org ramai sgt ptg tu
maybe cuti skolah kan?
nak habis 1 pusingan tasik tu, lama nau sebab bnyk kereta dan jln ada yg dah tutup sebab pokok tumbang tu. so, tak dapat 1 round mcm dulu.
nak brenti ambik gambar pun kreta bnyk sgt, pak incik malas. pui btoiii
then janji dgn kawan aku nak jumpa kat Bomba, dinner situ.
dari lake garden nak ke sana, sekentut ja.
tapi sebab kreta bnyk, jem, nak cari parking susah, sejam jugak baru setel haha



foodcourt Bomba.
actually nama dia lain. tapi semua org sini panggil bomba.
sebab foodcourt sini belakang balai bomba.
dan, mcm signature Taiping la tempat ni.

tgk muka Aniq..
bebai. kenapa?



nilah signature nya.
aiskrim dan yong tau foo.
aku tak lah suka sgt yong tau foo tu. makan gitu2 ja. aiskrim, haaa aku suka.
datang Taiping kalau tak mkn ni, kira mcm derhaka la.
ada bnyk gerai jual yong tau foo, pilih mana berkenan.
aku tak ingat dah kedai mana yg kami selalu mkn dlu.
kwn aku, bff aku yg sorang ni dia stay sini.
so dia ingat lagilah kedai abang tu.
dlu mmg kami selalu lepak depan kedai abg tu. dulu dia ensem, now tua dah abg tu pun hehe.



senyum palsu.
pastu sambung bebai. sebab aiskrim mama sampai dulu.
hahahaha.


ha ni baru senyum betul.
sebab sampai dah eskrem diorg.
tamak, nak sorang 1. hujung2 tak habis pun.
sebab selalunya aku akan bagi diorg share.
tau dah.
then orderkan nasi ayam share 2 org tu.
habis mknnya.


my lovely bff dah sampai.
dia kena solat dulu. lewat sket sampai + jem jln tu. kami takpe, blh jamak.
mkn dan lepak2 kejap kat sini.
tq Chaq belanja yong tau foo. aku nak bayar, eh dia bayarkan dulu.
dah la ambik bnyk, tak habis huhu..

penuh ok foodcourt sini. tak syok nak sembang.
anak2 pun rimas duk lama2 kat sini. bising.
mmg pack.
then decide hantar diorg blk dlu, then kami gegirl nak keluar pulak.



kat sebelah foodcourt.
kami pun terjebak lama jugak kat sini.
ralit btol tgk pakcik tu.


so talented!
ramai ja yg kerumun tgk.
painting guna cat spray uolls.
pernah tgk dlm tv. now tgk depan mata.
kagum gila aku.


antara hasil beliau.
laku okeh


cantikkan?
yg ni kami tgk dari awal dia buat.
hoiii kagum..
kreatif tu penting.



ni yg aku grab.
lawa kan?
masa kami sampai dia tgh buat ni.
takleh nak bayang mula2 apa gambar yg dia nak buat.
dah siap, oiii lawanya.
duk agak nak beli ke tak. pak incik kata klau nak, ambik sekarang takyah nak tunggu.
elok aku pegang, ada lagi sorang ladies ni nak jugak.
sorry, taken hehe.
then dia pegi ke brader tu bgtau nak 1 lagi, mcm ni jugak.
see...
rezeki dia.

lepas tu hantar pak incik & anak2 blk.
Chaq pun sama. laki dia blk dulu. dia blk dgn aku.
sebab pastu nak keluar balik.



tukar baju diorg siap2.
apaknya tolong jaga eh.
budak2 ok ja. sebab diorg pun dah ngantuk.
ok je mama nak keluar jap.


lepak sini.
Allah.. rindunya.
ramai jugak org mlm tu.
kami lepak dari pukul 11.30 sampai pkul 1.30 kat situ hahaha.
mengimbau kenangan oii.
bukan senang woo



mcm2 cerita keluar.
cerita lama, cerita baru.
cerita hal kehidupan masing2. takda nak membawang ke apa.
masa yg ada kita guna betul2.
then ada sekumpulan manusia datang duk nyanyi hepi besday bagai, bising, so kami ubah tempat.
pastu gerak balik sebab laki Chaq mesej bgtau anak dia nangis.
tak jauh mana pun nak ke rumah dia dari lake garden ni.
slow2 bawak kreta sebab nak menikmati pemandangan waktu malam.
nak pusing masuk tgk  pondan, tak brani pulak kehkehkeh..
dah sampai rumah, anak dia ok.
sambung lepak lagi.
gigih nau. kat kedai makan area rumah dia ja. senang nak balik nnt.
pkul 330 pagi, kena gerak balik lah nak taknak pun kan.
ahaha.
mak2 sesekali terlepas, gini jadiknya.
tak puas, soon kena datang single, senang nak lepak. gitu plan masing2.
ntah bila nak tercapainya. 


Thursday, January 09, 2020

Pusat Sains Negara Wilayah Utara, Kedah

Assalamualaikum..

29 Dec lepas, ajak apaknya ke Alor Star.
nak ke TM ada urusan pasal telefon rumah mak aku.
sebab atas nama aku, so akulah yg kena setelkan.
nak redeem balik bil.
before ke TM pegi lunch dlu kat Manzur Capati kat area Masjid Nagore.
kedai ni org tempatan ja yg tau, or luar tak tau sgt.
opismate aku rekemen, so moh kita try.
nasi beriani, ayam goreng, gulai kambing. so far memenuhi piawaian.
sedap!
dah setel mkn ke TM. setel kat TM gerak ke Pusat Sains Negara wilayah utara.
kat Gunung Keriang sana.
berdekatan dgn Muzium Padi.
saja bawak anak2 kesana, dah lama tak pegi.
umur Aniq tak pernah lagi pegi.
last pegi, Amni 6 thn kut and tak bawak Aniq pun sebab dia kecik lagi.
tak sesuai and mak malas nak kejar anak haha..


kat laman PSN.
kawasan ni luas. kat bawah ada playground and berunsurkan sains.
bukan gelonsor semata2 lah kiranya.
masa balik anak2 minta nak main, tapi panas berdenting. dlm pkul 5 masa tu.
lain kali lah ye.

masuk beli tiket dulu kat ground floor.
harga dewasa sorang RM1 saja.
utk kanak2 bawah 12 thn, free.
lepas tu pegi solat zuhur dulu baru naik.
surau dah upgrade ada aircond.
last time datang kipas saja, aircond rosak.

oh, waktu pembukaan 9 pagi - 5 ptg.
blh usha website beliau utk maklumat lanjut.
silakan klik..



entrance.
menggedik anak2 aku. Amni ingat2 lupa pernah datang sini.
dah masuk, tgk kat dalam, excited lah diorg hehe
tgk kat dlm tak la ramai sgt org.
maybe sebab Ahad, org Kedah kerja.

masuk kejap ada staf dtg panggil ke blk sebelah sbb ada demo sains.
so, jomlah kita join.
dlm 20 minit je katanya



simple saja, utk anak2.
tapi makpak pun semua join.
simple science experiment, anak2 enjoy.
dah habis, masuk galeri balik.
budak2 tak sabar nak main.



bawak anak buah sebelah pak incik, Haziq.
now dah form 5. tinggi nauu..
dia tak pernah sampai sini, so new thing utk dia.
kesana kemari explore dgn paksu dia.
sila lah..


dia try naik basikal tu.
aku nak gak try tp gayat, makanya simpan jelah niat tu.



anak beranak ni 2-3 kali masuk sini.
rumah gempa bumi.
dah masuk tekan butang dlm tu, bergegar2 rumah tu.
seronok pulak depa.

ruang dikecikkan.
ikutkan sampai hujung sana, tapi naik penghadang.
tu mcm ada pembangunan baru sebelah sana.
soon kita datang lagi tgk apa yg baru kat sana.



pak incik puluk buat benda alah ni tapi tak berjaya.
cuba lagi bang hahah
bnyk juga alatan sains kat sini. dan sama je mcm kunjungan aku yg lepas.
rasanya ni kali ke 3 aku datang.
tunggu kali ke 4 nnt baru ada perbezaan kut, lepas tempat baru tu siap.



yg ni sama naik anak beranak cuba.
penyamaran.
apak pun pulun. amak layan jelahhh



budak 2 ketoi tu buang masa kat sini lama.
aku jenuh panggil.
tau tak, diorg susun semua block mainan tu kat dlm rumah tu.
aku tinggal diorg kat sini aku gi explore tempat lain
datang balik tgk hah clear..
depa susun masuk dlm rumah semua. aiyooo.
ajak balik tak nak.
aku bgtau jom main yg lain pulak, baru nak keluar.
pastu baru nak explore benda lain.

nak ajak balik, jenuhhhh..
nnt mai lagi.
masuk free berbaloi2 la utk anak2.
main sambil belajar.
bnyk la benda yg menguji minda anak2. bagus..
bawaklah anak2 datang.
sure diorg enjoy.



pintu keluar.
tengoklah gambar Aniq, semua dia pose tah apa2.
sabar jelah bujang aku nih.
kreatif now, ada saja akal dia..



1 for the memory.
yg ni senonoh gambar dia sebab dah kena jegei mata dgn mama
hahahah..

turun bawah belanja diorg eskrem, then balik.
nak main playground, panas berdenting.
now anak2 duk ajak datang lagi.
kalau sekentut, tiap2 minggu mak bawak korang mai sini.
jimat hahaha..
so, yg berdekatan bawaklah anak2 datang.
mcm2 alatan berunsurkan sains ada kat sini.
bagus utk minda anak2 kita.
main sambil belajar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...