Showing posts with label cerita ceriti. Show all posts
Showing posts with label cerita ceriti. Show all posts

Wednesday, June 22, 2022

Hai

 Assalamualaikum..

entry pasal Ramadhan, pastu sengap. now tak berapa hari lagi nak raya haji hahaha.. tak sempat la haih nak update pasal raya puasa lepas. kita cuba japgi klau sempat hihi.

bizi menda entah la. tapi, mmg ya pun. biasalah keja ni mana nak pernah habis. keja opis, keja rumah, urusan sendiri, urusan keluarga, mcm2 lah. semua org dpt sama je 24 jam sehari. pandai2lah kau susun cemana kann...

hidup mcm biasa sekarang, takda beza bnyk sgt. dan mcm dah kembali ke rutin biasa. anak2 pegi sekolah, mak pegi keja. weekdays itulah rutinnya. weekend, anak2 mengaji. pastu kdg hari sabtu balik rumah mak aku. ahad pakat duk melepak kat rumah. kdg2 je keluar tapi jarang lah. sebab malas hahaha..

org lain maybe weekend suka berjln, keluar mkn bagai. sbb weekdays dah keja sekolah bagaikan? kami, weekend nak rehat je hahaha. masa tu lah nak masak, nak mkn sesama smua family. nak setelkan keja rumah, nak basuh baju lipat masuk almari smua. nak gosok baju, nak mop lantai, nak kemas laman. ha gitulah. jadinya weekend kadang eh malas nak kluar hahah. ada lah jugak, takda lah terperuk kat rumah je. kesian anak2 jugak kdg tu. bawak jugaklah g kedai ke apa. alah, Perlis apa sgt yg ada. tapi anak2 aku ni, bawak gi Giant pun seronok dah. blh beli keropok, eskrem, main kat playground kejap, pastu mkn kat foodcourt tu, depa seronok dah. pastu balik tgk tv @ phone. diorg dah apaknya, tak suka lama2 kat luar. homesick hehehe..

okes, jom edit gambar raya jap heheheee...

Wednesday, March 16, 2022

Hai

Assalamualaikum..

 

ohoi lamanya menyepi. malas nau nak menaip hahaha..

kita cubalah update a few news yg berlaku sekitar thn 2022 nih. sayang juga kalau dilupakan begitu saja. eceewahhh.. moga ada mood nak menaip hendaknya..

bnyk sgt cerita kalau nak di share. bnyk bulan betul tak update. malas apa entahlahh.. bukan tak buka blog ni, tapi buka, pastu tutup hahaha..

ok, my 1st entry for 2022.. on march hahaha..

 

Tuesday, August 24, 2021

Masih lagi jadi cikgu mama

 Assalamualaikum..

PdPR masih lagi on seperti biasa ya para ibu2 haha. bln 10 nnt pun belum tentu sekolah rendah buka kan?  adoih la.. sabar jelah aku. apa nak buat, kita kena terima situasi negara kita sekarang kan? dgn situasi sekarang rasanya makpak pun taknak hantar anak ke sekolah kan? semua pun utk kebaikan bersama. now, ibu bapa & para guru kena saling kerjasama utk pendidikan anak2 kita. tak dinafikan, anak2 kita sudah agak ketinggalan. konsep aku mudah ja, kita cuba sekadar mampu, esok2 dah besar kalau dah mmg dia nak cerdik, ha cerdiklah jadinya. gittuhhhhh..

ada ja parents yg push anak2 gitu gini kena ikut kelas segala. anak2 kita tak biasa dgn kelas online segala ni. budak skolah rendah, mana la paham sgt. yg skolah menengah tu maybe ok la blh bawak diri kan? walau dah masuk 2 thn kita mcm ni, tapi tak semua budak blh catch up pun. so makpak jgn stress sgt. relax chill dah.. hehe. tu aku la. korang aku tak sure cemana.

last year aku a bit stress la pikir bab ni. tapi lama2 aku cuba tenangkan diri. nak kejar apanya kan? bila ada parent berlumba submit keja skolah, aku buat rilex. yg sempat, ha kita submit. yg tak, konsepnya redho. kita kat opis, handphone berdenting2 mesej masuk pakat duk done done doneeee. rengsa wei hahaha. utk kali ni, tak masuk opis full, ada hari work from home. so dpt handle sendiri kelas anak2. hari yg aku masuk opis, tak dapat la. blk mlm baru belek2. itupun kalau sempat and mak ok haha. letih gak wei kadang2. so ada la homework yg terbengkalai. mujurlah cikgu pun tak push sgt.

thn ni bnyk improvement. cikgu2 pun dah makin bijak teknologi. last year maybe tak sempat nak kaji semua kan? so thn ni mcm2 pendekatan ada, so makpak pun rilex sket. tahniah pada cikgu2 semua.

anak2 aku sekolah swasta, sekolah agama. so tak terikat sgt dgn peraturan dari jab pendidikan. masih follow guide yg sama, tapi aku tgk tak seketat sek kebangsaan lain. mujurlah. since last year mcm ok ja. cikgu2 mmg usaha bantu anak murid. yg merengsakan is makpak dlm group wasap hahaha. adoihh sabaq jelah. tapi tak kata ke sesapa, benda 1st time jadi kan? dan semua makpak nak anak dapat pendidikan terbaik kan? apakan daya, kita tak bersedia utk semua ini.

sekolah anak2 aku ni, kelas pagi 2 subjek saja. ptg kelas kafa pun 2 subjek. jumaat takda kelas. so, rilex kan? makpak tak berkejaran sgt. anak2 pun tak stress. kelas start pkul 9. next klas pkul 11. depends on cikgu tu, ada kelas online, ada kelas offline. sama mcm kafa jugak. tapi kafa slalu offline la. cikgu kasik link video dari YT, then ada homework. pastu kena submit. kelas utk subjek pagi pun sama. yg offline, ada cikgu yg rekod sendiri video. ada effort la compare dgn search saja video kat YT kan? hehe. tapi tulah, tak semua cikgu pandai teknologi, dan maybe tak cukup alatan. kita kena terima..  aku ok ja. nak komplen lebih2, bukan bidang kita pun. cikgu2 pun maybe dah usaha kan? musim mcm ni tak guna pun nak tunding jari sana sini salahkan org nu salahkan org ni. berdamailah dgn takdir hehehe..

utk kali ni, walau kelas tak padat, tetaplah ada part yg makpak penat nak follow kan.. takpa, kita follow selow selow hehehe.. kat skolah ni dah mmg ada group wasap utk setiap kelas. so kat group tu cikgu2 guna utk hebahan hal sekolah, cuti ke, ada taklimat apa ke. update bab kelas pun situ la. kelas on ke batal. utk hantar keja skolah, cikgu guna telegram pulak. dan ada group utk setiap subjek. yg ni la agak pening. 2 anak, kali dgn berapa subjek, meriah la henpon mak ni hahaha. ada cikgu yg guna googleform utk submit keja skolah, ada yg guna tele. mak mmg kena alert. dan yg terbaru sekolah dah update apps utk parents bagi points utk anak2. cikgu2 pun guna apps tu. anak masuk kelas, ha dapat marks. anak submit homework dapat marks. anak aktif ke tak dlm kelas pun ada marks. sebab now kan exam smua dah takda, so cikgu guna kaedah tu utk nilai anak murid. apa ke nama ntah konsep tu, lupa dah aku pun. ada cikgu bagitau masa taklimat lepas.

 

kat telegram mak. meriah dgn group subjek kelas anak2 jelah hahaha.

dan ada jugak a few group dari wasap yg now dah move to tele. sbb lagi bnyk kelebihan dari wasap. lebih ringan pun ya katanya. so kita follow jelah.


dan kat gallery gambar henpon mak pun, penuh dgn gambar keja skolah anak2 hahaha. budak2 ni ada henpon sorang 1 dah, tapi duk submit smua guna henpon mama jugaklah. sbb ada hari yg mama keja, diorg duduk dgn adik aku. payah la pulak nak minat dia yg handle bab homework budak2 ni. dia blh jaga pun dah syukurrrr bila hari mama kena masuk opis.

bnyk la yg makpak kena alert bab sekolah anak. kadang2 ada perubahan. kadang tak perasan pun ye hehe. ni dah tukar kerajaan, tukar menteri pendidikan baru, entah apa lagi nak tukarnya. hmmm..

for now, kita sabar and  follow the flow hehe. kerajaan pun dah usaha. kita yg duk kat bawah ni taktau pun usaha diorg cemana kan? nak jaga senegara, besar weh.. kita komplen, bising2 pun dapat apa je?  cikgu2 pun dah usaha. kita pun dah usaha. anak2 pun sama. doa yg baik2 utk anak2 kita, utk smua, Insyallah semua akan baik2 saja.


Tuesday, August 17, 2021

Pray for Malaysiaku

 Assalamualaikum..

 

rasanya semua alert kes yg berlaku semlm. perletakan jawatan PM kita. dan seterusnya beliau dilantik menjadi perdana menteri interim @ caretaker sehingga PM baru dilantik.

aku taknak ckp lebih bab ni. sebab konflik dalaman antara ahli jemaah menteri, antara parti, apa yg berlaku dlm parlimen dsbnya, kita tak tau sepenuhnya. 

cuma, aku rasa sedih dan aku rasa ramai yg akan setuju. sedih, di kala rakyat sedang berdepan dgn musuh yg tidak dapat dilihat, di kala rakyat berjuang utk meneruskan kehidupan, di kala rakyat ada yg putus harap utk hidup, tapi para menteri yg berkuasa di atas sana sibuk berebut jawatan dan pangkat.  sepatutnya selesaikan lah dulu masalah covid ni. kesian kan lah pada petugas barisan hadapan yg kerja tanpa henti. kesian kan lah pada rakyat yg terkesan, yang terjejas pendapatan. dah selesai semua elok nnt, ha korang nak berebut kerusi ke, berebut jawatan ke, berebut negara ke apa pun, hah silakan.. sibuk lah haih semua nak jadi PM.. geram weh.

mereka yg di atas, mungkin pendapatan tak terjejas pun. ni rakyat yg berniaga, yg hilang punca pendapatan, terus struggle utk hidup. yg dijangkiti covid, yg hilang ahli keluarga sebab covid, yg hilang kerja, yg hilang rumah.. sengsara rakyat yg tiada kesudahan. dah 2 tahun kita mcm ni..

kerajaan sedia ada dah usaha buat yg terbaik. usaha menangani covid ni sehabis daya. pun tetap ada yg tak puas hati. mcm2 dah kerajaan bantu. pandemik ni bukan selalu berlaku. usaha dah dibuat, sama2 kita tentang. tapi tetaplah ada pihak yg tak puas hati, yg mengecam. 

saat ini, jomlah kita doa yg baik2 utk Malaysia, utk seluruh rakyat. moga negara kita satu hari nnt akan bebas dari wabak ini. moga satu hari kehidupan kita kembali seperti biasa, seperti dulu. semoga Malaysia akan dapat pemimpin yg amanah, yg mampu meneraju Msia sebaiknya..


Low Angle View Of Malaysian Flag Against Blue Sky - iproperty.com.my

Thursday, August 12, 2021

Kembali ke pejabat di Fasa 3

 Assalamualaikum..

 

seperti yg semua tau, now Malaysia dalam Fasa Pemulihan. dah tak letak tarikh last PKP sampai bila dah. kita kira by phase pulak. 

ada Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4. semua ni utk merancakkan ekonomi kita kembali. disamping pemulihan kesan kepada covid ni. bab kesihatan pun kena seiring. keputusan yg pihak kerajaan buat tu, dah timbang sana sini dah. kita as a rakyat, jgn mudah kecam ja semua keputusan rakyat. pemimpin pun dah cuba yg terbaik dah. utk semua. yg terkesan teruk, banyak. semua rakyat akan rasa kesan covid dan PKP ni, bezanya seteruk mana kesan tu dan cara kita tanganinya. jgn marah aku ye, kita berlapang dada.

Perlis dah masuk Fasa 3 Alhamdulillah. jadinya lebih bnyk sektor ekonomi di buka. dan panggilan ke pejabat pun dah bermula hehe. no more work from home. masa mula2 PKP fasa 3 ni, kami ke ofis seminggu sekali saja. mostly kerja mmg boleh buat dari rumah, online dah semua pun. nama pun kerja di ICT kan, so takda hal.

tapi bila dah lama2 kat rumah, tepu jugak otaknya. tak jumpa kawan2, tak bercakap dgn org, tak dapat nak berkongsi idea. so bila seminggu sekali ke ofis tu, dia punya riuh tuuu hahaha. bercakap, bersembang the whole day hahaha.

dan, start Khamis lepas, dah kena masuk ofis sepenuhnya.. ada pro and kon nya. harap mak ni blh fokus kerja dgn baik. tapi, anak2 takda yg memantau utk PdPR. redha jelah. anak2 ketinggalan teruk dah. bukan anak kita saja, semuaaaa. aku hantar anak2 ke rumah adik. takat yg dia blh, dia bantu. aku tak push sgt pun. anak kita takkan nak harapkan org pulak kan? ada tempat nak letak masa kita masuk kerja pun dah syukur. aku pun tak push sgt bila kat rumah. sempat follow kelas, ha sila. tak sempat kita cuba selesaikan kerja if boleh. tak sempat hantar homework, redha. luckly, cikgu2 sekolah anak aku ni, semua ok saja. tak pernah paksa2 pun. diorg pun faham, kekangan yg parents hadapi utk PdPR nih.



lama haih tak pakai baju kurung hahaha. menung depan almari semlm nak pilih  baju. masuk opis sebelum2 ni, aku pakai seluar ja. mudah nak bergerak. hari ni Khamis, hari batik, so kita pakailah baju batik. lain beno rasa hihihi..

korang yg masih di rumah, masih bekerja dari rumah, nikmatilah masa anda sebaiknya hehehe. aku takleh, duk rumah lama rasa kurang produktif. takleh fokus bekerja. nak tgk anak2, nak setel kerja rumah. sebab kerja aku ni kena fokus, duk belek, tilik betul2 hehe.

tapi, dah masuk kerja ni, kena hati2, jaga diri. walau sini dah fasa 3, kes masih ada. dgn varian baru ni, risau jugak. aku pun jarang keluar. mostly aku bawak bekal. so, mudah keja. dulu dah kedai mkn takleh dine in, so mmg bawak bekal @ beli mkn siap2 sebelum masuk opis. now dah blh dine in pun, risau jugak nak lepaknya. lebih baik kita beware lah kan.. benda tak nampak..


Wednesday, August 11, 2021

Kematian yg dicemburui

 Assalamualaikum..

 

sehari 2 ni, rasanya seMalaysia sedih dan pilu dengan berita pemergian Allahyarhamah Siti Sarah. kita dah 2 tahun bersedih dgn pemergian kawan2, saudara mara dan saudara seIslam kita sebab covid nih. dah Isnin lepas, mmg buat hati kita bagai direntap.

walau kita tak kenal secara peribadi dengan arwah Sarah, tapi ramai yg ikut dan follow dia dan suami di media sosial kan? jarang kita dengar cerita yg tidak enak tentang pasangan ni. bila dpt tau mereka sekeluarga +ve covid, ramai yg ikut secara rapat kisah mereka. maybe sbb mereka selebriti. dan dlm situasi dia yg sedang mengandung, mmg sgt membimbangkan.

aku sendiri, hari2 buka ig, fb dan igs Shuib utk tau perkembangan mereka dan cerita Sarah. bila ada yg share tu, dan2 tu doa minta Allah permudah. bila dgr dah di operate utk keluarkan baby, besar harapan moga dia makin baik. 

pagi Isnin, lepas subuh, duduk kejap and belek hp. dan terbaca pasal kematian Sarah. Allahukabar. tersentak rasa tu. tak sangka betul

mujurlah hari tu aku cuti. dan seharian aku murung tak da daya nak buat apa. masak pun tak. kebetulan cuti, tghr masa anak2 dah setel kelas, keluar sekejap utk pos barang then singgah beli lauk. pastu kembali belek handphone, scroll kat sosmed, baca cerita mengenai perjalanan akhir arwah. air mata mcm takleh henti. sedih sgt rasa tu. walau bukan sedara, bukan kawan pun. mengenangkan anak2 yg ditinggalkan, bayi yg baru lahir, Allahu sedihnya.

dan, satu persatu kebaikan arwah dikeluarkan, di ceritakan. betapa Allah mengangkat darjatnya. meninggal disebabkan wabak, dan melahirkan anak, syahid dan Insyallah syurgalah utknya.

 


dan sampai hari ni, masih tak henti kebaikan yg dia pernah buat, dikongsi org ramai. tak kisah lah rakan artis atau tak. semua bercerita yg baik2 tentang dia. kita yg mendengar pun seronok. dan, seluruh rakyat Msia mendoakannya. yg terkini, solat jenazah ghaib di Tanah Haram. Allahukabar.. entah apa amalan dia, yg Allah angkat sehinggakan begitu sekali darjatnya diangkat. tidak kisahlah bagaimana permulaannya, tapi pengakhirannya yg kita kena ambil iktibar.

covid ni bnyk beri kita pengajaran. banyak beri kita cth baik dan buruk. dah 2 tahun kita hadap benda ni. tiba masa utk kita baiki diri. jgn terus menunding jari. percaya pada qada dan qadar Allah. menulis, mengungkap mungkin mudah. tiba masa bahagian kita, entah bagaimana kan? 

teruskan berdoa, minta dengan Allah yg baik2 saja. doakan utk kita, utk keluarga dan utk semua org. teruskan berbuat baik. jgn henti menambah amal. jgn henti sebarkan kasih sayang, kerna kita tak tau bila masanya kita akan dijemputNya. kita tak tau bila masa org yg kita sayang dipanggil pulang. 

moga roh allahyarhamah Siti Sarah ditempatkan di kalangan para sahabat. moga keluarga terutama anak2nya tabah dlm ujian ini.. kematian yg dicemburui...

 

Wednesday, April 14, 2021

2021

 Assalamualaikum..

 

my new post for 2021

hahaha

adoihhh, lama nau tak buka blog. bukanlah bizi sgt pun, tapi takda kesempatan. buat apa entah la.

tau2 2020 dah habis mcm tu je kan hehe.. bnyk benarnya nak share, Insyallah aku cobaaaa. hari2 keja ngadap laptop, tapi tak sempat pun nak buka blog. 

utk thn ni, bulan lepas baru aku start buka blog haha. maaflah wahai blog, ku terlupa padamu buat seketika.

so, for the start, Selamat Berpuasa kepada semuaaaa.. moga Ramadan kali ini memberi kita lebih pengisian dan kebaikan.

Tuesday, October 20, 2020

Syok eh ada baby

 Assalamualaikum..

 

aku selalu usik Aniq, nnt mama ada baby, dia kena jd abang. lajuuu ja cakap taknakkkkkkk hahaha. dia selalu ckp, dia adik, takda adik dah. dan aku ngan apaknya selalu ckp nnt mama ada baby lagi. Aniq tak dgr cakap mama, nnt mama pegi cari baby baru. menangisssss hahaha.. mula la peluk cium mak ni tak lepas..

sepupu aku yg kawen last year dah dapat baby. thn ni ramai jugak sepupu aku yg dapat baby. ada 4 anak sedara tahun ni. ada kembar girls, then ada 2 baby boy. yg dpt jumpa baru sorang. lain2 tak da kesempatan lagi.

baru2 ni mak sedara buat makan2. so kami pegi lepak sana. dapat lah main dgn cucu baru dia, anak sepupu aku ni lah. aduhaiiii budak tu, kemain semangat. dulu masa beranak, kecik ja. dapat zat susu ibu cukup nih, membesar dgn jayanya.

 

 

nah haiiiiiii.. semangat btul dak Adam nih. ketak2 badan hahaha.. baru 5 bulan nih. masa aku bwk masuk budak ni Aniq datang tanya, "mana lehar dia mama?". pastu dia pegi selak pipi Adam. rupanya nak cari leher! hahahaha. kami punya hairan apa benda lehar, dia nak sebut leher dah jadi lehar. sabaq jelah anak aku.


tengok kelaku Aniq. dia pun sama naik runtun mak sebab mak duk riba baby. datang kepit mak mana tak pegi. dengki! hahaha. tapi takda la dia menangis guling2 keryauuuu tiada henti. mulut jelah muncung ja. tapi tak lama pun, pastu dia malas layan mama dah, dia pegi main buat hal dia. lantak situ lah baby ke apa. tapi nnt dah lama sket dia datang tanya, "mama sayang Aniq kan? Aniq usyuk asyam mama kan?". hahahahah.. haihh la manja aku sorang tu..

 


berebut nak mama jugak. dak Adam tu pun hairan gamaknya, apa hal laaaa mat Aniq nih hahaha. Aniq ckp kalau ada adik tapi dah besar, takpe. takmau adik baby. maybe maksud dia nak adik yg sebaya la kut, blh buat geng main. hahah. ada saja akai budak ni. 

seharian kat rumah mak sedara aku tu, mmg dia tak main jauh dari mak ni ha. risau sgt kut mak ambik baby bawak balik gamaknya. mak ko pun pikir 3-4 kali tak habis2 nak pregnant lagi ke tak anak oii. dah umor mcm ni malas la haih. anak pun dah besar kann, dah selesa dah tidor mlm hehehe. teringin tapi... huhu. ikut apaknya, takmo dah. cukuplah sepasang ni. mak rasa nak lagi baby, sebab ada baby ni best. tapi pikir ke alahan mengandung aku yg 1001 mcm tu, buat aku hold sampai la ni huhu. kita serah ke Allah jelah ye..


kakak pun geram nak riba Adam. seronok pegang. dan Aniq pun datang menempek sama dekat kakak. dia siap cakap, Aniq adik kakak kan? hahahaha. kakak cakap dia nak adik girl, takmau dah adik mcm Aniq. sebab suka kacau dia. 

next day, sepupu aku ni datang rumah. hantar mak aku, sebab mlm tu mak aku overnight sana. so diorg hantar ke rumah aku ja, nnt kami hantar mak aku balik rumah sana. diorg bawak lah sekali mat Adam tu.. Aniq tgk baby semlm dtg, mula lah tak tentu arah duduk hahaha. aku kata, haa ni baby Adam nak mai duk rumah kita. laju ja meh peluk mama hahaha. tapi takda lah dia mengamuk ke apa.. aku tak ajar mcm tu. esok2 kalau betul ada adik, ha takkan nak ikut kehendak dia kan? mmg tak la. dia merajuk2 manja ja, kami tak layan sgt pun risau kang dia melampau. so far, terkawal. dia nangis pun kejap ja. pastu ok lah.


eiiii budak ni rasa nak tumbok ja. geram nak kokak. baik je budaknya tak dak keryau ke apa. tu baru bangun tidoq, elok ja duk terlentang situ berkepak sorang2 dia. semangat badan, geram kan? maybe sebab dia pendek, so nmpk penuhhhh hahaha



haaa geram ja dua2 ni pun. pastu berebut nak main. Aniq ok ja, pegi main2 dgn Adam. siap ambik mainan kasik ke baby. tapi sesambil main tu nnt dia tetiba tanya, "mama sayang Aniq kan?" hahaha.. adoihhh penat aku gelak ngan budak ni.

 

Saturday, April 25, 2020

Bila rindu...

Assalamualaikum..

aku ni 6 beradik.dah kawen 4, yg bujang ada lg 2.
boys, 2 married, same goes to girls.
so, yg tinggal adik2 aku yg masih belajar.
si bongsu now form 6.
skolah kat sini jugak. kali ni tak duk hostel, dia tinggal dgn adik perempuan aku yg nom 4.
kadang2 dia meh duk rumah aku ni. tapi mostly kat sana sbb lagi mudah nak bergerak.
ikut tu rumah aku lagi dekat dgn skolah dia.
tapi dah aku keja, susah sket kadang nak ambik dia blk skolah.

2nd last now pratikal cikgu.
habis dah patutnya.
tapi dek PKP taktau lah nnt sambung blk ke camna.
sbb patutnya dia habis bln 3. tinggal laki seminggu camtu ja.
lepas cuti skolah tu, masuk balik sampai awal bln 4 kalau tak silap.
taktau la pasni cemana.
dia praktikal kat nun di Melaka.
now, stuck kat sana sorang2 hahah..

atas aku abg, then bwh aku adik lelaki.
dua2 kawen org jauh. dua2 keja nun di KL.
aku and adik perempuan kawen dgn org Perlis.
so, kami yg girls saja ada kat sini buat masa ni.
the boys smua jauh.
tinggal sorang lagi tulah yg blm kawen.
mak aku selalu kata kat dia, carilah org dekat sini, senang hahah..
yg lelaki duk jauh, yg perempuan ni duk bwh ketiak mak.

masa PKP ni, penghubung kita, teknologilah kan?
call, video call smua.
bil telepon rumah mak aku bln ni rm111. hahaha
selalu biasa kena paling tinggi rm50 ++ camtu ja.
bil atas nama aku, masuk ke email aku.
so aku blh check la. naik nom anak2 jelah.
selang 2-3 hari dia call la anak nu, anak ni.
termasuk la aku..
mlm ke, ptg ke, boring2 dia call, mulalah kami membawang.
hehehe..
kadang aku call, kadang dia call.


hari tu vc dgn the boys.
adik aku yg nom 3 tu. dia keja bwk lori kat port.
duduk hostel sana, sbb jauh nak ulang alik dgn rumah dia kat Subang.
dah kena PKP mmg duk sana terus jelah.
hari tu lori semua tak jln. melangut jelah masing2. takda keja takda gaji.
mujorlah ada jugak sket2, lepaslah buat mkn dia sorang kat sana.
wife dia sempat blk rumah mak apak dia kat Tanjung Karang.
so, duk sana sorang, sini sorang.
now lori dah jln, ha ok la sket dia kata. takda la bosan sgt asyik tidor ja.

adik aku yg 2nd last tu la kesian. duduk sorang2 kat kuarters guru kat skolah dia ngajar tu.
mujurlah ada jiran, cikgu skolah tu jugak sefamily.
kalau tak, sunyi sepi la jawabnya.
awal cuti skolah tu dia malas nak blk, sbb cuti pun seminggu ja.
lagipun dia ada keja nak setelkan.
skali kena PKP. duduk la kawan dgn kucing.
ni dah keluar kelonggaran semlm, dah bgtau suruh dia apply.
cubalah.. sebulan dah duk sorang.
harap ada rezeki blh la balik sini
mak pak aku la bimbang, dah puasa pulak ni kan..

abg aku tu pulak, duduk berdua ngan wife dia.
anak2 hantar blk kg sebelah sana masa mula2 cuti skolah.
cadangnya 3-4 hari  lepas tu nak blk ambik la sbb ada kenduri
dah stuck jugak kat sana.
membosan la dua laki bini anak2 takda.
anak duk kg kemain seronok berjimba hehe..
diorg dua laki bini, keja makan tidoooo..


adik aku punya internet kat sana dah ok, so blh vc tgk mak apak.
sana line apa pun sendu.
dia now pakai Yes yg free tu. sempena PKP, utk golongan B40.
aku applykan ke dia.
blh la dia buat keja skolah tu.
sesekali vc, mau dekat sejam jugak la.
mak apak aku pon join.
pastu masing2 nak bercakap. dah masing2 pun riuh.
org utara kan, taulah dia punya riuh tu mcm mana.
kena pulak line tersekat, dah sorang2 duk bercakap hahaha..
adik aku yg perempuan tu duk dengki sbb dia takda.
line takda, nak add cemana hahaha
guna wasap blh 4 org ja.
adik aku suruh install zoom, blh ramai.
malas ah aku..
line lekat, buat stress.
baiklah call biasa ja hahah.

rindu sgt semua adik beradik.
semoga cepat lah habis wabak ni. nak berpuasa sama2, nak balik raya.


Friday, April 24, 2020

Salam Ramadhan

Assalamualaikum..

hye everythingggg..
dah semua now nak hi everything kan hahaha

pejam celik pejam celik, sebulan lebih dah PKP.
so how are u today? hehe..
dannn, this is for the 1st time, kita berpuasa dlm PKP.
wohoooo..
mungkin akan menjadi sejarah..

semlm lepas maghrib tak terus mengaji.
lepak depan tv dulu nak dengar pengumuman puasa..
baju hijau muda dia semlm hehe.
dah blh agak, puasa akan mula hari Jumaat.
kalendar kita now blh percaya dah.
lepas dgr pengumuman puasa, tgk berita kejap sbb nak dgr perutusan PM pulak lepas tu.
dan seperti jangkaan, PKP disambung lagi.
sejujurnya, aku mmg harap PKP sambung hahaha..
sebab puasa kan?
kesian ke anak nnt.
lagipun, bila puasa & tak keja ni, rilex la sket.
cuaca panas pulak ni..
bukan sebab tu sajalah.. tak2..
kalau blh nak stop la, nak keluar nak hidup as usual..
tapi kita semua tau, rantaian virus ni blm habis lagi.
belum benar2 putus. dan masih lagi belum selamat di luar sana.
Perlis now dah green zone, Alhamdulillah.
tapi tetaplah risau bila keluar tu.

semlm dlm ucapan PM tu, ada dia sebut ramadhan kali ni berbeza.
mungkin kita tak dapat beraya di kg katanya.
so, kita kena ready if PKP ni sampai raya.
aku bab raya tu ok lg lah walau tak la ok sgt.
tapi puasa ni, lagilah sayu.
nak blk berbuka dgn umi abah huhu..
mujurlah ada adik bongsu kat sana, adalah jugak peneman diorg.
kalau tak, berdua jelah berbukanya..
sebelum2 ni, weekend aku blk lah berbuka kat sana. meriahlah dgn budak2 tu skali.
kalau ada adik2 yg lain, ha lagi meriah. kadang2 mak2 sedara datang berbuka skali.
aduhai sayunya rasa..

nak share hikmah PKP ni. maybe kecik saja, tapi itulah kuasa Allah.
masa masih kerja dlu, aku adalah suarakan kat pak incik, nnt bulan puasa cemana ptg, sapa nak ambik anak2 blk skolah.
sbb bila puasa skolah diorg blk awal.
pukul 4 dan 430 petang.
opis aku blk pkul 430 ptg. so, dlm pukul 5 camtu baru sampai sekolah anak.
kesianlah kang kena tunggu mak lama, dgn panasnya, puasa pulak kan?
pak incik takda komen apa masa tu. last year, kwn dia tlg ambikkan budak2 tu blk skolah.
mujorlah ada yg blh tolong.
dah aku duk risau bab tu, nahhhh Tuhan dah permudah utk aku.
tak payah pikir sapa nak ambik anak blk skolah, hantar pagi2 pun tak payah..
Allahu..
hikmah jugaklah ni kan?
Alhamdulillah..

menu sahur tadi.
bila puasa ni, yg jadi keutamaan Amni lah.
budak2 kan, puasa ni bukanlah diorg kuat sgt.
so, mak kena bertabah.
dah tanya dia siap2 nak mkn apa utk sahur.
dia bgtau nak telor mata & ubi kentang hiris nipis then goreng.
pastu dia taruk kicap. habis licin makannya.
nugget tu aku bgn, terus masuk airfryer. pastu p solat tahajjud dlu.
dah hidang smua, baru panggil ahli yg lain.
Alhamdulillah Amni mudah ja bgn tadi. takda nak bebai ka apa..
pastu apaknya. tu yg payah bgn sbb dia tidor lambat. haiyoo..
mak mula2 nak mkn kurma ja dgn tembikai. tgk telor mata mcm best hahah.
mkn la jugak nasik sket.
apak mkn nugget + kurma. kurma tu dia mkn 5 biji, ke lebih..
aku takat sebiji ja. sebab manissss..
subuh pukul 5.57 pagi. bgtau diorg sabar ja, solat dlu ha pastu tidorlah sukahati.
aku tak tidor pun. tghr sket lah tidor..
takmo tidor pas subuh, kang pening.
pas setel solat subuh smua, duduk lama sket ata sejadah.
pastu sapu sampah, then on laptop.
setel apa patut. gaji kan hehe..

Aniq dah bgn, awal pulak dia bgn hari ni.
bgn terus minta susu. bgtau lapaq.. cemana nak ajar puasa nih.
japg kakak bgn, kita start buat homework.
hari2 cikgu bagi kerja skolah.
kadang aku tak sempat tgk, bwk ke esoknya.
mgg ni duk bizi cat pagar rumah hehe..

okes.. selamat berpuasa utk semua.
walau Ramadhan kali ini berbeza, moga ianya tetap memberi 1000 rahmah kepada kita.
tiada terawih di masjid, tiada bazar ramadhan, sunyi sepi saja semuanya.
kita hidupkan suasana masjid di rumah kita..
takpa, semuanya bersebab demi keselamatan kita semua.
teruskan berdoa, nak2 di bulan mulia ini. moga asbab bulan Ramadhan, rantaian Covid19 ni akan tamat nnt. Moga Allah mendengar doa kita semua.

Tuesday, April 07, 2020

Jom Mengaji Al-Quran

Assalamualaikum..

hari ke berapa dah ni PKP? aku pun lost count dah.
malas nak kira. kita tunggu jelah sampai 14 April..

hari ni nak share something kat korang.
kalau korang rasa, elok, ambiklah buat pedoman. kalau tak suka, pun kena suka. hehe

bab mengaji al-quran.





ini yg aku jumpa dari IG.
jap apa eh nama dia..
ha, jom_dakwah.
g lah follow.

aku tak kata aku ni bagus sangat.
tapi sejak kecik mak aku mmg suruh dan marahhhhhh kalau tak baca quran.
dulu, masa kecik, skolah rendah la, petang balik skolah kena pegi mengaji quran kat masjid.
hari2 kalau tak silap aku.
dari rumah ke masjid tak jauh pun, 500mtr maybe.
kayuh basikal dgn abang aku and jiran2 nearby.
darjah 1 - darjah 6 aku ngaji kat situ. arwah guru ngaji, jiran depan rumah.
garang ya ampun. waktu ngaji jelah.
kalau waktu lain, baik je.. 2 org guru ngaji. arwah Makteh and menantu dia, maklong.
maklong tu now pun masih sihat lagi, baya2 mak aku.
cucu2 makteh tu semua kawan2 aku masa kat kg dulu. masa ni kami masih kat Perlis.
masuk form 1, baru kami pindah ke Kedah. tapi dlm 6km camtu je pun dari Perlis haha.
sempadan dah rumah dulu pun.
darjah 6 baru aku khatam quran. lambat jugak kiranya tu kan?
adik bongsu aku, habis darjah 1 dah habis quran. laju nauuu.

masa aku skolah rendah dulu, mlm jumaat kena baca surah yassin ramai2.
mak aku nak dgr. kalau tak baca, ngelat ke apa, ko tgk dia amuk.
pastu kalau baca slow, kang dia cakap, "esok kalau aku dengaq sora hampa, ha siapp.
mengaji tak dengaq sora, esok jgn bercakap".  hahahah..
takut okeh, mengaji la kuat2.
tapi sebab itulah, sampai ke besar ni aku blh mengaji quran dgn lancar.
Alhamdulillah.

banyak fadilat kita amal al quran ni.
jadikan al quran ni kelaziman setiap hari.
masa aku sambung belajar, umor tgh naik, darah muda, adalah aku hanyut sket.
tapi, takdalah aku tinggal terus al-quran tu. tak baca ke apa.
surah yassin tu tetap baca, cuma baca al quran tu jadi kadang2 yg sangat jarang2. huhu..
luckly, housemate aku sepanjang 3-4 thn tu semua baik2.
kami selalu solat jemaah sama2, and bila mlm jumaat baca yassin ramai2.

bila dah kerja, balik duduk skali ngan makpak aku, ha insaf balik dah aku haha.
so, kembali jadikan al-quran itu sebagai rutin.
lepas kawen, masa mengandung mmg tiap2 mlm aku mengaji.
adalah hari yg skip tu, tapi setiap minggu tu paling kurang 2-3 kali.
mengandung kan, nak yg baik2 utk anak dlm perut.

dan now pun, mmg aku baca quran lepas maghrib.
mlm jumaat tu wajib lah. now baca al-kahfi.
dulu, mak2 kita dah biasa mlm jumaat baca yassin.
sebenarnya, lebih afdhal baca surah al kahfi.
so now, aku tukar. kadang2 baca dua2 hehe.
tapi al kahfi tu panjang, so aku ambik 10 ayat pertama dan 10 ayat last.
boleh.
korang blh google kelebihan surah al kahfi dan bagaimana nak amalkannya.

sejak PKP, tak pernah lagi aku miss mengaji quran lepas maghrib.
dan jugak lepas subuh. cuma kadang2 kat subuh tu miss uhuk uhuk..
tapi sebenarnya kalau nak dapat syurga, kena baca al-quran sebelum subuh.
yg tu jarang2 nak jadi hehe..
kalau bangun tahajud, masa masih bnyk sebelum subuh, ha dapatlah baca.
dah cuti ni, blh baca banyak mukasurat.
masa lapang bnyk kan?
lepas isyak pun blh sambung lagi bacaan.
utk fasa 1 PKP tu, aku dapat habiskan dlm 8-9 juzuk mcm tu.
tak ingat sgt, sebab aku sambung baca as usual.




and now, dah mula balik dari awal
Alhamdulillah...
aku pun tak ingat dah berapa kali dah aku habis quran ni.
memang bersambung2 baca. tak kan pernah jemu.
cuma jangan tinggal.
once ko berenti bnyk hari mengaji ni, nak mula balik tu liat ja.
aku pernah je, kalau minggu tu ko keja bnyk, bizi.. blk rumah letih nak tidor ja.
kadang lepas maghrib pun dah tidor.
nun bangun isyak tgh2 mlm tak pun pagi pkul 5 pagi terus.
bila dah 3-4 hari mcm tu, nak mula mengaji balik tu, ha liat la.
tak bagus yeh hehe..

bila ko dah jadikan ianya rutin, bila tinggal akan rasa tak lengkap.
aku tak kata aku ni bagus. tak.
aku share sebab nak ajak korang semua sama2 buat.
al quran ni panduan kita.
now masa PKP ni, kita di uji dgn wabak ni, jomlah bawak2 buka al quran dan mengaji.
Allah dah bagi kita banyak masa lapang, gunakanlah sebaiknya.
mula dgn sikit dulu takpa, lepas tu kita tambah2.
dulu kita kata kita sibuk kerja, tak sempat baca quran.
now, cuti lama, takkan tak sempat jugak kan nak selak al-quran tu?

aku pun baca, maybe ada tajwid yg tak betul.
takpa, baca ja. Allah Maha Mendengar..
now dah mcm2 jenis quran kat pasaran. yg dah tanda kaler2 siap kat mana nak panjang, kat mana nak brenti, nak dengung dsbnya.
aku ada plan nak beli yg mcm tu, tapi duk pikir, kang kalau beli baru yg ni tersadai tak bersentuh pulak.
sayang oo quran ni. aku beli dgn gaji pertama kerja dlu.
ada aku pernah share kat sini.



anak2 of coz la kena jugak baca.
mcm mana mak aku buat dulu kat kami adik beradik, now kat anak2 pun sama jugak lah.
aku harukkan suruh mengaji dua beradik tu.
Alhamdulillah Amni dah naik quran.
tak lancar sangat, but sokay. asalkan blh baca, dan mau baca.
nnt lancarlah tu.
dan jgn harap ke ustaz yg ajar ngaji  semata. kat rumah pun kena jugak.
dah aku pun hari2 mengaji, anak2 tgk. diorg pun dah paham. lepas maghrib mama nak ngaji, jgn kacau me time mama.
ada hari, depa pun kena ngaji.


yg ni pun tak terkecuali.
kadang2 jadi ironman masa mengaji, kadang pakai topeng robot.
ikulah, asalkan mengaji.
tu nangis dah sebab main2 so kena marah ngan mama haha.
akai jenuh...


yg tak blh pegi jauh dari mama.
kadang2 sampai tertido kat situ tunggu aku mengaji.
moga esok2 awak pun suka mengaji yeh..

banyak kelebihan kalau kita jadikan quran ni amalan setiap hari.
mcm yg aku share kat atas. tapi itu selepas kita mati.
sebab itulah bekalan kita ke sana nnt.
masa kita hidup ni pun, ada kelebihannya.
bila hati tak tenang, bukalah dan baca al-quran.
biarlah sehari 1 muka je pun. asalkan baca.
korang googlelah bnyk je yg share kelebihan membaca al quran ni.
bnyk mukjizatnya yg kita tak tau.
dah baca, kena fahamkan dan amal. tu yg penting.
kadang2 aku baca tafsir skali. but now, quran tafsir tu ada kat Amni, dia bwk pegi skolah.
so nnt nak kena beli baru.

now, aku uzur. so tak dapat mengaji.
lepas ni kita sambung balik bacaan.
aku share, aku nak ajak korang2 semua sama2 mengaji.
kita jadikan amalan.
ada je yg tak blh mengaji. solat pun baca yg wajib saja.
bila suruh mengaji, tak tau. tak kenal.
umur dah makin meningkat, kita baiki diri. kita tak tau bila Allah nak jemput kita kembali.
jadinya, kita usaha baiki mana yg lompong.
biar lambat dari takda ada perubahan langsung.
aku pun masih belum sempurna bacaan. kita baiki mana yg tak ok tu sama2 yeh.
kalau niat kita nak ke arah kebaikan, minta pada Allah utk bantu.
lidah keras utk mengaji, kita usaha basahkan lidah dgn ayat al quran.
lama2 lembutlah. yg penting usaha utk buat tu ada.
jangan tak buat langsung..
dunia akhir zaman ni, kita kena ada bekal utk hari depan kita.
once again, aku tak kata aku bagus.
moga apa yg aku share ni tak dipandang sebagai riak nak menunjuk ke apa.
takda niat pun.
aku share utk sama2 ajak korang buat. aku pun masih struggle utk jadi lebih baik.
kita ubah, kita usaha utk jadi umatNya yg terbaik okeh..

jom ngaji.

Monday, April 06, 2020

Jaga diri dan kesihatan sepanjang PKP

Assalamualaikum..

walau kita semua duduk kat rumah sebab PKP ni kesihatan tetap kena jaga.
kadang2 kan kita keluar juga, so kita tak tau apa kuman yg ada kat luar sana
nak2 musim covid ni.
nauzubillah, semoga kita semua dilindungi.

so, walau duk rumah, jaga kebersihan dan kesihatan diri.
antibodi kena kuat.


utk aku dan anak2.
Vit C Shaklee tu aku baru beli ja.
beli dgn kawan aku jugak. kebetulan kat dia ada botol last, so onz.
sebelum ni aku mkn Redoxon yg larutkan dlm air tu.
bnyk brand jugak aku cuba yg jenis larut dlm air. tak blh la.
sebab rasa dia manis pada aku.
maybe air tu sikit. entah.
dah habis tu aku beli yg Shaklee la pulak.
sesambil tolong bisnes kawan2 kan.
utk anak2, mmg selalu ada. tu pun mcm2 jenis brand jugak aku beli
selalu beli kat drugstores je.
Aniq suka yg chewable. Amni mana2 pun ok.
hari2 pesan kat anak, jgn lupa ambik vitamin.
mak pun sama.
selagi kita blh jaga, kita jaga kan.
selain tu, pemakanan harian pun kena jaga. kena kurangkan fastfood.
kat rumah ni ada, cuma sesekali saja. tak ajar sangat.
nugget fries mmg anak2 suka. so aku beli dan masak kat rumah guna airfyer.
tapi tak selalu pun. sepeket tu kadang sebulan lebih baru habis.



kebersihan rumah pun kena jaga.
now sejak cuti PKP ni, aku mop lantai selang sehari.
kalau tak seminggu sekali, kadang 2 minggu sekali baru mop haha.
tak sempat sebab weekend je pun nak mop beriya.
ni dah cuti lama, bnyk masa lapang, selang sehari mop lantai.
gigih nau.
lagipun dah semua ada kat rumah. mkn tumpah la apa, sakit mata aku tgk lantai bercapuk.
sapu sampah tu hari2 la.
dah bff dgn penyapu and mop sejak cuti PKP ni.
mop lantai aku guna dettol terus. puas hati.
tapi kena jimat sebab dettol dah sama naik dgn roti putih gardenia, hot item.
dan mahal.
naik harga dah dettol pun. aku dapat botol kecik ja tu pun.
seblm ni mop guna pencuci lantai kedai eco je hahah.
hand wash pun aku beli dettol.
ajar anak2 cuci tgn walau kat rumah



ini kena bawak bila keluar.
kena jaga jugak kang kena kebas.
haha..

korang, jaga diri ok..
stay at home and save lives.

Wednesday, April 01, 2020

Keluar apabila perlu di musim PKP

Assalamualaikum..

Jumaat lepas, kali ke 2 aku keluar.
sepanjang PKP ni.
minggu 1st, aku keluar hari jumaat jugak.
minggu ke 2 pun hari jumaat jugak.
saja keluar hari kerja, kut org tak ramai sgt.
beware kan?

bukanlah nak sgt keluar pun, tapi nak jugaklah keluar tu hahah.
eh, duit gaji pun tak ambik lagi tau.
aku mmg elakkan la 25hb tu. risau org mesti ramai punya.
so, guna pakai jelah apa yg ada kat dapur tu dulu.
ada je lagi..
aku keluar hari jumaat sebab takmo hari sabtu, takut ramai org.
sbb ada yg bgtau, ramai ja org kat few places.
nak tak nak kena keluar jugak sebab ada barang yg habis.
malas nak pesan ke pak incik..
dia bab beli brg basah, ok la lulus la jugak.
walau yg dia beli cuma ayam dan sejenis ikan ja. pasrah jelah.
dulu lagi teruk, mula2 kawen aku cari gambar tunjuk ha beli cenggini cenggitu.
now dah kira improve bnyk.



my protection gear..
dettol tu aku dah beli lama. tak guna selalu.
now, bila nak kluar aku bawak.
kena jimat2 pakai sebab susah nau nak dapat stock.
ada org jual kat shoppe, harga sekali ganda.
gilak.
hand sanitizer tu dapat kat farmasi hari last keja.
sebotol rm29.90.
masa aku sampai, diorg baru nak display.
sekelip mata, habis licin..

aku keluar dlm pkul 9.30 pagi. anak2 duk dengan apaknya.
masa aku nak keluar, masing2 masih tidor.
1st destination aku hari tu is bank.
ikut tu 3 bank aku kena pegi. tapi dlm keadaan mcm ni, kita kena pantas dan jgn buang masa.
redha jelah takat rm1 kena caj utk meps tu..
kalau biasa2 aku pegi je satu2 bank, sebab kat Kangar ni semua bank nearby ja.. takda la jauh dari 1 bank ke 1 bank tu sampai 10km.. sekentut je pun
mula2 keluarkan duit pencen abah. yg tu dari BSN.
pastu keluar duit gaji aku dari bank Muamalat.
pastu nak  masuk duit ke adik aku kat Maybank.
end up kita setel semua kat Maybank.
awal pagi, so org tak ramai pun.
selesai, sanitize tangan.

2nd destination is market.
kat sini kalau market tu, pasar basah la, nearby pasar borong.
sebelah flat Sri Sena tu.
mmg situ tempat tumpuan warga Kangar. dari rumah aku, around 2km++ ja.
aku lagi suka ke situ compare to pasar tani, sebab pasar tani mahal haha
sempena PKP ni, ada RELA jaga kat luar bangunan market.
parking pun diorg dah ubah, kat 1 kawasan saja and pintu masuk pun 1 saja.
lain2 semua tutup. so kena menapak sket la.
nak masuk market, ada staf kesihatan maybe, jaga kat pintu masuk.
diorg akan check suhu and bagi hand sanitizer.
so, nmpk bagus di situ.
tapi..
dalam market, manusia ramai bersesak as usual.
adoiii..
aku ni sebab dah sampai, so masuk jugak lah beli apa yg  patut.
tu pun selaju mungkin dan cuba elakkan bersentuhan dgn org.
mostly pakai mask, ok la sket kan?
aku dah buat list apa nak beli sebab nak laju and takmo bazir masa pikir nak beli itu ini.
ayam sekor, daging sekilo, ikan kembong sekilo. pastu nmpk siput retak seribu masa nak beli ikan.
so, on  sekilogram sebab dah lama tak makan.
pastu pegi pilih sayur.
then pegi beli santan, beli buah tembikai, setel.
berat ya ampun nak bawak ke kereta.
tembikai saja dlm 3kg, ayam 2kg, campur ikan daging siput lagi 3 kg.. sayur2 lagi. phewww...
dah la jauh park nya. bertabahlahhhh.

hasilnya..


dia punya peluh tu, takleh bawak bincang.
mcm ko baru lepas zumba non stop hahah
dalam mask tu, lagilahhhhh..
peluh sampai masuk mulut okeh..
fuhh..

letak barang kat bonet kreta, aku basuh tangan dgn air dulu.
pastu baru guna hand sanitizer.
siap spray stereng, beg duit bagai haha.
paranoid okeh.

jam dah pukul 10++, so next is Giant.
dari market, dlm 2km camtu ja.
dapat parking dekat, lega hehe.
nak  masuk pun ada yg jaga, check suhu and bagi hand sanitizer.
masuk dlm, punnnnnnnnnnnnnnm ramai org.
adoih sabar jelah.
tapi disebabkan dah ada list, so keja jadi laju.
aku siap call mak aku, nak beli apa.
selalu pun aku yg duk beli barang rumah utk diorg. biasanya mak aku akan call tanya hari apa nak balik, beli itu beli ini.
kali ni aku yg call dlu tanya apa benda habis, nak beli apa?
ada adik aku kat sana, meriah la kiriman tu.
sokay, laju2 tolak troli cari barang and make sure jaga jarak, tak bersentuhan dgn org.
kat bahagian depan ni ok, masuk bahagian basah, mak aiii meriah gila.
adoihh. ada yg dtg mak anak duk bincang nak beli apa.
yg lenggang kangkung tolak troli, belek satu2 barang pun ada.
tak nmpk mcm PKP pun..
tak paham aku..
kat bahagian basah, aku ambik udang ja sebab tgk segar2 and tak mahal sgt.
nak beli sayur2 tambah sket lagi, buah2 ke haishh malas.
sebab que up nak timbang tu panjang gila.
jam dah pukul 11 camtu.
takpelah, cukuplah apa ada dlu.



rasa nak lompat bintang tgk roti ada kat rak.
hoih susah nak dapat roti skang ni kan?
sejak PKP, laki aku asyik jumpa roti plastik hijau ja.
aku ok la, tapi anak2 tak berapa suka.
so, hari tu dapat roti putih.
aku ambik terus yg pack jumbo.
ada yg beli 2-3 bungkus roti. korang simpan dlm peti ais ehhh..

dah setel nak beratur membayar dah 1 hal.
ramai.
tak jaga jarak tu 1 hal. geram jugak aku.
pasrah jelah.
mujorlah, pakcik gad tu tiba2 datang tarik troli aku ke kaunter kat pintu masuk sana.
sebab sana kosong. org duk beratur kat belakang ni, tak perasan yg depan kosong.
rezeki Alhamdulillah.


sebab aku keluar sendiri, nak beli sabun baju, shampoo, sabun basuh pinggan, tisu dapor..
semua habis.
pastu nak beli nugget la, biskut2 utk anak2 lagi.
benda mcm ni susah nak kirim ke pak incik. kang dia main capai je, tak tgk ada sale ke, brand apa slalu guna, compare harga ke apa.
daripada aku bising, baiklah aku pegi beli sendiri.
takda pun yg aku beli double stock kecuali sabun basuh pinggan.
semua yg beli ni sebab yg kat rumah dah habis or dah nak habis.
ini pun dah beratus huhu.. sebab utk 2 rumah.



penuh bonet kereta.
rasa mcm kaya pulak sebab banyak nau membeli.
tak pernah beli bnyk mcm ni hahah

last destination, pasaraya sri utama. ni otw jln balik rumah aku.
singgah sebab nak beli susu anak2.
kat Giant ada, tapi mahal. beza harga sampai rm5. rugi wohh.
kat pasaraya tu pun ada limit pengunjung nak masuk.
1 time only 5 person. bagus mcm tu.
kat situ tak lama, beli pun tak bnyk.
tak habis rm50 pun. top up mana yg takda kat Giant tadi.
dah setel jom balik.

sampai rumah pkul 12 tghr.
masuk terus mandi dulu.
baju semua tukar.
barang basah ja aku bawak masuk rumah and basuh..
like nugget, butter, sosej smua tu lah.
barang kering biar dlm kreta dulu.
jemur.
pastu start basuh bahan mentah and nak masak.
letih ya ampun..



sebelum ni pun beli utk seminggu jugak, tapi takda la bnyk mcm ni.
kali ni meriah..
utk yg ni lebih kurang rm70 camtu..
nak membasuh, nak menyimpan stock, nak susun elok2 dlm peti ais fuhh peluh.
sebab full peti ais so kena susun elok2.
pastu sambung masak pulak.



siput retak seribu masak lemak + ikan kembong goreng + sambal belacan + ulam timun.
simple.
penat ya ampun tapi happy sebab semua licin.
Amni makan bnyk sama naik apaknya.
sebab ada siput tu.
dah lama tak beli.
nak buat masak lemak tu, bawang merah + bawang putih + halia aku minta Amni tumbukkan.
dah blh harap dah dia now.
dia pun kemain menggedik tgk aku beli siput tu.
sebab dia suka.
dia cakap, wow mama beli kerang! hahaha
siput nakkkk. kerang lain. kerang pun dia suka.

lepas tu masing2 tersandar kekenyangan.
petang tu, pkul 6 camtu budak2 nak main kat laman, baru aku angkut barang lain masuk rumah and simpan.
sampai hari ni, masih ada bahan mentah tu semua.
tak susah nak cari kat sini sebab bnyk kedai yg jual bahan basah now..
cumanya kita nak elakkan kekerapan keluar tu.
tak da hal penting, kita duduk rumah baik2.
okeh..



Friday, March 13, 2020

Covid19

Assalamualaikum..

Image result for covid 19

saat ini aku rasa semua rakyat dah mula panik.
taktau lah kut ada yg rilex..
dgn isu Covid 19 ni..

aku sendiri pun, haishhh debar lain mcm.
dlu mcm ok, sbb masih di luar negara.
bila dah ada kes dlm Malaysia, ha masing2 gelabah..
of cos la kan.. bukan demam campak oi..
walau permulaan tu di luar negara, tapi tetaplah risau.
sebab cepat ja merebak tu.
bila dah sampai Malaysia, Allahuakbar..


Image result for covid 19




ramai yg share.
ko google ja mcm2 kluar bab ni..
sahih dgn tak ja.. ada ja yg buat cerita bukan2.
plis la, waktu2 mcm ni jgn lah spread fake news.
jgn menambah panik

aku punya panik tu since sekatan ke tanah suci.
bila ramai share kat Baitullah takda org, ditutup ruang bawah utk cucian, Allahu, masa tu hati ni dah debar lain mcm.
sekatan ke rumah Allah..
Allahuakbar..
mcm2 ulasan yg keluar. aku pun tak berani nak ulas lebih2 bab ni kang lain jadinya.
apa yg pasti, doa bnyk2 waktu tu...
dan hari ini, dah ada saringan di Perlis.
ada positif atau tak, yg tu Wallahualam..
hanya mereka yg tahu.
dan, kesan dari itu, solat Jumaat di batalkan di Perlis hari ini.
Allahuakbar..
mcm2 kecaman.
ada yg kata, takutkan virus lebih dari takutkan Allah.
haishhh..
perintah itu dari Mufti Perlis dgn izin dari DYMM Raja Perlis.
dan perkara ini bukan saja2 dibuat, sudah pastinya selepas ditimbang baik buruknya..
penyebaran virus ini sangatlah mudah.
bila berkumpul ramai mcm tu, mudah tersebar if ada walau cuma seorang yg positifnya.
sebab, kita tak nampak virus tu..

saat ini, bukan kecaman, makian yg sia2 yg perlu kita buat.
fikirkan adakah ini  ujian kepada kita, atau rahmah dari Allah..
ujian dari Allah itu mengikut kemampuan kita...
sekuat mana kita berganding bahu utk memerangi semua ini.
bila semua berganding bahu, ianya juga blh menjadi rahmah.
apabila semua sama2 berusaha menanganinya..
hanya Allah SWT yg lebih mengetahui..

usaha, dah bermacam yg share.
usaha untuk pencegahan..
blm ada ubat  yg blh sembuhkan 100%..
cuma kuarantin supaya tak spread ke org lain dan jaga kesihatan.
selepas usaha.. yg jgn putus is DOA.
teruskan minta pada yg Maha Esa, yg Maha Memberi..
doa jgn tinggal, teruskan minta padaNya..
moga ada keajaiban utk hapuskan semua gejala ini..
kuasa Doa dan dgn izin dari Allah yg Maha Esa...


Image result for doa mencegah wabak


Image result for doa mencegah wabak


sama2 kita baca dan amalkan.. moga Allah lindungi kita semua..

*pictures from Google

Thursday, March 05, 2020

Allah itu Maha Baik, Maha Mendengar dan Maha Memberi...

Assalamualaikum..

hari ni nak cerita pasal kuasa Allah..
yg kadang kita tak perasan.
maybe pada org lain kecik je kisah ni.
tapi tidak pada aku..



ni hadiah yg aku dapat masa minggu last aku kat opis lama.
1st dapat tote beg yg ada nama tu.
2nd, dapat telekung cotton kaler hijau yg lawa nau coraknya.
3rd, dapat perfume pen.

nmpk sikit, tapi besarrrrrr nilainya pada aku.
sikit takpe, bukan bilangan hadiah, bukan nilai hadiah tu.
yg lebih besar pada aku is ingatan org pada kita.
tak semua org willing utk memberi..
once org beri, mmg besar nilainya pada aku.

Allah Maha Mendengar.
sebab aku mmg ada usha telekung kat online.
mmg niat nak beli telekung baru utk terawih thn ni.
aku mmg tiap2 thn akan beli sepasang telekung.
blh kata tiap2 thn mmg aku beli, dan aku guna.
gilir2 pakai. takda yg aku simpan sengap tak pakai.
semua pakai.. nak mengadap Allah kena cantik2 kan?
then aku dah pesan pun telekung kat one of kawan maya aku sebab dia pegi Vietnam.
dia berniaga, so aku pun order lah sepasang.
dan, Allah kirimkan lagi sepasang telekung melalui one of opismate aku ni.
masa dia bagi tu, last 2 days aku kat opis lama.
dia bagi awal sbb hari Jumaat last aku tu, dia keja shift petang.
kut tak sempat jumpa katanya.
aku speechless sgt masa tu.. rasa mcm wahhh aku dapat telekung!
benda yg aku nak!
cantik pulak tu. terus rasa kelu, peluk je dia and say tq pastu blah sebab ayaq mata duk keluaq hahah.
mlm tu lepas try pakai aku pun wasap dia say tq sgt2 sebab sudi bagi hadiah kenang kenangan kat aku.
bila aku pakai ni, pahala pun dapat ke dia kan?

Amni ingat telekung dia sbb ada corak bunga2. telekung dia mmg jenis yg bercorak, telekung aku mostly plain ja. ni 1st telekung kain bercorak.
sorry kakak, that mine hehe

2nd, tote beg tu.
yg tu pun aku duk usha jugak kat IG.
tgk org pakai nmpk best ja sebab ada nama sendiri kan?
mmg ada cita2 nak order jugak.
tup2 dapat hadiah.
Allahuuu, suka sgt!
org pesan dan custome nama kita kutttttt.
tandanya org ingat ke kita.
tu yg paling penting pada aku..
ni one of kawan aku yg ada dlm group wasep acah acah runner hehehe.
dlu dia pernah jadi ketua unit aku.
dan kami close jugak, selalu kluar mkn skali, sembang2 skali and of coz buat keja sekali.
sayang nak guna sbb lawa hihihi..

last tu, perfume pen tu.
sebelum tu aku beli yg botol besar, botol kaca.
berat pulak nak buh dlm handbag.
so, aku pesan yg pen punya size, senang nak buh dlm beg make up.
tak la berat sgt.
dia mai hantar, bila nak bayar dia cakap tak payah.
hadiah kan je sebab nak pindah.
once again, sebak ja rasa.
aku ni mmg jenis mudah tersentuh hahaha..

Allah Maha Mendengar dan Maha Memberi.
dia dgr keinginan aku, apa aku nak.
dan dia beri melalui org lain.
rezeki yg tiba2.
Allah Maha Baik kan?

maybe sebab aku jarang dapat hadiah hahaha.
sesekali dapat tu rasa mcm aduhai seronoknya.
tak kisah lah hadiah tu mcm mana.
kadang kita kirim org belikan kuih ke nasi ke, then org tu cakap tak payah bayar, dia belanja.
hadiah la jugak tu kan..
pahala diorg melalui kita.
and the most important thing mcm aku kata tadi, ingatan org kat kita tu.
bukan semua org willing utk memberi..
aku pun tak selalu, waktu aku ada rezeki lebih mmg aku memberi.
cuba memberi @ sedekah selalu sebab semakin bnyk kita memberi @ sedekah, Allah akan lipat gandakan kembali kepada kita.
kena percaya kekuatan sedekah.
selalunya aku beli makanan and bagilah sesapa makan.
kat opismate ke, makcik2 cleaner kat opis ke, sedara mara, jiran ke mentua ke apa.
jgn takut memberi.. tak miskin kita dgn memberi sebaliknya tu lah rahsia nak kaya..

again, tq sangat2 pada yg memberi.
aku suka sangat dan hargai sangat.
moga Allah balikkan semula pada korang semua..

Thursday, January 30, 2020

May Allah ease everything

Assalamualaikum..

Image result for heart quotes

emosi aku tidak berapa stabil few days ni.
entahlah.
aku tak suka perasaan ni.
tak suka terbawak2 emosi mcm ni.
syaiton suka sangatlah ni.
duk menghasut biar kita terbuai2 emosi.
bila dah mcm ni silap sket nak maaaaarah je.
haishhh..

Image result for heart quotes

bukan bab kerja, tapi lebih kepada peribadi.
taktau nak luah ke sapa.
nak bercerita dgn siapa, walau ramai teman2 yg blh mendengar.
saat ini yg aku perlu cuma bahu utk bersandar dan telinga utk mendengar.
tak perlu bantu bagi nasihat pun, cuma tolong dengar.
nak keluarkan..
tapi.. pengharapan pada manusia itu sebenarnya tak perlu pun.
yg sepatutnya, kau ada Dia.
kena bnykkan sujud, bertahajud, bertafakur kepadaNya.
mengadu pada Dia, minta Dia beri petunjuk, beri jalan.
mengadu pada manusia, kadang mengeruhkan keadaan.
kadang tak dapat jawapan pun, tapi tambah masalah hehe..
sokay. aku cuba stabilkan emosi nih hehe
aku tau aku kuat dan aku mampu..
cuma biasalah, manusia adakalanya down.
sekuat mana pun kita, kadang kita rebah.
mungkin aku agak letih, stress dan emosi pun terganggu.
bnyk berfikir kadang buat kita overthingking.
akulah tu. selalu bnyk sgt ada kalau, kalau, dan kalu..
so, hati sendiri yg sakit.

teruskan berdoa minta dengan Yang Maha Esa..
dia lebih mengetahui.
dia jentik sedikit supaya kau tak terus lalai alpa dgn nikmat dunia.

Image result for heart quotes


* pics from Google

Wednesday, January 01, 2020

01-01-2020



Selamat Tahun Baru
2020

kita tinggalkan semua di tahun 2019.
yg tak elok kita lupakan.
yg tak elok kita jadikan tauladan.
yg baik2 kita ingat dan jadikan pengajaran.

Semoga tahun ini yg baik2 saja utk kita.
Semoga tahun ini lebih baik dari tahun2 lepas.
Semoga Allah merahmati kita semua.

Friday, November 22, 2019

Sedikit musibah

Assalamualaikum..

kejadian hari Isnin minggu lepas.
dah lepas tempoh bertenang, baru blh share. hahah
kalau tak, asal sebut ja nak jatuh ayaq mata.

bangun pagi Isnin nan indah, siap2 nak g kerja.
pakai baju elok2, touch up segak2 sebab pagi tu nnt nak terima anugerah.
hehe.
tetiba pak incik jerit2 panggil keluar.
pagi2 dia yg buka gate depan and startkan enjin kreta.
pastu angkat beg anak2 bawak masuk kreta skali.
aku tgh pakai tudung, kalut la keluar dah duk jerit.

rupanya...













































speechless

serius weh. masa tgk ni mmg kelu
tak terucap apa2.
terkejut sebenarnya.
pagi2 oiii.
hari senin pulak tu.
Allahu...

mujurlah ada back up.
pinjam kreta pak mentua.
kreta wira tu dia jarang naik. so pinjam dulu
so oak incik pegi ambik kreta and setelkan semua sbb nak pegi hantar anak skolah kut lewat.
aku ni kat dlm rumah dah tak tentu arah nak buat apa.
air mata tunggu masa ja nak keluar hahah
dah masuk kreta, masa nak keluar dr kawasan rumah, pak incik panggil.
dan2 tu air mata merambu hahahah.
lawak pulak bila ingat.
dia pun tak jadi cakap apa dah tgk aku mcm tu.
sepanjang jln ke opis tu mcm2 hal mai dlm kepala ni
kena apa?.. kenapa kena ke kreta aku? kenapa kenapa kenapa..
huhu..
terpikir jugak apa aku buat then kena benda ni.
mungkin balasan dari Allah atas salah aku sebelum ni.
sehari 2 jugak benda mcm ni ada dlm kepala otak aku.



but then, aku sedar tak baik pertikai apa yg Allah bagi
what ever pun tak kisahlah benda elok atau tak, manis atau pahit.
bnykkan Istigfar supaya tak terus merungut dan mengeluh.
tak baik
Allah tak suka.
adalah sebab tu kena mcm ni kan?
tapi tetap kena bersyukur sekurang2nya jadi kat rumah bukan kat luar.
klau kat luar lagi payah kan?
dan ada kreta back up yg blh pakai. dapat jugak bergerak.
sikit saja yg kena ni, ada org lebih lagi ujiannya.
tak baik pertikai apa yg Allah bagi.
so then aku ok.
awal2 tu 2 hari jugak nangis bila teringat hahaha
depa kata aku over.
weii sedih wooo
kreta ni blm pun 2 tahun aku pakai. bangun pagi tgk2 dah berderai mcm ni.
berderai jugaklah hati aku.
kalau tgh drive then ada batu terpelanting kena cermin and then prakkkkk pecah tu lain.
sebab nampak kejadiannya.

seminggu la jugak dia tersadai kat rumah, bagi rehat dlu.
minggu tu aku pegi kerja dgn kreta wira.
blk rumah, belek je kreta nih.
diam je tengok dia.
yg pak incik pun sepatah apa tak tanya dah. tak kuasa nak cakap apa sebab kang aku nangis lagi hahaha
mlm selasa tu, call abah nak bagitau.
tak bagitau pun tak kena.
mula2 cakap ok, pastu bila dah mula nak bagitau, haa dan2 ayaq mata keluaq.
abah sabarkan je, then cakap nak buat cemana benda dah nak jadi.
takpa, mai ambik duit abah dulu p pebaik. hahahah
thats my abah..
sebab aku bgtau duk naik kreta pak mentua dlu, tgg hujung bulanlah baru nak repair.
dia suruh ambik duit dia dulu pegi repair.
pastu dia p bagitau umi, huduh la org tua keryau.
kata kat akuuuuuuuuuuu. hahahha



kaca bertaburan.
cara tu mcm kena batu.
 semua cakap mcm tu la.
sabtu petang laki aku mesin rumput. taktaulah kena ke tak masa tu.
ahad tu elok je lagi cerminnya. ptg ahad aku  yg ubah kreta sebab anak2 nak mandi kolam.
esok pagi dah berderai.
ahad mlm tu ada la pak incik keluar g gunting rambut. pun elok lagi.
entahlah..
kita redho dan hati lebih tenang..
walau hakikatnya tak hehe..

Jumaat tu aku cuti.
nak g hantar kreta ke bengkel.
Khamis balik keja pegi kedai sparepart beli cermin.
tanya kawan2 sana sini cemana nak buat.
pagi Jumaat g hantar, petang dah siap.
pantas diorg buat keja.



kat kedai dah ni.
haishhh sedih..
lepas seminggu siap baru pegi tinted.
pelik pulak rasanya bila cermin belakang cerah semacam.

total damage utk repair ni :
cermin belakang : RM170
upah pasang : RM200
tinted : RM50 (ambik yg biasa)

Allah bagi ujian bersebab.
dan kita kena terima dgn hati redho
jgn pertikai.
Insyallah ada hikmah.
dan sekarang kita kumpul duit bayaq hutang tok abah hahaha..

Friday, November 08, 2019

Sambutan Maal Hijrah 2019

Assalamualaikum..

cerita hari Isnin lepas.
ada sambutan Maal Hijrah anjuran Pusat Islam kat opis aku ni.
antara slot dlm program hari tu is ceramah dari PU Hafiz.
so, jomlah kita join.
selalu kalau ada majlis ilmu mmg aku akan join kalau free.
blh kata tiap2 bulan akan ada majlis ilmu.
kadang kuliah dhuha, kadang ceramah @ forum.
kalau kuliah dhuha tu dirog jemput penceramah @ motivator dari Perlis saja.
kalau forum atau ceramah berskala besar, penceramah luar.
utk thn ni yg aku dah join antaranya ada penceramah Dr Robiah, Dr Danial and ramai lagi.
ceramah free, takda kerja yg menuntut yg perlu disiapkan segera so usahakan pergi.
banyak manfaat dan pahala bila kita pergi ke majlis ilmu.
tapi kalau ada kerja yg perlu diselesaikan, ada yg lebih utama so tak dapatlah nak join sebab program ni selalunya hari bekerja.
kena seimbangkan. kena ingat, kita kerja cari rezeki dan tertakluk kepada arahan.
dapat keizinan utk pergi, baru blh pergi jangan main tuang je keja tu semata2 nak pegi dengar ceramah agama.
dah lain jadinya nnt.. dari dapat pahala dah jadi buat salah pulak.




so, back to the topic.
slot PU Hafiz kejap ja. dlm sejam 30minit.
walau masa singkat, tapi penyampaiannya sangat padat dan menarik!
tak sempat ko nak  menguap pun.
lawak jenaka dan isi yg nak disampaikan seimbang.
terkesan pada hati. dapat ilmu baru. ada yg tak tahu, ada yg lupa maka kita refresh semula.



Pencutes Ummah @ PU Hafiz.
tajuk ceramah BMF satu hijrah?
tapi dia kupas sikit je bab tu.
isi lain lagi banyak but best. takda melawak kosong.
bergegar 1 dewan gelak bila dia buat lawak, tapi tetaplah ada isinya.
penceramah kalau plain saja penyampaiannya, org mudah jemu.
bukanlah suruh jadi pelawak, pelbagaikan cara penyampaian agar tak boring.
tau jelah org kita kalau bab agama ni, kadang2 kurang mendapat sambutan.



antara perkongsian beliau.
bab sedekah. the powerful of sadaqah.
dan dia jugak share powerful zikir.
ada jugak disentuh bab syiah, LGBT, rezeki dan mcm2 lagi.
pendek kata best!

lepas slot ni, ada penyampaian anugerah Maal Hijrah yg disampaikan oleh our VC.
ada beberapa anugerah hari tu :

  1. Anugerah Al-Falah iaitu utk agensi jabatan terbaik. yg ni 2 jabatan dapat
  2. Anugerah Khas Pencetus Ummah. yg ni being to one of our lecturer yg now dah jadi motivator. selalu dijemput bagi talk kat sekolah dan jabatan2 luar dan dlm Perlis.
  3. Anugerah Personaliti Maal Hijrah : 4 penerima dan semuanya di kalangan pensyarah.
  4. Anugerah Tokoh Siswa. 6 perima di kalangan pelajar.
  5. Anugerah Sahabat Pusat Islam . 2 penerima di kalangan staf.
  6. Anugerah Tokoh Maal Hijrah. to our 1st VC.


dan...


i got one.
Anugerah Sahabat Pusat Islam.
bila tanya pihak yg memberi, why me?
katanya atas sokongan yg aku berikan pada Pusat Islam.
aku dilantik jadi AJK Surau disini since last year.
so, apabila ada apa2 secara tak langsung kita bantu mana yg perlu.
yg  bekerja di situ pun kawan2 semua. rakan2 sekerja.
bila diperlukan, kita bantu. dah jadi AJK tu, kena pandai bawak diri.
dilantik bukan bererti beban kerja bertambah, tapi kita blh luaskan kuasa. ehh salah2.
luaskan ilmu, luaskan pemandangan, luaskan skop kita.
takdalah kita cuma buat kerja hakiki.
ya memang akan ada tambahan kerja sebab AJK luar dr opis kita kan? tapi pandang dari sudut positif.
kenapa kita yg dipilih dlm ramai2 org, kenapa kita yg dilantik.
tak salah pun. ikhlaskan hati, so kerja akan jadi mudah.
aku pun bantu mana yg sempat selagi tidak bercanggah dengan kerja hakiki.

tu gambar candid dari kawan di hadapan pentas.
ada official photog kat depan tu.
dah kemain aku pose dgn VC tu. soon nak minta gambar ke dia hehe



bersama semua penerima anugerah.
penyampai anugerah is our VC. ada sekali tu barisan utama universiti.



kawan tlg snapkan.
tgh pose VC lintas hahaha. dah gelabah masing2. dia gelak je.

TQ Allah..
penghargaan yg besar utk aku walau pada org lain takda apa pun.
tak kisahlah.
tapi bukanlah anugerah yg diharapkan dlm kerja ni. tak..
cumanya rasa terkejut bila terpilih.
aku bantu mana yg blh mana yg mampu.
kerja ikhlas tak mengharapkan balasan pun.
dan bukan semua kerja yg kita buat kena bagitau org, this is do, this is my work and so on.
bila perlu, kita bantu. dan bantu sehabis daya, berikan yg terbaik. kalau tak mampu, bagitau.
tu cara aku. takkan aku buat kerja sambil lewa.
tu semua mencerminkan keperibadian kita.
dan anggap ini semua ladang pahala aku dlm mencari rezeki halal.



dapat hadiah plag dan sijil.
Alhamdulillah..
moga dengan penghargaan ini dapat buatkan kerja aku lebih baik dimasa hadapan.
bukan sekadar utk jabatan aku berkhidmat, malah utk seluruh organisasi aku yg besar ni.
pegang pada niat, kerja adalah ibadah kerana Allah..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...