Showing posts with label Aidilfitri 2018. Show all posts
Showing posts with label Aidilfitri 2018. Show all posts

Thursday, July 12, 2018

Aidilfitri 2018 | 4 Syawal

Assalamualaikum

4 Syawal hari Isnin..
aku apply cuti sehari.
duk ingat abang aku jadi balik, sekali tak pulak.
diorg balik minggu depan utk attend kenduri kazen kitaorg kawen.
tak cukup bajet dah dia kata kalau nak balik 2 kali.

4 Syawal tu, hujan dari pagi.
plan hari tu nak beraya dgn kawan2 skolah aku.
as usual, dah mcm routine setiap kali raya.
cumanya tak ramai mcm dulu.
yg ni kami yg gegirls je, 5-6 ketoi ja pun.
bawak ke 4 Syawal tu sebab Mun baru sampai balik.

plan nak berjumpa tu petang. so before tu aku mcm nak la pegi rumah sesapa beraya dulu.
but, since hujan sejak pagi and lebat jugak, so malaslah nak keluar.
heheh..
kesian anak2 la. mak ni tak pa gena pun.
lepas zohor, baru cerah sket cuaca.
hujan ada lagi tapi gerimis je.
siap2, ha jomlah kita keluar anak2..
raya oi takkan nak duk rumah saja.
oh, apak dah masuk keja dah.
mlm tu nak tidor rumah mak aku ssebab esok budak2 tinggal sana dgn tok umi diorg.
pengasuh cuti seminggu nak g jln2 raya.

sebelum tu singgah rumah pengasuh Aniq dulu.
semlm tak sempat pegi. sekentut ja pun rumah dia.
Aniq & Amni dah sebut2 nak pegi beraya rumah maklong dia.
sayang sungguh dia dgn pengasuh dia.. Alhamdulillah..
lepas tu zass terus pegi rumah kawan aku.
aku sampai awal yg lain2 lambattttttttttt..
so tak sempat membawang sangat. hampeh
dah pkul 6 baru sampai, kejap jelah lepaknya.
sembang2 tanya khabar masing2.
duk jejauh tapi hari2 merapu dalam wasap.
hahaha
menu dari tuan rumah hari tu is so sedapppppppp..
nasi himpit + rendang daging.
semua makan menambah. hehe


pastu, apa lagi, photoshoot laaaaaaaaaaaa.
plan asal nak pakai baju ghaya, theme lace bagai.
tapi dah hujan, tak kuasa aih..
sluaq sudahhhh..



cuaca mendung, so gambar gelap sket.
guna hp je so redho jelah..
port masih sama sebab rumah sama mcm thn lepas.
tapi jambatan ni dah upgrade buat baru.
hehe



depan sekali, masih gigih berbaju kurung is Tini.
belakang, yours truly. baju aku ikut theme asal, lace. hehe
next, Mila berbaju putih.
then Munirah the tuan rumah pakai santai2 je. malas nak gosok baju dia kata.
anak 4 tapi kurus gitu. untung laaaa.
last, Asriyah yg susut banyakkkkkkkkkkk raya kali ni.
Shila tak datang sbb ada kenduri.
duk kena bahan la dlm group sebab selalu takda. hahaha
3 hari sebelum raya, diorg buat pot luck berbuka puasa.
aku tak join. tak sempat la nak pecut pegi rumah Shila sbb laki sampai rumah pun dah pkul 7 lebih.
mun pun tak da sebab dia tak balik lagi.
so, jumpa masa ni jelah.



selfie time..
anak kecik Mun dah bangun masa ni so menempel dgn mak la.
aku pun Aniq ada ja tu kat sebelah. dia mana buleh jauh dari mak dia.
Amni tidor dlm kreta.

tak meriah sangat kali ni sebab jumpa sekejap.
but dlm group masih havoc.
kenal since umor 13 tahun until now.
aku dengan Mun since tadika lagi.
semoga ukhwah ini terus berpanjangan..

Wednesday, July 11, 2018

Aidilfitri 2018 | 3 Syawal

Assalamualaikum..

sebelum Syawal melabuhkan tirai, moh le kita share bagi habis cerita raya.
sebab gambar ada kan, so kita up kan.

3 Syawal, nak pegi beraya lagi.
hari ni nak ke rumah sedara sebelah pak incik + bos aku.
plan nak pegi awal, tapi tak jadi..
biasalahhhhh. hehe
lagipun geng opis nak ke rumah bos, petang.
so kita sekali harung lah.
lepas Zuhur baru siap2 semua.



ambik gambar dulu.
budak2 ni now mudah nak suruh pose.. mujurlah. hehe
ambik gambar selalu and bnyk2 sementara diorg nak layan mak ni ha..
buat kenangan kan?
esok2 dah besar ha bule tgk balik.
excited pun ada ni sebab nak pegi raya and pakai baju baru. hehe



camera friendly budak2 ni..
baguihhh
muka mak selebar talam kat tgh tu.
lantokkkkk


papa ada hari ni.
yay!
so mengada and excited depa tu lebih sket la.
sabaq jalah mak hang..

hujan all the way ke Jitra.
tak lebat sangat tapi dah lama since tghr.
redah jugak lah sbb dah janji nak pegi kan.
singgah rumah sedara belah papa dulu.
jln jem jugak sbb hari Ahad.
lepas tu gerak ke rumah bos aku.
dr situ patutnya dlm 20 minit dah blh sampai.
tapi almost 40 minit jugak baru sampai sebab jemmmmmmmmmmm!
nak pusing pun tak blh so bertabahlah.
Aniq tetiba nak kencing pulak. mujoq la ada diapers dlm kreta, so sarung jelah.
dia pun pelik sebab kenapa kena kencing dlm pampers.
hahaha

sampai rumah bos, dah tak ramai dah.
ada yg dah beransur balik. dah pkul 6 petang mcm tu.
mkn and sembang2 kejap. tak lama sebab dah gelap.
hujan pulak tu.
gambar pun tak sempat ambik..
diorg yg awal td ada gambar. adoi rogi...
budak2 selesa kemain kat sana sbb tiap2 thn pegi and Amni pun ingat.
bos aku pun suka melayan budak2 ni, apa lagi syok la depa.
nak balik dpt duit raya siap hadiah kut tepi.
mmg I simpan nak bagi anak2 you ni. adehh..
Amni dpt pencil case kanggaro from Ausie okeh..
Aniq dapat pencil caler otromen and patung otromen seketoi. anak bos punya dia kasik ke Aniq.
syok la budak2 tu.
blm sampai rumah, kaki otromen dah tertanggal 1, teruih kemurungan mat aniq. hahaha
bebai, lena troih. blk rumah papa pun usaha la repair bagi kesian tgk ke muka anak tu.

blk tu terus ke rumah jelah, takda singgah mana2 dah sebab hujan + Aniq tidor.
kalau tak hujan maybe lajak pegi beraya lagi.
balik lepak rumah jelah mlm tu.. perut pun dah kenyang kan
hujan membawak ke mlm hari tu.

setel day 3 of raya..

Tuesday, June 26, 2018

Aidilfitri 2018 | 2 Syawal

Assalamualaikum..

2 Syawal papa masih keja.
sokayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy..

kalau dah gitu panjangnya, ko rasa sokay ke idok?
hahahaha
dia pegi keja, bukan pegi rumah no 2, so bertabahlah.
hahahaha
aku takda la marah ke apa ke dia dah kena keja.
sebab aku pun tau situasi opis dia cemana. janganlah kita duk menambah beban ke dia.
so far, for now aku tau dia pegi keja.
tapi esok2 kalau aku tau dia bukan pegi keja, siap kau pak incik. kekekeke..
dia nak tipu aku cemana, kakak dia pun keja situ skali.
spy paling besar duk ada dah.. berani tipu bini??

but, mak ok jew..
bangun pagi, setel keja rumah apa patut, siapkan anak2, haa jom kita pegi beraya.
duduk rumah mengenang nasib diri pun tak dapat apa kan?
anak2 dah besar ni mudah nak bergerak.
tak susah sgt nak handle skang ni.
bagitau diorg, siap lekaih, kita nak p raya.
lajuuu ja semua. baguihhhh

siap awal sebab nak kena ambik mak pak aku skali.
1st Syawal sedara mara datang rumah, 2nd Syawal kita balas kunjungan pulak.
memula bawak budak2 ni pegi rumah sebelah dulu.
sepupu pak mentua aku..
walau jiran, kadang bertegur sapa kat laman je. masing2 keja kan.. hehe
sebelum diorg keluar, sebelum ramai rumah diorg nnt, jom le kita pegi dulu.
sebelah aunty Suzy tu ramai sedara, kang penuh je rumah dia.
anak cucu dia yg kat KL blm sampai lagi pagi tu. takpelah kita beraya dgn tuan rumah dulu.
budak2 ni suka je pegi rumah tokcik diorg ni sebab uncle rajin melayan.
walau dah break1st kat rumah, but being kids kan, kemain depa duk makan kuih raya.
layan jelah..
pastu gerak balik rumah mak aku.
sementara mak pak aku duk siap2, pegi beraya rumah jiran sebelah dulu.
jiran sebelah ni dah mcm sedara dah.
sekarang ni terasa sangat sebab toklong tu lumpuh. almost 3 months dah.
dulu, hari2 mesti dia datang rumah mak aku ni.
datang sembang2 kosong. biasalah org tua kan..
now, dia terbaring je, bercakap pun tak blh.
sedih betul bila tgk keadaan dia. dia tinggal dgn anak menantu dia, diorg pun tak la senang sgt.
so, kita bantu la mana yg boleh kan?
adat berjiran..
bila bagi duit raya, kemain dia kepit. hehe
pastu pegang tgn Amni lama masa dia salam tu.
tiba2 mengalir je air mata dia.
sebak ok!
sebab dia selalu datang kalau aku balik. nak tgk budak2 tu.
dulu kadang2 rasa annoying bila dia hari 2 datang bertandang. now, rasa sunyinya bila dia dah tak datang rumah. kita pulak kena pegi jenguk dia..

then gerak ke rumah bapak sedara aku, adik abah.
kebetulan sepupu & mak sedara yg lain pun dah sampai, so meriah la.
masih berjumpa org sama di hari raya ke 2. hehe
setel lunch kat situ. lama gak lepak sebab hujan lebat.
pastu duk cerita pasal kenduri sebab  next week tu kazen aku kawen.
so panjang la kisahnya.
hujan dah reda, gerak ke umah adik abah yg lagi 1, maklang.
sana ada laksaaaaaaaaaaaaaaa. yay!
kat rumah paknjang tadi makan nasi and belasah kuih raya punya sakan. sebab kazens aku buat sendiri, and sedapp. lupa diri duk hadap.
pastu laksa.
blk mlm tu mmg kenyang gila, tak dinner dah.
mlm tu hujan, so tak keluar beraya dah. letih makan. hahaha
4 rumah on 2nd Syawal.. kenyang overloaded..

gambar pegi beraya, takda.
sebab bz makan. hahaha..


tema raya ke 2 adalah biru.
baju Aniq tu berapa belas hengget je..
sebabkan gambar spiderman, so mak beli. kegemaran dia. hehe
kemain masing2 dgn beg raya. Aniq kalut la hai tgk kakak ada beg raya. dia pun nak jugek.
Amni punya, adik aku belikan, hadiah raya.
Aniq punya, paw mama laaa.



mama and the one and only anak teruna.
si bongsu setakat ini. heheheh..
skang ni kalau nmpk mama pose, laju ja dia menyelit.
tak kasik can la hang mat aniq.




mama and kakak sedondon rondon.
tiap2 tahun, selalunya aku buat baju sama dgn dia 2 pasang.
dah masuk skolah ni lagi kena buat baju kurung/jubah utk dia. sebab sekolah petang pakai baju biasa.

Aniq ambik gambar ni. di keratnya kepala mama.
sabaq jalahhhhhhh..



selfie 3 beranak..
camera friendly anak2 aku ni. bagusssssssssssss..

so, selesai raya ke 2 kita.. 😊😊😊😊

Wednesday, June 20, 2018

Aidilfitri 2018 | 1 Syawal

Assalamualaikum..

6 Syawal dah..
ada yg dah mula kerja?
aku semlm dah mula keja. tapi tak buat keja sgt pun. hahah
sunyi sepi lagi opis ni ha..
hari ni pun sama. minggu ni ramai lagi yg bercuti, so sunyi sepi lagilah
kedai2 makan pun bnyk lagi tak buka.
bertabahlah..
semlm puasa, hari ni tak puasa sebab ada kenduri.

amacam raya korang tahun ni?
ok ke?
aku, mcm biasalah.. takda yg luar biasa pun..

1 Syawal, pagi2 kat rumah mentua yg sekentut tu je dulu.
pagi2, lepas laki pegi masjid nak solat raya, aku pegi umah mentua.
kemas2 apa yang patut.
kak ipar aku setel kat depan, aku setel kat belakang.
thn ni tak sempat booking org utk kemas rumah mentua aku. aduduu.
so, pagi tu awal la sket aku pegi, sapu sampah, lap2 apa yg patut.
pastu beridang menu yg ada.
dah setel kemas, balik rumah tgk budak2 pulak.
diorg aku suh layan tv dulu sementara aku g mengemas kat sana.

papa balik smayang raya, kami dah siap2, then pegi rumah wan (mentua).
actually, papa kerjeeeeeeee.... 😐😐😐😐😐😐
sokay, I dah biasaaaa. heheh
mujurlah kami org sini je, so tak terasa sgt kalau laki takda.
kalau laki keja, then tak balik kg ke apa oiii mau meraung aku tepi pintu.
laki g keja, aku start kreta pegi raya. apa ada hal..
takkan semua  nak bergantung ke laki ye dok?



sementara papa ada tu, ha moh le ambik gambar dulu.
tapi dengan anak2 jelah.
ngan mama lupaaaaaaaaaaaaaa. adoii
dah pkul 10, dia nak gerak g opis.
tak sempat selfie ke apa dgn laki sendiri. sabaq jalah
gambar aku ngan anak2 tu dekat umah mak aku tu.

kami lepak umah mentua sampai tghr.
wan masak nasi tomato+ayam ros+kurma kambing.
then kak ipar tempah kuah laksa skali.
pastu ketupat+serunding and kuih raya.
lepas sedara mara ayah datang, aku pun balik siap2 nak gerak balik umah mak aku.
setengah jam je pun. hehe
balik nak tolong apa patut kat sana pulak sbb sedara mara nak datang lepas jumaat.
nak makan nasik katanya.
mak aku masak nasi kuning+ayam masak merah.
pastu abah ada bawak balik daging lembu+lemak2 lembu yg melambak2 tu skali dgn perut apa bagai.
apa lagi, rebus then buat air asam, cicah.
kemain diorg menyicah.. aku tak berapa.
daging ok, lemak2 tu adoi takleh masuk mulut.
tak gamak nak tambah lemak dalam badan. hahahah
gambar tgh beridang, tgh makan ada. tapi tak berapa senonoh masing2.
tak gamak nak share. kang aib. hahahaha

tahun ni tak ramai sbb ada yg tak balik.
abang and adik aku pun tak balik.
sepupu pun ada yg tak balik, bukan turn sini.
ada yg balik minggu depan sebab ada kenduri sepupu aku kawen next saturday.
berkumpul lagi. lagiiiiiiiiiiiii ramai. hehe



port wajib bergambar.
kami ni girls ramai, so meriah tu terasa.
tapi ni ada yg tak join. klau semua ada, uiii..
nak park kereta pun tak muat.
photog yg pro takde, so gambar pun ala kadar la. hehe
asalkan ada ye dok?
seronok la sesekali meriah mcm ni.
ramai2, bising tu entah la. hehe
tapi aku suka. moment ni tak selalu datang.
ada je yg tak suka bising2 mcm ni.
rugi oi..

pastu boomerang raya.
adoiii.. kelip2 anak2 tgk perangai mak  masing2.
hahaha
org lalu lalang tgk je apa hal la duk biising2 tepi jalan ni.
yg nak posing atas moto, terbalik  moto pun ada.
pecah perut gelak. sabaq jalah.

mlm tu pegi beraya umah mak sedara sebelah papa.
kami sampai pkul 930 dah, so ada yg dah balik.
gambar takda sebab sibuk nak makan then membawang. hehe



Salam Aidilfitri dari kami anak beranak.
Maaf zahir dan batin 😗😗
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...