Showing posts with label kenduri. Show all posts
Showing posts with label kenduri. Show all posts

Monday, October 12, 2020

Kenduri di Felda Chini, Pahang

 Assalamualaikum..

 

bulan lepas kami sekeluarga ke majlis perkahwinan sepupu aku (sebelah emak) kat Felda Chini Pahang. mula2 dpt jemputan tu, plannya umi aku jelah pegi + adik aku si Fizah tu. naik bas lah ke sana tu. then mak sedara, maklang (adik abah) nak pegi jugak. actually dulu mcm pernah bagitau, umi abah aku ni sepupu tiri. kiranya kawen ngan sedara mara lah. org dulu2 kan mcm tu. jadinya mak pak sedara aku for both side umi abah adalah agak close sbb sepupu. mcm mana salasilahnya ? bapak tiri umi aku adalah abang kepada emak abah aku. haa paham?

bagitau pak incik pasal jemputan kenduri tu. then dia tetiba tanya, tak nak pegi ke? haa jomlah kita p Pahang. ehh dia, kemain over hahaha. duk provoke aku ajak peginya. hahaha.. aku ni malas la haih, pikir jauhnya perjalanan. lepas tu bagitau mak aku. then dia kata sokay jom share duit minyak kreta hahaha. mcm nak onlah kan? lepas tu tau yg mak lang aku tu pun nak pegi. bilang2, mcm ramai nak join sebab aku hasut sekali adik ipar aku hahaha. berani dia lawan kak ipaq. bila dah ramai ahli rombongan, aku come out dgn idea jomlah kita sewa van dan dapat pegi beramai2 tak payah naik bas. dah semua ahli setuju. yay! yg join is kami 4 beranak, adik aku suami isteri, umi, maklang+paklang + anak beliau sorang. so cukuplah. kutip duit utk bayar van sewa for 3 days + tol and minyak. setel.

kenduri ahad 27hb Sept hari Ahad. kami bertolak hari Jumaat 25hb. plannya, overnight Klang mlm tu. Sabtu baru bertolak ke Pahang. nak pegi terus kang kesian laki aku drive jauh haha. kat Klang kami stay rumah sepupu aku yakni anak maklang aku tuh. tak yah risau sebab ramai je sepupu sepapat aku kat area KL sana. selalu stay rumah abg aku la, tapi masa tu dia tgh bizi pindah rumah, so taknak la kacau kan?

bertolak pkul 12 camtu. pkul 2 kut kami berhenti RnR Gurun. dah masing2 lapar, so jomlah buka bekal yg dibawa kita makan dulu. aku tak sempat masak apa2. bawak nugget + sandwich telur je utk bekal anak2 yg akan sentiasa lapar lapar laparrr haha. jauh perjalann oiii. umi & maklang masak mcm2. lega hahaha.. mmg dah plan nak bawak bekal mkn. musim PKPP ni susah gak brenti mkn kat RnR kan? lagipun pegi kenderaan sendiri, ajomlah kita bawak bekal sendiri, senang.

kat RnR Gurun. budak 2 org ni taktau mana2. aku mmg tak bgtau nak kemana sampai hari kejadian. saja malas nak bagitau kang asyik la ulang tanya. penat mak nak menjawab. 

setel mkn, teruskan perjalanan. hujan sepanjang jln. kejap lebat kejap tak. pak incik ok kalau hujan, jgn panas berdenting ja, dia tak blh drive. kami berhenti solat kat hentian sebelah kat mana tak ingat dah. kat Gurun tu tak sempat solat sebab hujan, nak berlari ke surau eh kesian la warga emas yg kami bawak tu. awal lagi, so terus jalan jelah dulu. dah petang, hujan pun reda baru berhenti solat. sampai Klang dlm pkul 9 mlm. tak berhenti dinner memana sbb kazen aku dah masak mcm2 hahah. pukul 1030 camtu baru dinner. gulai ikan bagai, uii sedap hahaha. bekalan makanan pun mcm2 yg maklang aku bawak. rebung, belacan, ikan pekasam, ketupat, apa tah lagi. mak aku bawak bahulu. adik aku bawak kuih apa tah bnyk bekas jugak, nak kasik ke rumah kenduri nnt. dah selesai makan, pastu memasing bergolek tidor depan tv je semua. rumah dia tak besar mana. alah kejap je pun sokay je. lagi sorang anak maklang pun datang lepak situ jugak nak jumpa emaknya. penuh rumah. meriah and best! aku suka ramai2 mcm ni hehe. yg lelaki tak ramai. laki aku, then adik ipar + paklang. sampai Klang tambah lg sorang suami kazen aku tuh. eh kemain diorg ni geng. melepak bergelak sapkok beramai2. pastu adik lelaki aku yg keja kat sana pun datang jugak mlm tu nak jumpa umi. pastu pakat join lepak sampai pkul 3 pagi. sabar jelah.

esoknya, lepas mkn pagi, siap2 nak gerak ke Pahang. pkul 11++ jugak lah keluarnya. 1 van +  1 kereta sepupu aku. sepupu lagi sorang tak join sebab husbandnya kerja, susah dia nak handle nnt ngan anak kecik. 

jauh nau nak ke sana. brenti 2-3 kali jugak hahaha. pak incik aku tu apa lagi, sapkoklah. kami brenti RnR Temerloh la yg agak lama. lunch pun lewat sbb masing2 kenyang lagi mkn pagi. situ meriah dgn ikan patin tempoyak. aku tak mkn pun, tak minat. masa kat situ dpt call dr kak ipar ayah mentua kena warded. seminggu 2 sblm tu pun dia mcm tak berapa sihat, tak lalu mkn sgt. plus ada penyakit berangkai2 lagi. masa tu kami lagi sejam nak sampai rumah mak sedara aku. so, teruskan jelah perjalanan, tak kan nak pusing balik. husband aku tak ckp apa, suruh relax ja huhu.. aku pun tak berani nak tanya bnyk2 kang dia stress.

mlm tu lepak rumah mak sedara aku. takda buat apa, lepak, makan2 sembang2. dia sewakan kami homestay sebijik. dah ramai kan?

next day, pagi2 kami dah ke rumah kenduri. akad nikah pukul 10 pagi lepas tu terus kenduri. sekali harung je, mudah keja. kenduri pun sikit je. musim PKPP ni, takleh meriah sgt kendurinya. kita ikut jelah, demi kemaslahatan bersama. follow SOP yeh. 

 

pengantin lelaki dari Johor. 11 kereta okeh. meriah diorg. siap pakai baju sedondon semua ahli rombongan. pakai batik viral kaler biru. sporting semua.

 

kazen aku yg perempuan. dulu dia study UUM, so selalu jugak lah jumpa. jauh tercampak dari family. mujurlah ramai sedara mara sini. anak2 aku panggil dia makteh putih. hahaha. sebab ramai makteh (mak sedara) konpius dah anak2 pun.

 

rombongan dari Perlis. ada yg tak masuk jugak ni. pak sedara (adik abah) pun datang dari Perlis. pastu anak dia yg kat KL pun join sekali. diorg 2 kereta. pastu pak sedara pengantin (sebelah ayah) pun datang. makanya dari Perlis yg datang ramai jugaklah.


me with umi & adik nom 4. tahniah Bashirah & Faris. semoga berbahagia hendaknya sampai syurga.


keluarga pengantin. mak pengantin tu adik mak aku. kami panggil dia makngah. diorg 2 beradik je yg kawin dgn org Msia. suami makngah tu, yakni pakngah Azhar, pun sedara jauh. lelaki sebelah pakngah(baju melayu hijau) yg berdiri tu abg dia. diorg 2 beradik je. rumah dia nearby rumah maklang aku tu. jadinya closelah walau takda kena mengena pun. bila dah kawen dgn sedara mara, jadinya pusing2 ha situlah semua adik beradik kau hehehe..


ni family paknjang (adik abah aku). ikut  tu mcm takda kena mengena dah kenapa nak pegi kenduri sampai Pahang sana kan. tapi dah sangkut sepupu, so moh le kita pegi.. diorg 1 kereta dari Perlis, pastu anak dia dari KL 1 kereta join skali (yg baju biru). diorg pun ambik homestay nearby rumah kenduri. nak duduk kat luar yg terdekat is Pekan @ Muadzam. dekat pun almost 60km jugak lah haha.


1 with pengantin. excited dia bila bagitau sedara mara dari Perlis nak datang. yelah, duk jauh nun kat sana takda sedara mara kan? dulu masa kenduri aku, kenduri adik2 aku, makngah aku tu datang jauh2 naik bas. so kali ni kita balas la kunjungan. seronok lah diorg dpt jumpa sedara mara. 


dlm setiap perhubungan haruslah ada org ke 3. haishhhh susah nau nak bergambar berdua ngan apaknya. budak ni tak pasai lah nak kasiknya. dengki sungguh org lain dekat ngan maknya.


dapat lah jugak. dan Aniq tgh guling kat depan tu protes hahaha. tapi takda lah dia keryau guling2. cumanya muka tu muncung jelah tak puas hati. susah makpak korang nak feeling lebih sket.

 

family portait. dapatlah jugak walau struggle hahaha. Aniqlah, susah nau nak bagi kerjasama. ada saja akai dia. tu tgk kakak dia pegang muka suruh pandang kamera elok2. kalau tak, tah apa2 dia pose. time ni dah pkul 1 kut. apaknya baru join. awal tu kami biar je dia tidor kat homestay. rehat. sbb ptg kang nak gerak balik dah. risau pikir ayah mentua kat spital. ahli rombongan yg lain pun setuju. lepas solat jamak semua, pukul 4 camtu kami gerak balik dari Chini. tak best la jugak sbb kejap je dpt jumpa sedara mara kan, apa nak buat. kita cuma merancang, Tuhan yg menentukan segalanya. nak stay pun risau jugak kang apa jadi kat Perlis nun. dah setel kenduri, so kita baliklah ye.


1 with the pengantin. tgk Aniq. dia minta kat makteh putih buat limau tu. feveret dia tuh. buat kering je g ambik dlm bekas hantaran hahaha. aku cakap, pegi minta elok2 kalau nak, so dia pegilah ngadap maktehnya. sabar jelah anak oihhh.

 

Alhamdulillah, selesai kenduri di sana. kami gerak balik pukul 4ptg camtu. awal tu semua mcm risau lah pikir ke pak mentua aku. dah tghr tu dia sendiri call cakap ngan anak dia, so lega lah sikit. dah stabil. dia letih, so tekanan jantung mcm rendah + tak berapa lalu mkn tu. dia siap ckp kat anak dia tu, tak yah rushing balik, dia sihat je bukan nak mati pun. aiyooo appa. aku ni susah hati tidor tak lena pikir dia hahah. plan asal nak blk pagi Isnin. tapi dah semua setuju, kami blh Ahad petang tu jugak. pak incik ok je nak drive mlm. dia dah biasa berjaga. otw balik tu singgah Bukit Jalil rumah mak sedara dia (sebelah mama) hantar barang kiriman dari ayah. ikut tu taknak singgah dah tapi dia suruh hantar jugak, so kami masuk lah kejap. tak lama pun, sejam je masuknya pastu gerak balik. selamat sampai rumah aku pukul 7.30 pagi. Alhamdulillah.


 

Alhamdulillah, lepas tu ayah is getting better. almost a week jugak warded. now dah balik rumah, so rehat dirumah saja.


Tuesday, January 07, 2020

Majlis Perkahwinan Azhar X Alia

Assalamualaikum..

kita mula entry throwback dgn kisah majlis perkahwinan Azhar, anak pengasuh anak2 aku dulu.
walau thn lepas dah tak menjaga Aniq, hubungan kami tak putus.
last year, Aniq dah masuk Pasti so tak hantar ke pengasuh lagi dah.
tapi masa cuti bulan 6 tu, dia duk sana skali dgn kakak.
kadang2 pun aku duk call tanya khabar dia. rumah kami tak jauh pun.

pengasuh anak2 aku ni, Maklong Da ada anak sorang ja, lelaki.
now keja pulis nun kat Sabah.
bertemu jodoh dgn org sini. mujurlah.
mak dia risau kut bertemu jodon dgn org sana, jauh bahhh. hehe
so, bln 12 lepas majlis dia.
masa raya puasa tu diorg bertunang. so maklong dah cerita begitu begini kat aku.
masuk cuti skolah, aku pun ada la bertandang ke rumah dia. dia pun ada datang rumah kami.
then tanya2 apa yg perlu, bantu apa yg mampu.

akad nikah on friday, 13 Dec 2019. majlis sebelah perempuan, sabtu 14 dec.
majlis sebelah lelaki 15 dec, ahad.
masa akad nikah aku tak join sbb kerja.
blk kerja tu aku singgah tgk persiapan utk majlis esoknya.
aku bagi bahulu  utk dimasukkan dlm beg as doorgift kepada tetamu.
petang tu pegi hantar siap2.
next day, kami join ke majlis sebelah perempuan.
tak jauh pun rumahnya. alah, besar mana lah Perlis nih hehe



majlis sebelah perempuan. diorg pakai songket hijau.
nice!
majlis pun meriah, tumbang lembu sekor. ramai nau org.
makanan pun sedap!
budak2 ni punya seronok tgk abang kawen.
diorg membesar dgn abang azhar. dia rajin melayan.
masa dia mula masuk kerja polis, Aniq umor sethn.
dia jarang balik, sethn dlm 3 kali camtu. tapi sekali balik sebulan terus.
so Aniq ingat la abg dia ni.
Amni pun sama.
bila bgtau abg balik ha menggedik nak pegi rumah maklong nak jumpa abang.


Alia was nice.
1st time jumpa aku ni pun hehe
welcome to the family.
moga sabar tgk maklong ramai anak asuhan hehe



ajak adik aku sekali join.
ramai nau rombongan sebelah lelaki.
tak silap aku dlm 13 biji kereta. haha
sedara mara maklong, ramai jugak. dia takda makbapak dah.
yg join tu makpak sedara then rakan2 sekampung dia.
dannn. anak2 asuhan dia hehe.
dia kan pengasuh. so, hari tu ada 4 ibu asuhan join hahaha
meriah nau. aku pun kenal dia since Amni kecik. so kenallah dgn mak2 yg lain.
yg dah pindah keluar dr Perlis pun datang nak meriahkan kenduri.
sakan la kami sembang hari tu hehe.
anak2 tak berapa ingat dah kawan2 diorg.



yg ni sebaya Aniq. sakan main walau tak kenal dah.
diorg now stay kat Alor Star. dulu 2 beradik maklong jaga, now dah 3 beradik dah.
datang join hari ni sebab hari Ahad tak blh join, ayahnya kerja.



kat khemah utk rombongan.
tgh lapar, lauk sedap, kenyang mkn.
ada jugak laksa, ais kacang, apam balik, eskrem.




paksa ajak pose. hahaha
kemain seronok depa hari tu. mak bizi nak gebang, diorg duk main. keluar masuk rumah tgk pengantin. pastu duk angkut eskrem. amboi diaaaaaa.

dah selesai semua bergerak balik, aku ke rumah mak aku.
jemput dia datang utk join kenduri esok.
maklong tu aku selalu bwk dia join klau ada kenduri kat rumah aku. dia duk sorang, so klau dia free dia join. then dia kenal lah sedara mara aku. lagipun dia sedara jauh sebelah mentua aku.



mlm tu datang jugak rumah maklong bantu apa yg patut.
meriah la jugak, jiran2 datang tolong apa yg patut.
lauk pauk dia tempah pakatan kg sebelah masak, so kat dapur tak berkecah sgt.
ada 1 lauk ja diorg masak kat situ. dah ramai kat dapur, so aku tak join.
lagipun aku tak reti nak join masak dapur org hehe



hari kejadian.
cantik gaun Alia pakai. sesuai dgn dia.



selfie is a must heheh
cuaca elok hari tu. berangin ja. tak la berkuap panas sgt.
now musim timur kat sini, angin kuat betul.
tapi panas terik.



maklong yg sebelah kanan.
yg kiri adiknya, maksu Zira. dia tak tinggal sini, nun di sungai petani.
nak kenduri ni berkampung di sinilah anak beranak dia.
diorg 2 beradik ja. mak bapak dah tak da. maklong pulak ibu  tunggal.
tapi dah dia baik dgn jiran2, sedara mara, so ramailah yg datang memeriahkan majlis, datang bantu2.
dia duk risau kut takda org tolong.. Insyallah..ada aku  kata.
dan ya, ramai yg bantu. org kg pun baik2 semua.
mak2 anak asuhan dia, 5 ibu semua datang.
masing2 bantu.
aku pun kehulu kehilir hari tu. bantu apa yg patut. tak duk diam.
aku dgn Hanis, bantu kat keja pengantin pastu bab beg doorgift, pastu tgk jugak kat khemah.
mkn pun nun pkul 3 tunggu laki mai hahaha.
pak incik datang bawak ayah skali. so aku tunggu mkn skali diorg.
anak2?
tak kelih rupa dah. tak mana2 pegi mainnya.
takda hal sebab diorg dah baisa kat situ.
Amni datang tghr dgn apaknya sbb pagi tu dia ada baking class.
dia dtg skali apaknya. aku blk ptg tu aku tinggal dia situ. mlm baru ambik blk.



Aniq tak pegi mana. duk atas ja.
dgn Adam. yg ni pun anak asuhan maklong. dia rajin tgkkan Aniq.
main kat atas ja, sbb nak tgk abang kawen.
Aniq tanya kenapa abg kawen bnyk kali hahahha..
aku kasik Aniq mkn awal, dah kenyang dia baru mak lega.
adik2 aku and mak aku pun ada, so diorg tgkkan Aniq while aku bz bantu kenduri.



ada sekali tu aku cari Aniq takda kat atas rumah.
cemas oih. tanya Adam, dia tak tau. cari kat dapur smua takda.
rupanya dia pegi duduk kat khemah depan dgn maklong.
urut dada mak hang..
situ ada eskrem, duk usha nak makan ja.
terkawal hari tu 2 batang ja dia mkn. bizi main lupa ke eskrem.



ada yg melayan, tu yg dia sronok kat khemah ni.
kita duk cari dia merata haha..
ni anak jiran maklong.
diorg mmg rajin layan Aniq. kena lak budak tu kemain ramah kan, sronok la org layan dia.
kat kg tu ramai kenai Aniq. aku pun tak kenai semua hahah.
ramai suka dia sbb ramah tamah..
haishhh..


ni masa nak keluar pegi jemput pengantin perempuan.
so kita pose dulu. dia kejap2 panggil aku tanya gitu gini.
nerves kut hahaha
pastu duk pesan jgn balik lagi. dun worry, akak bantu apa yg patut smpai habis hehe
Aniq tu punnnnn, tak pegi  jauh nak tgk abg ja.



apak datang so jom kita ambik gambar dulu.
minta tlg photog diorg ambikkan gambar ni.
bnyk tau dia snap yg ni.
sebabbbbb, Aniq tak duk diam.
so gambar smua ok, dia ja tah kemana2 pose nya
adoi la budak tu... dia mana reti pose diam2.



tgk la mata mak ke mana?
hahahha
kita duk pose dia duk meggedik rata.
sabaq jalah..

ptg aku blk solat dulu. tak jauh pun rumah kami.
lagipun kesian ke mak aku pulak lama duk situ.
ptg lepas asar aku datang balik.
tgk diorg dah kemas khemah dah.
so duk la melepak dlm rumah sembang2 sampai maghrib baru balik.
maklong duk kalut la suruh ambik lauk la goodies bag bagai.
dia pun letih dah seharian layan tetamu.
ada yg bantu kemas2 dlm rumah.

minggu last Dec baru aku hantar anak2 ke sana. bagi maklong setel kemas rumah semua dulu.
diorg pun kalut la nak pegi sana nak jumpa kawan2 lain..
Alhamdulillah dah selesai majlis.
tahniah utk pengantin baru. selamat melayari bahtera rumahtangga.
tahniah utk maklong dapat menantu.

Thursday, April 25, 2019

Raikan Cinta : Azira X Shahfini & Ain X Zuraidi

Assalamualaikum..
kena update laju2 sebab kang aku lupa terus.
basi centu ja..
last year ada cousin wedding jugak, tapi sudahnya lupaaaa
padahal meriah oih. sepupu rapat jugak yg kawen tu.
bz menda tah, lupa update.

yg pun meriah sebab 2 pengantin skali naik pelamin.
kakak dan adik lelaki bongsu.
wedding our side on 24 march lepas.
sebulan elok dah ni. hahaha

ni sepupu sebelah abah aku.
anak maklang ( adik abah ).
belah abah aku ni, kami ramai jugak sepupu sepapat and quite close.
umor pun mostly sebaya ja, tak lari bnyk.

dah lama takda kenduri, skali nak buat 2 pengantin, haruslah meriah.
maklang aku ni pulak anak ramai, 8 org.
dia yg paling ramai among us. 5 dah settle, tinggal lg 3.
ni naik pelamin lg 2, so tinggal sorang lagi yg second last.
majlis on cuti skolah, so ramailah sedara mara yg balik nak meramaikan majlis.
maklang aku ni ada kedai makan. pagi2 jual nasik lemak.
pastu dia ni mmg tukang masak kenduri kendara kat kg.
semua org taulah kesedapan air tangan dia.
menu semua best2 wohhh..

majlis bermula hari Jumaat.
majlis pernikahan Zuradi mlm tu. tapi aku tak pegi pun.
tak berapa sihat, sakit kepala sejak petang.
umi abah aku awal lagi diorg dah pegi ambil pegi berkampung kat sana.
next day, hari sabtu majlis sebelah perempuan.
buat kat dewan sekolah tak jauh dari rumah maklang aku.
wife Zuraidi, Ain org situ jugak. mudah keja.
kazen lagi sorang which is kakak kepada Zuraidi dah selamat bernikah masa raya cina lepas.
then tunggu majlis kenduri je sekalikan 2 beradik tu.
kakak menikah dulu awal sebulan, pastu adik lelakinya pulak.
then kendurinya dua2 sekali.


kemain budak 2 ketoi ni.
seronok duk kepit dgn tok umi.
masa ni berkumpul kat rumah maklang utk ready ke majlis bersanding sebelah perempuan.



majlis persandingan sebelah perempuan.
kami side pengantin lelaki.
cantik Ain, baju and make up mmg kena betul dgn dia.
aku ni 1st time jumpa dia. hehe
yg baju purple berdiri tu is anak2 perempuan maklang, means kakak2 ipar Ain nnt. hahaha
yg baju sama kat bawah, menantu maklang. so now dia ada 2 menantu perempuan.
others is kazen2 aku juga.
rupanya diorg pakai theme purple. aku tak tau.
lain sket la kan, hehe
pas makan sementara org tak naik ke pelamin lagi, moh le kita sedara mara laju2 naik posing ngan pengantin. yg mak pak sedara pun ramai, tapi pakat malas nak naik.
as usual muka2 ni jelah yg selalu huru hara. haha



penuh skrin muka aku. ahahaha

anak2 kat bawah duk asyik g beratoq kat gula2 kapas. amboih depa.
mak takdan tgk, bizi selfie, diorg asyik ulang mkn. haha
laki aku singgah jugak otw balik keja tu.
pastu pakat balik lepak umah maklang aku.
panas berdenting hari tu. berpeluh segenap ceruk..
petang tu aku balik rumah. lepas maghrib datang balik.
ada majlis berinai pulak.



tema baju kelawar. haha
bridesmaid and kakak2 dia, smua pakai baju sama.
kami yg lain pakai baju kelawar sendiri jelah. hehe
aku mmh dah gosok jubah kaftan tu, so pakai terus jelah.
kebetulan ada kawan maktam (adik abah) datang mlm tu.
anak dia mmg duk lukis inai. so pakat beratoq hulur tangan la.
yg pengantin and bridesmaid dia, mmg dah ada pelukis inai dia dah.
jadiknya ada 2 pelukis inai.
so cepat la setel. pastu bergambar la hehe

kat luar rumah, pakat kisahkan hal lauk pauk.
daging pun sampai mlm tu. ada yg dah start masak.
laki aku and sedara mara lelaki yg lain duk buat keja kat luar.
balik rumah bau daging 1 badan. ahahah

esok pagi, pkul 9++ aku dah sampai sana.
tolong2 apa patut. keja2 dlm rumah la.
hal masak memasak, maklang and the geng setelkan. diorg ada pakatan kenduri.
kami buat keja kat depan like susun goodies bag.
pkul 11.30 camtu gerak pegi homestay.
abg aku sampai semlm. dia ambik homestay tak jauh dr rumah maklang.
duk situ senang nak ulang alik dia kata. so pegi siap2 kat sana jelah.



depan homestay. lawa nauuuuuu.
deco dlm rumah pun lawa. rasa taknak keluar rumah sebab full aircond.
kat luar, panas hangat berkuap.



tema biru
beli baju online sesama. size je lain. hahaha
sama ke idok muka kami 3 beradik?



sorang lagi takda. kaklong tak balik sebab ada tuisyen.
dia thn ni nak UPSR, makanya belajar jelah..
Amni takda geng la kali ni..
Aniq n Amierul dah mcm belangkas. kemain main beyblade sesama.
siap belikan 1 utk Aniq, bwk blk dr KL nu.
main sungguh 2 sepupu tu.. sesekali jumpa kan?



pengantinnnnn.. hehe
2 sekali harung, jimat keja n fulusss heheh
aku tunggu and bantu kat khemah utama bila pengantin sampai.
Alhamdulillah semua take part bantu mana patut.
meriahhhhh. syok!
jemputan ramai. penuh khemah.
lauk pauk semua sedap2. ada apam balik + ice cream (food truck).
menu petang sket ada cucur udang, bubur pulut hitam + rojak buah.
aku sempat la mkn kejap lepas pengantin makan. tu pun tak bnyk sebab cuaca panas jadik tak lalu sangat.
duk teguk air je. hujung2 aku minum air ais je sebab tu je ada depan mata.
air bandung kawwwww. panas2 kena air ais kann?
ada kerabu sedappp. sempat la mkn sket. pastu apam balik pow paksu punya sekeping.
pastu mkn cucur udang sket jamah2.
duk tolong2 kat depan tunggu meja goodies skali.
cuaca cerah elok + panas berkuap peluh ketiak. huahuahua.
ok la daripada hujan kan?




mak ngan anak perempuan beliau.
sementara make up masih on point. hahaha

lepas dah kehulu ke hilir, peluh mencurah2 luar dlm okeh.


adik bongsu takda pulak yg ni.
sebab dia yg ambikkan. hehe
yg hujung sana is kak ipar aku.
ada sorang lagi menantu perempuan mak aku, adik ipar aku la.
tapi diorg tak balik kenduri ni.


2 ketoi ni tak terkawal dah.
merata berlarinya. pastu duk ulang ambik aiskrim, pastu minum ais.
cuaca dah la panas. aku pun takdan nak tgk dah sbb bz kat depan.
sudahnya apaknya bawak balik lepas homestay jelah. sejuk sket sana.
hari isnin, Aniq demam. huhu..


dah habis sedara mara sebelah pengantin (yg jauh), kami pulak masuk serbu.
jgn buang masa sebab bnyk lagi keja nak buat hahah


yg complete family ada, tapi tah kat mana dah gambarnya.
meriah la family diorg bl campor semua.
ni girls only, tak masuk the boys lagi.


separuh je sepupu sepapat.
sebab ada yg kat luar duk mkn and ada yg blm sampai.
so mana sempat jelah.
rugi tak sempat kumpulkan semua. mau tak muat pelamin tu.
bergambar laju2, panas oihhh hehe


pengantin with mak pak sedara.
yg takda maknjang aku je. dia pegi umrah. yg lain tu semua with pasangan dah.
kalau tak complete dah ni.
oh, maktam tak pasangan, dia single mother.
tuan rumah, maklang + paklang yg duduk tudung oren bunga2 tu. paklang yg sebelah pengantin berbaju biru gelap.



ni pun bukan senang nak kumpul.
6 beradik, sorang meninggal. tapi masa kecik. aku pun tak wujud lagi masa tu.
abah and adik beradik dia. diorg ni kalau sembang, mcm gaduh.
kalu gaduh, entah lah hahaha
Alhamdulillah.. hubungan kami semua baik2 saja..
abah aku nom 2. maklang nom 3.
yg jauh now paksu aku je, no 6. dia keja kat Semenyih.
but tak lama dah nak pencen.
yg lain semua kat sini je.



kasik can aaa.
bukan senang nih.  tgk ar muka Aniq.
tak puas hati tgh berlari kena ambik gambar dlu. hahaha
tumbok kang baru tau.
laki aku pun peluh tak ingat tu, sudahnya sakit kepala.
duk ulang alik dah 1 hal. blk ambik ayah dia datang mkn sama.
pkul 3 camtu dia bwk budak2 blk homestay, lepak sanalah senang.



cucu2 maknjang aku ni. anak2 kazen aku lah ni.
yg ada love hijau tu 2 beradik. lagi 2 tu dua beradik.
umor nak sebaya2 je diorg ni.
sepupu aku dlu kawen 2 skali harung jugak.
abang and adik (lelaki dua2).
pastu wife diorg pregnant pun sama2. sampailah anak ke 3 umor semuanya tak lari jauh.
diorg semua duk KL jarang jumpa.
tapi bl aku panggil, sembang2, yg besar2 tu (6 & 7 tahun) ingat makngah.
bagus2. hehehe


ni cucu latest maknjang aku, Affan.
6 bulan++ umor.
ko tengok la semangat kemain. hoihhh geram.
semua geram nak pegang nak dukong.
baik tu, semua org dia ok je. abah aku pun sama naik duk usung dia.
badan dia oihhh geram.

Alhamdulillah, majlis selesai dgn jayanya.
lauk pauk nasi habis. lega.
dpt la org kerja bwk balik sorang sikit.
dah petang sket aku g bantu setel goodies bag utk geng kerja masak memasak.
pkul 6, semua pakat lunjur kaki dah. ahahah
pukul 7 hujan turun selebat lebatnya. mujurlah.
blk homestay, lepak kejap. sempat lah lelap sat.
pkul 830 camtu p sana balik nak dinner.
tapi masing2 dah seret kaki dah. pas mkn sembang2 sambil baring je. hehe
aku tidor kat homestay je mlm tu. bg anak2 main.
esoknya tghr baru balik rumah. ambik cuti siap2.
dan mujurlah cuti sebab Aniq demam.
seminggu jugak la duk on off sebab susah nau nak mkn ubat.

lepas ni tak taulah bila pulak nak kendurinya.
seoronok walau letih,
sebab nilah masa nak beramai dgn sedara mara.
mostly kazen aku duk luar Perlis, so susah nak jumpa.
tunggu raya or kenduri jelah.
so, raya nnt kita kumpul lagi. hehe

Wednesday, September 19, 2018

Kenduri Kesyukuran + Amni turn 7

Assalamualaikum..

last 2 weeks, tok umi tetiba plan nak buat makan2.
sebab daging korban ada lagi dalam 3kg.
then adik aku pulak bawak balik rebung hutan, mertua dia kasik.
so, alang2 ada bahan tu, umi kata jom kita buat kenduri.
dah lama tak buat.
raya haji lepas tak buat pun sebab tak sempat.
kebetulan, baru lepas besday Amni kan?
so, aku pun onz

kejadian adalah hari Ahad.
sabtu aku ada event, so hantar Aniq ke adik aku jaga.
Amni mengaji quran mcm biasa pagi tu. lepas tu aku ambik dia bawak pegi event skali.
ada chess tournament. eh aku tak main, aku sekretariat saja.
dah berkarat otak nak pikir lama2 sebab lama tak main. haha
ahad, pagi2 hantar Amni mengaji mcm biasa. pastu aku zassss balik rumah mak aku.
beli ikan, ayam and bahan basah lain sket.
Amni blk ngaji nnt apak dia ambik, then pegi rumah mak aku tghr sket masa makan bawak skali mak pak mentua.
aku balik dulu nak masak @ tolong apa yg patut.
sebelum tu, pagi2 dah buat kek utk Amni.



a day before, pegi beli barang dengan dia.
so, dia bgtau la nak kek dia cenggini cenggitu.
mak layan jelah sebab besday girl kan?
sethn sekali. hahaha
oh, aku mmg buat coklat kek je dari dulu. sebab ini je yg semua family aku makan.
mak aku tak suka sgt kek lain, kecuali kek yg aku buat. ngeh ngeh ngeh..
anak2 pun sama, suka kek mama.. and mama pun buat jelah kek ni sebab resipi dah ada dlm otak, takyah nak pikir2 bnyk.
senang dan mudah..
dan sedap jugak.. ada jugak buat jual dulu. hehe



sikit2 sudahnya bnyk juga menu.
ada nasi putih + gulai daging dan rebung, ikan temenung kukus, ikan temenung goreng, ikan lampam masak asam, sambal petai ikan bilis, perut rebus, ulam2, air asam and sambal belacan. (yg ni saja 3 jenis diorg buat)
then ada bihun sup dan mee sup. segala tulang, lemak,perut bagai ada dalam tu. kemain diorg cedok makan. pakat menghirup sup.
pastu ada kuih2 sikit like tepung bungkus and agar2. ada nasi himpit kuah kacang jugak.
meriah kan?
mak sedara aku datang, bawak pulak ayam golek 3 ekor. nahhh hai...
hehehe..
jiran2 umi ramai jugak datang tolong. yg kiri kanan rumah. ada la dalam 10 org. kawan2 dia lah.
diorg pun mmg selalu datang, aku pun kenal.
tetamu ramai juga, jemput semua sedara mara yg dekat2 ni.
pastu abah panggil geng masjid skali datang lepas zuhur tu.
so, makanan cukup and habis.
lebih pun tak banyak lepas bagi kawan2 umi tapau bawak balik.
Alhamdulillah, selesai semua.



the besday girl.
mama just making a moment to u dear. supaya awak ada perkara indah utk dikenang bila besar nnt.
ur chilhood memory, and about your besday
simple, tapi ada.
mama papa tak mampu nak buat yg grand2 mcm org lain. sederhana tapi tetap ada utk anak2 mama papa.
dulu tok abah tok umi buat kat mama mcm ni jugak. dulu takda kek bagai, sekadar sedikit kenduri kecil, tapi sangat bermakna pada mama. so, now is your turn.
mmg dia happy. nak2 pulak mak2 sedara pakat bagi hadiah, uii krenyehhhhhhhhhhhhhhhhhhh all day. hehe
hadiah pun, adik2 aku bagi yg biasa2 je, tapi dia punya happy dapat hadiah tu, lain macam.
not about the price, tapi tanda ingatan tu yg akan dia ingat.
soon, dia tau siapa yg ingat dia, sayang dia dan siapa yg dia akan ingat sampai bila..
faham ?
heheh
tenkiu ya mak2 sedara yg bagi hadiah, yg buat dia happy.
bukan hadiah yg aku mintak pun. ingat ke anak2 aku, buat diorg happy, syukur dah. sudi datang, main2 dgn diorg, cukup dah.
tok umi tok abah and tok2 sedara yg lain. yg datang, wish dia besday.



2 beradik yg kadang baik, kadang bercakaran. hahaha
tu Aniq muka masam je sebenaqnya.
nak ambil gambar kakak sorang dulu, dia masuk skali. pastu mama suruh dia tepi dulu, nak snap kakak sorang dgn kek.
dia punya menjerit, keriau, bebai ohoiiiii. lawak.
lari p keriau kat dapoq. hahahahaha.
mengakah makteh dia gelak tgk perangai tu. aku lantakkan je, tau dah akai dia.
selalu dengki dgn kakak. dah kakak habis pose, baru panggil dia ambik gambar skali.
tu yg muka cembeng je tu. lawak hang mat aniq..

soo, besday dia pulak, next week.
so mama plan makan2 sket nnt.
last dah sebab thn depan celebrate kat skolah jelah dgn kawan2.
sama mcm kakak jugak, dah masuk skolah, ha kat skolah jelah celebrate nya.
ni pun sebab kebetulan tok umi buat makan2, kita sekalikan je. last year, g makan2 kat pizza je, beli cup kek seketoi utk dia je.



ini utk kawan2 sekelas dia. aku buat 40 ketoi, skali utk cikgu dia.
pastu ada goodies bag skali sorang 1.
takda isi apa sgt, simple ja. pencil 1, pemadam 1, biskut 2 jenis. takmo letak jajan pelik2 sebab aku tak suka. bukannya bagus sgt pun jajan tu semua.
dah nak bagi kat skolah, so aku prefer biskut la, ok sket kut dari jajan kan?

ok, now plan utk adiknya pulak.
dah la duk buat ayat sedih kat aku.. dia kata dia sedih sebab kakak je dapat hadiah, dia tak.
hahahahaha. panjang akal budak ni..
soon, besday awak pulak yeee..
nnt mama buat kek awak yee. hehe


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...