Showing posts with label DRI. Show all posts
Showing posts with label DRI. Show all posts

Thursday, August 05, 2021

Menodak beg Rizalman

 Assalamualaikum..

 

minggu lepas, sempat menodak beg Tok Ri @ Rizalman. hahaha.

sapa yg follow IG dia tau lah cemana pakat pulun nak beli. dia ni apa ja yg dia jual tak soldout. laris betholll. kadang ada ja yg miss. kali ni dia keluarkan beg ritote. ada 2 biji, means come in 1 set. 1 beg besar, 1 beg kecik. dia kemain menayang dlm IG buat org smua tak keruan. bagus betul dia punya marketing strategy. sendiri design, sendiri jadi model utk promote. jimat hehe

aku dah pesan dgn PS, kut nnt tak sempat menodak, base on pengalaman sebelum hahah. hari kejadian, 30hb tu aku kena masuk opis. so bertenang la sikit compare duk rumah. pukul 11 camtu aku buka web, try beli. eh lepassss.. so aku beli jelah nnt jual balik. ramai ja yg nak.

hari jumaat beli, isnin dah in hand. laju betholll. ailike. pastu yg lebih tu iklan kan. ada yg tanya, tau harga, diam. sokayy, faham. ada lebih 2 set, dah setel pun jualnya. 

yg aku order dgn PS pun dapat. tgh tunggu sampai ni, ptg2 nnt la kut sampainya. mmg dia dah bgtau, rabu baru start pos. 

aku order dgn PS kaler merah. aku beli kat web kaler hitam. tapi aku ambik yg kecik ja, yg besar jual ke kawan aku. dia ada yg kecik, dapat free Tok Ri bagi ke frontliner ( ke suaminya, tapi dia rembat ). pastu dia kenan yg besar, ha silaaaa.

 

yg hitam. kaler beige, line hitam. material jenis kain, bukan plastik ke apa. design simple tapi wow.


ni yg besar. dah pass ke tuannya. yg kecik and besar sama ja design nya. aku dah melaram guna semlm haha. bangga sebab dapat beli, sebab last time hoihhhh web tu mcm apa. susah nak lepas. sebab ramai nau yg masuknya.


merah ang2. yg ni kalau yg besar, kaler beige, line merah. yg kecik, line beige. lain sket. yg ni aku ambik 1set. nak buat apa ntah bnyk2 beg haha. 


aku ni bukanlah diehardfan dia. tapi aku suka lah jugak part yg elok dari dia. cth, tazkirah dia, amalan2 baik dia. ada part yg tak berkenan. tapi tu hal dia lah, biarkan. tak yah lebih2 nak komen pasal org. masing2 ada cara sendiri kan? tak suka tak perlu mencaci, suka tak perlu sampai mengagungkan berlebihan. ala kadar. kita pun tak sesempurna mana, kenapa nak pertikai org lain..

Tuesday, February 11, 2020

Tsunami Ristore

Assalamualaikum..

cerita 31 Januari lepas
online tsunami hahah
adoihh

mana2 yg follow IG Dato Rizalman, rasanya tau lah pasal dia launching handbag baru.
3 design, bnyk kaler.
aku ni hari2 duk hadap IGs dia. makanya terjebak
yg keluaran lepas tak berapa menggedik sangat sbb kecik.
aku nak yg besar sket sesuai la dgn status mak2 ni kan hehe
mcm2 nak lempaq masuk dlm tu.
ada ja handbag yg saiz kecik, tapi aku jarang2 guna.
yg bag keluaran lepas ada opismate aku grab.
lelaki.
dia ambik ribae.
aku tgk ke detailsnya, not bad.
sesuai dgn harga dan para rakyat marhaen ni mampu beli hahaha

so utk keluaran kali ni, dah hari2 duk tgk dato Rizalman duk layoq, makanya terpedaya
#mudahterpengaruh
aku jatuh cinta mati kat Rinew.
design mcm ribae lepas tapi saiz besar.
lawa namateyyyy.
tgk dia tayang kaler olive tu, Allahu merembes ayaq lioq.
laju2 aku pm PS yg duk komen2 kat situ.
dealing gitu gini, aku transfer deposit dlu RM50.
seblm 31Jan dia kata kena setelkan baki.
kalau kansel, deposit is burn.
memula tu pikir bnyk kali jugak la.
walau harga rm200++ tu takda la mahal mana, tapi sejak beranak pinak ni aku tak beli dah handbad mahal.
bnyk lagi keperluan lain nak pikir huhu.
dulu zaman bujang, pernah la labur beli handbag mahal
alah, mahal aku pun takat ni tak cecah rm300 lagi.
kat org lain mungkin murah je harga tu, celah gigi je kan. hehe

Image result for rinew
ini yg aku berkenan tuh.
tapi ni kaler lain, navy.

Image result for rinew
besar kan..
just nice saiz dia. sukaaaaaaaaaaaaaa
kalau tgk kaler olive tu, adududuuuu..
ni gambar dari Google, gambar yg aku ada dah delete pun.
frust.
sebab tak dapat waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
pungpang dgn PS, dia bgtau diorg pun kena berebut online kat web.
kat web Sometimes or Ristore online.
takda offline.
aku ingat PS ada kelebihan blh beli offline..
dah daftar ada nombor ID masing2 kekdahnya.
dah ada caj PS bagai kan?
kat web pun, ada limit nak beli.
kali ni 1 kaler utk setiap design blh beli 2 unit.
yg lepas tak mcm ni katanya.

hari kejadian, 31 Januari, launch on 11am.
aku pun gigih la menunggu cukup jam.
bagitau ke PS kalau aku dapat beli sendiri, so yg aku order ke dia tu, dia jualkan lah.
dan dia pun ok.
masing2 debarrrrr nak tunggu.
kat IGs dato Rizalman tu, mcm2lah halnya.
yg sesubuh sepi duk terpacak kat butik Sometimes pun ada hahah
yg duk add chart kat web pun ada pastu meroyan sebab takleh  bayaq.
aiyoyo..
takda jual offline yehh



see..
sesekali rasa nak hempok laptop hahaha
asyik putus oih
aku masuk kat Ristore.
dah add chart, nak bayaq, eh putuih.
refresh pat juta kali baru dapat balik. tapi kat chart jadi kosong.
kena add balik. ok blh add.
nak bayaq jadik lagi.. putuihhh
yg aku stress tu, masa tulah ada yg nak call.
opismate jugak tapi department lain.
tak jawab kang kut ada urgent matter.
so sambil jawab phone tgn duk click2.
dah setel nak payment, nak masuk login account bank, blh pulak salah password.
lepas 3 kali try duk tak betoi jugak sudahnya kena block.
shit!
hahahaha
pastu line putuih.
nak add balik, rinew dah sold out!
adoihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
aku pun try yg lainlah, mana yg masih available.
aku cuba rimoon, then dapat.
guna account bank yg lain.
nak beli 2 unit tak berani sebab duit dlm account ke 2 tu tak cukup.
yg lagi 1 account tu dah kena block.
dah setel 1, cuba nak add lagi 1 bag. habis sold out.
within 20minutes.
ajer gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.
tinggal apron ngan kasut ja tu pun 2 kaler je kut.
sabaq jalah.

aku dapat rimoon olive.
selepas berhempas pulas.
sampai duk cakap sorang2 stress line asyik putus.
apa ke teruk nau server tuhhh.
habis seMalaysia ke yg duk acces nih.

gambar2 yg aku snap tu aku update ke IGS the tag dato Rizalman.
dia pun kata beribu yg dm dia.
meroyan pakat tak dapat termasuk la aku hahaha

dah tghr sket aku just update ke PS aku tu.
tapi aku tak harap apa2 ke dia. sebab tau masing2 berhempas pulas.
aku pulak lambat bayar baki beg tu, maybe dia dahulukan yg lain.
ptg sket dia reply tak dapat. dia tak dapat 1 pun beg yg kaler olive.
kaler tu yg ramai org kenan.
then aku bgtau aku ada rimoon olive if sesapa nak.
aku kenan jugak yg tu, tapi pikir ke saiz, so takmolah.
then ada sorang nak dia cakap, do direct deal dgn aku terus.

Rabu lepas, dah sampai bag aku tuh.


lawa weiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..
kaler tuhhhh



tag ni yg buat dia jadi mahal tuh hehe
opismate pakat duk racun jgn jual sebab lawa nau.
detailing dia kemas. material pun elok.
harga asal kat web is RM209.
kalau PS dia caj la dlm rm40 include pos.
elok, tapi aku nak rinew. bukan rimoon. huhu..

lepas 2 hari camtu, yg nak beli rimoon aku ni wasap tanya khabaq beg dia.
aku cakap, aku goyang tak tau nak jual ke tak sebab lawa haha
dan2 dia pun cemaihhhhh.
risau la kawan tu pun kan.
eh tak2. dun worry, saya dah janji nak jual. and dia pun dah bagi deposit.
tak baik mungkir janji kan?
mana tau esok2 ada rezki beli beg lain..



so, sabtu lepas aku dah pos beg tu.
dan semlm, dia wasap bagitau beg dah sampai. Alhamdulillah
rezeki dialah..

sokay, bukan masanya aku nak pakai beg ni.
tak dapat rinew, aku gi beli beg lain yg murah sket kat shopping mall sini.
100++ je, jadiklah asalkan design dia aku suka kena dgn mata aku.
yg pulun sangat nak beli tu bukan apa, beg yg aku duk guna tu koyak sket.
guna lenjan betul, so koyak dah sket.
tapi still blh guna, takda nampak sgt pun koyak tu.
well pompuan kan, hahaha
yg tu pun aku beli online, harga rm100.
kualiti tiptop.. apa ke brand tah, local je pun
tapi saiz besar blh sumbat mcm2, design simple, tahan lasak, kaler lawaaaa.
ada kat FB bnyk je share. lupa dah apa ke namanya.
ramai je yg cakap bag aku lawa nmpk mcm have2.
maybe material kut. ingat nak repeat beg tu tapi design baru dia aku tak berapa kenan.

so, gitulah kisahnya keributan berebut handbag dato Rizalman.
marketing dia hebat buat semua org tak senang duduk.
next collection mohon lebihkan sket kuantitinya
dah mohon upgrade server hahaha
stress oih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...