Friday, December 06, 2019

Hari Kecemerlangan SRIAF 2019

Assalamualaikum..

minggu last sekolah, ada hari kecemerlangan pelajar.
sekali dgn ambik report card anak2
cikgu dah hantar memo awal. Amni duk pesan suruh pegi
aku iyekan jelah..

a day before dia remind mak dia ni lagi.
kat apak takda pulak dia ulang2 bagitau ehh haha
anak2 gitu dah la, apa2 smua mak ni ha.
nak seronok2 pandai cari apak yeh
aku ada la cakap dgn dia, mama pegi ambik report card ja sebab kakak tak dapat hadiah apa2 pun.
dia pun ok ja.
tapi a day before tu masa ambik dia blk skolah adalah dia bgtau diorg ada praktis naik pentas.
aku tanya kenapa, dia cakap tak tau.
dapat hadiah apa2 ke, dia cakap ye lah kut.
adoihh sabaq jalah anak aku ni.
hang punya blur tu masih kekal hehe

hari kejadian is Khamis 21 hb.
pagi ada penyampaian hadiah utk pelajar cemerlang.
pkul 12 camtu baru ambik buku rekod.
so, aku plan tghr sket la baru aku pegi.
aku keja, so minta izin dari ketua unit nak keluar kejap.

tiba2 dapat wasap dari Miza. mak kawan Amni.
dia sent ni



eh eh..
Amni pun dapat hadiah???
terkujat iolls...
dia pegi awal, so dapatlah snap gambar atas pentas.



Amni with her bestfriend, Alesya.
diorg berkawan since Pasti lagi.
masuk SRIAF duk sekelas since darjah 1, siap duduk sebelah2 lagi thn lepas.

Miza la duk update hari kejadian tu.
aku pun, laaa Amni tak bagitau pun dia dapat hadiah jugak.
kalau tau, aku pegi awal.
dia kata Alesya pun sama, tak bagitau.
saja la dia pegi awal dah takda buat apa. diorg keja sendiri so mudah la nak atur jadual.
dia pun kat sana baru tau yg anaknya pun dapat hadiah hahaha
cikgu pun takda update apa2 bgtau nama murid yg dapat hadiah.

tghr tu, pkul 12 baru aku gerak pegi.
sebab Miza kata pkul 12 baru cikgu on utk ambik buku rekod.
aku sampai pkul 1230 tu ramai lagi parents duk beratur.
so cari Amni dlu.
dah nampak maknya ni ha, laju la berlari kalut2 nak cerita dia naik pentas terima hadiah.
sengihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ja.
hihihi..



one for your memory.
Tahniah anak!
mom so proud of you!



atas pentas.
tak dapat pic penuh sebab budak2 dah duk berlari main atas tu. hehe



ada photobooth.
offerkan diri kat 1 family ni utk ambik gambar diorg.
then dia pulak ambik gambar kami anak beranak.
life is easy right?



mama bangga dgn awak kakak!
tak sangka hehe


nahhh
kalau  ikut kedudukan dlm kelas tu, hmm habis jari nak bilang. hahah
tapi tgk ke markah ikut subjek, Alhamdulillah.
mama bangga sangat dah ni.
cikgu kelasnya bgtau, thn ni sekolah bagi hadiah utk pencapaian keseluruhan murid.
bukan pelajar terbaik saja dapat, tapi yg markah over than target pun dapat.
adalah pengiraan nya tu, aku pun tak tau.
baguslah diorg buat mcm ni.
budak2 akan happy dan bersemangat kan?
kelas Amni katanya separuh dapat hadiah utk matapelajaran terbaik.

jgn terkejut tgk markah Mate tu.
cikgunya kata markah paling tinggi cuma 70++. ramai yg dpt E
pakat tak paham soalan sebab KBAT kut.
lagipun Amni mmg agak lemah mate.
pasni kena tingkatkan usaha.



semua dapat hadiah dan sijil mcm ni.
bagus sgt pada aku bila skolah buat mcm ni.
budak2 mmg happy.
Amni tu dia punya seronok, Allahu taktau nak cerita.
mood happy sungguh hari tu
otw balik tu buat video call ke apaknya, mcm peluru dia bercakap nak cerita semua hahah



hadiah yg dia dapat.
nilai tu tak seberapa, TAPI dah nama budak asal dapat hadiah, mmg diorg seronok kan?
ok sgt dah pada aku dapat hadiah camni. dapat stationary, lepas ni blh guna.
nilai tu tak penting sgt pada aku. tapi usaha pihak skolah tu yg patut kita banggakan.
welldone!

lepas tu aku pegi beratur nak ambik buku rekod dia.



beratur ikut kelas.
1 kelas 2 cikgu yg uruskan, so laju jugaklah unless ada parents yg tanya mcm2 kat cikgu hehe
aku takda apa nak tanya sgt.
dah ambik buku rekod, anak2 dpt kupon makan utk ambik lunch.
pastu balik terus.

ptg tu aku masuk opis, dia pegi tinggal dgn wan.
punya keciwi siap bawak hadiah nak tunjuk ke wan dia
layan jelah.

next day, Jumaat ada buat jamuan kelas pulak.
pagi tu ada penyampaian hadiah utk kelas KAFA pulak.



dapat hadiah lagi!
yay!
utk subjek jugak yg ni.
bersambung2 happy beliau hahah
then aku ambik kesempatan nak naikkan semangat dia.
supaya thn depan belajar rajin2 lagi dapat bnyk hadiah lagi.

pada aku hari kecemerlangan ni bagus utk naikkan semangat anak2.
tapi makpak and cikgu2 kena bimbing anak2.
supaya diorg ada persaingan sihat.
jgn hanya nakkan hadiah saja, tapi berlajar and bersaing secara sihat.
dan makpak pulak jgnlah downkan semangat anak2 yg tak dapat hadiah atau tak cemerlang.
aku sendiri tak pernah push dia belajar pun kat rumah.
biar je dia main dlu. pada aku dia kecik lagi. biar dia enjoy masa kecik dia ni dgn happy. main dan belajar biar seiring.
maybe darjah 4 nnt nak push sket. pada aku, nak pandai ke tak nnt dia datang sendiri.
biar dia pandai bawak diri dulu dan pandai bab agama dulu.
blh solat dan baca quran tanpa kita nak ajar ulang2.
dan doa yg baik2 utk anak2 kita.

Thursday, December 05, 2019

Frozen II

Assalamualaikum..

pembuka cuti skolah, bawak anak2 pegi layan Frozen.
aku ambik cuti hari Isnin 25hb tu.
apaknya kerja, so kita tinggal hahaha
aku bawak adik2 perempuan aku and mak aku skali.
plannya, aku anak beranak + adik yg bongsu pegi tgk wayang.
mak aku and adik lg sorang, Afizah pegi buat rawatan resdung.
ada 1 spa kat Alor Star ni mak aku suka kalau buat rawatan resdung kat situ.
dah lama dia tak pegi buat.
aku pun pernah buat 2-3 kali.
mak aku dah berkali2 dan serasi dgn dia.
so kita sekali harung peginya.

pagi tu dlm pkul 11 kami gerak dr rumah mak aku.
anak2 tak tau nak pegi mana, asyik la tanya nak p mana nak p mana.
dah sampai Alor Star, drop umi and Fizah dlu.
spa tu now dah pindah ke bangunan sebelah Aman Sentral.
senang hehe
then kami ke Aman Sentral
bila que nak masuk parking bawah, Aniq dah menjerit2 seronok dah.
baru dia cam tempat tu and siap tanya, kita nak tgk wayang ke mama?
hahah

terus naik ke GSC and beratur beli tiket.
movie pukul 12.45. masa tu dlm pukul 12 tghr.
tiba2 adik aku call bgtau spa tutup hahahah
adoihhh
tiket dah beli. so dia datang Aman Sentral lepak2 jelah ngan umi.
sementara tunggu movie start, aku pegi beli seluar Amni jap.
budak2 ikut adik2 aku pegi main kat ground floor.
ada taman Jumanji kat situ. best jugaklah sebab ada pokok2, buai, binatang semua.
dah cukup jam, naik atas.
umi ngan Fizah jln2 lepak2 dlu sementara nak menunggu movie tu.
ajak mak aku masuk skali mmg tak la dia nak ikut hahaha
merata depa pusing sudahnya masuk lepak surau ja.



tak penuh pun.
maybe sebab Isnin dan movie tghr.

kemain seronok Amni.
Aniq so-so je sebab dia tak paham sgt.
duduk pun tak diam dlm tu.
sabaq jelah.
sebab tu aku malas nak tunggu apaknya sebab tau dah nnt dia jeling2 bila Aniq duk tak diam.
kena pulak cerita ni malas la nak ajak apaknya.




pada aku Frozen 2 ni so-so je compare to Frozen 1.
yg 1st lagi best.
yg ni mcm boring sket.
ko kena tengok tak blh miss sebab bnyk flashback. cerita sebelum dan semasa.
pastu banyak menyanyi.
tapi lagu pun so-so, takda yg hit melekat pada aku.
tak sama mcm yg 1st, lagu let it go tu mcm melekat je kat semua lepas tgk kan?
kali ni mcm biasa ja.
tapi cerita ni cantik. animasi dia mmg cun.Elsa lawa la hai, baju dia smua lawa2 hahaha
utk anak2 yg baya2 Aniq aku rasa mcm tak berapa sesuai.
utk yg dah besar2 tu ok.
Aniq mmg tak layan sgt pun. Amni pun nmpk boring sket.
compare to yg 1st, smua budak2 layan. jln cerita best, lagu2 pun best2.
yg kali ni mujurlah ada si Olaf, so adalah penyeri. kalau tak aku rasa mcm mendatar saja cerita tu.
penghujung cerita tetaplah kisah kasih sayang 2 beradik.
ada happy, ada sedih, ada marah, mcm2 emosi ada.
not bad.
ni pandangan aku lah.
kalau korang rasa citer ni best meletop, silakan.
pandangan masing2.

Amni pun mcm relax kali ni. dlu tu dia punya kegedikan kat Frozen sampai tak terlayan.
hari2 nak tgk Frozen, nak nyanyi nak pakai baju Frozen. sabaq jelah.

Tuesday, November 26, 2019

Sagu Gula Melaka

Assalamualaikum..

lama tak buat sagu gula melaka.
anak2 suka.
mak pak pun sama.
kalau beli sorang sebekas, harga tu dah blh buat 10 bekas kat rumah.
hahaha.
so, moh le kiter..



kali ni kaler hijau pulak.
petang buat, pastu masuk esbok.
mlm makan, sejukkkkkkkkkkkkkkkkk.
sedap.

nak buat ni senang mak enon.
meh aku share cara aku.

Bahan2 :
Sagu
Gula melaka
Gula putih
Susu cair
Air

Cara2 :
rendam sagu dlm air dlu dlm setengah jam ke sejam.
pastu tapiskan.
then panaskan air dah mendidih, masukkan sagu.
kena kacau supaya sagu tak berketul di bawah.
air kena bnyk sebab nnt sagu nak kembang.
aku takda sukatan tepat utk air. agak2 je
kadang2 nmpk padat, sagu belum kembang elok, so tambah air.
ssagu dha kembang dah takda putih2 tu, blh masukkan pewarna.
then kacau.
pastu tutup api.
tapiskan sagu utk buang air kanji.
sejukkan kejap sagu tu.
sementara tu blh masak air gula.
didihkan air, masukkan gula melaka.
tambah sket gula putih.
nak  masukkan daun pandan pun blh.
make sure gula semua lebur yeh.
air jgn bnyk sgt kang cair tak best.
mula2 gula tu masak mcm cair sbb panas. dah sejuk nnt dia akan pekat  likat.

then masukkan gula dlm bekas yg korang suka.
pastu masukkan sagu.
last masukkan susu cair.
nak pakai santan pun blh.
masak dlu santan tu, tambah air sket and secubit garam.
aku prefer susu cair.
guna Ideal or carnation. sedap woh
kalau nak sihat sket blh guna susu segar.
pastu masukkan dlm peti ais, sejukkan
masak sejuk2 is heaven.

budak2 ni mmg suka. ulang2 makan.
so sekali buat mmg kena bnyk terus.
sagu murah je pun.
bajet tak bnyk pun nak buat benda alah ni.
cumanya leceh sket part masak sagu tu.
kadang terlebih masak or tak masak betul ehehe


Monday, November 25, 2019

My very 1st Photobook from Pixajoy

Assalamualaikum..

awal bulan hari tu aku ada buat photobook.
org dah berkurun buat, aku baru nak cuba hehe
duluuuu pernah jugak beli 1 kupon ni, tak ingat dari web mana sebab dah lama so lupa.
pastu lupa nak redeem, tau2 dah expired.
sadiss

baru2 ni ada nmpk iklan lintas kat FB.
so kita click pegi website.
tgk ada promo baik, so laju2 grab.
dan laju2 edit sebab keciwi hahaha

aku beli dari Pixajoy.
kalau harga biasa without promo agak mencekik la jugak.
klau ada promo, ha worth trying.
aku beli photobook 6x6 inci 36 pages harga kalau tak silap RM17.9
dialah kut, tapi around tu lah harganya tak sampai rm20.
silalah usha website tu, ,mcm2 ada.
nak print kalendar ke, mug, hardcover photobook, mcm2.
ada diskaun, sila grab. hehe

dah setel payment, then masuk ke websitenya.
create account.
then mulalah mengedit
senang mak enon ja nak guna.
tapi kena guna pc lah. klau hp tu tak taulah mcm mana.
pc mudah nak edit gambar.
upload gambar masuk ke website.
pastu pilih template, pilih backgorund, then drag gambar masuk
mudah.
amatur pun blh now worries.
then kena kreatif la nak edit tu.
cemana nak susun gambar, then nak pilih background yg sesuai, nak letak ikon ke apa.
kalau tak siap lagi, blh save dlu, then later sambung edit.
selagi tak buat order, ko boleh edit sampai lebam.
aku ambik masa 2 minggu jugak kut nak editnya.
sebab buat masa free je.
blh view utk tgk paparan photobook korang tu.
dah siap edit, buat order.
masukkan nombor voucher yg Pixajoy kasik lepas buat payment tu.
nnt semua tu dia emailkan.
mudah ja.
dah order nnt korang kena buat payment tambahan utk postage.
dah setel smua, nnt dapat email confirmation.
nnt diorg akan email bgtau tgh print. brapa hari takes time tu.
then dpt email lagi utk bgtau dah pos.
then tunggulah photobook korang sampai.



email pos dapat hari Khamis, Jumaat dah pun sampai.
lajuuuuuuuuuuuu.



dapat sekali benda alah ni, free.
joikin namanya.
nnt blh scan QR Code tu utk main kat hp korang.
aku buat tapi takpaham apa pun hahaha.



photobook come with box.
so nice.


the photobook.
yay!!


suka.
kualiti ok, service ok, nak edit pun senang.
lawa nauuuu.
pastu aku beli lagi photobook. hahaha
ada promo, kita grab.
yg  tu expired thn depan, so blh ambik baru dulu.
nnt blh masuk dlm photobook baru.

untung jugak kan buat mcm ni.
sebab now kita bnyk snap gambar kat phone then keras kejung situlah takdanya nak pegi print.
malas. hahah
aku beli skali utk photo print.
utk saiz 4R 50 keping harga klau tak silap RM9.90 ja.
ok lah..
so pasni kena selalu ambik gambar then print.
kenangan smua nih..

Friday, November 22, 2019

Sedikit musibah

Assalamualaikum..

kejadian hari Isnin minggu lepas.
dah lepas tempoh bertenang, baru blh share. hahah
kalau tak, asal sebut ja nak jatuh ayaq mata.

bangun pagi Isnin nan indah, siap2 nak g kerja.
pakai baju elok2, touch up segak2 sebab pagi tu nnt nak terima anugerah.
hehe.
tetiba pak incik jerit2 panggil keluar.
pagi2 dia yg buka gate depan and startkan enjin kreta.
pastu angkat beg anak2 bawak masuk kreta skali.
aku tgh pakai tudung, kalut la keluar dah duk jerit.

rupanya...













































speechless

serius weh. masa tgk ni mmg kelu
tak terucap apa2.
terkejut sebenarnya.
pagi2 oiii.
hari senin pulak tu.
Allahu...

mujurlah ada back up.
pinjam kreta pak mentua.
kreta wira tu dia jarang naik. so pinjam dulu
so oak incik pegi ambik kreta and setelkan semua sbb nak pegi hantar anak skolah kut lewat.
aku ni kat dlm rumah dah tak tentu arah nak buat apa.
air mata tunggu masa ja nak keluar hahah
dah masuk kreta, masa nak keluar dr kawasan rumah, pak incik panggil.
dan2 tu air mata merambu hahahah.
lawak pulak bila ingat.
dia pun tak jadi cakap apa dah tgk aku mcm tu.
sepanjang jln ke opis tu mcm2 hal mai dlm kepala ni
kena apa?.. kenapa kena ke kreta aku? kenapa kenapa kenapa..
huhu..
terpikir jugak apa aku buat then kena benda ni.
mungkin balasan dari Allah atas salah aku sebelum ni.
sehari 2 jugak benda mcm ni ada dlm kepala otak aku.



but then, aku sedar tak baik pertikai apa yg Allah bagi
what ever pun tak kisahlah benda elok atau tak, manis atau pahit.
bnykkan Istigfar supaya tak terus merungut dan mengeluh.
tak baik
Allah tak suka.
adalah sebab tu kena mcm ni kan?
tapi tetap kena bersyukur sekurang2nya jadi kat rumah bukan kat luar.
klau kat luar lagi payah kan?
dan ada kreta back up yg blh pakai. dapat jugak bergerak.
sikit saja yg kena ni, ada org lebih lagi ujiannya.
tak baik pertikai apa yg Allah bagi.
so then aku ok.
awal2 tu 2 hari jugak nangis bila teringat hahaha
depa kata aku over.
weii sedih wooo
kreta ni blm pun 2 tahun aku pakai. bangun pagi tgk2 dah berderai mcm ni.
berderai jugaklah hati aku.
kalau tgh drive then ada batu terpelanting kena cermin and then prakkkkk pecah tu lain.
sebab nampak kejadiannya.

seminggu la jugak dia tersadai kat rumah, bagi rehat dlu.
minggu tu aku pegi kerja dgn kreta wira.
blk rumah, belek je kreta nih.
diam je tengok dia.
yg pak incik pun sepatah apa tak tanya dah. tak kuasa nak cakap apa sebab kang aku nangis lagi hahaha
mlm selasa tu, call abah nak bagitau.
tak bagitau pun tak kena.
mula2 cakap ok, pastu bila dah mula nak bagitau, haa dan2 ayaq mata keluaq.
abah sabarkan je, then cakap nak buat cemana benda dah nak jadi.
takpa, mai ambik duit abah dulu p pebaik. hahahah
thats my abah..
sebab aku bgtau duk naik kreta pak mentua dlu, tgg hujung bulanlah baru nak repair.
dia suruh ambik duit dia dulu pegi repair.
pastu dia p bagitau umi, huduh la org tua keryau.
kata kat akuuuuuuuuuuu. hahahha



kaca bertaburan.
cara tu mcm kena batu.
 semua cakap mcm tu la.
sabtu petang laki aku mesin rumput. taktaulah kena ke tak masa tu.
ahad tu elok je lagi cerminnya. ptg ahad aku  yg ubah kreta sebab anak2 nak mandi kolam.
esok pagi dah berderai.
ahad mlm tu ada la pak incik keluar g gunting rambut. pun elok lagi.
entahlah..
kita redho dan hati lebih tenang..
walau hakikatnya tak hehe..

Jumaat tu aku cuti.
nak g hantar kreta ke bengkel.
Khamis balik keja pegi kedai sparepart beli cermin.
tanya kawan2 sana sini cemana nak buat.
pagi Jumaat g hantar, petang dah siap.
pantas diorg buat keja.



kat kedai dah ni.
haishhh sedih..
lepas seminggu siap baru pegi tinted.
pelik pulak rasanya bila cermin belakang cerah semacam.

total damage utk repair ni :
cermin belakang : RM170
upah pasang : RM200
tinted : RM50 (ambik yg biasa)

Allah bagi ujian bersebab.
dan kita kena terima dgn hati redho
jgn pertikai.
Insyallah ada hikmah.
dan sekarang kita kumpul duit bayaq hutang tok abah hahaha..

Friday, November 08, 2019

Sambutan Maal Hijrah 2019

Assalamualaikum..

cerita hari Isnin lepas.
ada sambutan Maal Hijrah anjuran Pusat Islam kat opis aku ni.
antara slot dlm program hari tu is ceramah dari PU Hafiz.
so, jomlah kita join.
selalu kalau ada majlis ilmu mmg aku akan join kalau free.
blh kata tiap2 bulan akan ada majlis ilmu.
kadang kuliah dhuha, kadang ceramah @ forum.
kalau kuliah dhuha tu dirog jemput penceramah @ motivator dari Perlis saja.
kalau forum atau ceramah berskala besar, penceramah luar.
utk thn ni yg aku dah join antaranya ada penceramah Dr Robiah, Dr Danial and ramai lagi.
ceramah free, takda kerja yg menuntut yg perlu disiapkan segera so usahakan pergi.
banyak manfaat dan pahala bila kita pergi ke majlis ilmu.
tapi kalau ada kerja yg perlu diselesaikan, ada yg lebih utama so tak dapatlah nak join sebab program ni selalunya hari bekerja.
kena seimbangkan. kena ingat, kita kerja cari rezeki dan tertakluk kepada arahan.
dapat keizinan utk pergi, baru blh pergi jangan main tuang je keja tu semata2 nak pegi dengar ceramah agama.
dah lain jadinya nnt.. dari dapat pahala dah jadi buat salah pulak.




so, back to the topic.
slot PU Hafiz kejap ja. dlm sejam 30minit.
walau masa singkat, tapi penyampaiannya sangat padat dan menarik!
tak sempat ko nak  menguap pun.
lawak jenaka dan isi yg nak disampaikan seimbang.
terkesan pada hati. dapat ilmu baru. ada yg tak tahu, ada yg lupa maka kita refresh semula.



Pencutes Ummah @ PU Hafiz.
tajuk ceramah BMF satu hijrah?
tapi dia kupas sikit je bab tu.
isi lain lagi banyak but best. takda melawak kosong.
bergegar 1 dewan gelak bila dia buat lawak, tapi tetaplah ada isinya.
penceramah kalau plain saja penyampaiannya, org mudah jemu.
bukanlah suruh jadi pelawak, pelbagaikan cara penyampaian agar tak boring.
tau jelah org kita kalau bab agama ni, kadang2 kurang mendapat sambutan.



antara perkongsian beliau.
bab sedekah. the powerful of sadaqah.
dan dia jugak share powerful zikir.
ada jugak disentuh bab syiah, LGBT, rezeki dan mcm2 lagi.
pendek kata best!

lepas slot ni, ada penyampaian anugerah Maal Hijrah yg disampaikan oleh our VC.
ada beberapa anugerah hari tu :

  1. Anugerah Al-Falah iaitu utk agensi jabatan terbaik. yg ni 2 jabatan dapat
  2. Anugerah Khas Pencetus Ummah. yg ni being to one of our lecturer yg now dah jadi motivator. selalu dijemput bagi talk kat sekolah dan jabatan2 luar dan dlm Perlis.
  3. Anugerah Personaliti Maal Hijrah : 4 penerima dan semuanya di kalangan pensyarah.
  4. Anugerah Tokoh Siswa. 6 perima di kalangan pelajar.
  5. Anugerah Sahabat Pusat Islam . 2 penerima di kalangan staf.
  6. Anugerah Tokoh Maal Hijrah. to our 1st VC.


dan...


i got one.
Anugerah Sahabat Pusat Islam.
bila tanya pihak yg memberi, why me?
katanya atas sokongan yg aku berikan pada Pusat Islam.
aku dilantik jadi AJK Surau disini since last year.
so, apabila ada apa2 secara tak langsung kita bantu mana yg perlu.
yg  bekerja di situ pun kawan2 semua. rakan2 sekerja.
bila diperlukan, kita bantu. dah jadi AJK tu, kena pandai bawak diri.
dilantik bukan bererti beban kerja bertambah, tapi kita blh luaskan kuasa. ehh salah2.
luaskan ilmu, luaskan pemandangan, luaskan skop kita.
takdalah kita cuma buat kerja hakiki.
ya memang akan ada tambahan kerja sebab AJK luar dr opis kita kan? tapi pandang dari sudut positif.
kenapa kita yg dipilih dlm ramai2 org, kenapa kita yg dilantik.
tak salah pun. ikhlaskan hati, so kerja akan jadi mudah.
aku pun bantu mana yg sempat selagi tidak bercanggah dengan kerja hakiki.

tu gambar candid dari kawan di hadapan pentas.
ada official photog kat depan tu.
dah kemain aku pose dgn VC tu. soon nak minta gambar ke dia hehe



bersama semua penerima anugerah.
penyampai anugerah is our VC. ada sekali tu barisan utama universiti.



kawan tlg snapkan.
tgh pose VC lintas hahaha. dah gelabah masing2. dia gelak je.

TQ Allah..
penghargaan yg besar utk aku walau pada org lain takda apa pun.
tak kisahlah.
tapi bukanlah anugerah yg diharapkan dlm kerja ni. tak..
cumanya rasa terkejut bila terpilih.
aku bantu mana yg blh mana yg mampu.
kerja ikhlas tak mengharapkan balasan pun.
dan bukan semua kerja yg kita buat kena bagitau org, this is do, this is my work and so on.
bila perlu, kita bantu. dan bantu sehabis daya, berikan yg terbaik. kalau tak mampu, bagitau.
tu cara aku. takkan aku buat kerja sambil lewa.
tu semua mencerminkan keperibadian kita.
dan anggap ini semua ladang pahala aku dlm mencari rezeki halal.



dapat hadiah plag dan sijil.
Alhamdulillah..
moga dengan penghargaan ini dapat buatkan kerja aku lebih baik dimasa hadapan.
bukan sekadar utk jabatan aku berkhidmat, malah utk seluruh organisasi aku yg besar ni.
pegang pada niat, kerja adalah ibadah kerana Allah..


Thursday, November 07, 2019

Tuaian pertama : Bayam Brazil

Assalamualaikum..

sebulan lepas ada mak aku kasik beberapa batang bayam brazil.
kat rumah mak aku bnyk pokok.
dia patah2kan dari pokok tu, kasik aku suruh balik cucuk kat rumah.
bayam brazil ni senang nak hidup.
patahkan dari pokok, then cucuk je @ org panggil keratan batang.
pastu siram. pastu tunggulah tengok subur kemain naiknya.
jarang siram pun sokay je.
pokok yg senang jaga haa aku ok.
hahaha

lepas sebulan kut, aku tengok dah merimbun.
dah tua pun daunnya hahaha
lupa weh.
kebetulan hari tu nak masak, takda sayur apa dalam esbox.
so jomlah petik bayam di laman.
gittew
syok wei, nak masak pegi petik je
so, azamnya lepas ni nak tanam tanaman lain lagi.
sayur lah.. pokok bunga je pun yg bnyk kat depan rumah tu.
pasni kita tanam sayur pulak eh.
moga tu menjadi lah azam aku nih hahaha



gambar pokok lupa pulak nak ambik.
aku cucuk kat pasu je pun.
subur je naiknya
kat rumah mak aku, naik kat tanah je. bnyk pokok pulak tu.
tak larat makan dah.



hari tu aku goreng bodoh je.
takda apa nak diregukan.
esbox kosong, ada ayam ngan telur semata.
sayur yg ada kentang ja pun.
eh, kentang kategori sayur ke? hahah
ada tauhu 2 ketul. beli nak buat bihun goeng tapi tak jadik lagi.
so aku hiris nipis2, goreng dulu.
tumis bawang merah + bawang putih, masuk cukup rasa Maggi, pastu masuk air sket then campak lah bayam brazil ni
aku ambik daun saja, batangnya tak.
dah nmpk sayur masak, taburlah tauhu tu.
kalau ada cili besar ha hirislah nipis campak masuk skali.
lawa sket kejadiannya nnt.
tapi aku tak letak pun.
dah siap.
simple je.

bayam brazil ni mcm2 blh masak.
buat masak lemak pun blh.
selalunya org goreng lah.
buat ulam pun blh tau..
ada org jual pokok ni, blh la try beli and semai sendiri kat rumah.
jimat belanja hehe.

Selain sedap dimakan, sayuran bayam ini amat kaya dengan khasiatnya iaitu,
  1. Melawan kanser
  2. Mengekalkan kesihatan mata
  3. Sumber vitamin K
  4. Menguatkan tulang
  5. Membantu menurunkan berat badan
  6. Meningkatkan sistem imuniti badan
  7. Membantu sistem penghadaman
  8. Mengelakkan daripada sembelit
  9. Membantu melancarkan darah
  10. Mencegah anemia
  11. Mengatasi masalah gusi
  12. Mutrisi yang baik untuk pembesaran
  13. Mengekalkan stamina
  14. Mengekalkan kesihatan mulut
  15. Mengikat kalsium
  16. Mencegah penuaan pramatang
  17. Mengekalkan kesihatan ibu mengandung

Monday, November 04, 2019

Groceries Shopping

Assalamualaikum...


entry mak2 yeh..
saja nak share

sebulan sekali @ 2 mesti ada groceries shopping yg berskala besar kan?
bila gaji masuk tu, haa mula la mak ni list apa kebenda nak kena beli ye dok?
tak tulis pun ok, semua ada dlm otak dah.
-- tapi kalau tak tulis, selalu terlebih beli hahaha..
tu kelebihan org perempuan hehe
sambil lalu kat rak tu, dia scan tengok barang2 tu semua.
dan nnt dia ingat sendiri, ohh yg ni dah habis, yg ni ada sket lagi, ada sale so beli siap2. hehe

aku pun selalu mcm tu.
sebulan sekali adalah groceries shopping yg meriah.
eh 2 kali.
1 masa aku gaji.
lagi 1 masa pak incik gaji hekhekhek..
aku keja gomen, so dlm 25hb tu dah gaji, kadang2 awal lagi.
pak incik private sector, end of month baru gaji.
masa aku gaji, nnt aku akan gi beli barang2 dapor mana yg habis tu.
mcm gula, bawang, sabun, roti and so on.
gaji pak incik, ada allocation utk susu anak, beras.
so, pegi lagi sekali.
kadang masa 1st trip ada sale susu, aku beli siap2.
nnt tak payah dah.
selalu susu tu ada 1 kedai je yg aku selalu beli sebab murah dari kedai lain.
kat shopping complex jarang ada sale susu..
kalau ada sale, tak gaji lagi. hampehhh

gambar atas tu masa shopping kat Giant.
nak pegi tgk sabun je asalnya.
selalu masa gaji ada sale sabun.
ambik raga ja lah konon2nya sebab nak beli sabun ja kan?
tak ambik troli.
sudahnya melimpah ruah dari raga hahahah..
lalu lorong sini, sauk..
lalu lorong sana, sauk lagi.
dah sampai hujung, nahaiiii melimpah
biasa tuuu..
tu sabun ada 2 jenis.
1 utk rumah aku, 1 utk rumah mak aku.
dah alang2 jumpa, murah, sauk skali utk mak aku.
selalu pun mcm tu. kalau aku beli barang dapor, jumpa apa2 yg sale yg mak aku guna, mmg aku belikan skali utk dia.
sabun baju, sabun basuh pinggan, minyak, belikan sekali.
nnt ujung2 mak aku akan pesan suruh beli jugak. dah jumpa, sekali jalan.
tu alang2 pegi beli skali piza Giant.
RM5.50 ja sekotak. anak2 suka sebab tak pedas.
tak kedekut cheese, so ok la ramai suka.

aku punya perangai, tak shopping semua benda kat 1 tempat.
sebab..
ada barang kat sini murah, ada barang kat sana murah.
kalau beza takat sekupang 2, slalu kira halal ja.
tapi ada yg beza sampai singgit, like susu anak, beras, sabun.
so, memula beli benda2 ni kat kedai sini.
next beli benda2 lain kat kedai sinun pulak.
gigih haha
sebab supermarket tu tak jauh pun kalau nak pegi.
besar mana sangatlah Kangar nih.
kat Perlis ni kalau pandai cari ada tempat yg murah.
ada banyak kedai borong, pilih je.
beza harga dari supermarket besar.
kat sini yg paling besar pun Giant lah.
actually senang kalau nak beli semua benda kat situ sebab semua ada.
tapi kena tengok, sebab ada barang murah mmg sesuai nak beli.
ada barang yg eh mahal, ada kedai runcit lain lagi murah.
pegi situ, boleh sekali harung dengan bahan basah and sayur2..
selalu sayur2 ni kat supermarket besar mcm ni lagi murah.
but pilihan di tangan masing2.
ada yg malas nak tuju 2-3 kedai, baiklah sekali harung ja.
kalau tak urgent, aku ok ja. kalau urgent, so setel setempatlah.
ada yg tak kisah bab harga asal semua setel dapat semua apa yg nak.
ada yg kisah bab harga yakni aku hahaha
golongan marhaen, gitulah.
contoh mcm susu anak
aku tak pernah beli susu anak kat G***t. kadang dia letak poster sale
harga sale RM23.90. tu harga sale tau (contoh ye).
kat another kedai yg selalu aku beli, harga biasa susu tu is RM22.90
beza singgit okeh..
memanglah singgit tu sikit, tapi aku bukan beli sebungkus ja susu.
so, kena pandai edjas lah.
ni memang keja mak2 lah..
kalau para apak2 aku tak rasa rajin nak belek satu2 harga and nak tuju 2-3 kedai.
laki aku mmg tak lah.  dia semua benda beli kedai runcit depan rumah ja.
sebab dah biasa pegi kedai tu sejak dia kecik. makpak mentua aku pun sama.
memang tiap2 bulan beli semua benda situ ja.
ko cakap lah jom g sana sini beli sabun ke minyak ke apa, dia pegi kedai tu jugak.
sokay, tu pilihan dia.
kurangnya dia menyokong kedai tu, bagi sale kat diorg kan?
kalau dah semua org ke pasaraya besar dah sapa pulak nak pegi kedai runcit.
again, pilihan masing2..
aku pun kadang beli jugak kedai runcit depan rumah tu.
balik keja singgah situ je malas nak pusing tempat lain setakat nak beli roti, telur and kicap.
kalau nak shopping berskala besar, baru tuju ke tempat sasaran tu.

tak kisah shopping memana pun, tu pilihan masing2.
rancang kewangan kita secara berhemah.
jangan membazir, tu ja..



Friday, October 25, 2019

Bye2 baby.. gonna miss u..

Assalamualaikum..

Fresh entry nih. Mama duk dlm bas, baru 25km dari rumah, baru 2 jam keluar dah teringat anak2 hahaha..
Kena attend course, under opis jugak tapi kali ni kat luar, kat Sungai Petani.
Dekat ja, dari Perlis dlm sejam lebih dah blh sampai. Tapi ni pegi naik bas, lebih la sket masanya.
Anak2 ok ja pagi tadi masa hantar. Maybe sebab ada apaknya so takda drama airmata.
Masa thn 2017, aku pegi sukan, diorg hantar jugak kat tempat berkumpul. Mak nak naik bas tu, Amni yg sakan menangis. Peluk mama takmo lepas.
Dah dgn aku sayu hati sama naik. Aniq masa tu rilex ja. Maybe sebab dia kecik lagi and tgh syok tengok bas bnyk hahaha..
Kali ni 3hari 2mlm. Tgk ke gaya anak2 sronok nak duk ngan apak. Moga apak korang blh harap hahaha..
Bukan lah tak harap ke apa, apak ni dia ambik mudah je smua benda. Pakai baju kawen pun lantak asalkan pakai baju kekdahnya. Klau mak ni ada rules and regulation baju mana nak pakai duk rumah, baju nak pakai jalan, baju ni nak gu dgn sluar mana. 
Apak? Asalkan pakai bajuuu haha
Moga mak ni pun tabah hati tak rindu terok kat anak2 hehe. Lama dah tak kluar tinggal depa.
Dan moga mak dpt manfaat dan input baru dlm kerja.
Dannn ni pun me time utk mak ehehe...

Thursday, October 24, 2019

Nak mudahkan kita jangan sampai menyusahkan orang

Assalamualaikum..

kisah weekend lepas, kat market @ pasar borong
hari ahad.
lepas hantar Amni g ngaji, aku ngan apaknya ke pasar nak beli barang basah.
wan @ apak mentua pun ikut skali.
dah sampai sana, kami 2 org turun beli barang wan tunggu dlm kreta ja.
selalu pun mcm tu. tak sesuai dia nak masuk skali sebab lantai licin kat situ.
dia pun tak kuat sangat nak jln.
kadang2 dia saja ikut nak jalan2..

dah setel beli, aku pegi tunggu kat kreta. pak incik tak habis lagi membeli.
dia beli utk wan, aku beli utk rumah kami.
tgh masuk barang aku perasan ada kreta park sebelah kreta kami.
but tak ambik port sangat.
pastu bila kreta sebelah sana nak keluar tak blh barulah aku pegi tengok.





kereta tersebut..
si myvi merah.

suka2 hati dia ja park cenggitu dan blah.
haiyooooooooo

aku pegi tengok masa Almera putih tu nak reverse keluar.
mujurlah dapat jugak dia keluar.
tu pun jenuh jugak la.
pastu pak incik dah mai, dia cuba nak reverse keluar.
masa aku snap picture ni, pak incik tgk bersusah payah reverse kreta nak keluar
tu yg kreta senget. asalnya masuk petak elok.




next, myvi kelabu sebelah tu pulak.
jenuh pulas stering jugak la dia pun nak blh keluar pun.
mulanya dia meh jenguk kreta merah tu nak tgk tarik handbrake ke tak.
skali kreta auto, duk kat P makanya kirim salam jelah hahah

kreta lain smua dah lepas, kami ja.
tak lepas sebab belakang kreta kami tu ada divider.
tak lepas nak kona.
laki aku habis pulas stering dah, tak lepas jugak.
habis skill dah dia pun



yg lawaknya, ada sorang pakcik ni nampak.
dia baru sampai, park nearby. wife dia masuk market.
dia meh tolong bagi guide pulas sana pulas sini ha konaaaaaaaaaaa.
tapi tak lepaih pakcik oihh
aku kat luar kreta duk perati jelah kang pakincik langgaq divider calaq kreta cheq hahaha
pakcik tu mmg usaha la bagitau gitu gini nak tolong kami.
pastu ada sorang uncle cina ni meh join.
punn tak lepas.
pastu ada pakcik dari market tu meh join jugak.
dah jadi 3 org.
dia suruh ja reverse naik sket atas divider tu sebab sikit sangat ja yg tak lepas tu
aku pulak tgh panas hati kan, then aku jawab la "takkan saya nak rosakkan kreta saya hanya kerana kreta bodoh kat depan tu". (but bukan dalam nada marah or jerit ke apa)
laki aku tgk muka aku dah lain dia duk suruh masuk dlm kreta sebab dia tau bini dia panas baran hahahah.
haishh stress wei.
setengah jam kut tunggu situ. buang masa.
pastu ada 2-3 org yg meniaga dlm market tu keluar duk tengok.
dah meriah situ hahaha
lawak pun ya jugak.
ada sorang abang tu meh bgtau tunggu kejap dah panggil owner  kreta.
maybe dia kenal.
so, aku pun tunggu nak tengok siapakah gerangannya.
jengjengjeng..
dlm hati ni dah karang ayat apa nak maki dah ahahahaha
skali yg datang pakcik cina tua.
so, kena cool down.
tak baik maki org tua walau dia buat salah khennnnnnnnnnnnnnnnn..
dia blh selamba jln lenggang kangkung mcm tak salah apa2 siap lambai2 tangan.
adoihhh.
pastu aku cakap la kat dia, " uncle jangan buat ini mcm, saya tunggu lama kat sini".
dia selamba jawab kat aku "takda parking".
pundek!!
pakcik yg tolong kami tu siap sound dia " aku pun tua jugak tapi tak buat perangai mcm hang menyusahkan org". hahahahahah

aku sabaq ja ingat org tua.
tapi walau ko tua tolonglah.. adab kat mana.
market tu baru ja turap tar baru and buat petak baru utk parking so mmg jelas kelihatan line tu.
dan parking bnyk kutttttttttt..
luas kawasan tu. tak pernah aih aku p sana takda parking bezanya jauh dekat ja.
nak dabel park tu blh tapi kena tgk jugak kiri kanan.
jgnlah sampai halang laluan org.
pendek kata, kalau blh jgn dabel park suka2 kalau takda yg tunggu dalam kreta.
aku tak pernah buat mcm ni kat org. sbb rasa tak patut kut and ko nak ke org maki ko kan?
parking elok2 awatnya.. bukan susah pun.
benda ni bukan kena ajar tapi pikirlah sendiri
bab parking and block kreta org nii mengundang amarah.
aku tak pernah buat tapi selalu kena. haishhhh..
kadang kita nak cepat dah kena block. kalau kejap takpe, ada org tunggu dlm kreta tu blh diterima.
ni tinggal kreta buta2 ja.
dulu pernah kena kat area opis lama. situ ada bank.
so datang buat urusan dlm bank. kita kat luar ni tekan hon mcm nak mampus tak keluar2.
sakit hati wohh. kes tu lah dulu ada yg sampai reverse langgar ja kreta yg block.
rosak kira lain janji puas hati hahaha..

harap tu janganlah ada yg buat mcm ni lagi.
jgn pikir nak senangkan diri sendiri nak mudah nak cepat tapi menyusahkan org.
bila org marah org maki eh tau pulak nak balas balik padahal sendiri buat salah.
reminder to ourself too..


Wednesday, October 23, 2019

Tuesday, October 22, 2019

Bekal

Assalamualaikum..

aku mmg selalu bawak bekal ke opis.
kalau hari masak dinner, esoknya akan bawak bekal.
kadang mmg maask lebih utk bekal esoknya
kadang lauk tak habis makan mlm tu sebab aku jarang ambik dinner yg berat.
so portion aku tu aku bawak bekal esok harinya
jimat hihi..

kadang2 malas nak keluar lunch tgh tu..
panas. hihi..
kalau bawak bekal, makan je kat opis. pas makan blh rest
senang keja.
tak yah pikir dah nak makan apa.
kadang pikir nak makan apa pun blh stress hahaha



beg bekal aku.
lama dah beli ni, mmg guna betullah.
berbaloi beli mahal pun.
beg tu come with set bekas tu sekali.
kalau lauk meriah aku guna la bekas pink + hijau ni sebab dlmnya ada partition.
kalau 1 lauk selalu aku guna bekas lain.



menu hari tersebut.
eh, menu dinner mlm sebelumnya dan jadi bekal aku esok ahri.
ada sayur bayam tumis air + udang.
pastu ada ikan mata besar masak kicap.
masak kicap tu lain sket aku guna rempah masak kicap mak siti.
dia mcm ada rasa rempah kari sket. sedap jugak.
aku sorang je makan sebab pak incik takmo..
so ada balance sekor lagi ikan makanya kita bawak bekal.
tambah sambal belacan skali penyedap rasa.



ok, now hari2 ada buah.
gigih sangat aku kali ni hahaha
dulu malas ya ampun nak beli buah nak kupas buah bagai.
now beli buah stock seminggu terus.
hari ahad mlm tu aku kupas taruk dlm bekas siap2 utk hari2 punya bekal.
pagi2 ambik je.
kadang kalau takda bekal nasi, bawak buah ja sebekas.
kalau hari yg lunch kat luar masa hari kerja tu, beli la buah sebekas.
tapi rasa beratnya nak bayar sebab sebekas dah rm2-3
padahal kalau beli sebijik terus betik ni dlm 3-4 ringgit je blh makan 2-3 hari.
maka silalah rajinkan diri yeh...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...