Showing posts with label kak yah masak. Show all posts
Showing posts with label kak yah masak. Show all posts

Tuesday, April 27, 2021

Ramadan kali ini : 2021

 Assalamualaikum..

hari ni dah 15 Ramadan. dan separuh dah perjalanan kita. lagi 15 hari, akan bertemu Syawal. kejap je masa berlalu kan? 

so mcm mana dgn puasa korang? persiapan raya dah ready ke belum? aku ni bab raya, entah la. mcm takda mood nak raya pun kan. takda menda pun. duluuuu tu, kuih raya dah mcm2 jenis order dgn kawan2. thn ni, nan hadoooo hahaha. baju raya pun sendu. ada la beli bulan lepas, sebab kerap sgt melintas kat wall FB tu. beli sedondon dgn Amni sorang sepasang. tu je pun. pastu utk Amni ada aku beli blouse + seluar nak pakai kenduri. tapi sampainya lewat. so aku simpan pakai raya jelah. utk Aniq, takda baju melayu lagi. sama apaknya. tema masih belum muncul hahah. hari tu dapat ke Alor Star, ada urusan. masuk mall, ada la belikan Aniq seluar 1 + tshirt 2-3 helai. ha tu jelah. nak shopping sakan pun, ntah dapat raya ke tak kan hahaha. hari tu ada Aniq tanya, bila kita nak raya mcm selalu tu. duluuu, kalau raya, dari day 1 sampai day 3 Syawal, mana nak lekat kat rumah kami ni. tutup pintu ha pegi beraya. thn lepas, tutup pintu, tidoq! hehe

ok, back to cerita puasa. pak incik jarang bangun sahur. dia tidor lewat so dia mkn siap2. kadang2 dia bangun,kadang tak. malas lah aku nak bacakan hadis bab sahur blablabla ni. dah tua, pandailah pikir sendiri hahah. life is easy, takyah serabutkan pikir benda simple tu. Amni tak da masalah, thn lepas dah puasa penuh. thn ni pun dia azam mcm tu. so far ok je dia. nmpk susut sket dah, sbb tak lalu mkn sgt. sahur tu kadang tak mkn nasi pun. tak lalu dia kata. ikutlah, malas aku nak paksa. kdg dia mkn cereal ja & susu. aku mmg tak mkn berat masa sahur. kang lebih kenyang, mengantuk pagi2 tu.  utk puasa kali ni, teruk aku kena serangan angin. entah la silap kat mana. lepas sahur, muntah. kerap jugak jadi. pegi doc, dia cakap angin blablabla sbb aku ada minum kopi, and tak bagus la sebab perut kosong. padahal aku dah mkn ubat angin masa sahur tu. masih lagi muntah. dia tukar ubat biji ke ubat air. tambah skali ubat gastrik haha. tapi, masih sama walau dah berenti kopi. ada la sekali 2 je kut aku mkn nasi. tapi nnt aku sengkak perut pulak + mengantuk. aku mkn yg lain, roti ke, susu and kurma camtu. tak kena gaya muntahhh. adoihhh. latest, semlm aku mkn kurma sebiji, air kosong and ubat2 tu lah. punnn muntah. maybe aku tak leh mkn sahur hahaha. masa Rejab & Syabaan lepas aku duk puasa Isnin Khamis, aku tak sahur pun. just bgn minum air, haaa ok takda muntah2 pun. makanya maybe aku takleh mkn sahur la kut. minum je. perut prg lain maybe ok melantak mcm2 masa sahur. aku ni, angin bnyk huhu. muntah ni perit wei. pagi2 tu pedih la perut. dah tghr sket, ha ok.

utk Aniq ni tahun pertama aku ajar dia puasa. sehingga hari ni baru 2 hari dapat full day. kagum jugaklah sbb dia berjaya bertahan walaupun maknya yg azab mengadap peel dia hahah. hari sekolah pulak tu. cikgu tusyen dia cakap, kalau diorg bizi ha ok, lupa la bab lapar tu. betul jugak kan? mula2 tu mmg aku kasik bekal ke dia, tapi tak mkn. malu sbb kwn2 ramai yg puasa. dasyat eh, darjah 1 dah puasa. tengok ke Aniq ni, mmg aku tak yakin pun, so tak paksa dari awal. tapi bila dia sendiri bagitau dia tak mkn apa2 kat sekolah (ada bekal roti, biskut & air), aku ikut jelah. dah balik sekolah, kat rumah sementara nak tunggu berbuka, dari pukul 5 nak ke pukul 7 tu jenuh la nak sabarkan dia hahaha. masa weekend, mmg payah aaa. Sabtu lepas dapatla sampai pukul 4. aku dah malas layan rengekan dia, ha silalah buka. menyampah mak dengar duk merengek lapar lapar laparrrr. 

berbuka, ada hari masak, ada hari beli. mcm bnyk beli setakat la haha. tapi, beli yg betul2 nak makan bukan sekadar teringin. takmo membazir walau kadang2 jadik jugak. huhu. sayang wei buang makanan kan? mcm tahun2 sebelum jugak, nak beli makanan @ lauk, beli kat tempat yg biasa beli. sesaja nak beli lauk kat bazar ramadan, ha jangan. kang blk mmg tersadai sepi la. kuih pun sama. beli yg mmg nak mkn je, bukan teringin semata2. ada la jugak, kadang2 terbeli sbb kesian ke penjual, sudahnya tak mkn. tak pun anak2 minta masa lapar gedik2 tu. blk rumah, mkn masa berbuka, hmmm.. frust jugak la. jual makanan utk berbuka kan, biarlah senonoh sket rasanya. taulah puasa pun, tak leh rasa. jgn la sedih sgt masakan tu. kadang ada spesis, bulan ramadan baru mula berniaga sbb tau mmg laku. sudahnya rasa ntah apa2. kalau yg mg meniaga makanan dari awal, puasa ke tak ke rasa tu tak lari dah sbb hari2 masak.

nak share menu berbuka kami yg ala kadar. mmg tak fancy lauk2 kami. entahlah, bulan puasa sama kut aku selalu jadi buntu bab makan haha. pak incik bila bulan puasa ni, pun tak berapa mkn. hadap air je.

 

ni menu day 1. blk rumah tgk ada bekas plastik tersangkut kat pintu. mak sedara pak incik sebelah rumah kasik. gulai ayam + rebung. dah terpaksa mkn nasi hahaha. 1st day puasa bwk Amni Aniq pegi param. sajalah sbb Amni puasa kan. diorg nak beli chicken chop sorang 1. utk apaknya beli nasi kerabu. aku beli ayam bakar. blk lawankan dgn lauk ni lah. pastu, seminggu pulak baru pegi param tu walau cuma depan rumah. sebab ramai nau manusia. lepas geram kut tahun lepas takda param.


yg ni masak. ayam goreng ala mamak + sayur lobak tumis pecah telur. ayam tu perap guna tepung yg pak incik beli. memula blendkan bawang putih + halia + telur. pastu gaul dgn tepung and perap ayam tu. sedap weii. rangup. bau dia mengancam ohh. tu ada beli kuih kuachi ibunda. sedappp! sebiji tu ha besar penumbuk Aniq. kenyang mkn.


tak masak. roti john opismate kasik. balik rumah beli ayam golek tempat biasa yg dah bertahun2 beli, then beli kuih lopes utk mak + takoyaki Amni nak. tapi dia mkn tak habes sebab tak sedap katanya. lepas tu aku tak beli dah. dia suka takoyaki, dan aku beli kat tempat yg selalu beli ja. yg tu beli kat param, dia la nak. learn form mistake ye.


kurma apak mentua kasik. cucur jagung mak sedara pak incik kasik. buah tembikai stok sedia ada. buah melaka + seri muka beli. mujurlah ada rasa. kuih tu aku kadang2 buntu nak beli, tapi beli tu kadang sebab kesian ke peniaga. sedap, Alhamdulillah rezeki. tak sedap, hmmm tak repeat dah.


masak. sebab teringin sardin. kalau sardin aku suka goreng dan lebih sedap. lawan dgn telor dadar and ikan bilis garing. Amni punyalah suka. masa berbuka dia mkn dah, pukul 10 bagitau nak makan nasi lagi hahaha.. sahur pun nasi ngan sardin lagi. suka benar. dan aku pun buat tak pedas la demi anak hehe. kuih pun masak. eh tak, goreng satar frozen made in Kelantan. sedappp.


semua beli haha. eh tak, tu ada aku masak ayam masak lemak utk anak2. pak incik la ni, dia kalau terlepas mmg jenis suka memborong ikut nafsu. sudahnya tak habeh. lauk tu beli kat kedai mak sedara aku. aku mkn daging blackpepper tu ja. ada pajeri, feveret jugak tu. tapi bila puasa, tak minat nak makan. 


kuih muih. now aku cuba kurangkan berbuka dgn bnyk sgt kuih. kalori oi hahaha. susah tau sbb aku dari dulu sejenis yg berbuka dgn kuih. wajib ada. mula2 mkn kuih, pastu nasik. pastu kuih lagi. pastu gemok haha. tu donut utk anak2. kegemaran depa. popia basah & buah melaka tu sedap. dan mmg itu ja yg aku beli selang sehari heheh. tak jemu lagi takat la. sagu tu ada pakcik duk sebelah gerai donut tu jual. kesian, so aku beli 3. mujur habis.


konsep hari ni, sorang 1 lauk hahah. malas masak. so terjah restoren kegemaran. tp dah petang pegi pun, lauk bnyk dah habis. belikan ikan keli kegemaran anak dara, beli sup ayam utk anak bujang. utk mak pak beli daging bakar danok sorang sebekas. kenyang mkn sebekas tu. bnyk jugak la. manisan ada buah harum manissss yg manis. semua habis, Alhamdulillah. tak masa takpa, beli pun ok. tapi jgn membazir kan?


paling latest masak ni. Sabtu lepas. Amni sebut nak udang, dah lama tak mkn. bulan lepas ada pegi tindik telinga dia, so tak bagi la makan yg gatal2 ni. baru ni dia sebut nak udang, so mak turutkan. udang masak lemak + ikan kembung goreng + telur masin + sambal belacan. kalau lunch ni confirm menambah, tapi berbuka, tak leh mkn bnyk. maybe kenyang air hehe.


see, tak fancy kan menu kami. simple saja. matlamatnya ialah kenyang dan tak membazir. bulan puasa aku tak berani masak mcm2 sbb takleh rasa hahaha. kalau aku cuti, ha aku buatlah menu like sup ke apa, sbb blh rasa. gambar pun takda la hari2 ambiknya. mana yg sempat je. kadang siap masak, eh azan. kelam kabut jugak petang. kalau hari beli lauk tu, relax la sket. bulan puasa ni anak2 balik sekolah pukul 4. mak pun sama, dapat balik awal 30 minit dgn waktu bekerja fleksi. Alhamdulillah, Allah permudah. awal2 hari tu runsing jugak bab nak ambik anak sekolah tu. 

hari ni berbuka menu apa pulak kitaaa...




Wednesday, April 08, 2020

Masak memasak sepanjang PKP - minggu ke dua

Assalamualaikum..

cerita masak memasak lagi..
utk minggu ke 2 PKP fasa 1.
tgk lah kalau rajin kita sambung fasa 2 nnt hahah.
hari2 masak tu, lepas hidang, ambik gambar.
kadang share kat IG & FB, kadang tak. keep to my memory je.
kwn2 aku pun mostly pakat share. ok la jugak kan, at least mak2 ni dapat idea nak masak apa.
berminggu cutinya, kadang buntu dah nak masak apa.

ok, now back to the topic.

PKP day 8


menu lunch.
sayur campur, ada bayam brazil petik di laman.
and ayam masak kicap.
hari tu aku buat bnyk sket portionnya.
sebab menu ni laju. tp mlm tu pakat takmo nasik la pulak.
sokay, kita panaskan utk esok hari.

PKP day 9
khamis, mak puasa. so, malas nak masak haha.
tanya anak2 nak mkn apa?
Amni mintak telor. baikkkkkkkkkkkkkk hahah


ikut budak2 ni, hari2 telor pun ok ja.
tapi takkan lah kut ye dok?
telor ni kira simpan utk hari malas jelah. sian anak2 kalau asyik mkn telor ja.
sesekali bagi, ha menambah nasik dibuatnya.
Aniq tak suka telor mata, kat dia kena buat telor hancur then gaul dgn kicap mkn dgn nasi.

utk apaknya, aku panaskan balik ayam masak kicap semlm.
kebetulan apak mentua kasik sup ayam. so, itu jelah.
mujur laki jenis mudah jugak.
tak lorat sgt kena ada menu gini2...


haaaa...
utk berbuka, aku masak la meriah sket.
dah tghr tak masak kennn..
lama tak mkn spageti.
so kita simpan keluarkan pada masa yg sesuai. hehe.
aku berbuka puasa, yg lain2 pun join makan.
tak pedas, anak2 pun mkn beriya termasuk apaknya.
kemain aku buat agar2 coklat tu buat pemanis mulut nak berbuka.

PKP day 10

hari Jumaat, aku keluar g cari barang dapor.
ada kisah kat sini.
menu hari tu pun spesial sket.
lama tak jumpa siput retak 1000. Amni ngan apaknya kemain laju mkn.
habis licin tghr tu.
 


PKP day 11
buntu nak masak apa..
tapi kena jugak masak. bertabahlah..



ayam goreng rempah + kubis cina masak lemak + sambal belacan + tembikai.
menu ni, mmg laju.
kegemaran pak incik.
ayam rempah tu, menu malas.
gaul garam kunyit & serbuk kari. tu je
tapi sedap wooooo...


petang tu aku buat dadih sesi ke 2.
tapi kali ni tak laju pulak. Aniq kata dia nak dadih coklat.
dah pulak...

PKP day 12
hari ni lauk kategori rare.

kenapa rare?
sebab aku buat gulai ikan kembung hahaha
jarang sgt menu ni ada. sebab aku bukanlah peminat gulai.
sesekali ja. dan aku bukan pandai sgt bab gulai ni.
tapi rasa mcm teringin, so cubahlah.
korek dlm pantry, mujurlah ada serbuk kari ikan.

gulai ikan temenung @ kembong.
masuk tomato ja. itu ja yg ada dlm esbok.
laki aku siap tanya, beli mana. hampehhhh.
nmpk sgt jarang masak gulai heheh
aku repeat lagi masa dinner.
takda la maveles sgt, but perut aku blh terima la.
sendri masak, sendri makan lah ye dok?

PKP day 13

Isnin, aku puasa.
takda dlm rekod masak apa tghr tu hahaha.
ada rasanya, tapi simple2 saja.
selalu mcm tu jelah.


menu berbuka aku ptg tu.
siap ada air limau kasturi.
minum sejuk2, perghhh..
tapi takda ais pun, air sejuk ja.

takkan itu saja ye dok?


tekak rasa nak makan koeteow.
so ptg tu, pkul 6 masuk dapur menggoreng.
tak pedas sgt, Amni pun makan menambah.
mlm tu pkul 10 repeat mkn dgn laki haha.
adoihhh.
makan jelah keja kau.

PKP day 14
dah bnyk hari save resipi cucoq dari Dato Rizalman.
ramai yg share kata rangup sedap blabla.
so, pagi tu rasa nak mencucoq.
jgn taktau, ni 1st cucoq aku goreng sepanjang PKP hahaha.
sebab?
malas.
sepanjang cuti ni, budak2 aku biar bgn lambat. aku bgn awal la.
apaknya pun sama, lepas subuh sambung mengeroh.
lantak. aman sket pagi aku haha.
so, jarang nak ada menu break1st yg dasyat2.
bila budak2 bgn, kadang aku gorengkan nugget, fries. tak pun roti bakar, roti telur camtu ja.
tak pun, haa mkn la milo ngan biskut or cereal.
dah.


rupa cucoq tak berapa semenggah.
patutnya kena buat besar, pastu potong.
mcm cucoq udang tu. tapi aku buat kecik. nak makan, kepakkan je.
ok la sedap la jugak. rangup sebab campur tepung beras.
kena buat nipis2. aku cicah dgn sos Thai pedas ja.


menu lunch.
lama tak jumpa udang. aku keluar Jumaat tu, ada udang elok2 kat Giant.
so belilah setengah kg.
ikan tu, aku rebus dlu dgn asam jawa+garam, pastu goreng.
sedap woo..



pak incik pegi  keja lepas lunch.
31hb kan hari tu.
patutnya last day PKP, tapi dah sambung pulak ke fasa 2.
pesan ke dia, kalau rajin, beli beger jap.
dah lama tak makan. Aniq duk sebut bnyk hari dah.
blk keja ptg tu dia lajak pegi cari.
kena tahan polis hahaha.
but sokay, takda apa. bgtau la nak pegi cari makanan.
mlm tu hujan kemain lebat.
layan wooo, makan  beger sedap.
dia siap beli patty beger, sebijik tu besau nauuu.
tak beli 1, beli sorang 2. jenuh makan.
simpan dlm peti ais, pastu panaskan balik.

selesai minggu ke2.
sblm PKP pun, mcm ni lah jugak kami.
weekend aku masak lunch, membawak sampai dinner if ada lebih.
kalau weekdays, masak dinner jelah.
PKP ni jadi meriah masak2 sebab mula dari mkn pagi sampai lah ke dinner.
tapi, kami jenis sempoi ja, tak perlu complete meal pun.
laki aku pun jenis mudah.
kadang mlm klau aku malas masak, dia la masak.
tp takat roti telor gedik jelah haha.
jadiklah..

Friday, April 03, 2020

Masak memasak sepanjang PKP - minggu pertama

Assalamualaikum..

entry ni penuh dgn gambar makanan.
mohon tabah haha..

sepanjang minnggu PKP, mak2 ni buat apa?
masakkkkkkkkkkkkkkkk jelah ye dok.
kat FB & Insta tu, mcm2 jenis masakan timbulnya. awal2 semua excited lah.
try mcm2. sampaikan ada yg tebar roti canai, buat kuih muih melayu, mcm2 lah.
nak keluar cari dah susah kan, mana ada org jualnya.
so, nak tak nak pakat buatlah sendiri..
dari sudut lain, bagus tu sebab pakat usaha masak pelbagai jenis masakan yg tak pernah nak cuba.
dah anak2 nak makan ye dok?
tapi aku bukanlah jenis rajin sgt. nak masak pelik2 kang takda yg makan, ha dah padan muka aku nak ngabihkannya.
sebab tu balik2 itulah menu aku pun..
mudah keja.

so, here we go..

PKP day 1, aku blk umah mak aku.
jgn kata aku ingkar pulak. terpaksa sebab nak hantar adik aku balik.
sekali dgn beli barang2 rumah utk dia. lagipun tak jauh mana rumah mak aku, dlm 24km camtu ja.
now fasa 2 PKP ni dah ketat so tak dapat nak balik. moga diorg baik2 saja.
so hari tu masak2 kat sana. kami buat ikan kembong goreng tepung + sayur campur ja.
mak aku request soto pulak. so, dah ada semua benda, so masaklah dah dia nak makan.
eh, ada yg tak cukup. aku ngan adik keluar ke supermarket nearby beli barang.
laju2 tu pun. dia yg masuk beli, aku tunggu kat kreta ja.
pegi pun pakai kain batik je haha



soto nasi himpit by kakyah.
mak aku mkn bnyk juga. teringin kut hehe.
mujurlah buatkan ke dia. sesekali mak request kita masakkan jelah.
bukan susah pun. tgk dia makan, puas hati aku.

PKP day 2, hari Khamis, aku puasa.
bulan Rejab kan. duk saja kat rumah, puasa jelah.
tapi tetaplah kena msak sebab semua ada kat rumah kan.
dan itulah jugak menu berbuka aku ptg tu.


kubis cina masak lemak + ayam goreng kunyit.
aku panaskan semula kuah soto dan makan masa berbuka.
sedap wohhhh.
tu ada kek coklat, aku buat hari ahad sebelum PKP tu.

PKP day 3.


ayam masak kicap + sayur campur + sambal belacan.
ayam kunyit, ayam masak lemak & ayam kicap, paling laku dlm rumah ni.
aku punya cara mcm2. yg paling mendapat sambutan dan aku pun sukaaa lahai is tumbuk bawang merah+bawang putih+halia then tumiskan. pastu masuk kicap and air asam jawa.
pastu masuk ayam yg dah goreng dlu sebelum tu (gaul garam kunyit). masuk lah air sket, jgn bnyk sebab kering2 tu best makan. nak tambah sayur like carrot ke, ubi kentang ke blh je. and bawang besar. done.
klau berkuah, laki aku tak suka. sebab dia tak mkn kicap. mcm ni ok laju ja habis diorg ratah

PKP day 4
hari Jumaat. pak incik request nasi lemak.
so, kita buatlah. jemu dah mkn ayam.


nasi lemak + sambal sardin goreng + telur rebus + ikan bilis + kacang tanah goreng + timun + sambal kosong.
sardin tu goreng dlu, baru sedappppp. tapi nak goreng kena bertabah sebab dia punya percikan, fuhhhh. ada tekniknya. kena sabar la sket. kena tudung kuali kalu tak mercik minyak panas tu dah 1 hal. masa nak kalih ikan tu, tutup api. dah slow bunyi percikan baru buka tudung kuali and kalih @ balikkan ikan pastu on api balik. renyah tapi berbaloi.


my plate. saja buat telur mata. telur rebus utk anak2. then hantar ke apak mentua sepinggan. sampai mlm ulang2 menu ni jelah. aku mmg  tak masak dah malam. malas. lagipun diorg ni kadang2 mkn yg ringan2 ja bila mlm. klau ada lauk lebih, baru mkn nasi.
Amni mkn bnyk, sebab sardin tu aku buat tak pedas. ulang2 makan dia. berbaloi mak ko masak.

petang  tu aku keluar ke kedai, beli grocerries sket. 3 kedai aku pegi tak jumpa roti gardenia putih.
hahah. bertabahlah.
tak top up bnyk sgt pun stock kat rumah sbb belum gaji hahah.
beli mana yang takda ja.

PKP day 5


menu break1st.
sardin leftover, kita tenyeh buat sandwich
tu roti wholemeal. budak2 ni makan, tapi tak laju sgt.
diorg prefer roti putih. mak ko ok jeee, lagi suka hehe.
siap ada dalgona coffee. kemain dia. dah keluar semlm tu belilah freshmilk ngan neskepe.
aku pakai mixer terus, malas nak pukul. haha.
menjadi la jugak. dah viral, kita cuba.


aku guna brown sugar.
aku tak letak ikut sukatan yg diorg share. seram. ater giler 2 sudu besar neskepe + 2 sudu besar gula.
aku minum kopi pait ja. aku letak 2 sudu kecik. so takda la jadi pekat likat mcm diorg buat.
itu punnnnnnnnnnnn lain mcm dah kepala. tingtong bila minum neskepe.
next day aku cuba pun mcm tu. so, takyah dah la.
aku buat guna kopi pulak.


yg hitam sket tu guna kopi.
kena letak sket apa ke benda yg kuning tu, utk buat kek tu. klau tak dia tak jadi foam.
kalau neskepe tak payah dah. ada yg cuba buat ngan milo. pun kena letak jugak.
haa ovellete.
aku letak gula sikit, so pahit. but aku suka.
guna neskepe tu sedap, cumanya lepas tu kepala pusing and dada berdebar2.
minum kopi jelah.
ni hari lain2. aku buat pagi2. tak berani nak minum petang, kang mlm cerah mata pulak.



menu lunch hari tu is nasi goreng.
utk amak apak, nasik goreng tomyam.
pagi2 aku dah tanak nasi. sebab nak buat nasi goreng, nasi kena sejuk baru best.
mudah ja, sedap pun ya.
blend bawang merah+bawang putih+halia+serai+cili padi. pastu tumiskan.
pastu masuk pes tomyam. nak pedas lagi masuk la serbuk cili. nak lagi best perah limau nipis and masuk daun limau purut. tapi aku tak letak sebab takda. then garam gula.
masukkan bahan mentah apa yg nak masuk, aku letak ayam ja hari tu yg dipotong kecik2.
then masuk sayur. aku guna carrot + sawi.
pastu pecah telor and last skali nasi.
kacau2, done.


utk anak2, nasik goreng biasa.
kena buat asing sebab nasi goreng tomyam, pedasss.
utk anak2 ni simple sapsapsoi je. aku letak kicap sket, ha mudah cerita.



petang tu aku masak dadih coklat.
buat stock utk ahli rumah. sebungkus tu dpt bnyk bekas kecik ni. tapi 2-3 hari dah setel.
Aniq tu suka sungguh. skali mkn 2 bekas. kalau sehari 3 kali makan, ha tak ke cepat setelnya.


dannnnn, goreng keropok skali.
haaaa pepak la hangpa sampai cemuih.
dah duduk kat rumah, mulut tu asyik lapaq lapaq lapaq.
nak makannnnn...
hari ni dah kosong dah bekas. esok lusa kena goreng pulak. ada lagi stock kopok kering.

PKP day 6.
utk break1st kat rumah ni, tak susah.
sebab anak2 aku mudah. apaknya tak ambik break1st. aku takda hal, biskut kering cicah milo pun ok.
utk anak2 kadang aku goreng nugget, fries, buat roti bakar. simple saja. takpun mkn biskut ja.
musim PKP ni aku biar je diorg bngn lambat. ringan sket keja mak hahaha...

oh, aku puasa hari ni sebab Isnin.
so masak yg simple2 jelah yg smua org makan hehe.


ayam masak lemak.
ni pun feveret semua ahli rumah. laki aku pun suka sgt nih.
takleh pedas. aku campak skali kentang, setel masalah tak payah masak sayur dah.
Aniq mkn dgn kentang ja, lauk dia tak suka sgt.
ptg tu berbuka pun aku mkn ni saja.


oh lupa..
ptg tu sebelum berbuka aku buat kek marble.
dah tak masak apa, gigih lah buat kek. teringin hehe.
berbuka dgn kek ptg tu. sedap woo.

[ EDITED ]

tertinggal sehari.

PKP day 7. lupoooo


buat kek semlm kan?
so pagi tu haruslah break1st dgn kek marble mavelesss aku.
lawan dgn dalgona coffee. aku guna neskepe tapi sikit je, so tak berapa nak foam. sokaylah.
asalkan tak weng kepala & tak manis.
kek marble tu aku terlebih utk sukatan koko. nak mkn sendri, so hentam sajalah.



utk anak2, pagi tu mak merajin nak buat pancake gebu gebas.
lama tak buat..


budak ni la paling suka.
dia bgn tgk mama duk masak. tgk pancake, kemain kreyeh.
siap request nak mkn dorayaki.
filling coklat, kapit 2.
iyelah nak..


aku buat ni sebab aku masak topping choc semlm masa buat kek marble.
oh, dlm kek tu pun aku taruk filling choc ni. sedap wooo.
ni kes nak ngabiskan whipping cream.
dah buka, and guna separuh. kang rosak, so kena guna la.
jadiknya aku bancuh jelah. dark choc + milk choc + whipping cream.
lazat wehhhh. Aniq suka.
sapu dgn roti, buat jem. hari2 dia makan.



menu tghr.
aku lapaq ikan, asyik mkn ayam je kan? jemu oih.
suruh pak incik keluar carik ikan. dia asyik beli ayam ja.
buat sup kentang + fucuk & suhun.
pastu ikan kembong tu, aku gaul garam kunyit + serbuk cili then goreng.
sedap. kena makan masa garing2 tu, ratah saja pun best.

selesai PKP minggu pertama.
fuhhh...
menu aku tak meriah mana pun nak compare ngan kengkawan aku yg lain.
siang mlm masak. dasyat tul. aku mmg tak la. haha
dari dlu camtu. aku pulak tak ambik dinner berat.
kadang petang tu dah mkn siap2.
kadang, mlm klau tdoq lambat mkn la jugak apa2 yg ada ahaha
dah cuti ni asyik makan ja. tu yg aku puasa selang2 Isnin & Khamis.
dah bulan Rejab sama ni kan.. kalau tak kang nak masuk keja, baju keja smua ketat huhu..

next kita sambung kisah masak2 PKP minggu ke dua.

Tuesday, November 26, 2019

Sagu Gula Melaka

Assalamualaikum..

lama tak buat sagu gula melaka.
anak2 suka.
mak pak pun sama.
kalau beli sorang sebekas, harga tu dah blh buat 10 bekas kat rumah.
hahaha.
so, moh le kiter..



kali ni kaler hijau pulak.
petang buat, pastu masuk esbok.
mlm makan, sejukkkkkkkkkkkkkkkkk.
sedap.

nak buat ni senang mak enon.
meh aku share cara aku.

Bahan2 :
Sagu
Gula melaka
Gula putih
Susu cair
Air

Cara2 :
rendam sagu dlm air dlu dlm setengah jam ke sejam.
pastu tapiskan.
then panaskan air dah mendidih, masukkan sagu.
kena kacau supaya sagu tak berketul di bawah.
air kena bnyk sebab nnt sagu nak kembang.
aku takda sukatan tepat utk air. agak2 je
kadang2 nmpk padat, sagu belum kembang elok, so tambah air.
ssagu dha kembang dah takda putih2 tu, blh masukkan pewarna.
then kacau.
pastu tutup api.
tapiskan sagu utk buang air kanji.
sejukkan kejap sagu tu.
sementara tu blh masak air gula.
didihkan air, masukkan gula melaka.
tambah sket gula putih.
nak  masukkan daun pandan pun blh.
make sure gula semua lebur yeh.
air jgn bnyk sgt kang cair tak best.
mula2 gula tu masak mcm cair sbb panas. dah sejuk nnt dia akan pekat  likat.

then masukkan gula dlm bekas yg korang suka.
pastu masukkan sagu.
last masukkan susu cair.
nak pakai santan pun blh.
masak dlu santan tu, tambah air sket and secubit garam.
aku prefer susu cair.
guna Ideal or carnation. sedap woh
kalau nak sihat sket blh guna susu segar.
pastu masukkan dlm peti ais, sejukkan
masak sejuk2 is heaven.

budak2 ni mmg suka. ulang2 makan.
so sekali buat mmg kena bnyk terus.
sagu murah je pun.
bajet tak bnyk pun nak buat benda alah ni.
cumanya leceh sket part masak sagu tu.
kadang terlebih masak or tak masak betul ehehe


Thursday, November 07, 2019

Tuaian pertama : Bayam Brazil

Assalamualaikum..

sebulan lepas ada mak aku kasik beberapa batang bayam brazil.
kat rumah mak aku bnyk pokok.
dia patah2kan dari pokok tu, kasik aku suruh balik cucuk kat rumah.
bayam brazil ni senang nak hidup.
patahkan dari pokok, then cucuk je @ org panggil keratan batang.
pastu siram. pastu tunggulah tengok subur kemain naiknya.
jarang siram pun sokay je.
pokok yg senang jaga haa aku ok.
hahaha

lepas sebulan kut, aku tengok dah merimbun.
dah tua pun daunnya hahaha
lupa weh.
kebetulan hari tu nak masak, takda sayur apa dalam esbox.
so jomlah petik bayam di laman.
gittew
syok wei, nak masak pegi petik je
so, azamnya lepas ni nak tanam tanaman lain lagi.
sayur lah.. pokok bunga je pun yg bnyk kat depan rumah tu.
pasni kita tanam sayur pulak eh.
moga tu menjadi lah azam aku nih hahaha



gambar pokok lupa pulak nak ambik.
aku cucuk kat pasu je pun.
subur je naiknya
kat rumah mak aku, naik kat tanah je. bnyk pokok pulak tu.
tak larat makan dah.



hari tu aku goreng bodoh je.
takda apa nak diregukan.
esbox kosong, ada ayam ngan telur semata.
sayur yg ada kentang ja pun.
eh, kentang kategori sayur ke? hahah
ada tauhu 2 ketul. beli nak buat bihun goeng tapi tak jadik lagi.
so aku hiris nipis2, goreng dulu.
tumis bawang merah + bawang putih, masuk cukup rasa Maggi, pastu masuk air sket then campak lah bayam brazil ni
aku ambik daun saja, batangnya tak.
dah nmpk sayur masak, taburlah tauhu tu.
kalau ada cili besar ha hirislah nipis campak masuk skali.
lawa sket kejadiannya nnt.
tapi aku tak letak pun.
dah siap.
simple je.

bayam brazil ni mcm2 blh masak.
buat masak lemak pun blh.
selalunya org goreng lah.
buat ulam pun blh tau..
ada org jual pokok ni, blh la try beli and semai sendiri kat rumah.
jimat belanja hehe.

Selain sedap dimakan, sayuran bayam ini amat kaya dengan khasiatnya iaitu,
  1. Melawan kanser
  2. Mengekalkan kesihatan mata
  3. Sumber vitamin K
  4. Menguatkan tulang
  5. Membantu menurunkan berat badan
  6. Meningkatkan sistem imuniti badan
  7. Membantu sistem penghadaman
  8. Mengelakkan daripada sembelit
  9. Membantu melancarkan darah
  10. Mencegah anemia
  11. Mengatasi masalah gusi
  12. Mutrisi yang baik untuk pembesaran
  13. Mengekalkan stamina
  14. Mengekalkan kesihatan mulut
  15. Mengikat kalsium
  16. Mencegah penuaan pramatang
  17. Mengekalkan kesihatan ibu mengandung

Monday, October 21, 2019

My very first Mee Kari

Assalamualaikum..

aku ni bukanlah penggemar mee kari pun.
tapi sesekali tu makanlah jugak.
kat Perlis ni ada la a few kedai yg aku suka mee kari dia.
sesekali rasa nak makan, belilah.
tu pun 3-4 bulan sekali.
bukan peminat tegar.

dah lama hasrat nak buat mee kari.
tgk ke resipi mudah je pun.
tapi..
malas.
sebab, nnt yg makan aku sorang je pun.
rasa mcm penat je susah payah buat hahaha
walau sebenarnya puas makan ye dok.

Ahad lepas, tekad nak buat mee kari.
so, marilah kita usahakan.
masa masak lunch tu, aku sekali harung buat kuahnya.
selalu pun mcm tu.
sebab petang kang aku nak makan je malas dah nak kecah dapur.

okes, now let check out how to cook mee  curry yg sapsapsoi je ponnnnnnnnnn..

Bahan A (kisar) :
bawang merah 6-7 ulas
bawang besar 1 ulas
bawang putih 4-5 ulas
halia besar ibu jari
serai 2 batang
cili kering @ serbuk cili
* bahan ni bnyk jugak, dapat seperiuk kuahnya.kalau nak masak sikit kurangkan bahan kisar ni.
* kalau guna serbuk cili blh masukkan skali dalam bahan kisar ni

Bahan B :
daun kari 2 tangkai
serai 2 batang diketuk
buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis
asam keping

Bahan C :
rempah ikan + rempah daging serba sepeket

Bahan basah :
udang, ayam, fishcake (apa yg korang sukalah. kalau ada kerang lagi piawwwww)

Untuk menyedapkan kuah :
kupas udang dan asingkan kulit isi dan kepala. asingkan isi.
ambil kulit + kepala then rebuskan. pastu blend halus dan tapis ambil airnya.
ni nak sedapkan lagi kuah. kalau takda, sokay.
kalau ada silakan buat.

Bahan lain :
santan kotan
minyak utk menumis
air
garam + gula

Bahan yg ditambah masa nak makan nnt :
sayur sawi + taugeh + mee kuning yg dicelur air panas
telur rebus
bawang goreng
limau kasturi
cili besar


Cara masak :

tumis bahan B dulu. then masukkan bahan kisar. kena kisar halus yeh sebab ada serai.
dah naik bau, masukkan rempah ikan yg dah gaul dgn rempah daging.
nak buat pes dulu pun blh tapi jgn bnyk sgt airnya.
api jgn kuat sangat, kena kacau selalu taknak hangit.
dah pecah minyak, masukkan air rebusan kulit udang tadi.
pastu masukkan bahan basah yg korang ada.
then tambah air agak bnyk mana nak kuahnya.
ops lupa, asam keping campak masuk skali.
nampak nak mendidih tu masukkan santan. aku pakai santan kotak je.
kena kacau jgn biar pecah minyak.
then perasakan dgn garam gula.

nak makan tu nnt celur la sayur2 yg ada.
sekali dgn mee kuning tu.
aku mmg akan rendam air panas dlu mee kuning tu
pastu bilas dan tapiskan.



tadaaaaaa
meriah bahan2 weh
puas hati makan.
aku letak fishcake + isi ayam je tapi bnyk.
walau 1st time buat, sedap lah pada tekak aku hehe
siap menambah.
pak incik makan tapi kuah je. hahaha

selalu mee kari ni org suka letak tahu kering.
aku malas nak cari. ni pun dah sedap.
esoknya makan ni lagi utk dinner. aku jelah.
ahli rumah yg lain tak minat.

so, yg nak try buat silakanlah..
tak susah pun..
yg pasti masak sendiri puas hati makan.
dapat lah berkongsi rezeki petang tu.
hantar ke pak mentua sebekas, then kawan aku datang ambik tudung, aku tapawkan sebekas.
pastu adik2 aku pun datang makan.
Alhamdulillah...


Thursday, October 10, 2019

Bihun goreng untukmu anak...

Assalamualaikum..

banyak hari dah Amni duk berzikir nak bihun nak bihun nak bihunnnn.
adehh.
nmpk mcm mudah tapi kadang2 malas nak buat haha..
anak2 aku makan semua yg aku masak walau sempoi2 je mak dia kasik.
Alhamdulillah tak memilih.
tapi..
bila dah biasa makan yg maknya  masak, sesekali kita beli, taknak  makan.
sabaq jelah ahaha
budak2 kan tak makan pedas, so aku mmg selalu buat bihun putih @ bihun singapore.
senang keja.
so bila makpak nak makan, campak masuk sambal kicap.
dan anak2 mmg suka bihun putih nak2 si Amni tu.
memang berulang makan.
bihun merah ni jarang sgt aku buat. ke tak pernah hahaha
sebab bihun merah ni selalunya kena ada rasa pedas tu kalau tak best.

hari apa tah ada opismate aku bagi bihun goreng sebekas, baki dari majlis yg diorg buat.
aku bwk balik bagi Amni sebab tak pedas.
habis kau dia makan.
pastu sambung zikir nak bihun nak bihun nak bihun
hahahah
ingat dah dapat tu diam dah, rupanya tak.
nak bihun mama buat.
susah jugak kalau anak die hard fan mama sendiri kan?
kehkehkeh..

makanya aku pun usahakanlah buat bihun goreng merah utk dia.
but kena make sure tak pedas!


taraaaaa.
tak pedas tapi sedap wei hahaha
meh aku share bihun goreng tak pedas versi aku.
kut korang blh buat bagi anak2 makan and at the same time makpak nak makan pun sodapppp.
tapi, aku tuang sos jugak la bila nak makan tu.
tak pedas, tak kick la hehe

Bahan2:
bihun : rendam air dulu

bawang merah, bawang putih, ikan bilis, 4-5 batang cili kering, 1 biji tomato : kisar halus
sayur sayuran : kobis + carrot
sotong, fishcake, tauhu yg digoreng
kicap, sos cili, sos tomato
maggi cukup rasa
garam + gula

Cara2 :

tumiskan bahan kisar.
aku mmg suka masukkan ikan bilis kalau buat bihun goreng tak kisahlah bihun singapore or bihun merah.
penambah rasa. cubalah, lain tau rasa dia.
make sure ikan bilis tu dah direndam and lembut baru kisar.
campak je semua kisar sekali (bahan kisar tu).
cili kering letak 4-5 batang je sebab takmo pedas.
then tambah tomato yg dah dibuang biji kisar sekali.
sebab takmo pedas kan?
then masukkan kicap, sos tomato and sos cili. sos cili tu sikit jelah kang pedas pulak.
pastu maggi cukup rasa, garam and gula.
perasakanlah.
pastu masukkan bahan basah.
hari tu aku letak sotong + fishcake sebab dua2 ni anak2 aku makan.
kalau letak ayam, kang Aniq pilih buang.
then masukkan sayur sayuran. ikut sukalah apa yg korang nak guna.
aku letak kobis and carrot yg aku potong halus. sayur2 ni je yg anak2 aku makan, lain2 jgn harap.
kobis tu pun takat 2-3 helai je, lebih2 takmo jugak. haishhhh
pastu dah nak tutup api masukkan tauhu goreng yg dah dipotong nipis.
nak masuk telur goreng pun blh, taruk atas. baru best hehe
tapi aku punya bahan basah dah meriah, so no more telor.

sedap, secukup rasa tak pedas. hehe
anak2 suka nak2 si Amni.
menambah makan malam tu.
esoknya panaskan utk break1st.
puas hati dia makan..
masak simple tapi bila anak2 makan beriya, mak ni seronok taktau nah habaq kan?
hehe


Wednesday, September 18, 2019

A must have in meal : Sambal belacan

Assalamualaikum..

ada ke yg mcm aku.
rasanya mostly sama kut kalau org kg nih.
yg tak kg pun sama kut.
makan nasi kena ada sambal belacan.
wajib!
kalau takda sambal belacan, kena ada menu pedas.
kalau makan tak pedas, rasa tak lengkap..



dan2 lapaq tgk gambar ni.
sedap oih..

here is my version of sambal belacan.

cili merah
cili besar
belacan
garam
gula

semua bahan kat atas tumbuk.
utk nisbah, lebihkan cili merah. nisbah aku selalu mcm ni.
5 cili merah + 2 cili besar.
so pedas dia di skala yg boleh diterima tekak.
tak pedas sgt.
tapi kalau korang guna cili api @ cabai burung  tu pedas dia lain mcm.
so pandai2 la agak.
kalau guna cili merah biasa tu, nak pedas, guna cili tu lebih then kurangkan cili besar.
belacan kena bnyk. jangan kedeks.
belacan jgn la beli yg bau hapak bau busuk tu.
pandai2 la carik belacan yg sedap.
nak bakar dulu pun boleh.
tapi aku tak pernah bakar pun.
sebab belacan Perlis dah mmg sedap.
now aku guna belacan beli kat Thailand sana.
belacan sana kaler dia cerah sket.
bau sama lah, kuat jugak. rasa dia lain sket.
pastu garam + gula agak2 lah kuantitinya.
mak sedara aku letah ajinomoto.
up to you..
last, asam jawa ramas kan dgn air.
beli asam jawa yg baru dan elok. jgn yg hitam tu.
pastu tuang masuk dlm lesung batu tu.
kacau2 dlm tu.
baru piawwwwwwwwwww..

aku punya lesung batu ni saiz kecik.
so kalau tumbok selalu kuantiti tak banyak.
klau mood aku baik aku tumbok lah.
utk lesung aku ni dapat la utk 3-4 kali makan.
kadang aku malas, aku buat bnyk2, aku mesin je pakai blender.
kadang guna hand blender.
buat bnyk, simpan dalam esbok, nak makan cedok je.
senang keja.
rasa mcm lebih kurang je.
janji pedas. hahaha..

dulu aku mmg mkn pedas.
now dah meningkat usia ni, kurang sket dah.
pedas tu wajib tapi ala kadar saja.
takda pedas berdesing telinga dah.
kena jaga perut sama lah.
mcm sensitif sket now kalau pedas lebih.
faktor usia barangkali. ehehe



ini antara menu yg wajib ada sambal belacan.
kalau takda, rasa tak lengkap makannya.
sotong kunyit, kailan ikan masin + ikan kembong goreng.
bertambah makan oiiii..
sabaq jelah..

Tuesday, September 10, 2019

Nasi Goreng Tomyam

Assalamualaikum..

hari tu (lama dah) saja la try order nasi goreng tomyam kat kafe dekat dgn pusat pengajian kat opis aku ni.
makcik masak apa semua sedap. selalu mkn mee@bihun goreng, sedap woh.
secukup rasa.
skali nasi goreng tomyam dia pun piawwwww weh.
sedap!
so, selalulah aku mengorder beliau kalau pegi mkn kat area situ.

dah selalu makan, makanya marilah kita cuba buat sendiri, jadi ke idok..
hehehe..

bahan2 :
nasi sejuk
isi ayam ( blh tambah udang, sotong)
telur
bawang merah + bawang putih + serai + cili padi : blend
daun limau purut
limau nipis
sayur : kubis + carrot
pes tomyam
sos tiram @ kicap sotong
garam + gula






kat cafe makcik tu, serai dia katok2 masukkan dlm nasi.
tapi aku punya cara ni aku blend skali.
then make sure ko blend hancur yeh sebab serai susah sket nak hancurnya.
cili tu ikut la nak pedas ke tak.
aku guna cili thai, pedas and sedap.

blend hancur halus semua, pastu tumiskan.


dah nampak garing, masukkan pes tomyam.
yg ni kalau takda, tak jadiklah nasi goreng  tomyam.
ni aku beli kat siam sana. ni pes yg paling best.
kat Msia pun now bnyk dah yg jual.
beza harga jelah..

bnyk mana nak masuk pes ni, agak ikut bnyk mana nasik korang lah eh.
aku ni main agak2 je bahan2nya.



haaa, pastu masukkan benda alah ni.
kalau takda, guna kicap sotong tu pun takpa.
susah nak dapat yg ni. kat Msia mmg takda la.
ni aku kirim ke kawan masa dia pegi Hatyai sana.
yg ni premium, mahal dari yg biasa.
oyster brand. sedap.
halal, dun worry.
guna ni masa buat telur dadar. best woh..



pastu masukkan haiwan apa yg korang nak masukkan.
aku hari tu ada ayam je, so jadiklah..
then biarkan masak sekejap.
pastu pecah telur masuk 2 bijik camtu.
oh, sayur sayuran jangan lupa.
dan jugak daun limau purut.
then perahkan sekali limau nipis.
pastu garam gula utk perasakan kan.
then rasa la ok ke idok apa yg lebih apa yg kurang.

pastu, masukkan nasik.
gaul - gaul..
gaul - gaul lagi sampai sebati semuanya
dah ok, ha tutup api.



dan silakan makan.
rasa?
tak lari jauh dari kafe yg aku selalu order.
yay!!
menambah makan..

tu yg aku malas masak beriya, kang makan pun menambah.
masalah betul..

cubalah..
simple yet sedap.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...