Showing posts with label paklang kawen. Show all posts
Showing posts with label paklang kawen. Show all posts

Monday, September 21, 2015

#Paklangkawen : majlis bertandang

Alhamdulillah, selesai sudah majlis bertandang, majlis sebelah lelaki.
rasanya pengantin takda letih apa, tetapi yg disebalik tabir ni, taktau nak habaq penatnya..
tersandaq oiiii..
sesekali kenduri besar kan?
abah beli lembu sekoq buat knuri.
gulai daging habis okeh!
so, bule bayang betapa ramainya org yg datang.
aku sikit pun tak mkn lauk kenduri.
tak sempat nak jamah pun.
hari kenduri tu jamah2 je makanan.
sempat la makan tapai 3 biji, cred velvet cupcake sebiji.
tu je, pastu duk togok ayaq ais ja.
panas litlit, penat duk berulang ke hulu ke hilir, asyik minum air jelah.

aku start cuti hari jumaat 11hb tu.
sampai ke 16hb hari malaysia tu.
heaven oi cuti lama.. hahaha
6 hari campur weekend and public holidays.
pastu check baki cuti tak sampai 10 hari dah.. sabar jelah..

hari jumaat tu, pagi2 dah keluar g cari barang masak mana yg tak cukup lagi.
petang baru gerak p umah mak aku.
dlm kreta penuh barang.
nenas la, tembikai la, air mineral, tisu, kuih, mcm2.
aku tak masuk dapur, ambik part kemas2 kat depan je.
tu pun sakan jugak oi.
mlm tu pkul 12 baru blk rumah.
setel bunga telor semua siap2, esok tak kalut dah.
esok pagi2 dah siap nak g umah abah.
tak tidor sana pun mlm tu, dah ramai dah, lagipun nak ambik barang lagi and nak bawak pengasuh Aniq skali pegi sana.
dia takda nak pegi ngan sapa, so angkut skali pagi tu.
sampai rumah mak aku dlm pkul 11, terus sinsing lengan.
walau dah pakai cantik2, redho jelah.
malas dah aku nak tukar pulak nnt, kang tak sempat naya pulak.
peluk keti kak yah..
kemas2 apa yg patut, sapu sampah semua.
semua org sibok kat dapur, kat depan takda sapa tgk.



pose kejap sebelum org ramai, sebelum semua belengas.. haha
dress anak dara 2 org ni sponsored bg maklong ija.
tenkiu maklong. kira baju raya haji terus la ni.
labuh sket, hantam sajalah, tak sempat nak alter dah.
mengedik Amni perasan pwincess..



sempat posing jugak.
dengan paklong and pakndak (adik).
semua menggalah, makngah je mengembang.
the boys pakai tshirt kelabu, also sponsored by maklong ija.
utk Aniq and Amierul dia beli tshirt belang2.
the girls, anak menantu pakai jubah kaler hijau taik itik.
makcik aku buat dari siam sana.
hari kamis diorg dtg tu baru tgk, mujur ada tudung yg boleh matching, so hantam sajalah.
baju tok umi paling lawa sebab ada bunga kerawang bagai.
so, berdondon2 lah kami di hari kenduri.
tapi tak sempat ambik gambar reramai sebab memasing bizis.
rugi2..
gambar dgn tok laki pun takdo.. haishhhh



dalam rumah.
penuh ngan sedara mara.
tu pun tak semua ada sebab ada yg keja tak dapat balik.
takpelah kang diorg nak balik raya lagi kan?
family dari Thai ramai jugak yg datang, dlm 11 org.
mujur la jugak diorg ada, bnyk sgt membantu.
kalau tak, jenuh la jugak.
pastu sedara mara kat sini, sebelah abah pun ramai yg datang.
jiran2 semua, ramai yg datang.
ni pakat2 duk siapkan lauk utk meja pengantin.
makcik aku and kak ija yg jadi chef.
pastu nak hias nak hidang bagai.
set pinggan ambik rumah aku punya.
tu pakat duk mengindahkan buah tembikai tu.
mcm2, end up jadi lah bakul jugak.
sepupu aku ngan mak2 sedara la punya keja ni.
kreatif depa ni..
sampai ada cili kat buah tembikai..
kang buah yg manis jadi pedas pulak.. hahahaha



meja utk santapan raja sehari.
ambik set ni je, takda pelamin bagai.
simple2 je pun.
tu siap ada udang panjat bagai kak ija buat.
konon nak makan, tak sempat pun.



depan rumah.
tghr tu penuh org.
padat.
letak 3 khemah depan rumah.
utk tetamu lelaki, makan kat rumah sebelah, letak lagi 3 khemah.
kalau semua kat sini, tak muat kut sebab jemputan ramai.
taktau lah sebelah sana mcm mana sebab tak sempat nak jenguk pun.
sini pun dah kelam kabut dah.
khema simple je sebab sewa, takda ambik katering apa.
masak pakatan kg.
semua kata lauk sedap, Alhamdulillah.
ada gulai daging+rebung, ikan tongkol masak sambal ala Thai, menu dari sana, mak sedara yg masak sendiri, ada acar, ada sambal belacan dan ulam2.
semua lauk setel! lega..
biar habis dari lebih bnyk2, membazir.
dapat la org kg yg datang masak bawak balik sorang sikit.

sebelah meja makan beradap, setup utk rombongan sebelah pengantin perempuan.
diorg dtg dlm 20 org camtu.
lepas diorg mkn, tetamu yg baru datang mkn kat situ pulak.
family in law aku datang, duk lepak situ, kena kipas sket.
klau bawah khemah, berkuap sket la.



tuan rumah sebelah perempuan.
tok umi duk depan tgg org datang salam.
pastu kasik door gift.
ada bunga telur ada kacang2.
simple2 je, takda nak buat bnyk jenis.
cik kuntum duk ulang datang ngendeng kat tok umi, nak minta bunga telor.
dia kan peminat telor rebus..
sebelah tu mak sedara, adik abah aku.
dia pun datang berkampung kat rumah 2 mlm jugak.
nak jumpa, nak sembang ngan sedara katanya.

tok umi tu seminggu 2 nak kenduri dah mcm2 keja buat.
mengemas sana sini, tdor pun tak tentu hala.
silap2 darah naik la tu, tak pegi check lagi.
harap2 umi sihat2 je..




tuan rumah sebelah lelaki sana.
kat tok abah tak sempat buat baju baru, ulang balik baju raya tahun bila entah.
takpelah janji hijau.
tu cik kuntum ngendeng tok abah pulak sebab nak beli eskrem.
ada je dia ni kat mana2.
seronok sgt main hari tu sebab ramai org.



ketibaan pengantin dan rombongan.
payung pun takda.. hahaha.
maaplah, tak sempat nak pikir dah masa ni.
yelah, pengantin lelakinya tak duk sini kan?
balik 2 hari sebelum kenduri je pun.
kitaorg kat sini mcm2 hal nak buat, tak sempat la nak pikir bab keperluan pengantin.
takpelah, asal semua berjalan lancar, dah setel semua, ok je.




ni dah lepas mkn beradap, lepak depan tgg tetamu.
aku pun masa ni je kut sempat pegang Aniq.
pengasuh duk tolong pegang.
mujur jugak dia ada, bule tlg jagakan Aniq.
kadang sepupu2 or mak2 sedara yg pegangkan.
takda hal budak tu, ngan sapa2 pun sokay je.
tak meragam apa hari tu.
aku lari kejap buatkan lunch dia, pastu pas ke pengasuh.
ptg sket, bawak masuk buai, suh tdor.
kesian tgk dah merata tgn duk pegang.

petang, dah setel majlis, org pun dah takda, dapat melunjur, dapat bersandar, rasa legaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa lahai.
letih woh.
kehulu kehilir, ngan panasnya, menitik peluh.
kejap tgk lauk mana yg tak cukup, bgtau kat org yg handle.
pinggan takda, cawan habis, berlari g angkut.
pastu tgk tetamu datang.
sedara mara, kawan2 opis, kawan2 lama, ada jugak yg datang.
tq sangat pada yg sempat hadir.
minta maaf mana yg kurang.
Alhamdulillah semua dah selesai.

hari ahad tolong kemas2 apa yg patut.
mlm tu lepas kenduri tdor situ.
Amni seronok sungguh main dengan Amierul.
dua2 jadi otomen, makngah jadi resaksa.
hampehhhh.. asyik kena fire je.
Aniq mlm tu mengamuk sket nak tdor, letih kut campur ngan panas.
jenuh berdendang jugak la.
ahad mlm baru blk rumah.
hari isnin, baru rasa letih, terbaring anak beranak.
Amni sampai demam.
main bnyk sgt kan, pastu duk ulang minum air ais.
kecik besar kecik besar je aku duk perati dari jauh.
dia siap cakap, Amni minum sikitttttttttttttt ja.
memang la sikit, tapi kalau dah 8 kali, bnyk jugak la kan?



last, sempat la selfie ngan budak masyam 2 org ni.
kakak yg sronok sgt sebab org ramai, sronok pakai baju lawa perasan pwincess pastu maklong ija make up pulak..
tudng pun tak buka sampai petang.
adik hensem, 1st time pakai tshirt berkolar.
ada je, tapi tak pernah pakai sebab besar.. hehehe.
baik je dia hari tu, tak meragam pun.
seronok org ramai duk melayan kan?

semua dah selesai, kita tunggu kut tahun depan ada kenduri lagi.
ehek ehek ehek..

Friday, September 11, 2015

#Paklangkawen : majlis bersanding

Majlis bersanding, hari sabtu 30 Ogos 2015.
utk majlis ni, paksu tak leh join sebab ada kerja.
kazen aku, ayu dgn ani pun tak leh join sebab ayu kena standby.
dia polis, kena standby sebab Bersih4 tu.
kazen lain, Azilah anak beranak datang hari tu.
pastu abg aku sefamily and kami yg datang je.
tak ramai..

pkul 12 dah gerak dari homestay.
5 minit dah sampai rumah kenduri.



selfie dengan pengantin.



handbag mama.
tapi now dah upgrade, bukan handbag dah.
dah jadi 6 pax sebab nak melekatttttt ja.
adik kembong la, mana bule berenggang ngan mama.
takpa dik, mama redhoo



kakak yg syok lebih sebab maklong make up kan dia.
pakai eye shadow, pakai blusher, pakai lipstik bagai.
suka la ternganga mulut duk jaga kut lipstik habis.
sabaq jalah.
eh, nampak papa.
kami yg sedondon biru hari tu.
pakat pakai baju raya puasa lepas.
tapi takda gambar ramai2 pulak.
adehhhh..



the bride and the groom.
paklang, takkan dah nak tidor kuttttttttttttttttt..
hahahaha.

ada merenjis bagai, so tok umi tak join..
tak minat katanya.
hehehe.
pastu terus makan beradap.
aku mkn last skali sebab duk kelek Aniq.
takmo ngan org.
so, gilir2 ngan papa la.
Alhamdulillah, hari tu dia dah ok, tak demam dah.
demam nak membule tok umi kata.
skang ni kemain berdiri lepas tangan.
nak jalan kut.



selfie dengan tok abah.
superman aku ni.
moga tok abah dipanjang umur, sihat2 hendaknya..
Aniq kalau dengan tok abah, kemain dia.
tok abah pulak rajin melayan, main mcm2.



tok abah and cucus.
alya tersentil celah tu, anak kazen aku.
tu sireh junjung tok abah buat.
jenis lama punya ni, 4 tingkat sireh tu.
skang ni mana ada org buat mcm tu dah.
setingkat je, pastu bunga lagi bnyk dr sireh.
yg ni haaaa ambik kau.
bule tidor atas sireh tu.



ni je gambar dengan pengantin.
bz kenduri semua tak bnyk sgt gambar hari tu.
kemain silau muka aku, memancar2.
peluh sebenarnya tu tambah flash kamera lagi.
panas berkuap wohhh.

setel kat situ, pkul 2 dah gerak balik homestay.
kemas2 nak gerak balik dah.
gerak awal nak jln2 katanya.

so, tinggal la adik aku kat situ.
selamat dah jadi suami org.
smoga dekwan@paklang bahagia sampai syurga.
rumahtangga ni kena ada give and take, kena ada persefahaman.
kena pandai kemudi, baru rumahtangga aman bahagai.
kena ingat, walau dah kawen, mak bapak jgn lupa sbb awak anak lelaki.
mak bapak tu keutamaan, isteri tu tanggungjawab.
ecewah kak hang ni..
beriya nasihat.
yelah, ilmu rumahtangga ni luas.
dah kawen 20 tahun tak semestinya bnyk ilmu, baru kawen setahun dua tu kurang ilmu.
kena belajar dan terus belajar.
gitewww.


okes, setel di Tanjung karang, kuala selangor.
soon, majlis kat rumah mak bapak aku pulak.
bizis je semua kat sini.
nnt kita citer2 yehhh.

Wednesday, September 09, 2015

#Paklangkawen : Akad nikah di Kuala Selangor

adik aku yg no 3 nak kawen.
dah kawen dah waktu entry ni keluar.. ahaha..
refer ke entry cuti tu, pegi ke Kuala Selangor sebab dia nak kawen lah.

kami gerak lepas asar. plannya lepas sembahyang jumaat.
sama lah jugak kan?
hahaha
dari rumah aku pkul 4 petang, ber 6.
kami 4 beranak, maktam (mak sedara) dan maklong Da (pengasuh Aniq).
singgah ambik van, pastu gerak terus ke umah mak bapak aku.
kitaorg sewa van 3 hari.
dari rumah mak aku, diorg siap sembahyang asar, jomlah kita.
kat sana, abah, umi, adik aku 2 org and makndak, jiran sebelah rumah .
tak penuh pun van, ada 2 seat kosong.
ok la kan, tak la penuh sangat.
boleh letak Aniq tidor.

sampai kuala selangor pkul 1.30 pagi.
patut boleh sampai lagi awal, tapi kitaorg kerap gak brenti.
brenti makan, brenti sembahyang, brenti g toilet.
kena pulak Aniq tak berapa sihat, asyik berak.
dia demam actually.
demam panas yg buat mak pak dia gelabah.
tu nnt lain entry aku share.
mujur jugak sepanjang perjalanan tu dia ok, takda meragam sgt.
cuma dia kerap berak.
panas nak keluar mak aku kata.
so, asyik brenti nak tukar diapers.
sokay sebab pegi sendiri takda rushing apa2.
atas highway pun smua ok.
papa sorang je drive sampai sana.
laki aku gitu dah, kalau g memana, dia lebih suka drive sorang.
bawak kreta waktu malam, takda hal.
siang payah sket, sebab tu kami gerak petang.

isteri adik aku@paklang, org Tanjung Karang.
landmark rumah family dia is hospital Tanjung Karang.
tak besar sgt pekan Tanjung Karang tu, tapi jem!
jem sebab trafic light jeeeeeeeeeeeeeeeee.
stress btoi.

pagi sabtu takda buat menda.
bgn pagi, lepak2, break1st pastu pkul 10 baru siap2.
kitaorg ambik homestay kat sana.
pastu abang aku, paksu (adik abah) and sepupu datang join sekali.
ramai la jugak jadinya.
ada lagi sedara yg lain tapi tak dapat nak join.
pkul 12 gerak ke rumah pengantin utk akad nikah.



dah sampai rumah kenduri.
kakak yg tgh moody sebab nak g duduk dengan papa.
well, kakak mana bule berenggang dgn papa.
mama pun kalah bab ni.
masa ni perempuan semua dah duduk sebelah sini, lelaki sebelah depan sana utk upacara akad nikah.
tok imam dah sampai, so takleh nak melintas ke sana.
merajuk la mek tu..



ok sekejap, main2 dgn adik.
adik memula ok, siap duk bercakap hu ha hu ha lagi.
tok imam duk baca khutbah nikah nuu kat depan dik..
pastu duk ek ek, tak sedap badan.
dedar lagi badan dia masa ni.
kesian sgt, duk  merengek jugak la.
selesai akad nikah, pengasuh bawak duk luar.
ok sket tak merengek sangat.



sah selepas 3 kali akad.
apadaaaaaaa.
welcoming new family members, Surya.
pengantin dengan barang mas kawen.
mas kawen dia duit dan serba satu, sepersalinan, kasut dan handbag.

masa nak akad nikah, aku dah sebak.
bergenang2 air mata.
ntah kenapa, maybe sebak sebab adik aku nak kawen.
kami close jugak, so rasa sebak sket.
dah selesai akad nikah, batal air sembahyang, sarung cincin semua, adik aku datang salam dengan mak aku.
pastu salam maktam, pastu salam ngan aku.
bila salam ngan aku, otomatik dedua nangis.
spontan.
dia pun beriya nangis, aku apatah lagi.
sedih dan seronok dia dah kawen.
rasanya korang paham kan camna perasaan tu.
kakak yg duk jaga adik, duk dgr masalah dia, gelak sama2 share crita, bila dia dah kawen of coz la rasa sedih sket.
pastu semua family members yg lain menangis jugak.
hahahaha.

moga lepas ni dia bahagia dengan keluarga baru dia and tak lupakan kakak dia yg sorang ni.
ehehehe..



family photo.
bnyk lagi pic sebab kat depan tu bnyk cameraman amatur.
Amni takda, ada dgn papa, Aniq dengan pengasuh.
untung jugak bawak pengasuh Aniq, dia blh tolong jaga Aniq while aku konon2 sibok.
ada kawan aku kata aku bawak pengasuh sebab nak suruh dia jaga Aniq.
noooo.
dia tanya boleh ke dia ikut and aku mmg ada niat nak bawak dia.
sebab dia duk sorang, cuti pun bnyk hari kan?
dia pun kata blh tolong aku jagakan Aniq nnt.
lagipun dia sedara sebelah papa jugak.
dia tolong jaga anak kita, tak salah kita tolong dia pulak kan?

kebetulan pulak hari tu ramai pakai biru.

dah selesai semua, keluar mkn kat luar.
pas makan, selamba je duk lepak kat khemah buat mcm rumah sendiri.
tunggu anak makndak, jiran mak aku tu nak datang.
dia dari melaka.
dah mak dia datang sama, dia turun sekali.
kenduri nanti dia tak dapat balik.



geng power rangers biru.
ahahaha.
kazen aku ni, Ili.
umo dia 24 kut, dah tinggi gini.
jubah aku tu ramai nau yang tanya.
dlm gambar nampak kemain lawa kan?
beli kat pasar kemboja ja pun, rm60 jewww.

Alhamdulillah, selesai akad nikah.
pastu semua pakat balik homestay, tidorrrr.
mlm tu kluar g dinner kat kedai makan paklang kat Shah Alam.
takda g jenjalan memana pun.
masa pun singkat kan?

next entry pasal majlis bersanding pulak..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...