Showing posts with label penang. Show all posts
Showing posts with label penang. Show all posts

Thursday, July 18, 2019

Bukit Bendera for the 1st time

Assalamualaikum..

minggu last raya, hujung bulan lepas 30hb kazen aku kat Penang jemput ke open house beliau.
kena pegi sebab dia kalau buat open house makan semua sedap2 hahaha
sejenis yg pandai masak anak beranak mentua ipar duai semua.
tak paham aku. duk apartment je, besar mana je pun dapornya kan?
tapi blh masak banyak jenis dan sedap.
tahun lepas dah pegi, tahun ni dia jemput lagi so jom kita pegi
hehehe
pegi balik hari jelah.
bgtau pak incik dia on je.
siap plan nak bawak anak2 mandi pantai.
keluar awal, g mandi manda dulu pastu baru g open house.
eh malas aku nak  merenyah.
sudahnya he come out with idea utk pegi bukit bendera.
yay!

so, pagi2 tu bangun subuh2.
aku siapkan bekal break1st.
tau dah perut anak2 mcm mana so kita prepared apa yg patut.
aku buatkan sandwich telor and goreng nugget.
mak aku tak ikut kali ni sebab dia tak larat katanya.
so, just kami anak beranak jelah.
anak2 semua excited mudah nau bangun pagi.
cuba kalau gerak bangun nak g sekolah. kemain liat mat aniq tu. huhu
before 7 am kami dah gerak. dasyat betul laki aku ni. jarang nak tgk dia on time hahaha

 
yg terpaling excited haruslah mat aniq
apaknya bgtau nnt atas bukit sejuk, beriya la dia pakai sweater dari rumah tak bukak2 haha
ni kat hentian Jitra. apak g top up TnG.
pakat turun melepak sama.
pastu terus tak brenti memana dah.



mak pun nak join sama posing sini.
hentian ni yg 1st jumpa kalau keluar ikut highway Changloon.
dah jadi wajib brenti sebab pak incik suka beli kopi @ milo kat sini.
anak2 pun dah tau sgt dah. dia rajin layan, so keja dia lah ni.
maknya goyang bontot je.

atas highway lancar je kreta tak banyak.
gerak awal pagi ni best.
anak2 smua mentido.
dah masuk Penang dekat nak sampai baru aku gerak.
by 9am dah sampai Bukit Bendera.
yay!

tgk masih lengang sebab awal pagi.
kat kaunter pun takda org sgt.
bagussss.
eh ni our 1st time tau mai sini.
hahahah. konon mak mentua org Penang, tiap2 tahun pegi Penang, tapi Bukit Bendera pun tak pernah naik. sabaq jelah.
eh dulu masa Amni 2y++ mcm tu pernah dah meh sini nak naik la kononnya.
skali kat parking un que mcm ngan apa, sudahnya kami patah balik.
tak kuasa aih. time tu cuti skolah, so masaklaaaa.

apaknya drop aku kat depan, dia g pusing parking.
luckly dapat parking nearby ja. Alhamdulillah.
aku turun nak beli tiket tapi tak dapat sebab kena provide IC ye anak2.
ada sorang petugas yg tunggu kat depan kaunter akan check if dah cukup semua IC, baru blh masuk beratur.
mujurlah park pun nearby, so sekejap jelah tunggu diorg sampai then aku masuk beratur beli tiket.
eh takyah beratur pun sebab tak da org.
huhu best.
tu untungnya datang awal pagi walau Sundayyyy.



harga tiket.
dewasa with IC, utk pergi balik RM12.
kids with IC, utk pergi balik RM6.
ok la kan?
a day before pergi aku tgk kat website dia, blh booking online.
tapi aku tak beli pun la. not sure mcm mana if beli online.
korang refer website sana.

dah beli tiket nnt ada electronic board kat pintu masuk utk show up our turn. refer to ticket.
mudah je.
follow je walau 1st time datang.
ada laluan nak ke train. then kena beratur la.
kat dlm ramai jugak so tak sempat nak ambik gambar.
nak pegang anak2 lagi kan?
risau gak nak lepas pun.
sekali jln 1 train. 1 gerabak je.
ramai jugak blh masuk dlm tu.
tempat duduk tak bnyk so kena berdiri.
masa naik kami kena berdiri. takpe sebab tak lama pun nak sampai atas.
dlm 10-15 mnt camtu kalau tak silap.
dulu, train tu open air. now dah bertutup and aircond.
lebih selesa.
sampai atas, so jomlah jalan2 tgk Bukit Bendera.




pit stop pertama.
ramai jugak ni. blh tgk Penang dari sini.
pagi kan, so berkabus. sejuk ja cuaca.
aku tak ambik gambar bnyk sgt. gambar anak2 jelah.
pak incik bnyk jugak dia snap dan aku lupa suruh dia share. hahaha



ni tak ingat area mana.
pokok bunga lelawa la haiiiii. mcm cameron highland la lebih kurang.
aku minta pak incik snapkan, laju je mat aniq meh menempel.
dia mana blh tgk mama pose sensorang.
sudahnya dlm 10 snap 1 pun tak elok sebab dia pose mcm2 style.
sabaq jalah budak ni.



depan Owl Museum.
tak masuk pun. museum tu kat bawah, tapi kami naik ke atas.
aku tgk tak ramai pun masuk.
mostly org yg datang nak bergambar je hehe


ni kat bahagian atas tu.

ada kunci2 cinta kat sini.
apaknya tanya apa ke benda nih? old skol la awak bang..
ni kau kunci cintaku didlm hatimu laa hahaha
ada org jual padlock mcm2 pesen kat situ. tak kuasa aih nak beli
anak dah 2 nak kunci menda lagi tahhh hahaha

pastu ada 1 arca love besar kat situ. berpagar.
nak masuk bergambar sila bayar.
aku perasan bnyk arca or kawasan yg lawa2 diorg pagarkan
nak  masuk kena bayar.
eh2. pandai buat duit ehhh
kami tak masuk pun. pusing2 tgk kat tempat lain jelah. luas jugak kawasan atas tu.
ada buggy, blh naik utk pusing2 kat atas.
2km pegi 2km balik, RM35. uhuk2.
takpelah...
pastu ada Haunted House and Costume House. anak2 gedik nak masuk.
apaknya ngikut. dewasa dia ambik sorang RM10 anak2 tak payah.
sekali masuk, hampehhhhhhhhhhhhhhhhhhh.
haram tak best.
costume pun buruk and lama. dah rosak. pastu ada patung2 superhero.
pastu miniture je bnyk. bilik pun kecik je. tak best.
rumah hantu aku tak masuk. malas.
aku rasa 1 round tu 3 minit je kut hahaha
Aniq tak takut pun. sabaq jelah.
pusing2 ada playground. so bg anak2 main kejap.
pastu turun lah.
matahari dah mula memunculkan diri. org pun dah makin meramai.
dlm pkul 10.30 tu kami turun.
actually Amni tu buat perangai. duk lapar lapar.
haishhh. padahal aku dah bawak bekal, dah setel mkn pun dlm kreta.
saja nak buat perangai. so kena la leter ngan mama. dah lama sket jln baru ok.
tak sabar2. aku cakap mana ada makanan kat atas ni. kafe pun tak buka lagi sebab awal.
turun tu tgk ada AnW, so apaknya tapawlah food kat anak2 dia.
kan ada kafe kat atas nun yg ramai duk share ais kacang viral la menda tah.
tak sempat try. aku pun tak perasan ahaha.
lagipun nak pegi mkn tempat lain.

tercapai lah jugak hasrat nak naik Bukit Bendera.
kut nak repeat dlm masa terdekat ni, tak kut.
tunggulah 3-4 tahun lagi hahaha

keluar dari situ kami pegi mkn nasi kandar Kg Melayu.
weehoooo..

Thursday, October 29, 2015

Unplanned vacation : of coz la Penang....

ni kesah awal bulan hari tu.
betul2 punya unplanned ni.
hari nak pegi baru booking hotel.
seb baik ada.

crita dia gini..
kak ipar aku sekeluarga balik sarawak seminggu.
lama dah diorg tak blk sana, umur Hana la.
oh, husband dia @ biras aku org sana.
so, mak tok and wan duduk berdua je lah kat rumah.
sunyi la cucu takda.
plan awalnya, masa diorg blk sarawak tu, kami nak g kl bawak ayah and mama.
dah cucu takda, mudah la sket diorg nak berjln kan?
kalau tak susah sket la sebab cucu blk skolah kang takda sapa nak tgk.
tapi kan jerebu kat sana agak teruk masa tu, wan tak blh terdedah sgt sbb dia tak brapa sihat.
bila ntah dia mcm penat sket.
so, kensel g kl.
kalau tak nak ambik cuti terus sampai awal muharram tu.
hari jumaat mlm, 9hb tu kami pegi makan nasi kat umah wan.
sesaja laki aku duk sebut jom pegi Penang.
dah tak jadi pegi kl kan?
sian pulak diorg duk terperuk kat rumah + nak g jenjalan skang ni mudah sket sebab takda or kat rumah.
pagi sabtu baru decide betul2.
sebab papa kena g opis dulu isi borang cuti.
then ayah confirm, tapi kena share2 utk hotel, tol dan minyak.
before papa g keja, aku check hotel dulu ada ke tak.
kang takda, naya je.
hotel pun yg selected je sebab mama and ayah tak leh naik tangga and takleh jln jauh sgt.
pilihan Sri Malaysia and Vistana.
Sri Malaysia dah mahal skang ni eh?
Vistana murah and dapat 50% kalau booking online.
later aku share pasal hotel Vistana.
then papa g keja dlu, aku mula packing.
stress woo packing last minit walau nak pegi Penang yg 1 hari 2 mlm je.
bukan baju budak2 je baju mak pak pun sama.
laki blk tghr tu aku tak sudah lagi.
mana nak packing, mana nak basuh baju, nak kemas rumah nak masak utk Aniq.
adehhhh.
aku kalau nak g memana, nak tinggal rumah aku tak suka tinggal rumah bersepah.
mesti kena kemas elok2 dulu.
sebab nnt blk dari mana2, kita letih then tgk rumah pulak huru hara, lagi la letih.

pungpangpungpang, lepas zohor jugak kami gerak.

so, here we go................ Penang!
yay!!

Penang again..
hahahaha..




atas bridge.
jerebu masih ada tp tak tebal sgt.
anak2 masa on the way ok je.
Amni la paling seronok bila bgtau nak pegi jalan2.
Aniq tak tau apa2 lagi kan?
trafik pun lancar je.
takda singgah mana2 pun, terus pegi hotel.

sampai Vistana dlm pkul 5.
check in dulu.
kitaorg ambik apartment sebab lagi berbaloi dr ambil 2 bilik.
kalau ambik bilik, kami haruslah kena ambik family room skang ni kan?
jadi mahal balik compare dgn ambil apartment.
sebab dpt diskaun kalau booking thru website diorg.
aku request 2nd room tu 2 single bed.
skali diorg tak da ke camna ntah.
so, diorg upgrade ke apartment 3 room.
wow!
harga masih sama.
wow lagi.
yay yay!

Alhamdulillah.
niat baik, balasannya baik.
mula2 tu masa decide nak pegi aku berbolak balik jugak.
sebab hari sabtu tu 1st class utk semester Sept ni.
mcm rugi  kalau ponteng sebab 1st class kan?
tapi pikir nak happykan hati org tua, pejam mata la kejap.
diorg pun jarang pegi mana2.
takpelah aku pikir, bukan selalu.
then, dapat rezki apartment besarrrrrrrrrrrrrrrrr.
later aku share pasal apartment kat Vistana tu eh.

dah check in, lepak and rest kejap.
mandikan budak2 and sembahyang smua.
pkul 7 dah siap nak gerak g dinner.
keluar awal sebab kang jem.
sembahyang kang bule jamak takhir.
nak redah ke Padang Brown tu bule tahan jauh dari hotel.
tu port wajib kalau datang Penang.
mentua aku tak minat sangat nak g lepak or makan kat area Padang Kota sana.
so, aku pun tak pernah la pegi sana juga sepanjang duk g Penang ni.
lagipun laki aku tu mana la minta kat tempat org ramai gitu.
aku pun tak minat. hahaha.

makan kat Padang Brown takda gambar sebab huru hara dengan anak2.
anak dah 2 ni tau lah dia punya kalut tu camna kan?
gilir2 pegang Aniq ngan papa dia masa makan.
kakak pulak duk meragam sket sebab lawan angin dia.
biasalah budak tu, kadang2 ada angin kus2 mengada tak tentu pasal.

makan tu mcm biasa, sup, ais kacang, pasembor, and celup2 goreng.
boleh tg kat entry Penang aku yg lepas2.
sama je.
beza kali ni, food court kat Padang Brown dah upgrade, dah buat lain.
lawa and lebih selesa.
parking pun lebih luas.
mlm tu rezki betul, dpt parking betul2 depan food court.
sebelum ni park nuuuuuuun jauh ke dlm.
kena stop turunkan mama ayah dulu.
makan bnyk jugak mlm tu.
ayah siap bedal sup ekor lagi.
ais kacang 2 mangkuk.
hahaha.

sekali sekala langgar pantang.
blk kang mkn ubat dia kata.
dah kenyang, jom lah kembali ke pangkal jln.
takda singgah mana2, terus blk hotel.
papa nak rest.



budak 2 org ni mana reti letih.
blk hotel, dah tukar baju semua eh cergas pulak.
Aniq duk merangkak memanjat rata.
Amni pun sama.
suka sangat sebab hotel ni best katanya.
hahaha.
yelah, selalu pegi hotel duk dalam bilik je kan?
yg ni apartment takda la rasa terkurung sgt.
mama layan tv, diorg duk main berdua.
ruang tamu luas, seronok la berguling.
plus sejukkkkkkkk sangat.
ekon 1 rumah ye dokk?

oh, ada crita pasal kakak kat sini.
petang tu dia bgtau nak berak.
dia dah free diapers waktu siang and mlm kecuali nak poo poo.
tak pandai berak jamban lagi walau mama dah berapa kali ajar and marah.
siap beli alas yg kecik tu pun tak jadi2 jugak.
sementara nak reti kan, dah lama berak dlm pampers.
aku bgtau tak bawak pampers kakak pun.
dia suruh g beli baru.
aku cakap kat Penang takda jual pampers kakak.
dia pegi blik air belakang, tgk lawa nau, dia sendiri cakap nak berak jamban.
so, papa angkat and tunggu dia.
skali, berak kauuuuuuuuuuuuuu!
hahahaha.
kami dua2 punya excited sebab kakak dah pandai poopoo kat jamban!
akhirnyaaaaaaaaaa.
walaupun kena sampai ke Penang.
ada hikmahnya mama ponteng kelas ni kakak oi.
hahahahahaha.
so, now kakak dah free diapers sepenuhnya!
yay!!!
thumbs up to kakak



aktiviti day 2.
mandi pool!
kakak duk berzikir tu je bila bgtau tdor hotel.
otw ke bilik pulak kena lalu pool, lagi la kuat zikirnya.
so, esok pagi lepas breakst1 ala kadar, jom kakak kita g mandi kolam.
oh, stay apartment takda break1st ye.
sokay sebab Penang takda hal bab makan yeh.
papa, wan and maktok pagi2 dah keluar g pekena nasi kandar Kg Melayu.
tu pun port wajib.
aku tak ikut sebab nak bawak kakak mandi kolam.
kalau ikut, nnt kut tak sempat nak mandi.
pkul 12 dah kena check out kan?
pkul 9 turun mandi.
punya lah dia syok.
ada pulak budak perempuan baya dia, seronok  la main.
Aniq main kat tepi2 je.
aku malas nak berendam sama walau tak ramai pun org.
duk lepak tepi sambil tgk kakak and sembang2 ngan sorang makcik tu.
sejam berendam, kakak ajak naik.
puas mandi sampai dia sendiri yg tak nak.

naik bilik, mandi, siap2 nak checkout.
papa blk bawak makanan, jom kita makan dlu.
roti telur utk kakak and nasi kandar Kg Melayu utk mama.
up sket ngan kopi.
perghhhhhhhhhhhhhhh mabeles.



dah siap dah.
budak 2 org ni la yg paling happy, main je.
mujur tak meragam sgt.
ada la sket2, biasalah budak2 kan?



selfie seround.
ehek ehek ehek.
tq papa bawak kami jln2.
tq wan sponsor hotel best.
hahahaha.

kakak asyik la cakap best sgt hotel ni.
lawa and sejuk.
sayang mama ngan papa sebab bawak kakak jalan2.
siap takmo balik rumah nak duk hotel ni.
tak rindu rumah katanya, nak duk sini.
amboi kakakkkkkkkkkkkkk..
banyak la sangat duit mak pak awak nak duk hotel lama2.

check out, then hantar mama and ayah g umah sedara mama kat Bukit Jambul.
kami nak p ronda2 kejap.
plan awal la.
tapi lepas tu melencong g Relau kat umah sepupu aku.
moh le kita ziarah org sakit daripada pegi ronda2 tu.
pahala pun dapat kan daripada membazir duit.
hehe..
sepupu aku detect problem kat buah pinggang.
punca dr darah tinggi, efek ke kidney pulak.
muda lagi, dalam 38 camtu.
anak kecik2 lagi.
adehh... risau oi, ingatkan takda apa2.
just darah tinggi biasa sebab keja kilang, rest tak menentu.
now kena dialisis seminggu 3 kali kalau tak silap.

siap solat jamak smua, gerak ke umah sedara mama.
ingat nak blk terus, skali tok kiah buat makaroni sup bagai.
so, lepak2 dlu.
pkul 4++ gerak balik.
balik ikut feri pulak.
saja bawak budak2 naik feri.
skali Amni tdor daaa masa tunggu feri.
Aniq plak terjaga masa atas feri tu.
so, dapat la mama papa ronda2 kejap bawak adik.



tapi adik muka takda perasaan pun.
br bangun tdor kan?
tdor pun baru 20 minit camtu.
papa je excited lebih nak bg adik cheer up sket.
tu baju dah tanggal sebab panas.
turun feri, adik sambung tdor balik.
adik tdor mama pun bule layan tdor jugak.
sampai Arau ok adik ngan kakak tidor.
dasyat btoi.
letih mandi kolam papa kata.


otw tu masuk Alor Star kejap pegi Ukir Mall cari serunding.
wan nak makan ngan ketupat.
sampai rumah ngam2 org azan maghrib.
budak2 dah cergas balik sebab dah tdor lama.
mama kena buat keja laju2 sebab esok kejaaaa.

so, itulah kisah unplanned vacation kami.
sebelum ni pernah gak unplanned gini.
tapi yg  ni betul2 punya unplanned.
pitis pun tak berapa nak ada sgt.
1 apa tak beli kali ni.
isi minyak ngan tol, pastu makan2 je.
edisi sep bajet namanya.
sokay je, as long as semua happy.

Monday, May 25, 2015

Family Day Office@Feringgi

lama dah opis aku  tak buat family day.
bnyk sgt kekangan.
halangan paling besar is time lah..
sebab kami buka sepanjang tahun kecuali public holiday.
peak season, which is exam week.
sekarang pun jadual cuti semester dan berubah.
so, mmg susah nak edjas masa kalau nak pegi jauh2.
setakat dekat2 sokay la.

awal bulan hari tu, edjas sana sini, so dapat jugak buat family day.
tu pun setelah mcm2 hal jugak.
nak ikut semua kepala yg ada kat opis tu, mmg susah la kut.
memula masuk keja dlu, aku dilantik jadi AJK kelab kakitangan.
setelah 6 tahun ke 7 tahun kut, baru rombak lantik ajk baru.
utk kali ni, tak da jawatan dah.
so, follow jelah perancangan ajk yg lain.

cut it short, terjadilah family day @ feringgi.
pegi balik hari masa cuti hari wesak tu.
kejadian pada hari senin, cuti ganti hari ahad tu.
aku memula tak tau nak join ke tak sebab papa keja.
tapi mcm nak bawak Amni g seronok2.
nak bawak dia naik bas.
tapi Aniq cemana pulak?
tak kuasa kut nak bawak dua2 and nak handle sensorang.
so, adik kita tinggal.
lagipun kesian kut kang panas, tak selesa ke apa.
tepi laut tu panas oi.
kebetulan kazen balik cuti, so tinggal ke dia.
seronok la diorg jaga budak kembong tu.
dia tak da hal, dengan sapa pun ok je.
anak2 aku semua biasa dengan family mak sedara aku tu.
Amni dulu masa kecik2, merata diorg bawak, nu sampai penang.
papa duk susah hati anak dia tak balik2.. hahahahahha

so, pagi senin, awal2 dah gerak kakak bgn nak siap.
sebab bas gerak pkul 7.30 pagi.
gerak awal, sampai awal kan?
senang dia bgn sebab mlm tu dah bgtau nak pegi jenjalan naik bas.
menggedik la..



 

budak seronok naik bas.
memula diam je, muncung je mulut bila org pakat duk tegur,
tak kenal kan?
tapi dapat tgk la happy face dia tu.
tak duduk diam kut, duk tengok keluar je.
syok naik bas..
mak ko ni tak heran dah kakak oiii.
dulu2 duk keja naik bas jeee..
takda kreta, ada pun moto buruk.
nak keluar g pekan, berjam2 tunggu bas.
huhu...

lepas benti break1st kat gurun, dia dah caj bateri sket dah.
dah mula sembang ngan opismate aku yg lain.
dah mula nak menggedik.
ramai gak yg naik bas.
ada gak yg pegi sendri.
bawak suami@isteri dan anak2.
seronok sebab masing2 dah lama tak berjumpa.
dulu tgk kecik je, now anak2 dah besar panjang.

pkul 11 pagi camtu dah sampai feringgi.
yg pegi dgn kereta, dah sampai g cari tempat dulu.
mujur org tak ramai dah hari tu.
bos cadang buat hari senin nak elak dari sesak org ramai.
kalau ahad, silap2 ramai kut.



suasana sekitarnya.
ni guna hp aku je.
ada bnyk lagi gambar.
tunggu opismate aku tu ntah bila nak bawak entahhhh.

dah setting tempat, kita makan duluuuuuuuuuuuuuuuu.
semua dah lapar.
makanan kami tempah je kat sana, senang.
diorg meh hantar sanpai ke pantai.
setel makan, diorg meh ambik bekas.
tak pyh bnyk pikir.
tapi a bit pricey la..
well, penang... eheh.
tapi makanan semua sedapppppppp.

pas makan, jom anak2 mandi.
panas bule tahan.
tapi budak, dia kesah apa ye dok?
Amni memula main pasir ngan zikri and pia.
main pun elok je takda gaduh2.
bagus anak2.
pastu mandi laut.
ingatkan takut, rupanya tak!
beria kut Amni mandi, aku pun naik heran.
ombak tak kuat sangat, so ok la.
ada ramai kawan, syok dia.
menjerit2 mandi.
aku tak mandi pun, tunggu kat tepi je.
takat basah paras lutut je pun.
then buat sukaneka sket utk budak2.
seronok and lawak tgk gelagat diorg.
isi air dlm botol and tiup belon.
macam2 gelagat.
yg bersungguh, yg merajuk tak menang pun ada.
hahahaha...
penat kut duk sokong diorg.
penat gelak pun ye jugak.
pastu bagi gift sket utk diorg.
semua budak2 dapat.
hadiah murah2 takpe, janji diorg syok kan?
then, gift utk staff pulak.
pun hadiah simple, and semua org dapat.
sokay je, tanda kenangan kan?

dah setel, lepak2 kejap, ambik gambar, siap2 balik.
event simple, tapi meriah and best.
sebab dah lama tak hepy2 mcm tu.
sekali sekala keluar dr opis ramai2 mcm tu syok jugak kan?

otw balik..



penat mengepak..
ehehehe..
seb baik dia tak meragam apa walau letih.
now asyik sebut nak g penang, nak naik bas opis mama.
seronok dia kata mandi pantai.
nnt2 kita pegi lagi eh kakak?

Monday, April 21, 2014

Jambatan ke 2 Penang...

ini cerita hujung bulan lepas.
nasib baik belum sebulan lagi, masih tak basi lagi lah..
ehehehe...

plan ad-hoc je nih.
laki aku punya pasai.
sesaja duk sembang2 ngan ayah, duk ajak ayah g penang naik jambatan baru.
awal cuti skolah tu akak sefamily g bercuti kat penang.
saja bawak budak2 katanya.
ayah ngan mama tak ikut, malas nak jalan katanya.
dah diorg balik, laki aku sajaaaaaaaaa ja duk racun depan jom jom g penang.
naik jambatan baru, pastu klau nak g umah sedara mama dekat dah.
mama dengar anak dia nak bawak g umah sedara dia, dan2 nak g penang.
hahahahah..
ayah pun sama, nak g makan nasik kandaq.
makan, jomlah kita g penang lagi... pfffff

pegi hari jumaat 28hb mac tu.
overnite semlm je.
plan dlm minggu tu jugak, gigih la aku carik hotel, nan hado yg kosong.
klau area feringgi takda hal, ni nak stay kat area bukit jambul sana.
full house semuaaaaaa.
ayah ngan mama stay umah sedara mama, Tok Kiah.
kami duk hotel, sebab umah tok kiah kecik je, yg ada pun 1 bilik yg available.
knowing my husband tu jgn harap la nak duk umah org.
last2, dapat la hotel bajet sajork..
nasiblahhhh..

pagi jumaat, cadang nak gerak dlm pkul 10.
beli breakfast kat kfc dlu, g top up la, basuh kreta la, pkul 11.30 baru nak gerak.
skali, masa basuh keta, tayar pancit pulok..
haiyaaaa..
pancit yg bukan sikit2, koyak terus tayar tu.
laki aku syak, masa kat car wash tu.
masuk yg jenis otomatik tu, masa nak kluar dia ada rasa mcm terlanggar tepi rel otomatik tu.
sebab bangla yg duk wax tayar tu tak cakap apa2 pun, padahal ko dah nampak tayar dah kempis habis dah...
bengang jugak laki aku time tu..
seb baik diorg ada pam tayar, pam laju2 drive laju2 g kedai tayar paling dekat kat jejawi sana.
tayar tu dah tak leh pakai, kena tukar trus..
tak pasal melayang rm190 pagi tu..


cik kuntum yg sronok sangat nak g penang..
masa kat kedai tayar tu, aku ngan Amni kluar duk luar.
ada 1 mamat ni datang kedai naik kreta apa ntah.
gemok gilaaa. Amni pandanggggggggg je mamat tu.
hairan gamaknya sebab gemok nau...
slalu tgk mama je gemok kan, ni ada yg laaaaagi gemok
bule pulak dia tanya aku " mama, abang tu kena apaaaa??"
dang!
seb baik tak kuat sangat suara dia+ada bunyi org duk tukar tayar kan?
klau tak, dengar dek mamat tu, matiklaaaa.

dah setel, jom lah kita teruskan perjalanan.
dek kerna dah lewat, tak sempat solat jumaat hari tu.
memasing kang smayang zuhur jelah. musafir sangat..

nak naik jambatan ke 2 penang sangat kan, so jauh la sket perjalanan.
kena ambik exit batu kawan eh klau tak silap.
lupa dah kak yah..
tapi dun worry, sebab ada je signboard..
just follow je...
klau dah biasa, insyallah tak sesat...


dah naik.. yay!
masa ni masih free lagi.
lepas sebulan pembukaan, baru kena bayar.
so kali ni masuk penang tak kena bayar..
panjangggggggggggggggg tau jambatan ni, 24km eh klau tak silap.
nak tau detail, blh baca kat sini..
masa kami lalu ni, sunyi je..
yelah hari jumaat, tghr pulak tu, takda kreta sgt.
lagipun jambatan ni utk pengguna dari kl, perak sana kan?
klau tak dulu semua kena masuk ikut jambatan lama, dah ada yg ni kurang la sket sesaknya..
masa lalu tu, terasa bangga la sebab ada jambatan gini.
as a malaysian, haruslah bangga kan dengan pencapaian negara sendiri?

sampai penang, kita g makan dulu.
ayah nak makan kat kayu nasi kandar...
jomlah kita..
eh2 terlepas 1 story.

sebelum naik bridge, singgah jap kat toilet kat seberang jaya sebab memasing nak kencing.
Amni tdor. elok aku nak turun, dia pun jaga.
so decide nak tukar pampers dia siap2.
suh laki buka bonet keta, nak ambik beg Amni.
sekali,.... ehhhhhhhhhh, mana beg Amni??
yeszaaaa, beg Amni tak ikut Amni g penang..
syabassss!
1 haram apa benda dia pun takda.
pampers sekeping pun takda, baju lagiiiiii la takda..
cuak dah aku, nak hantuk pala kat dinding dah.
1st time kut lupa beg anak..
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. tak suka tak suka!

dek kerna tu, aku ni duk merintih la, mampoih la kena beli baju baru kat Amni.
bukan beli sehelai 2, bnyk gak la kena beli kan sebab esok baru balik.
haishhhh..
duk merintih kemain, wan kasik kat Amni rm50 suh beli baju.
yay!!
hahahahahaha... mekasih awan!!
oh, Amni panggil pak mentua aku tu awan atau wawan..
kazen lain panggil wan, dia sesedap rasa panggil wawan..
pun boleh..

pas makan, hantar mama ngan ayah g umah Tok Kiah pulak.
berpusing2 cari lepas pergaduhan 2 beranak tu.
ayah kata sini, laki aku kata sinun.. haishhhhh, sakit kepala aku dengar diorg duk gaduh carik umah.
memasing nak menang, then menang ke laki aku.
heheheheh..
dah lama tak g umah tu, so ayah ingat2 lupa.
dah sampai, lepak2 kejap, pastu jomlah kita g beli baju baru utk meni..
pegi mana yg dekat sudahlah, aku dah tak larat.
gagahkan diri je tu pun.
end up pegi Kompleks Bukit Jambul, dalam tu ada Mydin.
1st time pegi kut, tercangak2 laki bini.
siap hafal lagi kedai sini, sini, pusing sini, turun sini bagai.
best woh Mydin situ, besarrrrrrrrrrr..
pastu murah!


cik kuntum dapat yg ni, tak mau turun dah...
layan jelah kejap..
beli baju Amni laju2..
sambar skali susu 2 pek, Drypers ngan toiletries dia.
mana yg penting je utk 2 hari ni.
masa nak bayar, cashier tu cakap baju2 tu smua ada sale, tapi kena ada member card.
ah, sudahhhh, mana ada kan?
makanya, buat muka kering jelah aku minta pinjam dgn akak kat depan.
seb baik akak tu kasik.. yelah bukan kena bayar pun kan, dia siap dpt point free lagi.
baju2 Amni semua diskaun 50% uolls..
tshirt aku ambik 2 helai, sehelai rega rm5.90 je..
legging 1, rm9.90.
baju harian sepasang, rm13.90.
baju tidor selai rm15.90.
1 lagi gaun tdor, rm13.90.
total up baju2 Amni, after 50%, cuma rm32.70 jewwwwww..
dahla baju semua gambar hello kitty... kahkahkahkah..

dah setel semua, laju2 balik nak g check in hotel.
aku stay kat Farin Hotel. booking thru online je.
ambik family room, 1 queen size bed+single bed attached bathroom, rm130..
boleyla, nama pun hotel bajet.
tingkat 3, jenuh menapak.
yg penting ada hot shower ngan ekon.
lepak2 kejap, pastu siap2 nak kluar dinner plak.
as usual, g padang brown.
nak g ambik ayah, mama ngan tok kiah lagi.
dari umah Tok Kiah, nak kesana mau setengah jam jugak..
kat padang brown, makan mcm biasa, sup, pasembor, cucuk2 tu ngan ais kacang.
aku suka mkn situ, sedap dan tak mahal sgt.
Amni makan nasi dgn sup ayam banyak jugak mlm tu.
pas makan, g umah sedara mama kejap, alang2 dah dekat situ dah.


Amni pakai baju baru beli kat Mydin. syok sgt sebab baju hello kitty.. hehehe..
menggedik main, seronok sebab ada kawan.
kakak Insyirah, muka anak mami habis budak ni.
comey sangat.. masa jumpa dulu, umo dia baru 2 thn kut, now dah 5 thn dah.
tgh main, tgk mulut Amni duk kumat kamit, bila tgk skali duk makan coklat sugus.
ohemgee anak!
seriau aku, seb baik tak terjerit masa tu.
dah la kat umah org kan?
kakak kasik katanya.. yelah, kakak takpe, dia dah besar, awak tu tak pernah makan coklat okessss.
seriau aku kut lekat ke tersedak ke apa..
haiyaaaa budak niiii..

dah hantar ayah ngan mama, dah jom kita balik hotel, letih sgt dah aku ni.
Amni tdor masa otw, sampai hotel tukar baju diapers bagai, eh segar bugar pulak..
main la dia sensorang dgn hp, mama papa nak tdorr..

sok pagi, siap2 pkul 10 checkout terus.
g break1st mc'd then pecut g ayer hitam.
ayah nak nasi kandar kg melayu.
nak kesana tu jauh la jugak, tambah dengan  jamnya, sejam oi baru sampai.
stress haku!

nak balik, laki aku on gps, cari jalan lain.
skali haaaa, setengah jam saje dah sampai bukit jambul.
coi btui..
tengok gambar ni nak tergelak plak aku.
2 beranak sebok nau nampaknya.
sorang duk carik jalan, sorang duk main game..
hahahahahaha...

dah hantar nasi, jom kita g queensbay sat.
lama dah kut tak g sana.
dah dekat dah and ada benda nak carik.
aku nak g Aeon, nak beli seluar ngan kasuit baruuu..


beriya mek ni buat peace tapi tak jadi..
tak lama pun kat sini, beli2, pastu blah..
balik ambik mama ngan ayah, jommm balik perlis.
atas highway ok je, memasing pakat tdor.
sampai alor star, hujan lebat gila sampai ke jitra nu haa..
laki aku pun nak terlelap dah.
sampai rumah ngam2 azan maghrib..
Alhamdulillah, selamat sampai dari percutian mengejut..
eheh...


dah sampai umah, Amni tgk ada beg dia atas sofa kat ruang tamu.
"kita nak p penang lagi ka mama??"
nak jawab ke takkkkk?
kita baru sampai dari penang ni nak, jgn nak perli2 mama pulak...
bapak kauuuuu yg lupaaa..

Tuesday, July 09, 2013

Penang | Day 2

last entry pasal penang.. plan hari ni nak ke Taman Rama Rama je. saja nak bawak amni g sana. so, bgn pagi, moh kita break1st dlu.

budak baru bgn tdor. basuh muka, tukar diapers, jom kita isi perut dulu. mama is laparrrrr...


bufet is sedihhhhhhhh.. haishh.. tak banyak choice sgt. kesimpulannya boleh la dari tak ada. ada mee goreng, nasi lemak, err, apa l agi ntah. roti2, cereal sket. turun plak dah pkul 9, dah nak habis dah. amni mkn nasi lemak. bnyk jugak dia mkn. bapaknya turun kejap je pastu naik balik sebab nak g toilet. dia mmg jenis tak break1st, so kami dua beranak jelah kat situ. seb baik amni behave dapatlah maknya mkn sket.

naik bilik, siap2, nak g mandi pool katanya. pool nun atas skali. gigih la pakai baju mandi kat amni. budak tu pun tgk maknya kasik pakai baju mandi, menggedik sronok. mulut tu duk sebut didi didi.. sabar2...

end up, mandi kat bath tub sajork.. hahahhahhahaha.. sebab pool dia besau and dalam. xdak pool utk budak. yelah, kolam nun atas langit. so, ala kadar saja. dlu saty kat rainbow paradise kat batu feringgi sana ada pool kecik utk budak. bule la letak amni  kat tepi tangga, dapat la dia main. yg ni utk budak pun mau paras pinggang aku kut. dengan panasnya, so apaknya cancel jelah. kita mandi kat tab cukuplah nak oii.. tu pun dia dah sronok dah. janji dpt main air ye dok??

then, jom kita siap2 nak chekidoutt..

best pic ever... mihmihmih.... tgk la amni.. gedik btoi..

dah checkout, pegi Gama kejap. haruss pegi, selagi xpegi, selagi tulah aku duk berzikir kat laki aku. hihi.. nak pegi queensbay ke, shopping complex lain, aku malas. org ramai, tempat besar, malas laaaa nak berjalan. laki aku lagi la xkuasa nak pegi. kita pegi tempat  yg mudah jelah. Gama pun ok pe, aku boleh je nak shopping.bukan nak beli apa sgt kan sebab datang nak berjln, bukan nak shopping. skali tgk, susu amni muurah, so kita zass 3 paket trus. naik ke ladies department, ada sale.. mihmih..

setel kat Gama, g mkn nasi kandar. kat depan gama tu jugak, apa ke nama ntah. lupa.. xsedap :-( .nak ke kayu malas, trimalah nasi xsedap tuuuu...



destinasi seterusnya? Taman rama2 batu feringgi...

entrance.. tiket RM18 seorang.. amni xkena..
ramai jugak org walau dah hujung2 cuti skolah..


rama2 banyakkkkkkkkk.. cantik2 pulak tu. kecik besar smua ada. tempat pun just nice. ada air terjun, ada pokok2, ada binatang2 lain jugak like itik, apa ntah lagi.. tapi berpeluh2 sket la. eh, banyak. hehe.. bukan panas yeh, berkuap. mcm terkepung, aliran udara mcm disitu je. berpeluh2 kami anak beranak walaupun ada kipas.


sepanjang dlm tu, bergaduh laki bini. sebab amni xnak jalang langsung! berdukung je. takut rama2.. hahahah.. sebelum ni duk tgk dlm tv je, skali ada depan mata, terbang2 sana sini. hinggap kat dia pulak. apa lagi, meraung la cik kenit tu.. kejap pass ke mama, kejap pass ke papa. nasib laaaa. dah la berkuap, berpeluh2, dokong dia lagi.. sabar jelah..


duduk kejap, ambik gambar. ini pun tak dilepas tangan kita. takut sangat dekat rama2 tuh.. klau tau gini, kita g taman burung je dr awal..

kluar dr kawasan rama2 tuh, ada mcm bilik2. situ ada aircnd, rasa bernapas la sket. ada 1 bilik video, ada tayangan pasal rama2. lepak kejap sebab situ sejuk. dah klaur dr sangkar rama2 amni tak nangis sgt dah sebab rama2 dah xda + sejukkkk.. pastu jln2 dlm tu. ada pameran rama2, serangga2 mcm labah2, mcm2 lahh. geliiiiiiiiiii.. aku xleh tgk sgt labah2 ni smua. meremang bulu2 kat badan. tu masa g tgk binatang apa ntah yg ada tanduk tu, bule plak dia duk bersenggama depan org. haiyoooohhh..


sejam lebih jugak kat dlm tu. laki aku pusing habis, tgk smua. singgah kat kedai bli souvenior sket. bajet pelancong la konon.. hihi.. sebelum balik, tukar diapers amni, basuh2 muka sket, bancuh susu siap2. naik kreta, minum susu habis sebotol, terus tdor. sampai ke rumah langsung xjaga. ngantuk sgt dah tu dia.. dr penang, balik terus, tak singgah mana2 dah sebab nak bg sampai rumah sebelum mlm. esok kerjaaaaa..

okes, setel entry jalan2 family. bawak amni jalan2 pegi zoo, pegi taman rama2.. nanti amni besar sket, kita pegi lagi. sekali sekala mama papa bawak amni jln2. kerap2 sgt, mama papa pitamm...


Monday, July 08, 2013

Penang | Day 1

Mari menghabiskan entry jalan2 keluarga yg tertunggak sebab lupa dan tak ada masa nak update.
gitew panjang mukadimah dia.. heheh..

ni crita bulan lepas, lagi lepas. bulan 5 nun.. huahua.. lama dohhh.. pada yg masih ingat, ada entry from taiping with love tu.. ada 2 entry. patutnya bersambung ke entry penang, tapi dok sempat buat. hari ni tetiba ingat, marilah kita gigih hupdate yeh. dan korang2, gigihlah baca..

rentetan dr entry taiping, last kat situ, kami ke zoo taiping. kluar dr zoo, g bli mkn, terus zass ke penang. overnite kat penang pulak kita.. kat taiping semlm, kat penang semlm. mama nak g taiping, papa nak g penang. so, fair disitu kan??


keputusan bersama nak g taiping dlu adalah sangat bijak. sabtu masuk penang. kalau sabtu kluar dr penang baru nak ke taiping, sedikit azab disitu. kami masuk penang ikut bridge. sebelah kluar dr pulau, masya allah punya jam. bule sepanjang2 bridge tu penuh dgn kreta. pack! nak masuk tu pun jammed jugak, tapi still boleh speed la. dah habis bridge pun, masih queue lagik. smua org nak kluar dr penang kut.

masuk town, dedua laki bini duk cari hotel kat mana. kan aku booking dah hujung2, dpt la grand continential. main booking je, tak tgk kat mana. laki aku tak tau katanya. dedua sebok on waze ngan gps bagai. skali hotel kat tgh2 town, dekat sangat dengan Gama.. bahahah... gelak jalah laki aku tgk hotel tu sebab dia tau bini dia dia duk usha gama jaaaaaaaaaaaa.. hihi..

amni all the way ke penang, dia tdor. sampai hotel, baru terjaga. letih, ngantuk, cracky sket la. masuk bilik, dapat golek, dapat nenen, lega sket. mak bapak pulak nak rehat kejap, dia bule cerah mata pulak. make sure smua tempat slamat utk dia main, dapat la mak bapak rest kejap. maghrib, bgn siap2 nak kluar carik makan. dtg penang ni makanan secara tamak adalah harusssssssssssssss..

mari bergambar dlu. ada cermin besauuuu kat depan. tengok la amni tu. apa yg sronok sgt entah laaaa.. eh, kami sekeluarga sedondon pink2 jambu.. hihi.. apaknya lah ni, now nak kluar nak pakai sama kaler dgn anaknya. dgn maknya tak tanya pun :-(


anak beranak menggedik2.. bagus amni.. jalan2, letih sket, klau bule tdor, minum susu, makan, xbuat hal sgt. pasni kita boleh pegi jauh sket yeh??


gambar blurr, tapi nak share jugak. ni kat lobi hotel while waiting papa g ambik kereta. menggedik dia syok sebab xda org. kena pulak dah caj bateri kan? kehulu kehilir dia berlari. aku biar je sebab lobi tu luas and xda org. biar je dia main2 situ. nampak org masuk, laju lari datang kat mama. terkenkeng2 lari. comey sgt!


destinasi utk mkn haruslah padang brown.. muehehe.. sini sronok sebab meriah.. makanan dia pun dah tau sedap and tau dah nak mkn apa. memula laki kata nak g mkn ikan bakar, tapi jauh sket + tak tau kedai tu buka lagi ke tak. kita ke sini sudah lah. i nak mkn sup sedappp.. dekat pun dekat. nak ke padang kota, tapi malassssssssss..

org ramai tapi meja kosong ada lagi. gerai tumpuan haruslah sup! mcm2 sup ada. aku order sup ayam dgn nasi. skali nasi habis daaa.. ada roti je. so,  minta papa g cari nasik utk amni. ntah kat kedai mana dia g bli, nasi kosong sampai 3 hengget! hampessss.. nak kasik amni mkn sket ja pun. nak tak nak, beli jugak la kan? pastu membaziorrrr...

kenapa ada 2 gambar? sebab order sampai 2 pinggan.. muahahaha.. aku mmg xnak mkn nasi, nak mkn celup2 goreng2 nih. sodapppppp.. kuah dia tu yg best. ralit je mkn. tau2 dah habis sepinggan. " papa g ambik sepinggan lagai arr, sedapp.. laparrrrrrrrrrrrrrr.. ".. hehehe.. pastu order eskrem sedap pulak. xdak gambar sebab mkn laju2 sebab amni kacau. dia dah kenyang, nak turun jalan. berebut2 mak bapak makan. dah kenyang, moh kita pulang..

balik tu konon nak jln2 kejap. tapi apaknya kata letih. dah kenyang, bertambah2 letihnya kan? aku dah bebai dahhhhh. kluar kejap sgt dah nak balik. selamba ja dia pusing balik hotel. huwaaaaaaaaaaaaa.. balik tdor lah kita nak oiii.. blk hotel apaknya bantai tdor. aku jenuh nak memaksa budak kecik tu tdor. nak main pulakkkkkkkk...

day 2, kejap  lagi ehh..

Wednesday, May 18, 2011

Penang again...

selasa lepas, cuti hari wesak, g sambut wesak kat penang..muahahah....penang lagi kan..bulan ni je dah 2 kali g sana..mcm dah xda tempat lain ye dok..

tapi kali ni pegi meriah sket, sebab ada ahli rombongan..hehe..alah, kawan2 tempat keja laki aku tu la beriya nak g. diorg xtau sgt jln kat pulau, lagipun cuti kan..mek ngikut jeee...hikhik

pagi2 dah gerak, tapi xla pagi sgt. pkul 8 lebih la jugak. gerak awal sebab pegi balik hari. break1st pun dlm keta je. seb baik 6 org je yg jadik pegi campur ngan kami 2 org. klau ramai sgt karang bnyk plak peelnya..seb baik jln xjem sgt n atas bridge pun ok je..public holiday kan. dah dgr brita, jln mana yg tutup, makanya elakkan la..sampai sana pkul dkt pkul 11 dah. aku duk ek ek nk mkn nasi kandar kg melayu..hubby mula2 nk g, pastu xmo pegi sebab jauh n dah lewat. takut dah xdak lauk..tapi dah masuk pulau, bleh plak dia kata nk g, sebab aku duk kata nk minum kopi..hihihi...aku bukanlah mengidam sangat, cuma dah pegi sana, katalah nk makan..alang2 kannnn..n tq hubby sebab leh mkn dahhhhh...lebiuuuu


ni ahli rombongan...lepaking tepi laut kejap pas jln2 kat QB..hari tu cuaca elok sungguh. ni pkul 3, tapi redup sebab nak hujan.. klau x, jgn harap la nak g duk situ tgh panas merembang tu..ni ngan anginnya, mmg best la..aku sendri pun xpenah nak g duk lepak tepi laut tu..xkoser eh, panasssss..tapi xlama pun sebab nk hujan kan.

diorg ni beriya la amek gambar. yg laki tu kwn hubby, amri, yg pompuan tu tunang dia..awal 20an kut, malu2 jek..tgh darah manis ni, tu yg beriya amek gambar. duk ajak aku, eh malas la..kasik yg muda2 jelah...ahkak dah tua dek oi...hahah

apahal ntah laki aku ni melentik semacam...dah muncit...adoiiiiii..
kami xlama kat pulau, g mkn nasi kandar, g QB pastu lepak sini jap, pastu gerak g bukit mertajam..sebab laki aku ngan kawan2 dia nak g digital bay..kat QB dah tutup lama dah..tu la tujuan asal..nak carik barang katanya..mek xdak hal..diorg g lah jln2 beramai2, aku jln sorang pun xpa..lagi senang nk membeli kan dari laki duk ikut montot..lainla laki ngkau leh tlg pilih2 skali..laki ni? jgn harapppppp...tapi kat QB dia teman gak sebab situ besau nau nak jln..tu pun duk gelisah carik kawan2 dia, aku nk membeli pun xsenang...hampessss..
kat jusco BM aku jln sendri sebab dah biasa n situ xbesar sgt..tapi jln xjln sangat, sakit kaki weiiiiiii..tapi dlm sakit2 tu rasanya ku yg banyak shopping...hahahha...

pkul 6 dah gerak balik..all the way sampai exit heway kat jitra, hujan..aku membuta, tapi xsangat la sbb dlm kreta kan, xselesa..lenguh abeh badan ni...sampai umah pkul 9 camtu, layan asmara kejap, pastu kroh2 la...letih oiii..sakit badan rasa..laki aku lagi la, dia yg drive g balik..

pasni klau nk g lagi...ermm, tunggu 7 bln kut...sakit badan oiii nai kreta lama2..
tapi best gak la, sebab leh shopping lagi..ngehngehngeh...n mekacih incik suami sebab jaga isteri dia ni haa..lebiuuu

last, gambar versi demok2 kami 2 orang di tepi laut....huhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...