Showing posts with label Aidilfitri 2021. Show all posts
Showing posts with label Aidilfitri 2021. Show all posts

Friday, May 28, 2021

Selesai Puasa Syawal (puasa 6)

 Assalamualaikum..

Alhamdulillah, dah selesai puasa Syawal @ puasa 6. start agak lambat, sebab uzur masa raya tu. jarang sgt nak jadi benda mcm ni kat aku. kali ni, hari pertama puasa aku tak puasa pun. ada lagi saki baki tu. hari ke 2 baru start puasa. dan as expected, 2 hari sebelum raya, ia menjelma kembali. dan total ponteng puasa kali ni cuma 3 hari kohkohkoh. huntungkan heee.. tapi aku qada 4 hari. sbb yg a day before tu mcm was2. 

tapi, what ever pun, tetaplah kena puasa 6 hari sbb nak puasa 6 kan? aku sekali harung saja puasa ganti dan puasa 6. dlu buat asing2, dan dengar mcm2 pendapat. but now, pegang pada 1 amalan saja dan yakin. itu yg aku dgr ceramah la. Islam ni mudah, tak payah susah2.

ada yg kata kena buat puasa qada dlu sbb yg tu wajib. ada yg kata blh buat puasa 6 dulu sebab tempoh masa yg singkat iaitu sebulan saja. aku niat puasa ganti. dan sebab masih di bulan Syawal, kita akan dapat pahala puasa sunat Syawal tu. itu yg aku pegang. so, kali ni puasa qada 4 hari. baki lagi 2 hari aku niat puasa sunat Syawal. dah setel. tapi, aku mmg dah selalu puasa sunat Isnin Khamis pun sebelum ni. cadangnya nnt nak terus puasa Isnin Khamis utk tambah lagi 4 baki puasa sunat Syawal saja. Insyallah kalau diizinkan. tau jelah, kalau duduk rumah ni ( masih PKP ), berat sket la nak puasa dgn anak2 ada tu hahaha. kalau mai keja ha ok. sbb kita duduk je kan hadap pc hehe.

aku start Isnin, 17hb pada Syawal yg ke 5. jalan terus 6 hari. dannnn, kali ni best sebab anak dara nan seorang pun join sama. saja ajak dia, cerita dgn dia elok2 apa ganjaran puasa 6 ni. dan aku pun saja la cakap, kalau kakak puasa penuh 6 hari, nnt mama beli komik. dia mmg hantu komik. dah lebih sebulan takda komik baru. menggedik la bila mama offer mcm tu terus nak puasa haha. sokay la, dia baru 10 thn kan? belum baligh pun. 

Alhamdulillah, dia ok ja sepanjang 6 hari puasa tu. lagipun duduk rumah je kan? kalau dah skolah maybe aku pun pikir jugak la. nak komik punya pasal, hadap la dia 6 hari tu tanpa rungutan. bangun sahur pun ok ja. bagus anak! mom so proud of you!


seperti yg dijanjikan.. hehe

petang tu aku keluar jap, ada urusan. so alang2 tu belikan je terus. plan tu nak bawak dia pilih sendiri, tapi takmolah bawak budak2 ni keluar musim2 ni. lagipun kang si adik pun haru nak ikut sama. dia dah bgtau tajuk komik yg dia nak, siri Young Aisyah tu. aku beli 2 buah, krenyeh meleret. kemain syok. apa sajalah anak oi. asal awak happy. mujurlah anak2 aku ni bukan jenis demand tak tentu hala. mmg dari awal takdanya aku nak ajar gitu. sorry, mak cengei hehe. waktu lain, kalau dia nak komik pun, kena ada sebab nak dapat tu. takpun dia kumpul sendiri duit dia, yg sesapa sedekahkan ke dia, dia simpan. nak beli komik. dan aku ikut je, ambik duit dia tu. tapi aku simpan ke tabung diorg yg aku pegang tu. so, dia ingat dia beli komik dgn duit dia la, padahal duit mama. bagi dia belajar tak mudah nak dapat sesuatu benda and learn to appreciate something.

 

sampai gini la dia punya seronok hehehe. sweet dak budak ni? heheh.. 2-3 kali say tq kat mama, sebab beli 2 komik. peluk2 mama ni haa. hehe. anak2 aku mmg gini. kalau dapat hadiah apa2 dari mama mmg dia punya seronok tu lain mcm. sebab tak selalu bagi. walau cuma nak ke kedai beli coklat, mama akan tanya, kenapa kena beli. diorg akan cakap, sebab jadi baik, so blh dapat hadiah hahaha.


next day, gigih aku merendang. sangat jarang terjadi yeh hahaha. dah nama raya kan? so nak makan sedap2 utk raikan kejayaan puasa 6. gittuhhh. minta pak incik beli ayam. dia beli seekor, suku dari ayam tu aku masak utk lunch. baki, semua buat rendang. sebab nak masaknya lama, so kita buat bnyk sket la. dan plan nak bwk balik sket ke umi abah. 

Alhamdulillah, menjadi rendang aku. cumanya tak masukkan hirisan daun kunyit. konpius betul ke tak laki aku petik ni daun kunyit hahaha. sbb takda bau. mula2 tu rasa mcm pedas sket. cili kering yg pak incik beli tu, pedas betholll. edjas sket, tambah gula melaka, garam, air sket, then, perfect!  yg gigih ni bukan apa, sebab stock kerisik bnyk nauuu. beli utk buat gulai masa raya hari tu la. takda bekas kecik, dah kena beli bekas besar. nak buat apa kerisik bnyk2 kan? ni silap2 aku merendang lagi minggu ni hahaha. tak puas mkn weii.


petang tu kejan pak incik pegi beli lemang. raya kannnnnnnnnnn. 2 kali dia pegi. 1st tu sbb awal sangat, pkul 3++, diorg baru duk bakar. pkul 5.30 dia pegi lagi skali, tinggal lagi 2-3 batang je. mujurrrrrrrrrr.. klau tak mau amuk bininya nihh. aku mkn 3 -4 hiris jew hahaha. mcm tak best sgt la. sudahnya meratah ja rendang tu. hantar ke jiran sket. diorg cakap sedap. wowww suka hahaha. pak incik pun sama, mula2 ckp pedas la apa la. tapi dia yg mkn bnyk dari aku. coiiii.. tapi aku pun puas hati makan. tumis pun lama, so masak elok la bahan tumisan. dah masuk ayam pun lama jugak aku masak, nak kasik isi ayam tu relai2 sket baru best makan. klau duk seketul isi ayam, tak best. tak berapa rendang hehe. dan, tak sempat bawak balik ke umi abah pun. licin hihi. nnt masak lain lah.

now dah teringat pulak bila duk karang entry ni. rasa mcm nak repeat lah hihi..


Thursday, May 27, 2021

PKP Raya 2021

 Assalamualaikum..

hari ni dah 15 Syawal. dah masuk 2 minggu raya. duk rumah, tidor, bangun makan, dahhh separuh raya. mcm tu jelah. dah tahun ke 2, raya kita hambarrrr. what to do, kena terima and berlapang dada. musim pandemik kan? semoga usaha kita yg sedikit tu dpt membantu turunkan statistik covid 19 kat Malaysia ni.

okes, nak share kisah raya kami yg sendu sesendu sendunya. aduhh. bila ingat balik, macam aduhaiiiii sabar jelah haha.

a day before raya kan dah start PKP. so, tak masuk opis dah and start WFH. tapi, aku jamin takdanya pun yg buat keja hari tu hahaha. kitaorg start jadual masuk opis gilir2. dan hari tu dapat pelepasan pulang awal, pukul 1. ada la a few staf yg masuk opis. anak2 mmg dah start cuti skolah since Isnin. diorg aku hantar ke rumah adik aku as usual.

bila dah kluar berita, tak blh ziarah raya, aku punya stress level apa ntah. mlm tu, lepas Isyak aku terus tdor. rasa kepala pusing, overthinking hahaha. mengaji pun tak mlm tu. apoo la haih. esoknya bgn sahur baru cover balik mengaji quran (seb baik pulun cover, sebab lepas tu uzur). ujian yg sedikit pun kau dah gelabah. bukan apa, last year dapat jugak beraya day 1 tu kan, dapat jugak pergi ziarah. thn ni beraya kat rumah sendiri. aku ni, sejak kawen, bila raya, mana pernah duduk rumah. dari raya pertama sampai raya ke 3 lah selalunya, tutup pintu keluar beraya. kaw2 punya berjln. duduk rumah mana best. sapa ja nak datangnya. atur rumah sedara mara, keluar beraya. bila tau takleh keluar, dia punya stress, haiyooo hahaha. tapi kena terima. apa yg kerajaan buat ni utk kebaikan semua. dan dapat kita lihat selepas 2 minggu raya, kes  mencanak2 naik. mostly dari kluster yg ziarah raya. ketegaq, pi jugak ziarah raya, rentas negeri balik kg, sudahnya sekarang ni nak salahkan sapa? hoi marah betul aku bab ni. kena sekumpulan manusia yg selfish, semua kena tanggung akibatnya.

ok, back to the topic. malas nak cerita bnyk bab PKP yg tiada kesudahan ni. oleh kerana nak raya kat rumah sendiri, aku pun buatlah persediaan apa patut. beli daging nak buat rendang sendiri. for the 1st time hahaha. mana pernah aku buat rendang, balik cedok yg umi buat je. kali ni terpaksalah. roger abah minta daging hahaha. daging pun kena cari abah huhu. sebab abah every year jual daging before raya. baiklah beli dgn abah sendiri kan? tetaplah dapat daging yg terbaik punya hehe. asalnya aku pegi jugak beli daging kat market, tapi lemak je yg bnyk dia kasik aku. sudahnya roger abah la. tghr laki aku balik keja, dia pegi ambik kat rumah kawan abah kat sempadan kedah sana. alah, 22km je pun. rumah mak abah aku kat Kedah, tapi dari Perlis ni 20km++ je pun. oh, ketupat pun aku beli, yg frozen la. for the 1st time jugak hahaha. mak aku tak buat pun ketupat. malas dia pun, takda sapa balik kan? ada jiran kasik dia sket, ha makan yg tu je.

petang tu aku pun menggulai dan rebus ketupat. daging yg aku beli sendiri tu, aku masak utk berbuka. aku panggil adik aku laki bini datang berbuka kat rumah. esok raya dah takleh nak ziarah kan? apak mentua pun ada kat rumah aku masa tu until now. so, meriah lah mlm raya kami huhuuu ( hakikatnya senduuuu ). selalunya last puasa aku kat rumah mak aku. so mlm raya kat sana, kemain meriah main mercun. now dah 2 tahun tak main mercun raya.

setel berbuka, pukul 9 mcm tu lepas adik aku balik, aku mula masak menu raya. apak  mentua nak makan  makaroni sup (resipi dia). so, aku pun masak jelah. dan, masukkan lah jugak kuih raya dalam balang ambik mood raya kan?

 

utk raya ni, aku beli tudung meja baru. itu je haha. eh, baju raya pun nan hado oii. takda mood betul ni. kuih raya ada le beli sket2 yg selalu beli tu. benda nak makan kan, so beli jelah. baju raya tu, mmg takda. cumanya sebelum puasa adalah aku beli baju sedondon dgn amni. sebab selalu lintas kat wall FB, so sambar lah jugak. standby je. plannya nak beli yg lain utk raya, tapi tak beli pun. utk apak, takda beli sbb dia pesan tak payah beli haha. utk Aniq beli kurta sama kaler mcm apaknya. kesian pulak kalau tak beli sbb dia selalu tanya. siap beli kasut raya baru. budak2 kan, apa je dia paham. ada je baru baru utk anak2. beli sebab ada sale and dah lama tak beli baju baru. alang2 tu beli la sehelai dua..

yg membuatkan raya kami sendu ialah, air takda di pagi raya! ohoii mengundang rengsa. air stop dlm pkul 4 pagi camtu. aku dah letih, tidor mcm pengsan. ada laki gerak bagitau air takda, tapi takleh nak celik mata, mamai2 je dengar pun. esoknya pukul 6 pagi aku bangun, and yes, air mmg takda! aku dah raya awal 2 hari, so tak kalut la nak solat sunat raya. tapi air takda ni mmg sakit hatilah. semua paip aku check takda air. kecuali paip kat laman rumah. yg tu paipnya rendah so keluarla air tapi slow je pun. blh la dari takda. makanya bermula la episod mengangkut air masuk rumah. entah berapa trip. mujurlah bilik air belakang ada tong air dan ada air. so, setel la utk Amni and apak mentua sbb diorg je yg guna. utk blk air aku, kena berangkut lah. sama jugak kat sinki. mujurlah dah masak menu raya, kalu tak lagi haruuuu. ada lah 2-3 tong air yg 5liter tu. blh la back up. 

anak2 bgn, suruh mandi tapi jimat2 air. then pakat la siap2 pakai baju raya, tapi tak leh keluar. Aniq la paling haru. dah siap2 kenapa takleh keluar beraya. hadehhh penat jugak mak nak terangkan. nak pegi rumah wan pun, now wan duduk dgn kita dah nak hahaha. aku sendiri pukul 10.30 kut baru mandi. dan tak pakai pun baju raya. takda mood la wehhhh. stress pun ye. dan mujurlah jugak tak leh ziarah raya. kalau org datang ke apa, dgn air takda, ha camnoooo? setiap yg berlaku ada hikmahnya kannnn? huhu.

 

anak2 di hari raya. muka ceria kan? tapi pastu masing2 murung takleh pegi beraya. sabarlah nak. mak pun masa tu mog moody habis. huhu. apaknya? tidor! hahahaha.. dah siap2 tu mak kata jomlah ambik gambar sekeping 2 buat kenangan. baju Amni tu pun bukan baju raya. tu aku beli utk pakai pegi kenduri sedara bln 4 lepas. tapi sampai lepas kenduri hahah. so, simpan pakai raya jelah. tudung je beli baru nak match dgn baju. Aniq tu baju kurta je baru, lain2 tak.


oklah, mak siap2 jugaklah. to get the feeling and capture the moment. siap2 sket bagi semenggah utk bergambar dgn anak2. tapi selfie sekeping 2 ni jelah pun. nak gerak apaknya ajak bergambar, mmg tak la dia nak bangun hahaha. sabaq jelah. eh, tu aku pakai kaftan je pun haha. tapi  kaftan baru, so kira ok la h jugak kann? pakai yg lengan panjang sebab ada apak mentua, klau takda maybe aku pakai baju kelawaq yg duk pakai tidoq ja. dah nama raya, biarlah semenggah sket ye dok?? walaupunnnnn... tghr, semua dah pakat makan, dah kenyang, aku pun masuk tidoq jugak hahaha. apak mentua pun sama. habis, nak buat apa je? anak2 layan tv tgk kartun jelah. sesambil mkn kuih raya.


my very 1st gulai daging with ketupat. beli dgn kwn opis, dia pun beli kat mana ntah. bnyk, then aku beli dari dia pulak. dia beli bnyk sbb plannya nak potluck raya dgn jiran2 setaman. dah takleh ziarah, sapa nak mkn bnyk2 tu? jadik aku beli dari dia 1kg. tak sedap sgt, nak ketupat umi jugakkk. uwaaaaaaaaaaa. gulai daging tu mujurlah jadik jugak. cuma tak sekick yg umi buat. aku guna santan kotak ja, malas nak berator beli santan fresh. kemain panjang berator masa kat market tu. apak mentua kata sedap, so kira ok lah. masa nak buat tu, ntah berapa kali roger mak aku tanya resipi hahaha. padahal senang je punnnn.


di hari raya yg PKP hahaha.. Aniq kemain dgn kopiah tak tanggal. bosan, tapi apa blh buat. ptg dlm pkul 5 camtu, air masih belum ada. rupanya ada paip besar, nearby dgn rumah pecah. ada yg share video tu. kat group kat FB, ramai yg meroyan. yelah, raya kan, takda air pulak. mmg rengsa. apak mentua suruh call JKR tanya. apakkk, raya pakkkk. takdanya org nak standby eh. kita tunggu jelah. dah petang tu, stock air makin menyusut. paip yg kat laman tu pun dah tak keluar air. so, angkut anak2 pegi rumah adik aku, nak mandi. hahaha. kalau polis tahan kang, jawab jelah. bnyk tanya kita tunjuk jelah botol2 air yg aku bawak tu. jgn cari pasal ehh hahaha. air bersih pun dah takda nak minum. risau kang klau sampai esok pagi takda air lagi. so, dapatlah keluar rumah pegi beraya sesambil ambil stock air dan mandi kahkahkah.. eh, rumah adik aku tak jauh sgt pun, dlm 5km camtu ja. mlm tu apaknya keluar beli air mineral tong besar. kemain dia nak mandi dgn air mineral hahaha. dia tu la paling payah. mana reti mandi rumah org. dia basuh2 muka and badan sket2 je. lantak lah, malas pikir dah aku. mlm tu, pkul 3 pagi kut, dengar bunyi air. Allahu lega hahah. terus aku terbangun, pegi tadah air. standby kut air yg datang tu tak lama. smua bilik air aku pegi tadah, sinki skali. basuh smua pinggan mangkuk kat dapor. siap sapu sampah bagai. dah takleh tidoq. pakej lipat baju 2 raga hahaha. pkul 5.30 pagi baru sambung tidor balik.

raya ke 2? masih dirumah. ulang alik keluar masuk rumah, makan tidor makan tidor. gitulah raya kami. rasanya raya korang pun sama kan? 😂😂



Thursday, May 13, 2021

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...