Showing posts with label holiday. Show all posts
Showing posts with label holiday. Show all posts

Friday, April 23, 2021

Throwback : Cuti Cuti Langkawi

 Assalamualaikum..

 

ini cerita bulan 12 yg lepas ye. sejenis throwback. masa ni blh merentas negeri, blh melancong blh ke sana ke sini. bukan baru, nunn thn lepas.

masa ni saja lah ckp ke pak incik. jom pegi langkawi bwk anak2 mandi laut. sian budak2 mana tak pegi, duk rumah lama. skolah tak buka, ngaji pun tak buka. duk rumah then ulang alik rumah adik aku @ pengasuh masa makpak keja. makpak ni kluar jugak bersosial, pegi keja smua kan. depa mmg tak kemana. ada la sesekali bwk ke Giant, kedai runcit depan rumah. balik rumah tok umi tok abah, pegi rumah sedara yg nearby. lain2 mmg bnyk duk rumah. 

bln 12 tu ramai opismate aku pegi Langkawi. nak jln jauh2 org mcm takut2 lagi. aku pun pegi dgn opismate utk tgk tempat nak buat teambuilding opis. dah brapa kali tunda due to PKP. kami pegi balik hari je sbb nak jumpa agen and survey tempat. mcm best pulak pegi sana sbb dah lama tak pegi. last pegi semua family aku kecuali abah and adik nom 3 tu, nun thn 2017 ke 2018 ntah. pastu takda dah. sembang2 dgn apaknya. masa tu mcm ada la duit lebih sket, dapat kutu, so jomlah bwk anak2 jln kejap. tapi taknak pegi jauh2, dekat2 sudah. so, Langkawi jelah yg ada kan? lagipun dah lama tak pegi. hiburkan hati diorg sama hehe. kemain menggedik bila bgtau nak pegi mandi pantai and tidor hotel. pegi jln2 mcm ni, mmg utk hiburkan anak2 lah kan?

aku plan minggu last dah. masa cuti krismas tu. aku cuti on 24 Dec (my birthday), lajak skali dgn public holiday krismas tu hari Jumaat. a week before baru hegeh nak cari hotel. bgtau pak incik, dia ikut je. nak pegi on public holiday so kena redha la konsepnya haha. beli tiket feri dulu (online) & dapat timing cun. Alhamdulillah. pastu mula la cari hotel. rezeki nak gembirakan anak2, dapat booking Malibest Resort. situ, selalulah penuh. aku buka web 3-4 hari sebelum, eh ada kosong. Alhamdulillahhhh. ambik family room. nak duk situ sbb ada pool + nearby beach. kereta sewa tak ambik pun. sbb plan nak duk kat Cenang ja, takda nak pegi mana2. risau gak sbb kes masih ada jadiknya kita ambik langkah berjaga2. masa tu, Langkawi hijau, takda kes tu aku berani pegi. bgtau dah pak incik takda plan nak kemana pun. nak bagi anak2 mandi laut puas2. mkn pun cari  kat area Cenang tu jelah. so, takyah ambik kereta sewa, naik grab je.

 

tiket feri pukul 10 pagi kalau tak silap. tak ingat dah. kereta kami tinggal kat Kuala Perlis. ada kawasan utk letak kereta berbayar bagi yg nak ke Langkawi. so far setakat ni selamat lagilah. then beraturlah tunggu feri. manusia blh tahan ramai. kami sampai tu ngam2 dgn masa dlm tiket. cuak jugak aku tgk org punya ramai kat luar. rupanya beratur kat luar. dlm tu tak penuh pun. ada petugas duk jaga. yg cukup time je blh masuk beratur kat dlm utk naik feri. aku tak paham yg ramai2 kat luar tu kenapa nak kena kerumun situ. tgg jelah org panggil haa masuk. dah kenapa nak tgg tercongok kat luar tu. aku pun mula2 duk luar, tak dengar sgt petugas feri panggil sbb bising. risau kut terlepas feri dah haha. dan feri kami delay setengah jam jugak lah.

 

kat dlm kawasan jeti. see, takda org pun. masa ni ada yg viralkan la jugak sbb yg bersesak kat luar jeti tu. padahal kat dlm lengang je. maybe yg kat luar tu yg dtg awal dr masa perjalanan feri. masuk kat dlm ni, ada SOP. check suhu, scan mySejahtera semua dan ada petugas + Rela jaga.


tak blh la haih emak nak sendeng ke apak. mama ni hak dia sorang je. dia ja yg blh sendeng mama. tu, nmpk mama duk rapat ngan apaknya, dan2 la dia mencelah. pastu merajuk sbb mama tak sayang dia. aiyaaaa.

 

yg seronok happy gedik2, of coz la budak 2 ketoi ni. yelah, niat mama pun nak gembirakan diorg. Alhamdulillah, Allah permudahkan semua urusan kami pegi dan balik. 

 

Alhamdulillah selamat sampai. mula2 tak bgtau pun nak datang sini. pagi tu baru bagitau. laju2 la pakat kemas barang masing2. sorang 1 beg, toys depa.

sampai sana, ambik grab ke Kuah dlu untuk lunch. pak incik ajak mkn kat kedai apa ntah, nasi kandar. katanya sedap. blh la tahan. selesai mkn, order grab lagi skali. tak sempat bgn dari kerusi, grab dah sampai hahaha. maybe ada kat nearby. then terus ke Cenang nak check in. sampai resort, bilik dah ada. blh check awal sket. so masuk bilik solat, lepak2 dulu. pak incik siap tidor. budak 2 ketoi tu dah tak keruan asyik duk tengok ke tingkap. jenguk je dah nmpk laut, mana tak menggelupornya. tunggu redup sket anak2 ye. bawak2 bersabar.

 

rezeki anak2, dapat check in Malibest Resort. sini susah la haih nak dpt. kwn2 aku pun hairan, booking last minit pun dapat. rezeki hehe.


cuaca pun just nice. silakan lah anak2. mandilah puas2. mama ok ja duk tunggu ni haaa. dah mmg nak bagi diorg mandi kan. area sini pantainya landai, ombak tak deras. so tak susah hati sgt nak biar budak2 tu mandi. tapi diorg mmg tak brani pegi jauh pun, takut dlm hehe


siap bawak mainan pasir dari rumah. ye kena bawak. beli kat kedai Eco je dulu ni. kalau nak beli kat tepi2 pantai ni haaaa siaplah sebekas tu mau RM10. takyah, rugi hahaha


mama join basahkan kaki ja. habuan bukti dah jejak pantai hehe. malas nak mandi2. tringin jugak tapi takda geng, malas ah

org ramai la jugak. tapi kawasan ni luaskan. duduklah jauh2.


pastu sambung mandi kolam pulak. diorg lagi enjoy mandi kolam pulak dah. ada slide pulak kan? Aniq mula2 takut. dah naik 2-3 kali berani dah. kemain happy menjerit2 mandi. dpt kawan pun, seronok la. pukul 7 aku panggil naik. 2-3 kali panggil buat taktau jaaa. bila guard datang nak tutup pool ha baru mau naik. musim PKP pool tutup awal.

 

mlm, kami kluar jln2 area Cenang ja. meriah situ, tak risau bab mkn. lepas maghrib siap2 aa jom keluar. mak apak anak2 semua sedondon rondon. baju anak2 mmg slalu beli sama. baju mak pak ni jarang2 la nak ada. hehe.. gambar mak apak jgn heran kenapa jauh. tu ada entiti kat belakang. brapa kali snap, dia keras ja kat situ. sabaq jalah aku.


 dah lain benar dah area Cenang ni. last aku pegi dulu tu pun dah lain. now lagi lah lainnya hehe. jln situ dah jadi one way. dan bangunan bnyk la haik naiknya. kiranya kalau lalu situ dah tak nampak laut dah sebab dilindungi bangunan = hotel. hotel, motel mmg meriah situ. Malibest tu pun duk extend lagi bangunannya. ada yg tgh naik tak siap lagi.

keluar depan hotel, seberang jln mcm2 kedai mkn ada. pilih nak yg mana. nearby ja pun. tapi kami jln sampai Cenang Mall nun di hujung sket. saja nak jln sampai hujung. nmpk KFC dlm mall, anak2 nak mkn yg tu, so lets go. mall tu tak sure la aku apa lagi yg ada. nearby ada kopitiam, ada Guardian, pastu lot2 kedai la. ada jugak duty free shop. pastu Underwaterworld. setel mkn, jln slow2 balik ke hotel. meriah situ. ada khemah2 jualan mcm ada ekspo tu. tapi tak masuk pun la. ramai jugak lah, so kita elakkan. blk hotel, tak lama, hanyut habis anak2. penat mandi laut.


esok sesubuh sepi budak2 ni dah bangun. kemain semangat nak mandi lagi. layan jelahhhhh. dah mmg datang pun utk diorg kan? mandi laut kejap pastu sambung mandi pool. pukul 10 camtu kena haruk naik dah. nak siap2 checkout nak blk dah.

checkout pukul 12. beg letak kat lobi, ada ruang disediakan. then, plan nak ke The Zone, duty free shop branch skali opis pak incik. blh jumpa kawan dia skali katanya. sblm tu kami lunch kat kedai nearby saja. anak2 dah lapar selepas berkepak mandi. pagi tu breakfast roti ja tu pun jenuh paksa sbb gedik nak pegi main pasir. dah setel lunch, jln la ke The Zone. lalu Cenang Mall tu lah jugak. plan nak masuk underwater world tu, tapi malas la pulak. harga tiket mcm mahal nau hahaha. dah setel shopping coklat kat duty free shop tu, jln balik ke resort. sampai situ dlm pukul 2++ dah, so aku tanya if ada surau nak tumpang solat siap2. dari Perlis ke Langkawi tak lepas ye utk jamak, so kena plan la nak solat tu. setel solat, order grab nak ke Kuah. 

 

random pics. kat pekan Kuah, masuk 2-3 kedai carik barang. takda plan nak beli apa pun. opismate pak incik kirim coklat. tok umi kirim kain batik. aku sendiri nak beli coklat ja, tak plan nak beli cooking ware. malas nak bawak hahah. kat budak2 tu nak bagi diam, beli la kinder joy to sorang 1, ha sengap la. lama jugak kat Kuah. siap singgah Al-Ikhsan beli sport shoes hahah. ada sale, so rembat lah sepasang. dah setel, order grab ke jeti. sampai jeti pukul 5 camtu kut. tiket feri kalau tak silap pukul 6.30 ptg. so, kami solat kat surau jeti and lepak situ ja. org ramai jugak, jadiknya pandai2lah jaga diri and anak2. sementara tunggu feri, aku belikan nasik ayam utk anak2. kang lapar dlm feri takkan nak kokak coklat je ye dok. dah setel suap nasi ke anak2, ha jom naik feri. just nice je masa tu. sampai ke jeti Kuala Perlis dekat pukul 8 jugak. ambik kereta then terus balik kejarkan maghrib.



hasil shopping. rembat jugak chopping board, pisau besar + slicer ke apa  org panggil tu. chopping board kayu besar tu mmg lama dah duk carik. yg kat rumah dah almost 8 thn guna, baru2 ni tercabut tempat sangkut tu. kondisi masih elok lagi. yg tu smua beli kat HIG. kain batik mak aku kirim beli 8 helai kut. baju langkawi utk anak2 + coklat. kos coklat tu paling mahal hahaha. geram weh tgk, murahh and bnyk. cadbury tu aku beli sebab yg import punya, bukan local. kalau yg local dia punya manis aku tak suka. then coklat lain yg mmg selalu beli like wittakers, toblerone, kisses, daim, kinder. jenis lain anak2 aku kurang mkn. kinder yg bnyk2 tu opismate pak incik kirim. bnyk sbb smua dlm kotak. senget bahu mengheret coklat hehehe..

so, setel percutian di musim PKP. anak2 happy Alhamdulillah. budget below RM1k utk 2 hari 1 mlm. now Aniq duk ajak pegi lagi, nak mandi hahah. tunggu blh rentas negerilah mudah cerita sket. now mcm renyah nak berjln kan? tapi yg pegi holiday tu sama2 jadi SOP, jaga diri yeh.

Tuesday, August 18, 2020

Day 2 : Kea Farm, Cameron Highland

 Assalamualaikum..

lepas kebas bontot sangkut jem kat Tanah Rata ke Brinchang, kami terus turn je. malas nak singgah mana2 dah. destinasi is Kea Farm.

pegi situ jelah nak shopping apa patut. hujan renyai2, elok sampai situ, hujan pun berhenti Alhamdulillah.. org ramai jugak. masa tu around pukul 12++ kut..

kami masuk terus dlm tu nak park kat bawah. ramai yg tak tau kat situ blh turun park ke bawah. dah 2 kali datang situ, mmg tak penuh parkingnya. mujurlah kan hahaha..

tapi kalau aku yg drive, mmg sadaqallah tobat tak turun park bawah. sebab ngeri jugak nak turun tu. laluan berliku ko memang kena terrer betul lah. ada ja kreta besar yg turun, mmg kena slow2 and hati2 lah..

kat situ kan ada motel, view lawa sgt sbb ada garden. under Kea Farm tulah. Amni tanya kenapa tak stay situ ja, sebab view lawa sgt kut. ehh tak kuasalah mak ko nak duk sini. bising oii sebab ramai nau org. buka pintu bilik dah penuh org. ada meja kerusi kita blh lepak2 kat garden situ. kang acaner kita nak rest golek2 kat bilik kakak oii..


lawa kan? bnyk port cantik nak pose ambik gambaq. kalau nak park kereta, ha turun bawah lagi. parking tu bukan utk guess situ saja, org luar pun blh masuk. ada public toilet skali kat bawah tu and bersih ja.

kami park kereta kat bawah then jalan naik atas pegi shopping. aku tak beli bnyk pun. sebab turun dari Cameron ni nak masuk Penang overnight sana pulak. tapi pak incik nak jugak beli stoberi bagai.. yelah2. beli la sayur2 sket. aku ambik yg 8 peket rm10 tu ja. peket pun kecik2 ja. mahal blh tahan. katanya sebab diorg baru blh mula meniaga, PKP kan? stoberi pun mahal oihh. beli la sket2. then beli jagung and ubi manis tu. sekali lalu ja, beli2 then patah balik, dah. org ramai then nmpk mcm nak hujan lagi. kesian ke budak2 tak payah la nak berlama2.

kawasan jualan yg lama tu dah dirobohkan. sebelah tu dah tak dah. tinggal sebelah je lagi. then seberang jln tu kawasan baru, lot2 kedai baru dah beroperasi penuh. last aku datang, 2018 kut tak penuh lagi. now dah penuh. so meriah la sebelah sana. tapi kami shopping kat sebelah sini saja, malas nak seberang jalan ke sana. nmpk sesak blh tahan.

beli apa patut, pastu turun balik ke sini nak pose2 lepak kejap hehehe..


datang dulu pun pose kat wall ni.. ceria ja kalernya.. marilah kita bergambar sampai lebam. pak incik layan jelah perangai anak bini dia ni haaa kehkehkeh... bnyk je gambar kat sini, aku letak sket2 dah la ye kang muntah pulak korang tengok.


sebelum park kereta lagi Amni duk zikir nak marshamellow + coklat. selagi tak dapat duk zikir tu jelah. yelah2, mak kasik lahhhh. skali coklat dia tak best sgt. Aniq mkn tak habis pun, apak kena jilat dlu coklat tu, dia nak marshamellow je. sabaq jelah. beli jugak corn in cup sorang 1 and ubi yg dah siap rebus habuan kudap2. 


mak sukaaaaaaaaaaaaaaaaa. sebab nampak kurus hahahah. kakak snapkan. eh masa ni berat aku mmg drop. now dah mencanak2 naiknya. stress btoi. 


pose sket2. eh banyakkk hahaha. apaknya turun simpan barang kat kreta. kami apa lagi, pose la hahaha.. dia lepak bawah je malas naik dah. org ramai la jugak but terkawal.



tak kasik peluang ehh. mak nak pose berdua mmg takda harapan. budak kecik ni mana blh org ambik mama dia. LOL



takda yg nak ngambikkan gambar, selfie gini jelah huhu..
Aniq now suka nak ambik gambar gini. layan jelahhh

lepak kejap pastu turun balik lah. kang jem lagi, lambat pulak. dah beli makanan serba sikit habuan kudapan. nak lepak kedai mkn kat food court situ, tgk tu blh tahan meriah. so jomlah kita. lagipun cuaca pun mendung ja, hujan ada lagi renyai2.


huwaaaaaaaaaaaa lawaaaa.

pak incik tanya nak singgah nursery ke? of coz la nakkkkk hahah. masa aku turun ni hujan, tapi takda la lebat sgt. aku beli lah jugak ni. takleh tahan huhu..

pastu terus turun. jln clear takda jem apa. cuma kreta ada lah jugak. brenti Petronas kat Simpang Pulai tu isi minyak. budak2 tidor, bangun tu haru lapar hehe.. ada kedai2 kat situ, beli nasi kukus ayam rempah. laju ja makan habis sebungkus. almost setengah jam jugak kami kat situ.

pastu gerak terus singgah Taiping rumah kawan aku. ada pesan brownies kat dia. pak incik la beriya nak, makan hari tu dia kata sedap so dia pesan suruh order. singgah kejap ja sebab nak terus ke Penang. masa tu dah petang sgt dah. 

masuk Penang dah maghrib. singgah makan kat tempat biasa kat Padang Brown. Aniq tido tak nak celik mata dah, terpaksalah mak berdokong budak tu. setel makan, terus ke Tanjung Tokong nak check in. aku ambik servis apartment. nice sgt, soon aku share.


Tuesday, August 11, 2020

Breakfast di The Lord Cafe Cameron Highland

Assalamualaikum..

hari ke 2 di cameron highland.
sejuk sebab hujan. Amni siap suruh mama tutup aircond, sejuk.
celah mana datang aircond nye kakak oiii heheh..
aku bgn subuh tu tak tidor dah. 
siap2 gosok baju semua, kemas2 nak checkout terus japgi.
gerak anak2 bgn, jomlah mama lapaq.
sejuk kan, laparrrrrrr..

sementara tunggu ahli jemaah yg lain siap, mama google dlu apa yg patut.
carik kedai nak break1st.
jumpa The Lords Cafe.
bnyk je jumpa, tapi rasa nak kesitu.
kat Tanah Rata sana. so jomlah kita.
apak ngikut ja..
search kat Maps, jumpalah.
tak susah pun. sebaris dgn Starbuck. ada signange The Lords Cafe tu.
kedai dia kat atas.



dlm kreta, apak tgh carik jln.
mak suggest je, bab cari jln kat Google Maps, ha tu bahagian dia..
kebetulan baru tukar handphone.
so, mak keja ambik gambar jeeee hehe.
wehh, now rasa mmg nak ambik gambar je selalu.
sebab semua yg jadi hari ni, takkan berulang dah esok2.
so, kena ada kenangan.

cafe ni buka pkul 10 am ikut dlm page yg aku jumpa tu.
kami sampai tu belum pukul 10.
naik jelah, skali eh dah buka hehe..
luas jugak la kedainya. meja almost nak penuh wei!
mujur cepat hehe.
kami duduk area depan. ada 1 meja dah ada customer.
kami duduk 1 meja yg 4 kerusi.
ada lagi 3 meja yg 3 seater.
lagi 2 meja 2 seater.
pastu aku pun laju2 tulis order.
konsep dia layan diri, ambik menu, tulis apa nak order then hantar ke kaunter pastu terus bayar.
nnt dia panggil nombor meja ambik sendiri di kaunter.



masa menunggu order.
kosong je nmpk kan?
tak lama lepas tu, penuh wei.
siap ada yg beratur kat kaunter tunggu meja kosong.
wow sgt ni hehe.
menu pada aku biasa2 saja, tapi maybe kedai ni cozy, org suka datang lepak.



sementara takda org hahaha.
pandai kakak ambik gambar mama.
lulus!



signature dish.
so kita cuba. blh la, not bad.



kek stoberi cheese dia sedap!
aku suka.
sebab masam stoberi tu best. lapisan cheese pun sedap.
berebut mkn sebab order 1 slices ja hehe.

ada lagi menu lain. apaknya order garlic bread + omelet.
tak la kenyang sgt, tapi blh lah buat rasa kan?
utk anak2 roti bakar sorang 1 + milo.
lain2 tu kami share.
harga so far reasonable.
semua tu dlm rm32 kalau tak silap.

korang kalau nak cuba blhlah search kat Google cafe ni.
bnyk jugak suggestion yg aku jumpa, sebab tu kami pun ke sini.
dan jgn risau sebab aku ada jumpa yg share cafe ni dapat Halal Cert.

dah habis mkn, apak ajak keluar dah.
takyah lepak lama2.
sebab tgk ramai tunggu meja, so kasik peluang ke org lain pulak.



posing kat parking.
cuaca cantik sebab semlm hujan.
kemain la menggedik 2 beradik tu.
takda org nak minta tlg ambikkan, so gini  jelah kita snap.
semua dah kenyang so layan jelah bergambar dulu seround 2.

pastu terus nak turun, takda nak kemana2 dah.
nak g area Kea Farm shopping apa patut. pastu nak turun terus sebab nak  masuk Penang pulak.
now kan dah jadi 1 way kat depan sket tu.
lepas pada kawasan ni lah. 
dah nmpk kreta meriah kat depan. then kita kena divert ke jln ke dua, yg lalu bukit sana.
polis ada tunggu hari tu.
dan, seperti yg dijangka, mmg melekat kretanya.
dua2 jln nak turun dari Tanah Rata.
sebab tu aku tak ambik hotel kat Tanah Rata nih.
kang nak gerak kemana2 susah
tapi apaknya kemain perli aku, nak sgt naik mkn kat atas hahaha.
ikut tu nak ke foodcourt kat jam besar tu. tapi malas la pulak takut org ramai.
cuti kannnnnnnnnn.
maka bertabahlah kita menunggu.


line pun takda wei kat atas tuuuu.
sabaq jelah
ada je kreta yg pusing balik. aku search sama ja, jln bwh ke atas ke sama je melekatnya.
ni dah setengah jam camtu kami lekat kat atas.
ko tgk lah, nak turun tu sekentut ja, tapi dah merahhhhhhhhhhhhh je lanenya, makanya bertabahlah.
dah sampai Brinchang ha ok sket dah.
walau slow tapi bergerak la jugak kretanya.


masa ni mama dah tukar seat dah.
apak kluar sapkok.
then mama standby kut kreta gerak.
skali nan hadooooo.


dah habis sebatang, ponn tak gerak.
hahahaha bertabahlah.
mujurlah semua kenyang so masing2 diam je.
kasik phone, duk sengap la budak2 tu.
rugi masa, almost 3 jam jugak lah.
apa nak buek kannnn.
gitulah Cameron Highland kalau musim cuti.
nak sgt datang, so kena redhaaa hahaha..
takpelah, datang sini pun 2-3 thn sekali kan?

next, persinggahan kami is Kea Farm..
next entry ya..



Thursday, January 23, 2020

Telok Batik

Assalamulaikum..

lepas keluar dari Zoo Taiping, kami ke rumah kawan aku utk lunch.
lepak sana kejap pastu gerak ke next destination.
kemana..
teluk batik. yay!

dari rumah kwn aku tu petang dah. dlm pkul 5++ dah keluar pun.
dari Taiping, kami ikut jln kat Changkat Jering tu, pastu follow google maps je.
tak susah pun. signboard pun bnyk.
aku tak ingat sgt dah jlnnya. dulu nunnnn thn 2002 kut pegi ikut jln tu haha..
otw, anak2 tido.
lega. seharian dah berjimba kat zoo, so letih la masing2.
aku pun terlelap gak sekejap. takleh tahan menyengguk.
pak incik pun drive takleh laju sgt sbb jln kampung.
ETA ikut google maps dlm 1 jam 40 minit.
jln pun ada few part tak berapa elok, ada construction nak lebarkan jln.
hampir pukul 7 camtu kami dah masuk area Lumut.
cari hotel..


hotel kami.
Orchard Inn Hotel. Under OYO.
aku booking via Booking.com.
aku suka web tu dari yg lain. entah kenapa hehe.
pilihan masing2.
sampai ni, elok nak masuk dah azan maghrib.
hotel ni lokasi kat tengah2 antara pekan Lumut dan Telok Batik.
dari hotel ni, nak ke Lumut, belok kanan. nak ke teluk batik belok kiri. jarak sama je, dlm 8km++.
aku pun tak sure masa booking, tgk mcm ok, so onz.
aku tak ambik area teluk batik sbb situ mlm2 kang sunyi sepi. seram pun ya. haha
tgk yg ni pun nearby Lumut, so oklah.
rupanya jauh jugak hehe.
but, masik consider ok. 8km camtu je pun.
dannnnnnnnnnn.. murah nau!
aku ambik bilik family, 1 katil queen + 1 katil single.
harga? RM64 sajaaa. murah kan?
aku pun tak sangka sbb masa booking rasanya harga dlm RM100++ camtu.
bila nak bayar, eh lain pulak.
ailike.


bilik kami aras 2.
luas jugak. kami blh bersila makan ramai2 kat depan katil tu.
solat pun lepas je.
bilik air pun luas.
kemudahan basic tu biasalah, ada je.
kesimpulannya mmg berbaloi.
anak2 pun suka kemain.
cukuplah sekadar nak tidor kejap je kan?
mlm tu lepas solat, lepak bilik je malas nak keluar. masing2 dah letih.
makan pun kawan aku dah bekalkan sekali tadi so kami mkn yg tu jelah.
lagipun ada je makanan ringan like biskut2 utk anak2 ada aku bawak.
penjimatan berganda! haha
tapi anak2 bosan sket la sebab depa kan dah tidor dlm kreta masa otw.
mak apak ni, pkul 9 camtu masing2 dah selamat belayar dah.
apaknya pun letih drive.
so, pandai2 lah budak2 tu main sendiri.
diorg dah bawak beg sorang 1 ada mainan buku bagai.
tau2 Aniq menyusup masuk je celah ketiak aku hehe.
pukul 10.30 camtu dia tak tidor lagi, gerak aku sebab nak berak.

esok pagi, pukul 9 pagi dah check out.
kemas2 terus nak ke pantai.
anak2 tak mandi pun pagi tu.
kemain excited masing2


dah sampai.
parking betul2 depan entrance kat dataran tu.
dataran takleh masuk sebab ada expo.
time ni kreta tak bnyk pun lagi.
awal lagi kan?
masa otw tu singgah beli makan kat gerai tepi jalan.
beli nasik lemak + kuih muih utk break1st tepi pantai. awwww



pantai teluk batik.
landai, sesuai utk anak2 kecil mandi.
ombak tak kuat langsung.



menggedik la budak2 ni.
adoihh sabaq nak.
paksa makan dulu, pastu baru blh turun mandi.
cari port yg teduh, yg nampak laut senang nak tgk anak2 dari jauh.
makan pun tak senang nuuu tak sabaq nak main ayaq.
mak paksa makan, supa dulu sket alas perut.


kemain seronok budak2 ni.
Amni la ni duk minta sgt nak mandi laut.
yelah anak..
mama cakap ni hadiah utk kakak sebab dapat hadiah exam hari tu.
dia kata lepas ni nak belajar sungguh nak datang mandi laut lagi.
boleh kakak. doa moga mama papa murah rezeki utk awak jugak.
blk tu duk ulang2 cakap best and tq bnyk2 kat mama papa sebab bwk diorg jalan.
tacing mama ni ha..




mama happy tgk anak2 happy.
walau simple saja semua ni. as long as kita happy, dengan cara kita sendiri.
org taktau pun susah senang kita kan?



dah mula turun laut.
pantai sini ok kalau nak tinggal diorg je mandi sendiri.
sebab tak berombak pun.
serius.
mcm air sungai je.
ada la alunan ombak tu, tapi sikit je.
tak risau nak tinggal pun.
maybe musim ni kut. dulu masa datang mcm ada jugak ombak menghempas pantainya.
cuma, panas berdenting.
burn la budak2 tu.
aku malas nak basah2, apaknya lagilah.
so lepak tepi jelah kami 2



nampak je dari jauh tgk budak2 tu.
diorg pun main berdua je.
org tak ramai senang nak tgk.



bercinta kejap. haha
org baru duk masuk masa ni. makin meriah.
aku lari kejap pegi tgk kat expo and gerai2 nearby.
beli baju sorang selai utk budak2 and keychain utk Amni.
buat kenangan.
pastu dlm pkul 11++ panggil anak2 naik.
hoi kemain susah.
ada ja alasan depa.
ikut nak biar je, tapi panas. kesian la pulak



apaknya kena pegi ikut, baru naik.
2-3 kali panggil diorg buat dek je duk berendam.
nak mandi lagi katanya.
soon kita datang lagi Insyallah..

dah tghr, panas berdenting. ikut ke depa memang tak heran, lantak situ panas ke apa.
tapi takmolah.. cukuplah..
dah terminum air masin Aniq pun haha.

mandi kat toilet kat depan tu.
toilet bersih dan luas. ok lah..
basuh budak2 tu bagi diorg mandi elok.
depa dah setel, mak pulak mandi. mcm peluh jugak tadi so mandi jelah.
apaknya tukar baju je. dia mmg tak la nak mandi  kat public toilet.
pastu pakat nak makan eskrem. silalah sementara mama nak siap.
dah setel, kami ke pekan Lumut.
tgk apa ada.


singgah bazaar Lumut.
hoih rambang mata.
mmg dah aim nak beli ikan bilis
geram tgk, semua nak beli.
sebab bazaar ni bersih!
org blh tahan ramai. penuh kedai.
kat dlm ni then kat bahagian luar.
kat luar, rumah kedai semua jual benda alah ni je.
sama. pilih jelah mana yg berkenan di hati.
aku beli kat dlm bazaar ni je. tu pun kiri kanan dah bekasnya haha
beli ikan bilis ngan makanan like sotong kering apa tulah.
apak ngan anak2 tunggu dlm kreta je.
anak2 sambung makan nasik lemak pagi tadi. dah lepas berkepak, lapar.

dah setel beli, pak incik ajak makan.
laparrrr.
waktu ni dlm pukul 2 camtu.
pusing2 nmpk KFC, so on jelah. malas pikir.
beli bungkus then pegi lepak kat Lumut Waterfront.
takda apa pun, just taman rekreasi je.
boleh la..


ada bnyk pondok2 and kerusi kat situ.
luas kawasan ni..
tepi laut lah jugak
kami lepak kat pondok tepi laut and makan.
enjoy betul budak2 ni.
licin semua makanan.


nun disana is Pulau Pangkor.
Lumut Waterfront ni, nearby je dgn jeti nak ke Pangkor.
luas kawasannya bersambung2
agak sesak kat area jeti tu.  ramai jugak org ke sana.
pekan Lumut tu pun sejemput saja saiznya.
pusing2 situ jugaklah.. dia mcm ko buat 1 round je.
dah kenyang makan moh le kita balik.
apaknya takmo lepak lama dah sebab nak ke 1 tempat lagi.
kemana pulak kitaaa?


kasik can laaaa hehe
amni snapkan gambar mama papa.
ada playground, anak2 nak main.
panas anak oiii...
so, ambik gambar jelah.
kawasan ni luas dan seronok la kalau nak ambik gambar.

pukul 3++ camtu kami gerak dah.
apak drive, yg lain tidor hahah..

kisah datang teluk batik nun tahun 2015.

Friday, January 17, 2020

Zoo Taiping

Assalamualaikum..

Aniq dah lama duk zikir nak pegi zoo.
dulu pegi zoo negara, umo dia dlm sethn lebih je kut.
so takda memory lagi utk dia.
now dah besar camni, ha jomlah kita bawak dia ke zoo.
actually utk anak baya2 ni bagus kita bawak dia explore nature kan?
umor ni mmg masa dia belajar dgn melihat.
tu jugak salah 1 sebab aku pilih Taiping sebagai destinasi percutian utk anak2 thn ni.
eceewah..

so, day 2 kat Taiping, bgn pagi siap2 terus checkout.
sebab lepas tu nak ke tempat lain pulak.
terus pegi break1st kat restoren roti bakar arang Fadzil.
soon aku share.
lama jugak kat situ sebab org ramai nauuuu walau hari Isnin.
dah kenyang perut jom kita ke zoo.
sekentut saja dari situ.

anak2 taktau mula tu nak kemana. dah sampai parking haaa kemain seronok si Aniq.
lalu depan zoo masa nak cari parking.
seronok diorg mama bawak datang ke zoo.
mama pun seronok tgk diorg seronok.
dulu datang sini Amni umor 5 thn camtu.
so dia tak ingat dah.




here we are!
ni kat laluan bawah tanah dari parking.
masuk ikut bawah so tak perlu lintas jln kat depan zoo tu.
zoo ni kan kat area lake garden, kawasan tumpuan kat Taiping.
bz jugak situ sebab depan zoo kan ada sekolah, SERATAS.
nearby kat area air terjun sana ada MRSM.
so kalau weekend mmg meriah kat area sini.


Aniq snapkan.
dia cakap, Aniq ok ja kalau mama ambik gambar dgn kakak. hahahaha
ayat tak menahan. ok pebenda sebenarnya jeles.



kat entrance.
sementara nak beli tiket, so pakat2 pose kat area sini.
ada bnyk lg gambar kat sini, letak yg ni sudahlah.
yg lain Aniq pose tah apa2. ada saja action dia.
apaknya pun sama naik nak pose.
mak layan jelah
ramai jugak org masa ni, around pkul 11.30 pagi camtu.
cuti skolah kan, so ramailah org walau weekdays.


HARGA TIKET ZOO TAIPING
Zoo Taiping
Adults
RM16.00
Children (3 to 12 years)
RM8.00
Senior Citizen (60 years and above)
RM8.00
Zoo Taiping visiting hours
Open everyday including Sundays and Public Holidays. 8:30 a.m - 6:00 p.m.
 
Night Safari
Adults
RM20.00
Children (3 to 12 years)
RM10.00
Senior Citizen (60 years and above)
RM10.00
Night Safari visiting hours
Openevery night including Sunday and Public Holidays. 8:00 p.m - 11:00 p.m
On Saturday nights and eve of Public Holidays. 8:00 p.m - 12:00 a.m

nahh harga tiket nak masuk zoo.
blh refer website zoo.

aku tak pernah pun masuk night safari.
tak kuasalah nak masuk zoo mlm2 hahah
jgn kata kita nak tidor, binatang pun nak tidor.
siang udah lee
apaknya ajak jugak masuk malam.
takyah lah.. kang anak2 tak enjoy pulak.

mula2 plan nak masuk Ahad petang tu, tapi tak sempat.
kalau masuk Ahad, suami kawan aku tu ada, dia blh belikan tiket guna IC dia, so dapatlah diskaun sket.
sebab IC org Perak. tapi tgk alamat jugak kalau tak silap.
ada dinyatakan kat kaunter tiket.
tapi dah kami masuk hari Isnin, Zul takda, so takda lah diskaunnya.
sokay, takda lah mahal mencekik harganya pun nak compare dgn zoo negara kan hehe

dah  beli tiket semua, jomlah kita masuk, explore zoo.
tengok segala binatang yg ada.



tengoklah anak bujang aku tu.
ada saja gaya dia klau nak ambik gambaq.
sebab tulah selalu kena marah dgn kakak.
kakak pose ayu sopan je, dia tah mengangkang rata.
sabaq jalah..

cuaca just nice, takda lah panas berdenting sgt walau tghr.
org pun ramai.
cumanya panas berkuap jelah.
kami pakat bawak kipas tgn sorang 1 anak beranak.
hahaha
anak2 aku berpeluh sakan. diorg berlari sana sini kan.



Aniq snapkan lagi.
bnyk keping dia ambik.
siap cakap Aniq ambik gambar mama dgn gajah bnyk2.
mama tepi sikit, sini sikit sebab tak nampak gajah.
apaknya sambung cakap, mama dgn gajah sama ja.
kuangjaqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqq.



dah dua2 pose ntah apa2.
sorang tiru gajah, sorang lagi tak dapat dikesan.
mood elok dedua. sebab pagi td dah makan kenyang.
plus enjoy masuk zoo, mak biaq ja depa berlari sana sini.
enjoylah anak2.
cuma Amni la duk merungut sket, letih berjalan. yg tu tau dah, diva sket.
kawasan zoo ni luas.
apaknya nak lalu semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa kawasan.
sabaq jalah.


luckily, apaknya rajin melayan bab ni.
dia pun gigih belek sekor2 binatang dlm tu.
maknya, tak kuasa. hahaha
aku tgk dari kejauhan saja, ujung2 mata.
binatang yg pelik2 tu aku belek lah. yg biasa2 tu malas nak usha.
pehal nak tgk bontot org utan nih.
masa ni lawak.
tgk duk tgk, orang utan tu blh p kencing dari atas pokok tu.
dah merambu2 ayaq kencing beliau. loqlaq btoi.
mengekek anak2 aku gelak.

lama jugak kami kat dlm tu.
pkul 2 camtu baru keluar. pusing semua.
apaknya nak tengok rimau la, singa la apa laaa.
layan jelah.
brenti kat tgh2 zoo tu kejap. ada playground, ada kawasan lapang, ada stall jual minuman dan blh lepak2 kat kerusi.
anak2 dahaga so mak beli milo sorang sekotak kasik diorg tenaga tambahan hehe.
lepak kejap pastu sambung jln tgk binatang.
apaknya taknak naik tram sebab tak nampak binatang.
tabahlahhhhh...




ni masa nak beli tiket.
ada family tu duk gilir2 ambik gambar, then pak incik approach tolong ambikkan gambar diorg sefamily.
then abg tu offer utk ambik gambar kami pulak.
life is easy rite?
tak susah pun nak buat baik dgn org.


anak dara nan seorang.
enjoy dia pun cuma duk bagitau sakit kaki tak larat jalan.
ada saja akai.
anak teruna nu takyah kira.
tak nampak letih pun.

pkul 2++ kami keluar dari zoo.
dah keluar, Aniq kata nnt kita mai lagi na mama.. hahaha
suka dia.
Insyallah, nnt kita datang lagi.
moga rezeki mak apak awak murah lepas ni nak bawak anak2 jalan2.

keluar dari zoo, kami ke rumah kwn aku lagi sorang, kakcik.
lunch kat sana. dia tu sejak subuh dah wasap tanya jadi ke tak datang sebab nak  masak.
of coz la datang. bukan selalu nak jumpa kwn2 kan?
2 org kawan aku kat sini. kawan baik dunia akhirat Insyallah.
mkn, solat semua kat situ. anak2 aku yg td letih la apa la, jumpa kawan, sakan pulak mainnya.
pak incik pun sempat lelap mata kejap sementara kami duk sembang2.
pastu dlm pkul 4 gerak ke next destination.
mana kita ?
soon aku share..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...