Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Thursday, December 05, 2019

Frozen II

Assalamualaikum..

pembuka cuti skolah, bawak anak2 pegi layan Frozen.
aku ambik cuti hari Isnin 25hb tu.
apaknya kerja, so kita tinggal hahaha
aku bawak adik2 perempuan aku and mak aku skali.
plannya, aku anak beranak + adik yg bongsu pegi tgk wayang.
mak aku and adik lg sorang, Afizah pegi buat rawatan resdung.
ada 1 spa kat Alor Star ni mak aku suka kalau buat rawatan resdung kat situ.
dah lama dia tak pegi buat.
aku pun pernah buat 2-3 kali.
mak aku dah berkali2 dan serasi dgn dia.
so kita sekali harung peginya.

pagi tu dlm pkul 11 kami gerak dr rumah mak aku.
anak2 tak tau nak pegi mana, asyik la tanya nak p mana nak p mana.
dah sampai Alor Star, drop umi and Fizah dlu.
spa tu now dah pindah ke bangunan sebelah Aman Sentral.
senang hehe
then kami ke Aman Sentral
bila que nak masuk parking bawah, Aniq dah menjerit2 seronok dah.
baru dia cam tempat tu and siap tanya, kita nak tgk wayang ke mama?
hahah

terus naik ke GSC and beratur beli tiket.
movie pukul 12.45. masa tu dlm pukul 12 tghr.
tiba2 adik aku call bgtau spa tutup hahahah
adoihhh
tiket dah beli. so dia datang Aman Sentral lepak2 jelah ngan umi.
sementara tunggu movie start, aku pegi beli seluar Amni jap.
budak2 ikut adik2 aku pegi main kat ground floor.
ada taman Jumanji kat situ. best jugaklah sebab ada pokok2, buai, binatang semua.
dah cukup jam, naik atas.
umi ngan Fizah jln2 lepak2 dlu sementara nak menunggu movie tu.
ajak mak aku masuk skali mmg tak la dia nak ikut hahaha
merata depa pusing sudahnya masuk lepak surau ja.



tak penuh pun.
maybe sebab Isnin dan movie tghr.

kemain seronok Amni.
Aniq so-so je sebab dia tak paham sgt.
duduk pun tak diam dlm tu.
sabaq jelah.
sebab tu aku malas nak tunggu apaknya sebab tau dah nnt dia jeling2 bila Aniq duk tak diam.
kena pulak cerita ni malas la nak ajak apaknya.




pada aku Frozen 2 ni so-so je compare to Frozen 1.
yg 1st lagi best.
yg ni mcm boring sket.
ko kena tengok tak blh miss sebab bnyk flashback. cerita sebelum dan semasa.
pastu banyak menyanyi.
tapi lagu pun so-so, takda yg hit melekat pada aku.
tak sama mcm yg 1st, lagu let it go tu mcm melekat je kat semua lepas tgk kan?
kali ni mcm biasa ja.
tapi cerita ni cantik. animasi dia mmg cun.Elsa lawa la hai, baju dia smua lawa2 hahaha
utk anak2 yg baya2 Aniq aku rasa mcm tak berapa sesuai.
utk yg dah besar2 tu ok.
Aniq mmg tak layan sgt pun. Amni pun nmpk boring sket.
compare to yg 1st, smua budak2 layan. jln cerita best, lagu2 pun best2.
yg kali ni mujurlah ada si Olaf, so adalah penyeri. kalau tak aku rasa mcm mendatar saja cerita tu.
penghujung cerita tetaplah kisah kasih sayang 2 beradik.
ada happy, ada sedih, ada marah, mcm2 emosi ada.
not bad.
ni pandangan aku lah.
kalau korang rasa citer ni best meletop, silakan.
pandangan masing2.

Amni pun mcm relax kali ni. dlu tu dia punya kegedikan kat Frozen sampai tak terlayan.
hari2 nak tgk Frozen, nak nyanyi nak pakai baju Frozen. sabaq jelah.

Thursday, May 02, 2019

Avengers Endgame

Assalamualaikum..

sapa dah tgk Avengers Endgame kita geng!!
hahaha



ni antara movie series yg aku follow.
dan aku suka. hehe
follow rapat tu tak la sangat, ala kadar saja.
aku suka action movie mcm ni.
maybe sebab para pelakonnya dan jalan ceritanya.

lepas tgk Infinity War yg thn lepas kan dah keluar sequel yg ni.
pastu bila duk keluar kat youtube sket2, haishh masing2 duk cerita kat opis.
opismate aku ni ada yg follow rapat so pakat seronok cerita.

10hb April aku dah booking tiket show 28hb
gigih dok? hahaha
asyik la remind sang suami jgn nak kemana2 ehhh
sabar jelah dia layan aku.

24hb tu keluar movie ni.
then ada 2-3 org opismate aku dah pegi tgk.
esoknya datang opis nak cerita.
aku siap pesan sapa cerita aku tumbok hahahah
jgn nak buat spoiler ehhh
hari ni masuk keja, kemain eksyen nak sesama cerita kat opis sebab dah tgk hahaha
perangai membongak je masing2.

cerita 3jam wei.
anak2 aku nak kencing la apa la. adoihhh
gilir2 keluar ngan apaknya
mujurlah dapat hall 4 sebelah je toiletnya.
Aniq tu jemu, puas main tangga (tak kacau org).
dah mkn popcorn sudahnya tidor lepas sejam lebih camtu.
awal2 cerita tu mcm boring sket tu yg dia pun membosan.
bl dah dia tertidor baru la nak lawan2. rugi aaa
tu yg ambik gambar pun berdukung je sebab baru bangun tidor.
kena pulak time yg aku pilih 2.30 ptg. habis pkul 5.30 camtu
lama woh. sayang oo nak bangun dari kerusi hehe

kalau ko tak follow series Avengers yg sebelum2 ni or series from Marvel yg lain, ko mcm terbangang bangang la sket nnt. hahaha
so far, bnyk yg aku dah tgk. paling latest is Captain Marvel.
yg tu pun aku tgk hujung2 dah. laki aku malas nak pegi.
ajak jugak sebab dah tau ada part dia dlm Avengers Endgame.
kang tak tau mana datang super hero sorang ni. kan dah tak feel hehe

series kali ni best jugak la.
kelakar ada, sedih ada.
sedih bnyk la. huhu. sesuai la nama Endgame tu.
ikut aku, aku lagi suka yg Infinity War.
sebab Captain America ensem woh hahahaha
tak la.. semua series best.
kena ikut kena faham supaya tak kelihatan bangang and wonder why this, and this. ngehngehngeh
hari tu, penuh panggung sampai ke depan.
pastu bila ada part yg best, pakat sorak wuuuuuuuuuuuuuuu.
hehe meriah aa
bila last pakat tepuk tangan.
kiranya tu semua peminat tegar la kut.

so, korang dah tengok ke belum?
jika belum, laju2 beli tiket.
sebelum masuk panggung tu, kencing sesiap. hahaha


Tuesday, January 22, 2019

Bumblebee movie

Assalamualaikum..

cerita malam tahun baru.
takla basi sangat kan?
😁😁

cuti skolah tahun lepas, kami tak kemana2 pun.
takda sebarang plan sebab mama busy dan huru hara. haha
mujurlah jugak tak kemana2 sebab tetiba papa sakit.
tu nnt cerita lain..

anak2 pun mereputlah bersama2 kat rumah.
cuti sekolah, diorg tinggal kat rumah pengasuh.
ada hari aku ambik cuti.
abang aku anak beranak balik.
bawaklah pegi mandi manda kat The Carnivall kat Sungai Petani.
so, takla mereput sgt. hahah

ada la plan nak g jenjalan dekat2.
tapi papa tak sihat.
2 minggu jugak la huru hara tu.
kesian anak2 sebab makpak huru hara.
dgn aku struggle nak siapkan FYP.
last dah, so kena pulun.
mcm2 rintangan btul nak siapkan.
alhamdulillah dah siap, tunggu markah je,
soon, kita share yeh.

lepas papa dah ok, bawaklah budak2 keluar sket.
tgk wayang je pun.
tapi Perlis ni nan hado, so kena ke Alor Star.
budak2 ni kalau dengan nak tgk wayang, uish kemain menggedik.
kalau org lain, mungkin biasa.
tapi tak pada anak2 aku.
sebab aku tak ajar sangat.
once in a blue moon gitu..
bila sesekali ni, diorg lebih menghargai.
plus, nak keluar ke alor star tu pun kadang2 aku malas. hahah
sejenis yg suka mereput kat rumah.
habis 1 family gitu. mujurlah hehe



kemain seronok 2 ketoi ni.
plannya nak dinner skali, tapi tak sempat.
sebab diorg kat rumah mak aku hari tu.
balik keja, kami laki bini siap2 dlu, lepas maghrib baru jemput diorg and terus pergi.
sampai rumah mak aku, skali lauk dinner sedap lah pulakkkkkkkkkkk.
hahahaha
air tangan mak kan, walau simple tetap lah menggugat selera.
so makanlah dulu, kang mak kecik hati.
jadinya pergi tgk wayang jelah.

mengekeh gelak dua org ni.
layan sgt movie tu.
cerita yg ringan. mudah nak faham.
lawak pun ada so budak2 suka lah..
ok la pada aku..
permulaan mcm mana si Bee ni hilang suara.
kira mcm throwback punya cerita.
alah, dah lepas lama dah pun.
rasanya dah habis tayangan kat panggung pun.
aku je baru hegeh nak update. hahaha



kesayangan mama papa.
penyejuk hati dan juga penaik darah.
hahaha

balik tu cadangnya nak tgk firework sbb new year kan..
tapi kang jln jem, esok keja.
so, balik terus jelah.
2 ketoi tu, terlena dlm kreta.
almost 1am jugak sampai rumahnya..
kisah mlm tahun baru kami..

Thursday, June 13, 2013

Fast and Furious 6

Semlm mak2 g nengok wayang. Ladies night lagi.. Walau memasing anak 2,3 iolls layan ok citer fast n furious.. Aku ajak skali roomate aku join. Beriya siap, call public cab, skali cab nan hadooo. End up kak ieja kena jemput jugekk..
Lama oh xtgk wayang. Masa peknenkan amni ada gak tgk. Pas amni kluar, nan hadooo. Ketagih ooo.. Tgg amni besar sket aku angkut dia tgk wayang skali.

Syoook habaq hang citer ni. Korang kena nengok. Sapa yg mmg follow haruslah lengkapkan siri 6 ni kan? Kali ni best. Aku mng suka citer2 action nih. Action kali ni dasat2. Tumbuk2, gaduh2 torentto ngan the rock terbaek! Macho habis walau memasing dah tuo. Badan ketak2 auwww. Aku terjerit2 jugak. Feeling kena lambung ke dinding dgn the rock. Lawak pun bule tahan. Meriah panggung. Race kreta pun dasyat.. Ko mampu curik kreta kebal tentera? Siap meletup kapai terbang.. Dasyat hoh..
Hero dah tentu menang. Meletop terbakar bagai, hero mesti kluar jugak walau dah kena balun 3 suku nyawa. Yg jahat haruslah mati katak walau berjuang hingga ke titisan terakhir. Misi gagal bro! Itu standard. Tapi ada gak part yg ko tak jangka akan berlaku, at the end la..  Apakah? Kena tgk la der..

Tapi klau korang tak tgk the previous part, mungkin kurang paham sket la. But no hal sbb ada flash back..

Kesimpulan adalah best! Sesekali bajet duk drive kreta diorg. Huii.. Lajuuuuuu. Klau kat msia, aes pun xsempat nak snap. Hahaha..
Tengok skali lagi pun boleh. Iloikee..

Wednesday, January 11, 2012

Ombak Rindu dirumah saja....


ginilah bila dah ada anak.. layan movie dirumah saja..* sedih
but sokayyy... xgamak kut nak bersuka ria kat luar n tinggal anak kat org.. kekek
since aku duk berzikir kat laki aku nak nengok ombak rindu, skali mlm tu dia bwk balik dah. bukan tgk kat astro first, sebab aku xsubscribe pun channel tu. laki aku download saja.. tu kan keja dia.. bnyk gak movie yg kami layan cenggini saja... mueheheh
cocok kabel dr lappy ke tv, maka layanlah kami anak beranak citer ombak rindu. xla sebest nengok wayang.. tapi bolehlah dari xada. ater, tv kecik nau...

'redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah'...kakakaka

pada aku citer ni biasa2 saja. duk baca kat blog2, ramai yg kata sedih, siap nangis2. aku duk tunggu gak, part mana nak nangis. skali nan hadooo. bab cintan2 ni susah aku nak feeling la. tp part maya masuk wad sebab bleeding tu, haaa, yg tu ada sket tersentuh la. laki aku plak yg over feeling. duk buat muka sedih sebab aoran kasar ngan maya.. diakan minat maya karin.. puiiiiiiiiiiiiiii... masa duk nengok citer tu, klau dia nak bgn g dapur ke, toilet ke, bleh plak dia pause dlu. karang termiss katanya. aku jerit la.. dah ko nak pegi, pegi jelah kan. klau tgk wayang mana da nak pause2 ni smua. ok, dia play balik, pastu dia g minum. bila dia meh kat dpn tv tu, dia rewind balik scence yg dia terlepas. grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr... tensiiii...

klau org yg xbaca novel ombak rindu ni, maybe xpaham sgt cita ni. sebab laju jek kan. klau ikut sebijik mcm novel, mau 8 jam xhabis lagi movie ni. aku xminat maya, so, pada aku, boleh la lakonan dia. aoran.. auwwwwwww.. mak sooka noks!! hehe. tapi lakonan dia pun biasa2 jek. bnyk sgt dah kut watak jantan romantik yg dia bawak. so, mcm xdak kelainan sgt. cer, ambik hero lain pulak. ambik jehan miskin ke, ashraf muslim ke.. eh.. lisa, superb! dia watak garang2 gitu jadik la jugak. sebab org comel bila marah is cute... mcm aku.. muahahahaha

paling aku xpaham, watak diorg nak beromen pas kawen tu. bakpe lah nak buat sampai berkemban, pastu gosok2, feeling2 lebih2.. kan dah kena kutuk.. haishhhh.. bebudak nengok xbagus la kan. xpayah la nak describe sangap romantik sampai cam gitu. pada aku la. org lain mungkin suka..




mak lagi suka datin maimon feeling watak izzah kut.. kakakakakaka

Tuesday, June 14, 2011

KL Gangster






okes, semlm mek g nengok KL Gangster ngan incik somi..ngan sapa lagi nak pegi ye dok klau dah ada laki..citer ni kuar 9 jun. sampai hari ahad lepas, tiket asyik la sold out kat Jitra..tensi mak..bila kol tanya, full manjang..mlm tu, dah siap2 bagai dah laki bini, kol kat panggung, skali tiket sudah full utk 2 show mlm tu..tinggal yg pkul 1 pagi punya, tu pun dah separuh tiket dah jual..tukar baju, g tengok maharaja lawak..frust..tapi xfrust sangat sebab maharaja minggu lepas adalah tersangat best!

semlm g tengok citer ni kat alor star. aku beli online trus..tgk semlm, penuh panggung gak..giler hot la kan..sebelum ni pun bukan xleh beli online, cuma malas sebab nak g alor star jauh, jitra dekat sket. tapi jitra xleh booking n xleh beli online..alor star bule sebab diorg ada Big Cinemas..senang ok, bayar trus n ko bleh print tiket trus..xpyh collect tiket awal sebab ko dah bayar..datang xdatang tu ko punya pasal!

sampai semlm ngam2 show baru mula. seb baik seat blakang skali sebab amek couple seat. pasni xleh amek dah sebab xnampak full screen. terlindung ngan kepala org depan sebab seat dia cam sama level ngan seat depan..xbest...

tapi tapi...nasib baik citer tu best! mcm kejap je nonton, eh dah habis dah.. aku duk baca review, smua kata dasyat...mmg dasyat la..congrates to syamsul yusof..citer ni pasal gengster2 kl la konon2nya..pakat duk berebut port, berebut sapa hebat. bisnes juta2..tapi xtunjuk la bisnes apa..tapi taulah, klau dah nama gangster mcm tu, nak jual apa lagi kan...
aoran aziz ngan adi putra sangat hot dlm tu..mmg ada style bila part diorg gaduh..nmpk real mcm gaduh btul2..badan lak ketul2 sket kan..dah mcm tony jaa dah aku tgk..mmg feeling abis la..watak syamsul pun ok,cuma heran apesal dia duk cakap pelat cina..nak kata cina, xkut..

smua watak nampak real. pelakon tambahan pun ok gak, xnampak kaku sangat berlakon..klakar pun ye jugak..part gaduh2 tumbuk2 pun real..dah mcm citer action luar negara dah..gaduh2 kat club, baling2 sampai pecah2 meja kan..pastu tembak2 kat tempat org ramai..
paling xmenahan si zizan raja lawak..bajet mcm dia pun gengster hebat la.abong long la konon..skali, habuk jek..pakat duk gelak ja kat dia..watak dia ok la, ada jokes sket kan..sedih pun ada gak..yg bagusnya xdak heroin dlm citer ni..ada xada pun sheera, jadik adik aoran aziz, tapi sket je watak dia..last xtunjuk pun apa jadik kat dia..watak pompuan ada la, tapi xditonjolkan sangat pun..setakat tunjuk2 gitu jek...lain smua jantan ganas2 muka cam pecah rumah..gaduh mmg nampak real sebab laju..
ada jln cerita n ada motif...kerana duit, sedara mara pun bule pecah belah..kerana persahabatan, kawan sanggup susah payah..ending pun bule tahan jugak...xla tergantung mcm tu jek


okes, moh g tengok ramai2..sapa nk sokong filem tempatan klau bukan kita sendri..xpyh la nak bangga sangat ngan citer luar yg xsetara mana hebatnya..teknik diorg mmg hebat, tapi kadang2 jln crita tu haram xpaham pun..aku kadang2 jadik mls nak tgk citer luar sebab tu la..tgk preview kat tv kemain hebat. bila g tgk kat panggung, jln crita, ending...hampess..makanya aku pilih2 nak tgk movie ni..10 hengget tu banyak ok..klau citer luar, laki aku download je, layan kat umah..heheh..citer melayu pun bukan smua aku layan, tgk kepada pelakon, pengarah n preview jugak..
eh, klau g korang xpayah bawak la klau ada anak kecik..skolah rendah tu ke, xsesuai la kut..bukan sebab action dia, sebab bahasa dia agak kasar sket..karang pas tgk, balik umah pakat duk sebut2 plak..xelok la kan.sial tu mmg kat mulut la..lain2 pun ada gak..ater, dah nama gangster kan, cakap mesti la gitu..
apa pun, tahniah utk diorg2 smua yg terlibat...bleh kasik 5 bintang...khabarnya dah dapat 5 juta kutipan...

Saturday, January 01, 2011

Menjadi 'Tourist' di mlm tahun baru

semlm ialah mlm tahun baru..di kedah dan perlis, tiada sambutan tahun baru ye anak2..klau nk tgk bunga api, pandai2 la korang bakar sendri..nak tgk konsert, tgk kat tv sudahh..

hari jumaat walaupun dah diumumkan cuti peristiwa@public holiday...hubby keja jugak yek..as usual, sebab hujung bulan..makan dia tatap kena kerja..sampai mlm plak tu..hadeii..nasib mak la kan..laki mak keja, maka mak duk lepaking jek kat umah hr jumaat tu..pkul 11 lbh br dia sampai umah..oleh kerana dia kerja, maka ai ikut akak g nengok wayang...huhu..



maka..di mlm thn baru tu, kami nengok citer The Tourist..bajet citer to hot la sebab pelakon dia adalah super duper hot..Angelina Jolie ngan Johnny Deep..tapi2..xdak la hot sangat..bajet ada action tumbuk2 lawan2 sebab ada pak Johnny Deep tu kan..tapi, nan hado..ada tembak2 jek..pastu xhensem la dia buat rambut mcm baru bgn tdo tu..kali ni watak dia cam simple n selamba jek..


tapi tapi..makcik ni oh oh...super duper hot wei dlm citer ni..gojes sungguh..syok sungguh tgk muka dia..cun seyy...body tu jgn cakap la..bukan tahap bergetah dah ni, melekit2 dah..dah beranak kembar pun leh dpt body seksi kayak gitu..fuhhhhhhhh.. i heart u lah!!sumpah lawa gila Angelina Jolie kali ni..

citer ni biasa2 jek..mungkin sebab dah lama diorg xberlakon, cam buat comeback kut..xdak yg special sgt dlm cita ni selain aksi kiss2 diorg..tu biasalah kan, citer omputih..citer perang2 pun nak kiss2 jugak...
btw, da la jugak part yg best..kelakar la jugak cita ni..pakat duk gelak2 jugak la..eh2, separuh panggung jugak wei..pakat nk tgk Johnny Deep ngan hot mama tu lah kan..bagus kan diorg..amek hero ngan heroin yg malatopp...tapi citer biasa2 jek..tapi lokasi sangat menarik..Venice weii...cantikkkk ooo..

kesimpulannya..so so jelah citer ni..cam boring pun ada gak sket..klakar ada sket..romantik ada sket..action..nan hado! nak tgk keseksian dan kecantikan Angelina Jolie..ha buleh la..




er...xmarah ke laki angelina tu nengok bini dia kiss2 ngan pak johnny ? 2 kali tuu..tapi, diorg ni pro..nama pun kerja,,ye dok....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...