Showing posts with label solid food for baby. Show all posts
Showing posts with label solid food for baby. Show all posts

Wednesday, October 07, 2015

Agar2 oat+kurma

menu Aniq.
dia suka agar2, tapi takleh keras sgt.
kena lembik2 je.
umor bawah setahun tak bnyk pilihan sgt sbb bnyk yg tak blh makan lagi.
aku ubah2 jelah ikut cara aku.
selalu aku buat agar2 oat+kurma je.
kali ni tambah susu sket.
aku guna susu Aniq jugak.
tak bg fresh milk lagi kat dia sebab masa buat ni dia belum setahun.

nak buat pun senang je.
bahan2 cuma agar2, oat, susu, air dan puree kurma.
guna agar2 jenis stripe ye.

masak agar2 dgn air sampai agar2 tu hancur.
pastu masukkan oat.
agak2 la nak bnyk mana oat tu dengan air tu.
pastu masukkan puree kurma.
aku memang ada stok puree kurma, so senang keja.
cedok je.
then tambah susu.
susu segar boleh, susu formula boleh.
susu ibu je takleh.

kacau2, agak oat dah lembut, blh tutup api.
pastu masukkan dlm bekas.
aku guna tipuware kecik2 senang utk skali makan.
lagipun buat lembik, kalau bekas guna bekas nak potong susah.



dah keras.
aku letak kat bahagian atas peti ais, kat tempat beku.
nak mkn esok, mlm ni bawak turun ke peti ais bawah.
sebelum mkn tu keluarkan dlu bagi sejuk.
mkn sejuk2 kesian kat Aniq pulak kan?
kalau nak cepat, rendam je air panas.
senang keja.

yg ni bekas aku beli kat daiso.
4 ketoi rm5.
lama dah ni, dari zaman kakak lagi.



bahagian bawah, nmpk oat tu.

Aniq suka agar2.
habis sebekas dia makan.
setakat la ni, ni jelah agar2 yg aku buat utk dia.
pasni kena pikir perisa lain pulak.
kang dia jemu pulak asyik sama je kan?

korang ada menu agar2 utk budak bawah 2 tahun ni?
share ar...

Tuesday, September 22, 2015

Menu Aniq : ayam goreng kunyit




bekal makan utk adik.
moi dengan ayam goreng kunyit.
1st time buat utk dia.
asyik buat sup je, yg berkuah je, kali ni tukar sket.

isi ayam potong kecil2.
ikutlah bnyk mana nak buat.
dah basuh, tos kejap.
pastu gaul dgn kunyit.
kalau boleh tak payah letak garam.
kalau nak letak pun sikitttttt je.
jgn mcm nak buat utk kita org besar makan.
utk menu ni, aku tambah kentang goreng.
potong kentang nipis, gorengkan sekejap.
pastu baru tumis bawang merah+bawang putih.
agak garing, masuk ayam td.
gorengkan kejap jgn sampai garing kang keras kejung ayam tu.
tak sesuai la utk budak besar Aniq kan?
agak nak masak masukkan kentang td.
nak  masuk sayur lain like carrot pun boleh.
pastu godek2, then tutup api.
dah siap.

senang kan?

Aniq suka!
wahh, mcm papa dia jugak suka ayam goreng kunyit.
lenyek2 ayam and kentang tu, campur nasi lembik dia, bnyk dia makan.
senang hati mak.

buat mkn utk anak, toksah stress, simple2 cukup dah.
variasikan sket, rajin2 carik menu supaya anak suka makan.
budak besar tu kalau tak kena gaya akan jadi picky eater.
so, mak2 kena bijak yeh..

Friday, September 04, 2015

Bekal makan Aniq

kita citer pasal anak pulak.
pasal makanan anak.
aku bab makan anak ni, aku over sket.
dulu masa Amni lagi over.
utk Aniq ni kurang over sikit.
bukan sebab tak sayang anak ke apa eh..
masa tu kadang2 jd buat kita kurang over dah.
hahaha.
dulu anak sorang, sempat la ko nak buat mcm2.
anak 2 skang ni kadang2 huru hara hidup.
maybe bila Aniq besar sket ok dah kut.
dia skang tgh duk gatai bangun berdiri lepas tangan.
kemainnn.
tak bule leka sangat.
Alhamdulillah setakat hari ni tak pernah jatuh lagi masa dia berdiri sebab dia berdiri lepas tangan tu masa dgn aku je.
pastu nak melekat je.
dah lebih dari handbag dah ni.
kalau handbag bule juga letak tepi kejap.
ni dah sropa 6pax kat perut, asyik nak melekat.
kadang2 ok, kadang2 kelautttttttttttttt..

eh, nak crita bab makan kan tadi?
sory kak yah melalut..
hahaha..

Alhamdulillah, sejak Aniq mula makan sampai hari ni aku masih istiqomah utk buat bekal makanan dia setiap hari.
sama mcm kakak dulu jugak.
tiap2 hari aku masak sendiri makanan diorg and bekalkan kat pengasuh.
ringan sikit keja pengasuh.
dia pun bukan jaga Aniq sorang, ada 2 budak lain.
then aku pun tau apa anak aku makan hari2 sebab kita yg masak sendri.

kadang2 aku masak siap2 malam tu utk bekal esoknya.
kadang2 aku masak pagi tu.
depend kepada masa dan situasi.
nak masak makanan budak bawah 2 tahun ni senang mak enon.
tak guna bnyk bahan, nak rasa manis ke masin ke apa.
no sugar and salt added!
so, campak2 smua, masak, dah tutup api.
tak payah nak rasa ke apa dah sebab sah2 la tawar kan?
pastu bukan nak kena buat kari ke apa ke.
menu aku yg selalu duk ulang sup, masak lemak, tumis air tak pun goreng ikan je.
kalau goreng ikan ada la kuah lain pulak.
mahap la dik, mak ko skang ni tak sempat sgt nak varietykan menu awak.
tapi tgk dia telan semua licin.
bagussssssssssssssssss.. senang keja mak ko.



ni bekas makan Aniq.
kakak punya, now adik pulak guna.
aku beli kat Milk a deal dulu.
RM60++ kut, tak ingat sgt.
kedap udara, tahan lasak sebab steel.
dlm tu ada 3 bekas kecik.
sesuai utk sekali makan.
1 utk nasi, 1 utk lauk, 1 utk break1st.
mudah.



ini utk break1st.
roti bakar je hari tu.
sapu unsalted butter, bakar atas pan kejap, pastu sapu puree kurma.
then aku tekap bentuk bunga.
sekeping roti aku guna tu.
tak tau la habis ke tak makannya..



ni utk lunch.
hari tu aku masak nasi, letak puree carrot skali.
masak moi lagi walau Aniq dah bnyk gg.
belum bagi nasi keras lagi.
aku guna beras yg dah siap mesin tu utk masak moi ni.
so, kejap je dah masak.
beli kat padang besar sana.
bau mcm beras wangi tu.
utk lauk aku buat telur dadar je hari tu.
moi dah ada puree carrot, so utk lauk goreng telur jelah.
Aniq ok mkn telur takda alergik.
telur  tu aku goreng guna unsalted butte.
buat telur dadar pastu tekap bentuk bunga jugak.
simple je kan?
yg penting masak sendri.

selalunya mlm pun menu sama.
Aniq makan apa semua ok je, memang licin.
puas hati tgk anak makan.

soon klau aku rajin aku share menu2 Aniq.

Monday, May 11, 2015

Puree utk Aniq


mari main masak2..
yay!
hahahahah..

skang ni keja buat puree jelah aku.
utk adik kembong.
umo dia skang ni, senang buat makan.
moi ngan puree je.
nak buat pun sapsapsoi je.
puree pulak bule buat stok.
busuk2, slalunya stok utk 2 minggu.
masuk peti ais atas, boleh tahan lama.
katanya 6 bulan.
tapi aku tak biar lama gitu.
stok pun paling lama 2-3 minggu je.
yg lama, puree kurma sbb buat bnyk sekali harung and guna sket2 je.
mcm tak gamak pulak nak kasik dia mkn yg lama sgt jd ais tu.
walaupun masih homemade kan?
cumanya bila lama dlm peti ais, dah keras kejung, khasiat pun dah kurang.
tak susah pun nak buat puree ni.

kukus, blend, simpan.
nak mkn, thaw dlu.
rendam dlm air panas boleh, or biar dia cair sendri.
sama mcm susu ibu jugak.


potong2, basuh2 dlu buah/sayur yg nak buat puree.
better asingkan yeh.. jgn campor2.
nnt nak blend pun sama, jgn campor.




nak kukus.
kukus is better than rebus.
kukus kejap je yeh, jgn lama sgt.
takmo khasiat tu hilang.
periuk kukus aku besar, so leh letak bnyk2.
klau buat sikit, mcm rugi space pulak. hehehe..
tp tak la bnyk sgt.
mcm aku ckp td, stok utk 2-3 minggu je.
sehari sekali mkn je pun.

skang ni aku buat puree brokoli, cauliflower, carrot and epal je utk Aniq.
tu je ulang2, gilir2 makan.
hari ni brokoli, esok cauliflower, lusa carrot.
klau brokoli or cauliflower, aku campor ngan epal.
bagi manis sket.
so far, Aniq ok je.
smua laju je dia telan..
Alhamdulillah...
sayur/buah lain tak cuba lagi sbb tak sempat nak cari.
hehehe.
baru ni kasik dia mempelam harum manis.
lajuuuuuuuuuuuu je makan.
sedap eh?

 

nak simpan dlm peti ais.
guna bekas ais kiub tu senang ok.
nak simpan senang, tak mkn space dlm esbox.
nak ambik pun senang.
tu smua aku beli masa Amni dlu.
skang ni guna balik, elok je pon sebab simpan pun elok2.
bekas tipuware kecik2 tu aku beli baru.
4 ketol rm2 je kat siam.
1 bekas tu utk skali mkn.
umo 6-7 bulan tu sekali mkn pun sokay.
aku kasik dia mkn tghr dlm pkul 1 camtu.
dah habis yg dlm bekas, ambik yg dlm ais kiub tu pulak.
i kiub sekali mkn.
kadang2 aku campor, 2 kiub sebab tak bnyk sgt 1 kiub tu.
mak rasa sket, eh sedap jugak..
hehehe..
ternganga2 nak mkn tak padan ngan kecik.






keja senang mcm ni pun ada yg malas.
kasik anak mkn yg instant je.
hmmm..
sian la kat perut baby..
tak susah pun.
nak anak sihat, nak perut dia sihat, mak kena keja lebih sket la.
takat bagi anak pakai baju comey2 je, beli itu ini, mainan mahal, tak jadi apa.
yg penting kesihatan dia kan?
sekurang2nya kita dah jaga dari awal.

mak je mkn sedap, makanan anak pun kena la sedap sama.
masak sendri, tau apa masuk dlm perut anak.
tapi terpulang pada pilihan masing2.
ni pilihan dan pendapat aku.
yg tak suka, maap ehhh?

Wednesday, May 06, 2015

Puree Kentang untuk Aniq

solid food yg pertama utk Aniq is puree kentang.
dalam entry lepas pasal solid food utk Aniq, aku mention aku kasik Aniq makan awal seminggu kan?
masa tu teringat dia dah nak masuk 6 bulan.
and terasa nak bg dia makan dah.
persediaan apa tak da.
godek2 peti ais, ada ubi kentang.
so, jom buat puree utk adik kembong..

sapsapsoi je nak buat puree ni..
masa diorg mkn puree ni, senang keja mak.
kukus, blend, pastu makannnnnnnn...
hehehehe..

utk ubi kentang, kena rebus ye.
klau kukus kena lama sket la sebab nak bg kentang tu betul2 empuk.
nak senang, rebus je.
dah kupas, basuh2, rebus.
dah empuk, sejukkan..



sebiji je kentang aku rebus hari tu.
1st time nak mkn tak payah bnyk2 sgt pon.
malas nak blend bagai, kita tumbok jelah.
dah lembut, senang je pon.
lenyek2 je dlm lesung batu tu sampai hancor.



pastu aku masukkan dlm penapis teh ni pulak.
lenyek dlm ni pulak.
sebab nak tekstur tu betul2 halus dan hancur.
sebab Aniq kecik lagi kan?
1st time nak makan, kena betul2 halus.
kentang ni keras jugak kan?
klau ada ketul2, kang tersedak pulak.



so, dpt mcm ni.
ambik yg bawah penapis tu.
memang halus betul.
kalau blend@tumbok td, ada yg berketul jugak.
masa nak tekan2 kat penapis tu, klau pekat, boleh tambah air sket.



dah siap.
memang halus betul ubi kentang ni lepas kita lenyek dlm penapis tu.



siap buat stok utk 4 days rules.
setiap makanan baru utk baby, kena amal 4 days rules ye.
supaya kita tau sesuai ke tak makanan tu dengan bayi.
cirit birit ke, sembelit ke apa..
lepas 4 hari, kalau kencing berak smua ok, means makanan tu sesuai utk bayi.
kalau sembelit or cirit birit berterusan, blh stop makanan tu.



puree kentang utk adik kembong.
his 1st solid food.
permulaan, 1 sudu besar je.
tak payah bnyk2 pun.
perut diorg kecik je.
lagipun dia baru nak belajar mkn kan?
kalau pekat, blh tambah air, biar cair2 je.
senang dia nak telan.
tambah susu ibu pun boleh.
tapi aku kasik rasa original je.
pure puree kentang...


budak tak sabar nak makan..
ternganga2 mulut tu.
lapar ehhh?
pestime makan, dah pandai isap2 sudu.
lajuuuuuuuuuuuuuu je dia telan.
pastu nganga lagi.
kelakar awak dik.



kejap je dah setel makan.
laju je dia isap puree tu.
better buat cair je sebab diorg tak pandai kunyah lagi kan?
isap je..
seronok tgk dia makan.
dah mkn, so aku kasik dia air kosong.
seb baik dia suka je air kosong.




dah setel  makan..


hanyut terus..
bhahaha..


later, aku share penyediaan puree buah/sayur utk Aniq pula.
asah balik skill utk sediakan solid food utk anak.
harap dapat buat lebih baik dari dulu, masa sediakan makanan utk Amni.
Aniq ni laju gak makannya..
anak mak btul la awak..


Thursday, April 30, 2015

Solid Food for Cik Kembong

dah sebulan ++ Aniq makan solid food.
tak sempat nak buat entry.
masa kakaknya dulu, beria engkau beli segala mangkuk comel2, sudu bagai.
google resipi, print berlambak2 nak buat mkn kat anak.
dah anak kedua ni, hoi kelaut sket.

kisahnya, minggu depan Aniq nak masuk 6 bulan, aku dah kasik dia makan.
ehehe..
tak cukup 6 bulan,awal seminggu je.
sokay la.
weekend tu baru sedar eh adik minggu depan dah 6 bulan.
dah bule makan.
jom makan sekarang lah..
gitu mak ko ni dik.

teruja nak bagi anak makan ni.
nak tengok peel hero sorang ni cemana pulak.
kalau ikut kakak Alhamdulillah..
senang mkn, tak memilih pun.
apa aku buat, smua dia telan.
senang bela.
dah besar ni pandai memilih, stress mak nak bg makan.




cik kembong ni bagi signal nak makan lama dah.
sejak umo 5 bulan lagi dah bg signal.
tapi sabarrrrrrrrrrrr.. awak kecik lagi.
pastu mak plak tak sabar, belum cukup 6 bulan dah kasik makan.
sian tgk duk meleleh air lior tgk kakak makan.
hehehe..

kali ni aku berazam  nak kasik homemade solid food je kat Aniq.
takmo dah kasik nestum, instant2 smua tu..
masa kakaknya, aku tak kenal lagi solid food tu smua.
terbagi nestum dlm 2-3 minggu jugak.
pastu baru la terjumpa pasal home made solid food your baby punya page.
dan2 tu aku balik himbau smua nestum tu.
hari2 masak kat anak.
gigih oi..

bukan la aku kata nestum tu smua tak bagus.
klau tak bagus takkan diorg nak buat kan?
ada la bagusnya.
kadang2 klau travel tu aku bagi jugaklah nestum waktu2 kecemasan tu.
tapi takmo terlalu bergantung sangat dgn nestum.
utk Aniq kali ni, sebolehnya aku taknak kasik dah.
processed food kan?
lagipun diorg baby lagi.
kesian perut.
bila kita yg dah tua ni nak makan apa2, yg sedap2, gigih la bersilat kat dapor.
tapi utk anak, kasik yg instant je.
tak pulak gigih nak masak kat anak.
kesian..

jangan pasni mak2 yg kasik nestum tu marah kak yah pulak ye.
pilihan masing2.
seeloknya, masak la sendri utk anak2 makan.
tak susah pun.
kita mkn sedap, anak pun makan sedap.
masak sendri, lebih bererti..
ecewahh.
yg penting lebih sihat dan kita tau apa anak makan.

later aku share apa Aniq makan eh..

Thursday, March 14, 2013

Resipi Kentang butter bakar



kentang butter goreng and bakar.. patutnya tajuk gitu kut, tapi mcm panjang sgt pulak.. heheh
weekend, mama free bule la nak buat makanan yg special sket utk amni. klau hari keja, simple2 je. mama xsempat.. terkejar2 dgn nak siap g opis..

bahan2:
kentang
unsalted butter
serbuk lada (optional)

cara2:
potong kentang. panaskan pan. masuk unsalted butter, then masukkan kentang. balik2kan kentang. then masuk serbuk lada sket. yg ni xnak masuk pun xpa. kejap je ye, pastu angkat, masuk dlm oven pulak. bakar dlm 20mnt, suhu 18.. dah tu je...

senang dan sedap... bau wangi jeeee


budak yg bajet dah besar.. nak mkn sendri... termuncung2 mulut sebab sumbat banyak2 masuk mulut. tgk mama letak banyak dlm pinggan, jadi tamak.. haishhhhh


amni kata dap dap... sedap eh??? mama pun sukaaaaaa...


Thursday, March 07, 2013

Resipi : Sup Ayam Kurma


haku pun xtau apa nama resipi. hantam sajalah... yg pasti my dearest Amni soookaaaa.. budak tu kadang2 picky eater jugak. ponek mak nak melayan...

sonang yo nak buek ni... utk baby 7bln pun dah blh makan. cuma nasi tu tukar dgn bubur la ye..

bahan2:
bawang merah, bawang putih aku blend sesiap. cedok 1 sudu teh je.
minyak
brokoli
isi ayam diracik halus
puree kurma
air
chicken stok

cara2:
panas minyak. tumis bawang merah bawang putih. masuk air and chicken stock seketul. pastu masuk ayam. pastu masuk brokoli. pastu masuk puree kurma 1 sudu besau.. godak2.. haaa.. dah siap! senang kan mommies?

dah lama tak beli brokoli utk amni. asyik la lupa. mkn sayur lain dlu lah ye. hari tu beli, trus buat ni..

hasilnya...








ok lah kan? kira memberangsangkan lah jugak. slalu tu susah la nak habis.. ni kira tinggal hujung2, 2,3 suap jek lagi. mak la ngabiskan. sodap eh... manis2 kurma and bawang yg dah diblend. lagi sedap dr ko tumis bawang yg potong mcm biasa tu..



rama-rama bintik
ikan keli panjang
amni cantik
mama sayang




eh? amni favourite song... sung by mama... muehehe

Monday, February 25, 2013

Resipi : Cucur jagung

dah lama xbuatkan amni cucur. hari rabu lepas g pasar mlm kat stadium. nampak jagung segar bugar, isi mongel2, kegeraman lalu membeli.

sabtu lepas, baru rebus. bau semerbak. mula2 mcm nak buat jagung mkn dgn kelapa parut, tapi nyoq nya tak ada. so, buatkan amni cucur jagung lah.

bahan2 :
jagung rebus. dileraikan isi. err, buat lah camno pun, janji dpt isi jagung saja. batang xmo.. pastu blend.
tepung gandum
fresh milk / air / susu formula amni. mana2 pun boleh


campur smua. kacau2, goreng. dah.. siap break1st amni! yayyy



dapat puree jagung setengah dozen. leh buat nasi goreng jagung esok utk amni. makcik tu suka nasi goreng taruk puree jagung.. manissss



sambil mkn, sambil  main. bakul susu pun jadi mainan dah skang ni..
amni mkn banyak pagi tu. 2,3 ketul jugak. banyak la kan kateogari toodler tu. mama dah lama xbuat kan.. uhuk uhuk....

Thursday, February 07, 2013

Resipi : Puding roti kurma

selera anak ni kadang2 xboleh nak baca. kejap suka, kejap xsuka. so, as a mother, kena la buat research bagai. try and error pun ye. amni ni picky eater jugak. klau dia xsuka, jgn harap nak bukak mulut. pastu buat la cemana pun, ubah2 sket ke, xjalan. so, kita kasik yg dia suka sajalah. mak senang, anak pun senang.. gitewww


dia suka yg keras2 like maruku or kerepek. gg baru 8 batang pun dah suka mkn. now ada gg geraham, lagila suka. yg lembik2 like tofu and agar2 pun dia suka. tapi bubur nasi xsuka dah.
kali ni aku buat puding roti kurma. alhamdulillah, dia suka. bl mkn, cakap dap dapppp.. yay, mama is heppy!!

Bahan2 :
agar-agar
susu segar / susu formula
roti gardenia 2 keping
telur sebiji
puree kurma

Cara2 :
masak agar2 dgn air. sket je agar2 tu. sekadar nak keraskan puding. air tu agak2 lah  ye. aku xdak sukatan tepat, main masuk je.
agar2 dah hancur, slow api.
bahan2 lain, blend all together-gether. bahan pun agak2 la. puree klau bnyk, manis sket la. bule tukar puree lain puree jagung ke, or taruk kismis pun bule. susu aku guna 3oz kut. sebab amni suka lebik. klau agar2 yg keras dia xlayan.
pastu masuk bahan yg dah diblend dlm periuk agar2 tadi. kacau2 kejap, tutup api. jgn xkacau yek, sebab ada telur. nnt berketul2.
pastu sejukkan : masukkan dlm bekas. mcm biasa, aku guna bekas love tu. masuk esbox, esok dah bule mkn..
bekalkan utk break1st amni..



makan petang pun boley... dan hasilnya begini... happy tummy!!

Friday, February 01, 2013

Resipi : Nasi goreng Amni

lama dah kan xhupdate resipi Amni.. mak is malasssss..
ni ada yg baru, moh le kita share. cam biasa, cepat, mudah, dan sedapppp.. tekak amni la kan?

budak tu skang ni suka sgt nasi goreng. sama mcm maknya, suka nasi goreng. tapi yg buat sendri, bukan mkn kat kedai.. aku klau mkn luar, jarang kut order nasi goreng. ngeri kut tgk tukang masak taruk ajinohmoto sampai 1 sudu besar. botak pala kak yah!


letak dlm mangkuk besar, sebab budak tu skang ni, apa org mkn, dia pun nak makan. heppp, xboley.awak kecik lagi. so, aku saiko dia sket. letak makanan dia dlm pinggan yg kami slalu guna. then dia ingat, makanan mak pak dia. so, nganga mulut cepat2 jek.. eheh. sian awak kena tipu..

mudah je nak buat. aku skang ni blend siap2 bawang putih and bawang merah,, buat stok simpan dlm peti ais. senang nak buat lauk amni. nak potong hari2, leceh. lagipun sket je yg nak guna kan? nak mudah, buat gitu jelah.

- panaskan butter - unsalted butter
- tumiskan bawang merah+putih yg diblend
- masukkan sayur - tepulang nak sayur apa. potong kecik2 ye. kang tercekik plak. yg ni aku masukkan carrot and lobak. potong kecik2 besar taik idung jek. klau besar, amni luah balik :(
- klau nak masukkan isi ayam pun boleh..
- masukkan nasi
- optional - masuk kunyit sket. utk amni, now aku masukkan kan secubit garam. dimulut aku, xterasa pun.. masih lagi tawar
- last, masuk telur.
- godek2, siap..

tu ada nampak sosej sket. saja aku taruk, tapi bukan utk amni. utk maknya. maknya pun mkn nasi tu jugak. taruk kicap sket, sambal belacan sket, okes je.. jimat masa dan tenaga :) .. kehkehkeh..

Wednesday, November 21, 2012

Resipi jajan amni

amni budak yg suka roti. since dia dah sampai umor utk mkn roti, ajar dia mkn roti and terus tersuka roti. mkn begitu saja pun dia suka. bagus!!

utk toddler seperti amni,  mak perlu kreatif dlm memberi mkn pada anak. biar simple tapi berkhasiat.. giteww...

mcm2 gak yg aku buat, tapi xsemua yg amni suka. terpaling suka roti bakar taruk unsalted butter dan jam. dulu la.. now xberapa dah. ada yg baharuuuu..

roti gardenia.. yg plain boley.. nak lagi sedap amik yg whole meal.. sapu unsalted butter. klau rajin, sapu dua2 belah.. then sapu jam. aku punya jam kurma@puree kurma. xpun sapu madu. klau nak taruk madu, make sure anak dah setahun ye.

then masuh oven. bakar 20c 20 minit.
tinggg... siapp.. mudah kan?






hasilnya. bule simpan makan 2,3 hari sebab dah bakar sampai keras kejung. yee.. keras. but sokay. roti jek pun. bl anak makan, hisap2, then dia lembik.. mcm roti kek yg keras kita beli kat kedai apek tu.

simple je nak buat. amni suka. mama pun suka. papa dia pun sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..
aku skali buat 2 keping. buat jajan amni. mkn petang2. dah habis, buat lagi. klau rajin leh tekap bentuk apa2. guna tekap kuih raya tu. ni tgh malas, potong panjang2 sudeyyyyyy...


Monday, November 12, 2012

Resipi Stok Ayam

hari ni mak nak share resipi stok ayam utk baby. chicken stock ni klau bule, sentiasa ada bagus jugak. senang nak prepare mkn utk baby. penambah perisa pun ye jugak. tapi ni bukan penambah perisa like msg ke apa yek. ni homemade punyaaa..


nak buat cemana? sonang jooo..

bahan2 :
--ni bahan2 cara aku lah yek.. 
ayam. bahagian tulang temulang pun sokay. aku slalu ambik kaki, tengkuk and sayap.
rempah 4 beradik. tau? xpun, rempah sup tu like sup bunjut adabi.. hehe
bawang holland
daun sup
ubi kentang

kupas2, basuh2, potong2, then campak masuk periuk. masuk air, rebus. dah tu je. make sure guna periuk besar. bahan2 tu agak2 lah ye. masuk air sampai penuh periuk. aku rebus 3 jam. ada yg rebus sampai 7 jam. kira sampai luruh tulang dgn isi tu, ok la. pas dah sejuk, tapis, ambil airnya saja..

pastu masuk dlm bekas mcm kat atas tu. senang nak simpan. klau bekas besar, nak masak karang, 1 cerita nak tunggu sejuk pulak nak cedok. klau pakai bekas ais ni, kluarkan 1 kiub utk skali masak. lagipun nak masak utk baby, skali masak, pakai 1 kiub tu pun dah cukup. then campur jek dgn puree apa2, pastu masuk jek ayam. senang keja mak kan? nak masak2 apa, ada chicken stok ni, mmg akan bertambah sedap. tapi cara baby la. no added sugar and salt. tu yg penting. paling penting, amni suka.. :)

aku slalu buat stok di dlm 2 bekas ais tu. simpan dlm freezer, kasik beku ye. bule tahan 3 bulan klau ikutkan. tapi xmo lah lama sgt. so, jgn buat bnyk sgt, and guna bajet dlm 2 minggu camtu. ni stok dah habis. cuti besok kena buat. tapi xsmua yg aku masak utk amni letak chicken stock ni. tgk kepada menu.

so, mummies, yg ada baby nak blajar mkn, bule cuba. mudah jek nak buat. and berbaloi2 utk bayi anda.. ceewahhh...



Monday, November 05, 2012

Resipi puding roti + kismis

hai mummies... hari ni nak share resipi utk baby lagi.. homemade yg sihat utk bayi anda.. ceewah..

again, resepi yg aku share di sini, smuanya sap2 soi jek nak buat. senang, xambik banyak masa and yg penting berkhasiat.. resipi ni bukan aku cipta sendri, ada yg dr group HSFFYB and aku ubah2 sket. moh kita nengok..

resipi hari ni ialah Puding Roti + Kismis

bahan2:
roti putih (gardenia bule, massimo bule, apa2 pun bule)
telur 1 biji
susu (fresh milk bule, susu yg baby minum pun bule. susu ibu xbule sebab nak kena masak)
kismis
agar2 (yg stripe ye)
air

cara2nya..
masak agar2 dengan sedikit air. agak2 la air tu yek. jgn bnyk sgt sbb nnt campur susu lagi.
blend telur, roti, kismis and susu. agar2 dah mendidih, masukkan bahan yg diblend tadi. kacau2, godek.. tutup api. masukkan dlm bekas kecik2 mcm dlm gambar. klau masuk bekas besar, susah kut sbb lembik. xleh nak potong. so, masuk bekas kecik2 mcm ni, kira 1 bekas skali mkn. then sejukkan.. pastu leh makan.. senang kannnnnn? bule simpan dlm peti ais, tahan 2,3 hari..

amni suka.. mak pun suka..
anak yg dah 10bln ke atas, bule cuba ye.. so, mummies, selamat mencuba.. :)

Monday, October 22, 2012

Agar2 Oat Kurma


mari2.. mau tayang menu utk baby lagi.. menu ringkas2 jek. sesuai utk mak2 yg bekerjaya mcm iolls.. simple tapi berkhasiat..

Agar2 Oat Kurma..

bahan2..
Agar2 ( yg stripe ye, bukan yg serbuk.) tapi ni utk baby 10m ke atas..
Air
Puree kurma
Oat

Cara2nya..
masak agar2 sampai mendidih. aku taruk air bnyk sket, nak kasik lembik. slalu klau buat agar2, kita buat keras kan, senang nak potong. utk amni, dia suka lembik, so, air lebih sket.. dah mendidih, masuk oat dan kurma. godek2, kacau.. oat dah kembang, siap! senang kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn?

pastu sejukkan dlm bekas. mcm aku, guna bekas mcm kat atas tu. comey jek. siap ada kwn kat group HSFFYB order. xpa, aku ok jek, tlg beli n pos kan ke N9 lagi.. mak2 kan.. sharing is caring.. heheh
guna bekas kecik2 mcm ni senang. kira 1 bekas skali mkn. masuk peti ais, leh simpan 2,3 hari. nak bwk utk travel pun senang. lagipun hotel kan ada fridge, so bule simpan. amni suka, so, maknya duk ulang buat. selang2 la.. klau hari2 hadap ni, mau muntah jugak budak tu..

Friday, October 19, 2012

Resipi Oat


baby bule mkn oat ye.. pilih rolled oat. dapat yg organik, lagik bagus. klau bule elakkan instant. bule je nak kasik, tapi klau bule elak, tak payah. nama pun instant kan? better beli yg ni..

amni suka je oat ni. nak buat pun sonanggggggg jo. pejam mata pun bule.. oh ye, oat ni berkali2 bagus dari nestum. pedulikan apa org kata pasal oat. sebab ada yg kata xbagus bg anak mkn oat? kenapa? bule kenyang jugak. ada khasiat kan? ada yg kata kasik oat nnt anak kurus. kan org mkn oat utk diet? hellooooo? oat ni bagus utk jantung ye.. utk diet mmg la bagus, tapi xdaknya ko nak kurus kering klau mkn oat ni...


nak buat mcm ni sangat lah mudah.. time xberapa nak rajin buat mkn anak, haaaa, kasik yg ni..
bahan yg diperlukan cuma oat, air@susu, then buah.. puree buah bule, buah yg asli pun bule..

rebus oat, then toskan. aku blend dlu oat tu. then simpan dm bekas. nak guna, amik yg dah blend, halus sket. but, depend kepada anak. dlu masa amni kecik, blend la. now, dah bule guna terus yg kasar tu.. pas tos, campur jek dgn puree. puree apple ke, pear ke, xkesah la puree apa. mcm yg ni aku campur dgn pisang emas. pisang xperlu dijadikan puree ye.. lenyek2 je dah cukup. bule nak campur air sket. nak campur susu pun bule. susu yg anak kita minum la. xpun guna fresh milk. terpulang. tapi aku campur air sket.

slalu menu mcm ni, aku buat utk break1st amni.. amni suka je.. asal lembik, smua ok je.. tukar2 puree buah je.. anak xhabis mkn, maknya bule habiskan... hehe...

bule try kasik kat anak2 ye..

Tuesday, October 16, 2012

Bubur nasi ( 6-10bln )


seperti yg dicanang2kan.. nin dia.. menu solif food amni. sapsapsoi jek nak buat. klau dah jadi mak, nak buat bubur nasik cenggini xtau, hoi, xtau la nak kata apa..

ni gambar bila tahun xtau la. time ni smua makanan amni kena blend halus.. rasanya masa umo dia dlm 7-8 bulan camtu. bahan2 dia mudah jek :
beras
air
sayur apa2 pun boley
ayam

masak nasi dgn lauk asing. beras segenggam, air seperiuk.. pastu blend halusssssss.. utk lauk, rebus ayam dgn carrot. masa umo 7-8 bulan, smua rebus2 jek. blm start tumis2 ngan minyak lagi.. dah empuk, blend halus jugak. kan dah kata sonangggg jo. ni masuk dlm bekas comey2 ni sbb nak bwk bekal. kena asingkan. langkah berjaga2 takut basi ke apa ke..

masa umo baby 6-10 bulan senang nak bg mkn. yelah, dah blend halus kan.. slalu keja blend ni, bapaknya. aku masak, then sejukkan. pastu bapaknya take over blend smua and pakej basuh blender skali.. heheh..
bule variasikan bubur ni.. utk sayur jelah. lauknya tetap bergilir2 ayam n daging. utk sayur bule guna brokoli, kentang, carrot, baby corn, bayam, lobak, peas and mcm2 lagi. tp kena tgk kesesuaian jugak like kembung or angin. the most important, kena amalkan 4days rule. setiap kali kenalkan menu baru, kena bagi berturut2 4 hari. proses ni penting utk tgk sesuai ke tak dgn baby. tu yg kena 4 hari. angin ke, sembelit ke, alergik ke.. klau dah lepas 4 hari, ok jek, so dah pass. klau kembung or sembelit, maybe kena stop dlu. sama mcm allergik. tapi ada bby yg allergik awal2, dah besar sket ok..

masa bby 6bln, mkn sehari sekali jek. kuantiti pun xbnyak, dlm 1oz mcm tu pun dah ok. proses kenal makanan jek masa tu. dah 8 bln camtu bule bg 2 kali dah. masa amni bwh 10 bln, lauk dia ayam n daging jek. ikan after 10m.. telur pun sama. ada step dia cemana nak kenalkan telur pada bby. jgn xtau, ada bby  tg alah telur ye.. ikan pun sama. klau org tua2 dlu punya mitos, jgn kasik ikan awal takut bby kena cacing. ada logiknya sebab ikan protin kan? ikan pun bule jadi alahan jugak. alhamdulillah, amni xpenah alah dgn smua makanan yg aku kenalkan pada dia.

so, utk menu bubur nasi amni, dr 6bln - 10bln, mcm ni jelah.. smua rebus2 jek.. xsedap? pada yg dah tua bangka mcm kita ni mmg rasa xsedap. tapi utk baby yg baru nak kenal makan, nak kenal rasa, mmg kena gitu. kesian sgt aku tgk bby yg kecik2 tu kena sumbat mcm2..umo blm setahun dah sumbat makanan dlm tin, coklat, eskrem.. perut dia kecik lagi kut. kesian dia. kesannya bukan nak nampak sekarang jugak. kang  umo anak baru 2,3 tahun, dah obes. tu blm kira penyakit lagi. nauzubillah la kan dr kena kat anak2  kita. soooo, dr kecik nilah kita kena jaga pemakanan diorg. bl buat sendri ni, kita tau tahap kebersihan and apa yg anak kita makan.. xsusah pun.. bila buat dengan penuh kasih sayang, insyallah... berbaloi :)

Thursday, October 11, 2012

HSFFYB : Homemade Solid Food For Your Baby.

apa ke HSFFYB tuh?
Its a closed group at FB.. Homemade Solid Food For Your Baby.

aku ikut group ni dah lama.. sangat bagus utk ibu2 baru mcm aku.. para ibu kat luar sana, yg punya anak kecik, yg ada pesbuk, g cari group ni.
banyak yg aku belajar kat sini. pasal pemakanan bayi. how to prepared, what do and don't, menu, jadual pemakanan.. mcm2 lagilah..
bila kenal group ni, maka, smua makanan amni adalah dari air tangan ibunya. no jar food!
sebelum kenal group ni, amni dah selamat mkn nestum.. poor litlle amni!! bila dah tau, nyah kau wahai nestum dr gobok dapur haku! seb baik amni cuma sempat mkn kotak kecil je and yg plain rice jek.. lepas tu, smuanya homemade food saja yg masuk perut amni.
amni start mkn umo 5m++. aku google jumpa 1 artikel. tapi kat mana xingat dah. katanya klau bby yg fully bf, 6m baru start mkn. klau bby yg fm, 5m dah bule start mkn. oleh kerna amni bf + fm, 5m++ aku kasik mkn. aku pun idok la pasti kesahihan artikel tu, tapi ikut jugak. rasanya time tu amni 5m 3w camtu la. seb baik xdak apa2 sbb mkn awal. jgn ambik mudah yek mak2 smua. 6m baru bule mkn. ni kajian n fact. no food before 6m. dlu ye. seawal 4m dah bg mkn. then, WHO ke apa ntah buat kajian balik, 6m utk start solid food. please google it, aku xingat secara details.

bl dah masuk group ni, aku mmg xbg dah nestum kat amni. smua aku masak sendri. tiap2 hari! memang letih sebenarnya nak masak2 ni smua.
tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...
bila buat dengan hati yg ikhlas, tengok anak makan sampai habis, letih smua tolak tepi. btul ckp aku, percayalah. alah, bby, banyak mana jek nak mkn kan?

mlm2 sblm tdor kena check esok nak masak apa utk amni. nak break1st apa? ada bahan tak dlm fridge? pagi2 dah kena bgn, masak. klau stok puree ada, lagi senang keja. tiap2 hari rutin sama. kdg2 xtau dah nak masak pe bg budak tu.. utk laki pun xmasak hari2 kan? hehe.. bukan xpercayakan pengasuh, tapi rasanya aku lagi senang masak sendri. sekurang2nya kita tau apa yg masuk mulut anak kita. and xmo susahkan pengasuh.. dah nak jaga budak tu pun bule tahan letihnya.. lagipun amni still makan bubur nasik lagi. bl dah makan nasi mcm kita ni, ha, mudah la sket kan utk bs handle. selagi mak ko ni larat, haa, masak jelah. part paling mencabar, bila nak g memana. perkara pertama pasal amni ialah makanan dia.. tapi, bila dah biasa, smua tu jadik mudah.. :)

klau ikut group tu, utk 1st solid food, kena bagi puree buah dlu. tapi, amni dah termakan nestum. pas benti nestum, selamat mkn nasi @bubur nasi trus. klau ikut rules yg diorg bg, sebulan yg pertama, puree buah+puree sayur. next baru bubur nasi. pastu baru tambah ayam. ada jadual dia. bila nak bg telur, bila nak kenalkan ikan, nak tambah santan. the most important is no added SUGAR & SALT below 2y! yes.. xdak gula, xdak garam and the most no msj @ perasa. natural je rasa. smua tu datang dr buah and sayur je. tawar? susu bby pun tawar kan? klau dr awal kita ajar anak kita, xdak hal utk dia terima tu smua. mak aku bising jugak. tapi rilex jek amni mkn. habis semangkuk..

sangat bagus group nih. ahli pun dah ramai n pakat share knowledge and recipes. aku pun klau ada menu baru utk amni, slalu gak up masuk. sharing is caring uolls..

alhamdulillah amni seorang anak yg mudah diurus. mkn minum dia pun mudah. setakat la ni, xdak alahan pada apa2 pun. bagusss.. menurun mak bapak yg kuat makan.

pasni aku ingat nak buat entry pasal solid food dia. slalu share kat group jek, pasni nak share kat blog pulak. bule share dgn smua kat luar sana kan? xsusah pun nak buat solid food bby ni.. trust me..

and i'm really proud, setakat ni, xdak lagi fast food ke, makanan2 ntah apa2 masuk mulut dia. bapaknya kadang2 kena gak ngan aku sebab suka suki nak kasik anak mkn calciyum or eskrem. phewww.. g memana pun jenuh la mencipta alasan supaya anak xdisumbat makanan yg manis2 tu smua. riso gak kang org kata kita cerewet kan, tapi tu smua utk kebaikan anak. kena pandai kompromi. dan amni sangat memilih siapa yg suap dia mkn.. klau dgn maknya dia ok jek. klau dgn org lain, susah nak buka mulut sket. bagus! dah umo setahun ada la jugak terlepas makanan luar, tapi masih bule diterima la. tgk kepada jenis. tapi klau aiskrim, coklat, kek, yg manis2 tu mmg big NO la.. moga2 aku terus diberi kekuatan utk menyediakan makanan yg terbaik n sihat utk amni..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...