Showing posts with label opis. Show all posts
Showing posts with label opis. Show all posts

Friday, June 12, 2020

Back to work with new norm

Assalamualaikum..

korang dah keja ke?
lama yek cuti hehe

1st day aku pegi keja is bln 5, masa puasa lepas.
ada cerita tu kat sini
sejak PKP, kami semua dapat work from home.
tapi kena check in hari2 dan update keja masing2.
ada cerita pasal check in kat sini

bila PM dah umum PKPP, so mostly semua sektor ekonomi dah dibuka.
pendidikan je belum hehe.
aku kat sektor pendidikan.
9 hb ptg tu, kami semua dapat email dari pihak universiti.
semua staf kena lapor diri @ masuk opis on 11hb.
semua termasuk staf akademik kena masuk pejabat.
menggelupor la kejap hahha
sebab short notice kan?
but, kita bertenang hehe.

so, on 11hb, moh le kita kembali ke pejabat as usual.
anak2 minta mak aku jagakan kejap
kena pulak, hari Rabu tu turn aku masuk opis.
kami masuk opis seminggu sekali, hari lain wfh.
Khamis masuk keja ikut arahan.
awal sehari lah aku ni..

masih ada kelonggaran utk yg ada masalah penjaga anak2.
tapi kena usaha utk cari dan kena masuk kerja.
yelah sampai bila nak wfh kan?
aku pun rasa mcm tu. now keadaan pun dah reda sket.
ada SOP, kita patuh dan kita jaga kita, Insyallah everything will be fine.
minggu ni masuk opis 3 hari.
dan aku mohon wfh sampai hujung bln ni.
bln depan, masuk opis sepenuhnya.
usaha cari penjaga anak2.
aku pun rasa tak produktif dah duk rumah lama2 hahaa
jemu pun ya..
anak2 pun nak suasana baru dah..
sekolah entah bila nak buka sepenuhnya.
yg tu kena tunggu.
bagi pihak kerajaan yg berwajib buat keja diorg.
kita jgn bising nak kecam gitu gini
benda ni bukan mudah. semuanya demi kemaslahatan bersama.

bila dah nak masuk keja ni, kena ubah rutin dah.
kena belajar tidor awal haha
bukan mudah wei.
2 bulan rutin kita lain sbb keja dari rumah.
now kena slow2 ubah utk rutin lama.
cumanya kena tambah sbb anak2 tak sekolah lagi.
yakni, kena masak pagi2 hehe.
as for now, belum lagi.
soon maybe kena masak.
sebab pak incik katanya keja 3 hari je seminggu.
so hari dia tak keja, dia lah jaga anak, perhaps hahaha.

ok dah, nak beli baju keja baru jap.
buat semangat nak p opis.
pasni blh melawa as usual nak pegi opis hahaha.


Friday, May 22, 2020

1st day masuk kerja di musim PKP

Assalamualaikum..

mostly semua sektor ada yg bekerja dari rumah.
kami tak terkecuali.
now dah blh masuk opis. lepas PM umum hari tu, so ramai yg dah start kerja.
pak incik hari2 kena pegi. org lain blh gilir2, dia tak. eh tak paham btul aku huhu..
dia pun redho je, asalkan tak kena buang keja. sektor swasta sgt terjejas ye..
kena potong gaji pun ada. doa yg baik2 moga takda apa2.

ketua jabatan department aku benarkan kami semua mohon utk mohon kerja dari rumah.
ada borang permohonan pihak universiti keluarkan. then ada a few term utk bolehkan staf apply bekerja dari rumah.
so, aku refer dengan ketua unit and dia suruh je semua apply.
dah nama pun kerja kat pusat digital ye dok?
semua dah online patutnya takda masalah nak bekerja dari rumah.
yg mohon semua dapat kelulusan tu.
bergembiralah kita hahaha..
then bos decide, kena jugak masuk opis at least 2 minggu sekali. sebab ramai, so kena buat jadual sehari tu dlm 5-6 org je kat opis.
kami bincang antara unit, aku cadang pegi dgn rakan seunit.
supaya blh diskus pasal keja. nak2 aku yg masik baru kat department tu.
turn aku hari Rabu, 20hb yg lepas. ada sorang rakan seunit, perempuan jugak.
so blh la nnt kami diskus apa yg patut bab keja.
laptop aku pun tak habis setup lagi segala sistem bagai.

mlm 21hb tu dah debar2 nak pegi opis esoknya.
hahaha.. lama kut tak pegi.
hari ke 64 PKP baru nak jejak kaki ke opis.
seblm ni ramai ja staf lain yg pegi mostly lelaki la. diorg takmo la duk rumah lama2 kan?

hari kejadian pak incik off day.
dia kena jaga anak2. kena gilir2 la kan?
dah puasa, so tak bnyk ha sgt.
masing2 tidor, tgk tv jelah. siap mkn utk Aniq je.

lepas sahur tak tidor dah, terus tunggu subuh.
sempat mengaji quran mcm biasa cuma tak lama la, sebab nak bersiap kan?
baru la nmpk muka semenggah bersiap elok. kalau tak seblm ni nak kluar pegi mana2 tu, sarung tudung ja. takda nak make up apa sebab kang pakai mask, selesai masalah hahaha..
pukul 7.15 pagi mcm tu aku dah keluar.
nak check in awal, supaya dapat balik awal.
kami ada sistem keja anjal. bulan puasa ni, dapat kebenaran balik 30 minit awal.
so, datang awal, blh balik awal.
kalau check in pukul 730 pagi, dapat balik pukul 4 ptg.
utk bulan puasa jelah.


rindunya Pauh Putra!

jln clear tak ramai org.
pukul 7.30 aku dah terpacak depan opis.
masa kat pintu gerbang, pihak keselamatan akan check suhu dlu.
takyah turun kereta pun.
bukan staf, kena tulis nama. like pekerja bahagian cucian or tukang kebun.
staf tak perlu sbb nnt ada rekod based on check in waktu bekerja.



paling awal sampai hahaha.
kereta aku ja masa ni.
sempat selfie. lepas tu baru ada opismate lain sampai.
tak pakai mask pun, spare je dlm beg.
tak ramai staf, duduk pun jauh2 so ok la kan?
yg tak kena turn hari tu pun ada yg datang, sebab ada miting.
tapi yg join miting, kat dlm bilik tu di limitkan.
pegawai lain join secara virtual kat meja masing2.
now semua miting mostly online je lah kan.
as for now, network kena pantasssss hehe..



rindunya meja keja sendiri hehe.
bungkusan kerepek raya penuh meja hahaha..
aku punya 1 bekas ja. dlm plastik biru tu, rakan seunit aku punya.
tokey kerepek letak sekali kat meja aku.

sunyi ja opis hari tu.
sempat la lepak sembang2 dgn kawan2 yg lain. lama oi tak jumpa.
then setelkan keja apa yg patut.
ptg tu aku check out dari opis  lama.
singgah sana kejap nak ambik kuih batang buruk.
yg tu tiap2 thn ambik, import nun dari johor.
sedap!

next turn ke opis, lepas raya.
date tak sure lagi bila.
tapi mcm kena pegi kerap nnt, ke opis lama la.
sebab byk keja pending.
so far, kena pegi keja pun aku ok ja.
buntu dah duk rumah. ada keja yg blh setel sendiri, ada keja yg kena refer org.
yg tu aku lagi suka berdepan, senang nak setel hehe..
bila kena pegi keja ni, anak2 la sapa nak jaga.
kena gilir2 dgn pak incik.
kalau tak, kena cari tempat nak tinggal diorg.

so far, kat Perlis dah over 20 days takda new cases.
green zone lama dah.
tapi tak blh nak seronok sgt la kan?
still kena berjaga2.
SOP still kena follow supaya takda timbul new cases.

so, korang dah pegi keje ke?

Monday, March 02, 2020

Pindah!

Assalamualaikum..

agak hectic day minggu lepas.
actually, not a hectic day, tapi hectic week, hectic month hahaha..
bulan 2 ni mmg huru hara sket..
ni bab keja la.
tapi bila keja huru hara, efek jugak ke kehidupan seharian heheh..

actually, aku kena pindah opis.
tukar ke jabatan lain.
dapat  tau hujung bulan January camtu.
mula tu ingat ura2 ja.
pastu dpt email, diorg panggil meeting.
dah pegi meeting pun aku mcm 50-50 betul ke kena pindah.
mula2 meeting tak fokus sgt.
dah separuh meeting, eh mcm lain je ni.
mcm kena pindah je nih hahaha
so, sila fokus walau sebenarnya tak berapa nak blh hadam apa ke benda la yg depa duk cerita.
sebab dlm kepala dah set tak kena pindah.

ok, dia mcm ni.
aku ni keja bidang IT.
position aku ialah IT. masa mula2 masuk lepas lapor diri, aku dihantar ke jabatan Perpustakaan.
since 2005 aku kat sana until now.
thn lepas kami dapat new VC. so adalah few things yg dia rombak.
salah 1 nya is, penstrukturan semula staf.
jawatan begitu begini perlu duduk kat  tempat yg sepatutnya.
cthnya position mcm aku ni, patut duduk kat Pusat ICT so kena pindah ke sana. (ada juga jawatan lain yg kena pindah).
ramai je sebenarnya yg duduk di jabatan lain. adalah dlm 12 org kut klau tak silap.
the rest dlm 40++ duk di ICT lah.
tapi thn ni, seeeeeeeeeeeeemua kena duk ICT.
lepas miting tu, 2-3 hari camtu sampailah surat pernyataan perpindahan.

mula2 tau betul2 kena pindah, hati aku ni 50-50.
nak pindah dan tak nak pindah.
sama bnyk.
bayangkanlah weii dah 15 thn duk situ. dari takda apa2, mcm2 dah yg dibuatnya.
dannnnnnnnnnnnnnn yg paling terkesan is kawan2 baik kat sini lah.
tapi...
aku mmg rasa aku perlu pindah. perlu tukar.
sebab aku perlu  kembangkan kerjaya aku.
dah terlalu selesa buat kerja yg sama dlm tempoh yg lama.
then takda skills baru utk aku.
so, bila pindah ni akan ada new job scope utk aku.
walaupun aku was2 dapat ke aku handle tu smua nnt.
but, tu smua blh belajar kan?
slowly but surely.
keja tu dah tau, cuma akan lebih though la nnt.
dan aku masih kena pegang sebahagian kerja di jabatan asal. itu permintaan bos aku.
yelah, nak pass ke sapa keja2 aku ni. nak2 pulak bidang IT kan.
dah lama pegang lagipun.
awal2 ni maybe huru hara sket la. but kita cuba edjas elok2.

dlu, 3-4 tahun lepas camtu, aku tak ingat sgt, diorg pernah dah nak panggil balik ke ICT.
tapi tak official lah.
mcm duk survey2.
masa tu ICT baru pindah masuk main campus. sebelum ni diorg kat opis lain.
lepas masuk main campus, diorg duk check mana yg nak panggil masuk
tapi bos aku tak lepas masa tu haha
lagipun pikir masa tu mcm tak kena pulak nak pindahnya..
sebab bnyk kut kerja kat library nih..
now kami ada 3 cawangan. jenuh la nak cover hahaha..
unit aku tu ada 4 org ja, staf IT 2 org, lain2 staf position library.
now dah tinggal 2 org.
tapi soon maybe akan ada penambahan la kut.
klau tak masak la 2 ekoq tu haha

kalau di beri pilihan, mmg aku tak nak pindah huahuahua..
bos aku pun dah defend tapi dia kata dia tak blh selfish
dia kena jugak pikir perkembangan kerjaya aku.
btul lah tu. dan aku tak salahkan dia pun.
aku paham situasi dia.
sejak masuk kerja, aku mmg duduk bawah dia. so kami agak close.
dan bos aku agak sporting, blh bergurau senda cerita mcm2 hal.
walau ada kena marah bab keja, ada yg tak puas hati, aku pun being professional.
dia pun.
bab keja, jgn dicampur aduk dgn peribadi.
kena tegur, kena marah bab keja, take it positive
org tegur sbb sayang, sebab nak betulkan kerja, nak kita jadi lebih baik.
5 thn pertama mmg aku memberontak, ada saja yg tak puas hati.
tapi 7-8 thn kebelakangan ni, aku lebih rasional.
pikir dlu baik buruk.. maybe faktor usia.
jgn terlalu emosi.
biasalah jiwa muda kan?
bos pun tak selalu betul. tapi benda blh bincang, kita edjas elok2. tak perlu ungkit di belakang, cakap belakang, tikam belakang dsbnya.
kerja kat mana2 pun ada politiknya. bezanya bersih atau pun tak.
dan, kita kena pandai timbang mana baik buruk.
kena pandai atur mana nak dahulukan, mana nak ikut.
jgn terlalu mengikut emosi dan ikut kata org.

ok, hari ini aku dah kat pejabat baru.
efektif Mac.
sayu hati Allah saja yg tahu.
last 2 weeks, aku agak bz kat opis. nak setelkan keja mana yg tertangguh.
budget dah masuk, so setelkan apa yg patut.
adalah keja sket2 yg kecik2 tu takmolah aku tinggalkan tak setel.
kang org bising ke apa kan?
walau sebenarnya aku masih lagi attach dgn jabatan lama..
yg blh setel, kita setelkan dulu.

2 days sebelum tu, aku belanja diorg makan.
tapi kawan2 kat main office jelah, kat libraty utama.
tempah makan kat mak sedara aku, menu mkn tghr.
dah niat dari awal, klau betul kena pindah nak belanja makan.
so dah setel bab tu, Alhamdulillah..
oh, lagi sorang pun kena pindah jugak. staf IT jugak tapi lelaki.
dia blm pun sethn masuk library, dah kena pindah hahaa.
dia pun join skali masa aku order makan tu, tapi dia bagi duit jelah.


menu makan tghr.
nasi putih, gulai daging + pisang, ikan temenung rebus, kerabu mangga dan sambal belacan.
ni yg aku order. plannya nak tambah buah, aku tak sempat nak beli.
Alhamdulillah semua suka, makanan sedap.



sebahagian.
ada yg mkn kat luar pantry. tak muat.
semua dapat makan. ada yg puasa, so aku panggil meh bungkus lauk.
setel smua lauk pauk Alhamdulillah.

dan, last day pun tiba.
pagi tu ada event universiti.
so, kesana dlu. dah setel yg tu, tghr kluar lunch dgn bff aku yg sorang tu..
petang tu, aku dah malas nak buat keja dah haha
barang2 dah kemas dah before tu.
mana yg tak perlu tu aku simpan bawak balik rumah jelah.
nak bawak ke opis baru tu sekotak ja.
dokumen lama, dah check then lupuskan jelah mana yg tak penting.
masuk shredder.


sebahagian.
ada lagi yg lain kat tempat masing2.
ni masa lepas habis event tu, ada yg balik ke opis ada yg terus pegi mkn.
library tutup sampai lepas solat Jumaat.
so, tak ramai yg ada.


sayang semua ni.
ada pegawai jugak ni 3-4 org.
tapi semuanya ok, baik2 saja.
kadang2 keluar makan sekali ramai2.
blh melawak mcm2. cerita masalah pun blh.
dan mostly semua kat sini org utara.
ada la yg dari Johor, Penang. tapi 90% is Kedah Perlis.



bertiga.
slalu pun bertiga nilah...
sejak 2005 nunnnn...
sesama kami ni takda hal nak membahan, maki depan2 pun ok.
takda simpan apa dalam hati.
Allahu rindunyaaaa...


hasil selfie tersebut..
bini 2 org, sorang dah kena cerai hahaha.
yg lelaki tu blm kawen. mcm takda ciri2 ke arah tu pun.
walau mulut dia puaka, tapi dia baik. tak pernah berkira apa dgn kami2 nih.
dannn, pandai masak. selalu masak2 bawak makan ramai2.
kadang2 kami bagilah dia duit utk beli bahan mentah.
tapi kalau tak pun, mmg dia slalu je masak @ beli apa2 makanan bnyk2 and bawak mkn ramai2.



pagi tadi dah call tanya khabar aku kat opis baru.
hahahah
lorat. tapi aku paham. jgnkan diorg, aku pun sayu sedih hati remuk redam.
mula2 dulu pun dgn dialah aku kawan, mana2 pun selalu pegi sama2.
jgn salah faham yeh, kami takda apa2pun.
dia dgn semua org mcm ni jugak
laki aku pun kenai dia. family aku pun dia kenal sebab pernah datang rumah kenduri dulu.
kawan2 yg lain pun sama.
yelah dah 15 thn kenal kan.
dia ni, masa ptg last day tu, tak turun pun babai aku..
sebab dia sedih katanya.
huhu


sempat tu haa...

masa ni muka dah tak mcm org.
ptg tu sblm balik, salam2 semua org.
merambu2 air mata ni tak mo stop.
last dgn bff aku tu (yg gambar bertiga tu), mmg dah mcm air terjun.
nak cakap bnyk pun takleh dah. kluar air mata ja.
kwn2 yg lain duk gelakkan kami.
ye tau, dekat je pindah nya. masih di bawah 1 organisasi.
tapi terpisah jabatan wei. dlu dari 8-5 duk skali.
kluar mkn skali, apa2 pun cerita, sambil lalu singgah tepi partition sembang2.
kalau bwk bekal, makan sama2. sorang sikit kami kongsi.
nak buat apa, pegi mana2 kalau hal keja, mmg selalu sama2.
now takda dah.
mmg lepas ni blh jumpa lagi, tapi tak sama kan?

laaaaaast jumpa bos.
dia takmo jumpa mulanya.
aku masuk jugak. salam and peluk dia.
masa tu, dua2 dah nangis mendayu2.
dia takmo jumpa sebab dia sedih. sedih sebab aku dah takda kat sebelah dia katanya.
Allahu, sedih sangat bila ingat moment tu.
lama betul dia peluk aku.
bos aku tu baik sgt. pada aku la.. dia mmg tegas, tapi aku blh terima.
sebab dia bos. so far, aku ok ja. adalah here and there yg tak ok, tapi being professional.
bab kerja, what ever pun bos betul. hahah..
aku mudah je, klau ada yg tak setuju dgn bos, mula2 diam dlu. lepas sehari 2, terangkan semula kat dia begitu begini. kadang2 dia tak nampak kenapa kita bangkang dia. sometime dia rasa dia btul semua. dan kadang staf tak blh nak bangkang.
sokay, bagi dia masa. lepas tu kita terangkan semula, Insyallah ok.
tu cara aku la. maybe sebab bos aku blh tolerate dgn kami.
oh, bos aku perempuan ya... cerewet?
ada, mana blh tak ada. tapi, kita yg staf ni pun maybe ada yg dia tak berkenan, so hujung2nya lebih kurang sama.
lama jugak aku jumpa dia. memang merambu2 air mata kami dua org.
sedih sgt moment tu.
maybe sebab kami close. tapi jgn salah faham ye.
aku budak jenis bodek bos ya. klau tak kena tu, sama je kena marah jugak.
tapi bab keja, kena professional, tu je pada aku.
dah habis kena marah, betulkan, and gelak2 balik.dia pun kata, aku ni selalu kena marah tapi sama mcm tu ja, rilex and datang jumpa dia mcm biasa.
kalau masa mula2 keja dlu memang ada simpan dlm hati, tak puas hati bila bos tegur.
but now, dah matang. pikir balik kenapa bos tegur, kenapa kena re-do kerja.
sebab nak yg terbaik.
Doa selalu jgn lupa, minta Allah bantu.
Alhamdulillah... hubungan kami baik2 saja. raya pun blh kata tiap2 thn aku ke rumahnya.
hormat, dan kita ziarah dia.
baru2 ni anak sulung dia kawen, kami pegi tolong dia mana yg blh.
bantu utk lancarkan majlis.
pada aku, bila bos minta kita buat sesuatu, nak2 yg luar dari bidang kerja, tu maknanya dia percaya kan kita.
so buatlah sehabis baik jgn biar org hilang kepercayaan kat kita.
aku ni  keja bidang IT, tapi kat sana, kadang2 bos suruh gubah bunga, hias sana, hias sini, jadi AJK jamuan lah.. buatlah.
sesekali keluar dari skop keja kan? dan yg penting org percayakan kita, hasil kerja kita.
kena ingat juga, kerja ni salah satu cabang ibadah dan pahala utk kita.
niat kena betul.

lepas ni pun aku akan kesana, tiap2 bulan maybe sehari 2 kena pegi.
sebab aku attach dgn library lagi.
sampai bila, entah..
kerja disini dah ada listingnya. cuma belum mula.
berdebar jugak lah hehe.
kawan2 kat jabatan baru ni semua dah kenal sebab mmg aku selalu ke sini pun.
mmg kerja ada kaitan pun dgn sini, kadang2 duk contact tanya pasai server la network la apa smua tu.
dah kenal lama cuma takda lah close sgt.
now duduk kerja di bawah 1 bumbung.
moga Allah bantu mudahkan urusan aku di sini.
moga aku dapat bekerja dgn baik.
moga aku tenang dan redha dgn aturan ini.
moga ada hikmah di sebalik semua ini.
dan juga, moga kerjaya aku lebih berkembang...
doakan yg baik2 utk aku..






Friday, September 20, 2019

Patriot Hunt 2.0 2019

Assalamualaikum..

weekend lepas, aku and kengkawan opis join Patriot Hunt 2.0 anjuran Potensi.
Patriot Hunt ni ala2 treasure hunt la.
tour bersama clue cari jawapan.
Potensi is Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas di opis aku ni.
aktif jugak diorg buat event.
then kita support.
actually ni kali ke 2 penganjuran diorg.
1st is last year and kami join jugak.
yg thn ni memula mcm krik2 je masing2.
then bos cakap dia payung so silalah join.
mekasih bosku.

last year join dgn lagi 2 rakan seunit + opismate unit sebelah merangkap bff.
thn ni dia takleh join sbb on duty  takda yg nak mengganti.
maklumlah cuti 3 hari kan?
so kami pujuk2 bos dia pulak join.
so most are sekepala, senang keja.
ala, for fun, takyah rigid sangat.
sesekali join aktiviti luar relase dari keja opis.

event on 15hb Sept, Sunday at 730 am.
pungpang2 flag off pkul 9 camtu.
penyertaan mcm sendu sikit thn ni. maybe kurang promosi.
plus, cuti 3 hari ramai yg ada plan lain kut.



taklimat awal.
penganjur bekalkan makan pagi, roti and air mineral.
ahli baru, Cik Has siap bekalkan kami nasi goreng sorang sebekas.
aku buat sandwich telor. tu je yg sempat.
ada jugak nasi goreng tapi mcm tak cukup nak bawak. masak sesiap tinggal ke anak2 and apaknya kat rumah.
memandangkan nnt nak tour dlm 5-6 jam, so kena make sure bekalan makanan mencukupi.
kang kurang gula, kurang makan dah takleh nak pikir. hehehe



one with team before start.
yg depan2 baju biru tu ajk Potensi.
kawan2 jugak semua ni.
overall staf kat sini around 1k++. ada yg kenal ada yg tak.
bila beraktiviti mcm ni dapat la kenal2 jiran2 dari department lain.



masih lagi kereta aku.
hehe. sokay sebab percaya ja kat budak 2 org kat depan tu.
diorg rakan seunit aku.
co pilot is my ketua unit.
kami gegirl duk belakang semak soalan.
yg depan tgk jalan and check point.
pastu sesama pikir, sesama gelak sebab jawapan salah ahahaha



ni aktiviti ke 2.
bergambar kat 1 of hot spot di Gua Kerbau Kedah.
utk kali ni, kami jln2 Kedah and Perlis.
overall milage dlm 130km mcm tu campur dgn u-turn, brenti tepi jln carik jawapan, brenti pegi tandas.
ikut ke yg asal dlm 100km je.. tu kalau tak sesat barat la.
aktiviti 1st kat area gua ni jugak, kena main sepak takraw. yg tu kita serah ke the boys la.
percubaan pertama terus success.
syabass!


check point 1 and penyerahan set A.
pastu dapat seb B dan teruskan game.
ada benda kelakar kat sini.
dan sampai hari ni duk sebut lagilah.
hahaha.
ada aktiviti, kena carik barang tinggalan Jepun dlm nilai RM3.
milage kami dah lari sket, so ada kecelaruan lah.
kami teka selipar Jepun tapi tak jumpa nilai RM3 tu.
then area tu ada gerai jual kuih muih dan ada jual roti boom @ roti puri.
C.Has pun dgn confidentnya kata jawapan is roti boom so pegilah beli rm3.
hahahahaha
adoih kena bahan jugaklah kami lepas tu.
sabaq jelah. makan je yg kau tau eh.
jawapannya mmg selipar jepun, ada kedai runcit kat depan tu jual harga RM3.
kami dah lari milage so tak jumpa.
lawokkk.


ni aktiviti dlm set B.
kaki taknak kalah eh. hehehe
semua ahli kena shoot bola 2 kali.
mujurlah tak lama, dapat setel.
dah panas terik dah masa ni, around 1.30 pm dah.
cut off pkul 2.
so kalut jugaklah.



ini pun aktiviti dlm set B.
kena bergambar semua ahli and nampak 3 kubah bangunan Canselori.
so kita tolong menolong dgn group lain.
actually kalau selfie pun nampak je.
tapi kita pose cun2 sket lah.

utk kali ni ada bnyk jugak aktiviti yg kena buat.
barulah best.
ada kena up gambar then up video ke FB Potensi.
kena main sepak takraw, kena tanam pokok.
takda la bosan sgt jawab soalan je.



C.Has rajin snap gambar.
video pun ada.  ok la, ada gak kenangan kan?
tulis jawapan mmg kat tgn aku.
siap bawak pencil case lengkap senang if nak guna.
memula tulis ngan pensil dlu, pastu baru dgn pen.
senang nak padam.
soalan tak susah sgt tapi bnyk gak yg salah. ahahaha
kena pikir bnyk. combine gitu gini.
adoih stress jugaklah.

but, overall we enjoy it!
semua bagi kerjasama baik.
gelak2 pikir carik jawapan sama2 takda gaduh ke apa.
kalah menang adat bertanding.
dapat no 5, kira ok lah kan hehe..

Monday, January 28, 2019

YB Syed Saddiq in the houze

Assalamualaikum

cerita basi, bulan September 2018 kalau tak silap.
scroll dlm galeri phone, eh ternampak.
eh kena share kat sini.
hahahah
bukan senang nak dapat peluang ni oii
selfie dgn menteri uolls
kau hado?
hahahaha

kisahnya, ada program, talk dengan students sini.
aku tak terlibat pun sebab bukan anjuran department aku pun.
talk berkaitan rasuah.
anjuran mana sudah ku  lupa sebab lama sgt dah.
diorg jempun YB Syed Saddiq.
dia sampai pagi, talk tu start pkul 9 pagi kalau tak silap.
sementara nak menunggu tu, diorg bawak dia ke bangunan pejabat kami ni ha.
sebab kami ada holding room yg selesa. hehe
tak lama ppun dia datang sini dalam 20 minit camtu je.
bila di dewan dah ready, baru dia gerak.

aku ni kebetulan pagi tu ada kat GF.
bila tahu dia ada kat atas so tunggu la kat kaunter GF tu nak tgk beliau secara live.
hahaha..
duk sembang2 ngan opismate aku tu, nak selfie dgn dia.
tu pun kalau boleh laaaaaaaaaaaaaaaa.
heheh

bila diorg turun, lalu kaunter.
kami punya Dato VC sporting, dia yg bgtau YB.
"YB ni diorg nak selfie ngan YB ni". padahal kami tak cakap apa2 pun, duk sengih2 je.
gamaknya dia nmpk kut duk kreyehhhhhh ja sambil pegang phone, so dia cakap la.
YB cakap ha boleh2.
rejekiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..
so, apa lagi, kita kasik la sepam 2. hehehe



adik2 sgt uolls.
hahahha.
muda belia lagi dah jadik YB.
haishh, bagus2..
Youth power katanya.
selebar alam muka aku pulak.
nerves okeh.
YB rilex jew.
dah biasa ku diserbu.
hehehe
kelihatan Dato VC dibelakang perati je perangai staf dia.
hehehehe
tq Dato..



sign guest book.
lepas tu terus gerak ke dewan.
kejap sgt dia datang, tak sempat melawat bangunan kami pun.
takper, janji ada bukti.
hehe..
jemput datang lagi ye YB.

Thursday, April 19, 2018

SUKAS : Bola jaring

Assalamualaikum..

Bulan ni dah start sukan antara staf kat tempat kerja aku ni.
or namanya ringkasnya is SUKAS.
thn lepas aku main badminton.
ada menang ada kalah. well, beginner kannn. heheh
overall staff kat sini maybe dah cecah 2k.
entah tak sure.
utk sukan dibahagikan kepada  group ikut kaler.
biru, kuning, purple, maroon, pink.
pembahagian staf ikut nombor staf, so akan bercampur2 dgn jabatan lain.
so, dapatlah kau kenal2 dgn staf lain yg kadang mmg tak pernah bersua pun.
dulu2 pernah buat, ikut jabatan. tp yg tu olahraga saja.
acara balapan saja, and of coz aku tak join sebab bukan expert. hehe..
thn lepas start sukas, ha ok ada bnyk game so blh main.

thn ni mcm slow sket, maybe timing tak cun, ramai bz.
diorg ajak main bola jaring kali ni.
on tak onz?
hehehe..
aku ni tak la expert sgt kalau netball ni, tapi boleh la sket2.
dah tak cukup org, so boleh la join.
setiap group tu  beratus ahlinya, tapi tak semua yg minat nak bersukan.
jenuh jugak nak mencari sapa yg berminat.
bagi ada semangat kesukanan sket ehh.. thn ni kurang aktif compared last year.
zumba pun dah kelaut dalam.
studio yg aku selalu pegi tu dah tutup. studio lg 1 ada tapi takda kelas malas.
kelas petang mmg tak sempat. kelas mlm kadang2 ada tapi kesian ke Amni la pulak nak tinggal.
so, mak berkorban tak zumba tapi tgk anak buat homework. huhu..

tak sempat training langsung aku kali ni sebab timing tak cun.
kena pulak minggu lepas aku cabut gigi. seminggu sakit oii.
diorg training petang lepas kerja, mmg kelam kabut la.
nak ambik anak bagai kan.. so, tak sempat join diorg training.
rules tu ingat jugak sket2, asal boleh main ha kira onz laaa. hehehe

kejadian hari sabtu lepas.
game start pagi pkul 830am
budak2 hantar ke rumah adik aku kejap.
sampai sana, warm up sket, ha dah jom masuk court.
masing2 gelak je tgk sebab ada je yg jarang sgt main.
yelah, dah beranak pinak, kerja bagai tak sempat nak aktif dah.
alah, for fun je ni sesambil kenal rakan sekerja.
memang ada je pun yg tak kenal langsung tak pernah bersua muka.
yg duk selisih kat pasar mlm pun ada tapi tak tau pun sebenarnya 1 majikan.
sukan ni kan menyatukan rakyat. ecewahh..
aku suka sukan2 ni semua cumanya masa je yg tak berapa mengizinkan..



sebelum peluh bercerau, moh kita pose dulu.
kemain Mira pose tgn melentik dia. hehe
disebabkan aku yg paling tak berapa terrer, aku main GK jelah walau ketot je ni.
asal boleh.
mostly is mak budak. hahaha
yg baru lepas beranak pun ada ni ha mai main jugak nak support kawan2.
padahal tak cukup org. hehe

ngam2 je kami ni takda reserve langsung. sabar jelah.
weekend, masing2 ada hal. ada lagi ahli lain tapi ramai tak available



baju biru sponsor tahun lepas.
tahun lepas 1st penganjuran so masing2 aktif la. thn ni napa tah slow sket.
game lain pun tak dgr khabar lagi ni.
tringin nak main badminton lagi walau dah lama gilaaaaa tak  main.
tgk sukan komanvel hari tu, adudu geram je.
bila tah nak g smash entah la..
 


team yg terlibat hari tu.
biru, maroon and purple.
good game and masing2 sporting.
have fun je semua.. semua ni kawan2 sepejabat yg tak pernah bersua muka. hehe
setiap team main 2 game saja.
another 2 group tak join lagi sebab tak cukup org. next round baru jumpa.
pkul 10 pagi ++ dah setel game.
Alhamdulillah setel utk 1st round.

balik, ambik anak2 pergi pasar, balik masak .
petang haaaaa mula nak cekang betis.
2 hari jugak la mengengkang ni.
mana taknya, takda training warming up pun ala kadar je.
tapi ok je..
seronok bila berpeluh sebab dah lama tak berpeluh sakan.
rindu zumba!

Thursday, April 12, 2018

Kerja

Assalamualaikum.

aku tak pernah share pasal kerja aku kat blog ni rasanya.
sebab rasa mcm tak perlulah nak cerita.
hehehe.. aku bukannya eksekutif hebat pun nak share pasal kerja.
pekerja biasa je pun, heheh

aku mula kerja lepas habis buat diploma dlu.
memula keja kat pejabat kontraktor as a clerk.
gaji rm350 je, tahun 2003.
pegi balik keja naik bas. kat taiping nuu.
adalah dlm 3-4 bulan kut aku keja.
sementara nak tunggu konvo kan?
kat situ aku belajar kerja2 admin. how to manage file company. staf lama mcm hampeh susun file. aku kena buat balik semua sebab dia tak susun elok2 pun invoice, bil, quo semua tu.
semua tu ada, tapi tak tersusun. aku rimas, then aku buat balik semua file2 tu. then bos suka la sebab dia kata aku buat kerja bagusssssssssssssssss..
dalam pada tu aku apply sambung degree tapi tak dapat. kena pulak tahun aku apply tu, budak2 stpm ramai dan katanya didahulukan diorg so berhuhu lah aku tak dapat futher study.
masa tu semangat nih nak sambung terus taknak gap dah. tapi takda rezki lagi.
tapi, aku brenti keja jugak walau tak dapat futher study and balik kg.
memula mcm taknak brenti lagi, tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii sebab bini bos asyik la duk kacau aku, ingat aku ada skandal dgn laki dia. euwwwwwwwwwww.. tak kuasa!
aku ada bopren dah weh masa tu. hahaha. lagipun bos aku tu bukan muda pun and tak ensem sgt ponnn. kakaka. aku masa tu umor 22 kut, dia umor 45 klau tak silap. tak mo laaaa.
okes, sebab aku brenti kerja?
bos aku tu bini 2 dah kut. anak2 dia duk main2 je ngan aku, kecik2 lagi. pastu aku ni baik je ngan bini tua dia. tetiba ja dia duk kata aku ada skandal ngan laki dia. padahal dia duk stress ngan bini muda, aku jadi mangsa. so, sebelum benda jadik lebih huru hara, baiklah aku cabut. lagipun aku tak happy sgt keja situ. takda kawan. kat opis sorang2, kadang2 bos masuk, kadang2 staf kat site masuk. mostly aku sorang. boring weh... makan pun sorang2. dah la kawasan opis tu pun tak berapa best.

balik kg, sebulan 2 sebelum konvo, aku kerja kat kedai stationary kat Kangar. lama gak keja situ dlm 5-6 bulan kalau tak silap.
keja agak letih, sebab ada 3 cawangan. lepas tu kena susun2 buku, majalah, newspaper smua tu. banyak guna tenaga masa keja situ. letih la hari2. pagi2 setup kedai, mlm nak tutup kedai kena kemas pulak barang2 semua.
tapi enjoy.. sebab kawan2 semua ok, tokey pun ok. laki bini chinesse, tapi baik. gaji dalam rm450 sebulan. pegi keja naik motor. ulang alik dari rumah mak aku. kalau hari kerja malam, aku tidor umah mak sedara kat kangar. dekat sket. lagipun tak berani sgt nak balik jauh2 kalau keja mlm.
walau keja letih, tapi best!
hari2 jumpa org mcm2. yg datang beli buku, beli alat tulis, nak photocopy, nak binding.
so, aku belajar cara handle photocopy, perihal buku2 sekolah, dapat beli novel dengan diskaun staff price. yay! hahaha
aku suka sebab hari2 jumpa org yg berbeza. walau mcm2 kerenah pelanggan, tapi aku suka ja. hehe. takda la melampau nau kerenah tu smua. pastu kami smua jenis huha huha, so letih kerja tak terasa.
cumanya dapat la rasa pengalaman, kalau pelanggan yg datang tu kalau golongan kerja hebat sket, diorg treat kita ni mcm kuli je. tak la semua, ada la certain2 kelompok. hehehe...
seronok tgk kerenah pelanggan. lepas tu yg syok bila cikgu2 praktikal datang photocopy kat kedai. uiii menggeletis masing2. hahahah.. seronok menyakat masing2.

lepas tu, mak sedara aku bgtau ada kekosongan kat opis dia. jawatan pembantu tadbir and kontrak.
sokay la, cuba je minta mana tau dapat kan? tak pelah jawatan apa pun, janji keja ye dok?
apply sekali ngan 2 pupu belah sana, then dapat keja. yay!
gaji  masa tu, post N17, basic rm600++. campur elaun dapat lah rm900++ kalau  tak silap. tahun 2004 nu laaa. hehe...
jawatan pembantu tadbir unit khas task force di jabatan tanah dan galian negeri perlis. wow.. hahahha
ramai yg masuk utk unit khas ni. 1 malaysia ada. projek dari kerajaan pusat ni utk setelkan geran2 lama yg tertunggak.
kat sini lama jugak aku kerja, dlm setahun. kat sinilah belajar erti kerja yg sebenar. hehe.. kerja pejabat org tua2 kata. hahahah..
seronok kerja sini. sebab mcm2 hal kau hadap. dan sampai sekarang masih ingat memori kerja di sana. dgn kawan2 lama di sana pun still contact untill now.
kat sini aku belajar handle hal2 geran tanah. check geran, check sempadan, tau syarat2 utk mohon geran, pendek kata hal2 berkaitan tanah. hal tanah pusaka pun belajar jugak. sebab unit kami sebelah2 dgn unit pusaka. kadang2 bila staf yg jaga tu takda, aku gantikan dia kat kaunter. sebelum tu dah belajar apa yg perlu ada (dokumen) bila ada pelanggan datang ke kaunter.
banyak ilmu yg aku dapat bila keja kat situ. kawan2 pun semua best. mostly adalah sebaya. kat situ pulak, yg kerja bnyk org lama. then bnyk lah kita belajar dari diorg. cumanya cara kerja la agak berbeza. org lama kan, yg lagi 5-6 tahun nak pencen. tau lah cemana. hehehe
sokay la. yg muda ada cara dia. yg lama pun ada cara dia. kita kena respek and pandai seimbangkan.

oleh kerna status kami adalah kontrak yg tak di jamin ke post tetap, makanya pakat2 lah carik keja lain sesambil tu. aku pun sama. then aku antara yg awal meninggalkan team tu. memula bani kut, dpt offer kat uum. post dia sama mcm aku sekarang ni, bidang IT.
lepas bani, klau tak silap aku lah kut yg keluar. ada memo masuk opis pasal kerja kosong di opis aku sekarang. post pun kena dgn kelulusan yg aku ada. so, moh le mohon mana tau ada rezki.
then dapatlah panggilan interview. debar2 nak pergi okehhhh..
tak ingat berapa lama, dapat surat tawaran kerja. yayyyyyyyyyyyyyyyy..
tapi, tetaplah sedih nak keluar dari pejabat tanah tu. dekat setahun kerja wei.. dah seluruh opis yg 2 tingkat tu aku kenai. siap ada crush lagi kau. eh bukan crush, sesaja makcik2 tu duk kenenkan kami sebab both bujang kan. tapi takleh blah sebab dia slow aaaa. jenis lambat bertindak, senyum kut jauh je, malas ah aku. hahaha.
kita kawan2 jelah. setakat keluar mkn sesama je. pastu rasa takleh nak get along sbb lain character.
oh, masa ni dah single mingle dah. hehe. tu yg masing2 asyik mengenenkan je klau ada staf yg bujang. kerja ngan makcik2 kan, tu jelah yg diorg tau. sabau jelah..

November 2005, aku masuk kerja kat opis aku sekarang. memula post kontrak, lepas 2 tahun, renew kontrak. lepas 2 bulan kut, dapat post tetap. Alhamdulillah.
aku suka kerja aku sekarang ni. kerja dlm bidang yg kita belajar dan of coz kita suka lah kan.
walau post aku bukanlah pegawai besar, tapi sekurangnya kita menyumbang kepada organisasi kita kan?
mujurlah aku ditempatkan di jabatan utama universiti, so penglibatan tu bnyk juga. selalu terlibat dgn event besar walau cuma jk kecil. sokay la kan?
dapat kenal org, dan dapat belajar perkara lain selain kerja hakiki kita.
opis aku ni, kalau ikut jumlah staf, mau seribu lebih. kena pulak kami ni distributed campus.
kau boleh bayang tak cemana nak travel ke opis lain.
tapi Perlis ni, takda la besar mana kan. hehe. satu Perlis ada UniMAP.
eh, terbagitau dah kerja mana. hahahaha.
okes, itulah majikan aku, Universiti Malaysia Perlis.
kat Perlis ni, kalau sebut kerja kat UniMAP, haa nnt org tanya, kat kawasan mana.
pusing Perlis, merata ada opis UniMAP. hehe

memula kerja situ, oii stress. apa yg kita belajar dulu tu, tak sama pun dgn apa yg kita kerja. totally different. ada jugak rasa nak quit and balik ke pejabat tanah.
tapi, nnt gaji sikit la. hahaha.
maka bertabahlah. kerja kat mana2 pun ada ja cabarannya. kena pulak hati muda kan?
kena pandai edjas, pandai handle semua situasi.
emosi pun kena pandai handle okes.. jgn over sgt emosinya tu..
kena bnyk belajar. mula2 mmg la stress rasa nak maki org je. jiwa muda kennnnnnnnnn.. hehe
lama2 ha ok dah. learn from mistake and make it positive.
kerenah kawan2, bos, kerja, tu semua atas kita.
dah bertahun kerja, lama2 dah faham kerenah masing2, now aku rasa ok je.
janji aku buat kerja aku, bos puas hati, hati kita rilex tak stress, so ok lah.
tapi, kena pandai main peranan. kena jaga diri, jaga perangai kita. jangan buat org menyampah ke kita pulak. jangan ada perangai mengampu bos, kaki kipas, talam 2 muka semua tu.
big NO!


inilah 2nd family aku.
dlm sehari, separuh hari aku dgn mereka2 ni.. masuk kerja pkul 8, balik pkul 5.
seminggu 5 hari kerja.
masa di pejabat lebih dari masa kat rumah. heheh
suka duka bnyk bersama mereka2 ni semua. so far, Alhamdulillah opismate aku ni blh dikatakan semuanya okey!
ada hal sket2 tu biasalah. dah ramai kan, bnyklah kerenahnya. kita sendiri pun belum tentu semua org suka kan? cumanya buatlah perangai elok2, jaga hubungan baik sesama kawan2, Insyallah semuanya akan ok.. terasa hati sket2 tu, alah simpan dlm hati jelah.
bab kerja, so far semua ok. kami blh bekerjasama dgn baik. ada jugak kawan2 aku dr jabatan lain yg puji jabatan kami. sebab nmpk semua get  together, kerja sama2. Alhamdulillah.

datang silih berganti, ada yg kekal sampai sekarang ada yg dah berhenti.
kerja kerajaan ni tak sama mcm kerja swasta. nak brenti bila2 masa unless kau post kontrak.
once dah dpt tetap, nak brenti sesaja tu rugilah kan. rasanya semua org tau kelebihan kerja dgn kerajaan ni. kalau org tua dulu2, mmg suruh sangatlah anak2 minta kerja kerajaan sebab nnt ada pencen. hehehe
aku dulu pernah terpikir nak minta tukar ke organisasi lain. nak cari pengalaman lain lah kononnya.
tapi, bila kita dah stabil like dah ada family sendiri, dah ada rumah. selesa kerja, rumah mak bapak pun dekat, nak travel pergi kerja pun selesa, nak blk rumah mak bapak pun mudah, dah kenapa nak pindah pulak kan?
kang kena tranfer pergi negeri lain, haaaa acaner..
kalau kena transfer dlm perlis pun, rumah hujung sini, opis hujung sana, nak ulang alik tu ehhh malas jugak kalau jauh kan? hehehe
kiranya, selesa la sekarang ni.
ada rumah, ada kereta, ada family.
dari rumah ke opis, 25km mcm tu. jln clear tak jem pun. hantar ambik anak pun mudah je, sejln.
rezki Allah bagi, syukur.



range umor kami2 ni tak lari jauh. mostly dlm 30 an.
dlu masuk kerja, umor 20 an. aku sendiri dah masuk tahun ke 12 di sini. UniMAP ni dah 15 tahun penubuhan. seronok juga jadi org awal di sini. bnyk yg kita tahu dan kita tgk perubahan dari tahun ke tahun..

kerja kat mana2 pun ada cabarannya.
pada aku, kerja bnyk aku ok je. dari kau duduk saja tak buat kerja dah cemana ngan gaji kau pulak kan?
cumanya jgn tekanan dari hal lain. kita buat kerja kita, then ada yg mcm2 pulak. tu aku tak suka.
kerja bnyk, pandai2 lah kita handle cemana nak buat kerja kan?
so far, aku ok lagilah. da la hal sket2 tapi blh di kawal. takda la sampai tahap meroyan nak brenti ke apa. hehehe.
berbalik kepada niat kita. kerja tu ibadah, then tu punca rezeki kita. kalau kita kerja elok, tak buat hal, Insyallah semuanya akan jadi baik.
eceewah...
so far aku enjoy je dgn kerja aku ni. walau aku bukanlah penyumbang besar kepada pembangunan universiti ni. tapi kita tetap menyumbang kepada jabatan kita. so, kerja elok2, niat elok, semuanya jadi elok. kan?


Monday, February 01, 2016

Kena kreatif

happy monday uolls...
moga takda monday blues ehhh..

entry perangat je ni.
ehehehe..



paham ke gambar ni?
meh nak story.
ni aku duk copy data ni.
dari microsoft access ke microsoft excell.
aku guna version 2003 ja utk microcoft access.
utk mic. excell guna version 2007.
sebab guna access 2003, adalah senang nak guna.
dan dah familiar.
walaupun skang dah version brapa entah dah.
klau guna access 2007 dan ke atas, aku boleh meroyan.
hahahah
seriussss..
sebab dah upgrade version, ko nak cari satu2 option tu bapak la payah.
sebenarnya blh je, takes time sket pastu dah mahir ok la kan?
tapi aku selesa dgn access 2003.
biarla lama sket janji keja aku setel cepat!

problem kat sini is bila ko nak export or copy data yg banyak gila dari access tu keluar.
excell 2007 bagi copy takat 60k++ rows saja.
data dr access sometimes cecah 70k.
acaner?
kalau dah pakai version 2010 dan keatas, dah blh copy bnyk2 dah.
aku malas nak update version skang ni.
selesa guna microsoft office version 2007 tu.
senang aku nak buat keja..
jadinya kena la kreatif bila nak copy data tu.
kena buat separuh2.
copy dulu separuh then paste.
pastu buat agi separuh.
masalahnya sampai 90k rows..
huiii.
kebas tgn nak scroll mouse.
nak tekan kat keyboard pun, lenguh jugak kut.
nak tekan Shift dan anak panah ke bawah.
paham tak?
nak select rows dlm access tu.
dah gitu, aku sendal la ngan apa yg patut.
janji jalan.
hahahahahahah..

ada 1 officer dr unit lain nak data dari server.
then nak kena edit, nak select bagai.
mmg kerja aku la.
pastu kena kreatif dan inovatif..
janji kerja jalan konsepnya.
pastu masa tgh copy tu jgn sapa2 gi sentuh pulak.
mmg makan kaki kang nnt.
susah payaha ku buat tuuuu..

dah setel semua bagi data ke dia, siap blanja makan lagi.
oloh2...
sebab susah nak buat katanya.
takdanya susah, dah mmg keja aku.
kalau nak copy data bnyk2 mmg aku buat gini.
koser aku nak tekan keyboard tu lama.
boleh kulup jari nnt.
hahaha..

Tuesday, September 08, 2015

Susun atur meja kerja

nak share cubicle aku.
kadang2 kemas, kadang2 semak.
selalunya semak la.
hahaha.
kalau keja bnyk tu, bersepah2 kertas, notes smua.
lantak situ malas kemas.
dah habis keja, baru kemas.

nak share bahagian kiri meja je.
takleh tunjuk semua kang korang pitam.
hahaha.
cubicle aku ni memanjang.
ada 3 set komputer + 1 laptop.
penuh meja. hehehe.



ini lah sudutnya..
gambar selepas kemas.
lupa nak ambil gambar sebelum.

kat depan meja tu ada notice board.
aku buat sendri, guna polistren, balut dgn wrapper buku, pastu lekat kat cubicle tu.
senang kalau ada apa2, tampal kat situ.
semak gak tu sebab yg lama pun tak buang lagi.
ada kalender, ada frame gambar.
ada tabung epal, ada bunga.
sebelah kiri ada stationery.
dulu guna bekas lain, now bekas lain pulak.
atas tu yg kertas pepel tu hasil kerastangan dari Amni.
buat kad hari ibu kat skolah.
mama lekat kat meja kerja sebab dia masukkan dlm handbag hari tu.
tq kakak!
sebelah tu buat lekat sticky notes.
gambar spongebob.. hahahah



sekarang aku guna bekas mcm ni pulak.
beli kat Daiso
aku ambik 2 saiz.
beli mcm ni sebab boleh ditindan.



sebelah kiri bekas yg kecik sket, isi pen, pencil semua.
sebelah kanan, besar sket isi segala jenis kepit, stapler, gam, sticky notes and lain2 yg berkaitan.
calculator pun ada...
dulu aku guna bekas pencil yg jenis tinggi tu.
saja ubah angin guna yg ni pulak.
susah nak ambik jugak ni, tapi takpelah..
dah lama pakai yg tu jemu pulak tengok.
utk stationary yg lain tu dlu guna bakul kaler biru.
lebih kurang je saiznya.


bekas tinggi tu dah lama, sejak aku mula kerja.
masih berbakti. hehehe.
tak tukar lagi. senang nak isi segala klip kertas, mata stapler, pin smua tu sebab bnyk partition.
pisau, gunting, pembaris letak kat atas.
cawan besar kat sebelah tu hadiah besday dari adik aku.
letak puncher, cop and stamp pad. yg besar2 sebab senang nak ambik.



kesayangan semua ni..
hehehe..
suka frame ni, dah bertambah2 gambar.
sebelah tu tabung aku.
dah penuh, dah tukar yg baru.

tu je atas meja aku.
ada lagi sebelah hujung sana, tapi takleh share semua.
privasi opis.. ehehe..

Monday, April 20, 2015

ASG 2014

Alhamdulillah...
setelah 10 thn di sini, mencari rezki.
2 tahun pertama, berstatus kontrak.
lepas tu dapat tetap.
2 tahun lepas tu, disahkan jawatan.
masih disini hingga hari ini.
disinilah kerjaya aku bermula..
amboihhhhh..



opismate..
dengan batik rasmi.
diorg pakai batik baru.
aku pakai batik lama.
batik baru, buat kurung moden..
mcm ketat sket.. frust kak yah!

semua jabatan kerajaan ada majlis ni.
penghargaan utk kakitangan.
terima kasih kepada majikan aku..
kepada bos, kepada kawan2 seopis, rakan seunit, kepada mak bapak, suami, anak2, media2 sosial yg tak jemu2 menyokong saya dari dulu kini dan selamanya..
ehhhhhhhhhhhh..
pang sedas nak?
bajet dpt oscar ke hapa ko ni..
over. bhahahaa.



slot aku disampaikan oleh MB Perlis.
senyum sentut kak yah.
ketaq lutut uolls nak naik pentas.
depan pentas ada raja oiii..



bersama semua penerima anugerah 2014 dan tetamu vip dan Raja Muda.

gambar ni dari FB MB Perlis.
kerlas kau, gambar aku yg terpilih..
ko ade?
hahahaha..



cenderahati..
jam tangan, sijil penghargaan dan wang tunai.
Alhamdulillah...
moga dengan penghargaan ini, kerjaya aku akan lebih bagus.
dan aku akan lebih bersemangat dlm kerja aku2..

terima kasih Allah...

Wednesday, July 24, 2013

Tadarus Al Quran

Setiap tahun, bila tiba bulan ramadhan, opis aku tiap2 tahun akan buat tadarus al-quran.. awal puasa, Pusat Islam akan emailkan kepada semua senarai pembahagian surah untuk dibaca. aku keja kat universiti, besauuuu yeh. jabatan banyak. so, bahagi2kan surah kepada semua jabatan.

tahun2 sebelum ni, bila dapat surah, tghr waku lunch, kami akan buat tadarus. slalunya ambil masa dlm seminggu kecuali hari jumaat. ikutkan skali baca pun  boleh habis, tapi skali baca dlm 2 helai je. saja, supaya boleh buat lama sket. bg peluang kepada yg uzur, klau sempat leh join.  sronok tau, sekali sekala buat mcm ni kan?

tahun ni mcm biasa, ada tadarus. tapi sedikit berbeza sebabbbbbbbbbbbbbbbbbbbb.. kami punya bos besar, datuk naib canselor akan join.. wohooooooo.. dia akan join semua jabatan katanya klau sempat. menggigil lutut masing2 ye dok..

jabatan aku kena hari kedua. kami start pkul 9 pagi camtu. dia nak baca one by one. a day before kami dah bahagi2kan ayat yg nak baca. yg balik praktis pun ada. memula tu bos pilih dlm 7-8 org je utk baca dengan datuk. tapi bl hari kejadian, dah semua kena join, so semua kena baca secara solo.. kak yah ok je. mcm tak biasa baca quran kan?

majlis berjalan lancar. smua boleh baca walau terketar2 jugak. bukan sebab xleh baca, tapi nebesssss.. hehe... kami habiskan terus surah yg diberi. sekali harung je kali ni. pas smua baca, baca ramai2 pulak. dlm sejam setengah mcm tu habis la. sronok...

nnt hujung2 puasa, pusat islam akan buat majlis khatam quran pulak. aku xpenahnya dapat join lagi. insyallah, klau ada kesempatan teringin gak nak pegi. rasanya dah 2,3 kali jugak aku habis baca quran tapi tak penah buat khatam quran. baca pun ada gak tungging terbaliknya. ater, baca sendiri. teringin nak pegi kelas tajwid balik mcm skolah2 dlu. perbetulkan mana yg salah..

jom tgk gambar. ni gambar dr official cameraman.. cilok dr FB official jugak..

bos pejabat aku..

the boys yg hadir


 semua yg hadir. yg kena bertugas, yg uzur, tak adalah ye. buat kat bilik mesyuarat. pakai mic siap. leh feeling2 qariah katanya

 big bos. sporting uolls... 

amboih kak yah... termuncung2 mulut yeh. kemain dia. ni klau sharifah qasif tgk pun menangis.. hehe.
bawak quran sendri sebab quran tu ada tanda tajwidnya. klau tak, kak yah pun mau tunggang langgang baca quran. beli mahal pun tak pe, berbaloi2. utk agama, jgn berkira yeh?

Thursday, December 20, 2012

Seminar Kebangsaan

cerita awal bulan nih. tapi baru nak hupdate. malehh...

5-7 dis lepas, opis gue organized seminar kebangsaan sumber elektronik. kerjasama dgn MOLEC. ni 2nd time buat. 1st time tahun 2010. bos kata nak buat dwi-tahunan means 3rd time is on 2014. be ready.. hehe.. venue masih tempat yg sama yakni Bayview Beach Resort Penang. dekat feringgi, sebelah Hard Rock Penang. duk tepi laut, cuci mata tgk org mandi pakai bikini. bhahaha.. tapi xdak maknanya. tgk matahari pun xsempat.
dah kata organizer, pagi 4hb tu dah bertolak. amni tinggal dgn tok. syedihhhhhh..
sampai penang pkul 1 kut. sampai2, punggah barang, trus start keja. sebab pendaftaran peserta start pkul 2. aku as usual ajk teknikal. teknikal seminar and teknikal pameran. sepanjang 3 hari seminar, ada book exhibition jugak. so, pembekal2 buku yg kami slalu deal akan join. xjoin mmg rugi. sbb lecturer akan dtg utk buat book selection. mana yg dipilih, akan terus dibeli. so duit masyuk utk diorg. takat bayar booth tu apalah sangat nak dibandingkan dgn untung selepas tu kan? eheh, aku pulak yg lebih.

dapat bilik baru. roomate aku kak long. blh geng je, xdak hal. opismate jugak walau lain unit. bilik baru, cantik jek. last2 nak tutup pendaftaran seminar, ramai plak yg nak join. end up peserta lebih dr yg diharapkan. 100 lebih. syukur. bilik pun penuh, kena extend. utk organizer ada yg kena duk family room, 4 org. no hal la. pegi pun nak buat keja kan? masuk bilik utk mandi, tukar baju and tdor je. tu pun pkul 12 baru blh tdor.

gambar baaanyak. so kita buat gini jelah  ye.
ni 1st day. pendaftaran utk peserta, pembentang dan pempamer. aaa.. utk book exhibitor. aku jaga utk pembentang and booth tu. gilir2 dgn ajk yg lain. ada yg check hotel ni and ada yg stay kat tempat lain. kali ni xkaluts sangat sbb dah ada pengalaman yg lepas. so, smua berjalan lancar.

1st night xdak apa sgt. just raptai utk perasmian besok. 2nd night pun sama. raptai utk last day. tu gambar dlm dewan. gambar kat HR tu mlm kedua. kluar g carik mkn kat depan hotel. sesaja jln2 g amik gambar kat HR. mlm je berpeluang jln2 kat situ, tapi kejap je pun. siang, nan hado. ptg2 tu free gak, ada yg g jln2 tepi laut. haku? tdor laaaaagi baik. letih weh. kehulu kehilir berlari.


gambar tuan tanah je kita letak besar godang yek. yg lain smua kita groupkan skali.  tuan tanah jek over sket... muahaha. 1st day tema utk ajk pink+purple. seb baik ada baju baru xpakai lagi. bukan takat pink ngan pepel jek, merah, putih smua ada. dah xleh beza mana 1 aku, mana 1 pokok bunga. okeh, xkelakar.. pecaya atau x, ni jek gambar yg ada. 1st day kan, kelam kabut sket. makan pun xsempat nak feeling2. ngap2, trus naik dewan. gilir2 ngan ajk lain sbb nak kena standby kat dewan. peralatan berharga banyak weh. hilang kang, menangis xberlagu. nak pose2 pun xsempat. pg tu perasmian. gila kelam kabut. peristiwa lama berulang kembali. mlm masa raptai tu dah ok, pg2 tu pun dah test ok. skali lagi 10mnt nak start perasmian, dia buat hal. lcd projector tu. tetiba bule blank. gila gelabah kami kat belakang pentas.end up xpasang pun video masa perasmian. skip terus sbb skrin blank. geram gila. pihak hotel cam buat dek je, padahal tu  smua barang diorg. kami bayar sewa tau tak. dlu pun gitu jugak la. seb baik multimedia team kami pun ada. diorg leh handle. hoishhh.. ngeri bila pikir. dah seram sejuk dah haku time tu.

kali ni guna sebesar2 dewan. dlu bahagi 2. kali ni xmo bahagi, nak guna pentas utama. perasmian sepatutnya dato VC, tapi dia kan saudi katanya. so wakilkan kepada timbalan.

perasmian. walau kat belakang agak kaluits, tapi kat depan okeh jek. org xtau pun.. hehe..

2nd day, pakai batik rasmi. biruuuu smua. ada yg puji kata cantik. hari ni smua berjalan lancar. xdak problem dah kat teknikal. 1st day jek saja buat gempak. letak gambar tuan belog jugak lah ye. aku kena key in balik pelaporan yg diorg buat. perpinau bijik mata nak baca tulisan sorang2. then submit kat bos utk buat resolusi. usung la laptop ke hulu kehilir. budak gemok kat belakang tu menyebok kaco aku. mlm tu balik bilik, letak kepala trus padam. sedar pun sebab laki tepon. klau x, mau sampai subuh. silap2 terlepas dinner.. huhu

dinner time. as usual, artis budaya la buat persembahan. kali ni tema warkah dan lagu. ada video sket diorg buat. berlakon balik zaman budak2 dlu. klakar jugak. last skali, emcee panggil bos naik pentas. bos plak panggil staf 4,5 org naik. buat chicken dance. muahahah. layan jelah. ok la jugak. hilang stress sket kan. peserta pun ikut skali. nice, smua sporting. erm, makan pun sedap dap.. makan2, gelak2, nyanyi2...

posing sket yeh.. yg bawah bergambar dgn pressenter dari luar. bagus diorg ni. asyik puji and say thank you jek kat kami. datang jauh2 kan. smuanya baik2 jek.

last day. perasmian penutup. dato VC datang jugak. semangat dia, berucap dekat sejam. puji2, crita2, syiokkkk.. hehe..
last day just ucapan penutup, then product presentation from singapore, then lawatan ke booth, and balikkkk..

merepek kat belakang. last day pakai baju korporat pulak. biruuu jugak. gambar smua dr kamera farid. dslr gitew.
majlis habis dlm pkul 12. trus pack barang, makan, smayang, balik. sempat tukar baju. rimas pakai baju nih. panehh.. aku lompat naik van. ajk teknikal pakat naik van. jaga barang.. eheh.. sampai pun cepat sket. mana taknya, xbenti mana2 dah. van jalan, smua zzzz. kami dah sampai opis, bas masih kat gurun.. seb baik naik van. muahaha..

details, g sini http://e-resources.unimap.edu.my/

jumpa lagi 2014 yee..


sampai umah, mandi2, zass g umah abah. rindu amni!! meh la peluk2 mak dia kejap, pastu g main balik. esok nangis xmo balik. hoihhh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...