Showing posts with label Amni Maisarra. Show all posts
Showing posts with label Amni Maisarra. Show all posts

Thursday, May 14, 2020

Aktiviti anak2 sepanjang PKP

Assalamualaikum..

bersyukur lah bila PKP ni dapat luang masa lebih dgn anak2 kan?
kalau tak weekend je yg dpt golek2 ngan anak, tu pun masih tak lama sebab bz dgn keja rumah.
weekedays, mlm je pun tapi tak lama.
bnyk hikmah PKP ni yg mulanya kita tak nampak.

bersyukur lagi Alhamdulillah, aku ni Allah bagi rezeki ada rumah sendiri, atas tanah sendiri.
buat rumah, bukan beli rumah taman ke apartment ke apa.
bila PKP ni, anak2 blh main2 kat laman rumah, kayuh beskal bagai.
org lain yg duk apartment, duk rumah taman ke, terhad la sket pergerakkan tu.
makanya, nikmat mana yg mahu kamu dustakan?
tq Allah..

minggu pertama PKP tu, kita blm biasakan diri.
so, aku biar jelah apa anak2 nak buat. tgk je tv suka hati.
masuk minggu ke 2, eh2 nooo..
mak mula bertegas sket.
so far anak2 aku ok ja bila mak kata NO, thats means NO lah what ever pun.
kelonggaran yg aku bagi ke anak2, ialah bangun lewat.
Amni tu kadang pkul 10 baru bgn, nak2 bulan puasa ni.
lantaklah.. dah dekat 2 bulan ni malas dah aku haha..
awal2 tu, pkul 9 pagi camtu aku gerak bangun. perambat g mandi pastu makan, pastu buat homework.
masuk PKP Fasa 2 tu, cikgu2 dah mula bagi keja skolah.
Pasti Aniq cikgu suruh g ambik buku2, balik belajar kat rumah.
taknak anak ketinggalan. mula2 tu cikgu bagi worksheet ja, masuk PKP 3, ha meh ambik buku.

jadual anak2 ni, bgn pagi lepas makan (sebelum puasa) kena setelkan keja skolah dulu.
pku 12 @ lepas solat zuhur baru blh on tv.
kalau keja skolah setel awal, ha blh main dulu.
mcm2 la diorg main, kenjah penuh rumah mainan.
lantak. aku tak pernah marah pun.
aku cuma akan  marah bila tak kemas balik mainan tu.
lepas solat zuhur, diorg nak tgk tv. so sila kemasssss mainan tu semua.

masa PKP 1-3 papa cuti duk rumah jugak. seminggu sekali ja pegi opis.
so dapat lunch together gether.
bila dia dah start pegi keja tu takdaha la. tapi masa tu pun dah puasa hehe


ni main sendiri2, masing2 punya mainan.
kakak selalu main sorang2 dlm bilik taknak adik kacau.
dia masuk bilik kunci pintu.
adik pun main la sorang2 kat luar.


ada masa, main sama2.
mcm2 lah yg diorg main. ada masa main kedai2, main cikgu2, main masak2.
eh, tak larat dgr dah aku.
jgn kacau mama buat keja sudahhhh..
segala mainan diorg keluarkan.
aku biar je..
ikut tu aku lagi suka diorg main mcm ni. sebab otak diorg bergerak, berfikir kreatif.
kadang2 aku gelak sorang2 tgk aksi diorg. tiru org dewasa hehe..
anak2 ni dia tgk apa kita buat, then tiru kan?
kakak tu bnyk idea sket.
tak tau berapa bnyk kertas, selotep, benang aku smua tu dah habis diorg main.
gunting buat mcm2. lantak lah..
kesian ke anak kalau kita duk sekat2 kreativiti diorg.
gunting kertas, kalerkan, tampal eh mcm2 lah.
aku biar je.
Amni tu asyik tanya bila sekolah buka. rindu kwn2.
Aniq? sikit pun tak hairan hahaha.
seronok lagi ada duk rumah kepit ngan mama.


tengok lah..
mcm2 disusunnya, buat kubu lah, dinding lah apa.
lantok leeee. malas aku nak bising2.
dah jemu main, baru diorg minta nak tgk tv.
anak2 aku dah faham dah, mama diorg ni mcm mana.
diorg ni jarang sgt nak buka tv tanpa minta izin.
dan kalau diorg tgk layan kartun, then mama nak tgk cerita mama, diorg ok.
mula2 masing2 cebik2 muka, tapi  kejap je.
now, turn mama nak tgk cerita mama pulak, korang dah lama layan kartun.
so, diorg pegilah sambung main ke apa.
takda adegan membentak2 keryau guling2 nak tgk kartun.
no, aku tak layan.
sometimes, nak tgk tv, blh.. tolong mama buat keja dlu.
mama nak lipat kain, diorg kena alihkan kain baju diorg sendiri.
tak buat tak leh tgk tv hehe.
kecik besar semua kena..


Aniq now 6 thn.
cuti PKP ni aku ambik kesempatan ajar dia membaca.
bnyk huruf dia tak ingat lagi.
aduhh.. anak lelaki kut, main bnyk.
mmg kena sabar bnyk dgn dia ni.
suruh baca, tulis bnyk sket, ha mula dia nak ngelat.
kejap ok, dah lama dia buat alasan mcm2.



makanya mak kena kreatif gak la.
kena puji tu yg xtahan.
bila tulis, kena puji cantik baru dia syok.
kena lemah lembut tak leh marah kang nangisss.
manja teruk budak ni.


kadang2 masa mood dua2 elok, ha blh buat keja sama2.
kalau tak, kena social distancing.
takleh duk dekat, nak gaduh ja manjang.
ada saja tak kena.
yg suka carik pasal haruslah si bongsu.
kakak pulak garang nauuu..
bingit rumah.



petang, pkul 5 camtu masing2 dah menggeletis nak keluar.
nak main basikal, nak  meloncat kat luar.
asalnya basikal tu kat dlm rumah. thn ni, aku suruh bwk keluar main kat luar.
bising duk kayuh dalam rumah. lagipun diorg dah besar, basikal pun kecik kang takeh naik pulak.
so pakat seronok nak kayuh petang2.
kawasan rumah luas jugak, lajak ke rumah wan kat depan sana.
tutup pagar semua so takda hal.
aku pun ptg2 keluar lepak luar jugak.
belek2 pokok, cbut rumput ke apa. buat aktiviti luar.
selalunya aku keluar jugaklah. jemu duk dlm rumah.
lagipun, kasik kipas2 dlm rumah off sat hahaha.
dah bulan puasa ni, ha jaranglah keluar.
rezeki duk rumah ada laman.
pukul 7 semua kena haruk masuk rumah dah.


dan mengaji al-quran haruslah tak dilupakan.
selalunya, jumaat sampai ahad, mengaji quran.
mlm jelah. siang tak sempat nak tgk hehe.
dua2 kena baca.
kakak tu kadang ada cikgu bagi keja online. so takda la boring sgt nak menulis kat buku saja.
hari cikgu tak bagi keja, mak bagi keja.
takleh duk saja.
tapi hari mak busy buat keja opis, anak2 dapat kebebasan hahaha.



hmmm, yg ni tau dah.
anak2 aku semua careless. alah budak kan?
gitulah..
mak redho jelah.

now bulan puasa, so masing2 melepek jelah.
aku tak push sgt la Amni utk buat keja skolah sgt.
kesian jugak tgk mula lesu tu hehe
dia puasa full setakat la. takda merengek lapar ke apa.
bagus sgt dia kali ni. dah bgtau nak puasa penuh.
mkn sahur pun mudah bangun, tak bnyk songeh.

oh, sebab anak2 kat rumah ni, aku belikan lah mainan utk Aniq and komik utk Amni.
kemain seronok masing2..
beli kat shopee lah hehe.

next week dah raya, PKP masih on sampai 9 Jun.
moga semua patuh arahan utk kekal duduk dirumah.
raya tu, ala kadar saja yeh thn ni..

Wednesday, January 22, 2020

Welcome to the club : geng mata 4

Assalamualaikum

aku dah lama jugak perasan Amni mcm duk merenung ja tv tu.
mata kecik ja duk tgk tv.
selalu dia p duk berdiri depan tv.
kita suruh ke belakang, pastu dia ke depan balik.
nmpk la dia mcm tak berapa nampak.
bila tanya, jawapan dia tu meragukan.
haishhh

pastu masa minggu pertama sekolah tu, ada petang tu aku nak pegi beli roti canai.
lepas order, aku masuk kedai cermin mata kat sebelah tu.
kedai tu baru jugak.
kedai yg aku buat spec baru ni.
ada kisahnya di sini.
aku masuk tu nak cuci spec la.
pastu Amni cakap ke aku, cikgu suruh dia check mata.
sebab dlm kelas dia tak nampak.
aduhhhhhhhhhhhhh.
dah mula sekolah baru hang habaq anak oiii.
lupa dia kata.
sabaq jalah..

then dah kat situ aku pun mintalah utk check mata dia.
sekali keluar result nah haiiii power sebelah mata kanan 300.
adududu..
tingginya.
dia punya menggedik nak buat spec mata.
sabar nak sabar.
aku risau kut apa2, then kita balik bincang dgn apak dulu.
rabun tu takpelah, tapi tinggi nau powernya utk budak umo 9 thn ni.
blk cerita ke apaknya.
apaknya kata nak bawak ke doc dulu.
kita check dululah..

next Sunday kebetulan klinik mata depan rumah buka.
so, bawak lah dia pegi check.
doc tu tgk gitu gini, ha confirm rabun.
kena buat spec. akar mata, anak mata semua elok takda apa.
aku bagitau ke doc, risau kut apa2 sebab tu datang check dulu then baru pegi buat spec.
dan doc tanya @ bagitau few things bab rabun ni.

1. keturunan.
sah2 lah sebab kami laki bini pakai cermin mata. power aku tak tinggi sgt, apaknya yg tinggi.

2. selalu tengok Handphone.
demn! hahaha.
since thn lepas dah kurangkan penggunaan phone utk anak2. weekend saja tu pun kadang dapat kadang tak. masa dia umo 2-3 thn camtu adalah aku beli tablet bagi dia. tapi takdelah mengadap tu je.

3. baca buku sambil tidor.
haaaaaaaaa. yg ni mmg aku sambung ja terus cakap doc. sebab ni mmg habit Amni!
last year dia suka sgt baca komik. so aku mmg selalu belikanlah. baiklah dia baca komik dari dia main kan? mmg dia mengadap tu jelah hari2. duk diam dlm bilik baca komik sambil tidor.

rupanya habit tu tak bagus ye. maybe dia dah ada bunga2 nak rabun, makanya mencanak naik rabun tu. sorry anak, mama tak tau.
aku perasan dia mcm merenung tv tu hujung2 ni dah. awal thn dlu tak pun.

sokay, benda dah jadi.
makanya marilah kita pergi buat spec mata utk anak dara.
minggu ke 2 sekolah tu, kami pergi.
kedai baru buka nearby rumah je.
saja try, kedai Melayu.
tgk ada promo. so lets try.
before this, spec aku ni semua buat kat kedai cina.



proses check mata.
lama jugak proses ni. bagi yg dah biasa buat spec, so takda hal la semua ni.
tapi utk dia, pengalaman pertama.
menggelisah jugak dia sebab lama haha.
sabar nak..
mak lama dah hadap benda ni.


yg ni membosan.
aku tak larat ketam(cubit) dah. mcm2 dia buat.
habis kedai dia tawaf. sabaq jalah.
diorg ada bagi buku kaler. adalah 5 minit dia buat pastu taknak dah.
knowing Aniq, mana reti duk diam.
last2 dapat cermin tu, ha duk la bercakap dgn cermin tu sampai sudah.
aku risau dia duk kehulu kehilir kang terlanggar spec tu smua ha mampos.

dah siap, bayar deposit so jom balik.
seminggu katanya siap.
lama nau..

next week tu, diorg call.
hari Selasa balik skolah petang terus pegi ambik.


dia suka yg ni.
ikut lah anak oi
mak malas nak bangkang lebih2 kang dia takmo pakai pulak.
nmpk mcm besar la sket sebab bukan yg budak punya.
tapi dia suka.
maybe puas kut nmpk luas. yg 1st aku suruh try tu frame 4 segi, kecik dari yg ni.
dia taknak, tak selesa katanya.
aku ambik frame biasa, yg promo.
total damage RM88 je hari tu.
ambik yg biasa dulu. nak biasakan dia pakai.
sebab budak ni clumsy.
risau aku kang terduduk atas spec ke apa.
kita bagi dia masa.
buat yg murah ni, kalau rosak takda la mak sedih sgt nnt hahaha..
baru buka skolah oi. dah berjuraian duit habis.
berhuhulah amak apak ni.
anak baru 2 je pun ni.


1st day ke sekolah pakai spec.
mcm cikgu la, nmpk matang la. ramai komen kat FB aku cenggitu.
paklangnya kata mcm mata lalat hahah
apa2 jelah.
as long as dia selesa.

masa ambik spec tu, org kedai cakap dia turunkan power 50 utk both eyes.
sebab dia tak biasa pakai lagi.
so sebelah mata 250, sebelah lagi 220.
silau pun ada sikit. lepas 6 bulan dia suruh datang check semula.



nak spec bulat sebab nak sama mcm mama.
awwwww.
apak deisgn lain.

hari2 aku pesan, jaga elok2 spec tu.
so far ok hingga hari ni.
dia pun nmpk selesa.
doc pesan kena pakai selalu. sebab power dia tinggi.
kalau tak nnt lagi naik.
mak pun power 200 ++ je nak.
haishhh...

ada petua tak utk turunkan power?
risau jugak  mak ni..
mak apak ni takpe, dah tuwo huhu

Friday, January 03, 2020

1st day school on 2020

Assalamualaikum..

dah masuk 3Januari 2020.
sekolah day 2.
semlm, utk 1st day aku ambik cuti.
ikut tu, tak perlu pun.
sebab takda sebab nak tunggu anak kat skolah pun.
Amni dah masuk standard 3. dah blh  bawak diri sgt dah
Aniq pulak 6 thn, masih di Pasti yg sama.
tapi sebab Amni blk pkul 2 so kena jemput tghr, then cuti jelah.
next week pun sama, blk pkul 2.
minggu ke 3 baru start KAFA, blk pkul 530 ptg.
so minggu depan, as usual adik aku la mangsa nak mengambik Amni blk tghr.
Aniq sokay sebab mmg pakej dia sampai pukul 6 ptg.

minggu last cuti, hari2 mak zikir kat anak2, nak buka skolah dah.
Aniq sampai tanya kenapa mama asyik cakap benda tu ja hahaha
perasan ehhh..
yelah, kena remind sesiap supaya anak2 readykan fizikal dan mental utk mula sekolah.
almaklumlah cuti lama.
masa minggu ke 2 cuti, Aniq dah tanya bila nak p skolah.
lama dah cuti. tak pernah cuti lama kan?
paling lama pun seminggu 2 ja, ni sebulan.
sabar nak sabar...

minggu last tu aku dah tak biar diorg tidor lambat.
pkul 10 dah kena perambat masuk tidor.
standby utk skolah nnt.

hari yg dinanti dah tiba.
gerak anak2 bangun so far takda masalah unless Aniq ada la bunyi bagitau ngantuk.
peluk2 ciom2 so ok.
tapi, yg buat mood smua spoil termasuk aku is, takdak AIR!!
2 hari sebelum mmg takda air, tapi diorg dah bagi notis so takda hal.
air dah tadah sesiap.
mlm tu lepas maghrib air dah kembali. ikut notis pun 2 hari.
tetiba lajak ke 3 hari.
semlm dah syok air dah ada, bangun pagi ni air takdak!
hoih mengundang btoi.
mujurlah ada lagi air dlm besen dlm tong air. so blh mandi.
tapi takda air panas, so Aniq bebai sket la.
sejuk kut cuaca skang ni, mandi pun air sejuk, mengamok la beliau.
mujurlah ok, takda la menangis beriya ke apa.



pukul 7 dah siap.
excited sgt dia.
semua baru mana tak excited hahah.
eh beg tak baru, beli bln 10 thn lepas, so pakai jelah yg itu.
dia mmg tak sabar nak pegi skolah rindu kawan2 katanya.
anak yg sangat mudah dijaga. Alhamdulillah..


lagi sorang
hahahahahha.
adoi la budak nih.
tadi merajuk sebab mandi air sejuk.
pastu sebab tak dapat susu.
aku dah bgtau semlm, pagi ni kena minum susu dlm cawan.
dia nak minta botol tak berani so duk bergulung ja kat depan.
ajak mkn taknak..
ada roti bakar, kakak suap mkn 2 mulut ja pastu minum susu kotak.
tak habis pun minum terus p duk bergulung kat depan hahaha
sudahnya aku bancuh lah bagi sebotol.
kesian la pulak.
azam tu nak rentikan botol la utk budak ni. dah masuk 6 thn dah
minum susu guna cawan jelah dik oi



keluar awal sebab nak datang awal.
nak suruh kakak booking tempat depan sekali kat dlm kelas.
takmo duk belakang.
budak ni rabun!
soon kena pegi buat spek mata. aduhhh

tahun ni darjah 3 kat tingkat atas. menapak lah ye..
tghr sket aku wasap guru kelas dia minta bantuan utk letak Amni kat depan.
sementara nak buat spek mata tu. kesian ke dia tak nampak.



ceria ja dua2.
kakak punya la happy, kawan2 semua dah datang.
takda heran ke mak ni pun.
nampak dia enjoy pegi skolah Alhamdulillah..

then hantar Aniq pulak.
skolah diorg nearby saja. nak jln tu letih gak la.
dr Pasti Aniq ke skolah  kakak dlm 300m kut.
ramai ja yg ada anak2 kat skolah sini dan Pasti sini.
senang nak hantar,setempat.

apaknya pun ikut skali tapi tak turun pun.
tunggu kat kereta ja.
now, jom tgk Aniq pulak.



sampai Pasti, tiba2 berubah dah yg ceria tadi.
sampai depan kelas, nah haiiii kemain muncung mulutt tu.
ramai pagi tu sebab ada anak2 baru
makpak pun meriah.
dia pun dan2 nak buat hal.
tumbok kang.



tetiba.
mengada mak enon.
tetiba nangis, air mata tak keluar, tetiba nak papa nak papa.
sebelum ni semua nak mama.
mengada.
cikgu datang pujuk ajak pegi ke kawan2 kat dlm kelas.
menonong ja peginya tak salam mak duk tercongok depan kelas
hahahha
akai jenuhhhhhhh..
pastu aku pun blah balik
cerita ke apaknya gelak mengekeh kami laki bini.

petang tu balik cerita mcm2 dua beradik nih.
Aniq siap bgtau ada budak menangis sampai keluar bulu mata.
amboiii
hang dulu pun sama dik.
bergayut ke mama takmo masuk kelas.
makan bulan nak eloknya...
dah lama sket cikgu kata kemain menghero..
pagi2 nangis cembeng.

day 2 hari ni, ok.
drama sket2 tu mak malas layan.
saja nak buat perangai.
masuk kelas elok ja pun.
klau mak layan makin menjadi.
blk petang kemain gedik.

dan bermulalah kekalutan si emak bila anak2 dah skolah.
so far ok terkawal.
anak2 dah besar sket ni, dah blh bawak diri.
moga yg baik2 saja utk anak2 kita..



Friday, December 06, 2019

Hari Kecemerlangan SRIAF 2019

Assalamualaikum..

minggu last sekolah, ada hari kecemerlangan pelajar.
sekali dgn ambik report card anak2
cikgu dah hantar memo awal. Amni duk pesan suruh pegi
aku iyekan jelah..

a day before dia remind mak dia ni lagi.
kat apak takda pulak dia ulang2 bagitau ehh haha
anak2 gitu dah la, apa2 smua mak ni ha.
nak seronok2 pandai cari apak yeh
aku ada la cakap dgn dia, mama pegi ambik report card ja sebab kakak tak dapat hadiah apa2 pun.
dia pun ok ja.
tapi a day before tu masa ambik dia blk skolah adalah dia bgtau diorg ada praktis naik pentas.
aku tanya kenapa, dia cakap tak tau.
dapat hadiah apa2 ke, dia cakap ye lah kut.
adoihh sabaq jalah anak aku ni.
hang punya blur tu masih kekal hehe

hari kejadian is Khamis 21 hb.
pagi ada penyampaian hadiah utk pelajar cemerlang.
pkul 12 camtu baru ambik buku rekod.
so, aku plan tghr sket la baru aku pegi.
aku keja, so minta izin dari ketua unit nak keluar kejap.

tiba2 dapat wasap dari Miza. mak kawan Amni.
dia sent ni



eh eh..
Amni pun dapat hadiah???
terkujat iolls...
dia pegi awal, so dapatlah snap gambar atas pentas.



Amni with her bestfriend, Alesya.
diorg berkawan since Pasti lagi.
masuk SRIAF duk sekelas since darjah 1, siap duduk sebelah2 lagi thn lepas.

Miza la duk update hari kejadian tu.
aku pun, laaa Amni tak bagitau pun dia dapat hadiah jugak.
kalau tau, aku pegi awal.
dia kata Alesya pun sama, tak bagitau.
saja la dia pegi awal dah takda buat apa. diorg keja sendiri so mudah la nak atur jadual.
dia pun kat sana baru tau yg anaknya pun dapat hadiah hahaha
cikgu pun takda update apa2 bgtau nama murid yg dapat hadiah.

tghr tu, pkul 12 baru aku gerak pegi.
sebab Miza kata pkul 12 baru cikgu on utk ambik buku rekod.
aku sampai pkul 1230 tu ramai lagi parents duk beratur.
so cari Amni dlu.
dah nampak maknya ni ha, laju la berlari kalut2 nak cerita dia naik pentas terima hadiah.
sengihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ja.
hihihi..



one for your memory.
Tahniah anak!
mom so proud of you!



atas pentas.
tak dapat pic penuh sebab budak2 dah duk berlari main atas tu. hehe



ada photobooth.
offerkan diri kat 1 family ni utk ambik gambar diorg.
then dia pulak ambik gambar kami anak beranak.
life is easy right?



mama bangga dgn awak kakak!
tak sangka hehe


nahhh
kalau  ikut kedudukan dlm kelas tu, hmm habis jari nak bilang. hahah
tapi tgk ke markah ikut subjek, Alhamdulillah.
mama bangga sangat dah ni.
cikgu kelasnya bgtau, thn ni sekolah bagi hadiah utk pencapaian keseluruhan murid.
bukan pelajar terbaik saja dapat, tapi yg markah over than target pun dapat.
adalah pengiraan nya tu, aku pun tak tau.
baguslah diorg buat mcm ni.
budak2 akan happy dan bersemangat kan?
kelas Amni katanya separuh dapat hadiah utk matapelajaran terbaik.

jgn terkejut tgk markah Mate tu.
cikgunya kata markah paling tinggi cuma 70++. ramai yg dpt E
pakat tak paham soalan sebab KBAT kut.
lagipun Amni mmg agak lemah mate.
pasni kena tingkatkan usaha.



semua dapat hadiah dan sijil mcm ni.
bagus sgt pada aku bila skolah buat mcm ni.
budak2 mmg happy.
Amni tu dia punya seronok, Allahu taktau nak cerita.
mood happy sungguh hari tu
otw balik tu buat video call ke apaknya, mcm peluru dia bercakap nak cerita semua hahah



hadiah yg dia dapat.
nilai tu tak seberapa, TAPI dah nama budak asal dapat hadiah, mmg diorg seronok kan?
ok sgt dah pada aku dapat hadiah camni. dapat stationary, lepas ni blh guna.
nilai tu tak penting sgt pada aku. tapi usaha pihak skolah tu yg patut kita banggakan.
welldone!

lepas tu aku pegi beratur nak ambik buku rekod dia.



beratur ikut kelas.
1 kelas 2 cikgu yg uruskan, so laju jugaklah unless ada parents yg tanya mcm2 kat cikgu hehe
aku takda apa nak tanya sgt.
dah ambik buku rekod, anak2 dpt kupon makan utk ambik lunch.
pastu balik terus.

ptg tu aku masuk opis, dia pegi tinggal dgn wan.
punya keciwi siap bawak hadiah nak tunjuk ke wan dia
layan jelah.

next day, Jumaat ada buat jamuan kelas pulak.
pagi tu ada penyampaian hadiah utk kelas KAFA pulak.



dapat hadiah lagi!
yay!
utk subjek jugak yg ni.
bersambung2 happy beliau hahah
then aku ambik kesempatan nak naikkan semangat dia.
supaya thn depan belajar rajin2 lagi dapat bnyk hadiah lagi.

pada aku hari kecemerlangan ni bagus utk naikkan semangat anak2.
tapi makpak and cikgu2 kena bimbing anak2.
supaya diorg ada persaingan sihat.
jgn hanya nakkan hadiah saja, tapi berlajar and bersaing secara sihat.
dan makpak pulak jgnlah downkan semangat anak2 yg tak dapat hadiah atau tak cemerlang.
aku sendiri tak pernah push dia belajar pun kat rumah.
biar je dia main dlu. pada aku dia kecik lagi. biar dia enjoy masa kecik dia ni dgn happy. main dan belajar biar seiring.
maybe darjah 4 nnt nak push sket. pada aku, nak pandai ke tak nnt dia datang sendiri.
biar dia pandai bawak diri dulu dan pandai bab agama dulu.
blh solat dan baca quran tanpa kita nak ajar ulang2.
dan doa yg baik2 utk anak2 kita.

Friday, September 06, 2019

My baby girl is turning 8

Assalamualaikum..

29 ogos, anak dara nan seorang dah cukup 8 tahun.
sejak cecah bulan Ogos hari2 dia tanya lagi berapa hari nak besday dia.
stress mak hang nak jawab.
sabaq jelah anak aku.
apa nak buat dapat anak semua spesis over excited.
dia siap tanda kat kalendar. ada hari dia lupa tanda, nanti meh la sengih2 kat aku tanya hari ni berapa haribulan.
hang kira tarikh pun tak pandai lagi, dah sebok2 nak tanda kalendar.
apaknya lah ni mengajar semua tu..
dah tu takda pulak nak g tanya apaknya.
mak jugak kena.



budak domok2 suatu ketika dulu.
now kuruihhhhh..

dia kan lahir awal, 35w mcm tu, so doc consider baby premature.
haluih ja masa branak tu. push pun senang ja kluarnya.
dah tak nyempat2 nak kluar kan? hahaha
berat 1.8kg je. kluar 29 ramadhan, a day before raya.
org kalut nak buat ketupat, masa tu lah ko sebok nak kluar.
tak nyempat2. dan perangai tak nyempat2 tu bawak sampai ke besar hahaha

walau dia beranak premature, kejap je berat tu naik.
debab elok.
mcm budak biasa doc kata.
and jarang tak sihat. demam ke selsema ke, sgt jarang.
mudah jaga. kalau demam panas, selalunya 2 hari je dah kebah. Alhamdulillah..
pernah warded skali masa umo 1y++ sebab pakej demam batuk selsema. tu pun semlm ja.
warded sbb nak claim insurans hehe

now, dah 8 thn membesar dgn jayanya Alhamdulillah.
dah kurang bnyk perangai suka sentap, suka keyau tu.
masa mula2 dpt adik asyik la keyau takda sebab.
jeles la kut.
sampai aku naik rimas. kena pulak masa tu dia baru masuk skolah @ pasti.
so, bercampor2 la bebai kuat sentap tu.
sabar jelah aku layan
sejak masuk darjah 2, dia dah berubah bnyk. dah mudah diurus.
perangai kakak2 sangat. dah blh bawak diri.

dia minta nak buat besday dia kat skolah dgn kawan2.
sory sgt kakak, mama tak sempat thn ni. last year dah buat kat skolah, thn ni kita skiplah ye.
kita mkn2 kat rumah je.
besday dia kena hari skolah. tanya dia pagi tu nak hadiah apa?
dia request teddybear. mama terangkan kat dia why mama tak bagi. dah makin besar, not nice la pada mama nak duk usung teddybear and tak bagus mana pun benda tu.
dia ok, then dia request komik. now tgh suka baca komik.
kebetulan ada org dtg skolah dia jual buku cerita. so apaknya kasik duit biar dia pilih buku apa dia nak.
and consider hadiah besday. kemain suka dia.
mudah benar anak dara kami.
ptg tu aku tanya nak mkn apa, mama belanja.
tau dia request apa?
roti canai milo.. hahahaha
alahai anak mama. TQ Allah utk rezeki anak ini pada kami.

esoknya, mcm2 hadiah dia bwk balik dari skolah.
bff dia kasik. kemain ehh dia hehe
ada pencil case, ada alat tulis, buku nota, keronsang, keychain.
baik btul kawan2 dia eh.
thn depan pulak kita buat mkn2 dgn classmate eh..
thn ni bagi peluang kat adik pulak sambut besday dgn kawan2 kat skolah.

weekend tu buatlah makan2 sket kat rumah wan (apak mentua) sempena besday dia and wan also.
dia bgtau wan nak mkn pizza. budak ni suka pizza.
so wan beli pizza and wan nak mkn steamboat.
tak ramai pun, panggil sedara terdekat sebelah apaknya ja.
campur kami semua adalah dlm 15 org dewasa.


as usual, kek coklat jelah yg mak korang buat.
bertabahlah anak2, mknlah kek ni sampai tua.
kek ni je yg mak korang tau buat.
dan kek ni je yg korang suka pun kan?
mungkin dah terbiasa mkn kek coklat mak ni, so kek lain diorg tak berapa suka.


mlm tu ada pizza domino, ada cempedak goreng, ada popia goreng apaknya beli, ada buah manggis and rambutan.
side dish la ni.
cempedak tu aku gorengkan ngan cousin aku. sedap, rangup and buah pun manis elok.'

main dish, the steamboat.
now dah tau buat sendiri, perkakasan dan ada so kejap2 wan buat steamboat.
suka sgt lah dia ni.
ada udang, sotong, ayam, segala fishball tu, sayur2 and bihun.
sedaplah duk menghirupnya..


my girl.
happy birthday kakak!
awak takkan tau betapa mama papa sayang awak.

moga awak terus membesar dgn sempurna.
doa mama sentiasa ada utk awak.
moga Allah lindungi awak, dan berikan yg baik2 saja utk awak wahai Amni Maisarra.

Monday, August 19, 2019

Anak anak....

Assalamualaikum..

saja nak berkongsi kisah.
takda niat apa2..
takda apa yg nak dibanggakan pun.
ada lagi yg lebih hebat kat luar sana berbanding aku.
dan cerita ini, rezeki aku dari Allah.
bahagian kami.
utk hari ni dan yg sebelumnya.
selepas kita tak tau mcm mana pulak kejadiannya.

semua mak bapak nak yg terbaik utk anak2 kan?
dan semua mak bapak berusaha utk jadi yg terbaik demi anak2.
aku pun tak terlepas dari tu semua.
bila dah mengandung tu, mcm2 ada dlm kepala.
nak buat itu ini utk anak. plan mcm2.
as for now, laki aku tak bnyk take part sgt bab uruskan anak.
aku suka jugak tgk family yg si bapak yg handle semua bab anak.
laki aku kureng. but bukan tu kelemahan dia.
mungkin sebab dia anak bongsu, so dia tak terdedah utk semua tu.
aku ni anak perempuan sulung, bawah aku ada 4 adik2 lagi.
dan jarak aku dgn yg bongsu almost 20 tahun.
adik bongsu aku now umor 18 thn, dan kakak sulung is 37.
masa dia kecik, aku bnyk jaga dia dan juga yg 2nd last.
kencing berak diorg aku lah yg uruskan.

bila ada anak sendiri, mmg aku uruskan semua.
apaknya bab jaga blh la diharapkan juga.
tapi masa baby tu dia tak berapa sgt sebab tak berani nak pegang.
dah masuk 3-4 bulan baru dia berani handle. haha
masuk anak ke 2, ha terror sket dah.
but aku ok je sebab aku pun tak harap sgt ke dia. hahaha
dan seterusnya urusan sekolah diorg.
mmg almost semua aku yg tentukan.
nak masuk skolah, pun semua aku.
apaknya mmg ikut je apa yg aku buat.
kalau nak tunggu dia, hmmmm kat situ jelah anak2 aku.
tapi2 bukanlah dia tak peduli sampai tak ambik bab semua.
cumanya dia mmg serah ke aku semua dan of coz la aku bgtau dia begitu begini.
bila tanya dia blh tak mcm ni mcm gitu, hujung2 dia cakap, ikutlah mana baik.
hadoihhh. nikah ngan anak bongsu, gitulah jadinya.
aku ok je sebab dah terbiasa buat keputusan sendiri dari dulu.

bab asuhan anak2 pun bnyk aku yg tentukan.
contoh mcm peraturan dlm rumah tu mmg aku yg buat.
so, semua ahli  kena setuju.
without compromi coz mom know best.
hahahahaha

bab parenting..
ilmu keibubapaan ni luas korang tau tak.
mmg bagus kalau kita pergi kelas parenting ni.
blh belajar how to handle our kids yg begitu begini.
tapi..
tak semua tu kita blh apply kat anak2 kita sebab every kids are different.
blh belajar and apply jika sesuai.
dan jgn terikut dgn satu2 ajaran kena begitu kena begini dgn anak.
ada anak yg can't say no.
ada anak yg ko say no lagi dia berontak.
ada anak yg say no dia faham.
ada anak kena lembut lemah gemalai pujuknya.
ada anak ko jeling je dah faham apa maksudnya.
ada anak ko kena cakap dgn jelas tak leh mukadimah bagai.
mcm2..
aku yg 2 org ni pun dah berbeza, inikan pulak yg anak 3-4 org.
tapi tak bermaksud ko pergi kelas parenting tu salah.
tak salah malah bagus utk luaskan ilmu dlm mendidik anak2.
tapi, ko tak blh paksa org utk ikut cara ko.

Alhamdulillah, rezeki Allah bagi kat aku, anak2 aku mudah di handle.
sedari kecil.
maybe sebab aku dah biasa menjaga adik2 dulu, dan biasa dgn persekitaran yg family nya meriah.
jenis sedara mara ramai, anak2 sedara ramai.
anak sedara betul ada 4 org je, tapi anak2 sepupu aku ramai.
so dah biasa dgn budak2.
bila dapat anak sendiri takda la kekok nak menjaganya.
dan melihat kepada cara mak bapak aku dlu, aku apply ke anak2.
tapi takla semua.
mak bapak aku dlu garang jugak and tak la mesra sgt dgn anak2.
org dulu2 kan, rasanya ramai yg begitu. lagipun abah kerja and mak busy urus anak2 yg ramai and urusan rumahtangga

aku mula2 lepas Aniq lahir tu, huru hara jugak hidup.
Amni dlm 3 tahun dah dapat adik and of coz tumpuan lebih ke adik sebab masih baby.
dan aku tak nak dia rasa terpinggir sebab layanan lebih ke adik.
Amni pulak manja sebab anak sulung kan?
dgn apak dia, lagilahhhhhh.
dan kadang2 dia ada perangai menyentap dia, merajuk, pastu menangis takda sebab.
aku pulak jenis rimas la hai duk nangis2 ni.
bingit je rasa. mujurlah masa diorg kecik2 bukan jenis kena sawan tangis.
kalau tak maybe mak pun sawan sama. ahahaha
bila Amni buat perangai, aku cuba calm kan diri.
takmau marah dia sgt. walau kadang2 tu ada lah jugak.
cubit tu kadang2 ada jugak lah. hihi.
tapi takda la pukul sampai lebam, tak pernah.
cubit je or pukk kat bontot tu.
bila Aniq besar, dia makin aktif suka kacau kakak sudahnya gaduh.
nak marah yg mana 1 pun kadang tak tau sebab dua2 salah.
aku cuba sehabis baik utk tak marah keterlaluan.
sebab apa yg berlaku hari tu takkan ada ulangan dah esok.
kalau aku habiskan hari tu dgn marah anak2, esok mcm mana pulak diorg.
aku cuba utk tak marah keterlaluan.
anak2 sedang membesar, mmg la mcm2 kerenahnya
mak kena bnyk sabar utk handle the situation.
marah akan buat anak terus memberontak.

aku tegas dgn anak2.
apaknya pun now dah ikut sket cara aku. dulu dia ikutttttttttttttt je apa anak2 nak.
bukan tak boleh manjakan anak. tapi biar kena tempatnya.
cara aku, bila anak2 being good, aku reward.
dan anak2 aku, dapat reward aiskrim pun dah happy sengih kemain.
sebab aku tak ajar beri apa saja yg diorg minta.
tak.
sebab aku bukan org senang.
dan aku nak diorg tau bukan semua yg korang mintak tu akan dapat dgn mudahnya.
semua kena ada usaha.
bila ke kedai, aku akan bgtau what do and dont.
Alhamdulillah sampai sekarang diorg ingat dan dgr walau kadang kala ada jugak rajuk tu.
mama dont care..

Amni lebih mendengar kata compare to Aniq.
maybe sebab girl and anak sulung and dah 8 thn.
Aniq, si bongsu yg manja and boys ni taulah mcm mana kan? hehehe
kadang2 datang merajuk merempan dia, tak blh bwk bincang jugak.
tapi knowing me yg tak mudah cair dgn drama dia, so, lantak situ.
dulu jarang sgt dia nak buat perangai kat luar. now ada dah.
tapi kena bijak handle the situation
mujurlah dia bukanlah tahap tantrum yg tak blh bwk bincang berguling2 sakan tu.
ada masa aku marah, so tertinggi suara.
lepas tu semua dah calmdown, aku akan cakap baik2 why.
bagitau and cakap elok2. selalunya Amni lebih mudah and ingat compare to Aniq.
sokay, smua tu takes time kan?

anak2 ni rezeki makbapak.
bawak rezeki pun ya jugak.
aku mmg selalu doa minta Allah murahkan rezeki anak2 aku.
Alhamdulillah, walau sederhana hidup kami, rezeki diorg murah.
rezeki kasih sayang, rezeki makanan, rezeki mainan eh mcm2.
sedara mara ramai yg sayang and ingat dgn diorg, ramai yg suka bagi duit ke diorg, bagi makanan.
Alhamdulillah..
tak kisah lah bagi rm1 ke, bagi biskut sebungkus rm2 ke, bagi mainan kedai eco ke, semua tu rezeki.
ada ke sesaja org nak bagi anak kita barang kan?
pada aku bukan nilai yg anak2 harapkan tapi ingatan tu lebih penting.
dan anak2 akan lebih hargai sebab pemberian org.



ladang syurga mama..
penyejuk hati mama..
penaik darah mama juga hahaha..

kadang2 diorg bising, tak dengar cakap, rasa hoihh marah nak lari rimasss..
tapi hakikatnya, I cant live without them.
biarlah bising mana pun, biarlah ada depan mata.
budak2, mmglah bising kan?
dah penat bising tu, ha diamlah.
mcm mana pun ragam diorg, tetaplah anak kita.
kita yg membentuk diorg.
ni amanah Allah utk kami laki bini.
moga aku terus sihat utk terus hidup sama dengan 2 ketoi ni.
moga Allah permudahkan urusan hidup kami dan yg baik2 saja utk kami.
Insyallah...



Friday, July 19, 2019

Berita gembira dari Amni

Assalamualaikum..

semlm ambik result KAFA skolah Amni.
dah masuk 2 thn dia belajar.
aku takda la harap anak aku yg terpaling cemerlang.
duduk kat level pertengahan pun ok ja.
asal dia suka pegi skolah, happy belajar, then ok.
kalau dia pandai cerdik bijaksana, Alhamdulillah..

sekolah dia masih kekalkan ujian @ exam.
cikgu kata nak tgk tahap mana anak2 kat situ.
kat mana yg diorg stuck.
aku sokong ja mana yg cikgu pikir baik
diorg yg seharian habiskan masa dgn anak2 kita so they know well.

hari tu ambik result exam skolah kebangsaan.
dpt nom 18 out of 38.
huahuahua..
A bnyk jugak, C pun adoo.
C utk maths.
tgk ke soalan, rasanya dia tak paham macam mana nak buat plus dia ni sejenis malas pikir bnyk2 so hentam saja jawapannya.
padahal ada dah aku ajar kat rumah soalan mcm tu.
pastu bila kita refresh balik bgtau gini2, minta dia jawab semula.
pastu yg salah tu semua blh jawab dgn baik and betul.
sabaq jelah mak hang haha
aku tak kisah pun dia dpt nombor berapa dlm kelas tu. dpt no 18, ok.
dpt nom 1, syukur Alhamdulillah.
aku check satu2 kertas exam dia. part maths tu mmg aku angin.
mmg aku marah dia ptg tu hahaha.
terkebil2 pandang aku sambil tahan air mata. diam je tak ckp apa2.
bab ni dia bagus. kalau dia salah, bila kita tegur or marah mmg dia diam tak menjawab.
but kalau dia tak salah, dia menjawab la sambil nangis2 hehe

utk KAFA dia dpt nom 6 out of 25 kut.
dia punya syok tu haishhh..




tengok lah.
sia buat surat utk papa okeh.
takdan papa jejak kaki masuk rumah terus dihulornya surat nih.
keciwi habis lah.
hehehe

tahniah kakak.

ustazah kata, patutnya blh naik lagi.
utk subjek Ibadah dapat C.
soalan mudah tapi dia gopoh duk berlawan dgn kawan sapa siap dulu makanya main tanda ja jawapan sudahnya salahhhhhh semua
sabaq jalah.
1 lagi subjek Arab dapat C jugak. ustazah kata soalan tu terkedepan sket then diorg tak belajar lagi so ramai yg dapat C.

takpa kakak. ok sangat dah ni.
mama pun tumpang gembira.

utk KAFA ni aku rasa dia blh skor sebab soalan dalam bahasa Jawi then dia agak lancar baca Jawi.
so, senang lah utk dia.
utk skolah pagi, mcm2 jenis kertas ada kan, semua kena hafal kena ingat kena fikir. so agak kelaut perginya utk anak aku yg ada di peringkat pertengahan ni.
sokay.
aku tak push sgt pun.
dia blh membaca, mengira, blh bawak diri kat skolah, ada kawan2 baik, enjoy pegi skolah cukup dah.
baru darjah 2 pun.
kat luar sana mungkin ada makpak tak setuju dgn aku.
aku rilex2 je. anak pandai ke tak tu kemudian.
yg penting pada aku dia pandai bawak diri.
dan dia ada ilmu agama.
now bab solat aku lega lah jugak. bila kita tanya dah solat ke blom, kang dia bangun la pegi solat.
kadang2 meh tanya, dah masuk waktu ke belum. syukur sgt.
al-quran pun agak lancar walau masih di juzuk 3. dia mengaji cuma masa weekend, so lambat lah habisnya. takpe.
harapnya pilihan ke sekolah agama ni yg terbaik utk dia. bila tgk result KAFA tu, sronoklah hati mak ni.

moga Allah terus bukakan hati anak2 aku utk suka belajar.
moga Allah terangkan hati mereka utk mudah menerima ilmu dari cikgu2.
moga Allah jaga anak2 aku masa diorg menuntut ilmu ni.
jihad dunia mereka.
doa mama ni sentiasa ada utk diorg.

so, petang ni kena belanja dialah.
petang semlm tak singgah mana2.
dapat aiskrim pun dah seronok anak aku tu.
Alhamdulillah.. terima kasih Allah utk rezeki anak ini.

Thursday, July 18, 2019

Bukit Bendera for the 1st time

Assalamualaikum..

minggu last raya, hujung bulan lepas 30hb kazen aku kat Penang jemput ke open house beliau.
kena pegi sebab dia kalau buat open house makan semua sedap2 hahaha
sejenis yg pandai masak anak beranak mentua ipar duai semua.
tak paham aku. duk apartment je, besar mana je pun dapornya kan?
tapi blh masak banyak jenis dan sedap.
tahun lepas dah pegi, tahun ni dia jemput lagi so jom kita pegi
hehehe
pegi balik hari jelah.
bgtau pak incik dia on je.
siap plan nak bawak anak2 mandi pantai.
keluar awal, g mandi manda dulu pastu baru g open house.
eh malas aku nak  merenyah.
sudahnya he come out with idea utk pegi bukit bendera.
yay!

so, pagi2 tu bangun subuh2.
aku siapkan bekal break1st.
tau dah perut anak2 mcm mana so kita prepared apa yg patut.
aku buatkan sandwich telor and goreng nugget.
mak aku tak ikut kali ni sebab dia tak larat katanya.
so, just kami anak beranak jelah.
anak2 semua excited mudah nau bangun pagi.
cuba kalau gerak bangun nak g sekolah. kemain liat mat aniq tu. huhu
before 7 am kami dah gerak. dasyat betul laki aku ni. jarang nak tgk dia on time hahaha

 
yg terpaling excited haruslah mat aniq
apaknya bgtau nnt atas bukit sejuk, beriya la dia pakai sweater dari rumah tak bukak2 haha
ni kat hentian Jitra. apak g top up TnG.
pakat turun melepak sama.
pastu terus tak brenti memana dah.



mak pun nak join sama posing sini.
hentian ni yg 1st jumpa kalau keluar ikut highway Changloon.
dah jadi wajib brenti sebab pak incik suka beli kopi @ milo kat sini.
anak2 pun dah tau sgt dah. dia rajin layan, so keja dia lah ni.
maknya goyang bontot je.

atas highway lancar je kreta tak banyak.
gerak awal pagi ni best.
anak2 smua mentido.
dah masuk Penang dekat nak sampai baru aku gerak.
by 9am dah sampai Bukit Bendera.
yay!

tgk masih lengang sebab awal pagi.
kat kaunter pun takda org sgt.
bagussss.
eh ni our 1st time tau mai sini.
hahahah. konon mak mentua org Penang, tiap2 tahun pegi Penang, tapi Bukit Bendera pun tak pernah naik. sabaq jelah.
eh dulu masa Amni 2y++ mcm tu pernah dah meh sini nak naik la kononnya.
skali kat parking un que mcm ngan apa, sudahnya kami patah balik.
tak kuasa aih. time tu cuti skolah, so masaklaaaa.

apaknya drop aku kat depan, dia g pusing parking.
luckly dapat parking nearby ja. Alhamdulillah.
aku turun nak beli tiket tapi tak dapat sebab kena provide IC ye anak2.
ada sorang petugas yg tunggu kat depan kaunter akan check if dah cukup semua IC, baru blh masuk beratur.
mujurlah park pun nearby, so sekejap jelah tunggu diorg sampai then aku masuk beratur beli tiket.
eh takyah beratur pun sebab tak da org.
huhu best.
tu untungnya datang awal pagi walau Sundayyyy.



harga tiket.
dewasa with IC, utk pergi balik RM12.
kids with IC, utk pergi balik RM6.
ok la kan?
a day before pergi aku tgk kat website dia, blh booking online.
tapi aku tak beli pun la. not sure mcm mana if beli online.
korang refer website sana.

dah beli tiket nnt ada electronic board kat pintu masuk utk show up our turn. refer to ticket.
mudah je.
follow je walau 1st time datang.
ada laluan nak ke train. then kena beratur la.
kat dlm ramai jugak so tak sempat nak ambik gambar.
nak pegang anak2 lagi kan?
risau gak nak lepas pun.
sekali jln 1 train. 1 gerabak je.
ramai jugak blh masuk dlm tu.
tempat duduk tak bnyk so kena berdiri.
masa naik kami kena berdiri. takpe sebab tak lama pun nak sampai atas.
dlm 10-15 mnt camtu kalau tak silap.
dulu, train tu open air. now dah bertutup and aircond.
lebih selesa.
sampai atas, so jomlah jalan2 tgk Bukit Bendera.




pit stop pertama.
ramai jugak ni. blh tgk Penang dari sini.
pagi kan, so berkabus. sejuk ja cuaca.
aku tak ambik gambar bnyk sgt. gambar anak2 jelah.
pak incik bnyk jugak dia snap dan aku lupa suruh dia share. hahaha



ni tak ingat area mana.
pokok bunga lelawa la haiiiii. mcm cameron highland la lebih kurang.
aku minta pak incik snapkan, laju je mat aniq meh menempel.
dia mana blh tgk mama pose sensorang.
sudahnya dlm 10 snap 1 pun tak elok sebab dia pose mcm2 style.
sabaq jalah budak ni.



depan Owl Museum.
tak masuk pun. museum tu kat bawah, tapi kami naik ke atas.
aku tgk tak ramai pun masuk.
mostly org yg datang nak bergambar je hehe


ni kat bahagian atas tu.

ada kunci2 cinta kat sini.
apaknya tanya apa ke benda nih? old skol la awak bang..
ni kau kunci cintaku didlm hatimu laa hahaha
ada org jual padlock mcm2 pesen kat situ. tak kuasa aih nak beli
anak dah 2 nak kunci menda lagi tahhh hahaha

pastu ada 1 arca love besar kat situ. berpagar.
nak masuk bergambar sila bayar.
aku perasan bnyk arca or kawasan yg lawa2 diorg pagarkan
nak  masuk kena bayar.
eh2. pandai buat duit ehhh
kami tak masuk pun. pusing2 tgk kat tempat lain jelah. luas jugak kawasan atas tu.
ada buggy, blh naik utk pusing2 kat atas.
2km pegi 2km balik, RM35. uhuk2.
takpelah...
pastu ada Haunted House and Costume House. anak2 gedik nak masuk.
apaknya ngikut. dewasa dia ambik sorang RM10 anak2 tak payah.
sekali masuk, hampehhhhhhhhhhhhhhhhhhh.
haram tak best.
costume pun buruk and lama. dah rosak. pastu ada patung2 superhero.
pastu miniture je bnyk. bilik pun kecik je. tak best.
rumah hantu aku tak masuk. malas.
aku rasa 1 round tu 3 minit je kut hahaha
Aniq tak takut pun. sabaq jelah.
pusing2 ada playground. so bg anak2 main kejap.
pastu turun lah.
matahari dah mula memunculkan diri. org pun dah makin meramai.
dlm pkul 10.30 tu kami turun.
actually Amni tu buat perangai. duk lapar lapar.
haishhh. padahal aku dah bawak bekal, dah setel mkn pun dlm kreta.
saja nak buat perangai. so kena la leter ngan mama. dah lama sket jln baru ok.
tak sabar2. aku cakap mana ada makanan kat atas ni. kafe pun tak buka lagi sebab awal.
turun tu tgk ada AnW, so apaknya tapawlah food kat anak2 dia.
kan ada kafe kat atas nun yg ramai duk share ais kacang viral la menda tah.
tak sempat try. aku pun tak perasan ahaha.
lagipun nak pegi mkn tempat lain.

tercapai lah jugak hasrat nak naik Bukit Bendera.
kut nak repeat dlm masa terdekat ni, tak kut.
tunggulah 3-4 tahun lagi hahaha

keluar dari situ kami pegi mkn nasi kandar Kg Melayu.
weehoooo..

Tuesday, May 14, 2019

Bawa anak kecil ke masjid. Yay or Nay..

Assalamualaikum..

hari ni dah masuk 9 Ramadhan.
esok dah 10 hari berpuasa. sekejap je kan rasanya?
so kita dah nak masuk pertengahan puasa.

mcm mana ibadat kita?
ada tambahan tak?
lebih baik dari ramadhan sebelum ni tak?

so far, utk aku ada peningkatan heheh
thn2 sebelum ni aku terawih di masjid dan tidak setiap hari.
weekend aku pegi terawih, weekdays kadang2 je pegi.
sebab memikirkan budak 2 ketoi kat rumah tu.
diorg kalau aku takda, kemain seronok tgk tv and selagi mak tak balik selagi tulah duk layan tv tak tidor.
apaknya biar je anak layan tv asalkan tak bising. LOL
sabaq jelah.
so, weekend aku pegilah.

utk thn ni pun sama.
cuma, aku sedikit confident utk buat terawih sendirian di rumah. huhu..
dulu mcm tak confident, rasa mcm tak lengkap.
but, cubalah kan?
terawih ni sethn sekali je nak jumpa.
cubalah perbanyakkan.
so far, bnyk mlm dah on weekdays aku buat terawih sendirian.
blh je sebenarnya, tapi sebab dah biasa dulu terawih berjemaah, bila buat sendiri ni rasa sunyi la hehe
buat sendiri ni cepat la habisnya sebab baca surah pendek2 je hihi.
dah itu je yg aku hafal kan?
ada je panduan solat terawih yg aku jumpa, ada bagi susunan ayat utk dibaca.
means turutan surah ikut rakaatnya.
but nama pun solat sunat, takda hal. so aku baca je ikut turutan surah dlm al-quran mana yg aku hafal.

weekend baru ni aku pegi solat terawih kat masjid.
Amni lah ni gedik nau nak pegi.
masjid kat Perlis ni mostly buat terawih 8 rakaat saja + 3 witir.
so, blh la bawak dia.
actually dari awal ramadhan dia nak pegi terawih kat masjid, but aku malas nak bawak.
dulu pegi on weekdays sudahnya dia tertidor kat masjid. haha
ni weekend ok la.

kalau bawak dia aku akan cari tempat tepi dinding.
supaya sebelah dia nnt takda org dah, ada dinding je hehe
dan, aku akan pastikan dia duduk je sebelah aku, solat dan tak pegi memana.
kalaupun dia tak solat, nak rest, duk sebelah emak ni ha.
jgn ngengada nak pegi lepak belakang.
thats y aku pilih tepi dinding, in case dia nak rest or tidor.

ok, thats the point yg aku nak share.
bab bawak anak kecil ke masjid.
usia Amni 8 tahun, below 10y consider kecil lah ye?
bagus benarnya bawak anak kecil ke masjid, kenalkan diorg dgn masjid supaya diorg biasa dgn suasana masjid.
BUT,
dah bawak anak tu, mak bapak ni kenalah pantau.
janganlahhhhhh kau biar anak kau duk berlari sana sini maimon oiiii.
yg aku frustnya, mak bapak nak beribadat nak solat berjemaah kat masjid, tapi awak biar je anak awak duk buat bising kat belakang.
sesekali tu jeling2 la anak kat belakang tu. usha2 apa anak buat.
kalau rasa meriah je suara budak2 duk menjerit duk bergelak tawa, tengoklah mana tau tu suara anak kita.
jangan sampai suara anak kita tu mengganggu jemaah lain.
tak best aaaaaa
aku ni jenis solat kena diam2 dan sunyi dan aku rasa ramai je mcm tu.
anak2 awak kat belakang tu kemain kut jerit, bergelak tawa sakan, mana nak datang khusyuk jemaah lain.
kalau rasa nak kita sukar dikawal, for me better dont bring them to the mosque. think about other jemaah.
please la..
esok2 bila dah besar sket, diorg dah faham ha bawak lah.
ni masa anak kecik kemain beriya nak bawak anak ke masjid, esok2 anak dah besar takda pulak nak suruh anak ke masjid. danggggg!

anak kecil ni fitrahnya bermain.
dia sorang ok la. dah jumpa kawan2 haa menjadik la.
tak perlu kenal pun, diorg blh je berlari main sesama.
kalau anak awak blh dikawal ha silakan bawak. takda masalah.
malam tu kemain sakan budak2 tu berlari dlm masjid, kat saf belakang.
kat belakang saf lelaki dan depan saf perempuan lah.
suara imam punya kuat duk baca surah, ehhh suara diorg duk menjerit pun sama naik kuat.
yg aku hairan tu takda pulak sesapa menegurnya.
huhu..

kalau mak@perempuan, tak wajib pun solat terawih di masjid.
kalau ada kekangan, blh je buat sendiri kat rumah.
cumanya kalau kita takda kekangan, ha silalah ke masjid.
tapi kalau kita usaha nak solat beremaah di masjid, bawak anak kecil dan anak kecil kita tu mengganggu jemaah lain, pada aku not gud laaa..
jgn pentingkan diri sendiri.
ada je sebelum ni aku perasan, dia biar je anak kecil dia jln2 kat saf.
masuk telekung aku pun pernah.
mak dia buat dek je. aduduuuuu
lepas gap 2 rakaat tu takda pun dia nak pegi tarik anak dia balik ke dia. biar je sampai sudah anak tu berjln2. gamaknya dia tengah carik mak dia.
confius kut telekung semua putih je..
ada jugak anak kecil yg masih pakai pampers. pun sama biar duk berkeliaran dlm masjid.
haishhhh.
siap bawak tab@phone pasang kuat masa org tgh solat.
cakap lelebih kang kena kecam berjemaah pulak aku nih.
tapi inilah yg pernah aku jumpa.
dan mmg tak la aku nak bawak mat aniq ke masjid buat masa sekarang.
sebab aku tau dia takkan duk diam. tak nak lah aku kang org duk tak puas hati dgn anak kita kan?
memula diamlah, dah nmpk kawan2 duk berlari kang dia pun sama naik berlarinya.
Amni tu, tak berani sangat. lagipun aku duk saf depan, so dia takleh jeling2 ke belakang la hahaha



takda salah nak bawak anak kecil ke masjid.
cumanya pantaulah anak kita
jangan sampai dia mengganggu jemaah lain nak solat.
biasakan anak kita dgn masjid, tapi ada caranya.
nowadays dah bnyk masjid yg kids friendly.
diorg siap buat tempat utk kanak2. bagus tu. pendekatan utk anak2 ke masjid.
tapi masjid yg aku pegi ni takda lagi la.
maybe belum meluas utk semua masjid.

maaflah kalau ada yg tak setuju dgn pendapat aku.
yg terasa ke apa..
kena pakat2 pikir lah ye. jgn pentingkan diri sendiri.
kalau dah anak2 duk bising menejrit berlari kat belakan, aku rasa payah nak khusyuk dalam solat.
tak perlu tunggu org tegur, kita sendiri blh pikir baik buruknya.
tapi kalau dah anak2 tu bising, mak bapaknya tak tau yg mana, kita yg nak tegur tu, jgnlah main jerkah or hambat je budak2 tu.
tegurlah secara berhemah supaya takdalah diorg takut ke masjid dah lepas ni..
ada je yg aku dgr, budak2 yg tak bising tapi duk solat kat belakang pun sama rata kena sergahnya.
yg nak bawak anak tu, pesan dan pesan pada anak2 supaya jaga adab dalam masjid.
rumah Allah, jangan kita cemarinya.

Wednesday, March 20, 2019

Kakak Amni yg makin mudah di urus

Assalamualaikum..



nak cerita pasal anak dara nan seorang.
beliau adalah anugerah yg dinanti selepas abang beliau dipinjamkan sementara kepada kami.
lepas 6 bulan lepas melahirkan si sulung, aku pregnant again.
ikutkan aku berharap dapat anak lelaki juga sebagai ganti.
tapi Allah berikan aku anak dara.
rupanya ada hikmahnya.
Alhamdulillah..

bila lihat dia kali pertama, Allahuakbar, sebak dada.
lahir pulak tak cukup bulan, ditempatkan di NICU almost 10 days termasuk treatment for jaundis.
retak hati mama tgk dia.
bila dah balik rumah, aku sehabis daya jaga dia sebaiknya.
sepanjang mengandung sebaiknya aku jaga dia dlm perut.
segala lelah masa mengandung hilang bila dia lahir.
doa tak putus utk kesejahteraan anak dlm perut.
aku dapat habiskan hampir separuh bacaan al-quran sepanjang mengandung.
dengan harapan, semua tu utk jadikan dia insan yg terbaik.

dia ni campuran aku dan apaknya
eh of coz la kan? hahaha
I means, perangai.
kuat merajuk : ikut mama
suka membaca : ikut mama
sayangkan barang2 : ikut mama
kuat mama : ikut mama
suka berangan : ikut mama
ehh celah mana yg ikut apaknya ni?
hahaha

Amni ni dlu dia punya cengeng, uiiii penat aku.
kuat sentap, pastu asyik la menangis.
sejak dapat adik. hehe
sindrom dapat adik la tu.
dgn apaknya kemain manja. dari kecik
selalu org cakap gitulah kan?
anak pompuan manja dgn apak..
anak lelaki dgn amaknya..

masa dia baru start skolah kat Pasti dulu, ya ampunnnnnnnnnnnnnnn
menguji kesabaran btoi.
pagi2 tu ko jgn la spoil mood dia, mendapat la
dgn maknya moody p keja
mana kalut dgn adik dia, dgn dia yg duk sentap pagi2 itu tak kena ini tak kena.
aku ni istigfar jelah bnyk2 takmau nak marah2 dia pagi2 kan..
tak elok utk dia..

Alhamdulillah... sejak masuk darjah 2, dia mudah sangat di urus.
bnyk sangat perubahan.
masa darjah 1 pun dah makin ok cumanya ada la jugak bebai tu.
tapi tahun ni bertambah mudah
sujud syukur mak ko ni..



tgk suasana ni pagi2, sejukkkkkkkkkkkkkkkkkk perut mak hang ni.
sejak bulan ni dia dah mula solat subuh.
sendiri ok.
adoihh ai is tacing

maghrib selalu dia jemaah dgn aku or apaknya.
tapi seminggu 2 ni dia nak solat sendiri.
so aku pantau jelah.
bab bacaan dlm solat ada la part yg dia tak lancar but sokay, kadang2 aku akan suruh dia baca. waktu mood dia ok la.
tu la niat aku mula2 hantar dia ke Pasti and seterusnya masa sekolah rendah ke sekolah agama.
nak harap mak pak ajar bab solat ni, kang kelaut dalam.
bila dia ada asasnya, mudah bagi kita.
bukan tak blh ajar sendiri, tapi aku ni kurang sabar, hehe

pagi2 pun sekarang ni dah tak moody dah.
sejak skolah rendah, dia tidor awal.
paling lewat pkul 10. selalunya around 9++ dah gone.
kadang2 lepas maghrib pun dah selamat belayar. letih oi sekolah sampai petang.
jadi balik petang tu aku kena sediakan makanan siap2 dah.
kalau dia tertidor pun takda la dgn perut kosong.
dia ni jenis perut kena penuh sentiasa baru mood dia ok. hehehe
makan pun ok takda la memilih sgt.
bgn pagi, sekali 2 gerak dah ok. kadang tu ada la moody sket.
kadang ada jugak menangis, tapi mak buat donno je
bila dah start break1st, dah ok.
kadang2 dr awal ceria je.
siap2 apa semua sendiri dah sekarang ni. mak cuma kena ikat rambut je. lain smua by herself.
buku2 apa smua pun dia dah blh urus sendiri.
blk skolah, buka beg baju, mandi petang and siap2 semua sendiri dah.
mak bagi arahan je.
lega sangat.
pastu dah blh bantu mak buat keja sket2 dah.
pinggan makan pun dah pandai basuh sendiri dah.
dia pun now dah kurang sentap, menangis tak tentu pasal tu.
tapi sesekali dia moody, sentap aku hangin jugak la.
sebab jenis sentap tak tentu hala. hahaha
kadang aku biar je, kang dia elok sendiri.

oh, Amni ni garang yeh.
ikut mak jugak yg tu. hahaha
tapi garang dia kadang tak bertempat. adik selalu ja kena marah dgn dia
jenuh pesan jgn marah2 sgt, cakap elok2.
kat skolah xtaulah mcm mana dia dgn kawan2
harap ok lah

dia ni jenis sangat sayang brg dia.
kalau benda yg dia suka, mmg dia jaga.
jgn adik nak sentuh. dah lama sket, dia jemu baru dia bagi adik dia.
kalau tak jgn harap la.
aku mmg ajar gitu, hargai barang2 sendiri apatah lagi yg org bagi.
dan semua tu melekat dlm diri dia.
bagi barang beli kat kedai RM2 pun dah seronok tak ingat.
ulang2 say thank q kat mama sebab beli hadiah utk dia.
aku selalu reward dia kalau dia being good.
kadang reward aiskrim pun dah seronok.

aku selalu doa minta Allah lindungi anak2 aku.
minta diorg dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan, diberi kecerdasan minda dan sihat tubuh badan.
dan, kita jugak kena tunjuk contoh yg baik kat anak2.
sebab diorg tgk apa kita buat dan ikut.
bab tudung, pakaian, takda hal dah.
lagipun dia dari Pasti, so mudah utk aku aturkan.
harap tu, sampai besar kekal mcm tulah.
moga Allah jaga anak2 aku..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...