Showing posts with label Aniq Mirzaa. Show all posts
Showing posts with label Aniq Mirzaa. Show all posts

Wednesday, May 05, 2021

Yang terpaling teruk puasa

 Assalamualaikum..

 

tahun ni 1st Aniq belajar puasa. dia dah 7 tahun. aku taknak la paksa sgt, budak lagi. lagipun dia tak sama mcm kakaknya. dulu kakaknya umor 6 thn dah puasa, 10 hari camtu la kut dpt full day. dia mmg berkobar2 nak berpuasa. Aniq ni, belum apa2 lagi dah bagitau taknak puasa, nnt dia pengsan. adoii haha. aku pun tak harap sgt tgk ke perangai dia tu. anak bongsu kannnnn..

1st day puasa, tak gerak pun dia bgn sahur. sebelum ke sekolah, breakfast mcm biasa. then aku  kasik dia bekal. leftover sahur kami, nasi + ayam kunyit, biskut & air masak sebotol. cikgu dah maklum dlm group kelas, yg tak puasa nnt cikgu bwk pegi mkn. so mak prepared la apa patut utk anak bujang nan seorang haha. blk petang tu, masa ambik diorg kat skolah dia cakap dia makan biskut ja masa rehat pukul 10. aku tanya kenapa tak mkn nasi masa lunch break tghr tu, dia cakap cikgu tak bagi. eh?

next day, dia tak nak bawak bekal dah. nak bawak roti @ biskut ja. dgn air. aku paksa, dia nangis. katanya cikgu tak bagi makan bekal. eh lagiii. so malas nak argue, sukati kau la nak oi. ptg tu masa aku sampai sekolah, diorg tgh solat asar. so aku lepak tunggu kat wakaf tepi ruang solat. kebetulan cikgu kelas dia lalu, so saja la tegur. cikgunya cakap Aniq tak bgtau pun bawak bekal. blh ja nak mkn, saya blh bwkkan dia ke bilik guru. rupanya anak2 yg tak puasa, cikgu bawak ke bilik guru wanita utk mkn masa rehat pukul 10. masa lunch break tghr tu cikgu tak tanya dah. so, dia assume cikgu tak bagi makan hahaha. adoi la Aniq. dan, ramai kwn2 kelas dia yg puasa, so dia malu la nak keluarkan bekal. lepas tu, dia cakap dia puasa. bawak bekal roti & air tu tak minum pun. blk rumah dan2 lapar lapar lapar hahaha.

sehingga hari ni, dia berjaya dpt full day 6 hari. semuanya masa hari sekolah. hari2 aku bagi bekal biskut @ roti, tapi dia tak makan. mak tekejut jugak la kan, sbb dia blh tahan lapar tu. tapi pukul 5 sampai rumah tu, dia punya drama aku mcm nak lepuk kepala. ada hari aku bagi ia buka ( mostly buka la ), yg bertahan tu 6 hari ja hahaha. sayang la, kalau dah pukul 5 ++ nak buka kan? tapi aku teruk la nak melayan kerenah dia. biar dia mandi lama, main air so lupa la kejap. dah pukul 6 nak ke waktu berbuka tu, aku layannn ja kerenah dia. buka tv tgk kartun, bagi main phone utk dia lupakan lapar tu kejap.


ni ha, kelaku balik sekolah. masuk je rumah dan2 lembik takleh jalan dah. pastu zikir la lapar lapar laparrrrrr. selalunya aku suruh mandi dulu. dan dia mandi main air ha bule tahan lama. lantak lah. aku biar je. dah sudah mandi tu segar la sket kan. pastu kasik layan tv @ phone.


over. duk ulang ayat, takda ke makanan utk Aniq. hahahaha. ada nak, tapi tunggu azan  maghrib. kebanyakkan kwn2 aku anak diorg puasa full kalau weekend. tp anak bujang aku ni sehari pun tak dapat full masa weekend. lagi penat aku nak ngadap. sbb duk rumah. kalau gi sekolah diorg main dgn kwn2, so lupa bab lapar. kat rumah, selang 10 minit bagitau lapar lapar lapar. eh nyampah pulak aku dgr. weekend paling jauh blh pegi pukul 4. aku dah penat nak dgr rintihan dia, ha pegi lah makan. dia akan ckp nak minum ja, bukan makan. dia belajar puasa makanan dulu, nnt dah kuat dia puasa semua. ha yeeee


mcmkan dia sorang puasa. drama kuat hahaha. aku pun tak nak la berkeras sgt. patutnya umor ni kena tekankan solat, baru puasa. so kita slow2 ajar dia. dan aku pun tak sampai hati nak berkeras. sbb dia tak mcm kakaknya. Amni dulu tak merintih sgt. lagipun budak perempuan ni beza kan?


ni peel dia tidor. sejak bulan puasa, dia yg paling awal tidor. kadang sama sudah solat magrib, terus tidor. walau puasa separuh hari haha. letih menda la. lepas magrib selalu aku ngaji quran. dia nnt datang lepas tepi aku takpun tidor kat bilik aku dulu. nnt baru aku alihkan ke blk sebelah. pernah dia tidor kat sejadah lepas solat tu. sabar jelah.


ni petang nunggu berbuka. dah setel hal kat dapor, lepak depan tv. makanya tak pegi jauh la dari maknya ni. layankan jelah manja nak seorang. makin kurus dah. berat turun 1kg setakat la ni hehe. ada hari dia ok, ada hari nmpk letih. kadang dia mkn bnyk  masa berbuka, kadang tu ala kadar ja. sama mcm kakaknya. utk sahur, dia punya special case, sahur pukul 7. nasi taknak. so kita ikut je apa dia nak mkn. malas aku nak paksa nnt bebai.

lepas dia dpt 5 hari full puasa aku reward la, bawak ke kedai Eco, kasik shopping toys. kemain seronok. lepas tu dia tuntut lagi. aku ckp boleh, kena puasa lagi 5 hari. kita tgk la last2 ni nak dapat ke tak. kakaknya so far penuh lagi puasa. muka dah nmpk kecik sket sejak puasa ni. sahur langsung tak nak nasik. berbuka pun tak mkn bnyk. ni lepas raya nak kena duk rumah sebulan. risau gak aku  kang montel balik badannya hehe

so hari dah 23 Ramadan. masih berbaki 7 hari. macam mana puasa korang? persiapan raya dah setel ke? masalahnya, nak raya kemana ja kiterrrr.. mujurlah Perlis PKPP, blh la meraya lagi. tapi takleh seronok sgt, SOP kena patuh. kena aware sebab Covid masih ada. stay safe gais.



Tuesday, October 06, 2020

Aniq turn 6

 Assalamualaikum..

23hb 9 lepas, cukuplah umur anak bujang aku 6 tahun. Alhamdulillah akhirnya sampai juga hari yg ditunggu2. azab aku nak menunggu hari kejadian tu. kenapa?

sejak birthday kakak bln Ogos lepas, persoalan2 mengenai besday dia tak pernah hilang ye. walau dia cuma 6 thn tapi mulut dia serta persoalan2 dia tu, Astagfirullahalazimmmmmmmmmmm, penat aku nak menjawab. dia punya tak puas hati sebab, kenapa besday kakak dulu, lepas tu baru besday dia. kenapa besday kakak tu bnyk kali, kenapa mama beranak kakak dulu bukan dia dulu. Allahuuu

bln Julai lepas, besday wan (FIL) dgn anak buah sebelah apaknya. asyik postpone nak keluar mkn ramai2 sbb wan tak berapa sihat + PKPP so pilih masa jugak nak keluar makan kat kedai. membawa ke early August jugak akhirnya baru dpt keluar mkn ramai2. jadi wan suruh tulis sekali nama kakaknya kat kek. jadinya, berlaku la ketidakpuasan di situ. lepas tu keluar makan kami sekeluarga masa besday kakaknya. lepas tu tok umi buat makan2 sempena besday depa 2 org. tapi still ada celebration utk kakak kan? (walau dah include dia sekali). dan kwn2 kakak yg bagi hadiah mcm2 sempena besday beliau. makanya membawak lama la perasaan tak puas hati tuuu. hadoihh  

 

 

kek besday wan + abg Haziq + kakak sponsored by apaknya yg mengundang ketidakpuasan si anak bujang beliau hahaha.

 

double celebration punn mengundang ketidakpuasan beliau. persoalannya kenapa besday kakak dulu, bukan dia dulu. kiranya mcm dia menumpang di besday kakak. ko jgn main2, budak ni walau baru 6 thn ayat2 yg keluar dari mulut dia blh buat mak speechless okeh..


dah bagitau, majlis utk dia jugak, tu mak letak skali belon nom 6. mula2 mcm ok, tapi lepas tu tetap dia mengungkit. siap cakap ni bukan hari besday Aniq yg sebenar. aduhai manja emak yg sorang ni..

takpelah, budak kan, apa je dia paham. hahaha. layan jelah kami ni pun. esok2 dia dah besar takdanya dia kesahkan besday dia dah. asalkan masih dlm kawalan, so ok je.

tapi mak pun takmolah nmpk mcm pilih kasih ke apa. so bagitau lah cikgu dia nnt nak celebrate besday Aniq kat skolah. bagi dia seronok bila kawan2 nyanyikan dia lagu besday hehe..  



sehari sebelum ada singgah rumah mak sedara nak hantar barang. sepupu aku which is mak2 menakan budak2 ni saja nak bagi budak ni happy sebab besday kan? so maksu and makteh belanja belon comey. kemain seronok. tu tgk la maksu suruh psoe dengan belon. sandwich sedap by maksu B. balik rumah tu dia cakap dgn aku, ramai kan org sayang Aniq? aduhai anakkk, tulah doa mama siang mlm..

20hb 9 tu aku bagitau lah dia, lagi 3 hari sampailah besday Aniq. kemain seronok membilang hari. plannya on that day, aku nak hantar makanan kat Pasti dia utk mkn sama2 dgn kawan2 disana. thn ni last dia di pasti so kita kasik dia merasa sambut besday dgn kawan2. hari kejadian adalah hari Rabu, tapi Isnin tu dia dah bagitau cikgu kelas hari tu besday dia. ulang2 taktau berapa kali cikgu ckp. adoihhhh anak, bertabahlah hahah. excited lebih nih.

so, a day before gigihlah mak buat kek utk si manja tu. as usual kek coklat kegemaran ramai. anak2 aku tak minat kek lain. kek coklat ni lah yg menjadi pujaan hati diorg. kalau beli kang tak kena dgn mulut diorg, takdanya nak makan.. selain kek aku gorengkan bihun singapore skali. buat versi tak pedas la utk budak2 kan? cadangnya nak goreng nugget skali tapi kesuntukan masa. sebab semua tu masak pagi Rabu tu. mlm tu aku dah siang sesiap bahan, pagi esok sesubuh sepi dah bangun menggoreng bihun. then ordekan apam polkadot dari kwn aku.


hampir sama dgn kek kakak hahaha. so fair yehhh, jgn nak ngungkit apa dah. dia tgk ni pagi tu kemain happy, seronok ada kek besday utk dia hahaha..

 


cikgu yg snap gambar ni, aku sendiri tak sempat ambik pun haha. kalut oihhh. demi mu anak..

 

 

birthday boy! my manjahhhhhh.. masih tidor di bawah ketiak emak, walau cuma weekend je mak bagi kebenaran. hari lain sila tidor dgn kakak. ahaha

mood elok je pagi tu sebab besday kann? takda nak merengek ngantuk ke apa haha.. berani nak moody kang sesiap kena cubit ngan mama.

 

balik sekolah tu beriyalah cerita kisah sambutan besday dia. cikgu ada send video ramai2 nyanyi happy besday utk dia. seronok sgt tgk dia seronok! Alhamdulillah.

 

see his happy face! hahaha. lawak la hang ni Aniq oi.. legalah mak ni dapat buat semua ni dan tiada lagilah ketidakpuasan pasal besday tu. thn ni mcm meriah pulak hadiah yg diorg dapat, so bertambah seronok. mak pun sebenarnya seronok jugak layan kerenah dia bab besday ni hahaha.. 


manja emak. dia ni sehari taktau lah berapa kali peluk. tgh main kang kejap2 nak peluk. bukan takat mama jadi mangsa, kakak pun sama. kakak pulak jenis hati kering, so sia2 jelah kena jerkah nya hahah. ater, sehari 3-4 kali nak peluk mana kakak pun rimas malas nak layan. 


cheeky face! budak akai jenuh. sokay, mama tak marah or bosan layan kerenah awak pun. mama tau awak cerdik sebab tu awak mulut kemain ramah tamah mcm murai tercabut ekoq! hahaha. takda dia lain mcm sunyi tu.

selamat hari lahir anak! doa mama hari2 ada utkmu. semoga kamu sentiasa di bawah lindungan dan rahmah Allah. semoga Allah permudahkan urusan kamu dlm menuntut ilmu, permudahkan dan luaskan rezeki kamu dlm segala hal. semoga kamu membesar dgn sihat dan cerdas mindanya. semoga kamu jauh dari sebarang bencana dan penyakit merbahaya. semoga kamu menjadi anak yg baik akhlaknya, yg blh berbakti kepada semua org juga kepada agama Allah. semoga kamu terus menjadi kesayangan semua org, semoga kamu terus jadi manja mama!



Thursday, May 14, 2020

Aktiviti anak2 sepanjang PKP

Assalamualaikum..

bersyukur lah bila PKP ni dapat luang masa lebih dgn anak2 kan?
kalau tak weekend je yg dpt golek2 ngan anak, tu pun masih tak lama sebab bz dgn keja rumah.
weekedays, mlm je pun tapi tak lama.
bnyk hikmah PKP ni yg mulanya kita tak nampak.

bersyukur lagi Alhamdulillah, aku ni Allah bagi rezeki ada rumah sendiri, atas tanah sendiri.
buat rumah, bukan beli rumah taman ke apartment ke apa.
bila PKP ni, anak2 blh main2 kat laman rumah, kayuh beskal bagai.
org lain yg duk apartment, duk rumah taman ke, terhad la sket pergerakkan tu.
makanya, nikmat mana yg mahu kamu dustakan?
tq Allah..

minggu pertama PKP tu, kita blm biasakan diri.
so, aku biar jelah apa anak2 nak buat. tgk je tv suka hati.
masuk minggu ke 2, eh2 nooo..
mak mula bertegas sket.
so far anak2 aku ok ja bila mak kata NO, thats means NO lah what ever pun.
kelonggaran yg aku bagi ke anak2, ialah bangun lewat.
Amni tu kadang pkul 10 baru bgn, nak2 bulan puasa ni.
lantaklah.. dah dekat 2 bulan ni malas dah aku haha..
awal2 tu, pkul 9 pagi camtu aku gerak bangun. perambat g mandi pastu makan, pastu buat homework.
masuk PKP Fasa 2 tu, cikgu2 dah mula bagi keja skolah.
Pasti Aniq cikgu suruh g ambik buku2, balik belajar kat rumah.
taknak anak ketinggalan. mula2 tu cikgu bagi worksheet ja, masuk PKP 3, ha meh ambik buku.

jadual anak2 ni, bgn pagi lepas makan (sebelum puasa) kena setelkan keja skolah dulu.
pku 12 @ lepas solat zuhur baru blh on tv.
kalau keja skolah setel awal, ha blh main dulu.
mcm2 la diorg main, kenjah penuh rumah mainan.
lantak. aku tak pernah marah pun.
aku cuma akan  marah bila tak kemas balik mainan tu.
lepas solat zuhur, diorg nak tgk tv. so sila kemasssss mainan tu semua.

masa PKP 1-3 papa cuti duk rumah jugak. seminggu sekali ja pegi opis.
so dapat lunch together gether.
bila dia dah start pegi keja tu takdaha la. tapi masa tu pun dah puasa hehe


ni main sendiri2, masing2 punya mainan.
kakak selalu main sorang2 dlm bilik taknak adik kacau.
dia masuk bilik kunci pintu.
adik pun main la sorang2 kat luar.


ada masa, main sama2.
mcm2 lah yg diorg main. ada masa main kedai2, main cikgu2, main masak2.
eh, tak larat dgr dah aku.
jgn kacau mama buat keja sudahhhh..
segala mainan diorg keluarkan.
aku biar je..
ikut tu aku lagi suka diorg main mcm ni. sebab otak diorg bergerak, berfikir kreatif.
kadang2 aku gelak sorang2 tgk aksi diorg. tiru org dewasa hehe..
anak2 ni dia tgk apa kita buat, then tiru kan?
kakak tu bnyk idea sket.
tak tau berapa bnyk kertas, selotep, benang aku smua tu dah habis diorg main.
gunting buat mcm2. lantak lah..
kesian ke anak kalau kita duk sekat2 kreativiti diorg.
gunting kertas, kalerkan, tampal eh mcm2 lah.
aku biar je.
Amni tu asyik tanya bila sekolah buka. rindu kwn2.
Aniq? sikit pun tak hairan hahaha.
seronok lagi ada duk rumah kepit ngan mama.


tengok lah..
mcm2 disusunnya, buat kubu lah, dinding lah apa.
lantok leeee. malas aku nak bising2.
dah jemu main, baru diorg minta nak tgk tv.
anak2 aku dah faham dah, mama diorg ni mcm mana.
diorg ni jarang sgt nak buka tv tanpa minta izin.
dan kalau diorg tgk layan kartun, then mama nak tgk cerita mama, diorg ok.
mula2 masing2 cebik2 muka, tapi  kejap je.
now, turn mama nak tgk cerita mama pulak, korang dah lama layan kartun.
so, diorg pegilah sambung main ke apa.
takda adegan membentak2 keryau guling2 nak tgk kartun.
no, aku tak layan.
sometimes, nak tgk tv, blh.. tolong mama buat keja dlu.
mama nak lipat kain, diorg kena alihkan kain baju diorg sendiri.
tak buat tak leh tgk tv hehe.
kecik besar semua kena..


Aniq now 6 thn.
cuti PKP ni aku ambik kesempatan ajar dia membaca.
bnyk huruf dia tak ingat lagi.
aduhh.. anak lelaki kut, main bnyk.
mmg kena sabar bnyk dgn dia ni.
suruh baca, tulis bnyk sket, ha mula dia nak ngelat.
kejap ok, dah lama dia buat alasan mcm2.



makanya mak kena kreatif gak la.
kena puji tu yg xtahan.
bila tulis, kena puji cantik baru dia syok.
kena lemah lembut tak leh marah kang nangisss.
manja teruk budak ni.


kadang2 masa mood dua2 elok, ha blh buat keja sama2.
kalau tak, kena social distancing.
takleh duk dekat, nak gaduh ja manjang.
ada saja tak kena.
yg suka carik pasal haruslah si bongsu.
kakak pulak garang nauuu..
bingit rumah.



petang, pkul 5 camtu masing2 dah menggeletis nak keluar.
nak main basikal, nak  meloncat kat luar.
asalnya basikal tu kat dlm rumah. thn ni, aku suruh bwk keluar main kat luar.
bising duk kayuh dalam rumah. lagipun diorg dah besar, basikal pun kecik kang takeh naik pulak.
so pakat seronok nak kayuh petang2.
kawasan rumah luas jugak, lajak ke rumah wan kat depan sana.
tutup pagar semua so takda hal.
aku pun ptg2 keluar lepak luar jugak.
belek2 pokok, cbut rumput ke apa. buat aktiviti luar.
selalunya aku keluar jugaklah. jemu duk dlm rumah.
lagipun, kasik kipas2 dlm rumah off sat hahaha.
dah bulan puasa ni, ha jaranglah keluar.
rezeki duk rumah ada laman.
pukul 7 semua kena haruk masuk rumah dah.


dan mengaji al-quran haruslah tak dilupakan.
selalunya, jumaat sampai ahad, mengaji quran.
mlm jelah. siang tak sempat nak tgk hehe.
dua2 kena baca.
kakak tu kadang ada cikgu bagi keja online. so takda la boring sgt nak menulis kat buku saja.
hari cikgu tak bagi keja, mak bagi keja.
takleh duk saja.
tapi hari mak busy buat keja opis, anak2 dapat kebebasan hahaha.



hmmm, yg ni tau dah.
anak2 aku semua careless. alah budak kan?
gitulah..
mak redho jelah.

now bulan puasa, so masing2 melepek jelah.
aku tak push sgt la Amni utk buat keja skolah sgt.
kesian jugak tgk mula lesu tu hehe
dia puasa full setakat la. takda merengek lapar ke apa.
bagus sgt dia kali ni. dah bgtau nak puasa penuh.
mkn sahur pun mudah bangun, tak bnyk songeh.

oh, sebab anak2 kat rumah ni, aku belikan lah mainan utk Aniq and komik utk Amni.
kemain seronok masing2..
beli kat shopee lah hehe.

next week dah raya, PKP masih on sampai 9 Jun.
moga semua patuh arahan utk kekal duduk dirumah.
raya tu, ala kadar saja yeh thn ni..

Friday, January 03, 2020

1st day school on 2020

Assalamualaikum..

dah masuk 3Januari 2020.
sekolah day 2.
semlm, utk 1st day aku ambik cuti.
ikut tu, tak perlu pun.
sebab takda sebab nak tunggu anak kat skolah pun.
Amni dah masuk standard 3. dah blh  bawak diri sgt dah
Aniq pulak 6 thn, masih di Pasti yg sama.
tapi sebab Amni blk pkul 2 so kena jemput tghr, then cuti jelah.
next week pun sama, blk pkul 2.
minggu ke 3 baru start KAFA, blk pkul 530 ptg.
so minggu depan, as usual adik aku la mangsa nak mengambik Amni blk tghr.
Aniq sokay sebab mmg pakej dia sampai pukul 6 ptg.

minggu last cuti, hari2 mak zikir kat anak2, nak buka skolah dah.
Aniq sampai tanya kenapa mama asyik cakap benda tu ja hahaha
perasan ehhh..
yelah, kena remind sesiap supaya anak2 readykan fizikal dan mental utk mula sekolah.
almaklumlah cuti lama.
masa minggu ke 2 cuti, Aniq dah tanya bila nak p skolah.
lama dah cuti. tak pernah cuti lama kan?
paling lama pun seminggu 2 ja, ni sebulan.
sabar nak sabar...

minggu last tu aku dah tak biar diorg tidor lambat.
pkul 10 dah kena perambat masuk tidor.
standby utk skolah nnt.

hari yg dinanti dah tiba.
gerak anak2 bangun so far takda masalah unless Aniq ada la bunyi bagitau ngantuk.
peluk2 ciom2 so ok.
tapi, yg buat mood smua spoil termasuk aku is, takdak AIR!!
2 hari sebelum mmg takda air, tapi diorg dah bagi notis so takda hal.
air dah tadah sesiap.
mlm tu lepas maghrib air dah kembali. ikut notis pun 2 hari.
tetiba lajak ke 3 hari.
semlm dah syok air dah ada, bangun pagi ni air takdak!
hoih mengundang btoi.
mujurlah ada lagi air dlm besen dlm tong air. so blh mandi.
tapi takda air panas, so Aniq bebai sket la.
sejuk kut cuaca skang ni, mandi pun air sejuk, mengamok la beliau.
mujurlah ok, takda la menangis beriya ke apa.



pukul 7 dah siap.
excited sgt dia.
semua baru mana tak excited hahah.
eh beg tak baru, beli bln 10 thn lepas, so pakai jelah yg itu.
dia mmg tak sabar nak pegi skolah rindu kawan2 katanya.
anak yg sangat mudah dijaga. Alhamdulillah..


lagi sorang
hahahahahha.
adoi la budak nih.
tadi merajuk sebab mandi air sejuk.
pastu sebab tak dapat susu.
aku dah bgtau semlm, pagi ni kena minum susu dlm cawan.
dia nak minta botol tak berani so duk bergulung ja kat depan.
ajak mkn taknak..
ada roti bakar, kakak suap mkn 2 mulut ja pastu minum susu kotak.
tak habis pun minum terus p duk bergulung kat depan hahaha
sudahnya aku bancuh lah bagi sebotol.
kesian la pulak.
azam tu nak rentikan botol la utk budak ni. dah masuk 6 thn dah
minum susu guna cawan jelah dik oi



keluar awal sebab nak datang awal.
nak suruh kakak booking tempat depan sekali kat dlm kelas.
takmo duk belakang.
budak ni rabun!
soon kena pegi buat spek mata. aduhhh

tahun ni darjah 3 kat tingkat atas. menapak lah ye..
tghr sket aku wasap guru kelas dia minta bantuan utk letak Amni kat depan.
sementara nak buat spek mata tu. kesian ke dia tak nampak.



ceria ja dua2.
kakak punya la happy, kawan2 semua dah datang.
takda heran ke mak ni pun.
nampak dia enjoy pegi skolah Alhamdulillah..

then hantar Aniq pulak.
skolah diorg nearby saja. nak jln tu letih gak la.
dr Pasti Aniq ke skolah  kakak dlm 300m kut.
ramai ja yg ada anak2 kat skolah sini dan Pasti sini.
senang nak hantar,setempat.

apaknya pun ikut skali tapi tak turun pun.
tunggu kat kereta ja.
now, jom tgk Aniq pulak.



sampai Pasti, tiba2 berubah dah yg ceria tadi.
sampai depan kelas, nah haiiii kemain muncung mulutt tu.
ramai pagi tu sebab ada anak2 baru
makpak pun meriah.
dia pun dan2 nak buat hal.
tumbok kang.



tetiba.
mengada mak enon.
tetiba nangis, air mata tak keluar, tetiba nak papa nak papa.
sebelum ni semua nak mama.
mengada.
cikgu datang pujuk ajak pegi ke kawan2 kat dlm kelas.
menonong ja peginya tak salam mak duk tercongok depan kelas
hahahha
akai jenuhhhhhhh..
pastu aku pun blah balik
cerita ke apaknya gelak mengekeh kami laki bini.

petang tu balik cerita mcm2 dua beradik nih.
Aniq siap bgtau ada budak menangis sampai keluar bulu mata.
amboiii
hang dulu pun sama dik.
bergayut ke mama takmo masuk kelas.
makan bulan nak eloknya...
dah lama sket cikgu kata kemain menghero..
pagi2 nangis cembeng.

day 2 hari ni, ok.
drama sket2 tu mak malas layan.
saja nak buat perangai.
masuk kelas elok ja pun.
klau mak layan makin menjadi.
blk petang kemain gedik.

dan bermulalah kekalutan si emak bila anak2 dah skolah.
so far ok terkawal.
anak2 dah besar sket ni, dah blh bawak diri.
moga yg baik2 saja utk anak2 kita..



Tuesday, December 17, 2019

Hari Kecemerlangan Pasti Al-Hikmah 2019

Assalamualaikum..

kisah bulan November lepas.
Hari Kecemerlangan Pasti A-Hikmah..
Aniq punya turn.
since dia baru 5 thn so takda majlis konvokesyen. yg ada utk 6 thn saja bagi Pasti kawasan Arau.
a week after, diorg buat hari kecemerlangan utk semua anak2 pasti situ.
adalah dia blk duk bagitau duk berlatih buat persembahan.
bila tanya, persembahan apa, dia jawab taktau.
cikgu2 pun pesan jgn bagitau, so semua nak rahsia.
bagus betul, simpan rahsia sampai dia tak tau hahah
dia asyik cakap dia korea.
mak ni jenuh nak hadam apalah persembahan hang esok nih.

hari tu, aku ni terlibat dgn majlis konvokesyen jugak kat opis.
so, hari sabtu, 16hb 1st day istiadat konvo, aku tak pegi.
minta excuse sebab nak pegi tgk mat aniq.
next day, sampai hari ke 3 berkampung kat opis sejak subuh sepi jadi sekreteriat konvo.

pendaftaran anak2 pukul 8.30 pagi.
mak bizi siapkan anak2, tak tgk phone.
pkul 8.45 pagi baru sampai.
mujurlah buat dekat Pasti tu jugak. tak jauh dari rumah nak pegi pun.
Pasti diorg ni 1 kawasan dgn sekolah MADI.
luas, mudah utk semua pengunjung.
sekolah kakak dia pun sebelah tu ja.



kami sampai, buat pendaftaran and pass Aniq ke cikgu.
diorg tgh buat persediaan utk persembahan nnt.
mak masuk dewan.
masa kami sampai, ada anak Pasti sedang baca al-quran.


next is ucapan wakil ibu bapa.
aku tak kenal sgt, selisih masa hantar ambil anak ja
tak sempat berkenalan hehe
then ucapan dari yg merasmikan majlis.
Allahu lupa dah sapa, lama dah majlis pun hahah
wakil Pas Perlis, bahagian mana aku tak ingat dah.
ada 2 org. yg perempuan tu panjang jugak cakapnya but tak membosankan.
cerita sejarah penubuhan Pasti, apa yg diorg buat utk pendidikan anak2 sejak kecil.
now Pasti dah bnyk, merata negeri dah ada.
dah ramai makbapak nak hantar anak ke Pasti.
anak2 aku pun both di Pasti.
moga niat murni mak ni Allah perkenankan.



penyokong utk mat aniq. hehe
Amni ponteng mengaji quran pagi ni. takut tak sempat ambik sebab taktau majlis Aniq habis pukul berapa.
ajak sekali adik aku @ maknjang budak2 ni.
dia la yg jadi babysitter kalau aku takda pegi memana or masa cuti skolah.

dah selesai ucapan semua, mulalah persembahan anak2.
aku sampai lambat, dapat tempat depan skali.
hahah.
untung. bebetul depan pentas.
dah belakang penuh, diorg kasik kerusi suruh ke depan.
line ke 2, depan pentas, so pandangan aku clear.



persembahan pertama.
anak2 4 tahun, tapi campur dgn 5 thn jugak rasanya.
lagu apa tah, diorg pasang then budak2 ni ikut.
comel2 smua.


next persembahan 5 tahun
dikir barat.
tapi diorg buat gaya ja tak nyanyi pun.
tu pun tak mudah ye.. anak besar ni ingat senang ke nak ingat step tu smua.
cikgu takda kat depan pun nak tunjuk ajar ke apa.
diorg ingat sendiri ja.
welldone!


next is persembahan Aniq.
from anak2 5 tahun jugak
kemain kreyeh dia nampak mama kakak and maknjang ada depan pentas.
aku risau jugak kut dia keras situ tak leh buat apa.
but, dia buat semua step ok!
wow sangat. kakak dia dulu, nmpk mama dan2 keras hahah
rupanya diorg buat persembahan boria. hahahaha
adoilah aniq, hang punya konfiden tu sebut korea.
dah mak ingat hang nak menari gangnam style.
dah tak syncronise dgn Pasti pulak.
lagu boria suka2 from upin ipin, then diorg buat gaya.
kemain menggedik lah semua.
Aniq pun, tah kemana2 peginya. suka2 hati ja kedepan belakang sailang kawan dia hahah
aku duk rakam video, gegar2 duk gelak tgk kelaku dia.
tapi syabas sangat sebab berjaya dengan jayanya!
dia sempat babai mama masa tgh nyanyi tu. sabaq jalah anak aku.



yg ni 6 tahun.
diorg nyanyi..


ini pun dari 6 tahun.
berlakon cerita arnab dan kura2.
terbaik semua anak2.
kita nampak mudah tapi tak utk diorg kan?

dah setel persembahan, time to penyampaian hadiah.
cikgu panggil sorang2 naik terima hadiah atas pentas.
sijil Pasti dan cenderahati utk semua anak2.
dan diselang selikan dgn penyampaian cabutan bertuah utk makpak.
dan mama tak berapa bertuah tak dapat apa2 hehe


Muhammad Aniq Mirzaa b Shahrizal
tah mana2 pandangnya..
tak tgk mama pun..

lepas tu aku keluar cari dia.
kemain berlari sana sini dgn kwn2.
ramai betul org. jenuh nak mencari dia.
makpak, anak2 penuh kawasan tu.
ada jugak penyampaian hadiah utk pelajar cemerlang dia situ.
tapi aku tak tgk dah.
kami lepak luar ja.
lapar haha
ada makanan pihak Pasti sediakan, then potluck dari parents.
meriah nau makanan. kenyang makan.


my one and only bebiboi.
anak yg menyenangkan mama.
mudah dijaga tak bnyk kerenah Alhamdulillah.
dah habis setahun di Pasti.
6 bulan jugak menangis bila gerak bangun pagi2 hahah.
tapi ok la nak compare dgn kakak sebab dia cuma bebai masa gerak bangun.
dah siap, makan, nak keluar pegi skolah dia dah ok.
sampai skolah muka mmg cemberut, tapi cikgu kata pastu ok sampai balik.
blk petang kemain happy. akai ja pagi2 tu.
pandai mcm2 dah sejak masuk Pasti. mama bangga sangat!
dah kenal mcm2, blh baca surah, doa2 pendek.
tq cikgu2 yg sabar dgn dia.
ada lagi setahun kat sana. moga awak terus cemerlang



big supporter dia hahaha
sepasang ni lah anak aku buat masa ni.
anak2 Pasti dua2 pun.

jumpa kawan Amni.
berkepit ja 2 org tu kemana2 hari tu.
kawan Amni tu pun sama naik layan Aniq,  tak pegi pulak kat adik dia hahah
tengoklah gaya Aniq bila bergambar. ada saja akai dia.
pastu kena marah dgn kakak sebab tak serius. aiyoo



cikgu kelas dan cikgu kesayangan dia
tq sangat cikgu layan Aniq baik.
dia buat cikgu ni mcm mak dia, suka2 nak peluk nak duduk atas riba.
cikgu pun pasrah layan haha

jumpa lagi tahun depan.
setahun lagi then dah masuk skolah darjah 1.
tahun depan mak pun kena pulun sket kena pastikan dia blh membaca dah.
thn ni biar je dia main, biar dia seronok pegi skolah dlu.
kat rumah ajak dia belajar, adalah 10 minit je pastu tah mana2 peginya
cikgu pun cakap camtu. dia cepat bosan buat satu2 kerja kalau lama.
pastu mula nak ngelat.
akai bnyk hang dik.

Monday, October 14, 2019

Suprise Birthday Party for Aniq

Assalamualaikum..

kisah besday Aniq.
takdalah party beriya sangat pun..

actually balik dari konvo hari tu, kami singgah Taiping.
singgah ziarah kawan2 kat sana.
aku bgtau dirong pun a week before.
tak berani nak bgtau awal kut lah tak jadi kang kesian ke org kan
hehe
awal tu masa plan dan bgtau pak incik. whatever pun nak singgah jugak hahaha
rindu kawan2, rindu Taiping.
diorg kawan baik aku dunia akhirat Insyallah.

pagi Isnin tu, kami bertolak balik.
setel check out di Regalia Suite, then ke OUM utk return jubah.
pastu singgah nearby beli hadiah besday Aniq.
then terus balik tapi singgah Tanjung Malim, pegi UPSI tengok adik lelaki aku yg belajar kat situ.
dah alang2 lalu kan? tapi dia ada kelas so kejap jelah jumpanya.
pukul 3 dah keluar terus ke Taiping.
sampai sana dlm pukul 6.

bagitau diorg dlm group wasap, nak singgah rumah kakcik sebab dah lama tak pegi.
nun 6 tahun yg lepas pegi rumah dia hahah.
so beriyalah diorg buat persiapan.
yg ada kat Taiping is kakcik and chaq. eh kak intan jugak.
ada kisah pasal bff aku ni kat sini.

sampai sana, mula dgn drama airmata dlu la of coz hahaha
kakcik mula dulu sebab mak aku ada skali.
lama sangat tak jumpa mak aku dia kata.
kami kenal semua family sesama sendiri dari dulu lagi. since 2000.
pastu masuk rumah tgk eh ada deco besday.
rupanya Chaq buat kek besday utk Aniq.
sebab tgk aku update hari tu besday Aniq.
Allahu... tenkiu sangat sahabat!
Aniq pun speechless tgk semua tu walau simple saja.
sebab bagitau dia nak singgah rumah kawan mama.
sekali ada seprais utk dia..
kemain sengih.



simple but meaningfull.
sampai gitu sengihnya..
seronok sangat dia.
budak kan? asal besday, ada kek memang seronok habis dah.



so, jom potong kek.
yay!!!
jimat mama tahun ni takyah buat kek dah utk beliau hahaha
tu yg tengah ambik gambar tu yg sponsor kek.
dia mmg bakers now.
hebat dah, dulu masak apa pun tak reti hahaha



the cake
asalnya dia buat kek ni utk celebrate konvo aku tu lah.
pagi tau tgk aku update besday Aniq, so dia tambah nama Aniq.
dia cakap sorry la mcm tak sesuai kek ni utk Aniq sebab bunga2 tu.
Allahhhh. ni pun ok sangat dah.
tenkiu sangat sebab ingatan korang kat aku sentiasa ada.
sentiasa buat aku happy, selalu buat seprais utk aku dari dulu.
anak happy, mak pun happy.
kek pun sedap choc indulgence.
Aniq suka, siap tapau bawak balik sikit. tak termakan mlm tu.
bizi nak sembang yg mak2 pun hehe..

btw, tenkiu sangat for the suprise party.
walau simple, tapi besar maknanya pada kami anak beranak.
ingatan tu lebih penting dari semua kan?

Wednesday, September 25, 2019

Aniq Mirzaa Turn 5

Assalamualaikum..

23hb 9, Aniq is turning 5.
haishhh cepatnya awak besar wahai anak..


anak bujang nan seorang ni sangatlah manja dgn aku.
takleh kalau mama takda.
actually takdalah sampai berkepit 24jam.
bangun tidor cari mama dulu. nak tidor nak duk bawah ketiak mama. tu waktu yg mmg dia nak mama lah. waktu lain, tu ok ja.
biasalah peel anak bongsu kan? hehe
sometimes dia kepit ngan papa, tapi selalunya ngan mama lah.
sejenis yg sensitif, hati tisu dan mudah merajuk.
tapi terkawal. takda la sampai merajuk guling2 tak boleh pujuk.
Alhamdulillah anak2 aku takda yg perangai gitu.

3-4 hari sebelum besday dia aku bagitau la, nnt nak besday Aniq.
dia tanya berapa kali tidor lagi nak sampai besday dia hahaha
ni apaknya la ngajar kira mcm ni. sabaq jelah.
dia bgtau dah nak hadiah kereta control. amboi demand sgt ni.
kakak nak komik ja, dia kemain up kreta control.



anak yg mudah diurus dan mendengar kata.
now sejak masuk Pasti, blk skolah mandi siap semua dah blh buat sendiri.
mandi, shampoo, sabun gosok gigi semua lulus dah.
pastu siap pakai baju, sikat rambut buh bedak.
tapi tgk la cemana dia sepuk bedak kat muka dia. hahaha
asal boleh.
kalau tak pakai bedak mama takmo sayang, so kena pakai la kan..
dia mmg suka mama peluk2 gomol2 dia.
dia layan je. kalau tgk tv kadang lepak kat atas riba mama, tak pun menempel tidor celah ketiak mama.
mmg takleh jauh.
aku pun takleh kalau takda dia, sebab sunyi weh..
dia ni sejenis yg murai tercabut ekor. aku rasa murai pun blh lari kalau duduk dekat dgn dia.
hahaha.
serius weh, dia ni petah cakap. anak2 aku umor 2 tahun dah blh cakap.
pastu lancar takda nak pelat teruk2.
now dua2 cakap slang KL. mampooo?

tahun ni on his birthday, kami kat KL.
kemain ko eh...
sambut besday kat KL.
bgn pagi tu, aku nyanyi2 kat dia. malu2 je mukanya. heheh
23hb tu kami dah nak gerak balik dah dr KL.
so, aku plan nnt blk sinilah pegi mkn2 ke apa.
tapi otw balik tu ada lah singgah kedai mainan nak belikan dia hadiah.
3 hari duk situ, hari2 lalu kedai tu dia duk usha je.
bagusnya anak2 aku ni depa bukan jenis yg meminta2.
bagitau nak apa2, tapi kalau aku bgtau no and why no, diorg ok.
adalah muncung sket tapi takda nak mengamok ke apa.

so, sblm keluar dr KL aku kata ke apaknya, jomlah singgah.
belikan apa dia nak.
Tok umi siap top up bagi duit utk Aniq sebab besday.
so, jomlah..
biar dia pilih sendiri end up mama yg kena decide sebab dia tak tentu arah duk dlm kedai tu hahaha
aku jarang2 biar dia ambik apa dia nak. taknak ajar sangat sebab budak2 ni bukan dia faham nilai benda lagi.
so, aku pilih mana yg mampu, sesuai dgn dia and tunjuk ke dia ok ke tak..
dan dia pun ok, siap cakap ikut mamalah mcm mana.
gud boy sangat!


pusing sini toys, sana toys, dia jadi tak tentu arah hahaha
biasa masuk kedai tak pernah jumpa sebanyak ni kan?
mula2 nak robot iron man, tapi bila pusing sini nampak kereta.
dah berbelah bahagi kehendaknya.
takpe, mak tunggu ja tengok kelaku dia.



dah garu kepala tak tau nak pilih.
sudahnya aku lah pilihkan.
then tunjuk ke dia.
asalkan kereta control dia ok dah.
ikut dia mula2 nak yg harga 100++. aiyooooo
pitam mak hang.
kita ambik yg mampu milik ye dik.
tak murah, tak mahal.
beli mahal pun kang awak dah bosan, tak main dah.



eh eh, kakak pun ada ehhhhhhhhhh
kalut ja yg tu. aku cakap tak blh, utk adik ja, dan2 la mata tu merah
hahahah
so, kakak punya murah dari adik sebab on her birthday last month dah dapat hadiah dah.



muka ada sinyiummmmm
dah dpt apa dia nak, pegang jelah kotak tu tak letak2 hahah
mama dah pesan, jgn buka, balik main kat rumah nnt.
so dia pun belek jelah. ada lah buka keluarkan kejap, pastu simpan balik.
happy sgt tgk dia tu dapat apa nak.
sesekali mama belanja sebab besday.. bagi dia syok.
anak2 aku jenis yg tak meminta2, sesekali dapat apa yg diorg hajatkan mmg dia punya happy tu lain mcm.
setakat yg mama mampu, ada rezeki lebih ada kudrat mama buat apa saja utk anak2.

utk anak manja mama nak seorang, Happy 5th Birthday!
doa mama sentiasa ada utk Aniq. Semoga yg baik2 saja utk awak. Semoga Allah mudahkan perjalanan hidup awak, murahkan rezeki awak, sihatkan tubuh badan awak, cerdaskan minda awak dan awak sentiasa di bawah lindungan Nya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...