Showing posts with label tv. Show all posts
Showing posts with label tv. Show all posts

Friday, April 25, 2014

Abang Jebat

hoih, trending habis abang jebat ni.
gewammmm pulak aku.

tau abang jebat?
tak tau rugi laaaaa..
semua pakat dok gila abang jebat dalam bukan kerana aku tak cinta.
aku tak gila sangat abang jebat.
aku gila abang tuah aku kat umah jew.. hehehe



aku tak layan sangat cerita ni memula.
sebab malam kan, pastu pkul 10 baru start.
aku pkul 10 dah membuta, malas nak tunggu.
layan tilam bantal busuk lagi syiok.
laki aku la mula nih, dia duk layan kat opis.
duk download, pastu layan ramai2 kat opis.
hamboih, tak dak keja ke bang?
pastu balik umah duk cerita kat aku, tengok nelyda senrose tu lawa la mama..
hamboih2.....
ko tengok jebat ke tengok mastura ni pa??
dia tak penah tgk crita tu kat umah, tapi beriya duk cerita kat aku
rupanya dia tak tau, Astro kat umah ada je channel bella tu.
sebab tak set dlm feberet, so dia tak tau.
set takat 132 je, 133 tak.
yelah, takda sapa nak tengok cerita pilipina tu pun.
mlm2 duk layan 411,412 ngan 413 je.
eksyen kan?
dah tau ada channel bella, haaaa, memlm takmo keluar dah, nak tengok jebat.
puiiii..
pastu berjangkit la ke aku skali duk tengok crita ni.
tapi aku start tengok masa diorg kawen tu.
pastu ikut jugak la, tapi tak la addict sangat.
time aku ngantok nak tdor, malas la nak tunggu.
tengok esok jelah ada ulangan lagi.
Astro kan, asyik ulangggggggggggggggggggggggggg je.
nak ambik pakej beyond, nak rakam2 bagai pun buat rugi jewww.

syok la jugak cerita tu.
tak lari banyak dari novel kan?
pelakon pun best.
ensem oh abang jebat..

gangster habis muka nih..
badan ketak2, botak, ada tatu, hoihhh, ngeri..
watak dia tu yg best.
spontan... selamba, and menjadi sangat.
cakap cina pun ok jew, mcm terrer habis doh.
nelydia pun best, gedik dia mmg jadi.
budak2 tengah jatuh cinta, gitulah gamaknya..
kadang2 menyampah jugak tengok bila gedik sangat.
hahaha..
kat dlm fb baru2 ni pakat duk share halal haram drama ni.
sebab banyak sangat aksi romantis jebat dan mastura.
yelah, nama pun husband and wife, haruslah peluk2, pegang2.
ada yg kata biarlah sebab diorg berlakon and ada pendapat sebaliknya.
what ever pun, berlakon tu ye, tapi diorg bukan muhrim yeeeee...
jujurnya, aku pun menyampah tgk diorg duk peluk2 tu.
duk imagine tu adik aku ke, abang aku ke, sedara mara aku ke..
hoihh, macam nak g tampar je rasa.
yg pompuan tu mcm gedik sangatlah hai, pegang sana sini, raba sana sini, lentok2, peluk2, kiss2.
serius, cemuih!
macam takda maruah pun ada, berkepittttttttttttttt je sepanjang masa macamkan ko sorang ada laki.
yg hero, haruslah syiokkan kena kepit?
eheh..
tapi, tulah, diorg berlakon, ikut skrip.
kat luar, bukan kapel pun, bukan husband and wife pun, tapi watak diorg mmg hidup sampaikan semua org syok la duk layan tiap2 mlm kan?
tu aku puji.
tapi, korang tetaplah bukan muhrim.
pegang2, hoihhhhhhhhhhhhh, doseeeeee!



now cerita tu dah habis.
dah jadi fenomena pulak, novel yg best2, jadikan drama bersiri.
novel yg best ok la, yg tak best pun buat drama.
cemuih pulak aku tgk.
masuk tv, cerita jadi ntah apa2.. harap make up je tebal, tapi berlakon ntah apa2.
nak tengok pun geli..


## walau cuma tengok, tak banyak sikit pun menyumbang la jugak kan sebab ada je unsur haram kat situ.. err, pengarah, pasni buat drama elok2 sket eh, tak peluk2 pun kalau jalan cerita best, laku jugak drama tu..

Friday, November 29, 2013

Amni dan Hello Kitty

anak dara aku yg sorang ni, klau dengan Hello Kitty, haishh dia punya gedik tuuuu.. suka sungguh. dengan yg lain tu, gedik jugak, tapi tak over sgt.
tak taulah cemana leh suka. bukan tak beli yg lain, beli. tapi tengok kecenderungan dia pun lebih kepada anak kucing tu, so kita turut jelah.

maybe sebab beliau comel kan?

comey kannnnnnnnnnnnnnnn? macam comey jeeeeeeeeeeee..
hish, rasa mcm nak tamparr..

dah dia suka, banyaklah koleksi hello kitty dia. mak pak la duk belikan. dia mana tau kan? klau tak beli, mana dia kena hello kitty ke pooh ke mickey tu smua. Amni kan cepat je ingat, so banyak kartun dia kenal. mcm2 ada kat umah tu, tapi minat dia lebih ke hello kitty. aku dlu tak minat pun, tapi since ada anak, tersuka jugaklah..

antara dolls hello kitty yg dia ada. 1st dolls aku beli masa dia demam. before this takda dolls. aku tak nak ajar sgt beli dolls. slalu aku beli buku kaler or mainan apa2 yg ada gambar hello kitty. tu pun dah melambak. kat sini, tak susah nak carik yg fake. murah2 je. kat padang besar nun melambak. bantal, selimut, baju, kasut, sikat, pinggan, smua ada.
1st dolls gambar yg bawah yg paling kanan tu. time tu dia demam. pas beli, duk peluk tu je sampai tdor. yg atas maknjang dia belikan. yg besau tu bapak dia belikan. baru lagi. beg hello kitty, maklong eija belikan. pastu beli lagi kat McD baru2 ni. pelapik pinggan pun beli hello kitty..
klau nak g memana, harus dia usung sama. dia pun mcm tau klau siap lawa2, siap bawak beg baju bakul susu bagai, mesti nak g jauh or lama. so, bawak dolls. heret habis 3-4 ketul masuk kreta. sabar jelah. klau bangkang, kang nangis.


ni koleksi baju pulak. go round the clock.
1st, aku beli kat bandung. kain tebal and best, rm12 je kut sepasang.
2nd, maknjang@adik aku belikan. gaun tdor.
3rd, mama belikan. dia paw aku kat bazar raya. dah nampak, terus pegang xmo lepas.
4th, maklong eija belikan masa raya puasa lepas. cantik sebab hello kitty tu timbul, ada bulu2.
5th, auntie huda kasik masa raya haji lepas. nice sbb long sleeve. mama suka. eh?
6, maklong perlis@kakak suami aku kasik. pink aum aum.. hihi

smua tu dia suka. klau aku ambik baju hello kitty, dia akan belek dulu siap cakap, "wauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu, baju ello itty.." gituu.



ni keja bapaknya. sakittt hati maknya, tapi ku tahan demi mu anak. ni deco2 dlm bilik tdor namanya...
dia print banyak2 gambar hello kitty yg cun2, pastu bwk balik. menjerit2 kenit ni sronok sbb hello kitty ada banyak katanya. pastu apaknya ajar, bawak lekat kat dlm bilik. memula nak lekat kat play area amni. nooooooooooooooooooooo! sory aku nak bg. comot! so lekat dlm bilik kat hujung tilam Amni. sebelum tdor, belek dulu hello kitty tu siap bercakap bercerita bagai. haishhhhhhh..

bnyk lagi koleksi dia. yg lingkup pun ada. hahaha. pooh pun dia suka. mickey pun sama. upin ipin, boboiboy, mcm2 lagi. budak2 kan? comel, colorfull, harus la suka. mak pun kadang2 sama jugak. hahaha.


ini rancangan kegemaran kami sekeluarga sekarang. +______+
memasing layan la katun hello kitty ni. padan muka kan? sapa suh download sgt. hahaha..
tapi ni lah satu2nya cara nak bg dia tgk tv, duk diam tak kaco mama buat keja. tapi susah nau la nak carik kat you tube video hello kitty. kadang2 crita ni dah ulang 4 kali, Amni duk nganga tengok lagi siap terpegun2 bagai. padahal dah tak tau brapa kali ulang. bertabah la maknya nunggu sampai dia jemu nak tukar tengok citer industan.
klau buka katun lain, dia layan 5 minit je, tapi yg ni siap ulang2. upin & ipin tu, takat 5 minit je. yg lain pun sama. hari tu aku beli cd pooh. ada tiger bagai. dia tgk la jugak dah baru. lama2 tak nak dah. pastu cakap nak hello kitty. pfffffffffffffffffff..
video ni ada 1 part tu hello kitty tu lemas, pastu dia menangis. tau anak aku jadi apa??








































nahhhhhhhhhhhhhhhhhh..
menangis sama ok!!!! menjiwai watak sungguh ni. siap panggil hello kitty berulang2 sambil nangis.
"kecian ello itty meni yayau(menangis). parah dah ni. addicted habis. hahahahahah.
aku ingat kenapa lah tgk tgk tv tetiba menangis sampai campak habis botol air. rupanya sebab menatang tu menangis. urut dada mak kau nak oi..







** semenjak 2 menjak ni, Amni suka tgk siaran Astro Oasis yg rancangan Indahnya Iman tu. sebab ada nasyid, ada zikir, ada Asma ul Husna. memang tegak je tgk sampai habis. mama lagi suka nak!! nanti mama download kasi awak. dah tak payah hello kitty, sakit kepala mama tengok. kita layan qasidah Ya Hanana eh?

Monday, April 08, 2013

Lady Gaga Malaysia vs Adu Du.. :)







hihihihihihihi... habis napas gelak..
bagus jugak ni.. inovatif namanya... cari idea baru utk buat kelainan.. mmg lain sangattttttttttttttttttttttt!!
klau org suruh kita, berani keeeeeeeeeeeeee???
sambung gelak jap..


** kredit to FB Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung

Tuesday, January 15, 2013

Merlin

syedihhhh.. Arthur dah mati... tsktsktsk

korang tgk tak merlin semlm kat tv3? aku mmg duk ikut dr tahun lepas2 lagi. syiok jugak pada aku. boleh jek nak download, tapi aku malasssss. tgk series by series kat tv ni excited dia lain sket. klau download, tgk sekali harung, xfeel pada aku.. heheh.. atau kata lainya, klau dah download, sure banyak and berjam2 nak kena hadap.. then, 1 keja apa pun xjadi. duk ngadap tu jek. so, kita tgk seminggu sekali sudeyy..

frust aku bl last episod, hero mati. adoilaaaaaa... hero mana bule mati. pasni cemana pulak la sambungan dia.
iolls sukerrrrr giler ah kat arthur@bradley james tuh. ensem dow...


ensem dok? ensem gileeeeeer

aummmmmmmmmmmmmmmmm.. geram kak yah.. suka tgk bila dia cakap. gg putih je. gewam tauuu.. muahaha.. gateii pulak bunyik. kena cepuk dgn laki baru tau..

eh, merlin@colin morgan pun ensem jugak kan? sweet jek muka. yg tu pun kak yah suka.
baby face sangat muka kan? muahahhaha

klau senyum gini, sweet sangat kan? hehe. dah la lawok..

tapi klau gini yg kluar...
dah tak sweet dah.. serammmmmmmmmmmmmm pulak.. muahahha

si morgana@katie mcgrath yg jahat tu pun aku suka. watak jahat dia sgt ohsem. dan sangat la cantik. muka cantik sangat. rambut pun cantik. mata pun cantik. eh,smua cantik lah!




vavavava.. makan dlm kak yah tgk body awak.. cun kan?


pasni xtau nak ikut crita apa pulak. aku suka gak crita2 mcm ni. xberat sgt utk pikir and enjoy bila tgk.


**picts from google

Monday, January 07, 2013

AJL vs Kamelia

 
org smua dah update pasal AJL 27 kan? aku  jer baru hegeh2 nak taip.. mak bizi nyahhh.. semlm gigih tunggu sampai habis AJL.. laki ngan anak dah berduet berdengkur, mak duk nengok sorang2.. xbest tapi gigih jugak..

tak sia2 nunggu.. last punya performance memang meletop habis!!
penutup lagi gempak dari pembukaan and lagi lagi gempak dari lagu2 yg bertanding. kan betul kata org tua2, yg lama tetap dikenang. eh, betul ke?

masa mula2 tunjuk gitaris2 heibat tu, aku dah syiok dah. nak2 time edrie hashim. oh, macho giler ah mamat tu!! dah habis goreng, naik sorang2. mula2 rahmat mega. pastu aris ariwatan, pastu apa ke nama pulakkkk.. lupa! last skali atok ramli sarip kita!!! walaupun atok, u rock!!!!!
 ramli sari
memula man kidal goreng, aku dah meremang bulu2 dah. bila start drum roll, arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. kamelia.. soka soka sokaaaaaa... wahahaha.. dah start gila dah! audience pun sporting habis. siap berdiri and nyanyi sama2. masa rahmat nyanyi pun pakat2 join dah. time ramli sarip memang happening habis la. bini amy search pun siap bgn and tergawang2 tangan. see, lagu lama, masih segar diingatan gitew. ahkak korang nih layan lagu2 oldies ye walaupun muda lagi.. mude keeer? eheh..

juara AJL kali ni is Yuna. aku agak jugak, cuma bila aizat yg nyanyi, mcm xberapa confident jek yuna nak menang. tapi lupa, juri tgk lirik yek bukan siapa yg nyanyi. so, berbaloi la aizat nyanyi lagu tu utk yuna kan? nampak aizat omey2 jek nyanyi sambil pegang mug. dgn kumis nipis tu, muka jambu habis la.selamba je kan? 
aizat ajl27 

bajet jugak shila amzah leh menang, skali nan hado.. cuma frust sebab lagu teman pengganti cuma menang persembahan terbaik. kategori tu peminat yg sms kan? at least menang no 2 ke 3 ok la kan? sebab pada aku lagu tu best sgt. lirik dia tu memang makan dalam ah. tapi juri lagi arif ye dok?

ramli sari ramli sari

siapakah beliau? hamba jatuh cintaaaaaa.. hahaha..
sebelum ni laki aku la yg gila sgt lagu ni. aku suka juga, tapi xdak la mcm dia yg asik nak dgr lagu ni. tapi lepas tgk kat AJL ni, bertambah suka pulak aku dgr. tgk black nyanyi, penuh penghayatan gitew. frust sgt sbb xmenang...


** kredit pics to google and beautifulnara.com

Thursday, October 18, 2012

Neraka abah

** pic from google


sapa tgk crita ni semlm? kat tv9.. lakonan shafie naswip, amyza adnan, azhan rani and ect.
phewww.. sedih..
kisah 4 beranak. bapak kaki judi, arak, dadah, malas keja. balas barang kemas bini pegi gadai, xpeduli anak2, pukul anak bini. pakej lengkap dah. then mak meninggal sbb sakit. tinggal 2 beradik nih, abang n acik. bapak dah keja berjudi siang mlm, xpeduli anak. abang xg skolah, g keja carik duit nak sara acik(adik dia).
sampai 1 masa, acik sakit. apa ke nama ntah sakitnya, xberapa dengar sebab suara amni lagi kuat dari tv. acik jatuh, hentakan kat kat kepala antara yg buat dia sakit. last skali acik mati sebab bapak dia tolak. acik nak selamatkan cikgu dia dr dirogol bapak, end up meninggal. bapaknya pun meninggal sbb kena tikam dgn taiko dadah sbb curi dadah dia. hujung2 tu mmg sedih. abang beriya lari nak bwk acik g spital, tapi acik meninggal atas dukung dia. tgk dlm poket acik ada henpon dia belikan utk abang. sanggup pecah tabung n curi duit bapak utk beli henpon kat abang dia. last2 tu mmg menyentuh perasaan la..

point yg aku nak sentuh kat sini pasal mak2 or isteri. dah slalu sgt kita dgr kes mcm ni. real life pun mmg ada kan? dapat laki taik judi, arak, dadah, pukul anak bini, malas keja smua. bini keja siang mlm carik duit nak besarkan anak2, tapi laki duk curik duit bini buat beli dadah n main judi. yg aku xpaham, kenapa si isteri tu nak hadap lagi laki mcm tu. duk kena bantai sampai lebam sana sini, masih nak bertahan. anak2 pun kadang2 hilang sabar tgk perangai bapak mcm setan. ayat klise ' sejahat2 dia, dia tetap bapak ko'.. yeap, tu btul. si isteri yg baik ni tetap xmo cerai sebab nnt anak xdak bapak and dia jadi janda nnt kena kutuk ngan org kg. hadoihhhh la. bangun la weii! buat apa ko berlaki klau dah gitu perangainya? biarlah xdak bapak dr anak ko seksa duk kena pukul, kena maki hamun. yg ko pun sanggup pulak duk mkn sepak terajang laki hari2. dengan harapan,  1 day laki akan berubah jadi baik. hari2 berdoa supaya laki berubah. tu dah bagus dah, berdoa dan terus berdoa. tapi sampai bila? once bila dah bertuhankan arak judi nih semua, susah la kut. nak tgg berubah sampai sanggup hari2 kena pukul. pada aku, pendapat la, minta simpang nauzubillah klau kena kat kita kan? biarlah xdak laki, biarlah kita besarkan anak2 kita dr nak lalui tu smua. kesian kat anak hari2 duk tgk mak bapak dia bergaduh. klau mak tu bule besarkan anak dgn penuh kasih sayang, insyallah, anak tu pun membesar dgn elok. slalunya org akan kata, kesian dia xdak bapak, xdpt kasih sayang ayah. pada aku, biar xdak ayah, dr ada ayah gitu. lagi tekanan budak tu duk tgk perangai bapak. tu blm masuk part kena ejek ngan kwn2 lagi. lagi kesian kut. terencat tumbesaran anak tu nnt.. percayalah, kasih mak tu bule mengatasi segalanya. bila anak dah besar, tau lah dia bapaknya cemana, maknya cemana.

tapi, lain org lain caranya. klau tanya aku, baiklah ko berambus tinggal kan laki yg perangai sket lebih kurang mcm setan tuh!!

Wednesday, October 17, 2012

Keluarga Iskandar

habeh doh crita kluarga iskandar. semlm last episod.. xbeshhh :(
xbest sebab dah habis.. crita tu best giler kut pada aku.. kategori drama la..

rasanya sejak dah ada anak ni, aku dah xpenah ikut mana2 drama bersiri dah. xsempat oi.. blk keja, nak buat keja umah, nak tgk anak, nak tgk laki, nak rest.. tengok tv pun ujung2 mata jek. now amni dah besar, dah pandai main sendri, haaa.. bule la maknya layan sinetron.. tu pun mlm2 jek klau dah habis keja umah smua. klau siang hari or masa weekend, jgn harap laaaaaa... bl dah start ikut, haaa, mmg xleh nak miss la. hari selasa jek mmg ko jgn kaco. ini tv aku yg punya... muahhahahah... ngantuk pun tunggu jugak, walau tau esok astro ulang.. xbest tgk ulangan.. hehe..
aku punya peel, klau dah ikut, syok pulak, mmg ikut jelah. laki aku plak jenis xsabar, xpa ma, nnt kita download.. xmoooo.. bule je kan, download, pastu tgk smua episod sekali harung. xmo xmo.. xfeel. dah kata drama bersiri. tgk by siri la. tgg jelah time dia. baru feel. bl dah habis, alaaaaaaaaaaaaa.. dah habis. next jadi apa pulak. tertunggu2 jek. baru besttt..

aku ikut crita ni dr awal, xmiss 1 episod pun. alah, klau miss pun xdak hal.. esoknya astro ulang balik. xambik pajek pvr pun xpeeeeee.. buat rugi jek rakam, esok astro ulang lagi. lusa ulang, mgg depan ulang, bulan depan ulang.. kannnnnn?


aku suka sebab drama ni tunjukkan reality life kita... kejadian hari2 dlm sebuah family. lama dah kut xdak drama kekeluargaan mcm ni kat msia. tu antara sebab yg aku suka pada drama ni. anak ramai, close adik beradik, cucu cicit meriah. cara shooting gambar tu pun xdak la kaku sgt.. pelakon smua adalah best. tu  yg penting kan? xdak make up tebal2, pakai seksi2 smua tu. pakaian pun nampak mcm kita sehari2 jek. dialog pun relax. mmg nampak mcm 1 family walhal berlakon  je. ntah ke kenal pun tak sebelum ni kan? cara lakonan yg santai, mmg nampak mcm 1 family lah. mak jah yg sempoi, sedap mulut dia jek nak sound anak menantu kan? tapi masih bule diterima as org tua. abg long yg cool ngan anak dia yg mulut bnyk tu. abg ngah n kak ngah yg pada aku paling best dlm drama nih! relax jek mamat tu. sgt berlainan masa dia dgn bawal power dlu. watak susan lakaster@kay yg errm, ok sgt pd aku sebab dah lama dia xberlakon. 2 anak diorg yg hadoihh.. bnyk kerenah. aku suka om! comeyyyy.. kak teh ngan abg teh yg kelam kabut. nampak real sgt mcm 1 family diorg tu. yelah, berlakon dgn anak sendri kan? then alan yg baru kawin, kerenah anak tiri yg manja.. lawok giler.. bule anak tiri ugut nak bunoh bapak tiri sebab tdo ngan mak dia.. kehkehkeh.. last, acu yg garang tapi baekkk.. pandai pengarah pilih pelakon kan? ada watak uda, tapi sekadar sebut jek sbb xdak pun orgnya..
mak jah kata kena tunggu musim seterusnya..


para pelakon yg best...
** pics from google

drama ni by KL Motion Picture.. akak ipar aku keja situ..ngehngehngeh.. kak, nnt bgtau bos, buat season 2 ek? pujuk astro ye.. rating tinggi kan? ramai yg komen kata best..

pada yg termiss, nak tau sipnosis bagai, pegi sini.... nak download? xpayah... pasni astro ulang... muahaha

Monday, May 28, 2012

Peluang kedua


 **pics from Googgle


korang tgk tak cerekarama tv3 sabtu lepas? tajuk dia peluang kedua..
layan oh citer tu.. lakonan azhan ngan yasmin hani. sangat kelakar!!
si isteri, of cos la yasmin hani. sang suami, azhan.. makin laku dah dia.. suami keja besar. isteri housewife. benti keja sebab nak jaga anak. anak 2 org, on the way lagi sorang.
suami sebok semedang. hari2 balik keja mlm. isteri penat buat keja umah. laki balik, berleter, gaduh. hari2 gaduh. anak2 pun tensi. ntah magik apa ntah, diorg bertukar badan. badan masing2 tapi laki jadi isteri, isteri plak jadi laki. mmg klakar. yasmin hani tu ngan perut boyot selamba jek duduk mengangkang, siap isap rokok. laki plak jadi lembik semacam.. p opis masuk smayang kat surau pompuan pakai telekung siap.. bahahahah..

bagus btul suhan movies ni buat crita mcm ni. pasni mana2 laki bini yg asik duk komplen pasal suami blk keja lambat, pastu isteri selekeh duk umah, haaaaaaaaaaaaaaa.. kena bertukar badan mcm crita nih.. rasa sendri apa yg isteri buat kat umah n laki yg keja bnyk sgt kat opis tu. erm, keja bnyk, klau pandai manage, ok la kut. and klau dapat bos yg faham. mmg la ko keja tender ribu2, tapi staff ko tu ada jugak rumahtangga, anak bini yg nak kena tgk. lebih sgt pada kerjaya, karang rumahtangga hancusss..

masa tgk crita ni, kami laki bini kat umah mak tam aku. ramai plak tu, maknjang aku sefamily pun ada. haaa, pakat duk buat conclusion la. laki aku duk meng'iya'kan kut blakang la.. aku pun xkan nak duk diam kan? hehe...

suami bz keja. xdak masa utk anak2 n isteri. blk umah mlm, mkn, tdor. esok bgn g keja. tanggungjawab urus rumahtangga, dah jatuh kat isteri smua. isteri plak, asik buat keja umah.. never ending works! xdak masa utk layan suami dah.. bl letih, mula mulut pun nak bising. yelah, ingat buat keja umah tu xletih?? lagi letih kut dr duk seharian kat opis. btul kan mak2 sekalian??
kena plak suami langsung xmembantu. mmg la keja utk family, tapi klau ko kasik sebulan 3,4 ribu pun, klau langsung xdak masa utk family, xguna jugak kan??
tapi klau kasik 3, 4 ribu sebulan tu, maybe isteri diam sket kut.. aku letew.... bahahahahah...

lagi haru klau laki bini dedua keja. skang ni mmg bnyk gitulah kan? isteri balik umah xleh rehat pun. kena sambung buat keja umah pulak. laki xtau pkul brapa sampai umah. sebok keja kononnya... hadoihhh.. laki aku kadang2 gitu jugak.. maklumlah, duta besau.. tapi sket2 tu adalah jugak dia bantu. yg mudah2 jelah like masuk baju dlm mesin, sidai baju (tapi klau dia sidai baju mmg sakit hati tgk), basuh pinggan, buat susu anak.. klau nak suruh sapu sampah tu mmg xla kut.. kawan laki aku, dia tlg bini dia buat keja umah, cuma 1 jek pantang. jgn suruh dia sidai or angkat kain kat jemuran.. takut nnt org kata dia takut bini.. puiiiii.. zaman skang ni xdak gitu dah wei. nak xnak, ko kena buat. dah dedua keja, xkan smua nak harap bini buat. bini bukan org gaji okeh!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...