Showing posts with label tupperware. Show all posts
Showing posts with label tupperware. Show all posts

Monday, September 28, 2015

Beli jug tupperware pulak

assalamualaikum semuaaaaa.
ecewah, kemain lepas cuti raya haji up entry bagi salam siap.
ehek ehek ehek.
entry raya haji soon kita up yeh, tak transfer gambar lagi.
now entry bakar line kejap.
hahahah.



tayang sket..
hihi.
siap dapat beg kali ni.
beli ngan kakak kesayangan, k.su.
malas dah aku nak g beli sendri sebab nanti over bajet.
nak beli benda lain, tetiba bertambah2 pulak belinya.
berhantu.. hahaha
so, order ngan k.su jelah.
lagipun kad aku dah expired dah.
malas nak g renew, then dah lama tak membeli.
beli ngan k.su je senang, dia selalu buat sale.
tgk kat page dia pun, kena istigfar bnyk2 kang iman makin menipis di dada.
gitulah mak2 ni.
dulu tak heran pun, skang dah pandai beli pinggan, tupperware bagai.
tapi aku masih terkawal lagi la, idok le bnyk sgt membelinya pun.
sekadar yg perlu saja.



kali ni beli set jug ni pulak.
dah lama berkenan, nak beli.
so, ni jug 1st dari tupperware.
kaler oren lagi kau.
k.su bagi special price..
tenkiu kakak ku sayang.
kebetulan dapat duit kutu sekolah masa dia buat sale ni kat page dia.
so, laju2 pm nak beli.
nak tengok pegi buka fb search Tupperware Gemilang.
k.su jual murah2 je, siap bg harga ahli lagi.
huntongggggg..



comey.
sebelum ni tgk ada kaler hijau.
yg tu aku pernah beli cawan saja utk Amni.
now kaler oren pulak.
lagi comey.
puas hati betul dgn kualiti tupperware ni.
tak hairan la mahal pun kan?

later nak beli tupperware yg freezermate tu pulak.
dah lama berkenan.
yg tu harga bule tahan tersedak
so, kita kumpul sikit2 eh..
aku beli utk guna je, bukan sebab peminat tegar yg kena ada semua set tu.
tak mampu lagi. hehehe..


Wednesday, December 31, 2014

Upgrade tempat simpan tipuware

sebelum ni pernah buat entry cemana aku simpan tipuware and tupperware aku smua.
nak baca, klik sini.

bila ntah ada tgk kat blog sapa aku tak ingat.
dia share cara dia simpan tipuware.
macam menarik, so nak tiru.
dia simpan dlm 1 bakul besar.
pastu baru letak dlm almari.
sebelum ni aku susun2 dlm almri kan?
jadi marilah kita try cara lain pulak.


awal bulan hari tu ada pegi padang besar.
masuk belah siam.
sana barang plastik, alahai murah baq ang!!
aku suka pegi padang city.
situ mcm2 ada.
segala jenis periuk, kuali, pinggan, mangkuk, besen, tipuware.
cakap je nak saiz apa. sekecik2 bekas, sampai sebesar2 bekas.
kira situ mcm tempat jual perkakasan rumah/dapur.
seronok sgt pegi situ.
mak2 kan? pegi beli pinggan mangkuk pun syok habis.

so, utk menjalankan misi upgrade tempat simpan tipuware tu, aku beli bakul ni.
besar tak besar, kecik tak kecik.
tinggi lebih kurang 12cm. ke lebih..
aku agak2 je saiz muat dgn kabinet tu.


nahhh..
brand dragin ware lagi kau..
hahahaha... made in thailandddd.
harga? tu 35 tb.
duit rm 3.50. murah la sebab besar jugak.


ini gambar sebelum.



ini gambar selepas.
mcm ok je bakul tu dgn kabinet ni.
klau dpt saiz besar sket, lagi ok kut.
yg lagi tinggi kan?
tapi takda.
yg ni pun ok la kan?


ini gambar 2 bakul kat bahagian bawah tu.
kena buka tudung, susun2 dlm tu.
pandai2 la edjas.
klau tak buka tudung2 tu smua, makan ruang nak simpan.
mcm ni boleh selit2.

pas buat gini, aku macam.. ermm..
klau berselerak dlm tu tak nampak la kan?
tu bagusnya lah.
tapi klau nak ambik, mcm susah sket.
tapi klau susun2 mcm dlu pun susah gak nak ambik.
depends.
cumanya klau duk dlm bakul mcm ni, kau malas nak susun, bule campak2 je.
hahahaha..
tak nmpk sgt sepah2 dlm bakul tu.

Friday, July 11, 2014

Simpan tipuware

cemana eh korang simpan segala tupperware ngan tipuware tu smua?
banyak tak korang punya?
aku salute habis kat pencinta tupperware, yg beli semua edition, semua jenis.
pastu beli almari  khas, susun cantik2.
huiiii..
dasyattt....
aku ni minta gak tupperware tu smua.. -mak2 sgt kannn?
sapa tak suka ye dok?
memang la mahal, tapi berbaloi beli sebab tahan lasak, kedap udara and bule guna lama.
dlu2 aku tak beli la tupperware tu smua..
mahal nau harga.
skang dah keja, dah ada umah sendri, baru berjinak2 beli tupperware.
beli dgn harga ahli tu murah la sket and beli bila ada sale.
tak kisah la edition  bila, yg penting, murahhhhhhhhhhhhhhh..
tapi, idok le aku beli banyak pun.
tupperware yg aku beli, semua aku guna.
guna semaksimum mungkin.
isi segala keperluan harian.
takdanya aku nak beli, susun cantik2, hari2 tgk..
hahahaha.. minat belum sampai ke tahap tu.
yg banyak kat umah aku ni, tipuware.
brand apple lady, elianware ngan tipuware kuih raya or bekas soya tu..
hahahaha...
dlu, memula duk umah sewa, aku beli yg brand ni je.
murah je pun.. tapi tulah, ada yg tak kedap udara.
2,3 kali tukar jugak bekas isi milo gula tu smua.
pakai yg jenis kaca pun pernah, tapi berat pulak.
banyak gak la aku beli yg tipuware sebab murah and design pun lawa2.
asyik beli, sudahnya bnyk jugak bekas2 tu kat umah.
dah pindah umah, nak simpan bekas tu smua, pening gak arr..
nak buang sayang walaupun bekas aiskrim, bekas kuih raya tu smua.
sebab kadang2 berguna jugak.
like, nak tapau kat org apa2 kan?
tapau dlm bekas2 kuih raya tu klau tak blk dah bekas tu pun takda la rasa nak marah ke apa kan?
ater, bekas freeeeee.. hahahah..
klau kasik yg lawa2 sket, walau tipuware, tapi klau tak balik ke tgn semula, gewamm la jugak kan?
lainla klau tapau ke mak sendri, mak mentua ke ye dok?



ni lemari tempat aku sumbat segala bekas2 tipuware aku.
tupperware ada 2 bijik je yg tak guna.
yg aku beli, semua aku guna, takda simpan2 pun.
ni kat almari yg aku jadikan pantry.
atas tu, segala gula susu milo.
atas lagi stok makanan, segala jenis tepung, and bahan masakan yg lain.
blh klik kat entry pantry tu utk tgk lemari ajaib aku ni.

skang ni aku tgh pikir, cemana nak susun segala tipuware ni bagi nampak kemas sket.
banyak tak banyak, penuh la jugak kan?
skang ni mmg aku tak beli dah segala tipuware tu smua, guna mana ada je.
tgh pikir cemana nak storage bagi lebih kemas and senang nak capai.
klau takat aku sorang yg guna takpe susun cemana pun.
klau babitkan laki aku sama, hahhhh, takda maknanya.
ni klau aku ubah susunan ni, pastu suh dia tlg ambik mana2 bekas, confirm tak jumpa.
susun pelik2 sket, mau bebel cari barang tak jumpa.
dia dah terbiasa dgn susunan mcm ni, klau ubah, takes time sket nak hadam.
paling kerap dia guna is jug air.
klau biasa duk depan, skali aku letak blakang.
dia buka pintu, tgk takda, terus kata takda.
kut nak jenguk ke dlm2 tu, tak..
sebab tu dia tak penah usik dapur aku. hahahaha..
klau nak suh dia ambil apa2, aku kena bgtau detail.
laci mana, pintu mana, drawer mana, celah mana..
gituuuuuuuuuu...
klau takat bgtau kat kabinet dapur je, pas sudah carik tak jumpa.
ehh, termengumpat laki pulak.. hahaha

ok, back to the topic..


zoom sket kat bahagian atas.
segala jug air duk sini, tapi yg plastik je, jug kaca kat tempat lain.
ni jug harian, buat bancuh air ais.
klau raya, pakai yg kaca.
klau ada tetamu, kadang aku bantai je pakai yg ni sebab yg kaca duk dlm kotak.
lambat nak keluarkan.. heheh..
belakang tu ada botol2 air dan tipuware kecik jenis bulat.
susun skali kat sini.
hari tu share kat group KSSA kat FB, ada yg suggest, buang semua tudung and susun secara tindan2 tu / bertindih.
blh cuba utk yg kecik2 tu.
yg paling besar, kaler pink tu, dlm tu ada tipuware kecik2 yg aku guna buat isi makanan Amni masa dia kecik2 dulu.
lagipun jug pink tu jarang sgt guna, kecuali ada kenduri or air takda je.


ni bahagian bawah.
sini bekas2 tipuware je.
yg guna utk bawak bekal ke opis, yg guna utk simpan makanan dlm peti ais, yg guna utk simpan stok bahan basah dlm pei ais.

dlu main beli je, asal nampak elok kat mata.
pasni tak blh dah, kena beli yg sama saiz, senang nak simpan, nak susun.
sini yg agak disaster.
waktu rajin, semua tersusun elok.
waktu aku tak sempat, kadang2 aku campak je dlm tu.. hahahaha..
tutup pintu, tak nampak kekecahannya..
tapi jarang la buat sebab aku pun rimas klau semak.
cumanya, kadang2 tak berapa tersusun ikut jenis la.
pastu bila free, bila rajin, aku susun2 balik.
klau tak kang, elok buka pintu, jatuh habis tipuware ko..
aku ada tgk kat blog sapa ntah, dia letak dlm raga, pastu masukkan dlm lemari.
kemas la sket.
blh try nnt, beli 1 raga besar, then susun dlu tipuware tu smua.
asingkan bekas dgn tudungnya..
nnt klau aku dah buat, aku share kat sini.
taktau la bila nak jadinya..

Tuesday, July 08, 2014

Beli tupperware, dapat kek

sapa beli tupperware ni angkat tangan!!
muahaha...
edisi pra raya kut ni...
beli tupperware dapat kek kat dlm tu.
seronottt..
ada 2 ketoi.
red velvet dan mocha.
sedap gak kek tu.
dah setel dah pun.
bagi mentua sket, bagi mak bapak aku sket, kami makan anak beranak sket.
bahagi 3.. adil ye dok?
hehehe..
tapi tupperware tak kasik la..
itu iolls punya...

beli ni melalui k.su.
gigih la akak aku sorang tu duk jual tupperware.
sesambil je katanya, tapi banyak btoi org beli.
dia jual murah kut.
aku duk tgk je iklan kat fb dia, duk tahan sabar.
end up, order gak sebijik..
kalah. hahaha..
klau beli sendri, harga ahli pun tak dapat murah mcm dia jual.
dia beli banyak, so dia jual murah.
sesapa nak beli murah, search fb dia, Tupperware Gemilang.
serius dia jual murah, percayalah.
jauh takda hal, boleh pos..
aku pun skang ni duk beli kat dia dah..
malas nak g stokis ambik sendri.
tapi nnt kena g bli jugak, takut kang kad aku expired pulak klau tak aktif.

Wednesday, May 07, 2014

Tupperware lagi!!

yaa, beli tupperware lagi.
ni k.su punya pasal..
hahahaha...

opismate aku, tapi dia department lain.
close sebab dulu masa skolah menengah, dia senior and baikkkk sangat.
until now, gitu je perangai dia.
a gud sista!!

dia aktif sungguh jual tupperware.
tapi bukan promote gila2 sampai ko naik cemuih.
tak, dia suka beli, walau takda org order.
pastu penuh bonet kereta.
pastu dia tunjuk2 kat kawan2, sapa nak, ha ambik..
gitu je konsepnya..
bukan duk promote, buat sale ke hapa..
saja suka katanya.
yeee, sapa tak suka tgk tupperware kannnnnnnnnnnnnn?

hari tu ada dia  letak dlm pesbuk dia.
aku dah menggedik dah.
nak g beli sendri, malas.
kang nak beli 1, silap2 jadi 5.
amboih..
so, jom ambik kat k.su jelah..

apa yg aku beli kali ni?
hihi..

nin diaaaa,,
nak bli kat k.su sebab nak bli loose, tak mo ambik 1 set.
tapi setelah dipujuk rayu *lah sangat*, ambik 1 set jugak..
sebab mcm rugi ambik 2 ketoi sajaaaa..


hohoiii..
beli 4 percuma 1.
bekas biru yg bawah tu besau..
boleh buat isi sayur..

haaaaaaaaaaaa..
dah kalerful peti hais kak yah kannn?
ambik sorang 1 dah pasni.
laki aku main togok je bekas tu.. sabaq jelah..


** duit tak bayar lagi ni k.su, tapi kemain haku susun dlm peti ais.. hahahahaah...

Monday, February 03, 2014

Tuppaware lagi!!

bila org kirim, minta tolong belikan, yg tolong belikan ni pun naik sawan skali. haishhhhh..
tak blh kerap sangat buat kunjungan mesra ni. mengucap laki aku kang. hahaha


2 gambar atas, yg opismate kirim. tuppaware merah tu cun oih. siap dapat biskut lagi tu kat dlm tu. set botol air tu, pakat2 share. yelah sampai 5 bijik, nak buat pe banyak2 kan?
yang bawah tu, kak yah punyeeeeeeeeeeeeeeeeeeee. hahahahaha
yg bekas hijau pepel tu cun. ada 12 bijik smua. tapi aku share dgn opismate aku. dapat sorang 6 bijik. cukuplah, buat pe bnyk2, kang  tak terguna. now bnyk plak keluar kaler pepel. lawa oih..
pinggan tu ada 4 biji. 2 pepel, 2 biru. tebal tau. klau ketuk kepala, blh pengsannnn.

ni bukan baru beli. bulan lepas. saat entry ni ditaip, aku ada beli seketoi lagi tupperware. hahahahahaha.. matiklaaaaaaaaaaaaa

Tuesday, November 26, 2013

Beli tuppaware lagi!

kak yah dah gila tuppaware pulok dohhhh..
dah mula beli ni, dah jadi ketagih pulak.
sebab tak la mahal sangat bila ada sale and tolak harga ahli.
masih mampu milik..
lagipun dah lama tak terjah kedai tuppaware ni.
aku jarang beli, so takda catalog utk thn ni. awal thn hari tu ada beli. pastu tak de dah.
awal bulan hari tu ada beli tuppaware pepel yg cantik manis.
minggu lepas, teringat sale utk bulan  november.
ada benda yg berkenan di hati.
kena tunggu hujung2 sket, ada duit lebih sebelum gaji, baru nak beli.
so, on friday, habis keja jomlah hai anak teman mak g beli tuppaware.
tapi dah nama pun sale, blm habis sale, stok dah licin.
haiyaaaaaaaaaaaa...
frust ahkak tau dik..
dah takda, tak payah beli la kan?
tapiiiiiiiiiiiiiii
iolls ternampak yg lain yg menggoda jiwa jugak.
ishhhhhhhhhh
pandang tak lepas, langkah pun tak jadi..
usha2, maka kita ganti yg lain.
mihmihmih..

rembat yg ini pulop..
stok last. klau tak, minggu depan baru ada stok baru.
memang menjahanam poket btul la.
tak leh g kerap sangat. bagus jugak catalog tak sampai kan?
klau tak, tiap2 bulan aku bersidai kat kedai tepawe tuu


hasil rembatan..
oh, kamu sangat sepsi...
hahahaha
ini pun, beli 4 yg besau, dapat 4 yg kecik. homeyyyyyyyyyyyyyyy

dah nak cukup geng dah ni. botol air, bekas tinggi, bekas bulat, bekas kecik.
ahkak suka ahkak sukaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. yay!

ada katalog baru. kaler pepel yg cun oih and bentuk 4 segi! gewammm. sebab dah beli yg pepel 1 touch tu tp bentuk bulat. aku lagi suka 4 segi dr bulat. ok, mari menabung utk beli yg 4 segi pulak. hahahaha


## mak2 sangat dah ni kak yah oiii


Friday, November 08, 2013

Beli Tuppaware... mak mak sangattttt


yaa.. kak yah baru rembat set tupperware baru. hihi..
pegi saja nak cuci mata, nak tgk dulu mana berkenan. tapi yg nak beli takda stok pulak. nak beli bekas nak isi milo susu smua. bekas yg aku guna skang ni kononya kedap udara, stainless steel bagai, tapi milo keras jugak. sakittttttttttt hati.. beli mahal jugak tu.

so, jom kita g tupperware lahhh..
usha2 katalog, pastu usha2 beg duit, so, kita rembat yg inilah...

memula tak  nak beli. aku nak beli yg bekas 4 segi sebab senang sket nak susun. bekas bulat ni makan ruang. tapi bila dah congak2, tambah darab bahagi bagai, baik beli ni. tolak harga ahli, masih dlm kategori mampu milik. dapat 8 bijik, 8 saiz. memang berbaloi.


mak mak sangatttttttttttttttttttttttt kan?
hahahahah
lawa tau yg ni. kaler pepel. so, mana2 yg sebelum ni guna bekas tipuware tu, kita tukarrrrrrrrrrrrrr masuk tuppaware betul2 punya. seblm ni mcm2 saiz, mcm2 kaler. kali ni more organized. me like sangat!!
bekas biru tu susu Amni. tu dah lama beli. betul2 kedap udara, susu dia tak keras pun. yg kecik tu isi Fearnleaf coklat Amni jugak. yg pepel ada gambar pooh tu, brand Elianware. ada isi kacang2/jajan Amni. utk jangka pendek boleh la, lama2 liut jugak masuk angin.

now Tuppaware tgh ada promosi utk November. kak yah dah aim dah apa nak beli. tunggu hujung bulan, ada duit lebih, nak g rembat jugak seketul 2. bila ada promosi, memang berbaloi beli. tapi promosi November sampai 23hb je. gaji 25hb. sobs sobs..
jadi, mari kita mengikat perut nak beli tuppaware. hahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...