Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

Wednesday, August 18, 2021

Resipi Cempedak Goreng Rangup!

 Assalamualaikum..

 

sekarang musim buah kan? buah buahan tempatan atau ada yg panggil buah kayu. sini la, tempat lain tak sure hehe.. so, meriahlah buahnya. kat rumah aku ni tak putus lagi buah. ada yg beli sendiri ada yg org bagi. Alhamdulillah rezeki..

adik ipar aku ada dusun, so dapatlah menumpang rezeki diorg. selalu la hantar buah ke kakak ipaqnya ni. seronok laaa perut kami hehe. rezeki.. durian, rambutan, cempedak & petai. durian hari tu tak putus ada dlm peti ais. tak termakan. pastu kawan pak incik pun ada bagi. sekali ja aku beli durian, tu pun sebiji ja sebab teringin nak makan. tak leh beli bnyk sebab masa tu pak mentua ada kat rumah. kang dia pun sama naik tak sedar diri mkn mcm aku, ha jenuh..

dan sekarang ni, buah cempedak pulak meriah. mahal blh tahan. nak beli pun pikir. sebab dah la mahal, pastu isi tak banyak huhu. sepupu aku terkena baru ni. dah kupas, isi dlm tu ada 5 ulas jeee hahaha. tapi yelah, dlm kulit, mana nak tau kan? habuan masing2 katanya. 

last week adik aku ada bagi cempedak. apa lagi goreng la. manis elok. cempedak kg. aku suka cempedak kg lagi compare cempedak kawen yg isi tebal tu. goreng tak best sgt, sebab serap minyak. minggu ni duk terasa2 nak beli cempedak, nak goreng lagi. teringin haha..

balik keja semlm..

 

👇

👇

👇

👇

👇

👇

👇

👇

👇

👇

 

ni baru betul buah cemepedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan hahaha.

rezeki selasa. kawan lama datang sangkut kat pagar rumah. seronok weiii.. org ingat ke kita kan? buah dari dusun dia. meriah sket hasilnya tahun ni, so dia sedekah ke kawan2. dannn, apa lagi. masuk rumah terus lah belah nak goreng. yay! buah pun dah bau semerbak, dah masak elok so goreng terus. kalau tak goreng kang tak laku buah ni.


isi banyak! cempedak kampung. isi nipis. mkn bnyk pun tak muak.  sesambil duk kupas tu, ngap masuk mulut jugak.. sedap!


 

tadaaaaaaaaaa... dah siap!. elok masa maghrib duk menggoreng ni. makan panas2 uii sedap. rangup! tak jemu makan haha. so, mcm mana nak dpt cempedak goreng rangup mcm ni? meh aku share..

Resipi cempedak goreng rangup :

  • tepung beras
  • telur
  • garam
  • air sejuk
  • pewarna kuning @ kunyit
  • utk kerangupan berganda : ais ketul!

itu je bahan2nya. utk kuantiti, korang agak2 lah eh. bancuhan jgn pekat sgt, sbb nnt ais ketul yg kita masukkan tu akan cair. kalau bancuhan cair, tak best. nnt dpt la kerak2 yg rangup tu. mcm kita beli kat gerai2 jual. haa, rangup camtu aa. cubalahhhh.


Tuesday, November 26, 2019

Sagu Gula Melaka

Assalamualaikum..

lama tak buat sagu gula melaka.
anak2 suka.
mak pak pun sama.
kalau beli sorang sebekas, harga tu dah blh buat 10 bekas kat rumah.
hahaha.
so, moh le kiter..



kali ni kaler hijau pulak.
petang buat, pastu masuk esbok.
mlm makan, sejukkkkkkkkkkkkkkkkk.
sedap.

nak buat ni senang mak enon.
meh aku share cara aku.

Bahan2 :
Sagu
Gula melaka
Gula putih
Susu cair
Air

Cara2 :
rendam sagu dlm air dlu dlm setengah jam ke sejam.
pastu tapiskan.
then panaskan air dah mendidih, masukkan sagu.
kena kacau supaya sagu tak berketul di bawah.
air kena bnyk sebab nnt sagu nak kembang.
aku takda sukatan tepat utk air. agak2 je
kadang2 nmpk padat, sagu belum kembang elok, so tambah air.
ssagu dha kembang dah takda putih2 tu, blh masukkan pewarna.
then kacau.
pastu tutup api.
tapiskan sagu utk buang air kanji.
sejukkan kejap sagu tu.
sementara tu blh masak air gula.
didihkan air, masukkan gula melaka.
tambah sket gula putih.
nak  masukkan daun pandan pun blh.
make sure gula semua lebur yeh.
air jgn bnyk sgt kang cair tak best.
mula2 gula tu masak mcm cair sbb panas. dah sejuk nnt dia akan pekat  likat.

then masukkan gula dlm bekas yg korang suka.
pastu masukkan sagu.
last masukkan susu cair.
nak pakai santan pun blh.
masak dlu santan tu, tambah air sket and secubit garam.
aku prefer susu cair.
guna Ideal or carnation. sedap woh
kalau nak sihat sket blh guna susu segar.
pastu masukkan dlm peti ais, sejukkan
masak sejuk2 is heaven.

budak2 ni mmg suka. ulang2 makan.
so sekali buat mmg kena bnyk terus.
sagu murah je pun.
bajet tak bnyk pun nak buat benda alah ni.
cumanya leceh sket part masak sagu tu.
kadang terlebih masak or tak masak betul ehehe


Thursday, November 07, 2019

Tuaian pertama : Bayam Brazil

Assalamualaikum..

sebulan lepas ada mak aku kasik beberapa batang bayam brazil.
kat rumah mak aku bnyk pokok.
dia patah2kan dari pokok tu, kasik aku suruh balik cucuk kat rumah.
bayam brazil ni senang nak hidup.
patahkan dari pokok, then cucuk je @ org panggil keratan batang.
pastu siram. pastu tunggulah tengok subur kemain naiknya.
jarang siram pun sokay je.
pokok yg senang jaga haa aku ok.
hahaha

lepas sebulan kut, aku tengok dah merimbun.
dah tua pun daunnya hahaha
lupa weh.
kebetulan hari tu nak masak, takda sayur apa dalam esbox.
so jomlah petik bayam di laman.
gittew
syok wei, nak masak pegi petik je
so, azamnya lepas ni nak tanam tanaman lain lagi.
sayur lah.. pokok bunga je pun yg bnyk kat depan rumah tu.
pasni kita tanam sayur pulak eh.
moga tu menjadi lah azam aku nih hahaha



gambar pokok lupa pulak nak ambik.
aku cucuk kat pasu je pun.
subur je naiknya
kat rumah mak aku, naik kat tanah je. bnyk pokok pulak tu.
tak larat makan dah.



hari tu aku goreng bodoh je.
takda apa nak diregukan.
esbox kosong, ada ayam ngan telur semata.
sayur yg ada kentang ja pun.
eh, kentang kategori sayur ke? hahah
ada tauhu 2 ketul. beli nak buat bihun goeng tapi tak jadik lagi.
so aku hiris nipis2, goreng dulu.
tumis bawang merah + bawang putih, masuk cukup rasa Maggi, pastu masuk air sket then campak lah bayam brazil ni
aku ambik daun saja, batangnya tak.
dah nmpk sayur masak, taburlah tauhu tu.
kalau ada cili besar ha hirislah nipis campak masuk skali.
lawa sket kejadiannya nnt.
tapi aku tak letak pun.
dah siap.
simple je.

bayam brazil ni mcm2 blh masak.
buat masak lemak pun blh.
selalunya org goreng lah.
buat ulam pun blh tau..
ada org jual pokok ni, blh la try beli and semai sendiri kat rumah.
jimat belanja hehe.

Selain sedap dimakan, sayuran bayam ini amat kaya dengan khasiatnya iaitu,
  1. Melawan kanser
  2. Mengekalkan kesihatan mata
  3. Sumber vitamin K
  4. Menguatkan tulang
  5. Membantu menurunkan berat badan
  6. Meningkatkan sistem imuniti badan
  7. Membantu sistem penghadaman
  8. Mengelakkan daripada sembelit
  9. Membantu melancarkan darah
  10. Mencegah anemia
  11. Mengatasi masalah gusi
  12. Mutrisi yang baik untuk pembesaran
  13. Mengekalkan stamina
  14. Mengekalkan kesihatan mulut
  15. Mengikat kalsium
  16. Mencegah penuaan pramatang
  17. Mengekalkan kesihatan ibu mengandung

Monday, October 21, 2019

My very first Mee Kari

Assalamualaikum..

aku ni bukanlah penggemar mee kari pun.
tapi sesekali tu makanlah jugak.
kat Perlis ni ada la a few kedai yg aku suka mee kari dia.
sesekali rasa nak makan, belilah.
tu pun 3-4 bulan sekali.
bukan peminat tegar.

dah lama hasrat nak buat mee kari.
tgk ke resipi mudah je pun.
tapi..
malas.
sebab, nnt yg makan aku sorang je pun.
rasa mcm penat je susah payah buat hahaha
walau sebenarnya puas makan ye dok.

Ahad lepas, tekad nak buat mee kari.
so, marilah kita usahakan.
masa masak lunch tu, aku sekali harung buat kuahnya.
selalu pun mcm tu.
sebab petang kang aku nak makan je malas dah nak kecah dapur.

okes, now let check out how to cook mee  curry yg sapsapsoi je ponnnnnnnnnn..

Bahan A (kisar) :
bawang merah 6-7 ulas
bawang besar 1 ulas
bawang putih 4-5 ulas
halia besar ibu jari
serai 2 batang
cili kering @ serbuk cili
* bahan ni bnyk jugak, dapat seperiuk kuahnya.kalau nak masak sikit kurangkan bahan kisar ni.
* kalau guna serbuk cili blh masukkan skali dalam bahan kisar ni

Bahan B :
daun kari 2 tangkai
serai 2 batang diketuk
buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis
asam keping

Bahan C :
rempah ikan + rempah daging serba sepeket

Bahan basah :
udang, ayam, fishcake (apa yg korang sukalah. kalau ada kerang lagi piawwwww)

Untuk menyedapkan kuah :
kupas udang dan asingkan kulit isi dan kepala. asingkan isi.
ambil kulit + kepala then rebuskan. pastu blend halus dan tapis ambil airnya.
ni nak sedapkan lagi kuah. kalau takda, sokay.
kalau ada silakan buat.

Bahan lain :
santan kotan
minyak utk menumis
air
garam + gula

Bahan yg ditambah masa nak makan nnt :
sayur sawi + taugeh + mee kuning yg dicelur air panas
telur rebus
bawang goreng
limau kasturi
cili besar


Cara masak :

tumis bahan B dulu. then masukkan bahan kisar. kena kisar halus yeh sebab ada serai.
dah naik bau, masukkan rempah ikan yg dah gaul dgn rempah daging.
nak buat pes dulu pun blh tapi jgn bnyk sgt airnya.
api jgn kuat sangat, kena kacau selalu taknak hangit.
dah pecah minyak, masukkan air rebusan kulit udang tadi.
pastu masukkan bahan basah yg korang ada.
then tambah air agak bnyk mana nak kuahnya.
ops lupa, asam keping campak masuk skali.
nampak nak mendidih tu masukkan santan. aku pakai santan kotak je.
kena kacau jgn biar pecah minyak.
then perasakan dgn garam gula.

nak makan tu nnt celur la sayur2 yg ada.
sekali dgn mee kuning tu.
aku mmg akan rendam air panas dlu mee kuning tu
pastu bilas dan tapiskan.



tadaaaaaa
meriah bahan2 weh
puas hati makan.
aku letak fishcake + isi ayam je tapi bnyk.
walau 1st time buat, sedap lah pada tekak aku hehe
siap menambah.
pak incik makan tapi kuah je. hahaha

selalu mee kari ni org suka letak tahu kering.
aku malas nak cari. ni pun dah sedap.
esoknya makan ni lagi utk dinner. aku jelah.
ahli rumah yg lain tak minat.

so, yg nak try buat silakanlah..
tak susah pun..
yg pasti masak sendiri puas hati makan.
dapat lah berkongsi rezeki petang tu.
hantar ke pak mentua sebekas, then kawan aku datang ambik tudung, aku tapawkan sebekas.
pastu adik2 aku pun datang makan.
Alhamdulillah...


Thursday, October 10, 2019

Bihun goreng untukmu anak...

Assalamualaikum..

banyak hari dah Amni duk berzikir nak bihun nak bihun nak bihunnnn.
adehh.
nmpk mcm mudah tapi kadang2 malas nak buat haha..
anak2 aku makan semua yg aku masak walau sempoi2 je mak dia kasik.
Alhamdulillah tak memilih.
tapi..
bila dah biasa makan yg maknya  masak, sesekali kita beli, taknak  makan.
sabaq jelah ahaha
budak2 kan tak makan pedas, so aku mmg selalu buat bihun putih @ bihun singapore.
senang keja.
so bila makpak nak makan, campak masuk sambal kicap.
dan anak2 mmg suka bihun putih nak2 si Amni tu.
memang berulang makan.
bihun merah ni jarang sgt aku buat. ke tak pernah hahaha
sebab bihun merah ni selalunya kena ada rasa pedas tu kalau tak best.

hari apa tah ada opismate aku bagi bihun goreng sebekas, baki dari majlis yg diorg buat.
aku bwk balik bagi Amni sebab tak pedas.
habis kau dia makan.
pastu sambung zikir nak bihun nak bihun nak bihun
hahahah
ingat dah dapat tu diam dah, rupanya tak.
nak bihun mama buat.
susah jugak kalau anak die hard fan mama sendiri kan?
kehkehkeh..

makanya aku pun usahakanlah buat bihun goreng merah utk dia.
but kena make sure tak pedas!


taraaaaa.
tak pedas tapi sedap wei hahaha
meh aku share bihun goreng tak pedas versi aku.
kut korang blh buat bagi anak2 makan and at the same time makpak nak makan pun sodapppp.
tapi, aku tuang sos jugak la bila nak makan tu.
tak pedas, tak kick la hehe

Bahan2:
bihun : rendam air dulu

bawang merah, bawang putih, ikan bilis, 4-5 batang cili kering, 1 biji tomato : kisar halus
sayur sayuran : kobis + carrot
sotong, fishcake, tauhu yg digoreng
kicap, sos cili, sos tomato
maggi cukup rasa
garam + gula

Cara2 :

tumiskan bahan kisar.
aku mmg suka masukkan ikan bilis kalau buat bihun goreng tak kisahlah bihun singapore or bihun merah.
penambah rasa. cubalah, lain tau rasa dia.
make sure ikan bilis tu dah direndam and lembut baru kisar.
campak je semua kisar sekali (bahan kisar tu).
cili kering letak 4-5 batang je sebab takmo pedas.
then tambah tomato yg dah dibuang biji kisar sekali.
sebab takmo pedas kan?
then masukkan kicap, sos tomato and sos cili. sos cili tu sikit jelah kang pedas pulak.
pastu maggi cukup rasa, garam and gula.
perasakanlah.
pastu masukkan bahan basah.
hari tu aku letak sotong + fishcake sebab dua2 ni anak2 aku makan.
kalau letak ayam, kang Aniq pilih buang.
then masukkan sayur sayuran. ikut sukalah apa yg korang nak guna.
aku letak kobis and carrot yg aku potong halus. sayur2 ni je yg anak2 aku makan, lain2 jgn harap.
kobis tu pun takat 2-3 helai je, lebih2 takmo jugak. haishhhh
pastu dah nak tutup api masukkan tauhu goreng yg dah dipotong nipis.
nak masuk telur goreng pun blh, taruk atas. baru best hehe
tapi aku punya bahan basah dah meriah, so no more telor.

sedap, secukup rasa tak pedas. hehe
anak2 suka nak2 si Amni.
menambah makan malam tu.
esoknya panaskan utk break1st.
puas hati dia makan..
masak simple tapi bila anak2 makan beriya, mak ni seronok taktau nah habaq kan?
hehe


Wednesday, September 18, 2019

A must have in meal : Sambal belacan

Assalamualaikum..

ada ke yg mcm aku.
rasanya mostly sama kut kalau org kg nih.
yg tak kg pun sama kut.
makan nasi kena ada sambal belacan.
wajib!
kalau takda sambal belacan, kena ada menu pedas.
kalau makan tak pedas, rasa tak lengkap..



dan2 lapaq tgk gambar ni.
sedap oih..

here is my version of sambal belacan.

cili merah
cili besar
belacan
garam
gula

semua bahan kat atas tumbuk.
utk nisbah, lebihkan cili merah. nisbah aku selalu mcm ni.
5 cili merah + 2 cili besar.
so pedas dia di skala yg boleh diterima tekak.
tak pedas sgt.
tapi kalau korang guna cili api @ cabai burung  tu pedas dia lain mcm.
so pandai2 la agak.
kalau guna cili merah biasa tu, nak pedas, guna cili tu lebih then kurangkan cili besar.
belacan kena bnyk. jangan kedeks.
belacan jgn la beli yg bau hapak bau busuk tu.
pandai2 la carik belacan yg sedap.
nak bakar dulu pun boleh.
tapi aku tak pernah bakar pun.
sebab belacan Perlis dah mmg sedap.
now aku guna belacan beli kat Thailand sana.
belacan sana kaler dia cerah sket.
bau sama lah, kuat jugak. rasa dia lain sket.
pastu garam + gula agak2 lah kuantitinya.
mak sedara aku letah ajinomoto.
up to you..
last, asam jawa ramas kan dgn air.
beli asam jawa yg baru dan elok. jgn yg hitam tu.
pastu tuang masuk dlm lesung batu tu.
kacau2 dlm tu.
baru piawwwwwwwwwww..

aku punya lesung batu ni saiz kecik.
so kalau tumbok selalu kuantiti tak banyak.
klau mood aku baik aku tumbok lah.
utk lesung aku ni dapat la utk 3-4 kali makan.
kadang aku malas, aku buat bnyk2, aku mesin je pakai blender.
kadang guna hand blender.
buat bnyk, simpan dalam esbok, nak makan cedok je.
senang keja.
rasa mcm lebih kurang je.
janji pedas. hahaha..

dulu aku mmg mkn pedas.
now dah meningkat usia ni, kurang sket dah.
pedas tu wajib tapi ala kadar saja.
takda pedas berdesing telinga dah.
kena jaga perut sama lah.
mcm sensitif sket now kalau pedas lebih.
faktor usia barangkali. ehehe



ini antara menu yg wajib ada sambal belacan.
kalau takda, rasa tak lengkap makannya.
sotong kunyit, kailan ikan masin + ikan kembong goreng.
bertambah makan oiiii..
sabaq jelah..

Tuesday, September 10, 2019

Nasi Goreng Tomyam

Assalamualaikum..

hari tu (lama dah) saja la try order nasi goreng tomyam kat kafe dekat dgn pusat pengajian kat opis aku ni.
makcik masak apa semua sedap. selalu mkn mee@bihun goreng, sedap woh.
secukup rasa.
skali nasi goreng tomyam dia pun piawwwww weh.
sedap!
so, selalulah aku mengorder beliau kalau pegi mkn kat area situ.

dah selalu makan, makanya marilah kita cuba buat sendiri, jadi ke idok..
hehehe..

bahan2 :
nasi sejuk
isi ayam ( blh tambah udang, sotong)
telur
bawang merah + bawang putih + serai + cili padi : blend
daun limau purut
limau nipis
sayur : kubis + carrot
pes tomyam
sos tiram @ kicap sotong
garam + gula






kat cafe makcik tu, serai dia katok2 masukkan dlm nasi.
tapi aku punya cara ni aku blend skali.
then make sure ko blend hancur yeh sebab serai susah sket nak hancurnya.
cili tu ikut la nak pedas ke tak.
aku guna cili thai, pedas and sedap.

blend hancur halus semua, pastu tumiskan.


dah nampak garing, masukkan pes tomyam.
yg ni kalau takda, tak jadiklah nasi goreng  tomyam.
ni aku beli kat siam sana. ni pes yg paling best.
kat Msia pun now bnyk dah yg jual.
beza harga jelah..

bnyk mana nak masuk pes ni, agak ikut bnyk mana nasik korang lah eh.
aku ni main agak2 je bahan2nya.



haaa, pastu masukkan benda alah ni.
kalau takda, guna kicap sotong tu pun takpa.
susah nak dapat yg ni. kat Msia mmg takda la.
ni aku kirim ke kawan masa dia pegi Hatyai sana.
yg ni premium, mahal dari yg biasa.
oyster brand. sedap.
halal, dun worry.
guna ni masa buat telur dadar. best woh..



pastu masukkan haiwan apa yg korang nak masukkan.
aku hari tu ada ayam je, so jadiklah..
then biarkan masak sekejap.
pastu pecah telur masuk 2 bijik camtu.
oh, sayur sayuran jangan lupa.
dan jugak daun limau purut.
then perahkan sekali limau nipis.
pastu garam gula utk perasakan kan.
then rasa la ok ke idok apa yg lebih apa yg kurang.

pastu, masukkan nasik.
gaul - gaul..
gaul - gaul lagi sampai sebati semuanya
dah ok, ha tutup api.



dan silakan makan.
rasa?
tak lari jauh dari kafe yg aku selalu order.
yay!!
menambah makan..

tu yg aku malas masak beriya, kang makan pun menambah.
masalah betul..

cubalah..
simple yet sedap.

Wednesday, July 31, 2019

Resipi : Bubur nasi senang dimasak sedap dimakan

Assalamualaikum.

nak share resipi mudah nak mati.
tajuk pun kemain konfiden.
hahah
tapi serius sedapppp.
sila lah cuba.

ahli rumah aku semua suka bubur nasi.
sini ada yg panggil moi.
2-3 bulan skali haaa aku buat la utk ahli rumah ni.
licin seperiuk okeh.
semua suka.

meh aku share cara aku yg dijamin sedap.
korang kena try tauuuuuuuuuu.

over nauuuu hang ni. padahal bubur nasi je pun.
eh, cara org lain2 kan?

okeh, 1st utk nasi tu.
nak jimat masa menanak, kita masak dulu nasi guna rice cooker.
bubur nasi ni kena masak lama sebab nak bagi lembik.
unless korang ada slow cooker or periuk noxxa bagai tu.
or, guna beras utk bubur.
tapi rasanya takda sesaja kita nak beli beras tu simpan kan?
selalunya kita guna beras biasa, so kena masak lama.
kalau korang blend beras tu, nnt tak best sgt.
dah jadi mcm moi baby, halusssss.
so, kita masak dulu nasi guna rice cooker.
kalau biasa korang masak nasi utk semua ahli keluarga tu 2 cawan, utk moi ni, secawan dah cukup sebab nnt dia kembang dah masak lama.
sukatan air is 3 kali ganda dari sukatan biasa.
pastu on suis periuk nasi, ha biar dia tanak nasi tu dulu.

next, korang blh la prepare bahan2 lain.

1. isi ayam yg dipotong kecil
2. halia yg dimayang halus
3. bawang putih hiris
4. daun sup
5. ubi kentang potong 4
6. carrot (optional)

halia n bawang putih kena banyak.
tu rahsia sedap bubur nasi korang.
kalau ada yg tak suka halia tu, jgn lah mayang halus sgt. kasar2 pun takpe.
nak potong besar then ketuk2 pun blh.
aku suka halus2, makan nnt tak rasa sgt pun.
sama mcm bawang putih.
anggaran aku masak ni, bawang putih dlm 4-5 ulas.
halia besar ibu jari X 2 ketul.
nnt bau tu sedapppppppppppppppppp je.

bahan2 ni semua korang masuk dlm periuk and rebus. kecuali daun sup jgn masuk lagi.
air kena bnyk. pastu perasakan.
mcm buat sup lah, taruk la garam.
aku taruk 1 kiub ayam and biar secukup rasa yeh.
agak isi ayam dah separuh masak, masukkan nasi yg korang masak tadi (lepas nasi dah masak).
pastu didihkan lagi sampai air sup tadi kering.
selalunya tak lama sbb nasi dah lembik kan?
jg sampai air kering sgt dan jgn bnyk sgt.
sedang2 je.
sebelum tu masukkan daun sup kat bahagian akar tu. basuh bersih ye.
then utk daun n batangnya, potong panjang2 campak masuk dlm tu.
kalau guna daun sup siam lagi best baunya
aku sukaaa hihi




bahan2 sampingan penyedap rasa :

kacang tanah goreng. goreng dgn minyak sedikit yeh.
telur masin
bawang merah + bawang putih goreng. yg ni goreng sendiri, lagi best.
daun sup + daun bawang dirincik halus.
cili kicap. cili padi+bawang putih tumbuk halus then gaulkan dengan kicap+cuka.

ni kalau ada ikan bilis kecik tu, lagi best.
saja aku tak goreng kali ni sebab isi ayam dah bnyk dlm bubur tu.
bnyk sgt rencah tambahan kang tak best jugak.
ini pun dah menambah2 makan.

pastu ko makan dari lunch bawak ke dinner.
semua ahli rumah aku suka nih termasuklah aku hahaha
anak2 pun suka sgt.
cubalah.
senang je pun nak buat.
makan pun sedap.
sesekali buat, mmg licin makannya.

Thursday, May 09, 2019

Kek Marble sedap dap dap

Assalamualaikum


saja la puasa2 ni share resipi.
kut nak buat menu berbuka.
kemain menu berbuka mkn kek kan? hahaha
blh simpan kut nak buat kek raya nnt.
senang sapsapsoi je

Bahan2 :
tepung gandum 2 cup
baking powder 1 sk
butter 250gm (seketul)
susu pekat 2 sb
gula perang @ kastor 1  1/4 cup
esen vanila 1sk
telur 5 biji
serbuk koko 1sb

Cara2:
memula mix kan gula dgn butter.
kalau guna gula kastor maybe blh kurangkan kuantiti. guna gula perang ikut suka tu.
gula perang kurang manis compare tu gula kastor. terserah mana yg korang suka.
ikut sukatan ni, kek korang takda la manis kerat kaki.

dah sebati elok masuk susu pekat + telur 0ne by one.
mix lagi. jgn laju sgt yeh.
pas dah serasi bersama masuk tepung sket2.
nak guna tepung self rising pun blh.
kalau guna self rising tak perlu masuk baking powder dah.
aku guna tepung gandum, so masukkan la baking powder.
jgn lupa esen vanila.

adunan dah elok, bahagikan adunan.
1 yg plain, yg lagi satu masukkan serbuk koko.
mix lagi kasik bersatu elok yg koko tu.

then, dah blh masukkan dlm loyang.
loyang nak sapu butter dlu pun ok, nak letak paper pun ikut suka hati.
nak layer mcm mana, suka hati lah..
selang seli, yg koko and yg asal.
nak lukis ke nak buat corak apa pun, pepandailah.


panaskan oven dlu masa nak melayer tu.
pastu edjas suhu 170c masa 45 minit.
yg ni ikut jenis oven lah ye.
dah hujung2 nnt check lah kek dah mask elok ke tak.
kalau masih melekat masa cucuk lidi tu, blh tambah masa.




elok kejadiannya.
sedap!
dan2 lapaq tgk kek ni.
puasa oihhh

anak2 tgk aku duk buat kek, pakat tunggu tepi oven.
200 kali tanya bila blh mkn. sabaq jelah
budak2 ni mmg suka kalau aku buat kek. kalau beli, tak kena dgn selera depa, so tak mkn.

cubalah.
buat mkn2 raya nnt. hehe
senang and sedap

Thursday, September 20, 2018

Kek Coklat Minyak Kukus

Assalamualaikum..

lama dah aku cari resipi kek minyak.
jumpa bnyk, mcm2 version ada.
pernah duuuuuuuuulu try, eh tak jadi.
entah silap kat mana.
pastu malas dah nak buat, so buatlah resipi yg aku selalu guna tu.
guna butter.
cumanya kadang butter takda, butter mahal and teringin nak makan kek.
hahahah
nak resipi yg simple, mudah nak buat and sedappppppppppppp..

baru2 ni ada yg share kat fb, haaa laju2 kakyah screenshot.
hahah
last week dah berangan nak buat dah.
teringin marble cake (guna butter). tapi malas sebab kena bawak keluar mixer bagai.
bahan semua ada kecuali butter.
pastu tak jadi buat.

malam kemarin, tetiba haaa nak buat sebab jumpa resipi mudah.
so jommmm..
aku share kat sini sebab mudah nau
takyah mixer bagai, guna blender jewwwww

bahan2 :
telur 3 biji
minyak 1 cawan
susu pekat 1 cawan
susu cair 1 cawan
gula kastor 1 cawan
esen vanila 1sk

* semua ni blend together gether. dah bergaul mesra, off la. jgn lama sgt, less than 5 minit.

tepung gandum 1 1/4 cawan
serbuk koko 1 cawan
soda bikarbonat 1sk
baking powder 1sk

* ayak semua ni, then masukkan dlm adunan tadi. kaup balik saja.

sebatikan semua adunan, then kukus dlm 45 minit ke 55 minit camtu.
make sure air mendidih masa masukkan loyang adunan tadi.
aku guna loyang 8inci tu
cukup masa, check la masak ke idok.

simple kan?
sapsapsoi haaa dah siap. takyah mixer bagai, bahan pun mudah.
takda butter no hal, minyak masak haruslah ada kat rumah kan?
ada yg kata kek minyak ni xmuak makan compare guna butter.
entahlah.. bukannya sekali hadap seloyang ye dok?
cumanya kek minyak ni tak bau wangi mcm guna butter.
oh, aku guna minyak cap Saji. bukan minyak jagung ke apa, minyak masak biasa.
ponnnnnnnnnnnn jadi.
gebu wei


ni ja gambar yg ada. yg sempat ambil. hahaha
masa buat lagilah xsempat sebab ramai assistant.
sabar jelah mak kau ni..
topping pun tak sempat letak, dah setel seloyang.
makan, bagi ke mentua sikit, bagi ke pengasuh Aniq sikit, bawak ke opis sikit.
budak2 suka, mak pak pun suka.
sedappppppp.
oh, aku kurangkan sikit kuantitii gula. and just nice rasa dia.
boleh buat lagi. sebab mudah nauu
yg penting sodappp..

selamat mencubaaa...

Thursday, July 19, 2018

Roti jala + kuah droyan

Assalamualaikum..

now musim droyan kan?
meriah la hai buah
ramai btoi duk share pegi mkn droyan sana sini.
korang suka droyan?
klau tak suka, tak geng!!
hahahaha

aku rasa ntah bnyk mana dah aku mkn droyan 2-3 minggu ni.
awal bulan lepas pegi Shah Alam kenduri kawen sepupu aku, majlis sebelah lelaki.
dah duk area Shah Alam, mlm tu pakat pegi cari droyan.
paknjang kasik duit, haaa nah pegi carik.
kluar la kami pegi pusing cari, dapat la bnyk jugak.
blk tu pakat melantak droyan. aku sorang mau 20 ulas.
adoii..
buah droyan kampung, isi nipis2 dan sedapppppppppp semua.

kat sini pun, abah aku asal beli droyan kang dia roger la.
ingat la dia ke anak tembun dia ni yg suka droyan.
kirim ke cucu dia kata. Amni makan droyan, Aniq tak suka sgt. tapi skang ni diorg mkn rasa2 je. bau kuat kut droyan kg ni, tak berapa suka pulak.
hari tu dia kasik kat aku kopek siap masuk tipuware.
wow sangat ni..
dekat 8 ulas camtu, gemok2 gak la walau droyan kampung.
aku lagi suka droyan kampung dari droyan kawen.
sebab yg kampung ni isi dia nipis so, tak muak makan.
manis pun blh tahan.
klau yg jenis kawen tu isi tebal, mkn seulas 2 dah kenyang dah.
tak feel. hahaha
lain org lain mulut perutnya ye dok?

droyan yg abah bagi tu aku masuk esbok.
dia kirim sekali dgn buah manggis.
haaa tu 1 lagi aku suuuuuuuuuuuuuuuka.
kau bagi aku 3-4 kg takda hal aku nak sesah.
gitu punya suka. hahah
so dok mkn manggis, droyan letak tepi kejap.
pikir2, kang 2-3 hari dlm peti ais, tak sedap pulak.
so, weekend lepas aku pun pikir nak buat apa..



maka terhasillah ini.
bhahahah..
kemain hijau kuning semangat Kedah.
buah droyan dari Kedah, so kita buat roti jala ikut skali la..
gigih aku menjala sabtu lepas.
pikir ke perut punya pasal.
sedapppppppppp..
sapsap soi je nak buatnya..
meh aku share..
roti jala ni lembut sampai petang. sukaaaaaa..

Roti jala :
3 cawan tepung gandum.
3 cawan air ( cawan yg sama)
1 biji telur
garam secubit
minyak masak 2 sudu besar
esen vanila 

blend je smua dalam blender sampai sebati. pastu masuk la kaler apa korang suka.
kalau nmpk pekat, blh masuk air sket tapi jgn cair sgt.
aku guna botol air mineral je utk menjala tu. ni 2nd time buat, so dah terrer sket la kan..
kebetulan ada botol free, tu yg aku buat 2 kaler. bahagi 2 adunan and masukkan kaler pastu blend lagi utk sebatika kaler.
botol mineral tu DIY je. korang tebuk je kat penutup botol tu 4 lubang. guna pembuka tin je.
jgn besar sgt kang tak cun roti jala tu.
aku punya roti jala kali ni tak berapa cun. kasar sket. gasak. janji ada rasa n rupa. hahaha
masak guna frying pan. tak perlu lama2 masak tu, kang keras. kejap je. nmpk mcm dah masak, angkat pastu gulungkan.

Kuah droyan :
buah droyan la opkos kena ada
air
santan
garam secubit
gula
sagu (rendam dulu dgn air)

buang biji droyan tu, ambik isi je. blend isi dgn air sampai hancur pastu masuk dlm periuk.
tambah santan, garam, gula. masak sampai mendidih. utk gula tu kalau rasa tak manis, tambah lah ye.. aku tambah jugak cuma tak la bnyk. sebab bila dah masuk santan + air, droyan tu tak manis mana dah. dah mendidih, masukkan sagu yg dah direndam tadi. kacau2 kejap, sagu dah kembang blh tutup api. kuantiti tu korang agak2 lah eh. nak masuk air+santan tu pun sama lah, jgn cair sgt kang tak sedap. klau cair masuk sagu lebih sket. pekat sgt pun tak best jugak. pandai2 lah..

menu minum petang membawak ke malam.
sedap wohhh...
pastu kuah tu perangat mkn dengan roti bakar pulak.
mavelessss..
cubalah sementara droyan bnyk ni. hehhe



Thursday, February 25, 2016

Sambal telur tergedik gedik

aku sukaaaaaaaaaaaa mkn sambal.
tak kisah la sambal apa pun.
sambal bilis, sambal ayam, sambal telur, sambal sotong.
tapi terpaling suka is sambal bilis and sambal telur.
kalau lauk lain suka jugak buat sambal tapi mcm tak berapa best.
sambal bilis and sambal telur ni kira legend lah.
kalau buat sambal kat rumah, 2 benda ni jalah.
jarang sgt aku buat sambal ayam or lain2.
papa pun dia suka sambal bilis ja.

baru2 ni sesaja nak buat sambal telor gedik gedik.
tgk kat fb mcm bestttttttttttttttt ja.
selalu aku buat sambal telor rebus or telor mata.
kali ni telor gedik pulak.

sama ja mcm buat sambal lain.
bezanya, telor tu pecah sebiji2 dlm kuah sambal.
bila kuah sambal dah masak elok, pecahkan telor.
make sure telor tu pecah elok yeh.
kuning telor tu tak berderai.
pastu jgn duk kacau pulak telor tu nnt.
api biar slow ja, then biar je telor tu masak.
jgn duk kaup balik ke apa ke..
kang pecah, tak best.



patutnya buat dlm kuali besar baru best.
takda la telor tu melekat sgt sama sendiri.
periuk ni tak besar sgt, so rapat2 ja telor tu.
telor dah masak, haa baru kalih or kaup balik ja.




dah siap.
aku buat 4 biji telor ayam.
aku mkn 1 1/2, belen laki habiskan.
dia hairan gak tgk sebab aku tak pernah masak gini.
sekali sekali ubah cara kan?

sedap sebab kuah ngan telor bersatu padu.
yg tak best, kuah jadik kering sket sbb telor dah serap kuah.
pasni kalau nak buat lagi, kuah kena banyak.
makan panas2, gaul2 ngan nasi, sedap oii..

Wednesday, February 17, 2016

Butterscotch cheese

aku tak tau apa nama resipi ni.
tapi basednya roti...
jadi ku hentam saja taruk nama butterscotch cis.
pun boley...
jumpa kat FB.
ramai org duk share.
english break1st la kekdahnya.
senang mak enon nak buat.
dah ramai yg share, kata sedappppp, so hati meronta2.
jomlah kita buat..



bahan2nya :
roti gardenia butterscotch
telur sebijik
susu segar
cheese
sosej - tiada dalam gambar.

cara nak buat.
mula2 rebus sosej dulu.
pastu tekap roti. roti tu kena gelek kasik nipis dulu. aku guna balang kaca je pun. dah nipis, tekap dengan cawan sebab nak bentuk bulat.
kena tekap nipis, kalau tak nnt dia serap habis susu tu.
sosej dah masak, sejatkan. then potong nipis2.
bancuh susu dengan telur. pukul ala kadar saja.
susu kotak kecik tu tak habis pun guna sekotak.
jgn  bnyk sgt unless korang nak buat bnyk la.
kalau setakat 6 keping roti, sikit ja guna.



guna loyang mcm ni sebab nak bakar nnt.
nak guna acuan cupcake pun boleh, takda hal.
masukkan roti yg dah tekap td, pastu masukkan sosej.
then tuang susu+telur tadi.
last tabur cheese.
bnyk  mana, suka hati.
hahahaha.
sendiri nak makan, hantam sajalah.

pastu bakar dlm over suhu 180 selama 20 minit.
dah dekat nak masak tu, dia punya bau membunuh okeh!



agak garing cheese tu.
ni tray ke 2.
teralit, so cis jadi keras.
heheh
tapi sedap ja makan.
tray pertama dah selamat masuk perut.
makan panas2 sedap wohhhh..



Amni punya.
dia sorang bantai 2 ketoi.
sedap katanya.
yg ni ada lebih aku guna bekas cupcake tu.
roti pun yg lebih2, cantum2 jadi sekeping muat masuk dlm tu..
hahahah.. jgn membazirrrrrr..
korang kena try sebab senang ja pun nak buat.
bahan2 la mahal sket sebab guna roti butterscotch tu, then cis lagi.
sekali sekala boleh la kan?

baru2 ni aku buat guna roti biasa.
pun sedap.
masa bancuh susu dengan telur tu aku taruk madu sket.
kalau guna butterccotch tu, roti dia dah sedia manis kan?
guna roti biasa, tak manis sgt la.
so, aku tambah madu sket.
sedapppppppp jugak.
must try ehh...

Thursday, January 28, 2016

Bekal makan Aniq

sejak Aniq blh makan, mmg aku masak sendiri makan dia.
sama mcm kakak dia dulu jugak.
hari2 aku bekalkan makan kat pengasuh.
puas hati anak mkn apa kita masak, air tangan kita sendiri.
bonus, pengasuh tak bnyk kerja sgt nak buat disamping jaga anak kita kan?
lagipun kita blh pantau apa anak kita mkn.
kalau pengasuh yg masakkan, kita pun tak tau apa dia kasik.
budak bawah 2 tahun ni, seeloknya elakkan lah makanan yg manis dan masin.
nak2 bawah setahun, avoid terus.
jgn risau tawar sebab susu pun tawar kannnnn?

sejak Aniq nak masuk 2 tahun ni ada jugak la aku kasik makanan bergula.
kadang2 tak sempat, kasik jugak sup mama yg ada garam.
tapi aku limitkan.
tak rasa sgt manis dan masin tu.
jgn la manissssss nau nau..
tak elok utk diorg.
 


ini bekas makanan Amni dulu.
now turun ke adik.
elok lagi, takda kemik ke calar ke apa.
aku beli kat MilkADeal 4 tahun dulu.
stainless steel ni, sebab tu tahan.
harga, around RM70 lebih kut.
tak ingat, lama sangat dah.

ada 3 compartment, senang nak isi makan.
paling bawah isi nasi@moi.
2nd isi lauk, 3rd isi break1st.
takda la kedap panas sgt, tapi boleh la utk lunch.
kalau buat bubur nasi yg berlauk siap, pakai bekas lain.
yg 1 compartment saja.
kalau nasi + lauk, guna yg ni.
tgk kat online bnyk jenis dah skang ni, tapi mahal wohhhh.
hehehe.
so, kita gunapakai apa yg ada jelah kan?



antara menu Aniq yg sempat snap.
selalunya mlm2 aku masak siap2 lauk dia.
kadang2 aku masak pagi2 tu.
tapi kena bgn pkul 5 la.
tapi utk break1st tu mmg masak pagi2 la.
utk lauk je mlm.
takut in case aku bgn lambat, tak ke huru hara nnt.
pagi2 tu panaskan balik sebelum masuk bekal.
nasi masak pagi2..

menu hari tu nasi lembik+masak lemak labu &ayam.
utk breakfast, roti telur bunga bungaaaa.
hehehe..
utk nasi dia, aku guna beras beli kat padang besar siam sana.
ada beras utk buat moi.
beras tu dah dipatah2kan.
so, nak masak tu cepat lah.
Aniq sukaaaaaaaaaaaaaaalah sangat.
nasi kosong pun dia ok ja telan.
bau wangi ja beras tu.
tapi takda la sama mcm beras wangi tu.
beras siam tp yg biasa.
kadang2 bg juga nasi keras.
tapi dia tak minat sgt, lagi suka nasi lembik.
tak kisah lah dik, janji kau makan.

lauk tu bapak senang nak buat.
masak lemak ni ada yg mudah ada yg berliku sket.
utk dia kadang2 aku tumis kadang2 aku lebur ja smua skali.
masuk santan, air, lauk (ayam@udang) then didihkan.
pastu masukkan sayur yg sesuai ( ubi keledek, labu, tomato dll ).
kadang2 aku taruk kunyit sket, kadang2 tak.
kalau rajin lebih, aku tumis bawang merah+bawang putih yg dah diblend.
pastu masuk santan+air+lauk+serai.
mendidih masuk sayur.
siap.
tak masuk garam gula pun ok sebab ada rasa lemak manis masin santan.
kadang2 masak lemak udang, kadang2 ayam.
senang mak enon.
nak kasik dia mkn, lenyek2 ja.



bekal hari lain.
nasi lembik + sup telur utk lunch.
break1st fries.
kadang2 aku bg jugak fries yg instant, kadang2 buat sendri.
goreng guna airfryer.
no oil...

sup telur tu pun senang ja nak buat.
tumis bawang merah+bawang putih.
nak blend blh, taknak pun boleh.
pastu masuk air.
tumbuk ikan bilis kasik lumat, masukkan skali dlm tu.
pastu masuk sayur (carrot+ubi kentang).
dah mendidih, pecah telur dlm tu.
jgn kacau, biar dia masak dulu.
telur dah masak, tutup api la..
senang kan?
utk mak pak pun kadang ada resipi ni, cuma tambah garam je.

simple2 ja aku masak utk Aniq.
klau weekend tu blh la beriya sket.
tapi Aniq ni memilih gak mkn.
kadang ok, kadang tak.
bukan picky eater, tapi ikut mood.
stress jugak mak kau ni kadang2.
tapi dia mudah la bab mkn ni.
so far ok lagi la..
yg penting, masak sendiri utk dia mkn.
pengasuh pun faham dah, bagi Aniq makan apa yg aku kasik ja.
takda nak kasik bukan2.
cumanya kadang2 dia kasik jugak biskut ke apa.
dan dia pun faham, tak kasik yg manis2 and junk food smua.
aku pun bekalkan skali biskut2 utk jajan Aniq.
biskut dia suka, nasi keras dia tak mau.
pelik kau dik..



Wednesday, January 27, 2016

Agar agar sumi jely gedik gedik



menu minum petang weekend yg lepas.
saja buat layan tekak.
lagipun bapak lah senang nak buat.
aku bantai buat ja ikut suka hati.
aku guna serbuk agar2 yg peket kecik tu.
takda pulak gambar, lupa.

aku share la sket agar2 senang mak enon ni.
guna agar2 serbuk, mmg mudah.

bahan2 :
agar2 sebuk peket kecik.
1 tin susu cair.
air 600ml
gula 1/2 cawan
sumi

masukkan serbuk agar2, gula, susu dan air.
masak sampai agar2 betul2 cair.
agar2 serbuk peket kecik tu bersamaan 1 liter air.
1 tin susu cair dah 400ml, so tambah lagi 600 ml air.
- tapi korang tgk la jugak instruction kat belakang peket tu yeh. kut brand lain, lain pulak sukatannya. kang lembik pulak agar2 tu.
aku guna serbuk agar2 perisa stoberi.
then tambah pewarna merah sket nak kasik terang.
agar2 dah masak, tuang masuk dlm bekas dan sejukkan sekejap.
aku suka guna agar2 serbuk ni sebab agar2 serbuk ni kejap ja keras.
nak cepat masuk dlm peti ais dlm 5 minit.
dah sejuk sket, baru masukkan sumi jely tu.
kalau masuk masa panas2 tu kang cair plak sumi.
nak susun camna, nak letak brapa ketul tu ikut sukalah.
pastu masuk peti ais balik.
makan sejuk2 baru layannnnn..

Amni tengok suka sangat lah dia.
budak2 kan?
tengok benda makan gini memang diorg sukalah.
aku buat tak manis sgt, less sugar.

korang boleh cuba resipi senang nak  mati ni.
+_+

Monday, January 25, 2016

Nasi lemak kak yah

bila entah Amni cakap nak nasi lemak.
mama kata nnt kita beli.
dia cakap, nak yg mama masak.
amboii.
tapi mak berbunga2 gak la sebab anak request masakan mak kannnnnnnnnnnnnn?
hahahaha

selalunya weekend ja aku buat nasi lemak.
malam2 malas sket.
masak pagi, santak sampai mlm la menu nasi lemak tu.
masak banyak siap2, jimat tenaga aku nnt.

so, sabtu lepas tunaikan keinginan anakanda.
budak tu skang ni kurussssssssssss ja.
adeh la.
mak kembang setaman, anak kuruih.
sedih woh.
waktu dia nak mkn, dia mkn la. klau tak, jgn harap
so, apa dia nak mkn, aku buat la.
dengan harapan kau mkn bnyk wahai anak.




nasi lemak kak yah.
ehehehe..

nasi lemak :
utk nasi, masa nak tanak tu, aku masukkan bawang merah yg diblend.
masuk santan, air, bawang merah yg diblend, halia dan garam.
last skali bismillah dan doa supaya masakan aku sedappppppppppppp dap dap.
gitewww.
Amni memang suka.
dia mkn nasi lemak dgn telor rebus ja.
tu pun bertambah2.
sedap nasi tu lah kut..
aku takda la masuk santan bnyk sgt, kang berlemak2 sgt tak best jugak.
ala kadar saja..
cubalah.

sambal :
sambal tu sama jalah dgn org lain buat.
biasa2 ja sambal aku.
cili kering rendam air panas dlu.
pastu blend dgn bawang merah+bawang putih.
then tumis dlm sejam atau lebih camtu.
minyak kena bnyk sket yeh..

masuk air, garam, gula, asam keping.
2 -3 kali tambah air bila dah kering.
aku tutup kuali tu supaya takda la terpercik sgt sambal kau tu.
dah masak, aku campak bawang besar dlm tu.
ikan bilis aku goreng asing.
tak masuk dlm sambal.
nak mkn kang baru curah sambal.
aku suka bilis goreng garing.
nasi lemak aku, mmg gini je lauknya.
aku tak minat sgt mkn nasi lemak dgn sambal lain kecuali bilis.
old skol.
hehehehe

incit suami makan bertambah2.
puan istri senyum sampai telinga..

Monday, January 11, 2016

Roti telur cheese



break1st yg ohsem..
roti telur cheese.
sedap wohhhhh..

roti
telur
cheese
butter/planta
mayonis
sos

pukul telur kasik kembang sket.
ambik roti, kapit ngan cis.

nak sapu butter/planta boleh, tak letak pon boleh.
nak letak sos+mayonis pun boleh.
lagi sedap.
celup dalam telur, goreng atas frying pan.
dah siap, potong 2.
pastu ngap.
sedapppppppppppppppppp..
Amni suka sangat.
sebab ada cis..
hari2 minta roti cis celup telor katanya.
boleh nak, asal kau makannnnnnnnnnnnnnnnnnnnn...

Thursday, January 07, 2016

Kek pisang

1st time buat kek pisang.
selalu beli yg kat tesco tu.
sedap, lembut elok.
Aniq sukalah sangat.
aku bagi jugak ke dia sebab takda la manis sgt.

hari apa ntah, ada pisang kat rumah, mcm teringin nak buat kek pisang.
meh la buat, kasik anak2 makan.
papa mmg slalu bli pisang sebab dia pun suka.
kadang2 pisang emas, kadang2 pisang berangan.
dua tu ja yg laku kat rumah ni.
aniq lagi la suka pisang.
dia kalau dapat pisang, umpama popeye dapat bayam.
boleh gitu?
hahahah.
sebab lepas mkn pisang, mcm kena sugar rush, aktif kemain.
kalau pisang mas tu, skali hadap bule habis 2 bijik.
aku suka pisang berangan.
kadang aku bantai ja buat cekodok guna pisang berangan.
pun sedap.
takpun buat pancake pisang.

kali ni kita buat kek pisang pulak.
mudah je pun.
gigih aku g beli try baru sebab nak buat kek pisang.
heheh..

bahan2:
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecik soda bikarbonat
1 sudu kecik baking powder
1 cawan gula - aku guna gula perang, takmo manis sgt sbb nak bagi Aniq makan
1/2 cawan minyak masak
2 biji telur
3 biji pisang emas dibawa belayar atau pisang berangan

cara2:
ayak tepung+soda bikarbonat+baking powder.
pukul telur+gula sampai kembang. dah kembang masukkan esen vanila and pisang.
pisang tu lenyek dlu ya. aku ramas2 ja dgn tangan.
then pukul lagi kasik sebati telur ngan pisang.
pastu masukkan bahan2 yg di ayak tadi.
last, masukkan minyak then kacau sebati.
panaskan oven, suhu 180.
bakar dalam 40 minit ke sejam.



gigih beli tray baru sebab aku takda tray yg dalam mcm ni.
yg ada tray bulat, tak lawa.
sebab kek pisang kan selalu guna bekas mcm ni kan?
murah je pun, 7 hengget je kut.
loyang tu sapu butter dlu sebelum masukkan adunan tadi.



dah siap bakar.
bau semerbak oiiii..
bau sedap dah, rasa mcm mana????



hasilnya?
tak berapa best kalau bakar.
next time kena kukus pulak.
sebab bila bakar, mcm mudah pecah.
pastu Aniq tak nak  makan sangat.
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. frust mak kau nak.
gigih buat nak kasik anak mkn tau.
maybe sebab tekstur tu tak berapa best.
pasni kita kukus pulak, kalau ko tak makan siapppp.
hahahah.

korang boleh try, sebab senang je pun.
resipi ni aku ambik kat fb je.
ada lagi 1 resipi kek pisang, pasni bule try pulak.

Thursday, December 31, 2015

Laksa sardin

dah lama nak buat laksa sardin.
kawan skolah asyik la share dia buat laksa sardin.
senang mak enon, pastu sedap pak enon.
hahahahah

hari apa ntah, terasa teringin, balik keja pederas g carik barang.
3 kedai pegi baru jumpa daun kesom..
seb baik ada, kalau tak berkubur harapan.

memang senang nak buat laksa sardin ni.
bahan2 pun mudah nak dapat kecuali daun kesom tu la.
nak mudah, tanam sendri belakang rumah.
beli, seikat singgit.
nak guna sikit je, rugi la jugak kan?

bahan2 utk kuah :

sardin 1 tin besar
bawang merah
bawang putih
cili kering
belacan
asam keping
daun kesom
air
nenas
ikan kembong rebus * optional

cara buat kuah. - aku tgk skali resipi laksa by rizalman. jgn main2, rizalman pun pandai buat laksa uolls...
sebelum mula buat kuah, boleh rendam dulu laksa tu. nnt nak rebus tak la lama sgt.
masak air, betul2 mendidih, baru masukkan laksa. dah masak laksa tu nnt, sejatkan.

mula2 kupas bawang merah+bawang putih.
utk setin sardin saiz besar aku guna dlm 6 ulas bawang merah sederhana besar.
5 ulas bawang putih.
cili kering dlm 6-8 tangkai.
bergantung tahap kepedasan yg korang nak.
pastu kupas nenas, ambik dlm 4 keping nenas tu.
belacan dlm besar ibu jari
blend smua benda tadi = bawang merah+bawang putih+cili kering+nenas+belacan.
dah hancur lebur, tuang masuk periuk.
pastu blend pulak ikan sardin.
tuang smua kuah dan ikan, pastu blend.
tapi aku asingkan dulu tulang sardin tu.
ni optional - kebetulan ada 3 ekor ikan kembong@temenung dlm esbok.
aku rebus kejap, asingkan isi dgn tulang, then masukkan sekali dengan ikan sardin tadi.
pastu blend together2.
make sure smua bahan blend tadi, halusssssssssssssssssssssssssssss..

dah siap blend, smua curah masuk dlm periuk.
tambah air, campak masuk asam keping.
rebus naik smua.
agak mendidih masukkan daun kesom.
bnyk pun best jugak kang wangi 1 rumah.
pastu perasakan dengan garam +gula.
dah mendidih, bule tutup api.
siap!!
senang je kan?

utk bahan sampingan mudah je pun.
timun
bawang besar
daun salad
nenas potong dadu
telor rebus
limau nipis
 



telor rebus kat bekas lain.
isi dlm bekas ada partition mcm ni senang keja.



my 1st time laksa.
muahahaha.
ni 1st time aku buat laksa tauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..
aku bukan penggemar laksa sgt, mkn jugak la kalau teringin tu.
walau 1st time buat, sedap laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa hai!
hahaha
tak caya hampa try.
kalau laksa biasa, tak masuk sardin tu  kan?
pakai cili kering bawang blablabla tu la.
pastu kena bersiang ikan, rebus pastu asingkan isi tu pulak kan?
renyah.
laksa sardin senang nak mati.
tak masuk dah ikan rebus pun ok.
tapi dah kebetulan ada kat dlm esbok, simpan lama2 kang keras kejung ja ikan tu, makanya aku humban skali dlm kuah laksa.
pon sedap.
aku mkn ulang2 hari tu sebab sedap.
tambah kicap sket and perah limau nipis.
memang terangkat wohh.

dah teringat2 pulak dah ni.
nak buat tu takda hal, nak mencari daun kesom tu la.
hahahah.
skali skala buat ok la.
dah masuk menu baru selain bihun sup and soto.
hihihi.. tu ja yg aku kerap buat kat rumah ni.
menu pelik2 jgn dicuba kang takda sapa makan, rogi.
korang yg suka laksa tu bule la try.
yg tak suka pun bule gak try, ubah selera.
hehe..

Thursday, December 17, 2015

Sup suhun+telur

Bila ntah ni, perut terasa nak makan sup suhun.
perut kalau dah terasa nak makan, balik rumah kena buat jugak.
tak bule tukar menu.
seb baik semua bahan2 ada kat rumah.
nak buat pun senang mak enon.
ni aku main hantam je pun.
Alhamdulillah, sedap la jugak.
ahahaha..

Bahan2:

suhun dan fucuk kering
sayur : ubi kentang+carrot
fishball - optional
bawang putih
telur
ikan bilis
garam+gula

Cara2:

mula2 rendam suhun dan fucuk dulu biar kembang.
klau terus masuk masa masak kang dia serap air.
rendam air biasa pun ok je, tak payah air panas.
basuh ikan bilis dlm 20 ekor camtu.
dah sejat, tumbuk hancur ikan bilis tu.
then tumis bawang putih dlm 2 ulas.
masuk air and ikan bilis yg dah tumbuk tadi.
kacau2, then masukkan ubi kentang.
biar rebus agak empuk dulu.
pastu masukkan carrot, fish ball, fucuk dan suhun tadi.
dah mendidih, perasakan dengan garam+gula.
last masuk telur.
pecahkan sebiji demi sebiji yeh.
jgn dikacau telur tu, kang hancur tak sedap.




done!
simple tapi sedap.
nak guna kiub ikan bilis pun bule, ikut suka.
aku mula2 buat tawar sebab nak bg Aniq.
dah cedok asing utk dia, aku tambah garam pulak utk  mak pak makan.
senang keja mak kau.



lawan sup tersebut.
ikan darat goreng+sambal belacan.
makan masa panas2, bertambah nasi.
huahuahua..

sup suhun ni macam2 versi ada.
bahan pun mcm2 jugak.
terpulang pada citarasa masing.
campak la apa pun, takda sapa nak marah.
masak ni tak payah ikut buku sangat.
yg penting kena kreativ dan rajin.
kalau malas, apa pun tak jadi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...