Showing posts with label OUM Convocation 23. Show all posts
Showing posts with label OUM Convocation 23. Show all posts

Wednesday, October 09, 2019

OUM Convocation 23 : Hantar jubah, ambil transkrip dan gambar

Assalamualaikum..

dah selesai konvo hari Ahad tu, aku tak terus hantar jubah.
kalau nak hantar terus selepas konvo pun blh, ada disediakan guide utk penyerahan jubah dan slip gambar konvo.
pihak OUM bag tempoh sampai 30hb Sept utk hantar jubah di OUM induk.
lepas tarikh tu kena denda sehari RM10 dan tak blh hantar secara pos.
turun saja dari pentas konvo, ada staf akan bagi ko slip utk gambar.
ada nombor kita sendiri dan jgn hilangkan. slip tu nnt kena drop kat box di luar dewan nearby photobooth utk proses pengeposan gambar konvo.
utk graduan luar KL, yg balik terus lepas konvo, slip tu kena serahkan.
kalau tak, kang tak dapat gambar konvo. rugi oih
kat luar dewan tu, photog yg dilantik ada buka booth utk yg nak ambil gambar studio.
yg berminat, silakan.
aku malas hahaha.

kami gerak balik ke Perlis hari Isnin.
lepas checkout dari apartment, kami gerak ke OUM utk hantar jubah and ambik gambar.
dari apartment tu rupanya sekentut ja. hahaha
tak jauh pun. jauh tu sebab kena pusing2.
mmg plan nak hantar sendiri hari Isnin tu sebab nak jugaklah merasa masuk OUM induk kan hehe..
kalau hantar terus jubah lepas konvo, blh dapat terus transkrip.
tapi gambar mmg kena pos jugak la.
tapi kalau next day, blh collect both.
so dah alang2 mmg nak balik Isnin, kita sekalikan.

-- utk pengambilan jubah,ceritanya di sini.



here we are.
actually OUM ni bangunannya ada kat dlm International University of Malaya.
kami guna google maps. memula tu confius jugak. yelah mana nak tau kan hehe
besar jugak kawasan tu.
salah tgk signboard. kami baca sekali lalu, tgk kat Building A.
pastu pak incik park kat nearby then aku pun menapak la peginya.
skali bukan Building A but Zone A.
nun di seberang.
tak la jauh tapi peluh gak la jalan tu sebab tghr dah hahaha.

aku datang dari other side so mula2 tak nampak bangunannya.
then nampak few people jalan bawak paper bag OUM, so terjah tanya.
then they show me the way.
dont worry katanya sebab ada ja signage yg OUM letakkan so you never lost hehe.



dah masuk
ada guard dan friendly.
bagus eh smua staf OUM ni..

so, mula2 kita g hantar jubah dulu.


walau ruangannya tak besar mana, tapi semuanya smooth saja.
masuk bilik tu ada kaunter sebelah kiri.
show up ur IC then pass the jubah.
they will check if anything happen to jubah.
please make sure the jubah is complete set.

then, just wait at the sitting area. 
rasanya tak sempat buat apa dah naik nama utk collect transkrip dan skrol.
numbering system diorg bagus.
yelah, dah konvo ke 23 ye dok?
mestilah improve year by year.
check kat scroll and transcript if everything ok, then you are done.
laju dan efisien.

next is kutipan gambar konvo.



ramai kan?
tapi laju, percayalah. hehe
staf diorg ramai. aku tak ingat pulak nama kedai gambar ni.
laju betul diorg buat keja.
ada yg beli frame so diorg siapkan kat situ and wrap siap.
segala jenis alatan semua depa bawak so kerja jadi laju dan mudah to both side.

utk collect gambar ni kena bawak slip yg diorg bagi masa turun dari pentas.
sebab yg tu nombornya lain pulak, so jgn hilangkan.
nnt staff akan tanya of kita nak tambah frame gambar, nak letak filter tambahan kat gambar tu, nak itu nak ini. semua setel kat situ ja.
if not, setel ambik blh balik.
yuran konvo yg bayar masa bulan Ogos lepas dah include dgn pakej gambar ni.
ada tambahan gambar yg ada nama and course, so aku ambik yg tu ja, RM30.
utk pakej, ada 2 keping gambar (2 saiz) masa terima skrol + 1 cd.
then ada 1 gambar size 5r free candid selepas terima skrol.
part tu aku perasan mmg ada cameraman kat hujung pentas, so masa lepas terima skrol, nak jalan turun pentas tu aku mmg stop and pose kat depa.
hahahaha. so gambar yg tu cun la.
ada ja yg laju berjalan tak tgk mana2 dah. rugi la kan ehehe.
soon aku share, lupa pulak bawak cdnya.

then kat sebelah sana, ada few candid pictures masa konvo.
if ada gambar kita so blh beli.
but, so sad takda pun gambar aku hahaha
aku perasan takda pun cameraman naik atas.
dia snap kat area bawah je.
sokay.. no worries

dah setel semua, dah jom balik.
but before that...


selfie first
hahahah.
gigih weh.
sebab pegi sorang, sapa nak ambikkan ye dok?
rugi pulak tak ajak Aniq, klau tak dia blh ambikkan hahaha.
ada la 2-3 org duk lalu lalang situ, dont care, selfie jelah.
bukan selalu pun nak datang sini kan?




gigih uolls
kehkehkeh...

anyway, tq OUM for the journey.
sepanjang pengajian aku yg panjang ni hahahah eh, semuanya smooth saja.
berurusan dgn para staf OUM pun mudah dan sangat membantu.
walaupun semuanya di sini secara online, semuanya adalah mudah dan jelas unless ko tak paham dan agak buta IT.
utk org yg tak berapa nak menghadap komputer, ko agak tak sesuai utk belajar di sini.
diorg semuanya online takdanya nak hantar2 surat bagai.
terlepas info di online portal, habis.
so kena sentiasa alert dgn portal depa.
hebahan semua melalui portal. send assigment pun online saja takda offline dah.
segala borang semua online and ada systemnya.
ada je dlu classmate aku yg  tak berapa faham penggunaan portal OUM. jenuh jugak nak mengajarnya  dan pernyataan dia buat ko rasa nak hantuk kepala. haha
katanya susah la sebab dia jarang tgk komputer.
now zaman serba canggih semua di hujung jari. so you have to change ur style.
gittuhhhhh



Thursday, October 03, 2019

OUM Convocation 23 : Pengambilan Jubah dan Smart Card

Assalamualaikum..

sebelum konvo haruslah ada pengambilan jubah.
utk konvo, aku kena sidang 3 on 22hb hari Ahad.
sidang 3 majlis bermula 830 pagi.
pengambilan jubah 21hb start 8.30 pagi - 5 ptg.
lokasi sama dgn majlis konvo, PWTC.

kami sampai rumah abg aku mlm tu pukul 2 pagi dari Perlis.
overnight sana semlm.
esok pagi bagi peluang pak incik tidoq dulu.
tghr lepas zohor baru gerak ke PWTC.
sampai sana dlm pkul 3 ptg.
nak masuk dlm dah 1 hal, tergagau2 jugak la. hahaha
yelah , ni 1st time kuttttttttt..
dia tanya aku, pastu aku tanya dia.
tengok kereta meriah jugak park kat luar.
kami cuba nasib nak masuk park kat dlm and guard bagi je.
nak  masuk parking pun 2-3 kali turun naik. sudahnya park kat level 4.
lengang je kereta. gamaknya org taktau then park luar saja.
nak g ambik jubah, aku pegi ngan adik aku, papanya ngan tok umi tunggu dlm kreta sebab anak2 tidor
dari parking nak masuk bangunan pun menggagau..
berpusing2 jugak kami 2 org.
terjumpa guard, so tanya dia then dia tunjuk jln.
ambik jubah di aras 3.

naik je aras 3, dah ada staf OUM kat sekitar tu.
so diorg nnt tunjuk jalan.
mudahlah sebab signage ada diorg lekatkan.
utk masuk ambik jubah, hanya graduan saja blh masuk.
so adik aku tunggu luar kejap.



jelas.


pandangan dari pintu utama.
besar jugak bilik ni.
masa ni org tak ramai mana pun.



masuk je, terus ke kaunter sebelah kiri pintu.
then kena show up ur IC.
staf akan check dulu then dia minta korang duduk tunggu nama dipanggil.



tu ada label kaunter 1 dan 2.
ruang menunggu di hadapan kaunter 2.
kaunter 1, semakan.
kaunter 2 pungutan smart card.
nnt bila nama dipanggil, staf akan berikan smartcard.
then akan didengarkan bacaan nama kita.
kena tgk ejaan dan sebutan betul atau tak.
sebelum ni pun kat portal OUM dah kena semak if ada perubahan bab ni.
sebab yg ni akan disebut masa hari konvo.
dan maklumat graduan utk dicetak dlm transkrip dan skrol.

tempoh masa menunggu tu pun kejap.
ko baru duduk, sempat snap sekeping gambar, dah nama ko dipanggil kat kaunter 2.
bagus.
laju nau.


kaunter 2.
ada 4 skrin so proses laju.



then kaunter 3 kat signage IN tu.
situ utk pengambilan jubah.
if semua clear di kaunter 1 & 2, so blh terus proceed ambik jubah.
if anything like ada hutang, kena selesaikan dlu.
ada 1 lagi kaunter di sebelah kanan pintu masuk.
kaunter bayaran.
Alhamdulillah aku clear semua dah.

ambik jubah then diorg akan bgtau utk kita cuba di bilik sebelah.
if anything senang nak tukar.



ramai juga kat bilik persalinan ni.
masing2 nak test dulu and tgk keadaan jubah.
aku takda kenal sesapa, so redah jelah.
then ada la 2-3 org then beramah mesra.
kena ringan2kan mulut dan maniskan muka bila di tempat mcm ni.
ada yg tak tau senang nak tanya kan?
ada la 2-3 org kami duk cuba kat situ dan masing2 saling bantu cara pakai jubah ni.
jgn keraskan sgt muka tu ye dok?
kang ko yg rugi.
tgk jubah semua ok, so blh balik.

hari tu semua graduan akan dapat 1 set jubah, 2 kad jemputan dan 1 smart card.
kad jemputan kena show up masa nak masuk dewan utk tetamu.
smart card graduan kena bawak hari konvo esoknya.
kalau takda kang nama tak naik ha padan muka.


kat aras 3.
lengang je hari ni.
tak crowded sgt manusia, so blh la pose dgn aman. hehe
setel semua gerak pegi check in service apartment nearby PWTC saja.

kisah convocation day ada kat sini : OUM Convocation 23 : The Convocation Day


Thursday, September 26, 2019

OUM Convocation 23 : The Convocation Day

Assalamualaikum...

April lepas, aku check, Alhamdulillah nama naik utk kelayakan konvo.
Thank you Allah...
ada kisahnya kat entry nih

so, bila nama dah naik, of coz la suka and nak pegi majlis tu.
mak aku kata tak semangat dah sebab lama sgt aku belajarnya hahha
hampehhh kut la nak bagi support dikutuknya aku lagi. hihi
so, end of August kena setelkan yuran konvo which is RM350.
so, bila dah bayar takkan tak mau p ye dok?
ehh susah payah wei aku belajaq, nak la merasa terima scroll.
lepas ni tak tau ada ka dak lagi peluang tu..

bila masuk early September, kita buatlah persediaan apa yg patut.
segala info berkaitan konvo, ada kat page ni.
OUM ni semuanya online. takdanya nak hantar2 surat ke apa.
ko check je semua kat portal dia, lengkap.
diorg punya portal mmg terbaik. sesuai sgtlah dgn status universiti utk pengajian jarak jauh.
majlis on 21-22 hb 9 di PWCT.
aku kena sidang 3, sesi pagi on 22hb.
utk 21hb, sidang 1 & 2 utk penerima PHD dan masters.
sidang 3, ijazah dan ada juga masters. sidang 4, diploma and ada juga ijazah tapi tak ramai.

kami bertolak ke KL on 20hb. dah petang baru gerak dari Perlis sebab pak incik bz nau.
sabaq jelah. keja opis tak habis2 walau cuti.
anak2 pegi sekolah dulu pagi tu. plan asal lepas Jumaat, tapi Allah yg tentukan semua.
papa pegi nak buat balancing kereta, skali keadaan tayar tak mengizinkan utk jln jauh.
tayar tu pun dah almost 2y, so nak taknak kena tukar.
sadisssss.. tukar 2 bijik.
seminggu sebelum tu dah tukar bateri and servis minyak bagai.
so, sedap la dia drive nak jln jauh ni.
dah semua setel, baru gerak.
sampai rumah abg aku kat Subang dlm pukul 2 pagi.
berenti RnR adalah 2-3 kali, kasik papa rest sapkok dlu.
anak2 tidor so mudah keja mak ni..
aku ada la terlelap kejap, most of the time teman papa drive.
dia mlm takda hal, tapi risau la jugak kan..

memandangkan lokasi agak jauh, then aku kena sesi pagi so abg aku nasihatkan kami ambik je hotel yg nearby PWTC.
then aku booking service apartment kat Jln Sultan Ismail.
so, next day tu gerak utk check.
sebelum tu singgah PWTC utk ambik jubah.
yg tu later aku share.

hari kejadian, 22hb, pagi2 dah bgn siap.
pkul 730 pagi booking grab.
anak2 stay dgn apaknya dulu kang baru depa gerak ke dewan.
dari penginapan kami, 2.7km je. caj grab pun RM6 saja.
blh je jln kaki tapi peluk keti sket la hehe


I'm here..
merasa masuk PWTC hahaha
ni kat entrance kat lobby. masa ni tak ramai lagi manusia, dlm pkul 8 camtu.
tghr tu segenap ceruk ada manusia. huhu


mak aku ja yg datang, abah taknak datang.
sokay tak kecik hati pun sebab tau dah abah aku tak minat sgt nak travel jauh2 ni.
so aku ajak adik aku, Afizah join skali utk temankan umi kat dlm dewan.
takda la dia keseorangan nnt..

then kami naik ke aras 4.
majlis kat dewan besar tu, dewan persidangan UMNO.
aku kata ke mak aku, merasalah masuk dewan ni hahaha



sebelum masuk ke dewan.
lengang lagi masa ni kat aras 4.
silap pulak tak pose2 dulu kat feature wall convo sebelum masuk dewan sementara takda org lagi.
ada few spot jugak diorg buat.

then ada panggilan utk para graduan berkumpul.
tak dibenarkan bawak apa2 kecuali handphone dan smartcard yg diberi masa ambik jubah.
so berpisahlah aku dgn umi and Afizah.
diorg pun gerak utk ke laluan jemputan.
sorang graduan dapat 2 pas masuk then kena show up masa nak masuk dewan nnt.



graduan berkumpul kat luar sebelum perarakan masuk ke dewan.



ada numbering, so follow je ikut number pada smart card.
aku punya number is 334. aku usha dari jauh, rasanya numbering tu almost 800++.
1 barisan dlm 20 org. depan belakang aku lelaki.
sebelah is girl so blh la buat ramah mulut sembang2 betulkan jubah.
yg ni semua graduan ijazah.
kalau selendang kuning, masters. ungu utk diploma.
diploma sidang 4, petang pkul 2



my smart card.
Bachelor of Information Technology.
ambik gambar if lupa number hahah



perarakan masuk ke dewan. petugas @ staff OUM sedia ada everywhere utk bantu mana yg lost.
gud job!



almost entering the hall.
dah start debar hahaha..


the hall.
merasalah duduk dlm dewan PWTC.
luckly aku dapat seat hujung sekali, so jelaslah pemandangan tu.
kiri dan kanan dewan is para graduan. tgh2 utk jemputan @ ibu bapa.
utk graduan masters, kat barisan hadapan.



sempat selfie tapi sekali jelah.
malu uolls.



umi and adik aku duduk kat bahagian atas.
pusing2 mujurlah nampak.lambai2 baru diorg perasan.
nmpk sama je smua umi kata



speech from the VC.
panjang berjela jugak ucapannya.
dah setel terus start dgn penyampaian kepada graduan masters dulu.
then baru ijazah.



sorang je yg lulus dgn cemerlang.
apa ke susah sgt subjek ni hahahaha



here we go.
seram sejuk jugak oi nak naik atas tu. hahaha

turun utk ke pentas, staf OUM akan tunggu dan bantu.
diorg tolong pegangkan handphone kita so no worries.
tapi ada je yg bwk hp naik. nmpk sgt la dlm skrin tu ko duk pegang hp masa terima skroll.
dah tak lawa gambar nnt. yappadaaaa..
sebelum naik pentas, masa berbaris tu, kena serahkan balik smart card pada staf bertugas.
nnt diorg touch card tu pada reader then nama korang akan naik sekali dgn sebutannya.


done!
I made it!
Alhamdulillah...
after all the struggle here and there.. Tq Allah.

ada 2 graduan buta, perempuan.
1 dewan bertepuk kuat. kuat sgt semangat depa kan?
kali ni ada sorang graduan umor 88 and 87.
hebat kan?

dlm pukul 11.30 camtu dah habis.
blh keluar dewan.
dia punya sesak tak leh bincang.
mujurlah ada handphone kalau tak, tah cemana nak carik mak aku.

proses graduasi yg ringkas dan mudah.
smooth sgt prosesnya
Tahniah OUM dapat aturkan sebaik mungkin.
no rehearsel but everything run well.
sistematik betul pengendalian diorg.
staf pun baik2 manis je muka semua.
bayangkan students yg almost 1k datang dari segenap ceruk, yg berusia, yg 1st time datang ke sini, taktau mana nak tuju tapi semuanya dikendalikan dgn baik.
konvo cuma 2 hari tapi utk sampai ke hari tersebut, berbulan persiapan kena buat.
aku  tau sebab aku pun pernah be a part of graduation day kat uni aku walau cuma ajk kecil.


segenap ceruk ada manusia.
nak jln pun terkepit2 .
yg anak duk menangis, yg berkerusi roda, kesian tgk.
tapi ni pemandangan biasa masa konvo kan?
kat uni aku keja ni pun samalah, bezanya kawasan lebih luas so tak nampak crowded tu.
kat pintu yg terbuka tu ada meja dan kerusi, so blh duduk lepak situ.



every level sesak.
graduan ijazah dah almost 800++, then kalikanlah dengan parent sedara mara lagi.
a day before utk sidang 1 & 2 tak ramai mcm ni aku rasa.
sbb masa ambik jubah tu aku tgk mcm ok je suasananya, tak la sesak sgt.

then dah jumpa, carik la 1 spot utk ambik gambar kenangan.
tu pun jenuh menyelit.


dpt la 1, jadiklah
tu pun kat depan aku rebut2 org duk tunggu nak take turn.
so kita pun buat selaju mungkin hehe

tak lama pak incik sampai dgn anak2.
aku suruh dia park nearby je tak payah naik dah.
kesian ke anak2 bila sesak mcm ni.
kami turun ke lobby the ambik gambar kat situ jelah.
tak la sesak sgt.


1 with my small family + tok umi tersayang.



1 with my family.


1 with harta dunia akhirat.


1 with partner in crime hahahaha
laki aku bukanlah pembakar semangat aku pun dlm masa aku pjj ni.
jahat ke ayat aku ni? hahaha
dia tak halang dan dia tak suruh.
bila aku give up, dia kata terserah aku utk go on or nak off.
tgk pada kemampuan sendiri katanya.
kalau dia paksa, dia kata yg nak hadap tu semua aku.
dia takda la nak pompom kan aku suruh belajar lagi dan lagi.
kalau taklarat dia kata stop jelah. awak nak kejar apanya, tak cukup ke apa ada ni?
laki aku ni spesis bersyukur apa adanya hahaha.
pjj ni tak mudah ye. taktaulah pada org lain.
pada aku agak berat. kerja, keluarga dan belajar.
kena kuat dan pandai manage time.
tapi, laki aku ni bnyk tolong aku la sepanjang aku belajar.
bila mlm aku nak setelkan assignment, dia la akan tgk anak2.
aku pegi kelas, kalau dia ada, dia jagakan. tapi selalunya aku tinggalkan dgn mak @ adik aku sebab kelas hari Sabtu dan dia keja. cuma kalau kelas petang ha dia jagakan.
pernah dulu masa pregnant, ada la dia tolong2 aku carik bahan utk assignment.
lepas tu ada jugak dia bantu bila ada yg aku taktau. sebab keja dia pun dlm bidang IT tapi more to teknikal.
pernah jugak dia drivekan utk aku masa pegi exam sebab tgh pregnant dan tak kuasa nak drive.
exam tak lama, so dia tunggulah aku kat bawah.
lain2 aku pegi sendiri ja sebab lepas exam blh merendek hahaha..
lagipun tulah masa utk aku me time.
lepas kelas, p layan movie sorang2. apa ada hal..



dan inilah hasil selepas kawen dan hasil sepanjang mama belajar.
so, blh agak tak berapa lama masa aku ambik tu.
hahahaha..
bila kira sepanjang aku study ni lama jugak aku extend.
ada sampai setahun lebih. masuk 1 semester, extend lagi 2 semester.
kekangan masa dan kekangan duit. dan cerita kita takkan pernah sama.
mungkin ada yg laluannya lurus saja, mungkin ada yg berliku.
tapi Alhamdulillah semua dah setel.



walau cuma segulung ijazah, besar maknanya pada aku.
bnyk jugak cabaran yg aku hadap.
bab duit tu, meratalah koreknya nak bayar yuran.
takkan semua nak cerita ke org kan?
aku tak mampu nak bayar sekali gus. nak ambik bnyk paper pun tak mampu sebab nnt yuran lagi naik.
kadang2 bila takda duit aku ambik 1 paper je utk 1sem.
sebab tu aku lambat habis.
mostly aku ambik 2 paper. selain dari hal yuran, aku boleh fokus.
ambik bnyk paper kang aku yg teruk nak study.

2 kali pregnant, 2 kalilah aku extend lama.
masa Amni aku teruk sgt alah.
waktu tu aku ambik 3 paper, skali pregnant.
habuanlah. alah teruk nak drive jauh tak larat walau cuma Kangar - Jitra.
pak mentua aku kesian sgt dia tak bagi aku pegi kelas. risau.
so, aku kandas teruk sem tu.
yuran dah bayar utk 3 paper, sedih woo.
exam 1 paper ja aku ambik, assignment pun sama.
lagi 2 aku tuang so dpt la gred F for the 1st time in my life hahahah
lepas Amni umor setahun kut baru aku sambung balik. almost 2y aku extend.
rugi masa dah tapi apakan daya. masa tu pulak pak incik keja Sabtu Ahad, so apa pilihan yg aku ada.
masa pregnantkan Aniq pun sama cuma tak la lama sgt aku extend.
setahun je.
pastu masuk balik, then extend balik. hahaha



TQ Allah
buat masa ini mungkin tak bnyk membantu ijazah ini dlm kerjaya aku.
but siapa tahu satu hari nnt ada rezeki yg Allah janjikan utk aku.
pengalaman sepanjang belajar ni bnyk sgt.
kenal dgn tutor yg baik2, dan kawan2 baru.
belajar bnyk benda baru. tu lagi berharga dari semua.

TQ OUM for this opportunity and the great journey..
perjalanan yg panjang namun besar maknanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...