Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Thursday, September 09, 2021

Amni Maisarra turn 10!

 Assalamualaikum..

bulan lepas, 29hb Ogos, anak dara nan seorang dah cukup 10 thn.. anak dara sgt dah.. then plan lah sket nak buat makan2 utk kami2 je pun. nak happykan anak2 kan. budak2 ni kalau besday, ada kek ada belon, ada hadiah, haa cukuplah.

kebetulan besday dia hari Ahad, so just nice. Isnin aku cuti sbb selasa cuti Merdeka. so, sekali harung hehe.. 

majlis buat petang, selepas Asar. plannya nak mkn kat luar, kat laman. outdoor lah kononnya, sekali hujan lah pulak. so, masuk dlm rumah kembali hehe.. aku tak jemput sesapa pun. musim2 sekarang ni kan? lagipun kat rumah kami ni, jiran belah kiri apak mentua and kak ipar, jiran sebelah kanan pak sedara. ha cukuplah. tapi sbb hari hujan, aku tapawkan jelah kat diorg. pack siap2 makanan yg ada, then hantar ke sana. tapi adik aku yg duduk nearby tu datang lah suami isteri. diorg yg duk jaga anak2 aku kalau aku gi keja sekarang ni. pastu sepupu aku datang 2 org. pun sbb duduk nearby ja. rumah diorg ngan rumah aku dlm 3km je pun. dan sekarang dia duk ngajar budak2 ni tuisyen. 

pagi tu takda buat apa2, masing2 buat bodoh je. Amni dah mcm krik2 dah haha. dia hari2 duk tanda kalendar bila nak sampai besday ni. dah hari kejadian, mama buat taktau je hahaha. tghr sket bila kawan aku datang hantar kek, baru muka manis sket. lepas Asar suruh dia mandi siap2 mulalah keryehhh ja. bila adik aku sampai, kami mula la pasang2 belon tu smua. seronok lahh. budak kan?

 

 

birthday girl. anak dara nan seorang. umur dah 10 thn. kadang2 mcm dah matang, kadang2 mcm budak2 lagi hehe. tgh fasa membesar skang ni. kuat merajuk pun ya ni. sabaq jelah aku. garang blh tahan. dgn adik tu payah la nak mengalah.  

 

backbone mama pun ye dia ni. yelah anak sulung kan, perempuan pulak tu. haruslah kena tolong mama hehe. kadang mama keras, tapi tak bererti mama marah atau benci. semuanya utk mengajar kamu. sayang mama pada kamu, hanya Allah yg tau wahai anak.


us. keluarga kecil kami. Alhamdulillah utk rezeki kami anak beranak. walau tak mewah, tapi tidaklah sampai meminta2. Terima kasih Allah..

 

disebalik nak dapat gambar yg elok, yg sudahnya takda pun gambar sekeluarga yg elok hahahah. Aniq ni mmg takleh sungguh la dgn besday kakak. dia punya tak puas hati dah bertahun ok. sbb besday kakak dulu dari dia. adoiiih. besday dia bln 9, kakak bulan 8. kenapa mama beranak kakak dulu? Allahuu. 

tgk la muka duk keryau tu. masa kami duk nak ambik gambar tu, dia duk celah sofa duk keryau. jenuh la apaknya pujuk. muka dah mcm apa. lantak hang lah dik oii. penat mak nak layan dah


seronok sgt Amni ptg tu. peluk mama 2-3 kali ckp terima kasih mama. hehe. anak aku ni walau garang, tapi hatinya tisu heheh.


walau mama papa ada kekangan yg hanya mama papa je tau, tapi usaha utk bahagiakan anak2 tetaplah priority. kita bahagia cara kita kan? tak perlu  ikut cara org lain, ikut kemampuan kita sendiri. biarlah sederhana janji kita semua happy kan?

 

kejap baik kejap gaduh 2 beradik ni, tapi both sayang each other. waktu main elok kemain galaknya. waktu gaduh ha blh tahan lawan menjerit. biasalah kan, nama pun budak. tapi kalau salah, dua2 mak sesah hahah. Aniq tu mmg sentiasa ingat kakak, takleh jauh. tapi kakak selalu tak heran sgt ke Aniq. sbb adik suka kacau hahaha. kakak dah besar selalu nak buat hal sendiri. adik baru 7 thn, duk ajak kakak main mcm2, mana nak dilayannya. pastu gaduhhhhh. adoihh

 

yg box dari mama, yg dlm paperbag dari maknjang (adik aku). walau cuma 2, tapi sebenarnya hadiah dlm tu bnyk hahaha. mama taktau nak beli apa, beli je komik kegemaran dia. kemain seronokkkk haha. sbb dah lama tak beli. saja tak beli selalu kang dia asyik dgn komik ja. then belikan pen gedik2,  stationery bagi dia. seronoklah.. maknjang bagi baju tidor, buku nota & pencil case baru siap ada nama. seronokkkk lah dia. 

 

one with cikgu makteh. close cousin jugak ni, rumah pun nearby saja. dia sekarang tgh tunggu utk viva master, so kat rumah jelah. tu yg aku minta tolong ajar budak2 ni tuisyen. utk Amni subjek mate, utk Aniq more to bacaan la sbb dia tak lancar sgt. budak2 ni pun happy belajar dgn makteh. seminggu sekali ja. at least ada benda yg diorg buat selain duduk rumah tak kemana musim ni. 

jom tgk menu yg ada petang tu.. dah buat lepas asar, so menunya ringan2 saja utk minum petang.


main dish, bihun goreng. ni aku minta adik aku gorengkan hahah. kut aku tak sempat. nak kemas rumah bagai, so minta tolong dia lah. aku kasik duit ke dia, ha pandai2 lah edjasnya hehe. dah request siap2 jgn pedas kang budak2 ni takleh makan. 3 bungkus gorengnya. sbb nak tapawkan ke jiran nnt.


kek birthday Amni thn ni. saja aku orderkan kek batik indulgence. yg semua org mkn. mls nak order kek yg heavy, yg  hias mcm2 sbb end up takda sapa makan. kalau kek ni, semua suka dan blh simpan 2-3 hari dlm peti ais. kek ni mmg aku dah biasa order dgn opismate aku, mmg sedap.



yg ni makteh sponsor. dia bgtau hari tu nak belikan Amni kek. order dgn kawan dia kut. tgh trend skang ni. kek gulung biasa ja, tapi dah design mcm ni, terus wow jadinya. dan kek ni pun sedap. lembut! budak2 ni suka. Aniq mkn bnyk jugak.


yg ni order dgn makteh. sepupu aku tu mmg duk buat sandwich jual. bnyk jenis juga dia buat. aku order yg ni supaya budak2 blh makan. yg dia nak sponsor tapi aku tak kasik. mmg dah niat nak order pun, nak mkn ramai2.

so, semua kau order, apa yg kau masaknya hahaha. aku gorengkan keropok ikan sebalang besar + bancuh air sarsi. ok lah kan hahaha. nak relax2 ja. sbb tak da jemputan ramai pun, orderlah makan sket2nya. simple je pun. 

and now duk terpikir utk majlis Aniq pulak hujung bulan ni. dia dah request kek mama pulak. hari tu nak kek cheese, ni nak kek coklat pulak. apa2 sajalah anak oi..


Thursday, September 17, 2020

Amni Maisarra turn 9

 Assalamualaikum..

 **lamanya tak update, so meh la share2 sket ceritanya..

 

29 Ogos lepas, anak dara nan seorang dah cukup 9 tahun.

Alhamdulillah.. diberi Allah kesihatan yg baik, cerdik belajar, lalu makan, cergassss ja sentiasa. now dah bambam sket dia. sejak PKP, asyik mkn ja, membawak ke sekarang. hehe. sokay kakak, makanlah sementara awak ada selera ni. tak halang, cuma mak kontrol mana yg tak elok je.

hari kejadian, kami kluar dinner kat SR. sajalah bagi dia seronok kan? selagi anak2 nak ikut, selagi tu mama akan celebrate besday utk diorg. aku nak diorg ada moment indah masa birthday. simple pun sokay, janji ada.. bila anak2 happy, kita parents pun happy kan? besday sethn sekali je ye dok?


yg diraikan..

anak yg baik, yg mudah dijaga tak bnyk kerenah. zuhud je perangan mcm apaknya hehe.. dia bukan anak yg meminta2. ada apa2, dia bgtau dia nak, tapi kalau aku ckp, no and bagi sebab2nya, dia ok. takda nak merempan tak tentu hala. aku tak ajar, ko minta ko dapat. kedepan nnt mak belikan je apa dia nak, tapi semua tu bersebab. selalunya aku akan reward bila anak2 behave, dgr cakap, tolong mama buat keja or else. dan diorg pun paham dah. Alhamdulillah, Allah rezekikan aku anak2 yg mudah dijaga.

cuma part kuat sentap tu, aduhhh. but now dah makin kurang dah. takda nak sentap keryau merajuk tak tentu hala. dah makin besar makin hilang dah semua tu. dia ni kategori independent, ngikut mak sangat hehehe.. kadang2 nak marah anak bila buat apa, mcm marah diri sendiri weiii hahahaha


yg ni biasalah, sama naik bz nya mcm besday dia jugak. bl masuk ja besday kakak, persoalan yg tiada penghujung is " kenapa besdaya kakak dulu, besday Aniq lambat". aduhhhhhh. penat weiii... komplen yg tiada kesudahan hahaha

anak2 penghibur hati dan penaik darah mama papa hahaha.. kemain seronok diorg. kami ni jujur eh, sangat jarang keluar mkn kat luar. bukan sebab takda duit, tapi sebab utama is MALAS. paling malas haruslah apaknya. dari dulu kala mcm tu lah dia. dia tak minat sgt mkn kat luar. kalau aku tak masak, beli tapaw mkn kat rumah. bini masak sedap katernyeeeeeeeeeeeeee.. now anak2 dah besar, haa ada la jugak keluarnya. dlu masa diorg kecik, malas lah haih nak merenyah. nak selesa, makan bersila depan tv kat rumah sendiri. ehh, sebab lainnya, aku sgt jarang dinner. aku dinner awal. sesekali blh la kluar mkn lewat. kerap2 kang mak ko besar peti ais.


tak ramai kat SR mlm tu. diorg baru renovate, jadi lebih cozy and nmpk luas. kami dah la jarang2 mkn kluar. dan aku selalu ada bad moment bila mkn kat luar hahaha. ada bila tah, mkn kat luar, menu aku pas sudah tak sampai. kali ni pun sama. yg lain dah habis mkn, aku punya tak kelihatan. sudahnya angkat tangan lahhh. ko jgn main2 bila kita lapar, makanan tak kunjung tiba. dah la aku puasaaaa. lepas tu baru sampai makanan aku. mujurlah dia minta maaf, so tak da aku nak merempan sgt. pastu yg lain kena tunggu omak makan la hehe

then, masa cuti merdeka tu, mak aku plan nak buat makan2. sajalah nak merai cucu dia. besday Amni bln 8, besday Aniq bulan 9. so kita sekalikan jelah. tak kuasalah nak 2-3 majlis hahaha.. mak aku nak habiskan daging korban yg masih ada dlm deepfreezer dia. tak da lah bnyk, blh lah takat mkn sedara mara and jiran2 dia. aku pun top up apa patut. sudahnya meriah jugak makanan. tapi 1 pun tak ambik gambar makanan hahaha. bz masing2 ngurus dapur segala. Alhamdulillah lauk semua habis.

 

kek haruslah ada. kek coklat mama ni menjadi pujaan semua org, so gigihlah mak membaking a day before. tapi aku takda la reti nau nak mendeco. ala kadar jelah. kek ni je yg aku tau pun. kek lain anak2 aku tak suka sgt. jadiklah kannn hehe. jimat bnyk oiii.. 

lagipun bila buat sendiri ni senang nak edjas. mak aku takleh mkn manis, so aku kurangkan sukatan gula and asingkan utk dia and tak letak topping coklat.


simple deco utk anak2. kemain menggedik budak 2 ketoi tu. tok abahnya yg beriya tiup belon (guna pump la). dia la gantung sana sini belon2 smua. ada lagi kat depan2 tu. seronok dia pun layan cucu 2 ketoi tu.

kira sekali dgn besday Aniq yg ke 6. dia nnt 23hb 9. utk jamuan ni kita sekalikan. dah dia asyik la bising sebab besday kakak dulu, besday dia lambat, kita skali harung. tapi sekarang ni dia sebok pulak lah tanya besday dia pada hari sebenar. hoihh penat mak layan. kakak pulak dpt hadiah dari kawan2 kemain meriah, tak puas hatilah diaaaa hahahaha. bertabahlah aku melayan manja sorang tu.


tengoklah siapa yg terpaling over hahahah. tok abah perati je dari belakang. tok abah sakit mulut hari tu, so tak bnyk ckp. tgk jelah kelaku mat aniq yg sentiasa huru hara tu..


selamat hari lahir anak.. doa mama sentiasa ada utkmu.. doa yg baik2 semua utk awak. terima kasih Allah rezekikan aku anak ini. semoga awak sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah..



 ada bnyk lagi gambar, kita letak yg senonoh jelah ye hahaha.

terima kasih tok umi tok abah, buat majlis kecik ni utk the cucus.. happy je diorg. budak2 ni asal ada kek, belon, haa seronok dah diorg kan? lain2 mana dia kesah pun. mak2 sedara ada yg bagi hadiah, bagi duit. Alhamdulillah rezeki anak2. seronok kemain budak2 ni dpt hadiah. thn ni takda hadiah toys dah, semua bagi yg berilmiah hahaha. dpt buku, dapat stationary. ok lah. blh guna ke depan kan?

minggu depan besday Aniq pulak. hari yg sebenar hehe. kita kluar mkn jelah nnt bagi dia puas hati supaya tak da kes mengungkit di masa hadapan hahaha..

Wednesday, September 26, 2018

Aniq Mirzaa turn 4

Assalamualaikum..

Ahad lepas, 23hb 9, Aniq dah turn 4.
yay!
big boy mama..

bangun pagi, mama kacau dia, nyanyi lagu sebeday.
krenyehhhhhhhhhhhh ja suka.
hehe
dia dah paham besday tu apa.
sebab bulan lepas kan besday kakak, so hari2 dia tanya bila besday dia. haha
tengok pulak kakak dapat hadiah kan, mula la buat ayat sedih..
"Aniq sedih la mama.. awat Aniq tak dapat hadiah pun?"
kau ghaseee? hahaha
sabaqqq, tunggu besday na..
mama dah bagi dah hadiah kat dia.
maknjang n tok umi pun dah bagi hadiah dah.
suka kemain.
hari2 duk main tu ja. benda baru kan..

budak ni, mulut dia, ya Allah, muraiiiiiiii sangat
aku pun xtau la dari mana anak2 aku ni petah sgt. bercakap mcm org dewasa.
pastu cakap tak brenti. kadang kena suruh diam sebab mama nak ketenangan. hahaha

eh, syukurrrr anak mulut ringan dari diam kan?
kalau takda, oi sunyi.


dapat kek, muka ada sinyiummm..
bangun tido petang tu, dia tanya kat mama " kata hari ni besday Aniq, mana kek Aniq?"
haaa sudahhh.
mujoq la mama pantas bertindak.
masa dia tidoq tu, mama dah bersilat buat kek coklat feveret ahli rumah.
sejak dapat resipi kek minyak sedap dan mudah tu, eh ehh senang keja mak. hehe
pastu mama suruh dia pejam mata, and tadaaaaa..
nak kek seketoi.
terus dia " wow, mama magic aaa, hebat aaa mama ni!"
gitu anak aku..
pastu suruh pose dulu sebelum makan, kemain seronok dia.
dah makan kek " sedap la kek mama ni, paling sedap di dunia"..
sweet talker sangat kau nak. hahaha

dia kan sejenis murai. pastu ayat2 dia pun blh tahan
kadang2 mak pak ni wondering jugak la, mana la ko dapat ayat2 cenggini.
tapi biasalah budak2 ni diorg cepat mengikut kan..
tgk tv, tgk kartun, haa dapat la ayat2 kartun tu.
pastu dia pulak duduk dgn pengasuh yg ramah tamah..
memang menjadi la. pengasuh pun kemain sayang, takleh kalau Aniq tak pegi, sunyi.
mmg sunyi kalau dgn budak ni.
masa nak buat kenduri besday kakak dia tu, adik aku ambik Aniq bawak tidor sana.
mlm tu rasa mcm takda kehidupan bila dia takda.
sumpah sunyi. rasa lain mcm takda org nak kacau mama nak itu ini, nak berguling bagai.
hehe



dia ni blh kata bayang2 mama pun ye jugak.
sebab dia takleh kalau mama bergerak sket.
mengikut ja.
sabtu ahad kakak mengaji. so, tinggal kami 2 beranak.
memang kena bawak lah dia kan kalau nak pegi mana2.
pastu kalau ada apa2, kadang aku bawak dia, papa bawak kakak.
jadiknya dia mmg lagi close dgn aku.
melekat ja.
pastu dengki blh tahan. papa or kakak takleh nak menempek ngan mama.
nnt blh tgk la dia punya keriau menejerit tu.
kakak tu takleh langsung nak meh tempek2 ke mama. kang dia meh stunt skali.
dengki nau...



gedik blh tahan.
tengok la pose angkat kaki sebelah.
kemain.
kalau nak ambik gambar, ha pandai pose. baguihhh
takyah ajaq.
dengan kakak sometime takleh jauh. kalau adik aku dtg nak ambik kakak, kena masa dia takda.
kang meraung2 keriau tak bagi kakak ikut. kalau dia tak nampak, ha takpe.
tapi kalau kakak ada, asyik carik pasal.
dia suka usik kakak. kadang  tu saja, dia tau kakak tak suka, lagi dia nak kacau.
kita marah dia, kang dia jawab " eleh, Aniq tgk je, tu pun tak yeh keeee...."
menjawabbb..
tapi waktu baik, main elok. waktu bergumpal, mama jadik hijau..




bukti dengki.
ni sket je, lepas tu dia duduk kelupoq atas lantai tu.
dengki mama peluk2 ngan papa nak ambik gambaq. hahahah
adoi budak ni..
kakak p peluk papa, dia tak heran. lantok
tapi jgn sapa2 peluk mama, noooo!
kadang bgtau dia kena share. bukan mama Aniq sorang.
ada aku kesah kekdahnya.. hahaha
tapi aku takda la layan sgt kehendak dia.
kang betul2 dia tak bagi mama kawan dgn kakak n papa, ha mampus.
pastu kalau nak usik dia tu, kadang2 je. aku pun rimas duk menangis menjerit tu.
bising.



so far, Aniq budak yg mudah dijaga.
Alhamdulillah sihat tubuh badan sampai hari ni.
cerdik pada pandangan aku. mulut petah, pandai bawak diri, dengar cakap and arahan.
mama dah ajar sket2 keja yg sesuai dgn umor dia.
blk dari rumah pengasuh, buka beg baju, then masukkan baju kotor dlm bakul.
and hari2 dia buat.
towel, lepas mandi pegi sangkut.
bakul bedak, lepas siap2 simpan kat tempat dia.
botol susu lepas minum, letak kat dapor.
yg ni smua mama tak yah ulang2 pesan. so far dia ingat.
mainan pun dah ajar kemas. tak kemas kalu, mama himbau keluar. hahaha

utk Aniq, anak teruna mama nan seorang dan si bongsu buat masa ni, mama doa semuaaaaaaaaaaaaaaaaa yg baik2 utk awak.
mama sayang awak sepenuh hati.
moga awak terus membesar jadi anak yg baik, berguna pada keluarga dan agama nnt.
soon kita makan2 sempena besday eh...



Wednesday, September 19, 2018

Kenduri Kesyukuran + Amni turn 7

Assalamualaikum..

last 2 weeks, tok umi tetiba plan nak buat makan2.
sebab daging korban ada lagi dalam 3kg.
then adik aku pulak bawak balik rebung hutan, mertua dia kasik.
so, alang2 ada bahan tu, umi kata jom kita buat kenduri.
dah lama tak buat.
raya haji lepas tak buat pun sebab tak sempat.
kebetulan, baru lepas besday Amni kan?
so, aku pun onz

kejadian adalah hari Ahad.
sabtu aku ada event, so hantar Aniq ke adik aku jaga.
Amni mengaji quran mcm biasa pagi tu. lepas tu aku ambik dia bawak pegi event skali.
ada chess tournament. eh aku tak main, aku sekretariat saja.
dah berkarat otak nak pikir lama2 sebab lama tak main. haha
ahad, pagi2 hantar Amni mengaji mcm biasa. pastu aku zassss balik rumah mak aku.
beli ikan, ayam and bahan basah lain sket.
Amni blk ngaji nnt apak dia ambik, then pegi rumah mak aku tghr sket masa makan bawak skali mak pak mentua.
aku balik dulu nak masak @ tolong apa yg patut.
sebelum tu, pagi2 dah buat kek utk Amni.



a day before, pegi beli barang dengan dia.
so, dia bgtau la nak kek dia cenggini cenggitu.
mak layan jelah sebab besday girl kan?
sethn sekali. hahaha
oh, aku mmg buat coklat kek je dari dulu. sebab ini je yg semua family aku makan.
mak aku tak suka sgt kek lain, kecuali kek yg aku buat. ngeh ngeh ngeh..
anak2 pun sama, suka kek mama.. and mama pun buat jelah kek ni sebab resipi dah ada dlm otak, takyah nak pikir2 bnyk.
senang dan mudah..
dan sedap jugak.. ada jugak buat jual dulu. hehe



sikit2 sudahnya bnyk juga menu.
ada nasi putih + gulai daging dan rebung, ikan temenung kukus, ikan temenung goreng, ikan lampam masak asam, sambal petai ikan bilis, perut rebus, ulam2, air asam and sambal belacan. (yg ni saja 3 jenis diorg buat)
then ada bihun sup dan mee sup. segala tulang, lemak,perut bagai ada dalam tu. kemain diorg cedok makan. pakat menghirup sup.
pastu ada kuih2 sikit like tepung bungkus and agar2. ada nasi himpit kuah kacang jugak.
meriah kan?
mak sedara aku datang, bawak pulak ayam golek 3 ekor. nahhh hai...
hehehe..
jiran2 umi ramai jugak datang tolong. yg kiri kanan rumah. ada la dalam 10 org. kawan2 dia lah.
diorg pun mmg selalu datang, aku pun kenal.
tetamu ramai juga, jemput semua sedara mara yg dekat2 ni.
pastu abah panggil geng masjid skali datang lepas zuhur tu.
so, makanan cukup and habis.
lebih pun tak banyak lepas bagi kawan2 umi tapau bawak balik.
Alhamdulillah, selesai semua.



the besday girl.
mama just making a moment to u dear. supaya awak ada perkara indah utk dikenang bila besar nnt.
ur chilhood memory, and about your besday
simple, tapi ada.
mama papa tak mampu nak buat yg grand2 mcm org lain. sederhana tapi tetap ada utk anak2 mama papa.
dulu tok abah tok umi buat kat mama mcm ni jugak. dulu takda kek bagai, sekadar sedikit kenduri kecil, tapi sangat bermakna pada mama. so, now is your turn.
mmg dia happy. nak2 pulak mak2 sedara pakat bagi hadiah, uii krenyehhhhhhhhhhhhhhhhhhh all day. hehe
hadiah pun, adik2 aku bagi yg biasa2 je, tapi dia punya happy dapat hadiah tu, lain macam.
not about the price, tapi tanda ingatan tu yg akan dia ingat.
soon, dia tau siapa yg ingat dia, sayang dia dan siapa yg dia akan ingat sampai bila..
faham ?
heheh
tenkiu ya mak2 sedara yg bagi hadiah, yg buat dia happy.
bukan hadiah yg aku mintak pun. ingat ke anak2 aku, buat diorg happy, syukur dah. sudi datang, main2 dgn diorg, cukup dah.
tok umi tok abah and tok2 sedara yg lain. yg datang, wish dia besday.



2 beradik yg kadang baik, kadang bercakaran. hahaha
tu Aniq muka masam je sebenaqnya.
nak ambil gambar kakak sorang dulu, dia masuk skali. pastu mama suruh dia tepi dulu, nak snap kakak sorang dgn kek.
dia punya menjerit, keriau, bebai ohoiiiii. lawak.
lari p keriau kat dapoq. hahahahaha.
mengakah makteh dia gelak tgk perangai tu. aku lantakkan je, tau dah akai dia.
selalu dengki dgn kakak. dah kakak habis pose, baru panggil dia ambik gambar skali.
tu yg muka cembeng je tu. lawak hang mat aniq..

soo, besday dia pulak, next week.
so mama plan makan2 sket nnt.
last dah sebab thn depan celebrate kat skolah jelah dgn kawan2.
sama mcm kakak jugak, dah masuk skolah, ha kat skolah jelah celebrate nya.
ni pun sebab kebetulan tok umi buat makan2, kita sekalikan je. last year, g makan2 kat pizza je, beli cup kek seketoi utk dia je.



ini utk kawan2 sekelas dia. aku buat 40 ketoi, skali utk cikgu dia.
pastu ada goodies bag skali sorang 1.
takda isi apa sgt, simple ja. pencil 1, pemadam 1, biskut 2 jenis. takmo letak jajan pelik2 sebab aku tak suka. bukannya bagus sgt pun jajan tu semua.
dah nak bagi kat skolah, so aku prefer biskut la, ok sket kut dari jajan kan?

ok, now plan utk adiknya pulak.
dah la duk buat ayat sedih kat aku.. dia kata dia sedih sebab kakak je dapat hadiah, dia tak.
hahahahaha. panjang akal budak ni..
soon, besday awak pulak yeee..
nnt mama buat kek awak yee. hehe


Wednesday, February 28, 2018

Birthday treat : better late than never

Assalamualaikum..

besday thn lepas, treatnya tahun ni..
hikhik..

dengan bff aku yg sorang ni.
kakak senior sekolah dulu kini dan selamanya.
dulu sekolah sekali, duk asrama sekali, now keja sekali tapi lain2 department dan bidang.
tapi tetap close walau jumpa seminggu sekali.
jauh di mata dekat dihati.
eceewah..

beriya dia nak belanja makan kek besday.
dah lepas lama dah, tapi nak belanja jugak.
so, bila dua2 free, maka jomlah kita..
walau dah terlepas tahun sebab masing2 tak free kan?



bff dunia akhirat, Insyallah..
eh syurga yg ke 2 sangat ayat niii. hahaha..

kalau nak makan2 mcm ni selalu mmg Secret Recipe lah tempatnya.
kawan aku ni, or nama dia kak su, memang sinilah tempat dia.
sampai budak2 kedai pun dah kenai dia.
kalau nak mkn kek, memang sini lah. lagipun kat sini, nak kemana lagi ye dok?
ni kat secret recipe Changloon.



feveret forever...
sedap la hai.. makan tanpa rasa bersalah. ahahaha..
alah, sesekali kan, bukan hari2 pun.


sempat ja dia snap.
hihi...
serius nau ckp phone sambil tenung kek, dgn persoalan nak makan ke idokkkk?
hahaha..
ater, tak kan nak tgk sajerrrr...



tenkiu sister!!!
selalu sgt belanja kita mkn, bagi mcm2.
ai is segan okeh. hehehe.
kak su ni, baik sangat orgnya.
cakap pun lembut ja, baik, peramah, caring, semualah.
kenal dari tahun 1995, sejak aku masuk sekolah. 23thn dah ok.
rumah mak bapak kami pun tak jauh sangat and know each other jugak.
lost contact kejap lepas habis sekolah, then FB menemukan kami semula.
lepas tu eh, keja sekali. so, jadi close balik sbb memang dah kenal lama kan?
sejak dia masuk keja sini, ha close balik. almost  years dah.
kami share everything, ada apa2 masalah memang kau cari aku, aku cari kau. ha gitu..
kalau lama tak jumpa, sekali jumpa haa, mulalah masing2 nak menjemah. hahaha..
harapnya, persahabatan kami ni kekal sampai bila2.
dia selalu ckp mcm tu. dan aku akan cakap, kalau kita ikhlas, Insyallah, semua akan baik2 saja..
kak su, kami sayangggggggggggggggggg kak su tau!!!!



dan tak lupa hadiah besday.
hihi...
dia duk hasut aku follow tudung ni pulak.
aiyaaaaa. tak mampuuuuu..
kak yah pakai bawal kekaboo sajalah...

btw, tenkiuuuuuuuuuuuu sangat for the present and besday treat ni..
luv sangat!!

Wednesday, August 30, 2017

Amni 6 Birthday

semlm, birthday Amni yg ke 6.
tak sempat buat entry, so hari ni kita cover balik..



happy birthday to my one and only doter.
the pwincess yg manja, yg kuat bebai, yg mengada, yg cengeng, yg cengei, yg cerdik, yg pandai, yg baik, yg macam macammmmmmmm..
hahahah..
tahun depan dah skolah dah.
besar dah kan..
kadang2 teringat pulak masa dia kecik2 dlu, masa dia bam2, mangsa gomol, kesukaan semua org.
now dah besar dah lain muka, perangai pun ya ampunn. huahua
tapi, kakak anak yg mudah di jaga..
menyenangkan mama..
kawan mama bercakap & bergaduh..
girlfren papa sangat.
dia lagi close dgn papa compare mama.
yaa, mama cengei kan?
tapi selalu mcm tu, anak sulung and girl selalu close dgn bapaknya.
papa pun sometimes bias dgn kakak, compare to adik.
but fair sebab adik close dgn mama..

dah besar sket ni dah boleh suruh dah.
kadang2 bantu mama jugak sket2 buat keja rumah.
ada yg bule harap, ada yg tak.
kenalah dgn umor tu kan..
takat keja sket2 tu, lepas la..
tolong ambikkan barang yg mudah2 tu.
kemas mainan lepas main, mandi sendiri, siap pakai baju semua sendiri.
slow2 la mama ajar and dia fast learner jugak.
kira boleh bawak diri dah la sket2.



 minggu lepas cikgu buat sambutan besday kat Pasti utk bulan Ogos.
so, mama belikan kek sebijik utk dia.
ikut dia nak kek gambar pony tu.
tapi mama bizi nak exam, lupa nak g order kek utk dia.
plus sambutan tu buat masa belom gaji..
aiyooo..
ikutkan tu nak buat goodies bag bagi kawan2 dia sebab ni tahun last dia kat sana.
tapi tak menjadi lah perancangan mama.. huhu..
last minit carik dapat la kek frozen tu.
tu pun dah suka sgt sebab frozen.
the boys yg besday bulan ogos jugak sama2 ngan Amni.
balik skolah tu seronok la cerita mkn kek bagai.
dia ingat dah ssetel besday dia.
sebab masih belum faham tarikh bagai kan?
semlm bila bgtau nak g makan2 sebab besday, dia mcm hairan tapi layan je sebab eh seronok ada lagi besday dia. hahahaha..




mama bawak g makan pizza hut sebab dah lama tak pegi sana.
asyik beli take away ja.
dia pun seronok bila makan kat sana sebab jarang2 mkn kat situ kan?
knowing ur apak yg tak suka keluar makan kannnnnnnnnnnnnnn..
memula protes sebab dia nak mc d..
no la kakak, not gud for u.
aku tak ajar sgt, sebulan sekali ja mc d or kfc bagai tu.
semlm dia enjoy la makan and happy sebab ada kek besday secoet tu.
post kat socmed, ada yg tanya awat kek secoet ja bukan sebiji?
jadik la, as long as dia happy.
dia yg pilih kek tu sebab ada patung mickey mouse tu, sorang satu ngan adik dia.
tak mkn sgt pun kek tu, kalau beli sebijik pun sama ja.
kami 4 ketoi ja semlm, kalau ramai berbaloi la beli seketoi.
tak payah ak ikut org sangat lah kan?

to kakak, happy 6 birthday to u.
moga kakak terus membesar jadi anak yg bijak pandai, sihat tubuh badan, dengar cakap mama papa and semua org. moga kakak jadi anak yg solehah, taat pada agama..
doa mama sentiasa ada utk kakak..
kesayangan mama papa dunia akhirat.
semoga Allah permudahkan semua urusan duniawi dan akhirat kakak.
semoga Allah murahkan rezki kakak, lindungi kakak dari sebarang bencana dan penyakit merbahaya.
semoga Allah lorongkan yg baik2 saja utk kakak.. Insyallah..

Monday, November 28, 2016

TB : Aniq 2nd birthday

entry throwback..
kisah birthday Aniq.
ada entry wish besday dia je hari tu.
lepas tu kelaut nak update pasal celebrate birthday dia..

birthday Aniq 23 September.
jatuh hari jumaat.
plan asal nak buat majlis sket la on next saturday.
tapi masa tu musim hujan, risau jugak la kang hujan org tak datang.
hahaha..
ada gak la cerita2 ngan mak pak aku, diorg ok ja.
pastu pikir2 balik lepas tu nak pegi KL ada kenduri sedara sebelah papa dia.
nak pakai duit lagi.
so, kita buat kecil2an jelah ye dik.
buat mkn2 sket among family members jelah.

hari sabtu papa cuti.
pagi2 aku dah pergi pasar tani beli barang.
cadangnya buat soto jelah.
wan dia (ayah mentua) kasik duit buat beli ayam.
kebetulan terjumpa dia kat pasar tani, dia kasik duit sket.
tumpang kenduri katanya.
Alhamdulillah... rezki Aniq.
balik tu laju2 masak.
aku sorang ja buat, while papa tgk anak2.
lagipun sket je nak buat and majlis malam tu.
so sempat lah..
jemputan pun sikit, so takda hal.
minta tok umi rebuskan nasi himpit je.
tapi knowing tok umi, datang siap bawak agar2 setalam.
pastu aku goreng bihun singapore pulak sebungkus.
tok umi siap buat kuah kacang utk mkn skali dgn nasi impit.

mlm sebelum tu, aku buat kek utk dia.
selalu tempah kat kawan aku, tapi time tu dia tgh pantang.
malas nak tempah kat org  lain, buat jelah sendiri.
alah, kek coklat je pun.



gigih mak kau ni dik buat kek utk awak.
memula ramai ingat aku tempah.
a'ah, aku tempah edible image tu je.
lain2 iolls buat sendiri tauuuuuuuuuuuuuuu..
hahahah..
alah, kek coklat je bukan susah pun.
pastu tuang je topping coklat atas tu, then hias.
senang mak enon.



kebetulan papa ada beli coklat smarties bekas besar sebab ada sale, so aku bedal letak tepi2 tu.
gigih susun satu2..
nmpk mcm beli la kan?
hahaha..
ikut tu nak letak mcm2 agi, tapi kang budak2 tu makan, manis oiii.
tu pun aku tak kasik coklat tu ke Aniq.
mkn kek jelah, sehiris je aku kasik dia.



the birthday boy.
seroooooooooooooooonok sgt dia mlm tu sebab org ramai.
aku jemput family terdekat saja.
family mentua, family aku, sedara belakang rumah, mak2 sedara aku.
kawan2 aku tak panggil pun.
ada sorang ja kawan terdekat aku jemput.
buat mlm ni limited sket org nak datang kan?
sedara sebelah husband aku jemput, tapi post kat group whatsapp je.
lupa nak call semula, so ramai yg terlepas pandang.
then, makanan lebih.
takpelah, next time kena alert la.
yg tua2 ni bukan nak belek whatsapp group all time kan?

lepas maghrib, tetamu sampai.
so, self service.
aku pun tak sempat nak ambik gambar pun.
ralit bersembang.
family potrait pun takda..
sedih betul.



keterujaan tgk kek ada muka sendiri.
plus ada Didi and friends pulak.
menjerit2 seronok. hahaha..
lawak btoi budak ni.
ada je aku buatkan banner happy birthday tu, tapi tak sempat nak gantung pun.
klau tak leh buat props ambik gambar lawa sket.
takpelah, tu pun dah seronok dah dia.
Insyallah, selagi mama mampu, tiap2 tahun mama sambut birthday anak2.



ni je family potrait, tu pun gegar.
sayang betul.
tunggu gambar tahun depan lah pulak.

tu siap ada train dari makteh.
train thomas and friends utk birthday boys.
menjerit dia marah sebab train tu bunyi kuat.
hahaha..



adalah sekeping gambar dgn anak bujang mama.
boleylah walau tak berapa sharp gambar ni.
muka mama nmpk tirus betul yeh..
hahaha..
nampak nau menipunya..

tetamu last mlm tu toknjang dia ngan makteh.
lama tak datang, borak sampai tgh mlm.
siap pakej balik dpt soto sebungkus besauuu..
makanan lebih la jugak, tapi takla bnyk sgt.
buat majlis kecil ni, taklah letih sgt nak mengemas.
hehe..
mlm tu tidor tak sedar diri jugaklah kami.
letih jugak walau buat sikit2..

btw, thanks kepada yg hadir, kepada yg bg hadiah.
mujurlah kakaknya tak jeles ke apa.
sebab dia dah celebrate kat sekolah dgn kawan2.
hadiah pun mama kasik jugak.
mlm tu tokcik datang bawak 2 hadiah, kasik sorang 1.
menggedik seronok dpt hadiah.

last but not least...

































out precious hero..


kemain kau posing dik.
hahahahahah.
sabau jelah.
budak kembong ni, dia punya aktif lain mcm sket.
takpelah, asal awak sihat, mama ok jewwww...


Thursday, September 22, 2016

Happy 2nd Birthday Adik Kembong

pejam celik pejam celik, wahhhh hari ni dah 2 tahun usia adik kembong@ Muhammad Aniq Mirzaa..
besaq dah hero mama...
dah mcm2 sangat dah perangai dia tu..
sabaq jalah mak hang ni dik oi..

Selamat hari lahir anak mama..
kombat busyuk masyam mama..
mangsa gomol mama ni..
bau masyam awak sangattttttttttttttttttttttttttt menenangkan mama.
tak la masam sgt, wangi je dia ni.
aku tak bule anak bau masyam yehhh..
mlm2 nak tukar baju tidor pun kena sapu bedak.. hahaha..
sebab nnt nak sayiang2 sebelum tido.

mama doa hari2, minta pada tuhan supaya lindungi adik.
minta Allah jaga adik, murahkan rezki adik, permudahkan segala urusan adik, lindungi adik dari sebarang bencana dan penyakit merbahaya.
semoga adik membesar dengan sempurna..
jadi budak baik, anak yg baik, adik yg baik, insan yg baik.
jadi manusia berguna kepada semua nnt yehh..
paaaaaaaaaanjang lagi perjalanan adik di dunia ni.
yg pasti doa mama sentiasa mengiringi Aniq..
mama sayang sgt Aniq and kakak also..
#muahciked

Aniq dah besar nnt, jgn lupakan mama tauuuuuuuuuu..
jgn lupakan papa dan kakak jugak.
jgn lupa pada semua org yg pernah berjasa pada adik yehh..

esok kita celebrate besday adik ehh?
mama kasik supriseeeeeeeee..
tungguuuuuuuuu.. hehe..

Monday, February 15, 2016

Birthday date

cerita lama lagiiiiii.
ampunkan dakuu.
hahaha.
dah ada gambar sayang pulak tak update.
nanti ada gak kenangan.

ni sempena besday aku 24hb doblas hari tu..
Huda call ajak dating.
susah gak skang ni sebab opis dia kat Kangar, opis aku kat Pauh sana.
pikir dah lama sgt tak jumpa dia, so try la edjas.
padahal bukanlah jauh sgt pun.
now diorg stay kat area Batu Pahat sana.
Batu Pahat ngan Kangar bukanlah jauh sgt pun, tapi masing2 ada komitmen, kekangan kerja, family smua, jadi susah nak berjumpa.
rumah mentua dia sekentut ja dr rumah aku ni ha..
dulu masa diorg duk skali ngan mentua tu slalu gak la dia singgah.
ikut jln blakang, naik motor tak pyh pakai helmet pun bule sampai.



umor kami sebaya, tapi dia ni kecik molek orgnya.
terasa gajah betul duk sebelah Huda.
hahaha...

dah kata date sempena besday aku, beriya dia bawak bunga bagai.
alahaiiii, so sweet of you darling..
tq sangat.
jarang2 jumpa, skali jumpa buat suprise pulak, terharu iolls.
kami lunch date kat Blackwood Arau.
dia jarang sgt turun Arau katanya.
makan2 sambil gebang2.
dah lama tak jumpa kan?
actually Huda ni lawyer okeh..
kecik2 cili api niiii..
hehehe.
dia lawyer syariah, and buat jugak bahagian jual beli rumah ni.
ntah aku tak paham sgt.
gitu la lebih kurangnya.
pastu company diorg tak caj mahal pun klau kes2 syariah ni.
nak bantu org katanya.
sesapa nak pakai khidmat company diorg boleh la.
email aku dulu. hehehe

actually, aku kenal Huda ni since aku kawen.
sebab, husband dia kawan husband aku.
gituuu.
aku kawen bulan 11, diorg kawen bulan 12.
kenduri aku dia tak datang la kan sebab belum kenal.
tapi dia kirim hadiah, walau baru 1st time jumpa.
boleh gitu.. hahaha.
pengantin dah sebulan pun dapat hadiah lagi.
aku pegi kenduri diorg melenggang kangkung sajaaaa.
adoii.



incit suami tak kasik bunga pun, tapi kawan pulak yg kasik.
terubat sket..
hahahha.
sokay lah, aku tak kisah pun bab2 hadiah besday ke annivesary ke apa ni smua.
yg penting hidup aman bahagia elok2, sudahhhh..

lama gak kami duk gebang2 petang tu.
duk dlm restoren lupa nak ambik gambar.
ralit sgt duk bersemban, cerita mcm2.
org pun ramai gak hari tu, lunch break jumaat lama kan?
aku ambik halfday hari jumaat tu.
kebetulan sebab adik aku pun nak datang rumah, nak g beli barang sekolah.
2 jam camtu lepak ngan Huda, then gerak.
dia pun ada hal lepas tu.
nanti besday dia, nak seprais dia jugak.
hehe..



seminggu bunga ni duk dlm pasu.
syok tgk kemain kembang semangkuk dia tu.

anyway, tq sweet darling..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...