Monday, July 04, 2022

Aildifitri 2022

 Assalamualaikum..

jom kita share laju2 kisah hari raya lepas. mgg depan nak raya haji oii hahaha.. 

thn ni kan tiba2 raya. sebelum tu opismate aku ada bgtau yg kebarangkalian nak raya hari Isnin tu tinggi. aku ni berjaga2 jugak lah, kut2 betul raya awal kan? sekali, nah haihh betullah haha.

hari Ahad tu kami berbuka kat rumah. plannya nak berbuka dgn apak mentua, tapi tak jadi. aku hantar makanan je kat dia. pastu kami berbuka kat rumah. tak ingat dah kenapa tak jadi berbuka sama2 tu. kena pulak hari tu pak incik kerja. awal bulan kan, so dia keja. elok selesai masak utk berbuka, gas habis hahaha. lepas berbuka, laju2 pak incik pegi cari gas. ntah sampai ke mana dia pegi aku pun taktau. tapi jauh la kedainya sbb bnyk kedai dah tutup sebab semua dah kalut esok nak raya hahaha.

plan asalnya, Isnin nnt nak berbuka rumah makpak aku. mlm raya mmg selalu lepak sana. dah tak sempattt. kami takda la huru hara sgt, sbb persiapan setel dah. bab masak tak yah runsing sbb mmg aku tak masak apa utk raya haha. selalunya, raya mmg kami tutup pintu. pegi lepak rumah mentua & rumah mak pak aku lah setakat la ni. call mak aku mlm tu, dia takda kalut apa. cumanya, curtain tak siap hahaha. bab masak takpa, sebab selalunya 1st raya kami akan keluar berjln. dari dulu mcm tu la. 1st raya slalunya aku akan bawak umi abah pegi beraya rumah adik2 dia dulu. pastu, next day @ ptg raya baru turn rumah kami pulak.

pagi raya, siap2 konon nak p solat raya lah. smua aku gerak bgn awal dah bgtau nak pegi masjid. siap2, sampai masjid pkul 8.30 pagi, rupanya dah habis solat. waaaaaaaaaaaaaaaa frust betul aku. dah kenapa solat awal sangatttt. adehh. balik dgn hampa.

lepas tu siap2 nak pegi rumah mentua yg sebelah rumah tu haha. kak ipar dah order mkn utk pagi tu. kalut jugak la dia kata sbb tiba2 raya kan? mujurlah dpt jugak order mkn. klau tak, pagi raya mkn kuih raya jelah. mmg smua huru hara la sbb tak pernah2 jadi mcm ni kan hehe.

 

tema kami tahun ni merahhhh. takda plan, tiba2 je jadi merah. usha baju the boys dlu, ha ada. pastu baju girls pulak. tanya apaknya, dia kata ok je merah. so, on. baju the boys beli kat The Store Kangar. saiz ada ngam elok 2 pasang anak beranak tu, ha onz terus. cuma seluar apaknya ketat. baju mak & anak dara beli online. dah setel. malas pikir bnyk. asalnya plan nak buat tone sket la. skali, nah haihhh smua merah senada ja.

 

 

selfie sementara tunggu apaknya siap. kami dah pose, snap berlambak dah. apaknya tak siap2 lagi. hadoihhhhhhhhhhh...

 

ehhh, semua merah jugak haha. family kak ipar pun merah. tapi depa the boys warna maroon sket.wawan pakai jubah ja. mudah utk dia. gelap sket gambar, malas edit dah aku.ni setting kat tripod je, pastu haaa lari pose, senyum, ha snap hehe.

 

gambar free style banyak, tapi letak yg ni sbb wawan buat thumbs up comey jaa hehe

 

pak incik 2 beradik je dgn kakaknya. tak ramai. dan kami pun anak sepasang ja masing2 hehe. jadinya cucu wawan maybe kekal la 4 ketoi tu ja hehe.


team merah. kemain ceria smua hehe. kak ipar kata thn depan bgtau awal nak sedondon rondon mcm ni. anak2 dah besar ni, mudah la nak cari sedondon.


family kecik kami. dah kenapa anak2 muka cenggitu masing2?? lantak leee, janji muka emak apaknya elok hahaha. budak2 gitulah, dah lama sket duk pose2 ni, mula lah nak buat muka boring. raya nihh, kena pose lebih sket.

 


anak menakan. ya tohannnnn kau dah kenapa menggalah sgt Haziq wehhh. dlu masa aku kawen ngan paksu dia dulu, dia baru 6 thn. kurus ja dulu. la pun kurus tapi meninggi haaa. dulu dia ckp banyak oih penat layan hahaha. now tgh study kat poli. bila tanya ada awek ke tak, laju ja jawab takdaaaaa hahaha. adik dia, Hana. dah skolah menengah dah. now dah geng baik dgn Amni. dlu asyik gaduh ja masa kecik hehe.

selesai lepak, mkn & beraya kat situ, kami gerak pi balik rumah mak abah aku pulak. ambik depa, then pi beraya. semua sedara yg lain berkumpul rumah arwah wa (abg sulung abah). arwah wa meninggal seminggu sblm puasa. dia mmg tak sihat dah sblm tu. mudah ja dia pergi. selesai dah urusan dia kat dunia ni. memandangkan isterinya masih dlm edah, jadinya kami semua pegi sana. tapi sblm2 ni pun mcm tu. rumah 1st yg dituju, rumah wa. sebab dia yg sulung. tapi kami sampai lambat, yg lain dah gerak ke rumah maklang (adik abah). kami 2 kereta. kereta aku dgn adik yg nom 3. 1st raya ni, ada kami yg gegirl ja. anak2 lelaki takdok. sorang raya sabah, sorang raya n9. sorang lagi raya atas jln haha. adik lelaki aku yg nom 4 tu otw blk kg.

kat rumah wa, mkn nasi tomato. kazen aku masak. sedappp. lepak situ jap pastu gerak ke rumah maklang pulak.

 

tak ramai, sbb ada yg dah tukar uniform. ni pun jenuh paksa, depa takmau ambik gambar. sbb dah belengas katanyaaaa. takpa, hampa belengas, aku elok lagi. biar aku je nmpk elok hahaha. terus kena carut bila aku ckp mcm tu haha. dan2 la pose walau muka dah mcm bibik katanya. takpaaaaaaaaa, raya kan?

ni kazen2 aku. 3 ibu nih.. dlm gambar tu pun nmpk 3 group. yg baju biru tua 1 group, baju biru muda 1 group, pastu kami yg baju warna warni hehe.

 

 

selfie 1 kaliii.. ni dah sesi salam2 nak gerak balik dah. eh tak, group baju biru tua nak blk dah. group aku blm sbb baru sampai. nak melantak dlu. rumah maklang aku ni slalu menu best sbb anak2 dia smua pandai masak hahah. maklang aku pagi2 jual nasi lemak. lauk pauk pun ada dia jual. dia masak mmg sedap. anak2 dia yakni kazen aku, mostly pandai masak. hari tu depa masak laksa, lontong & ketupat rendang. yg diserbu dulu haruslah laksa. sedap wohhh.

sebelum balik, jom ambik gambar dlu. tadi kat rumah sendiri tak dan haha. jadiknya ambik gambar raya kat rumah org @ rumah mak sedara. pon bolehhhh.


anak2 perempuan umi abah. kami duk bawah ketiak mak haha. aku dgn afizah kawen org sini, so duk sini lah. adik bongsu, afiqah now kat UUM. punn tak jauh hehe. takpelah, dah rezeki mcm ni. aku mmg dari mula keja dulu dah niat nak duk dekat umi abah. Alhamdulillah, Allah permudahkan.

 

tok umi tok abah with anak cucu menantu. takat la kat sini, 2 ketoi tu jelah cucu. adik aku, afizah tu belum ada rezeki anak lagi. Insyallah, 1 fine day moga ada rezeki depa. menantu kemain sihat masing2. sabar jelahhhhhhhh


ehh, ada si bongsu. mangsa buli budak 2 ketoi tu. nasib la makcik. dia pun sama naik suka kacau anak menakan. elok lahh.. 

dah selesai mkn, beraya, lepak sembang, dah asar, pakat gerak balik. walau cuma 3 rumah beraya, eh letih juga. letih mkn haha. dgn cuaca pun panas membahang. dlm kereta, budak2 tu tidorr haha. kami pun balik terus tak da kemana. mlm, lepak rumah je.







last but not least.




entah lahhh. ikhlas ke tak salam raya ni hahaha. gamba pun gegar, tak ingat dah sapa snap.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...