Showing posts with label breastfeeding journey. Show all posts
Showing posts with label breastfeeding journey. Show all posts

Wednesday, March 11, 2015

Breastpump : Malish lifestyle

dulu pernah share kan, aku guna breastpump manual.
terasa nak upgrade sebab lenguh oihhh..
so, marilah membeli pump letrik pulak.
dapat bonus kennnnn?

survey2 bagai.
google merata, tgk komen, review and testimoni.
usha poket juga, tu yg penting yeee... muahahaha..
so, terdampar kat 1 page.
takmo share page mana sebab aku tak berapa puas hati dgn servis dia.
beli ngan dia sebab tgk testimoni ramai yg beli ngan dia and antara yg paling murah.
tapi tak taulah btoi ke tak smua tu.
sebab ada je penjual yg kadang2 tipu je testimoni tu smua kan?
pm kat fesbuk tak balas, whatsapp pun tak balas.
konon jual banyak la, murah la, dapat free gift la.
tapi aku mesej pagi, ptg baru balas.
kita ni yg nak membeli haruslah bnyk tanya kan?
ada tu tanya hari ni lusa baru balas.
grrrrrrrrrrrrrr.. ko meniaga kan?
jgn la buat customer mcm ni.
aku dah fed-up dah, nak beli kat tempat lain dah.
seb baik dia reply gak pastu.
bila aku tanya, nak beli 2 set, baru lajuuuuuuuuuu jawab.
amboihhhh..
cepat je bagi details utk payment smua.
seb baik barang pun cepat je sampai.



teruja okeh!
dengan harapan, bila ada pump eletrik, susu iolls makin bnyk.
gitewww..
beli 2 sebab ada opismate tgh peknen, nak bli skali.



hasil google, ramai kata snow bear bagus.
Malish lifestyle ni produk snowbear jugak.
bekenan la jugak spectra tu, tapi harga tu tak berapa nak mampu.
ehek ehek.
yg ni mampu milik, dlm rm200++.
memula aku nak bli pump je sebab free gift dpt cooler beg, storage bottles & plastic dgn ice pack.
smua aku dah ada, so nak pump je.
tapi kata penjualnya, harga sama with free gift or without free gift.
hmmm, ambik la free gift tu kan?



free gift tersebut..



pump tersebut.
cantik sebab kaler pink.
hehehe...
tak berat sgt pun and saiz pun kompak je.




ada operation manual skali.
bule baca sebelum guna.

pump ni ada option utk massage breast dlu.
bagusla sebab merangsang susu tu before pump.
massage dlm 2 minit kut klau tak silap.
pastu automatik akan pump selepas massage.
utk suction pump, ada sampai 9 level.
boleh up kan kalau rasa slow.
nak guna pun mudah je, tekan je button yg ada kat situ.
tak susah pun.

bila barang dah in hand, dah start guna ada la part aku mcm eh, napa mcm ni.
so aku pun whatsapp balik kat penjual tu.
tak balas ok!
+__+
katanya ada money back guarantee kalau guna tak sesuai ke, sakit ke apa dlm masa sebulan.
aku beli awal bulan 2 camtu.
tapi, bila tanya, mesej tak balas pon.
meniaga apa oiii mcm ni.
pastu klau ada apa2, aku malas dah nak mesej penjual tu.
aku google jelah sendri apa yg patut.
nak share beli kata mana pun malas.
kang tutup periuk nasi dia pulak.
review dr org lain kata senang beli dgn dia sebab murah.
tu je, review lain takda.
heheheh..
takpelah..
yg penting skang barang dah sampai kan?

later aku share pasal penggunaan pulak..

Thursday, February 05, 2015

Breastfeeding item


barang2 lain yg di shopping di little whiz.
syok shopping situ.
semua nak beli.
heheh



ni ha..
item utk breasfeeding.
utk mengepam, utk simpan susu.
ada cooler beg bunge2 kaler pink masam, ada ice pack, ada botol utk simpan susu and plastik jugak.
total utk semua ni rm158.90 termasuk pos.
murah ke mahal?
hahahah..

utk storage bottles tu saja aku beli yg wide neck sebab nak matchkan dengan pump.
klau botol yg kecik tu tak masuk.
dah ada botol utk pump tu, tapi saja beli lagi.
bule tukar2 kan?
pump tu bule guna botol yg wide neck, tapi sayangnya botol mam takleh masuk.
dia mcm senget sket.
klau tak, lepas pam terus leh minum.
tak payah transfer susu ke botol mam dah.

so, sekarang ni bertambahlah beg yg nak dibawa g opis.
seb baik beg pink tu lawa..
henbeg, beg laptop, beg pink and kadang2 ada beg bekal.
bertabahlah wahai emak.



seronok tengok stok susu sendri.
seronok giler tgk anak dapat minum susu sendri yg dipam.
hahahah.
psiko la ko kak yah.
kalau anak dapat full bf, lagi syok kan?
takpelah..
asal ada rezki Aniq utk minum susu mama, selama mungkin sampai umo 2 tahun sokay la kan?

Wednesday, February 04, 2015

Autumnz Joy Manual Breastpump

hari tu ada share pasal littel whiz kan?
ada beli barang sket.
hari ni nak share apa yg aku beli.



benda paling besar yg aku beli is breastpump.
Autumnz Joy Manual Breastpump.
1st time beli breastpump.
masa dlm pantang,duk servey2, tapi tak beli pun.
dah masuk keja baru beli.
kenapa beli manual?
saja.
test dulu.
lagipun anak aku dah tak full bf dah.
dah penah crita kan dlu.
tapi since susu ada lagi, kita pump jugak.
ada opismate aku pakai yg ni jugak, katanya ok je.

walau pump ni manual, so far ok je.
cumanya suction tu takla kuat sgt.
then, lenguh la sket kan?
suami suh guna manual dlu, test katanya.
klau ok, nnt beli yg eletrik pulak.
ikut aku nak beli yg elektrik trus je.



dapat seketoi pump, botol 1 and 2 spare part.
harga, RM89++ kat little whiz.
campur rm10 utk postage.
aku tgk ada 1 kedai kat perlis ni, harga pump ni rm125.
sokay la kan?

dah dapat barang, meh kita try.



1st trial, 20minit dapat 2oz.
sementara nak biasa.
lepas tu bule dapat 2-3 oz.
pernah gak dapat 4oz, tapi jarang la.
klau beza masa tu lama, dapat la 4oz.
susu aku tak la banyak sgt.

so far, ok la jugak guna pump ni.
cumanya lenguh sket la.
tapi once ko dah biasa, ok je pun.
tapi, yg elektrik lagi best la kan?
ko bule relax je masa pump.
dan... aku dah beli yg elektrik dah pun.
hihi..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...