Showing posts with label frens. Show all posts
Showing posts with label frens. Show all posts

Monday, March 02, 2020

Pindah!

Assalamualaikum..

agak hectic day minggu lepas.
actually, not a hectic day, tapi hectic week, hectic month hahaha..
bulan 2 ni mmg huru hara sket..
ni bab keja la.
tapi bila keja huru hara, efek jugak ke kehidupan seharian heheh..

actually, aku kena pindah opis.
tukar ke jabatan lain.
dapat  tau hujung bulan January camtu.
mula tu ingat ura2 ja.
pastu dpt email, diorg panggil meeting.
dah pegi meeting pun aku mcm 50-50 betul ke kena pindah.
mula2 meeting tak fokus sgt.
dah separuh meeting, eh mcm lain je ni.
mcm kena pindah je nih hahaha
so, sila fokus walau sebenarnya tak berapa nak blh hadam apa ke benda la yg depa duk cerita.
sebab dlm kepala dah set tak kena pindah.

ok, dia mcm ni.
aku ni keja bidang IT.
position aku ialah IT. masa mula2 masuk lepas lapor diri, aku dihantar ke jabatan Perpustakaan.
since 2005 aku kat sana until now.
thn lepas kami dapat new VC. so adalah few things yg dia rombak.
salah 1 nya is, penstrukturan semula staf.
jawatan begitu begini perlu duduk kat  tempat yg sepatutnya.
cthnya position mcm aku ni, patut duduk kat Pusat ICT so kena pindah ke sana. (ada juga jawatan lain yg kena pindah).
ramai je sebenarnya yg duduk di jabatan lain. adalah dlm 12 org kut klau tak silap.
the rest dlm 40++ duk di ICT lah.
tapi thn ni, seeeeeeeeeeeeemua kena duk ICT.
lepas miting tu, 2-3 hari camtu sampailah surat pernyataan perpindahan.

mula2 tau betul2 kena pindah, hati aku ni 50-50.
nak pindah dan tak nak pindah.
sama bnyk.
bayangkanlah weii dah 15 thn duk situ. dari takda apa2, mcm2 dah yg dibuatnya.
dannnnnnnnnnnnnnn yg paling terkesan is kawan2 baik kat sini lah.
tapi...
aku mmg rasa aku perlu pindah. perlu tukar.
sebab aku perlu  kembangkan kerjaya aku.
dah terlalu selesa buat kerja yg sama dlm tempoh yg lama.
then takda skills baru utk aku.
so, bila pindah ni akan ada new job scope utk aku.
walaupun aku was2 dapat ke aku handle tu smua nnt.
but, tu smua blh belajar kan?
slowly but surely.
keja tu dah tau, cuma akan lebih though la nnt.
dan aku masih kena pegang sebahagian kerja di jabatan asal. itu permintaan bos aku.
yelah, nak pass ke sapa keja2 aku ni. nak2 pulak bidang IT kan.
dah lama pegang lagipun.
awal2 ni maybe huru hara sket la. but kita cuba edjas elok2.

dlu, 3-4 tahun lepas camtu, aku tak ingat sgt, diorg pernah dah nak panggil balik ke ICT.
tapi tak official lah.
mcm duk survey2.
masa tu ICT baru pindah masuk main campus. sebelum ni diorg kat opis lain.
lepas masuk main campus, diorg duk check mana yg nak panggil masuk
tapi bos aku tak lepas masa tu haha
lagipun pikir masa tu mcm tak kena pulak nak pindahnya..
sebab bnyk kut kerja kat library nih..
now kami ada 3 cawangan. jenuh la nak cover hahaha..
unit aku tu ada 4 org ja, staf IT 2 org, lain2 staf position library.
now dah tinggal 2 org.
tapi soon maybe akan ada penambahan la kut.
klau tak masak la 2 ekoq tu haha

kalau di beri pilihan, mmg aku tak nak pindah huahuahua..
bos aku pun dah defend tapi dia kata dia tak blh selfish
dia kena jugak pikir perkembangan kerjaya aku.
btul lah tu. dan aku tak salahkan dia pun.
aku paham situasi dia.
sejak masuk kerja, aku mmg duduk bawah dia. so kami agak close.
dan bos aku agak sporting, blh bergurau senda cerita mcm2 hal.
walau ada kena marah bab keja, ada yg tak puas hati, aku pun being professional.
dia pun.
bab keja, jgn dicampur aduk dgn peribadi.
kena tegur, kena marah bab keja, take it positive
org tegur sbb sayang, sebab nak betulkan kerja, nak kita jadi lebih baik.
5 thn pertama mmg aku memberontak, ada saja yg tak puas hati.
tapi 7-8 thn kebelakangan ni, aku lebih rasional.
pikir dlu baik buruk.. maybe faktor usia.
jgn terlalu emosi.
biasalah jiwa muda kan?
bos pun tak selalu betul. tapi benda blh bincang, kita edjas elok2. tak perlu ungkit di belakang, cakap belakang, tikam belakang dsbnya.
kerja kat mana2 pun ada politiknya. bezanya bersih atau pun tak.
dan, kita kena pandai timbang mana baik buruk.
kena pandai atur mana nak dahulukan, mana nak ikut.
jgn terlalu mengikut emosi dan ikut kata org.

ok, hari ini aku dah kat pejabat baru.
efektif Mac.
sayu hati Allah saja yg tahu.
last 2 weeks, aku agak bz kat opis. nak setelkan keja mana yg tertangguh.
budget dah masuk, so setelkan apa yg patut.
adalah keja sket2 yg kecik2 tu takmolah aku tinggalkan tak setel.
kang org bising ke apa kan?
walau sebenarnya aku masih lagi attach dgn jabatan lama..
yg blh setel, kita setelkan dulu.

2 days sebelum tu, aku belanja diorg makan.
tapi kawan2 kat main office jelah, kat libraty utama.
tempah makan kat mak sedara aku, menu mkn tghr.
dah niat dari awal, klau betul kena pindah nak belanja makan.
so dah setel bab tu, Alhamdulillah..
oh, lagi sorang pun kena pindah jugak. staf IT jugak tapi lelaki.
dia blm pun sethn masuk library, dah kena pindah hahaa.
dia pun join skali masa aku order makan tu, tapi dia bagi duit jelah.


menu makan tghr.
nasi putih, gulai daging + pisang, ikan temenung rebus, kerabu mangga dan sambal belacan.
ni yg aku order. plannya nak tambah buah, aku tak sempat nak beli.
Alhamdulillah semua suka, makanan sedap.



sebahagian.
ada yg mkn kat luar pantry. tak muat.
semua dapat makan. ada yg puasa, so aku panggil meh bungkus lauk.
setel smua lauk pauk Alhamdulillah.

dan, last day pun tiba.
pagi tu ada event universiti.
so, kesana dlu. dah setel yg tu, tghr kluar lunch dgn bff aku yg sorang tu..
petang tu, aku dah malas nak buat keja dah haha
barang2 dah kemas dah before tu.
mana yg tak perlu tu aku simpan bawak balik rumah jelah.
nak bawak ke opis baru tu sekotak ja.
dokumen lama, dah check then lupuskan jelah mana yg tak penting.
masuk shredder.


sebahagian.
ada lagi yg lain kat tempat masing2.
ni masa lepas habis event tu, ada yg balik ke opis ada yg terus pegi mkn.
library tutup sampai lepas solat Jumaat.
so, tak ramai yg ada.


sayang semua ni.
ada pegawai jugak ni 3-4 org.
tapi semuanya ok, baik2 saja.
kadang2 keluar makan sekali ramai2.
blh melawak mcm2. cerita masalah pun blh.
dan mostly semua kat sini org utara.
ada la yg dari Johor, Penang. tapi 90% is Kedah Perlis.



bertiga.
slalu pun bertiga nilah...
sejak 2005 nunnnn...
sesama kami ni takda hal nak membahan, maki depan2 pun ok.
takda simpan apa dalam hati.
Allahu rindunyaaaa...


hasil selfie tersebut..
bini 2 org, sorang dah kena cerai hahaha.
yg lelaki tu blm kawen. mcm takda ciri2 ke arah tu pun.
walau mulut dia puaka, tapi dia baik. tak pernah berkira apa dgn kami2 nih.
dannn, pandai masak. selalu masak2 bawak makan ramai2.
kadang2 kami bagilah dia duit utk beli bahan mentah.
tapi kalau tak pun, mmg dia slalu je masak @ beli apa2 makanan bnyk2 and bawak mkn ramai2.



pagi tadi dah call tanya khabar aku kat opis baru.
hahahah
lorat. tapi aku paham. jgnkan diorg, aku pun sayu sedih hati remuk redam.
mula2 dulu pun dgn dialah aku kawan, mana2 pun selalu pegi sama2.
jgn salah faham yeh, kami takda apa2pun.
dia dgn semua org mcm ni jugak
laki aku pun kenai dia. family aku pun dia kenal sebab pernah datang rumah kenduri dulu.
kawan2 yg lain pun sama.
yelah dah 15 thn kenal kan.
dia ni, masa ptg last day tu, tak turun pun babai aku..
sebab dia sedih katanya.
huhu


sempat tu haa...

masa ni muka dah tak mcm org.
ptg tu sblm balik, salam2 semua org.
merambu2 air mata ni tak mo stop.
last dgn bff aku tu (yg gambar bertiga tu), mmg dah mcm air terjun.
nak cakap bnyk pun takleh dah. kluar air mata ja.
kwn2 yg lain duk gelakkan kami.
ye tau, dekat je pindah nya. masih di bawah 1 organisasi.
tapi terpisah jabatan wei. dlu dari 8-5 duk skali.
kluar mkn skali, apa2 pun cerita, sambil lalu singgah tepi partition sembang2.
kalau bwk bekal, makan sama2. sorang sikit kami kongsi.
nak buat apa, pegi mana2 kalau hal keja, mmg selalu sama2.
now takda dah.
mmg lepas ni blh jumpa lagi, tapi tak sama kan?

laaaaaast jumpa bos.
dia takmo jumpa mulanya.
aku masuk jugak. salam and peluk dia.
masa tu, dua2 dah nangis mendayu2.
dia takmo jumpa sebab dia sedih. sedih sebab aku dah takda kat sebelah dia katanya.
Allahu, sedih sangat bila ingat moment tu.
lama betul dia peluk aku.
bos aku tu baik sgt. pada aku la.. dia mmg tegas, tapi aku blh terima.
sebab dia bos. so far, aku ok ja. adalah here and there yg tak ok, tapi being professional.
bab kerja, what ever pun bos betul. hahah..
aku mudah je, klau ada yg tak setuju dgn bos, mula2 diam dlu. lepas sehari 2, terangkan semula kat dia begitu begini. kadang2 dia tak nampak kenapa kita bangkang dia. sometime dia rasa dia btul semua. dan kadang staf tak blh nak bangkang.
sokay, bagi dia masa. lepas tu kita terangkan semula, Insyallah ok.
tu cara aku la. maybe sebab bos aku blh tolerate dgn kami.
oh, bos aku perempuan ya... cerewet?
ada, mana blh tak ada. tapi, kita yg staf ni pun maybe ada yg dia tak berkenan, so hujung2nya lebih kurang sama.
lama jugak aku jumpa dia. memang merambu2 air mata kami dua org.
sedih sgt moment tu.
maybe sebab kami close. tapi jgn salah faham ye.
aku budak jenis bodek bos ya. klau tak kena tu, sama je kena marah jugak.
tapi bab keja, kena professional, tu je pada aku.
dah habis kena marah, betulkan, and gelak2 balik.dia pun kata, aku ni selalu kena marah tapi sama mcm tu ja, rilex and datang jumpa dia mcm biasa.
kalau masa mula2 keja dlu memang ada simpan dlm hati, tak puas hati bila bos tegur.
but now, dah matang. pikir balik kenapa bos tegur, kenapa kena re-do kerja.
sebab nak yg terbaik.
Doa selalu jgn lupa, minta Allah bantu.
Alhamdulillah... hubungan kami baik2 saja. raya pun blh kata tiap2 thn aku ke rumahnya.
hormat, dan kita ziarah dia.
baru2 ni anak sulung dia kawen, kami pegi tolong dia mana yg blh.
bantu utk lancarkan majlis.
pada aku, bila bos minta kita buat sesuatu, nak2 yg luar dari bidang kerja, tu maknanya dia percaya kan kita.
so buatlah sehabis baik jgn biar org hilang kepercayaan kat kita.
aku ni  keja bidang IT, tapi kat sana, kadang2 bos suruh gubah bunga, hias sana, hias sini, jadi AJK jamuan lah.. buatlah.
sesekali keluar dari skop keja kan? dan yg penting org percayakan kita, hasil kerja kita.
kena ingat juga, kerja ni salah satu cabang ibadah dan pahala utk kita.
niat kena betul.

lepas ni pun aku akan kesana, tiap2 bulan maybe sehari 2 kena pegi.
sebab aku attach dgn library lagi.
sampai bila, entah..
kerja disini dah ada listingnya. cuma belum mula.
berdebar jugak lah hehe.
kawan2 kat jabatan baru ni semua dah kenal sebab mmg aku selalu ke sini pun.
mmg kerja ada kaitan pun dgn sini, kadang2 duk contact tanya pasai server la network la apa smua tu.
dah kenal lama cuma takda lah close sgt.
now duduk kerja di bawah 1 bumbung.
moga Allah bantu mudahkan urusan aku di sini.
moga aku dapat bekerja dgn baik.
moga aku tenang dan redha dgn aturan ini.
moga ada hikmah di sebalik semua ini.
dan juga, moga kerjaya aku lebih berkembang...
doakan yg baik2 utk aku..






Monday, February 15, 2016

Birthday date

cerita lama lagiiiiii.
ampunkan dakuu.
hahaha.
dah ada gambar sayang pulak tak update.
nanti ada gak kenangan.

ni sempena besday aku 24hb doblas hari tu..
Huda call ajak dating.
susah gak skang ni sebab opis dia kat Kangar, opis aku kat Pauh sana.
pikir dah lama sgt tak jumpa dia, so try la edjas.
padahal bukanlah jauh sgt pun.
now diorg stay kat area Batu Pahat sana.
Batu Pahat ngan Kangar bukanlah jauh sgt pun, tapi masing2 ada komitmen, kekangan kerja, family smua, jadi susah nak berjumpa.
rumah mentua dia sekentut ja dr rumah aku ni ha..
dulu masa diorg duk skali ngan mentua tu slalu gak la dia singgah.
ikut jln blakang, naik motor tak pyh pakai helmet pun bule sampai.



umor kami sebaya, tapi dia ni kecik molek orgnya.
terasa gajah betul duk sebelah Huda.
hahaha...

dah kata date sempena besday aku, beriya dia bawak bunga bagai.
alahaiiii, so sweet of you darling..
tq sangat.
jarang2 jumpa, skali jumpa buat suprise pulak, terharu iolls.
kami lunch date kat Blackwood Arau.
dia jarang sgt turun Arau katanya.
makan2 sambil gebang2.
dah lama tak jumpa kan?
actually Huda ni lawyer okeh..
kecik2 cili api niiii..
hehehe.
dia lawyer syariah, and buat jugak bahagian jual beli rumah ni.
ntah aku tak paham sgt.
gitu la lebih kurangnya.
pastu company diorg tak caj mahal pun klau kes2 syariah ni.
nak bantu org katanya.
sesapa nak pakai khidmat company diorg boleh la.
email aku dulu. hehehe

actually, aku kenal Huda ni since aku kawen.
sebab, husband dia kawan husband aku.
gituuu.
aku kawen bulan 11, diorg kawen bulan 12.
kenduri aku dia tak datang la kan sebab belum kenal.
tapi dia kirim hadiah, walau baru 1st time jumpa.
boleh gitu.. hahaha.
pengantin dah sebulan pun dapat hadiah lagi.
aku pegi kenduri diorg melenggang kangkung sajaaaa.
adoii.



incit suami tak kasik bunga pun, tapi kawan pulak yg kasik.
terubat sket..
hahahha.
sokay lah, aku tak kisah pun bab2 hadiah besday ke annivesary ke apa ni smua.
yg penting hidup aman bahagia elok2, sudahhhh..

lama gak kami duk gebang2 petang tu.
duk dlm restoren lupa nak ambik gambar.
ralit sgt duk bersemban, cerita mcm2.
org pun ramai gak hari tu, lunch break jumaat lama kan?
aku ambik halfday hari jumaat tu.
kebetulan sebab adik aku pun nak datang rumah, nak g beli barang sekolah.
2 jam camtu lepak ngan Huda, then gerak.
dia pun ada hal lepas tu.
nanti besday dia, nak seprais dia jugak.
hehe..



seminggu bunga ni duk dlm pasu.
syok tgk kemain kembang semangkuk dia tu.

anyway, tq sweet darling..


Monday, February 21, 2011

baby Qaleef

cuti minggu lepas, dlm duk demam2 gegas jugak g nengok orang baru..lama dah duk tangguh..time tu demam pun sudah agak reda..orang baru ni second baby opismate aku, baini..eh salah, bukan opismate, buildingmate..hehe..dia keja tingkat 9, aku tingkat 1 jek..tapi still under unibersiti neh jugak..

nk g mula2 pas dia bersalin, xdpt sebab bby kuning, lama gak duk spital..dah blk umah aku plak demam. xsesuai la nak g, karang berjangkit plak kan..bila demam dah lite2 neh, leh la g tengok..dari duk saja kat umah, g la lepaking sana...


ehh..ni bukan babynya..ni kakak kepada baby...madiha..kecik2 dah dpt adik..huhu...dlu masa br bersalin, bam2 sungguh. kuar jek dah 3.8kg..dah makin besar, makin surut plak..
maknya saja nk bg adik kat dia sebab nak kasik ada geng..dia duk ngan maktok, manja tu paham2 lah..ingatkan bila dapat adik tu leh la menjadi kakak yg berjaya...skali....haram.....jenuh la nak kepung, duk kaco adik dia lagi ada...dengki plak sebab smua org duk lebih kat adik dia..
ni mcm baik plak kali ni aku p..mau plak mai duk dekat, ajak main skali..nak tdor pun mai duk sebelah aku jugak..klau x, jgn harap la..jgn kata nk tegur, tengok pun xleh..kat sapa pun dia xmo..ni pun nasib baik sebab aku bawak mainan kat dia...umpan sket..hehe...tu yg nak duduk dekat tu...sekerat hari aku duk situ, mau la duk main ngan kita..tapi kaco adik tu tetap la jugak..
apasal senget plak gambar ni....nasib la....tu tengok tu..misi sedang bermula..duk usha baik je...pastu siap la...habis ditarik sarung kaki, sarung tangan adik..bantal pun dia rembat jugak..budak tu baik punya duk tidur, disentapnya bantal adik dia..hasihhhh...klau kita haipppp kat dia camtu, meraung la..sabar jelah madiha wehh

nilah dia Qaleff..syok baini, dah bule sepasang anak...yg ni baik je..tidur je, xbanyak hal sangat..cuma ek ek xbenti..kena riba, tidur kat mak dia, baru senyap..klau letak bawah, ek ek....pandai nooooo..menyusu bule tahan gak..baby boy kan, camtu la...

kakak sebijik cam mak...adik plak sebijik cam apaknya..bagusssss....ikut acuan...
mama baini, ko jgn xpantang ek...klau x, lambat la nak kurusssssss..heheheh

Tuesday, January 11, 2011

kerja gila di mlm minggu

mlm minngu yg lepas, xdak keja sangat dah..p buat keja gila..ni smua aney punya pasal..aku ngan hubby otw nk blk kg..singgah kangar sat carik buku abang..tetiba aney kol...beriya ajak g mandi ayaq panas...nun kat baling nun..ingat dekat kah? yg laki aku pun beriya nak pegi sbb xpenah pegi...haishh...poning palo..payah sangat nak diskas by phone, makanya pegi umah aney saja... pungpungpang...beriya diskas..maka masing sentuju mau pegi..aku ngan hubby  cecepat gerak2 khas balik kampung..sebab japg aney ngan huda g jemput kat umah abah..pegi 1 keta jelah, karang letih leh gilir2 drive...time tu, kena lak aku lapar yg amat..beli nasi ayam depan umah kami saja sebab balik umah sewa pulak nak amek sluar baju salin...


sampai kg, mkn cepat2..dekat pkul 10 camtu br aney ngan huda sampai..umi duk potpet jugak sebab dah lewat nak g jugak..nnt lambat la sampai katanya..tapi xpa..sebab pegi ngan laki sendri kan..klau ngan bopren harus kau kena pelangkung..muehehe..pkul 10.30 mlm camtu br kami gerak dr umah abah..aku, hubby, aney ngan bini dia, huda...mengantuk pun koi duk mai dah..dah la siang tu langsung xtdoq..

bajet aney tau jalan sbb dia kata dia dah penah pegi dah..pastu duk bwk kuar gps smua..cehh..klau takat jln tu aku pun tau sbb area baling sana..aku penah pegi dah cuma xpenah masuk kawasan ayaq panas tu la..last skali decide ikut signboard jelah...xsusah pun..mmg duk nampak2 signboard tu..tapi, bercinta la nak sampai..bapak jauh kena masuk dlm hutan nun..klau pegi berdua, tobat xmo..lampu jln pun xdak..hutan keliling..sunyi sepi..sket lagi mcm citer ngangkung dah..scary oh..dr pekan baling tu ada la kut 60km br sampai..

kami sampai jam 1.30 pagi..tapi manusia punya la ramai..mcm br pkul 8 mlm..dah kata mandi air panas, xkan nk mandi awal ye dok..panas la kan..makanya mandi lewat2 mlm br syiokk..

inlah tempatnya...ulu lenggong sana..sampai tu tgk kreta punya meriah..gerai2 pun bule tahan..nasik lemak ada, yong tau fo pun ado...kami parking pun jauh gak dr entrance..nak masuk kena bayar yek, 4 hengget sekepala, parking 2 hengget


isteri2 yg kena paksa ngan suami yg kepingin nak mandi air panas!! sejuk giler wei kat sini..tu yg aku berselimut ngan towel tuh...kawasan hutan kan...

ramai ok org kat dlm...situ ada homestay or bilik klau ko mahu sewa..canvas pun ada..sejam 5 hengget jek..tu pakat duk lena dlm tu la kut..pas lena bangun mandi..syok sebab sejuk, pastu mandi air panas...heaven ah..jgn tekejut, ada yg bawak bekal siap duk berhidang kat situ..bajet duk tepi laut ka...



 

tengok tengok...ramai kan org...ni kolam yg ke 3..sini la paling ramai sebab xpanas sangat...bule tahan la air dia..ada 4 kolanm sini..ni yg ke 3.kolam ni besar n air bule tahan gak panas..tapi dah duk lelama, ok la..laki pompuan, makcik pakcik, awek, bopren..smua ada....pakat duk berendam...


 
ni kolam pertama..tau napa ada palang bagai tu...tu pagar xkasik masuk la..klau masuk jugak..silap2 mau masak telur ko okeh..bapak panas!! berasap2..xdak sapa pun p duk situ..lgpun mmg xleh masuk kan..maybe ni main kolam dia kut...sebab kat dasar tu nmpk lumut2 sket...kitaorg g rasa2 jugak air tu, mmg panas.tapi dun worry, kulit ko xkan melecur yek klau air panas cam ni..lain klau air panas yg duk menggelegak atas dapur ko p sua tangan, mmg melecur la..


ni kolam ke 4, utk budak2...air dia suam2 kuku kambing jek..ok lah for kids...masa ni dah pkul 2 pagi camtu..budak2 punya la ramai..mandi dengan riangnya...heran aku, xngantuk ka depa ni?

ni kolam ke 2...memula cadang lepak sini sbb xdak org..mmg la xdak org sangat sebab panas wei air dia..sebab tu xdak yg duk berendam..mau gugur bulu roma...kami memula rendam2 kaki...2 menet jek, xtahan..panassssss..mau lekang tumit aku tu



 

jadik..smua g kolam ke 3 ni jelah...dia ada divider kat tgh..yg diorg ni duk xdlm pun, ngan laki aku paras peha ja..yg sebelah sana dlm sket..leh berenang ngan hebatnya..tapi diorg xpegi sbb diorg takut lemas sbb xpandai berenang..hahha....mmg ramai n rimas la sket kan..tapi, buat2 xtau jelah..nak privacy, buat sendri kolam kat umah...
diorg 3 orang ni pakat2 berendam..aku xkoser ahh..baju dalam xbawak lebih..lagipun plan last minit cam xsempat nk plan betul2..banyak gambar diorg jelah sebab aku xmasuk air...hampess

aku rendam kaki jek..tu pun basah gak, kena salin sluar dalam jugak..best wooo rendam kaki dlm air panas ni..sebab dia cam ubat kan..rasa berdenyut2 kat kaki tu..rasa ringan je pas tu.. klau kat umah pun, bila aku rasa cam lenguh2 kaki, aku rendam ngan air panas campur ngan garam..tu pun dah rasa ok..klau air panas yg cenggini, lagi bagus..tapi kena ingat gak, kan leh main terjun jek..memula kena rendam kaki dlu, dah biasa ngan air tu, baru leh turun..org yg ada darah tinggi xbleh kut..klau aku xsilap la..


oiii...salah bini tuuu!!! tu bini org!! ni ha,, bini ko ada kat sini neh......


ni baru betul..huda ngan aney...sweet kapel...sebab dedua kecik...kami pun sweet gak, eh bukan, cute kapel..sebab dedua besauu

aku ngan huda...tengok, aku berbungkus jek..sejuk situ...klau mandi ok la, ni takat rendam kaki jek, bawah jek panas, atas sejukk



dua org sahabat baik ni akai depa sama...jenuh la kami2 isteri2 ni duk spedo apa depa buat...tengah mlm buta bleh duk dating berdua lagik..dah kawen pun duk feeling bujang lagikah?



aney pulun mandi sungguh..beriya berendam..siap buka2 baju...berendam kejap, pastu naik mkn..hisap rokok, turun berendam pulak..bagus, xsesia pegi jauh2 kan..


suami ku yg hebat mlm itu, sebab dia drive pegi balik..masa balik kami smua tdo..aku tunggu sampai naik highway jek, teman dia sbb jln sunyi kan, kut dia ngantuk...naik je heway, trus kroh kroh...yelah, bertolak balik pkul 3.30 pagi tuu..


snap masa tunggu aney ngan huda tukar baju..dah dedua comey2 jek..trus xmuat frame..erk..apakah?


hubby baby demok2 yg bajet muka leh kurus buat cenggitu...xdak maknanya.........


hubby kata pasni xmo p dah..sebab jauhh...letih bawak keta la kut...pkul 5.30pagi br sampai umah..tu pun otw xbenti mana dah..tahan plak laki aku tu drive pegi balik..syabas la..kami yg lain dah hanyut dah...sedar2 dah sampai umah..siang tu hubby bantai tidor sampai tghr...letih..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...