Search

Loading...

Tuesday, May 21, 2013

Fidyah puasa

ini menu berbuka semlm. dan ini jugak menu sahur aku semlm.
alhamdulillah, ganti puasa dah nak habis. esok last. day. yayyyyyy.. pastu raya.. hihi.. minggu ni klau blh nak puasa terus. esok klau xda apa2, nak puasa juga. sehari je lagi kak yahhhhhhhhhh.. minggu lepas puasa jugak, tapi pkul 3 camtu aku period. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. kenapa kau tak datang pkul 11 ke pkul 8 pagi ke? sesia aku tahan lapar. ehh?

gigih la semlm balik keja, masak laju2. simple2 cukup. sayur campur+udang dan ayam goreng rempah. dan, sambal belacan harus ada. penambah selera yee.. utk amni buatkan dia nasi goreng. bg dia mkn dlu, sebab pastu mak nak melantak pulak. klau tak, xsenang la aku nak berbuka dan menikmati makanan.. huhu..

sabtu lepas aku dah setel bayar fidyah puasa. alhamdulillah..

tau apa itu fidyah puasa?

meh aku kongsi sket..

Fidyah Puasa

Pengertian

Fidyah adalah tebusan yang wajib dikenakan untuk menebus atau membayar perkara-perkara yang makruh dan haram ke atasnya (yang telah dilakukan).

Hukum Syarak

Terdapat beberapa pecahan mengenai hukum orang-orang yang meninggalkan puasa dan yang berkaitan dengan fidyah seperti berikut:

Wajib Qada

  • Orang yang sedang sakit dan sakitnya akan memberi mudarat kepadanya atau bertambah lambat sembuhnya.
  • Orang yang meninggalkan puasa sewaktu belayar atau musafir kira-kira 2 marhalah, yakni dalam lingkungan 90KM.
  • Ibu yang hamil atau menyusukan anak dan khuatir dirinya menjadi mudarat.
  • Orang yang sedang haid atau nifas.
  • Orang yang terlalu lapar atau dahaga yang boleh membahayakan dirinya.
  • Orang yang batal puasanya kerana salah satu sebab yang membatalkannya.

Wajib Qada dan Membayar Fidyah

  • Ibu yang hamil atau menyusukan anak, sekiranya hanya khuatir anaknya menjadi mudarat.
  • Orang yang berhutang puasa yang belum dijelaskan sehingga timbulnya Ramadan yang lain.
    Jika lewat qada puasa hingga datang bulan Ramadan yang lain wajib membayar fidyah secupak pada tiap-tiap hari puasa yang ditinggalkan, dan jika lewat 2 tahun, melewati dua kali Ramadan, wajib berfidyah sebanyak dua cupak dan begitulah seterusnya di samping wajib mengqada puasa itu.

Tidak Wajib Qada Tetapi Wajib Fidyah

  • Orang sakit yang tidak berdaya untuk berpuasa dan harapan sembuh sangat tipis.
  • Orang yang lemah kerana sudah tua dan tidak mampu lagi untuk berpuasa.

Wajib Qada atau Fidyah

  • Waris bagi orang yang meninggal dengan ketiadaan uzur sebelum mengqada puasanya.

Tidak Wajib Qada dan Fidyah

  • Waris bagi orang sakit atau musafir dan meninggal dunia sebelum mengqada puasanya.
  • Kanak-kanak.
  • Gila.
Wallahua’lam

sumber



dah lama tertangguh2, akhirnya sabtu lepas dah langsai. tak ada la terasa di awang2 lagi pasni. hihi.. harap2 tu fidyah aku diterima. amin.. fidyah ni utk puasa yg aku tinggal masa mengandungkan amni. 18 hari oke!! the rest aku puasa la. hujung2 mmg merangkak la.. pasni nak peknen pulak ,kena edjas sket. xsanggup woo duk dlm pantang masa raya. azab oiiiii

memula pak mentua aku suh g baitulmal je, bayar kat sana senang. tapi ai is malu u know.. muda2 lagi sudah kena bayar fidyah. tuhan bagi setahun utk ganti puasa, apa yg ko buat haaaaa.. xsempat ganti derr.. try jugak puasa, time tu masih bf amni. end up melepek aku letih. tahun lepas, dah setel ganti puasa utk 2011 tu. tinggal fidyah jelah. tangguh2 kang masuk ke ramadhan pulak, berganda fidyah tu nnt. so, marilah kita tunaikan kewajipan. eh, ada org xtau yeh pasal ni. ada jugak fahaman2 yg salah pasal fidyah dan ganti puasa. ada yg kata puasa akan jadi berganda klau tak digantikan pada tahun yg sama. no no no.. puasa tak bertambah, tapi fidyah yg bertambah yeee.

cemana nak kira fidyah?

haaaa.. klik sini..

tapi tidak ku paham gimana mau guna.. hahahaha.. yg ku tahu, sehari tinggal puasa sama dengan secupak beras. 18 hari, so kena ada 18 cupak beras. tapi aku xbg beras. aku bayar guna duit. kira berapa harga 18 cupak beras tu, then convert ke duit. aku bayar kepada jiran aku. dia bukan org senang, then now xsihat and xleh keja. lagi prefer bg duit kut. klau g baitulmal pun, bayar dengan duit jugak. so, aku bg dia je. niatkan fidyah and the rest klau ada, kira sedekah. selesai.

korang2 ada ke yg kena bayar fidyah? klau ada, jgn tangguh2 ye. tu hutang kita dengan Tuhan. klau dengan orang blh la nak mintak2 halal kan? lagipun ini hukum. ada yg berhak ke atas hutang kita tu. xbanyak pun, and xjatuh miskin pun kita klau bayar fidyah ni. so, sesama la kita tunaikan yeh

Monday, May 20, 2013

Sandwich sardin goreng

dah lama xdak entry masak2. sebab agak jarang memasak sket lately. boleh gitu? hahaha

masak jugak, tapi yg mudah2 jek. nasib la aku dapat laki and anak memasing  berpakat jadi picky eater. hahahah.. laki aku tu xla memilih, tapi klau masak lauk yg dia xberapa nak gemor, jawabnya, aku sorang jelah duk hadap. dia makan, tapi sikit. klau yg dia suka, dia makan baaaaaaaaaaaaaaaaaaanyak2. bini yg masak tapi kena ikut selera laki. haishhh.. sabar jelah..

tapi aku ikut jelah selera dia. dari lauk terbuang, xhabis, membazior amalan syaitonn kan? selera dia mudah jek. ayam, ayam, ayam, ayammmmmmmmmmm je hari2. badan pun sket lebih kurang mcm ayam daging dah. lemak je banyak dr isi. kadang2 tu ada gak la lauk lain. hari2 mkn ayam pun cemuih jugak kan?

amni? yg  tu pun skang ni susah mkn btoi. aku kadang2 xtau nak bg dia mkn apa. makan tu makan jugak, tapi 2,3 suap je. yg dia suka skang ni bihun or mee. xpun spagheti. yg tu lajuuu je mkn. nasi agak kureng. klau nk makan nasi, kena ada kuah berlinang2 like sup ke. hari2 nak mkn sup ke wahai anak?

ni menu mlm bila ntah. roti banyak tak terusik, sardin ada 2 tin kecik. dah lama beli xbuat. so, marilah kita mkn yg simple2 saja. mlm2 toksah mkn bnyk sangat.


resipi?
sonang yooo..

tumis sardin. ambik roti putih ( aku guna gardenia ), lenyek2 bagi nipis. pastu lenyek2 sardin. letak banyak mana suka kat roti tu, then gulung. celup dalam telur, goreng. siapppp..

laki mkn 4, bini mkn 2. amni mkn setengah je. hehe

esok pagi, break1st ini jugak. amni siap bawak bekal g umah pengasuh. ntah mkn ntah tidak la budak tu.

Thursday, May 16, 2013

Cekgu terbaik saya!

selamat hari guru untuk semua cikgu2 kat luar sana. cikgu tadika, cikgu sekolah rendah, cikgu sekolah menengah, pensyarah, atau pendidik. itu yg lebih tepat. pensyarah juga patutnya sambut hari guru kan? diorg pun cikgu jugak.

hari ni kat FB penuh la ucapan hari guru. last week ucapan hari ibu. bulan may ni mcm2 hari ada. hari buruh, hari ibu, hari guru, hari jururawat. syok kan?

teringat aku kat cikgu2 skolah dlu. cikgu tadika aku dlu, until now masih mengajar di tempat yg sama. dan dia masih kenal aku. dah 25 thn dah. lama dah eh?

cikgu skolah rendah, erm, dah lama xjumpa. mungkin dah ada yg pencen. dlu masa skolah rendah, cikgu yg paling aku suka, cikgu bahasa inggeris. cikgu roziana. cantik sgt! dlu dia slalu ajak aku dgn 2,3 org kawan g tdor rumah dia. saja. sronok2. kami sukalah sbb dia ada baby yg comey badan ketak2 bambam kuss semangat. suami dia pun cikgu jugak. mak bapak aku kasik aku pegi umah dia sbb tau cikgu tu baik. dlm sebulan tu kadang2, 2,3 kali pegi. xdak buat apa pun. saja dia nak bawak. then dia ajar la kami buat homework sket2, pastu kami tlg dia jaga baby dia. cikgu roziana ni kena jaga koperasi skolah. klau nak g bli barang, nak set up koperasi tu, dia ajak la kami temankan dia. pastu dia belanja makan. syok la kan? sampai gaduh la dgn kawan2 sebab asyik aku ja yg dia ajak g umah dia. nak buat cemana kan? dia suka aku, xsuka korang.. hawhawhaw.. dah lama sgt xjumpa dia. 5,6 tahun lepas pernah terserempak dgn dia. dah xjadi cikgu dah. dah naik pangkat, keja kat jabatan pendidikan.

ada lagi 2,3 org cikgu skolah rendah yg baik2, yg aku suka. ada sorang cikgu maths, garang jugak tapi baik. cikgu tu cool je, slalu tdor. hahaha. ada lagi sorang cikgu. huishh aku menyampah la. cikgu bahasa inggeris jugak. tp ajar masa darjah 6 kut. perempuan. garang ya ampun! dia penah marah kaw2 punya. panggil kat depan kelas,pastu torture aku baek punya. padahal, puncanya aku dgn 2,3 org kawan2 ni gaduh. alah, gaduh budak2 kan? pastu aku cakap la bodoh. kawan aku pun sama, lagi kasar kut. tapi dia point kat aku lebih sbb dia dgr aku cakap bodoh. menangis2 aku sebab kena marah dgn dia. ngeng btoi laaaa. ntah kat mana dia skang xtau. klau jumpa pun, xberapa nak ingat muka cemana dah. subab xsuka, so, xpayah la ingat muka dia kan? hahahhahah

skolah menengah adalah best. aku rasa smua org suka zaman skolah menengah kan? cikgu2 smua baik. sebab aku pengawas skolah, so xdak hal dgn cikgu2 kan? ada jek yg garang, tapi aku chill je. pastu abah aku keja skolah tu. so, aku baik la dgn cikgu2 sbb abah aku pun baik dgn cikgu2 juga. yg xsyoknya, cikgu2 pun panggil aku pakwi, xpanggil nama aku pun. dibantainya panggil nama bapak aku terus. glamer iolls.. hahahah. pastu klau ada apa2, cikgu nak marah pun xsampai hati sebab ingat kat bapak aku. selamat la kan? hehe..

sekarang ni, kadang2 terserempak jugak la dgn cikgu2 skolah tu. yelah, aku keja kat perlis jugak kan? ada yg masih ingat, and ada yg xberapa nak ingat. xpa2, cikgu saya maafkan. cikgu ada beribu2 lagi anak murid utk ingat selain dr saya yg xberapa nak hot ni. hehe.. paling aku suka cikgu maths aku masa form 5, lelaki. cikgu tu mcm alim ulamak sket. hari2 dia smayang dhuha. klau kena jadual maths tu time dia g smayang, hore hore la kami. pastu cikgu ni waktu mengajar, bosan nak mamp laaaaa. slow2 je. ajar maths kut. pastu klau kami sembang dia xsuka. dia akan cakap " kakcik dgn bangcik,  klau xmau dengar, kakcik tdoq. jangan kacau kawan lain nak belajaq." pastu aku apa lagi, bantai tdoq la kan? hahhaha. dia xmarah ok! dia lagi suka kau tdor, dari kau sembang and bising. ganggu org lain nak blajar. ada sorang classmate aku, lelaki, pun suka tdoq mcm aku. budak2 kelas dah tau dah, klau waktu subjek maths, waktu utk kami tdor. hahaha. yg hairannya, bila exam, budak laki tu blh plak skor A. aku? C okeh!! padahal kami sama2 ja tdor, tapi cemana dia blh dapat A aku dapat C? musykil btoi aku.. haishhhhh..

aku dlu baik je dgn cikgu. budak2 skang ni aku tgk hoih melampau btoi. selamba ja nak bantai cikgu kan? kami dlu xberani la dik oiii. diorg yg duk mengajar kita, latih kita, dari xtau jadi pandai, dari xcerdik, akhirnya jadi org. diorg sabar je layan kerenah kita. menjerit2 kat depan mengajar walau kat belakang anak murid tdor. lagi jahat, bersembang kat belakang sambil mkn kuaci. dlu2, xdak pun kes cikgu pukul budak skolah. xdak pun sampai nak buat report polis bagai. ada la, tapi kes2 terpencil. nowadays, asyik kluar paper cikgu pukul pelajar. kadang2 nak salahkan cikgu pun xboleh. yelah, pelajar pun sama kurang ajar kan? melawan cikgu, mana xkena bantai ye dok. laki perempuan sama jek. aku hairan la cemana korang boleh melawan cikgu, menjerit2 klau cikgu marah. diorg mencurahkan ilmu kat kita kut. memang ada jugak cikgu yg buat hal. tgk kepada keadaan la. klau kita salah, mmg la cikgu marah kan? xpayah la sampai nak pukul cikgu, nak maki hamun cikgu, nak balas dendam bagai. xberkat ilmu yg ko dapat. hujung2 ko gagal. pastu xberapa nak jadi org. pastu nak menyesal, nak mintak mahap dgn cikgu. dah xguna derr..
kualiti guru pun xmcm dlu dah kan? cikgu zaman dlu, zaman2 aku la, btul2 mengajar utk bg anak murid diorg pandai. skang ni, cikgu yg muda2 ni, kadang2 xnampak sgt kesungguhan nak mengajar tu. harap2 xsmua mcm tu lah ye? kedepan2 cikgu2 nak mengajar anak saya pulak. moga2 kualiti cikgu2 sekarang terus meningkat menjadi lebih baik.

tak ada cikgu, siapa yg nak mengajar kan? martabat cikgu nih kekal sampai bila2. sampai ke tua org panggil cikgu waaupun dah pencen. dan org akan hormat bl org tau, ohh dia ni cikgu. sebab? kerjaya seorang cikgu ni bukan mudah.. kau jadi pegawai besar, kerna didikan awal seorang guru.kau jadi menteri, kerna gigihnya cikgu mengajar suatu ketika dlu. kau tahu membaca, dari seorang guru.

aku klau jadi cikgu? erm... dlu penah gak ada cita2 nak jadi cikgu. masa skolah rendah la. sebab suka kat cikgu roziana tu  lah. dah masuk skolah menengah, cita2 dah berubah sebab banyak cikgu garang. hahahha. mungkin tidak la kut klau aku nak jadi cikgu. xdak talent. mau larik habis anak murid aku nanti. hari2 menangis nak tukar skolah sebab cikgu garang. hahahaha.

tapi, semua org adalah seorang cikgu sebenarnya kan?


cikgu terbaik aku dari dulu, kini dan selamanya....

sweet dok cekgu saya??


dan sekarang, aku menjadi cikgu kepada anak sendri. ikut setakat huruf A saja, bilang nombor 3 saja yg tau. xpa2.. mama sabarrrrrrrrrrrr ajar awak amni.. sebab awak anak murid yg comel!

Wednesday, May 15, 2013

Wordless Wednesday



" Anak itu cerminan diri kita "..

Tuesday, May 14, 2013

Onet

aku skang tgh gila onet. hari2 nak kena main onet. paling kurang sekali. dan sekali tu sampai sejam dua. nak tdor, tgh tgk tv, nak menunggu apa2, mesti layan onet dulu. sampai laki aku naik hairan. tak habis2 lagi ka bini aku nih???


apa itu onet?


err.. cinonet je onet nih..


memang asyik habis. kadang2 leh jadi punca bergaduh dengan amni. hahahahaha




apakah dia si onet itu??







nin diaaaaaaaaaaaaaaa..












 sebuah game di henpon. hahahahahahahha

addict habis la skang ni. pas main, nak main lagi. now duk lawan rating sendri. yelah, nak lawan dgn sapa je kan?
korang try download. best woo. menguji minda. walau cuma matchkan gambar, tapi dia ada step dia. bukan main tekan jek gambar yg sama. kena pikior banyak sket yeh. laki aku, main takat 7-8 kali match, dah give up. cari xjumpa, truih cakap dah habis. yappadah btoi.

now aku tgh main mode 3. ada 3 mode. mode 1 dah sampai level 10. mode 2 paling haibat mode 9. mode 3, takat level 3 ja. sebab yg tu masa cuma 5mnt. so, skang ni tgh berusaha nak naik level lagi. silap2. juling bijik mata aku pasni. hahahhaha


aku jarang sgt kut layan game. kat laptop ada game angry bird yg dlu tu ja. masa pakai hp samsung dlu, ada la 2,3 ketoi game. sejak ada hp sony ni, baruuuu la download banyak game. asyik main game sampai laki naik cemuih. jeles lettewww hp dia ada game 2 ketoi ja. heheheh. game yg aku download, ilmiah sket la. crossword banyak gak aku download. slalu gak main, tapi onet tetap yg utama.. hahahahhaha. nnt amni besar, nak ajar amni main onet. pastu lawan dgn mama yeh?

oh, bab bergaduh dgn amni tu betul yeh. budak tu kan pantang nampak hp. aku nak main onet, dia nak main talking tom or nak layan kids song. berebut la dgn mama. kadang2 amni yg mengalah. hahahah. aku suh dia main mainan dia jek. xpun ambik hp papa.. bagi can kat mama release tension jap yehhh.. kijamnya mama.. hahahahha.

Monday, May 13, 2013

Hari Ibu

smua org mesti up entry hari ibu kan?kat fb, ig, blog, smua lah..
aku mcm biasalah. dah lepas baru nak up. semlm baru hegeh nak transfer gambar. hehe

hari tu kabor kat laki, nak hadiah hari ibu. boley plak dia tanya bila hari ibu? grrrrrrrrrrrrrr.. apa pun tak boley. tak pe, kita tunggu hari bapa bulan depan. what u give u get back.. miahahah

cadang nak kluar mkn, tapi amni xberapa sihat pulak. batuk and selsema. siap berhingus. sian dia, mlm2 xselesa tdor. yelah, hidung tersumbat kan? aku pun dah 2,3 mlm sama xcukup tdor dgn dia. eh,  maybe lagi kurang tdor dr dia. mlm2, 2,3 kali jugak la dia terjaga. hari jumaat mlm tu, aku siap tdor sambil duduk and dokong dia. bg dia bersandar kat bahu aku. mmg sedap la kan sebab hidung dia tersumbat. pastu aku la pulak azab nak tampung berat dia. hehe. setengah jam jugak la, tgk dia dah lena, aku letak dia atas tilam. 5 mnt jek, merengek balik. pastu menangis je. kesian sgt. dgn hidung tersumbat, dgn panasnya, berpeluh2 dia. end up, aku bawak dia keluar, suh laki aku bentang toto 2 lapis kat hall, setting nak tdor luar dah. sebelum tu aku g hisap dlu hingus dia. yaa, hisap hingus amni. klau xbuat gitu, sampai sudah hidung dia tersumbat. geli ke apa ke, letak tepi la. xsanggup kut  tgk dia duk tersedu2, pastu tdor pun xselesa. dah lepas kluarkan hingus tu, bg minum susu, baru dia senyap. tdor lena sampai pg. subuh dia jaga sekali, minum susu, then tdor balik sampai pkul 9. hari sabtu mlm pun sama. aku tdor umah mak aku mlm tu sbb siang tu bawak mak aku g alor star. siang sronok main dgn makcik, mlm merengek la. siap kacau makcik tdor lagi. heheh.

bl ada anak, bl anak tak sihat, mula la hati mak ni resah gelisah. baru tau kan cemana hati seorang ibu? dlu, mak aku pun mesti mcm ni kan bl anak2 xsihat..
aku klau blh nak bg yg terbaik utk amni. dan juga utk anak2 yg akan datang. for sure dlu mak aku  pun mcm tu. semua ibu mcm tu. xda emak yg xnak anaknya elok. all moms want the best for their childrens kan?

cuma yg aku xpaham, kenapa ada anak2 yg tak hargai ibu sendri? tinggal kan ibu kat rumah org tua, pastu xdipedulikan, dera ibu sendri, lupa jasa ibu, pukul ibu pun ada. ya allah.. apa nak jadi la. restu ibu tu penting. tanpa restu dan doa serorang ibu, tak kemana kita ni. dan sebagai ibu pun, kena tau tanggungjawab kepada anak. ada ibu, hanya tau beranak, tapi xtau jaga anak. tak dipedulikan anak tu. so, xmustahil 1 day, anak sendri tak pedulikan ibunya. beri didikan sebaiknya kepada anak kita..




bagaimana mahu mengecawakan  insan secomel ini? buah hati mama selamanya..

selamat hari ibu utk umi (ibu kandung), mama (ibu mertua), ibu2 saudara, kakak2 ipar, sepupu2, dan kawan2 yg bergelar ibu serta semua ibu2.. hargailah ibu kerna suatu masa kita juga akan melaluinya..

Wednesday, May 8, 2013

Siblings are forever.. ecewah

adik beradik aku ramai jugak. 6 org tu ramai la kan? best ramai2 ni. baru happening kan? dah besar2 ni mmg happening la. masa kecik2 dlu, mak bapak pening. hehehe

aku kalau blh nak jugak anak ramai. paling kurang klau blh nak 4. lebih pun bagus, tapi mcm2 nak kena pikir. now dah umo 31. dah 2 kali beranak. amni anak kedua yeh, abangnya dah kembali kepada penciptaNYA.  al-fatihah :-)

klau keja gomen, cuti bersalin 300 hari. aku dah guna 150 hari, so masih berbaki 150 hari. plannya lagi 2 kali beranak. tapi dah xblh ambik cuti 90 hari dah. kang anak ketiga tak cukup cuti, kena ambik cuti tahunan pulak. tapi kita hanya merancang kan? xtaulah sempat ke tak nak beranak lagi 2 kali nih. blh je sebenarnya. pregnant rapat2 la kan? anak setahun, pregnant pulak. sempat la lagi 2 anak sebelum umo 35. mampu? kang dah tua2 nak pregnant, xlarat pulak ye dok?

tapiiiii.. aku ni nak pregnant rapat2, lagi xlarat kut. dah 2 kali pregnant, sama jek alahannya. sampai ke beranak duk muntah. dlu xpa lah, alah pun xdak anak lg kan? suami pandai2 la jaga diri sendri.. kikiki.. now, mak dah la boyot, alah lagi, pastu nak tgk anak kecik lagi. keja rumah, keja opis..  kang ada yg pengsan tgh jalan kut.. org lain aku xtau la.. aku ni, ermmmmmmm... tak la kut..

kan dah rugi kawin lambat.. eh, xdak la lambat sgt. aku kawen umo 27. sedang elok la kan? ada kawan aku kawin umo 21. now dah 32, anak dah darjah 2. syokkan dah ada ank dara.. blh buat gang.

xpalah, bersyukurlah dgn apa yg dah tuhan bg pada kita. klau xcapai target aku pun nak buat cemana ye dok. pada aku, kualiti tu lg penting kut dr kuantiti. ramai, klau xterjaga rugi jugak kan? tambah2 pulak, kos hidup semakin meningkat. xmolah sampai xcukup pakai pulak anak aku nnt. now, taska pun dah charge 400 sebulan ok klau hantar full day. pitam aku dgr. lagi 3,4 thn mau sampai 600, 700 kut sebulan. klau 3 anak, dah 1k++ utk bayar taska jek. pitam mak bapak



okes, back to topic. kisahnya siblings aku yg 6 beradik nih. mak aku dlu kawin muda. umor belasan tahun camtu. dlu2 mmg kawin muda kan? tulah untungnya. now mak aku umo 50 ke 52 ntah, anak2 dah besar.

gambar tu dah ikut susunan dah. mana sulung, mana bongsu. pandai tak mak pak aku edjas. kami 6 beradik jadi kalung bunga. lelaki, perempuan, lelaki, perempuan, lelaki, perempuan, lelaki, perempuan. dapat 3 pasang anak. hehe.. nak tau rahsia? kena datang jumpa abah aku laaaaa..

napa ntah, dlm ramai2 ni aku sorang je yg melebar. yg lain smua melonjong. cissss sungguh! diorg kata aku ikut mak. lain2 smua ikut abah. abah aku tinggi mcm adik aku, yg no 3 tu. mak aku mcm aku. tapi rasanya skang ni aku lagi lebar dr mak aku. matiklaaaa.. adik aku yg 2nd last tu, azrie dlu bulat jugak. dah remaja ni, xbulat dah, makin taff katanya. piirah.. taff la sangat. masih bulat jugak sket2. dlu masa dia skolah rendah, comey sket la badan tu. masa kecik2 lagi la bulat ngan bambamnya. mak aku kata mcm aku kecik2. kami 2 org dr kecik sampai besar bulat. coii sungguh.. amni now, ada iras2 aku masa kecik. perangai bnyk mcm adik aku tu. mak aku pun kata gitu. dlu masa dia umo setahun, ada part sebijik mcm adik aku tuh. dekwan aku, yg no 3 tu, dlu kecik2 mak aku kata dia bambam jugak. branak dia paling besar. 4kg ok! aku dlu dlm 3.6kg++ camtu. xingat dah. now, tgk, kurus dah. eh, dekwan aku tu la. bukan aku yg kurus tuuu. dlu zaman dia blajar lagi kurus keding. tu nampak mcm berisi sket. dlu, siap ada gitar kat badan. blk mengundi, kena main dgn kami sebab perut ada sket berlapis. dah pandai simpan lemak.. hahahahah. abang aku, biasalah la kan? lelaki dah kawen mesti boroi kan? dlu xdak la chubby gitu. now, terserlah chubby ngan boroi tu. tapi seb baik dia tinggi. masa bujang dlu, kurus jugak. abah aku, maintain kurus sampai skang. xdak nak boroi2 apa pun. keja kampung kann?

yg sulung, abang aku, now umo 36. then aku umo 31. next, adik aku, umo 27, then adik perempuan umo 23, pastu adik lelaki umo 17. last skali, adik bongsu umo 12thn. cun dak mak aku edjas? mak aku xdak pendidikan tinggi pun. tapi dia tau cara utk menjarakkan anak. slalu kan kita tgk, klau org susah, xskolah, anak ramai pastu berderet2 ja. selang setahun. my mum is clever u know.. bangga aku sekejap dgn dia. rapat2 sgt dia kata xsempat tgk pulak nnt.


gambar ni ambik petang, lepas semua dah selesai mengundi. tu yg pakat beriya pakai baju BN tu. sokongan padu katanya.. abah yg tlg ambikkan ok.. bapak ambik gambar anak2.. sweetnya abah.. hihi..

sronok bl sesekali berhimpun ramai mcm ni. abang aku dgn adik aku (no 3) duk kl nun. jarang2 la balik kan? adik aku yg 3 org tu smua stay dgn mak bapak aku. pizah (no 4) keja kat kodiang, 15mnt je dr rumah. lg 2 org, masih skolah. abang (no 5) stay kat hostel. thn ni spm. the youngest thn ni upsr. thn depan harus dk hostel. kami smua duk hostel ok. blajar berdikari lah kononnya.. rumah jauh dgn skolah noks..so, thn depan sunyi la rumah. aku weekend baru balik lepak umah abah.

berhimpun masa pilihanraya hari tu, sronok sgt. usik2, gelak2, makan ramai2, mkn mempelan dgn garam blacan, guling2, merapu meraban, jalan2.. smua dah besar2, leh share2 apa yg patut dah. ntah bila nak gini pulak. tgg raya nnt la kut..

harapan aku, kami adik beradik kekal bahagia sampai mati. amin!
Related Posts with Thumbnails