Showing posts with label hari ibu. Show all posts
Showing posts with label hari ibu. Show all posts

Friday, May 18, 2018

Mothers Day

Assalamualaikum..

dah lepas hari ibu, tapi nak wish jugak Selamat Hari Ibu utk semua ibu2 yg baca blog ni..
hari2  hari ibu kan? heheh

takda apa yg special tahun ni.
anak kecik lagi, tak paham sgt apa benda la hari ibu tu kan?
sokay, mak kau ok je.. hehe

kat mak aku pun takda apa tahun ni.
sebab dia kat rumah adik ipar dia, lepak sana.
mak sedara aku buat kenduri hari Jumaat tu.
saja, kenduri kesyukuran, nak sambut puasa.
diorg g jemput mak aku bawak g tidor sana.
hari Sabtu malam tu diorg bawak mak aku skali keluar g mkn2, then potong kek hari ibu.
buat utk mak diorg lah, skali dgn mak aku. hehe
esoknya g jemput mak aku, wish skali dekat dia..
dulu ada hantar bunga ke dia.
pastu dia marah, takyah hantar dah katanya. membazir.
aduhai umi ku sayang..
bunga ke duit ke, apa pun takleh basa jasa mak kita ni kan?
tak terbalas..
balas dengan kasih sayang dan doa kita utk diorg.
hari2 sedekahkan doa dan al-fatihah utk diorang..



daripada anak dara nan sseorang.
bila tanya, takda hadiah ke utk mama?
dia cakap dia takda duit nak beli. hehehe
tenkiu kakak.. duk diam rupanya ada keja dia.


sokay kakak..
awak dengar cakap mama, jadi gud girl, tu hadiah utk mama dah tu.
mama love u and adik soooooooooooooooo much!

Monday, May 13, 2013

Hari Ibu

smua org mesti up entry hari ibu kan?kat fb, ig, blog, smua lah..
aku mcm biasalah. dah lepas baru nak up. semlm baru hegeh nak transfer gambar. hehe

hari tu kabor kat laki, nak hadiah hari ibu. boley plak dia tanya bila hari ibu? grrrrrrrrrrrrrr.. apa pun tak boley. tak pe, kita tunggu hari bapa bulan depan. what u give u get back.. miahahah

cadang nak kluar mkn, tapi amni xberapa sihat pulak. batuk and selsema. siap berhingus. sian dia, mlm2 xselesa tdor. yelah, hidung tersumbat kan? aku pun dah 2,3 mlm sama xcukup tdor dgn dia. eh,  maybe lagi kurang tdor dr dia. mlm2, 2,3 kali jugak la dia terjaga. hari jumaat mlm tu, aku siap tdor sambil duduk and dokong dia. bg dia bersandar kat bahu aku. mmg sedap la kan sebab hidung dia tersumbat. pastu aku la pulak azab nak tampung berat dia. hehe. setengah jam jugak la, tgk dia dah lena, aku letak dia atas tilam. 5 mnt jek, merengek balik. pastu menangis je. kesian sgt. dgn hidung tersumbat, dgn panasnya, berpeluh2 dia. end up, aku bawak dia keluar, suh laki aku bentang toto 2 lapis kat hall, setting nak tdor luar dah. sebelum tu aku g hisap dlu hingus dia. yaa, hisap hingus amni. klau xbuat gitu, sampai sudah hidung dia tersumbat. geli ke apa ke, letak tepi la. xsanggup kut  tgk dia duk tersedu2, pastu tdor pun xselesa. dah lepas kluarkan hingus tu, bg minum susu, baru dia senyap. tdor lena sampai pg. subuh dia jaga sekali, minum susu, then tdor balik sampai pkul 9. hari sabtu mlm pun sama. aku tdor umah mak aku mlm tu sbb siang tu bawak mak aku g alor star. siang sronok main dgn makcik, mlm merengek la. siap kacau makcik tdor lagi. heheh.

bl ada anak, bl anak tak sihat, mula la hati mak ni resah gelisah. baru tau kan cemana hati seorang ibu? dlu, mak aku pun mesti mcm ni kan bl anak2 xsihat..
aku klau blh nak bg yg terbaik utk amni. dan juga utk anak2 yg akan datang. for sure dlu mak aku  pun mcm tu. semua ibu mcm tu. xda emak yg xnak anaknya elok. all moms want the best for their childrens kan?

cuma yg aku xpaham, kenapa ada anak2 yg tak hargai ibu sendri? tinggal kan ibu kat rumah org tua, pastu xdipedulikan, dera ibu sendri, lupa jasa ibu, pukul ibu pun ada. ya allah.. apa nak jadi la. restu ibu tu penting. tanpa restu dan doa serorang ibu, tak kemana kita ni. dan sebagai ibu pun, kena tau tanggungjawab kepada anak. ada ibu, hanya tau beranak, tapi xtau jaga anak. tak dipedulikan anak tu. so, xmustahil 1 day, anak sendri tak pedulikan ibunya. beri didikan sebaiknya kepada anak kita..




bagaimana mahu mengecawakan  insan secomel ini? buah hati mama selamanya..

selamat hari ibu utk umi (ibu kandung), mama (ibu mertua), ibu2 saudara, kakak2 ipar, sepupu2, dan kawan2 yg bergelar ibu serta semua ibu2.. hargailah ibu kerna suatu masa kita juga akan melaluinya..

Monday, May 14, 2012

Selamat Hari Ibu

thn ni 1st time sambut hari ibu.. yelah, dah ada anak kannn...
bila bgtau laki aku hari ibu dah dekat, dia cakap 'apahalnya?' what the pek btoi!
tunggu hari bapa nnt aku balas!!
laki aku tu kan bangsa lupa tarikh, lupa hari smua. kadang2 blk keja mlm2 baru nak tanya aku.. ma, hari ni hari apa? dia kan short memory lost.
dekat mak aku, awal2 lagi aku dah wish. hari sabtu aku blk sana, peluk dia ketat2 n wish hari ibu. hadiah blom menyusul..xsempat bli lagi n xtau nak kasik apa. apa yg dia suka ek.. erm, klau kasik gelang emas mesti dia suka kan? tapi.. mampukahhhh kak yah oiii? tapi, mak ni, bukan nak sangat hadiah2 tu smua. yg penting anak2 ingat je kan?

bila dah jadi mak ni, perasaan tu lain mcm sket. tapi amni kecik lagi kan. tgg dia dah  besar sket, aku paksa dia cakap selamat hari ibu.. bahahaha..
skang ni apa2 pun mesti anak yg jadi 1st. laki jatuh no 2. bule? hehe
blk keja, xsabar nak jumpa anak. main2 ngan dia, kasik dia mkn kenyang2, siap dia wongi2, golek2, gelak2.. uishh.. can't describe without words. laki balik lambat, dah makan ke blm.. tu lain crita. nasib la papa oi. sapa suh balik lambat. klau nak masak, sapa nak jaga anak kan? so, tgg laki blk, baru nak terhegeh2 masak. laki dah kebulur nak mamps, tgh bini baru nak carik periuk, trus cakap, xpalah, kita bli jek mlm ni.. bagussss!!

eh, nak crita pasal ibu, apasal lak tercrita pasal bapak plak ni?

aku rasa, mana2 pompuan yg 1st time beranak, dpt baby n bertukar gelaran menjadi ibu, feeling mesti mcm aku jugak kan? bila dah jadi mak, baru rasa apa yg mak kita rasa dlu masa mengandungkan kita, melahirkan kita n membesarkan kita. tapi, mak kita dlu kental. anak berderet2, tapi relax jek. kita yg anak baru sorang dua, ada yg xkena sket, blasah anak, pukul anak. seingat aku, aku dlu xpenah kena pukul pun ngan mak aku. ada xada bila dah besar sket. kena cubit sebab nakal. klau sampai berbirat2 tu,xpenah. -- skang ni aku slalu terbayang2 video pompuan celaka bantai anak dia tu --.







hadiah hari ibu.. hadiah terindah dlm hidup aku.


kepada ibu2 di luar sana, xkiralah anak yg halal or xhalal, once ko dah beranak, ko dah jadik EMAK. hargailah amanah yg Allah beri. mungkin peluang itu cuma datang sekali dlm hidup.
dan kepada mereka2, hargailah IBU anda. xkiralah ibu kandung, ibu saudara, ibu susuan, ibu angkat, ibu tiri.. sekiranya ibu itu yg membesarkan, menjaga dan mendidik korang, hargailah mereka.

SELAMAT HARI IBU





** apahal tetiba klua fakta, mother's day haram?

Sunday, May 08, 2011

bila dah bergelar ibu...


layan lagu k.pah di hari ibu siyes sebak rasa kan...dlu xdak rasa apa2 sgt pun, tapi bila dah kawen dah jadi ibu walaupun anak xada, lain rasanya...

dah 2 kali peknen, mmg naluri keibuan tu akan semakin kuat. baru peknen 2, 3 bulan, mcm2 dah ada dlm fikiran. exsaited giler nk beli barang bby..mcm2 nak beli walaupun lambat lagi dia nak kuar n xtau lagi jantina apa..nak letak bby tu nanti nama apa? mesti nak nama yg sedap n ada makna yg baik... nnt nak bersalin kat mana? beranak cemana? klau boleh nk proses tu baik2 je, dia dpt tgk dunia dgn suasana yg selesa. pastu, nnt bila berpantang, nak kasik bf seboleh2nya xpun nak susu formula yg terbaik utk dia..pastu nnt bila dah kerja, mana nak hantar dia. nak cari pengasuh@nursery yg terbaik utk dia.. pastu bila dia dah besar sket, nak hantar sekolah. sekolah mana? pastu nnt dia besar, nak ke universiti, pastu dia nak keja apa, n last bila dia nak kawen..

klau skang aku dah berpikiran sampai mcm tu, of kos la mak aku dlu mungkin ada berpikir mcm aku jugak kan..sampai kesitu pikir padahal baru peknen 4 bulan..itulah yg dikatakan EMAK..

bukan senang nak jadi mak ni. klau pincang sebuah keluarga, mak lah yg akan dipersalahkan walaupun mak dah beri sepenuh didikan dan perhatian pada sang anak...

aku seboleh2 xnak susahkan hati mak aku..nak dia hepy ngan aku. xnak dia ada kecil hati ngan aku langsung. tapi kadang2 kita sebagai anak ni selalu gak khilaf. kadang2 kita xsedar apa yg kita buat tu buat mak kita kecil hati. masa duk ngan dia dlu n now dah ada keluarga sendri. mak aku plak jenis yg klau ada apa2, buat dek je..so, kita cam xleh nak baca apa ada dlm hati dia n aku cuba utk paham seboleh2nya..

kadang2 kita pikir dengan longgokkan duit pada mak kita, diorg akan hepy kan..tak, diorg xharapkan pun duit kita. yg diorg harapkan perhatian kita. yelah, diorg dah tua kan, dlu jaga kita dr kecik sampai dah besar bagak cam sekarang ni. now kita la plak kena jaga diorg. mcm mak aku, klau aku kasik duit, bukannya dia nak pun. xpayah dia kata, dia ada duit. klau kita dah desak, baru dia amek. nak mudah, belikan barang2, ha dia xcakap bnyk. kalu bg duit, xnak. sebab aku dah ada keluarga, maybe nk pakai duit katanya..sedih dok? dlu kita xdak duit, mintak ngan mak, ada kita tanya mak ada duit tak nak kasik kat kita? kalu mak xkasik duit, kita majuk ngan mak kan?

bila dah kawen, dah jadik ibu, baru la kita dapat selami apa yg ada dlm hati  mak kita..dlu xtau sebab xrasa tu smua..skang bila dah rasa sendri, baru paham kenapa kadang2 kita tgk mak kita sedih, hepy tgk kita..aku skang ni seboleh2nya nak bahagiakan mak aku n abah aku skali. sebab nnt kita akan ada anak, n kita pun xmau anak kita buat benda yg xelok pada kita kan..xmustahil 1 hari nnt, what u give u get back..kita jaga mak kita elok2, nnt anak2 kita pun akan buat benda yg sama pada kita..

aku sedih btul bila tgk ada sesetengah org yg buat endah xendah pada mak diorg. hey, mak ada 1 je ok, xdak ganti dah..jgnlah sampai memperhambakan mak kita sendri. xelok tu smua. cakap ngan mak pun bentak2, jerit2.. ( aku klau aku majuk ngan mak aku, aku xpenah nak cakap lebih kurang ngan dia, xsanggup ok walaupun majuk. paling kurang, aku diam je, xyah cakap trus takut nnt jadi melawan cakap mak plak..tapi xleh majuk lama2 sebab nnt mak xmasak best, baru padan muka! ) . klau pun mak kita tu jahat, jgn lah sampai membenci dia. klaupun dia buat kerja xelok, jgn trus menghukum dia..mungkin dia terdesak n dia lakukan smua tu utk besarkan anak2 dia..buruk mcm mana pun dia tetap mak kita kan....fikirlah..

kita semua tentu sayang mak kita kan..so, berusahalah utk bahagiakan diorg...masa peknen ni, tiap2 minggu balik umah mak sebab mak akan tanya nak makan apa..muehehe..best2..masakan maka adalah yg terbest dlm dunia ni walau pun simple giler tapi tetap sedap! bule je masak sendri, tapi nak mak jugak buat..pastu bila mak bagi nasihat masa duk peknen ni, siyes sebak rasa..terpikir masa dia peknenkan aku dlu cemana la agaknya dia kan. bila aku alah teruk ni, muntah2, ntah2 dia dlu pun mcm tu kan..sedih2...huhu. dan alhamdulillah jugak, mak aku xmanjakan aku keterlaluan. marah2 dia dlu, berleter tu smua, buat aku jadik seorang yg bule berdikari. sayang anak tu bule, tapi jgn keterlaluan manjakan anak sampai anak xtau nk buat apa kan...

umi ngan cucunya nan seorang, amierah..

last to my lovely umi, love u until my last breath! nobody can take ur place in my heart. doa kakak, smoga umi bahagia n terima kasih utk segalanya!! selamat hari ibu!!

juga utk mama, mak mertua aku..selamat hari ibu..terima kasih sebab izinkan aku berkongsi anak teruna mu itu...hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...