Showing posts with label Amni7thBirthday. Show all posts
Showing posts with label Amni7thBirthday. Show all posts

Wednesday, September 19, 2018

Kenduri Kesyukuran + Amni turn 7

Assalamualaikum..

last 2 weeks, tok umi tetiba plan nak buat makan2.
sebab daging korban ada lagi dalam 3kg.
then adik aku pulak bawak balik rebung hutan, mertua dia kasik.
so, alang2 ada bahan tu, umi kata jom kita buat kenduri.
dah lama tak buat.
raya haji lepas tak buat pun sebab tak sempat.
kebetulan, baru lepas besday Amni kan?
so, aku pun onz

kejadian adalah hari Ahad.
sabtu aku ada event, so hantar Aniq ke adik aku jaga.
Amni mengaji quran mcm biasa pagi tu. lepas tu aku ambik dia bawak pegi event skali.
ada chess tournament. eh aku tak main, aku sekretariat saja.
dah berkarat otak nak pikir lama2 sebab lama tak main. haha
ahad, pagi2 hantar Amni mengaji mcm biasa. pastu aku zassss balik rumah mak aku.
beli ikan, ayam and bahan basah lain sket.
Amni blk ngaji nnt apak dia ambik, then pegi rumah mak aku tghr sket masa makan bawak skali mak pak mentua.
aku balik dulu nak masak @ tolong apa yg patut.
sebelum tu, pagi2 dah buat kek utk Amni.



a day before, pegi beli barang dengan dia.
so, dia bgtau la nak kek dia cenggini cenggitu.
mak layan jelah sebab besday girl kan?
sethn sekali. hahaha
oh, aku mmg buat coklat kek je dari dulu. sebab ini je yg semua family aku makan.
mak aku tak suka sgt kek lain, kecuali kek yg aku buat. ngeh ngeh ngeh..
anak2 pun sama, suka kek mama.. and mama pun buat jelah kek ni sebab resipi dah ada dlm otak, takyah nak pikir2 bnyk.
senang dan mudah..
dan sedap jugak.. ada jugak buat jual dulu. hehe



sikit2 sudahnya bnyk juga menu.
ada nasi putih + gulai daging dan rebung, ikan temenung kukus, ikan temenung goreng, ikan lampam masak asam, sambal petai ikan bilis, perut rebus, ulam2, air asam and sambal belacan. (yg ni saja 3 jenis diorg buat)
then ada bihun sup dan mee sup. segala tulang, lemak,perut bagai ada dalam tu. kemain diorg cedok makan. pakat menghirup sup.
pastu ada kuih2 sikit like tepung bungkus and agar2. ada nasi himpit kuah kacang jugak.
meriah kan?
mak sedara aku datang, bawak pulak ayam golek 3 ekor. nahhh hai...
hehehe..
jiran2 umi ramai jugak datang tolong. yg kiri kanan rumah. ada la dalam 10 org. kawan2 dia lah.
diorg pun mmg selalu datang, aku pun kenal.
tetamu ramai juga, jemput semua sedara mara yg dekat2 ni.
pastu abah panggil geng masjid skali datang lepas zuhur tu.
so, makanan cukup and habis.
lebih pun tak banyak lepas bagi kawan2 umi tapau bawak balik.
Alhamdulillah, selesai semua.



the besday girl.
mama just making a moment to u dear. supaya awak ada perkara indah utk dikenang bila besar nnt.
ur chilhood memory, and about your besday
simple, tapi ada.
mama papa tak mampu nak buat yg grand2 mcm org lain. sederhana tapi tetap ada utk anak2 mama papa.
dulu tok abah tok umi buat kat mama mcm ni jugak. dulu takda kek bagai, sekadar sedikit kenduri kecil, tapi sangat bermakna pada mama. so, now is your turn.
mmg dia happy. nak2 pulak mak2 sedara pakat bagi hadiah, uii krenyehhhhhhhhhhhhhhhhhhh all day. hehe
hadiah pun, adik2 aku bagi yg biasa2 je, tapi dia punya happy dapat hadiah tu, lain macam.
not about the price, tapi tanda ingatan tu yg akan dia ingat.
soon, dia tau siapa yg ingat dia, sayang dia dan siapa yg dia akan ingat sampai bila..
faham ?
heheh
tenkiu ya mak2 sedara yg bagi hadiah, yg buat dia happy.
bukan hadiah yg aku mintak pun. ingat ke anak2 aku, buat diorg happy, syukur dah. sudi datang, main2 dgn diorg, cukup dah.
tok umi tok abah and tok2 sedara yg lain. yg datang, wish dia besday.



2 beradik yg kadang baik, kadang bercakaran. hahaha
tu Aniq muka masam je sebenaqnya.
nak ambil gambar kakak sorang dulu, dia masuk skali. pastu mama suruh dia tepi dulu, nak snap kakak sorang dgn kek.
dia punya menjerit, keriau, bebai ohoiiiii. lawak.
lari p keriau kat dapoq. hahahahaha.
mengakah makteh dia gelak tgk perangai tu. aku lantakkan je, tau dah akai dia.
selalu dengki dgn kakak. dah kakak habis pose, baru panggil dia ambik gambar skali.
tu yg muka cembeng je tu. lawak hang mat aniq..

soo, besday dia pulak, next week.
so mama plan makan2 sket nnt.
last dah sebab thn depan celebrate kat skolah jelah dgn kawan2.
sama mcm kakak jugak, dah masuk skolah, ha kat skolah jelah celebrate nya.
ni pun sebab kebetulan tok umi buat makan2, kita sekalikan je. last year, g makan2 kat pizza je, beli cup kek seketoi utk dia je.



ini utk kawan2 sekelas dia. aku buat 40 ketoi, skali utk cikgu dia.
pastu ada goodies bag skali sorang 1.
takda isi apa sgt, simple ja. pencil 1, pemadam 1, biskut 2 jenis. takmo letak jajan pelik2 sebab aku tak suka. bukannya bagus sgt pun jajan tu semua.
dah nak bagi kat skolah, so aku prefer biskut la, ok sket kut dari jajan kan?

ok, now plan utk adiknya pulak.
dah la duk buat ayat sedih kat aku.. dia kata dia sedih sebab kakak je dapat hadiah, dia tak.
hahahahaha. panjang akal budak ni..
soon, besday awak pulak yeee..
nnt mama buat kek awak yee. hehe


Wednesday, August 29, 2018

Amni Turn 7

Assalamualaikum..


hari ni 29 Ogos, besday anak dara nan seorang...
yg ke 7
Alhamdulillah... until now, sihat tubuh badan, cergas elok.
semoga terus sihat2 sampai besar nnt.

sejak masuk Ogos, hari2 bilang date, bila nak sampai 29hb. hahaha
sabaq jalah mak layan ko kakak..
sebelum ni mcm tak heran sangat hari apa, berapa hb smua, dah masuk bulan 8, ehhhh pandai pulak kiranya.
bila tanya request dia on her birthday, dia cakap nak makan bihun sup kuning (utara style).
hahaha. sebab dah lama mama tak buat bihun sup eh kakak? tu sebab request nak makan bihun sup.
baguih anak aku ni, sederhana org nya..
tapi..
ada lagi sambungan lepas bihun sup tu. baru mak ko nak urut dada lega..
nak makan bihun sup kat rumah, nak ajak wan, maktok, maklong, paklong, kakak hana, abg haziq, tok umi, tok abah, maknjang, bla bla bla...
oih ramainya..
means, nak buat makan2 sempena besday dia.
adoi. hahah
last year dia request pizza hut and nak dine in. so, setel la masalah.
mama mcm tak da kesempatan sgt now.. so mama kawtim dgn dia.
mama mmg dr awal plan nak buat goodies bag then hantar ke skolah dia je.
rai dgn kawan2 sekelas. dah tanya cikgu kelas, and cikgu kelas kata ok.
so, mama cerita la plan mama, begitu begini and dia setuju.
mujoq. hahaha
tapi soon mama buat jugaklah bihun sup utk dia tu.
tapi takda la panggil ramai2.
tu mama reserve utk besday adik bulan depan.
sebab last dah adik pun, thn depan masuk taska, sambut besday kat sana je.
sama mcm kakak dulu jugak.

bangun pagi ni dia tanya goodies bag tu. eh since semlm dah tanya.
sorry kakak, mama tunggu gaji papa nak g beli barang nnt. hahaha
lagipun mama xdan nak buat kek semlm.
keja banyak nau kat opis lately, balik rumah letih je badan.
so, kita postpone ke next Monday.
weekend ni mama blh prepare semua tu.



dapat hadiah besday dari bibi, opismate mama.
walau hadiah simple, tapi budak2 kan, asal namanya hadiah, krenyeh seronok.
bukan harga jadi ukuran, tapi ingatan tu..

Alhamdulillah.. dia anak yg mudah.
bukan jenis meminta2, blh tolerate kalau ada apa2.
semua parents sayang anak, tapi masing2 ada cara sendiri.
aku tak manjakan anak2 dgn material bukan2.
bukan semua kehendak dia aku ikut.
bila tak blh, ada sebab dan akibatnya.
so far, budak2 ni ok. bukan jenis nak apa2 keriau guling2 kat lantai.
plis dont wahai anak. mak kau bukan jenis sabar orgnya. hehehe



dia anak yg kami tunggu selepas yg pertama dipinjamkan sementara.
terima kasih Allah atas amanah dan kurniaMu ini..

dia mudah dijaga, tak pernah sakit demam yg teruk. Alhamdulillah..
tak high maintainance, mcm apak dia.
manja, anak bapak sgt. tapi sometimes, nak mama jugak.
kalau perut kenyang, eloklah mood dia. hahaha
selera makan pun tak susah nak jaga. so far, ok.
kuat sentap blh tahan. pastu keriau. kuat menangis.
silap sket, ha merambu la ayaq mata tu. cikgu kata kat skolah pun sama. adoi kakak, dah darjah 1 pun masih keriau ka.. hehe

mama tak minta bnyk dari kakak. tak pa awak tak bijak pandai mcm org lain.
soon, awak besar, awak belajar n belajar lama2 pandailah.
asal awak ada jati diri yg kuat, jadi budak baik, ada adab, blh bawak diri, ada pegangan agama, hidup awak akan jadi mudah.
mama selalu doa yg baik2 utk kakak. sentiasa.
panjang doa mama utk anak2.. nak yg terbaik utk kakak walau tak semua mama mampu berikan.
mcm mana mama sayang adik, mcm tu jugak mama sayang kakak. jgn pernah rasa mama sayang adik lebih tau. sebab adik manja sgt dgn mama, dia selalu takda ruang. hehehe
kakak yg baik, selalu mengalah dgn adik. kadang baik kadang gaduh bergegaq rumah.
adik pun blh tahan honaq, suka kacau kakak. tapi dia tak buat adik. paling kuat pun dia jerkah adik ja, hehe

last, Happy Birthday to kakak from mama papa and adik.
mama sayang kakak sgt sampai bila2.. 💓💓💓

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...