Showing posts with label bff. Show all posts
Showing posts with label bff. Show all posts

Tuesday, April 09, 2019

Friendship never end

Assalamualaikum..

hari tu masa short trip ke Cameron Highland, otw balik, singgah Taiping sebab nak jumpa bff aku.
the place that I love so much. hahaha
banyak suka duka kat sana.
belajar bnyk sgt kat sana. selain dari belajar dan dapat Diploma. hahaha

aku kat Taiping dari tahun 2000-2004.
walau 4 tahun, dan dah almost 15 years tinggalkan Taiping, kenangan tu tetap segar dlm ingatan until now.
nampak tak betapa aku sayangkan Taiping. hehehe
best wei duk sana. pekan kecil yg ada segalanya, yg tak busy mcm KL.
walau kecil, ianya sangat lah best.
lagi 1, tak panas sebab selalu hujan. hahaha

lepas habis belajar aku sempat keja sana kejap.
merasalah naik turun bas pegi keja.
sewa rumah, tunggu gaji bulan2. feeling tu tak sama walau masa belajar pun sewa rumah.
masa belajar tiap2 bulan tunggu duit MARA which is u got for free, tapi duit gaji u work for it. ha gittew. hehe
keje pun as a clerk je, gaji ciput rm500 kut.
tapi logikla  tahun 2004 kan. hehe. tapi keja tak lama, dalam 3-4 bulan camtu ja sebab cabut balik Perlis. menyampah kat bini bos yg asyik la sangsi dgn aku duk ingat aku ngorat laki dia.
uii tak ingin laaaa. laki dia tu bini dah 2, so bini tua jadi tak percaya semua pempuan bujang yg dekat dgn laki dia. aku muda lagi kut masa tu, tak ingin la laki org, tua pulak tu.
masa nak brenti tu jenuh la menipu bos sebab dia dah suka dah aku handle opis dia. oh, aku keja ngan kontraktor. opis kecik, staf admin aku sorang je yg buat semua. staf kat site ramai la tapi tak kenal sgt.
kat opis aku duk sorang, bapak bohsan. tapi dah keja pun tak teruk, layan jelah.

eh nak cerita pasal lain. hahaha
nnt la cerita pasal from Taiping with love 😉😉

turun dari Cameron tu, kami exit Changkat Jering. kawan aku tu rumah dia kat Simpang, so exit CJ lebih dekat.
rumah dia kat skolah, so tak susah nak cari.
sampai rumah dia dlm pkul 830 mlm camtu.
dah bgtau singgah kejap je sebab nak blk jauh lagi kan..
bgtau pak incik, dia pun kata kejap je leh singgah. lama2 kang lewat sampai rumah.
siap pesan jgn duk sembang mcm2 sgt. hahaha
jumpa kejap mana puas. dah la lama dah tak jumpa.
tapi sokay la, dari tak jumpa langsung kan.
dia ni housemate masa belajar kat Taiping dulu.
tapi kami tak sekelas, course lain2.
aku paling ngam dgn dia sebab kami lebih kurang je perangai.
eh tak juga ada beza. cumanya kami blh terima caci maki. hahah
jenis blh kutuk depan2, takda nak simpan dlm hati.
yg mulut bising dlu masa duk umah sewa, kami 2 lah.
dulu kami duduk 6 org, pastu masuk lg 2. pastu sorang keluar masuk lagi 2@3 org.
keluar masuk tu different peoples. yg kekal 6 org.
until now masih kekal dlm group wasap. hehe
yg lain pun masih on contact. Alhamdulillah..

aku dgn Kinah@Chaq ni paling rapat.
dia punya rapat, semua kisah luar dalam kami share. serius..
share semua cerita, putus cinta ke apa, cerita semua. hahaha
ada skali gaduh kejap masa duk study dlu. disebabkan org ketiga.
dengki sbb kami rapat. wth btul lahh
mujurlah aku sempat jernihkan keadaan sbb dia dah nak percaya dah cerita org ke 3 tu.
nyaris nak pindah rumah dah.. sabar jelah.
dah habes belajar pun masih on contact. ulang alik rumah kau rumah aku.
siap lepak bermlm bagai lah.
dgn kawan2 yg lain pun sama. sbb mostly kami area utara ni ha. tak jauh nak jumpa.

dia kawen aku ada. bwk g make up, siap berkelah kat rumah dia lah.
aku kawen dia dah ada anak, so datang mkn jelah.
tapi kwn2 lain ada yg dtg overnight.
among family pun kenal dah.
kwn2 masa aku study dlu mostly family aku kenal sebab duk ulang alik sama2.


kebetulan sungguh.
both tudung biru. hehe
masa jumpa tu, peluk kemain takmo lepas.
rindu sgt. nak sembang nak gelak2 nak luah semua masalah nak cerita mcm2.
dia ni gelak ya rabbi kuat dlu. kami pangil dia kiok kiok, sebab gelak mcm ayam. hahah
dia panggil aku buntal sebab aku chubby kan?
tapi sokay, takda nak marah apa pun.

kami sebaya, ikut bulan dia tua dr aku la.
dulu dia ni kurung keding, now berisi la sikit. elok la sikit haha
dia berjodoh dgn org Taiping jugak, sebab tu kekal di sana.
dlu diorg mmg stay Taiping lepas tu pindah duk Sg Petani.
now pindah duk Taiping balik.
makanya ada la sebab nak pegi Taiping sebab ada kawan kat sana. ehehe
eh dlu lepas belajar, tiap2 thn aku mesti pergi Taiping.
now sejak dah kawen, dah jarang pegi. huhu

dia ni dulu, pemalas ya ampun. hahah
kain baju dia dlu aku la duk lipat.
masak jauh skali. asyik g deting ja.
dah kawen, haaa baru kalut nak belajar masak.
now dah jadi bakers.
buat kek and samperit jual. laju jugak la tgk tu.
beza sgt la dgn dlu. kami semua duk nganjing dia la. hahaha
people change kan?



dpt marble kek sebijik.
last minit aku pesan, mujurlah dia sempat buat.kalau tak buat putus kawan. gitu skali ugutnya.
tak pesan awal sebab takut tak jadi singgah kang naya ja.
sistem barter ni, aku kasik tudung, dia kasik kek. hehe
sedap kek dia ni.
org Taiping kalau ada yg nak, ha blh la try.
murah dan sedap! dijamin.
tiap hari ada je order masuk, rezeki dia.



1 lagi, samperit ni ha. anak2 aku suka la hai.
mujurlah ada ready stock hari tu dapat la sebalang.
paling aku suka sebab dia buat kurang manis. bagusss.
moga bisnes hang ni terus maju dgn izinNya..

persamaan aku dgn dia is kami sama2 punya anak syurga.
aku kehilangan anak sulung, dia kehilangan anak ke 2.
kami berkongsi rasa yg sama.
masa dia pregnant anak ke 3 (sebaya Aniq), dia tak bgtau pun sbb dia takut.
tiba2 dia balik kg dan datang rumah aku. terkejut jugak la bila dia datang tu.
aku masak lunch dan kami lepak2 skali. rupanya dia nak luahkan apa dia rasa.
tak tau nak luah ke sapa katanya sbb tak semua org faham.
masa tu dia dah 6-7 bulan kut pregnant, tak ingat sgt.
dia kata, dia takut sgt, takut Tuhan ambik anak dia juga yg kali ni. sampai kan dia nak mengaji baca Yassin pun dia takut. takut anak mati
Allahuakbar. jenuh jugak aku nak tenangkan dia tu.
aku aku meninggal lepas lahir masa usia kandungan 6 bulan ++.
anak dia meninggal dlm kandungan, masa tu dah 38 minggu.
anak perempuan yg dah cukup sifat yg cuma tgg hari ja.
hampir meroyan dia. aku selalu jugak mesej and call tanya khabar dia masa dlm pantang tu.
anak sulung dia lelaki, anak ke 2 perempuan. persiapan semua dah siap. tapi aturan Allah tu lagi hebat. bukan mudah nak terima kan?

2 thn lepas dia di uji. aku ni mcm ada instict dgn dia.
dia la kata. haha
sebab aku mcm blh rasa kalau dia ada masalah.
aku sesaja wasap tanya khabar. dia tak cerita apa2.
cumanya dia minta aku doakan dia kuat.
next day, terbongkar cerita. menangis2 dia call bgtau aku.
betapa terkesannya doa aku kat dia katanya. ahhaha.. tu semua kerja Dia
aku mmg selalu doakan kawan2 baik aku. kita pun tak tau doa yg mana yg akan di angkat oleh Dia kan?
aku kata, kalau kita berkawan ni ikhlas kerana Allah, Insyallah hubungan kita pun baik2 saja.
jgn pernah ada hasad dengki dlm berkawan..

sungguh aku sayang dia.
dia ada waktu aku perlu.
jarak dan waktu bukan ukuran. now dah ada teknologi yg blh hubungkan kita tak kira masa.
tak jumpa tak ber erti tak ingat, tak rapat.
kami kongsi bnyk sgt cerita, kisah yg org lain tak da sapa tau. hanya kami.
moga Allah terus jaga hubungan ini selamanya...

plan nak jumpa yg lain2 sekali.
asyik plan tapi susah nak menjadi. sebab masing2 ada kekangan.
takpa, kita usaha lagi. heheh
rindu sgt kawan2 housemate kat Taiping dulu.
kawan2 paling best dlm hidup aku. sekepala.
share susah senang sama2 dulu. kalau nak cerita pasal tu, uii tak habes wei. hehe
soon kita share ehh..



Friday, April 24, 2015

BFF.. One of my bff..

bulan lepas, kawan lama datang rumah.
crita lama, baru ada kesempatan nak update..
biasaaaa..

sakinah@chaq.
aku tak pernah citer kan pasal kawan2 aku dlm blog ni.
ada, tapi jarang kut.

dia ni housemate aku masa blajar kat taiping dulu.
course lain2, tapi duk serumah.
org jitra.
sekepala dengan aku.
dalam ramai2 housemate masa tu, aku paling ngam dgn dia.
share mcm2, takda rahsia, luar dalam smua tau.
serius!

dulu kami sama2 otak gila.
mcm2 kitaorg buat.
nakal bule tahan.
dua2 jenis suka gelak kuat2.
tapi dia lagi kuat, gelak mcm ayam.
hahahhaha..
aku panggil ia kiok kiok..
dia panggil aku blup.
hampesss.
dua2 suka merapu.

lepas habis belajar, memasing keja kat tempat masing2.
tapi masik contact sebab jauh mana je pun jitra and kangar tu kan?
kadang2 aku pegi lepak rumah dia, siap tdor sana.
sebab dah kenal family memasing.
masa dia kawen, berkampung la aku kat rumah dia.
dia kawen dlu dari aku.
kawen dgn org taiping.
bercinta ngan org lain bagai nak rak, alih2 kawen ngan org lain.
takpe, dah jodoh.
banyak lagilah salasilah dia, mcm2 hal minah sorang ni.
takpelah, tu crita lama.
dah kawen, benti keja ikut suami duk taiping.
kadang2 bila aku g sana, aku singgah umah dia.
still contact untill now, cumanya tak kerap sgt.
yelah, masing2 dah ada keluarga, ada kehidupan.

last 2 years, dia dtg umah aku masa raya haji.
terkejut gak tiba2 sampai.
rupanya kawan dah pregnant anak ke 3.
Allah.. seronok btul aku tgk.
anak sulung dia skang ni dah 8thn.
anak ke 2 dia, meninggal dlm kandungan.
msa tu aku tgh pregnantkan Amni.
kami rapat sgt, nasib kami hampir sama dan kami sangat memahami antara hati kami.
bnyk persamaan aku ngan dia.
tiba2 dia pregnant kali 3, tu yg dia dtg jumpa aku.
sebab, dia dinasihatkan doc utk tidak mengandung lagi.
dia ada masalah jantung dlu, pernah buat pembedahan.
anak ke 2 dia meninggal, sebab masalah berkaitan jantung dia jugak katanya.
kuasa tuhan tu smua, tiba2 dia termengandung.
punyalah takut, hati jadi kacau bilau katanya.
so dia dtg nak sembang2 dgn aku.
dah tuhan nak bagi hang rezki, hang ambik dan jaga jelah elok2.
tu jelah yg aku boleh nasihat pun.
kalau pasni dia nak ambil balik pun, hang kena redha dan terima ketentuannya.
hang dah cuba utk tidak pregnant sebab risaukan masalah kesihatan, tapi dah tuhan nak bagi, sapa kita utk halang kan?
and now, anak tu dah setahun pun umornya.
Alhamdulillah..

hari sabtu tu, pagi2 dah sampai umah aku.
pkul 10 camtu.
nak lepak nak sembang lama2 katanya.
dah lama sgt tak jumpa, anak dia pun dah sethn kan?
aku pun dah ada baby baru..
padahal skang ni diorg dah pindah duk kat sungai petani je pon.
ntah bila dapat g umah dia tak tau la..

seronok la hari tu, lepak2, sembang macam2.
anak2 pun behave je.
dia duk risaukan anak dia tu buat perangai je.
yelah, selama ni duk umah, dia jaga sendri.
bila kat umah org ni, buat akal sket la kan?
so far ok je.
kitorg siap masak utl lunch lagi.
laki dia, g tidor dlu kasik bini sembang.
hahaha.



Amin dan Aniq.
Amin tu muka maknya betul.
sebaya je sebenarnya diorg ni, tahun yg sama, beza bulan je.
Amin bulan 2, Aniq bulan 8.
sama berat.. hahaha..
Amin asyik la kena marah ngan nurse bila g check up sebab haluih.
dah mak pun haluih, takkan anak nak besar mcm aku ni kan?
Aniq besar gak la sebab maknya pun besar.
dah berat Amin tak naik2, nurse duk suh bg nestum, bagi susu formula.
padahal budak tu full bf maknya.
tak paham aku, napa nak suruh kasik susu formula padahal budak tu sihat je pon.
berat tak naik, bukannya kuruih bebenor pun..
asal sihat ok la..
susu ibu kut.. nak suh to up susu formula, nestum bagai..
haishhhh..



mak2 selfie sket..
hihihi..

aku sayang hang dunia akhirat weh..
walau kita jarang jumpa, tapi hari2 kita sembang kat wasap kan?
tq lah pd teknologi skang ni.
yg jauh pun jadi dekat je.
doa aku moga ukhwah kita berpanjangan sampai hujung nyawa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...