Showing posts with label news. Show all posts
Showing posts with label news. Show all posts

Monday, February 10, 2020

Pelawak Abam Bocey meninggal dunia

Pelawak Abam Bocey meninggal dunia




x
Pelawak Abam Bocey meninggal dunia
Pelawak popular Abam meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada Isnin. -Foto Twitter















PELAWAK popular Abam, yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia
di kediamannya di Gombak pada Isnin.

Berita mengejutkan tersebut dimaklumkan kepada Gempak oleh Ali, iaitu adik
kepada Abam.

“Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri.

“Saya bergegas kediaman Abam dan ya, dia sudah tidak bernafas,” katanya
gagal mengawal emosi.

Sementara isteri Abam, Nor Hidayah turut mengesahkan perkara tersebut.

Hidayah memberitahu Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak
dua hari lalu.

“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak
ke hospital, dia tak mahu.

“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi... pagi tadi saya kejutkan
untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya
menangis teresak-esak.

Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak
lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan,
32, merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama
Fad dan Acey.

sumber :

Takziah utk seluruh ahli keluarga.
Kehilangan besar yg dirasai seluruh rakyat Malaysia. Insan yg berbakat besar.. 
Moga rohnya ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.

Thursday, March 21, 2019

PENJAGAAN KESIHATAN KETIKA CUACA PANAS DAN KERING

Assalamualaikum..

PENJAGAAN KESIHATAN KETIKA CUACA PANAS DAN KERING

Status gelombang haba di sembilan negeri Semenanjung pada ahad, 17 Mac 2019 @ 8:19 PM dilaporkan berada pada Tahap 1, yakni paras berjaga-jaga, manakala hanya kawasan Pendang di Kedah pada Tahap 2 (Heatwave) iaitu suhu antara 37 dan 40 darjah Celcius. Berdasarkan kemaskini Jabatan Metrologi Malaysia (MET) sehingga 5.20 petang pada 17 Mac 2019, 21 kawasan berada di pada Tahap 1 iaitu dengan suhu mencecah antara 35 dan 37 darjah Celcius. Kawasan disenaraikan ialah, Chuping di Perlis; Kota Setar, Sik, Baling dan Kulim (Kedah); Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Batang Padang (Perak); Jerantut, Raub, Temerloh, Maran dan Bentong (Pahang); Hulu Selangor, Sepang dan Petaling (Selangor). Turut tersenarai, Port Dickson (Negeri Sembilan), Melaka Tengah (Melaka), Tangkak di Johor dan Kuala Lumpur. Gelombang haba berkenaan dijangka berlarutan selama tiga hari berturut-turut. Sementara itu, Sabah dan Sarawak pula mencatatkan suhu maksimum harian kurang daripada 35 darjah Celcius.
(Artikel ini disiarkan oleh Bernama)  

Cuaca panas yang terlampau boleh menyebabkan seseorang kerap berpeluh dan kesannya, cecair dalam tubuh akan berkurangan seterusnya menyebabkan individu terbabit akan mudah berasa letih dan kurang bertenaga serta lebih berisiko mengalami dehidrasi dan strok haba yang boleh membawa maut. Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke Pusat Kesihatan dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk. Perokok, pengguna rokok elektronik dan vapers juga dinasihatkan supaya berhenti merokok dan berhenti menggunakan rokok elektronik dan vape.


Artikel dari : PUSAT KESIHATAN UniMAP
 
----------------------------------------------------------------------------------------------

panas lain macam skang ni
Perlis ni lagilah..
terik woo
kalau takda sebab memang duduk rumah jelah.
duk rumah pun panas berbahang sama je, kat luar lagilah..
rasa nak on je aircond 24 jam bila kat rumah.
nak je pasang aircond dari porch sampai dapur nu haa.. amboi diaaa.
pastu sampai bil eletrik, terkeluar bijik mata ko tgk amount. hahaha

aku ni kalau blh malas nak keluar mkn tghr bila pegi keja tu.
selalu bwk bekal, kalau tak bawak bekal tu no choice la kena keluar carik mkn jugak.
dari opis nak jalan ke kereta pun, terkedip2 mata tahan silau panas tu.
bahang panas tu aduduu..
dah sejam kat luar pegi makan, masuk opis balik kena sejuk aircond legaaaaaaaa lahai rasa.
tapi silap2, blh sakit kepala.
sebab, sejuk, panas, sejuk balik. huhu
pastu teringat ke Amni, mcm mana lah dia kat skolah.
hari2 pesan habiskan bekal air masak  tu and jgn main panas. duduk je dlm kelas.
blk petang tu tgk oi makin berkilat muka sunburn. ehehe.
kat rumah mlm2 pun kemain panas berbahang.
nak mandi pun air panas, tak payah pakai water heater dah skang ni..
hujan tu ada, tapi jaranglah sangat.
jagalah kesihatan kita sekeluarga di musim panas ni.

sama2 lah kita doa, moga fenomena panas ni tak berpanjangan.
moga kita semua dilindungi dari bencana..
mudah mudahan..

Monday, March 18, 2019

Pray for Christchurch

Image result for pray for christchurch 

Ya Allah..
Semoga Kau tempatkan mereka yg terkorban di syurgaMu..
dan permudahkan urusan ke atas mangsa lain yg masih bertarung nyawa.
Al-Fatihah utk semua mangsa..


Image result for pray for christchurch 

walau siapa pun mereka, dimana pun mereka berada, mereka saudara se Islam kita.
sama2 lah kita berdoa, semoga tiada lagi penindasan dan serangan sebegini terhadap umat Islam.
Islam tidak mengajar kita keganaasan.
Islam tidak mengajar kita utk membenci umat agama lain.
Islam mengajar kita utk berbaik2 dgn semua manusia tidak kira apa agamanya..
Allahuakbar.

Monday, February 25, 2019

Doula : peneman atau pengganti doktor?

Assalamualaikum..

aku rasa 2-3 hari ni, penuh lah kat semua social media kes doula ni.
selepas rancangan Analisis kat  TV Al-Hijrah.
2-3 hari sebelum rancangan tu ke udara, dah ramai yg share supaya takda yg terlepas utk tgk.
dannnn, naiklah rating tv tersebut. hahaha
but, gud effort sebab dari yg tak tahu, jadi tahu..

Image result for analisis tv alhijrah 
 pic from Google.

rancangan Analisis ni setiap Jumaat pukul 10 mlm.
aku siap record okeh. hehehe

Prof Emelda tu lama dah aku follow dia kat FB.
sebab bnyk info yg dia share.
Doula Yatt tu tak kenal pun, lepas tgk baru kenal tapi takmo follow.

korang tgk tak rancangan tu?
panas wei. hahaha
geram pun ye. but thumbs up tu hos sebab pandai handle situasi.
walau nmpk tegang, tapi dia blh control.
pada aku, doula tu tak menjawab soalan dari hos dengan tepat.
dan aku tak faham apa yg dia cuba sampaikan.
nak cerita pasal gentle birth, rasanya semua org tau.
tapi dah nama pun GH ada lah rules dia yg ko kena follow.
ada la sebab musabab diorg letakkan begitu.
nak lebih privacy, nak ikut apa kita nak pegi beranak kat private spital sana.
tapi tetaplah ada rulesnya.
beranak kat GH sekarang pun dah tak mcm dulu aku rasa.
pengalaman aku 3 kali bersalin di GH, so far ok.
takda pun kena jerkah dari nurse or doc.
cumanya doc akan cakap terus dan lantang supaya ko faham.
takyah nak mengeluh menangis mengongoi sangat sbb beranak tu mmg lah sakit.
tapi kena follow apa diorg cakap jgn nak melembik sangat. ha gittewww
apa yg Prof Emelda sampaikan mlm tu aku suka.
sebab dia cakap base on fact.
so kita pun yakin and faham.

kat FB, kat post dr Prof Emelda, beratus komen,ke beribu dah.
mostly sokong lah apa yg dia share n katakan.
and of coz aku pun sokong.
aku tak faham sgt apa yg doula ni perjuangkan.
aku sokong apa Prof Emelda kata.
if betul, doula ni kena melalui KKM, dapatkan pengiktirafan supaya org yakin.
lalui saluran yg betul.
ada aku baca, diorg buat kelas utk para ibu mengandung. ajarkan teknik bersalin yg betul
what do n don'ts.
itu bagus.
tapi masa kelas, ko ajar yg pelik2 like suruh beranak kat rumah sebab nak bersalin secara alami, tu tak sepatutnya.
ada je yg share kat FB, dia pergi kelas doula, then doula bgtau suruh beranak di rumah.
wtf!
janganlah korang perjudikan nasib korang sebab ni.
kat oversea, ya ada yg bersalin di rumah.
TAPI, atas nasihat doktor.
ko dah pegi check up bagai, doc dah check ko takda sebarang masalah then blh bersalin di rumah.
TAPI, masih ada doc dan bidan bertauliah yg akan pantau.
masa ni ada doula, but as peneman sahaja.
doula ni tak blh bagi nasihat kesihatan, tak blh buat birth plan suka2 hati.
so, doula ni duk kat sebelah, bantu bagi moral support push push pushhhhhhhhh
agitchu.
aku pernah tgk youtube diorg share video branak di rumah ni.
tapi rumah tu pun lengkap semua equipment dah ( yg sesuai la  ). pastu siap ada kawan2 pegi tunggu tgk nak bersalin bagai.
kat msia ni mmg takda lah mcm tu. kita tak sampai tahap tu lagi.
kalau bersalin kat hospital private pun (kat msia) yg blh masuk cuma suami or mak. but now kat GH pun suami dah boleh masuk teman. takda lagi yg blh bagi kawan2 masuk teman tolong sorak bagai.
taktau lah kut ada tapi aku tak tau. hehe

kalau akulah, eh rimaih aihhh ramai2 dlm labour room tu.
yg aku  tau nak kuarkan budak dlm perut ni cepat2 je. hahahaha
ramai2 nak sorak mendanya. nurse dok gosok2 suruh sabar sabar pun aku cemuih inikan nak doula doli bagai. tak kuasa.
sepatutnya, sebelum ko branak persiapkan diri dengan ilmu.
tak kisah anak sulung ke anak ke berapa pun, ilmu kena ada.
banyakkan membaca, bertanya pada yg lebih berpengalaman.
supaya takda la ko terbangang2 sangat dlm labour room tak tau nak buat apa bila nak beranak.
aku ni kalau boleh, bila dah cukup bulan tu nak je duk bertapa kat hospital.
nak je suruh doc check perut hari, scan tgk anak hari2.
to make sure everything goes well.
tak kisahh lah kena duk lama pun asalkan aku tau anak dlm perut tu ok and aku pun ok.
tapi kalau jadi apa2 tu, semua tu kuasa Allah. kita cuma merancang but semestinya kita nak yg terbaik kan ?
usaha utk nak yg terbaik.
nak beranak kat rumah?
oh my, mmg tak la.
tapi diiorg ni langsung tak pegi check up hospital.
ko tau ke apa jadi kat dlm perut tu?
bukan lah bermaksud kena percaya sepenuhnya kat teknologi, tapi faham tak konsep usaha tu mcm mana?
then beranak dgn doula yg ko taktau apa expertise dia.
apa kelayakan dia.. bukan bidan bertauliah pun.
kalau jadi apa2 kecemasan, nak buat apa?
nak gegas ke hospital, kalau dekat tak pelah
kalau jauh?
nyawa tu..
mcm Prof Emelda cakap la mlm tu, pertumpahan darah, nak suntik ngan apa?
kalau kat hospital of coz la semua nurse n doc akan usaha utk selamatkan mcm mana pun.
dah duk kat spital, Insyallah at least kita ada usaha tu.
kalau kat rumah? nauzubillah..
bila baca ada yg share kes pernah branak kat rumah, branak dgn doula, yg doula tak layan sebab bercuti lah apa lah, yg tak kerat uri, Allahu..
kut ye pun nak gentle birth, ilmu kena ada.
jgn ikut membuta tuli.
jgn disamakan dengan zaman tok nenek kita dlu.
jgn nak disamakan dgn zaman nabi, Maryam beranak sorang2 tu.
mudah betul si doula tu gunakan ayat tu.
eh sakit hati pulak kita baca.. nak beranak secara alami katanya.
takmau ada koyakan, takmau ada suntikan bukan2..
oih, berasap membacanya..

tolonglah korang.
tak salah nak guna khidmat doula.
tapi, pergilah beranak di hospital.
jgn perjudikan nyawa korang.
ingat anak dlm perut tu sama. jgn sampai dia tak sempat tgk muka maknya.
nauzubillahiminzalik.
and para doula sekelian, go to saluran yg betul.
jgn bagi ajaran bukan2. korang  bermain dgn nyawa manusia,
jgn perjudikan benda yg kita tak tau nasibnya.
please la.






Thursday, July 19, 2018

Kenapa nak mengubah fitrah Allah

Assalamualaikum..

hari ni nak sembang2 kosong. light entry saja.
membawang sket2.. hehe
bukan nak mengumpat mengata yeh, sekadar meluahkan pendapat mengenai isu semasa yg hot sekarang ni.

rasanya ramai yg tau kes seorang pencetus ummah yg tegur someone ni, yg agak menyimpang arah tu.
tak sebut nama pun aku rasa semua tau kan? heheh
aku follow dua2 tu.
pencetus ummah aku follow, yg lelaki nak beralih arah tu pun aku follow.
soon, maybe nak unfollow.
follow dia bukan beerti aku menyokong yeh. follow sebab nak tgk apa kebenda la yg dia buat tu.
nak tengok jauh mana dia pergi.
pencetus ummah tu, follow sebab dia pencetus ummah la kan. ustaz2 lain pun aku follow jugak.
mostly aku follow ig, fb pun ada.

yg aku tak faham, kenapa ada yg masih menyokong dan menghentam pu tu?
korang ni bukan Islam ke??

bab dia meniaga tu, banyak duit tu tak nak sentuh la.
betul la dia kaya atas usaha dia sendiri, tapi cara dia tu..
dah sah2 dia jantan and now menyerupai perempuan. haram wei!!
Tuhan laknat dan benda tu salah di sisi agama.
dah kenapa tuhan jadikan kau lelaki, nak jadi perempuan pulak?
jadi lelaki takleh cantik ke?
lelaki ke perempuan ke, ada kelebihan dan kekurangan yg Allah dah ciptakan.
kenapa nak kena ubah?
dosa tau dosaaaaaaaa..
Allahuakbar
tak bererti dia kaya, dia selalu bersedekah, dia buat baik, kita kena tutup kemungkaran yg dia buat.
yg menyokong tu aku tak faham kenapa..
nak2 mak bapak dia.. adakah sebab anak kaya, so kena pejam mata.
dulu dah berubah, insaf, pegi umrah, masuk tv bagai cerita penghijrahan menyesal apa semua tu.
now jadi balik malah menjadi2.
langsung tak malu menayangkan sisi perempuan, pakaian, gaya dsbnya.
supporter pun ramai entah dari mana datang.
seksi pulak tu. hari tu kemain pose tayang dada, tayang peha bagai.
dah separuh bogel dah.
pastu bila kena hentam dengan netizen, balas ayat2 islamik..
aduhh dah kenapa.
yg nasihat secara baik, yg dm, yg maki hamun semua ada.
aku sendiri pernah komen kat ig dia, tapi takda la maki hamun bagai.
ayat lembut2 je aku bagai mana tau dia baca dan terkesan pada dia utk kembali kepada fitrah asal.
aku baca komen2 netizen aduhhh pedih.
ada yg komen baik2, sejuk hati  baca. ada yg maki hamun, geram pun ada tapi apa diorg kata tu semua betul.
dia sendiri membuka aibnya, bile kena kecam, minta org doakan dia diberi hidayah bla bla bla..
entah
emosi jugak bab ni kan?
rakyat Malaysia ni prihatin belaka kan?
org komen, org cakap sebab kita prihatin. dan sebab dia juga melanggar fitrah dan buat benda yg agama larang.
tapi kebal benar takda nak berubah apa.
one day, bila org dah meluat utk bercakap, memang org akan berhenti kecam, komen dsbnya.
waktu tu, org dah boikot.
bak kata pu tu, boikot, tu je cara nak ajar.
pastu ada pulak yg komen kata kenapa nak tutup periuk nasik dia..
bukannn.. bukan nak tutup periuk nasi dia.
dia meniaga tak salah. tak kisah produk apa dia jual, nak bagi putih ke hitam ke asal tak salah jual lah apa pun.
cuma cara dia tu tak kena.
kes ni jadi panas bila baru2 ni dia buat open house jemput anak2 tahfiz, sedekah bagi makan semua tu. mlm tu katanya buat show pondan.
haaa meletop la.
kalau baca komen2, ui serammmm.
aku tak berani nak komen lebih2 kat sini kang kena sue haaa mampos.

cumanya, berpesan2 sesama umat.
kita ni Islam. ada tuhan yg disembah, ada agama dan pegangan yg kita pegang.
ada sebab agama kita suruh buat begitu begini.
jangan diikut rasa seronok dunia, akhirat kita lupa.
tuhan dah tetapkan kita jadi lelaki or perempuan.
kenapa mesti nak mengubah fitrah tu?
lelaki ada cantik dan istimewanya. dah elok2 lelaki, nak jadi perempuan sampai try hard camtu sekali.
sedih bila tgk. sedih bila ingatkan dulu masa dia hijrah.
aku ni tengok kat tv masa tu sampai menitik air mata sebak.
now bila jadi macam ni, menyimpang jauh mcm ni, Allahu sedih sungguh rasa.
bila tengok cara riak dia tu, mcm tak ingat nak mati ke?
semua org yg komen tu nakkan dia kembali ke fitrah asal.
takda salahnya jadi lelaki tapi nak berhias, tapi tak perlulah sampai jadi perempuan mcm tu.
tak elok pun.

rasanya ramai dah yg mendoakan dia, moga diberi hidayah utk kembali berubah.
tapi pokok pangkalnya diri sendiri.
kalau dia keraskan hati utk tidak mahu berubah, takda guna sejuta org mendoakan pun.
jangan lah sampai jadi penunggang agama.
moga ada keinsafan di hati beliau.
sama2 kita doakan...

Tuesday, September 19, 2017

Takziah dan tahniah

Malaysia digemparkan dengan kejadian pusat tahfiz terbakar minggu lepas.
alfatihah utk semua yg terkorban..
takziah utk ahli keluarga mangsa.

aku rasa berita ni memang meruntun jiwa semua org.
seluruh rakyat bersimpati dgn kejadian yg pada aku sangat memberi kesan kepada semua, tak kira ahli keluarga atau org awam.
hari kejadian, aku baca tajuk berita saja dan baca komen.
tak baca pun berita tu.
tak cukup kuat.
sebab ada org share video kat group w.a, video terbakar tu.
aku tgk tak habis pun, sebab hari tu bz dengan kerja rumah.
sabtu kan?
the next day, baru aku baca berita.
scroll satu persatu news yg org share kat fb, news kat BH online, metro online and some more online pages yg share pasal ni.
Allahuakbar..
menitik air mata. serius.

dah banyak komen, cerita, ulasan pasal kes ni.
aku hari ni baru kuat nak share.
tapi takmo ulas panjang2..
benda dah jadi, qada dan qadar tuhan.
kita yg melihat mudah utk bercakap, tak kan sama dgn yg alami sendiri.
ibu bapa kehilangan anak kecil.
paling muda umor 6 thn.
sebaya Amni.
sedih gila aku bila baca senarai nama yg terkorban.
para syuhada, para tahfiz yg berjuang utk Islam.
syahid dan syurga utk mereka sudah pastinya.
walau ramai yg menyabarkan, mengatakan ibubapa itu  hebat kerana anak mereka insan terpilih tapi kehilangan anak dengan kejadian mcm ni bukan mudah utk diterima.
kalau aku, entah...
tak kuat.
Allahuakbar.
tengok gambar2 mereka yg dishare di socmed, merembes2 air mata aku.

ibu bapa dan anak2 ini hebat.
anak2 berkorban masa kanak2 mereka, belajar di tahfiz utk menjadi pejuang agama.
ibu bapa juga hebat kerna memilih pusat tahfiz sebagai medan perjuangan anak2.
walau pengakhirannya menyedihkan, tapi mereka ini hebat!






cukuplah 1 gambar.
tak sanggup nak share gambar2 lain.
dah bersepah org share kan?

jenazah pun dah selamat disemadikan.
semoga roh mereka diangkat ke syurga paling tinggi oleh Nya.

sedih. serius sedih.
aku baca news tu, menitik2 air mata.
terbayangkan saat diorg meninggal.
menjerit minta tolong sebab api marak, panas, tak boleh nak selamatkan diri.
tak terbayang sakit tu.
kita yg dewasa ni, kena percik minyak panas pun dah mengadoi, inikan pulak api besar mcm ni.
Allahu..
tak terbayang.

spekulasi sgt banyak.
mcm2 kan..
akhirnya kebenaran terungkai.
sekali lagi mengucap panjang semua org.
sedih dgn kejadin yg terjadi.
sedih dgn mangsa dan pemangsa.
Astagfirullah...
dunia akhir zaman atau apakah yg sedang kita lalui.
anak2 yg terkorban itu sudah pasti syurga tempat mereka.
yg ditahan ni?
apa nak jadi?

dengan kejadian mcm ni, mungkin blh buka mata semua org
utk ambil tindakan yg sewajarnya dgn remaja kita.
belum habis sekolah menengah dah positif syabu.
Astagfirullah..
semoga anak2 kita dilindungi dr perkara2 sebegini.
bila baca punca kejadian, cara mereka bakar pusat tahfiz tu, hati aku ni mendidih2.
geram tu tuhan saja yg tau.
kecik2 dah jahat mcm tu!
Astagfirullah!!
itu bukan nak bakar bangunan, itu mmg nak bakar dgn orgnya sekali.
tgk ke anak2 aku, ya Allah.. seriau.
seriau apa akan jadi di masa hadapan dgn keadaan dunia kita sekarang ni.
hari2 doa semoga anak2 aku dilindungi dari anasir2 yg jahat ni semua.
kesian dgn ibu bapa budak2 tu.
sekarang katanya ada yg kena kecam, ada yg tak keluar bekerja, ada yg mengurungkan diri di rumah.
malu dgn masyarakat sekeling and some more.
kesian.
mungkin ibu bapa dah bg yg terbaik utk anak, tapi anak2 makin besar, dah pandai atur jln hidup sendiri, pilih kawan sendiri.
seronok dgn dunia ciptaan sendiri yg akhirnya mengundang padah.
salah pilih jalan, akhirnya kecundang.

entah..
serius aku lagi sedih pikir nasib budak2 yg kena tahan tu.
yg terkorban, dah selesai urusan dunia dan sekarang mungkin  sedang bergembira di syurga sana..
yg kena tangkap ni?
apa sudahnya?

disinilah pentingnya didikan awal utk anak2 kita.
semuanya bermula dari rumah.
didikan agama, akhlak dan sbgnya.
sesibuk mana pun kita, anak2 jgn diabaikan.
mereka ni cerminan diri kita.
usaha, doa, mohon yg baik2 kepada Allah.

sayang anak tak semestinya kena turuti semua kehendaknya.
marah anak tak bermakna tak sayangkan anak.
biar dia menangis sekarang dari dia menangis di kemudian hari
anak2 ini kadang bila dibiar, hilang arah tuju.
perlu panduan dan bimbingan dr org tua.
sama2 kita berusaha dan doa semoga anak2 kita semua dilindungi dari perkara2 sebegini.
mudah mudahan, Insyallah




Tuesday, March 07, 2017

Pendaftaran Pra Sekolah dan Darjah 1 2018

to mak bapak yg ada anak yg bakal masuk darjah 1 atau pra sekolah t
ahun depan, korang dah daftar anak ke belum??

ha belum???
daftar lekaihhhhh..

aku pun baru daftar ni ha...
hahaha.
sekarang ni semua online yeh.
dulu utk negeri selangor n putrajaya saja katanya, but now se Malaysia dah.
kat Perlis ada sekolah yg masih lagi register manual.
sekolah yg luar bandar la.
blh check dgn sekolah yg kita nak mohon.
kawan aku kata kalau kl, selangor sana, 2 tahun sebelum anak masuk darjah 1 dah kena mohon.
kang anak kena sekolah jauhhhhhhhhhhhhhh ha dari rumah.
Perlis ni sokay sebab sekolah bnyk, pastu takda la jauh pun jarak rumah ngan sekolah.
aku tahun lepas, wat lex wat pis ja tak daftar apa pun.
tahun ni, bila permohonan dah dibuka, maka marilah kita daftar segera.
permohonan ni buka sampai 30 April 2017.
keja2 ni memang mak la yg kena buat kan??

utk daftar klik sini..
then kena register as user dulu, baru boleh proceed.
alah, mudah je pun.
page tu user friendly, no worries.



lepas daftar as new user, klik kat permohonan tahun 1..
masukkan no mykid anak.
pastu, klik kemaskini permohonan..
aku tu kemaskini pulak tadi.
minggu lepas dah isi semua dah.
semlm tukar sekolah.
asal nak sekolah yg 1 lagi, but bapaknya nak sekolah yg dekat skali ni.
aku bukannya tak nak skolah tu, skolah tu pun 1 of the best school dlm Perlis, memang ramai mak pak yg nak anak skolah tu.
dulu, bnyk budak2 dari luar Kangar skolah situ.
now dia limitkan, yg kawasan rumah sekitar Kangar sahaja, yg luar kena interview dulu.
anak2 sedara aku pun sekolah situ, sebab sekentut ja dari rumah.
1km++ je kut.
cumanya, sekolah tu ramai sangat budak.
pastu  tepi jalan, pagi2 oi sesak.
aku nak sekolah yg dekat maktab Perlis tu.
sekolah rendah dlm maktab Perlis.
so, 1st thing is security is terkawal.
tu yg mula2 aku concern.. hahaha
#overprotectivemum
lepas tu sekolah tu budak2 tak ramai, 1 darjah 2 kelas saja.
and now prestasi sekolah tu pun dah naik.
tapi apaknya nakkkkkkkkk sekolah dia dulu jugekkk..
okey okeyyyyy..
nnt tahun depan awak bising, jem masa nak hantar anak, awak hadaplah.
situ ada 3 sekolah dekat2, pagi2 mmg hazabedah..



haa, pastu kliklah kat tab kat atas tu..
isilah maklumat murid, maklumat kesihatan,maklumat penaga, maklumat permohonan tu semua.
maklumat kesihatan tu la azab sket sebab ko kena carik balik buku rekod kesihatan anak yg dulu tu.
sebab kena masukkan maklumat imunisasi anak.
kalau yg anak tak ambik imunisasi, blh skiplah bab ni.
aku memang simpan lagi semua buku merah. buku check up anak.
so, senang lah keja.
maklumat penjaga mcm biasalah, nama mak bapak, maklumat kerja, gaji semua tu.
utk maklumat permohonan, sekolah mana yg ko nak mohon.
dah confirm semua, blh klik kat perakuan.



maklumat kesihatan anak.
ni yg aku tau, aku isilah.
imunisasi lain, entahlah tak tau.
ikut ja yg kat buke check up tu.
aku takda ambik suntikan tambahan ke apa utk Amni dulu.
jenis darah tu tak tau, so tak isi pun.



maklumat sekolah.
kat Perlis, takda daerah, memang 1 je pun.
under Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.
pilih jenis sekolah, sekolah jenis kebangsaan Cina, Tamil, sekolah agama semua ada.
lepas tu pilihlah sekolah mana yg ko nak.
semua nama sekolah kat Perlis ada kat situ.
kawasan rumah aku ni, ada 3 sekolah rendah.
2 tu sekentut ja dari rumah, around 1km++.
dari rumah ada roundbout besar, kiri ada sekolah, kanan pun ada sekolah.
tapi kalau jalan kaki, mengah jugaklah.. heheh.
sekolah Maktab Perlis tu jauh sket, dlm 3km++, but maish dekat la kan?
#untungdudukPerlis
jangan kecam aaaaa.. hahaha



dah setel semua, dah sah isi maklumat yg perlu, klik perakuan.
then kena print 2 perkara kat atas tu ha.
then hantar ke sekolah yg dipohon.
senang je pun..
yg ni nnt keja apak pulak.
malas aku nak panjat sekolah..



selain borang yg diprint tadi, ada jugak dokumen yg kena bawak skali nnt.
so, kena make sure lengkap supaya permohonan tak kena reject yehhh..
ada kawan aku tanya kenapa perlu ada bil utiliti tu?
yes perlu sebab nak sahkan alamat rumah kita.
sebab pembahagian sekolah ikut kawasan tempat tinggal.

maybe minggu depan or hari2 apa yg papa free, minta dia hantar nnt ke sekolah.
kena cepat kang penuh ha kena trasfer sekolah lain pulak..
dah 1 hal nak kena mohon lagi.

ikutkan ni syarat saja.
niat hati aku yg sebenar2nya nak hantar Amni ke sekolah agama.
ada 2 sekolah yg aku nak.
1st, Sekolah Rendah Islam kat Abi sana tu.
sekolah tu dulu under Yayasan Perlis, but now dah bantuan penuh kerajaan.
memang aku nak sangat Amni sekolah agama.
tapi sekolah tu jauh sket dari rumah.
kena keluar dari Kangar.
jauh tu takda la sampai 20km camtu, rasanya dlm 10km je kut.
jauh tu sebab tak sejalan dgn aku or papa dia nak pergi kerja.
kena timbang jugak bab hantar and ambik anak sekolah ni.
kalau papa not around, ha masak la mama kau nnt nak huru hara pagi2 kan?
2nd Sekolah Agama Al-Furqan.
yg tu sekolah swasta, ada yuran bulanan.
tapi masih mampu milik, lagi murah dari yuran Pasti dia sekarang.
sekolah tu mmg sekolah agama betul, pagi2 mengaji dulu, kena hafal hadis, ayat quran semua.
nakkkkkkkkkkkk sangat sekolah tu.
then dekat Jejawi sana ja, tak jauh sgt dr rumah.
nak ke opis aku pun sejalan saja, blk pun mudah nak ambil.
tapi papa tak nak.. 😓
sekolah tu guna modul sama mcm skolah kebangsaan biasa, so oklah.
petang ada kelas agama, wajib terus.
pkul 5 baru leh balik, smayang zohor asar semua kat skolah.
sayang la kalau dia pegi sekolah biasa sebab dia dah 3 tahun kat Pasti kan?
rugilah, dah ada asas agama dari kecik, masuk skolah kebangsaan biasa nnt abaikan je semua.
nak harap mak pak ajar lebih mmg tak sempat.
yuran bulanan tu masih below rm200, so consider murah.
lagipun sekali dgn makan tau yuran tu.
makan pagi, makan tengahari and petang
so, jimat weiii..
kalau tak, belanja hari2 lagi, haa sama ja kosnya kan?
mak ni ha dah timbang pikir dah.
ada ja kawan2 aku yg hantar anak ke situ.
dengar crita diorg, semua ok.
anak balik pun mengaji solat semua tak payah suruh.
seronok dengar tauu...
nnt aku nak pegi daftar sekolah tu jugak.
harap2 papa lembut hati, setuju dgn pilihan aku.
hihi...
hari2 aku mmg duk bgtau benda ni ja kat dia.
moga2 tuhan permudahkan urusan aku.
nak ke jln Allah ni semua..
zaman sekarang kena beratkan ilmu agama kat anak2.
takmo jadi mcm mak pak dia dulu, jahil..
huhu....

so, mana yg belum daftar anak lagi, cepat2 yeh...

Wednesday, March 01, 2017

Info : Perlis Marathon 2017

kepada peminat marathon, yg aktif, suka bersenam, berlari...
jom join Perlis Marathon 2017..
program on 30 April 2017
pendaftaran dah dibuka..
daftar cepat, lambat kang diorg tutup, haaaa rugi.
klik sini utk daftar..

https://mro.myraceonline.com/perm17/Registrations

kak yah dah register.
jangan main2 tauuuuuuuuuuuuuu.. 😝
hahahah..

ala, saja suka2..
run for fun gittew..
ambik kategori yg paling sikit, 5km.
kalau 10km, silap2 ada yg merangkak balik nnt.
kikiki..

program ni terbuka utk seluruh rakyat Malaysia.
tahun lepas dah ada, ramai gila org.
tapi aku tak sempat join.
tahun ni nak more active, to more healthy life..
then slow2, kita join program yg ada..

jom, pakat2 join sama2..
😎😎

Friday, September 02, 2016

Virus Zika


Apa Itu Virus Zika

Virus Zika adalah sejenis virus yang disebarkan oleh nyamuk Aedes yang merupakan vektor yang sama untuk penyakit demam denggi dan chikungunya. Ianya boleh menyebabkan bayi baru lahir mengalami sindrom otak kecil atau 'mikrosefali' sekiranya dijangkiti. Virus ini ditemui di hutan Zika di Uganda pada tahun 1947 dan ianya merupakan bukan penyakit baru bagi negara seperti Afrika. Wabak Zika mula merebak secara meluas di Hemisfera Barat sejak bulan Mei 2015 dimana ianya bermula di Brazil.



Gambar dari Google.
news dari http://www.panduanmalaysia.com/2016/02/virus-zika-simptom-tanda-rawatan-punca.html


sekecil2 binatang..
hanya seekor nyamuk, tapi kesannya sangat bahaya.
sama2 kita jaga diri dan keluarga..
semoga kita semua dilindungiNya dari sebarang bencana dan penyakit merbahaya..

Tuesday, June 30, 2015

Apalah dosa anak kecil itu...

Antara news paling hot sekarang di Malaysia..
rasanya semua dah tau kan?
kes adik yaya atau Nur Zuliana Zaara yg kena dera tu..

mula2 aku tgk kat fb, lepas tu tgk kat berita.
lepas tu baca kat media sosial yg lain.
Allahuakbar!!!

anak itu baru 5 tahun.
tapi kena dera sampai sebegitu rupa.
speechless..
sebak..
sedih..

apalah dosa anak tu.
kalau dia degil, tak dengar kata, nakal sekali pun, bukan itu caranya.
baru 5 tahun, apa yg dia tahu.
wajarkah dipukul, diseksa sampai sebegitu rupa.
manusia jenis apa korang ni?
dari ibu tiri dan bapa kandung sendiri.
Ya Allah....
bila bertunjangkan nafsu, beginilah akhirnya..

sedih sgt.
memang sebak dada, menitik air mata aku baca berita pasal ni.
sampainya hati korang.
masa korang pukul dia, apa yg ada dlm hati ha?
kalau pun tak suka anak itu, jgnlah buat mcm tu.
sampai patah rusuknya, melecur sana sini, luka.
korang pukul dgn apa ha?
lepas pukul dibiar mcm tu je.
biar luka tu sembuh sendri.
budak 5 tahun oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..
Masya Allah..
takda perkataan nak gambarkan semua ni.
Amni tu aku baru cubit hujung jari je, dia punya meraung mcm takda esok.
bayangkan kalau kena pukul sampai patah tulang, mcm mana sakitnya.
macam mana keadaan dia tahan sakit tu, sampai sembuh sendri.
lepas tu kena pukul lagi.
Allahu..
tak leh nak hadam, nak terima dek akal.
manusia berhati iblis mcm tu.
duk menaip ni pun rasa ketar2 tgn sebab geram dan terbayang mcm mana dia menahan sakit tu.
kita yg dah besar gabak ni, tergeliat sket pun dah menangis.
inikan pulak budak 5 tahun.

tak tau nak bagi gelaran apa kat ibu tiri and bapak kandung tu.
apa pun alasan korang, rasanya takda yg blh terima.
kalau anak tu dah umo 20 tahun, nakal tak blh diajar, lain la.
ini 5 tahun oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.
haishhhhh.
geram sungguh aku!
rasanya 1 Malaysia keji diorg ni, atas apa yg diorg buat.
1 day, jgn hairan la kalau yaya tu tak nak kat bapa dia sendri.
bapa yg patut jadi pelindung anak, tapi sebaliknya.
seronok berbini muda ke?

dah kena tangkap dah 2 org tu.
so, kita tunggu penjelasan diorg pulak.
kalau benar mereka bersalah, moga diberi hukuman setimpal.
biar mcm mana pun anak itu, dia juga manusia yg punya hati dan perasaan.
takdirnya, akan cacat kekal.
dan masih lagi trauma kesan penderaan tu.
maybe lumpuh..
bagaimana masa depan dia nnt..
dek perbuatan org yg sepatutnya melindungi dia.

aku ni kadang2 marah juga Amni.
ada jugak nakalnya. budak kan?
kadang2 tu cubit jugak, tapi sikit je lah utk tujuan mengajar.
kalau dia buat apa2, warning sket kata nak cubit, tak berani jugak.
tapi tidak la sampai tahap dera, cubit sampai lebam.
tak.
tak sanggup oi.
penat kita mengandung, teruknya kita beranak, takkan nak pukul anak sesuka hati kan?
cubit sikit, dia punya meraung tu adoi, sakit telinga dengar.
lepas tu mak rasa bersalah sebab marah anak.
gosok2 pujuk anak.
sayu jugak hati tgk anak  menangis.
pujuk2 dia bgtau kenapa mama marah and so on.
then, bila anak sakit.
jatuh ke luka ke..
mak tumpang menangis sama.
taknak anak sakit, taknak anak menangis.

tapi ada org selamba jeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee pukul anak.
separuh nyawa dikerjakan.
Allah...
manusia jenis apakah itu?
mana belas kasihan dalam hati mereka?


Ya Allah..
ampunkanlah dosa aku.
kau lindungilah adik yaya.
berilah hukuman setimpal pada mereka yg bersalah.

Friday, February 13, 2015

Al-Fatihah.. TGNA, satu kehilangan besar pada negara




إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿١﴾
الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿٢﴾ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿٣﴾ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ﴿٤﴾ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥﴾ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ﴿٦﴾ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ﴿٧﴾
 
ـاللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه وأكرم نُزُله. ووسع مُدخله. واغسله بالماء والثلج والبرد ، ونقه من الخطايا كما ينقى الثوب الأبيض من الدنس ، وأبدله داراً خيراً من داره ، وأهلاً خيراً من أهله وزوجاً خيراً من زوجه وأدخله الجنة وأعذه من عذاب القبر ومن عذاب النار
Ya Allah, ampunilah dia, kasihilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah tempatnya, luaskanlah tempat masuknya, mandikanlah dia dengan air, salju dan embun. Sucikanlah dia dari segala kesalahan sebagaimana pakaian disucikan dari najis. Gantikan untuknya rumah yang lebih baik dari rumahnya, gantikan untuknya keluarga yang lebih baik dari keluarganya, gantikan untuknya isteri (pasangan) yang lebih baik dari pasangannya. Masukkanlah ke dalam surga dan lindungilah dia dari azab kubur dan azab neraka.




satu kehilangan besar pada negara kita.
sukar utk dicari ganti.
perginya beliau di mlm Jumaat.
aturan Allah itu besar hikmahnya.
syurgalah tempatmu, bersama para sahabat dan junjungan besar nabi Muhammad SAW.
 
 
 
** pic and quotes from Google
** Al-fatihah juga utk Allahyarham Dato Hasbullah Awang, voice of Malaysia.

Wednesday, January 28, 2015

Always leave office on time


tak ingat mana dapat gambar ni.
pesbuk barangkali.
aku nak tujukan gambar ni kat incik suami.
sebab dia slalu la balik lambat.
grrrrrrrrrrr..

baca perbezaan leaving office on time and leaving office late tu..
balik kerja awal tak semestinya tak da kerja, atau tak banyak kerja atau tak buat kerja yeh..
dah diperuntukkan office hour from 8am to 5pm.
so, takat tu jelah.
edjas kerja utk masa tu.
selepas pkul 5, sila peruntukkan masa utk diri sendri, family dsbnya pulak.
jgn hidup asyik dibelenggu kerja yg tak pernah habis.
klau takat mcm kita ni papa, kuli je pun.
bukannya kerja sendri, usahawan ke jutawan ke.
kalau kerja sendri tu yes..
sentiasa kena kerja, pulun habis.
sebab untung rugi atas usaha sendri.
kuli, keja, cukup bulan dapat gaji.
ada overtime, ada duit lebih.
takda, duk diam kat situ.

tengok apa kata klau leaving office late.
tak efisien.
sebab tak pandai merancang kerja sendri.
dah  habis office hour, keja tak habis lagi.
acaner?
lain la bos ye dok?
memang kena pikir bnyk kan?
nak majukan syarikat, pikir strategi baru bagai.
tu kes lain.
klau pekerja biasa, dah habis keja, baliklah papa oi.
pikir quality time utk anak bini yehhhh.
muahaha..

idok le selalu laki aku tu balik lambat.
kadang2 je.
cuma yg kadang2 tu buat aku geremmmmmmmmm..
pagi2 dia wak lex wat pis.
dah petang baru kelam kabut buat keja.
urgent katanya, drag sampai ke pkul 7.
pkul 8 tak sampai umah lagi.
haishhh..

papa.. pasni sila rancang keja elok2 ye..
kata efisien, so kena balik awal..
muehehe..


Friday, December 26, 2014

Apabila langit menangis...

rasanya se-Malaysia alert bab ni.
banjir di pantai timur.
kelantan, terengganu dan pahang.
juga di perak dan perlis.
yag kini makin meruncing.
Allahuakbar!
betapa besar kuasaMu.

aku hari2 tengok berita.
hari2 dpt wa dari kawan2, share perkembangan banjir di sana.
teruk.
sangat  teruk.
tak dapat nak bayang mcm mana diorg hadapi bencana kali ni.
paling teruk setakat ini.
kawasan yg tak pernah naik air, tiba2 air naik.
sungai smua penuh.
empangan juga air dah melebihi paras bahaya.
rumah ada yg nampak bumbung je.
yang hanyut dibawa air pun ada.
sekolah, masjid, hospital..
semua ditenggelami air.
rumah2 apa tah lagi.
bila tengok berita kat tv, jadi speechless.
terkejut tengok keadaan diorg.

dlu, masa perlis dilanda banjir besar tahun 2010, rumah aku kena jugak.
rumah sewa masa tu.
dlm rumah separas betis.
luar rumah, kat jln nak masuk rumah, paras peha.
tapi air tak kotor sangat and tak deras pun.
2 hari mcm tu, air dah surut dlm rumah.
dah boleh balik and basuh rumah.
itupun dah berkeluh kesah, risau, susah hati bagai pikirkan barang2 and rumah.
ini, kat pantai timur sana, air kotor, arus deras, dah lebih paras bahaya.
rumah tenggelam, harta benda musnah.
yang tinggal cuma sehelai sepinggang.
lagi teruk.
berkali ganda teruk.

Perlis kali ini banjir tak teruk sangat.
pusat pemindahan dah dibuka.
mangsa yg masih di pusat pemindahan pun tak ramai.
hujan 3-4 hari.
Alhamdulillah, sejak semalam, hujan dah berhenti.
dah ada kawasan yg air makin surut.
syukur, bantuan dapat disalur dengan cepat.
terima kasih pada yg prihatin.

di pantai timur, mangsa banjir makin meningkat.
yg meninggal pun ada.
nak selamatkan diri, tak sempat.
Al-fatihah utk mereka.

sedih sangat bila tengok apa yg mereka alami.
moga mereka terus kuat utk hadapai dugaan Tuhan kali ini.
pinta aku kepada semua, sama2 lah kita bantu mereka.
sama2 bantu rakan2 kita, rakan seagama kita, rakan2 senegara kita yg sedang mengalami kesulitan.
bayi, kanak2, warga emas yg sedang sakit.. Allah...
tak banyak, walau sedikit yg dihulur mampu membantu mereka.
utk meringankan beban mereka yg sedang melalui saat2 sukar.




marilah kita sama2 berdoa, moga bencana ini tidak berterusan..


Friday, July 18, 2014

Pray for Palestine and MH17


terkejut.
sebak dada dgr berita pagi tadi.
semlm tdor awal, tak tau mana2.
sampai opis laju2 check utk kesahihah berita.
ya, benar..
another air crash, our beloved MAS airplane..
pesawat ke 2 utk tahun ini.
Ya Allah sedih sangat, sebak, takut, semua bergolak dlm dada.
walau tak ramai umat Islam di dlm tu, tapi tetap memberi kesan.
tgk berita tadi kata ada sefamily 6 beranak nak balik beraya.
aduhaiii..
moga syurga tempat mereka ya Allah..
khabar2 angin yg tersebar buat semua org marah.
jika benar ditembak atau tersalah tembak.
moga keadilan dapat ditegakkan dan kebenaran dapat dibongkar.
dunia sudah semakin ke akhirnya.
lindungilah kami Ya Allah.
takziah kepada semua keluarga mangsa.
Al-fatihah utk mangsa yg beragama Islam.

** MH370 belum ada penyelesaian, timbul yg baru. moga Allah tunjukkan jalan




seperti yg kita tahu, Palestin bergolak lagi.
dibedil Israel celaka.
dan kini mereka mensasarkan serangan melalui darat pulak.
jahatnya mereka, zalimnya mereka.
moga suatu hari tuhan turunkan bala utk mereka.
aku jarang tgk berita, baca news paper pun kadang2.
sekali tgk berita, tunjuk budak2, kanak2, wanita mati kena serangan dari Israel, bergenang air mata.
sebak dada tgk keluarga yg kehilangan saudara mara, meratapi kemusnahan tempat tinggal.
tak dapat aku bayangkan, kalau kita berada di situasi tu.
apa yg mampu kita buat sekarang is, doa.
doa, doa dan terus berdoa.
kita tidak mampu mengangkat senjata utk memerangi Israel, tapi kita ada kekuatan doa.
mereka yg teraniaya itu umat Islam, seagama kita.
moga syahid utk mereka semua.
Amin!

** jangan lupa menderma yeh. moga sumbangan kita yg sedikit utk mampu utk meringankan beban mereka..



** pics from Google


Thursday, July 17, 2014

Biar beradap

semua dah tgk kut video kiki ngan uncle sam tu.
viral habis 2 hari ni. siap ada yg buat lagu kut.
kenot tahan.. hahaha..
dah jadi kes polis.
gasakkkk..

aku bila tgk video tu, huishhhh, menyampah gila.
rasa annoying habis kat kiki tu.
uncle sim tu alahai lembutnya.
klau aku kat tempat uncle sim tu, haaaaaaaaaaaaaaa, kau tau la nasib kau kiki lala oi.
ye, uncle tu salah, tapi dia say sorry elok2 kan?
siap cakap saya tak sengaja 2,3 kali.
bukan sampai pecah bumper keta ko pun.
bukan sampai remuk redam pun keta ko tu.
kata keta mahal, takat sket2 tu apa ada hal kan?
dia tunggu kat situ, say sorry, dah cukup baik ye dok?
klau dia blah, lagi padan ngan muka ko.
yg aku tak tahan, marah, mengamuk siap ambik steering lock g hentak2 keta uncle tu.
hoiiiiiiiiiiiiiiih.
kebangangan apakah ini?
uncle tu cool je.
klau aku?
ko silap la kiki lala oih.
langgar sket je kut.
nama pun tak sengaja, excident.
mana ada excident sengaja nak langgar kan?
unless ko mabuk or gila.
ko hentak keta uncle tu, kemik2 aku rasa lagi teruk dari keta peugot ko yg kena tu.
bangang btoi.
aku tgk video tu berasap okeh.
klau aku kat tempat uncle tu, mmg takdanya aku nak terus stay cool and say sorry lagi dah bila kena mcm tu.
memula ok, aku say sorry sebab kita salah.
tapi ko dah mengamuk mcmkan ko bawak ferrari, kena langgar sampai pecah2, kemik remuk, haaaa.
kena sket je, org dah say sorry, lagi ko nak mengamuk hentak2, ko tengok aku hentak pulak.
klau aku kat tempat uncle sim tu, silap2 muka ko plak aku hentak lekat kat bumper keta ko tu.
maki hamun depan org, terjerit2 mcm tarzan dah aku tgk.

marah mcm mana pun, biar beradap.
bukan main maki hamun tak kira tempat tak kira org.
dah la uncle sim tu org tua, hormat la sket kan?
mana adab ko sebagai seorang islam dan perempuan?
tak malu ke?
nak tunjuk hebat?
hebat sangat ke bila skang ni ko dah jadi bahan cemuhan 1 malaysia?
suka?
ko sorang maki uncle tu, now 1 malaysia maki ko.
ko bengang ke, marah ke, sebab keta baru ke, sebab ada masalah lain ke, bukan tu caranya.
walau uncle tu cina, tu bukan sebab ko nak maki dia sesuka hati.
dah jadi racist plak pasni.
dia org tua, kita kena hormat tak kira apa bangsa pun.
sebab dia tua, dia cina ko berani maki dia?
klau yg keluar tu lelaki muda, ada tatu kat tangan sampai leher, ko berani nak maki gitu?
tobat!
ada caranya.
keta baru kan?
harus ada insurans, so setel elok2, bukan susah pun.
now dah jadi kes polis, padan muka.
seb baik la uncle sim tu baik hati.
klau aku, klau bapak aku, memang tak laaaaaaaaaaaa..
raya dlm lokap la ko kiki lala oii..
sory nak bagi muka kat org mcm ni.

bila jadi mcm ni, bukan kita je org kutuk.
habis ke mak bapak kita kena kutuk.
kesian diorg kan? tak pasal2 kena.
sebab apa?
sebab org akan kata, budak ni takda adab, mak bapak tak ajar ke?
kan?
baru naik keta import sket, keta baru sket dah berlagak.
org lain keta lagi besau takdanya berlagak sampai gini.
perempuan, islam, bertudung, patutnya lemah lembut sket.
garang tu boleh, tapi bukan sampai mcm tu.
tu biadap namanya.
lari boypren ko nanti dik..

aku pun penah excident.
lori langgar tepi.
bergesel, kemik bumper depan sebelah kanan.
pastu selamba dia nak blah, bawak lori mcmkan takda apa.
aku hon kuat2, bagi lampu suh doa benti.
drebar lori tu cina, berumur gak dlm 40-an mcm tu.
memula aku ckp elok2 la sebab ko salah kan, main belok sampai gesel keta aku, kemik habis.
lori ko tak ada apa pun, besau kan?
lori hantar barang yg putih tu.
dia tak mau bayar, nak bagi aku rm50 pastu nak blah.
hoih, aku dah bengang. aku cakap elok2, nak setel elok2, dia cakap lebih kurang.
dah la ko langgar aku kan?
dah la time tu baru blk keja, keta tgk banyak.
org lalu pakat duk tengok, awek sorang ni pakai kebaya nyonya kain batik jawa kemain duk cekak pinggang tepi jalan duk bergaduh.. bahahahah..
pastu aku cakap aku nak buat report polis klau dia takmo setel.
terus cuak sebab tu lori company, bukan lori dia.
baru setuju nak bayar. aku minta kos repair je pun.
g 1 kedai repair keta, check ngan tokey tu katanya around rm300 utk repair.
dia setuju, aku pun setuju, so deal.
selesai masalah.
tak payah gaduh2, setel elok2 bule je pun kan?
pastu aku pun penah langgar org.
sebulan pas kawen. agagagaga...
tak sempat kaver duit yg habis buat knuri kawen, dah excident plak.. ecehh..
aku tgh reverse keta kat parking, ada keta datang, bummmmmmmmm terus.
makcik bawak iswara.
bumper aku kemik sket, bumper dia kemik sket.
dia claim aku salah.
ntah aku blur, tak tau sapa salah.
dia suh bayar, so aku ikut je dia g kedai keta check.
kena dlm 200 ke 300 camtu, tak ingat.
aku pun tak sure sapa salah, aku tgh reverse, dia datang laju, pastu berlanggar.
dah dia kata aku salah, oklah aku bayar.
until now, klau reverse keta kat parking, aku pun taktau sapa nak stop klau ada keta.
klau langgar, camno?
sapa salah? hehe...

tak kisah la apa hal skali pun, sapa salah, boleh bincang elok2, setel elok2.
kan lagi manis?
gaduh2 dapat apa?
eceewah.
tak kena kat aku kan?
aku pun pemarah, panas baran.. tapi jgn la marah tak tentu hal, main hentam je.
not gud.
ahkak baek jeeee..

Tuesday, June 24, 2014

To my dearest daughter, Amni Maisarra bt Shahrizal..

To my dearest daughter, Amni Maisarra bt Shahrizal..
ketahuilah, mama sayangkan kamu lebih dari apa yg mama ada di dunia ini.
kamu adalah anugerah terindah dari Tuhan untuk mama.
utk mama, utk papa, dan untuk keluarga kita.
Insyallah, selagi ada daya mama, ada kudrat mama, panjang usia mama, selagi diizinkan Tuhan, mama tidak akan sesekali abaikan kamu.
susahnya mengandungkan kamu, menanti kamu selama kamu di dlm rahim mama, akan mama kenang sampai bila2.

doa mama, moga kamu sentiasa di bawah lindungan dan rahmatNya selamanya.
doa mama, moga mama tidak menzalimi kamu, mengabaikan hidupmu, membiarkan nasibmu tidak terbela, dan tidak terputus kasih dan sayang mama kepada kamu. Amin!






skang ni kecoh betul kes adik Muhammad Firdaus tu kan?
kat blog2, kat fb, kat media sosial, semualah..
memula tgk gambar, aku tak buka pun berita tu.
tak sanggup.
lepas sehari 2, baru aku baca semua berita2 tu semua.
bergenang air mata.
cuba utk tidak berburuk sangka.
cuba utk bersangka baik.
cuba utk tidak menilai org dengan hanya sekadar 1 berita.
tapi..
naluri seorang ibu tidak mampu menidakkannya..
Allahuakbar!

kesian..
sedih.
geram.
marah.
semua perasaan ada.
rasaya seluruh rakyat Malaysia yg membaca berita tu berkongsi perasaan sama dgn aku.
mostly bloggers yg update pasal adik ni, marahkan tindakan ibunya.
yelah, nak marahkan siapa lagi kan?
aku nak taip entry pun takes time, cuba utk bertenang.
takmo cakap bukan2, menilai org, mengutuk org sesedap rasa.
kerna aku juga punya anak, dan aku sedang mengandung.
tapi Insyallah, selagi ada akal aku, aku takkan buat anak2 aku mcm si Lola ni buat.
apalah salah dan dosa anak kecil tu pada kita kan?
baru 15thn dan OKU pulak tu.
lainlah klau dah besar, dah diberi pendidikan, diberi kasih sayang, tapi menderhaka pada mak bapak, boleh la nak hukum.
tapi hukum pun ada caranya, bukan main hukum membuta tuli.
kita ada agama, kita ada undang2.

skang ni Amni tengah membesar.
Alhamdulillah, sihat semuanya.
budak2 kan ada fasa dia.
ada hari dia tak nak makan, tak nak tdor siang, nak  main je.
ada hari dia nakal, dia menguji kesabaran aku.
sabar and istigfar je banyak2 bila dia buat perangai.
tapi, the most thing yg aku akan pastikan is, dia tak lapar.
kemana pun aku pegi, klau bawak dia, aku akan make sure dia tak lapar.
kena bagi dia makan dlu apa pun.
supaya dia tak meragam bila lapar, then buat perangai and mak pun nak menaga bila anak mengamok.
marah2, padahal anak lapar.
susah hati bila dia makan sikit, taknak makan nasi yg dah jadi ruji and nak makan roti je.
mak2 lain pun sama mcm aku kut?
susah hati tak tentu pasal bila anak buat perangai taknak makan, and mak sibok nak suap anak makan.
padahal anak ok je, minum susu berbotol2 and elok je mainnya kannnn?
baru sehari ye dok, kita dah risau..
siap sms laki bgtau anak taknak makan..
kan?
pastu anak main banyak, berpeluh, busuk masam, mandi and sabun banyak2, taruk bedak banyak2 bagi wangi2, pakai baju cantik2 walau duk umah je
ini tak terbayang dek akal, tak bagi anak makan, sampai kurus kering, baju tak bertukar sampai reput baju, kusut masai tak mandi, begelumang dgn najis..
Allahuakbar..
takleh bayang dlm kepala otak aku apa yg ada dlm fikiran si emak.
anak OKU bukan alasan utk kita biar.
anak syurga tu..
besar pahala klau kita jaga dia elok2.
dia tetap amanah Allah utk kita.
Insyallah, kalau kita jaga dia dgn baik, walau sesusah mana pun kita, kalau niat kita baik, utk si anak, takkan terputus rezeki dariNya.
setiap anak yg lahir, dah ditetapkan rezkinya.
walau tak mewah, cukup makan pakainya.

aku salute habis dgn mak2 yg punya anak OKU, yg tabah menjaga.
bukan mudah dan bukan semua org mampu.
aku sendri pun tak tau aku mampu ke tidak utk lalui semua tu.

sama2 kita berdoa moga adik Muhammad Firdaus makin sihat dan mendapat perlindungan sebaiknya.
Tuhan sayangkan dia, walau terbiar, kurus kering mcm tu, umornya masih panjang.
moga dia kembali sihat lepas ni.
doa aku, moga si ibu sedar akan apa yg dia buat.
anak itu suatu hari nnt akan mendoakan kita bila kita dah tiada.


Monday, May 26, 2014

Piala Thomas 2014

korang tgk thomas cup semlm?
rugilaaaaaaaaaaaaaaaaa..
lambat lagi kut nak bule tgk thomas cup ni.
pasal thomas cup, dah g google sendri, tak kuasa nak share dah.
yg pasti dah lama sgt kut kita tak dpt ke final.
dlu malaysia penah menang tahun 1992.
lama dah kan?
zaman anak2 sidek.. eheh..
pastu jgn kata menang, masuk final pun takda bayang.
thn ni, dapat masuk final, lawan jepun yg 1st time masuk final.
berdebor2 mak hencik tauuuu..

aku ni seb baik lambat lagi due nak beranak.
klau tak, silap2 terberanak dah..
bahaha..
ok, tak kelakar.

tapi2, serius wei..
suspen sungguh!!
taktau la klau korang jenis yg takda perasaan.
petang semlm, masa 1st game tu layan kat umah mak aku.
so, menjerit2 la aku ngan abah.
kami dua fanatik okeh badminton nih.
aku lagiiii suka badminton compare to bola sepak.
dari dulu2. layan ngan abah aku adalah best sebab dia pun dulu main game memacam.
so, sambil tgk, sesambil dia cerita apa yg dia tau.
player baru2 kita tau lah kan, klau player lama, mana nak tau kan?
nnt dia cerita la gitu gini, ko pun, oooo, gituuu..
dlm bnyk2 game, badminton paling aku suka.


3rd game aku tak tgk sbb blk umah aku dah.
chong wei feng tu, kalah teruk.
phewwww, geram!
blk umah, sambung tgk kat umah plak.
tengok sensorang sebab laki aku keluar, bawak Amni sekali.
takpe pegilah.
aman sket aku nak melayan game nih.
laki aku tak minat sport and dia butaaaaaaaaaa sport. hahaha
matikla kutuk laki sendiri gitu.
tapi sungguh, jgn la ko cerita apa2 pasal sukan dengan dia, 1 haram dia tak tau.
aku  beriya la duk melayan ngan abah aku semalam, dia muka blur je, takda perasaan pun.
jadi ko nak keluar, silakanlah bang.
kang masa aku duk layan tu, masa tu la ko nak tanya, napa out la, kenapa pukul gini, kenapa dia ni pukul, blablabla.. aku cemuih nak layan.

sampai habis aku layan sensorang semlm.
duk la bercakap aku sensorang.
haishhh..
takpelah..
kalah pun bermaruah kan?
dah dapat masuk final tu pun pencapaian terbesar dah.
lagipun bnyk gak pemain2 baru.
yg lama DLCW ngan Tan Boon Heong tu je.
lain2, junior lagi.
korang pun dah berjuang habis dah.
org yg tgk kat luar ni, takat boleh bersorak dan bagi semangat je.
pastu kutuk sket2 sebab lembik sgt and bnyk buat silap.
kita tak tau player kat dlm tu lagi teruk.
serangan mental dan fizikal tu nak kena hadap.
korang tetap yg terbaik.
rakyat malaysia bangga habis dah walau kalah.

paling aku suka tgk, penyokong la..
heheheh..
menteri pun sporting habis.
end up g turun duk sama ngan player duk jerit sama, lari tinggal vip seat dah.
dia pun tak senang duduk kut.
harapan hingga titisan terakhir, utk menang
sipi jeeeeeeeeeeeeeeeee....

gerammmmmmmmmmmmmm..
klau menang, hari ni pm kata cuti.
tapi hari ni keje yeh..
takpe2.. bukan cuti yg org nak, tapi nak kemenangan kan?
menang, tak cuti pun tak pe.
janji bule kalahkan japang.
tapi, tere pulak jepun2 ni.
walau nama ntah apa2, tago la, ueda la, takonagi la, taro la, hosyi la, apa2 lah.
1st time masuk, eh sakan pulak hampa.
fire kemain otomen taro nih.
seb baik ensem.. kahkahkah..
tahniah la utk japang.
sejarah baru utk diorg.
tahniah jugak utk malaysia.
walau kalah, kak yah tetap sokong badminton for ever.


sian DLCW, last game dah, pasni nak bersara.
tak sempat merasa thomas cup.

Tuesday, March 25, 2014

Takziah #MH370

Walau belum bertemu dengan jasadnya, mungkin ini berita yang kita seluruh dunia perlu terima..
press confrence tergempar semalam merungkai misteri kepada kita yang sudah lebih 2 minggu..
berdasarkan kepada bukti2 yg ada, kata putus diambil..
keputusan yg dibuat pun bukan sekadar menyedapkan hati.
mungkin ini adalah pengakhirnya.
kita yg bukan pakar, bukan bahagian kita, nak menolak pun tak berdaya..
redha dan terima dengan hati terbuka.
ini semua ketentuan Tuhan..

takziah kepada semua keluarga mangsa dan Al-Fatihah utk mangsa yang beragama Islam..




tengok pc semlm, hati aku ni berdebar2 sangat.
musykil jugak kan tetiba PM sendri buat pc.
tengok kepada cara dia bercakap pun kita tahu berat utk dia.
bukan hal kecik, melibatkan beratus nyawa, beratus keluarga dan melibatkan banyak negara.
dan semlm, laki aku kata aku mengigau lagi.
pffff.
terlalu pikir sampai bawak ke dlm tidor.
katanya aku cakap ntah apa2, merepek meraban gamaknya.
yang pasti bila aku tanya aku cakap apa, katanya pasal kapal terbang.
hahahahah..
2 kali dah ok.
aku pikir sangat, apa jadi kat diorg, sampai over gitu.
yelah, cuba la korang imagine, klau betul pesawat tu terhempas kat  tgh laut hindi tu?
boleh imagine apa nasib diorg sampai 18 hari ni?
nauzubilllahiminzalik..
taknak aku sebut kat sini apa yg aku pikirkan..
tak sanggup..
tengok pc semlm aku ni dah merembes air mata.
bila aku dgr doa utk diorg, sebak dada.
kalau aku sendri yg berdoa, mmg berlinang air mata.
itu aku, yg tak da sedara mara pun dlm pesawat tu.
klau family diorg sendri, mesti lagi teruk kan?


org senang bercakap, senang buat tuduhan tak berasas.
pikir la sikit sebelum bercakap bukan2 and spread the news..
kadang tu aku baca kat blog2 kat fb, amboi kemain sedap bahasa korang eh..
tak kena kat batang hidung sendri, sedap la cakap kan?
pakar2 pun takda nak buat spekulasi ganas macam korang2.
diorg pun cakap bertapis2.
guna bahasa sehabis baik utk sedapkan hati semua org, walaupun diorg tau mustahil.
kerajaan, pemimpin kita bukan main teruk kena hentam.
senang2 je nak tuduh diorg tak reti buat keja, suruh letak jawatan sebab tak leh selesai masalah negara.
amboiiii..
ko spm pun tak habis lagi, sesedap tekak je kan?
tu tak kira dikaitakan dengan politik lagi..
aduiyaiii..
sudah2 la buat spekulasi ganas.
buat tambah dosa jeee..
aku kadang2 fed up nak ambik tau pasal ni sebab geram baca komen.
tiba2 ada mak sedara la, pak sedara la sepupu la keja tentera, keja wartawan, keja polis yg terlibat dlm misi ni.
amboi2..
ko ingat PM kita tu duk saja?
dia pun habis daya dah.
takkan la dia nak buat diari pulak, utk rujukan semua rakyat apa yg dia buat sepanjang misi ni.
dia pun ntah tidor ke tidak.
yelah, nak communicate dengan negara2 luar, bukan tentu masa.
kita siang, diorg mlm.
takkan sesuka hati nak call org, nak minta bantuan, nak call tengah2 mlm kan?
pikir eh, pikir...
dah bila negara2 luar bagi bantuan, ehhhh, kata pasukan berkuasa kita tak buat keja pulak..
kata aset kita simpan buat apa.
haishhhh.. nak bercakap, sila cari fakta.
bukan main cakap je.
cakap bodoh kang, marah, sentap.
tapi, hakikatnya itulah..
jagalah maruah negara kita...
negara kita sedang dilanda masalah dan semua negara besar sedang tertumpu kepada Malaysia.
sebagai rakyat, patutnya kita menyokong, bukan menjatuhkan..
negara luar lagikan membantu, menyokong, rakyat apatah lagi kan?
diorg bantu free tau?
kalau nak bayar, juta2 oiiii..

dengan adanya kejadian ni, tanpa kita sedar ilmu kita bertambah.
aku sepanjang kes ni, tak da keinginan nak tengok drama ke, movie ke.
tengok berita je.
kat Astro Awani, 24 jam duk bincang kes ni jelah.
rtm pun lebih kurang jugak.
rangkaian lain pun sama jelah, asyik duk cerita pasal ni.
aku slalu hadap 501 je.
habis pakar2 yang berkaitan dah diorg jemput utk bagi ulasan.
paling aku suka haruslah Kapten Nik Huzlan.
apa yg dia cakap, siap dengan bukti dan fakta.
bukan calang2 org yeh dia tu...
rasanya dia yg paling glemer skang ni.
dah jugak pakar2 lain, bahagian aeroangkasa ada, bahagian penerbangan ada, laut, mcm2 lagilah.
so, bila tgk tu, baru kita terbuka mata dan hati and tau pasal kapal terbang or yg berkaitan..
bnyk yg kita tak tau, kita tau..
best kan?
tak banyak, sikit pun kita tau pasal teknologi kapal terbang, pasal simulator, pasal black box, pasal laut, pasal kapal laut and mcm2 lagi..
bertambah ilmu.. alhamdulillah...



sekarang negara masih berdepan dengan situasi sukar.
misi mencari akan diteruskan dan dirungkai..
lautan hindi tu besar and luas..
moga2 ada jawapannya nanti.
tugas kita sekarang berdoa dan terus berdoa moga pencarian dipermudahkan.
jika benar semua penumpang telah tiada, sama2 kita doakan.
walau di laut mereka bersemadi, moga roh mereka aman.
semua ini ketentuan Tuhan.
sekuat mana pun kita, sebijak mana pun teknologi yg kita ada, semuanya datang dariNya..
moga keluarga mangsa terus tabah dengan ujian ini..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...