Showing posts with label master bedroom. Show all posts
Showing posts with label master bedroom. Show all posts

Monday, December 14, 2015

Make over master bedroom

tajuk gempak mcm buat big make over.
padahal tambah wallpaper jewwwwwww.
hahahaha

saja nak ubah suasana sket.
hari tu masa pegi Mr DIY nampak wallpaper utk dinding.
saiz dia besar sket.
lebih lebar dari wallpaper biasa.
harga segulung RM13.90 sajaaaa.
terasa nak try.
nak buat kat ruang tamu, tapi kita cuba utk master bedroom dlu.
kut tak lawa ka apa, tak la rasa down sangat.
hahahaha
sebab benda murah ni kita jgn letak high expectation sangat kan?
kualiti nipis je wallpaper ni.
balik rumah tunjuk ke laki.
kena gosok2 pujuk2 sket nak minta dia pasang.
aku boleh je nak pasang sendri.
tapi pikir kena panjat tangga bagai..
errrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr..

aku beli terus 4 gulung.
risau kang tak cukup.
lebih sket tak pa.
tak cukup, nak beli pulak takda stok ke apa, menggagau nanti.



feature wall kat masterbedroom.
bilik ni cat pink, kat feature wall kaler merah ang ang.
nak cat merah tu pun drama jugak dulu.
pakai bnyk cat sebab merah ni mmg susah.
kena bnyk layer baru lawa.
kalau tak berbalar je.
keluasan kat bahagian ni dalam 7 kaki lebar x 13 kaki tinggi.
lebih kurang gitu la saiznya.



wallpaper yg dipilih.
tak bnyk pilihan yg ada.
tengok ada bunga2 pink, so ok la kut.
wallpaper ni nipis, kena hati2 masa pasang.
peluh2 jugak la papa pasang ni.
3-4 jam jugak la nak siap.
dia siap spray air lagi punya nak bagi elok, takda gelembung angin.



ada 2 lampu tidor kat dinding.
kena tanggal dulu.
pastu ada plug jugak, kena potong elok2.



dah siap pasang.
lain nau rasa bilik.
sebab background putih kut.
biasa kaler merah kan?
terasa romantik lebih pulak.
hahahaha.

beli 4 gulung tu tak habis guna pun.
sedang elok ja kelebaran 4 gulung tu ngan dinding ni.
lebih sket dlm 2 inci, kena tampal.
kiranya pakai segulung, yg lebih tak pakai dah.
ambik gulung yg baru.
tak nak sambung kang nmpk tak lawa.
klau guna semua rasanya 3 gulung dah cukup.
sebab murah so tak terasa sangat la.
hahahaha.
kalau mahal harussss jimat cermat.
gitu la org kita.. kekeke

Amni kata, cantiknya bilik mama.
hehe..
thanks to papa sebab sudi layan and tolong pasang.
minta upah beger mc d je..
soon kita beli wallpaper yg elok sket utk pasang kat ruang tamu pulak eh.

Thursday, May 08, 2014

Bekas simpan keronsang

ladies, yg pakai tudung, harus banyak keronsang @ brooch kan?
aku ni melambak kut keronsang..
ater, duk kat perlis, asal g padang besar, harus borong.
murah oihh..
now, tak payah g padang besar, kat kedai2 kat kangar ni pun melambak jual.
kat pasar malam pun sama.
sama je ngan padang besar, harga pun lebih kurang je.
skang ni pulak, lagiiii murah compare dengan 3-4 thn lepas.
design pun mcm2..
klau kat padang besar, semua made in thailand je.
klau kat pasar mlm ni, yg korea ada, cina pun ada.
kadang2 lagi banyak pilihan.
tengok ke merelip merelap tu mmg rambang mata..
dulu2, zaman pakai tudung bawal, beli yg sepasang, 1 kecik 1 besar.
now, pakai tudung awning or shwal, beli sepasang juga tapi sama patern, sama saiz.
sebab pakai kat dua2 belah bahu.
mcm2 patern skang ni.
seriussssssssssssss rambang mata..
yg ada batu liplapliplap, yg jenis felt, bunga2, mcm2 lah..

masalahnya, cemana nak simpan keronsang yg super banyak tuuu?

dek kerna beli pun murah2 jew, aku takla beriya simpan bekas elok2 sgt.
pakai 2,3 bulan, luruh habis batu2 tu.
beli pun 10 hengget, so kena lah dgn kualiti.
klau yg beli mahal, yg tu slalu ada bekas asing, so simpan elok sket la..

bekas cemana yg aku guna?
jommmm..






ni bekas yg aku guna..
drawer ajaib aku la ni..
lamaaaaaaaaaaaaaaaaa dah umo dia.
thn 2007 nu aku beli, masih setia berkhidmat sampai sekarang..
takda la besar sgt bekas ni, sekaki kut tinggi dia.


dari pandangan atas.
susah kut nak jumpa drawer yg design mcm ni and saiz mcm ni.
bahagian atas ada compartment mcm tu.
selalunya, semua drawer kan, ada laci je, atas tu takda mcm tu.
so, bila jumpa, laju2 aku beli.
klau tak silap aku beli kat tesco sungai petani.
masa tu g hantar adik aku kat kem PLKN kat baling thn 2007.
blk singgah tesco sungai petani, shopping sket.
klau perasan, nampak bekas pecah kat atas tu.
hari kejadian, baru beli, masa nak angkat masuk kereta, jatuh, pecah sket atas tu.
frust oi, belum sempat guna.
but, kecik punya hal, balik umah aku selotepkan dia, so, boleh je guna.
and terus guna sampai sekarang..
so, keronsang2 semua aku park kat situ.
tapi overload jugak sebab banyak.
so, park yg selalu guna je, yg lain aku masuk box.
yg masuk box tu yg patern lama sket la, yg jenis sepasang kecik besar tu or yg rosak tapi masih boleh guna.
batu liplap dah jatuh, tapi keronsang masih tajam, elok lagi, simpanlah.
boleh guna buat pin kain ke, pin apa2..


ada 2 compartment.
belah kiri, aku letak keronsang yg kecik2, yg guna utk pin bawah dagu.
yg jenis berjuntai2 tu ke, yg kecik2 smua duk situ.
belah kanan, keronsang yg besar2, yg sepasang.
aku padankan dengan geng dia siap2, pin sekali sebab bila nak ambik senang.
takda la tergagau2 cari pasangan dia bila nak guna.

baru2 ni aku 5s keronsang ni semua, mana yg batu2 bnyk dah jatuh, yg karat, aku buang jelah.
tak kuasa dah nak simpan sebab bnyk sgt.
yg jatuh sebijik 2, masih nampak elok, simpan..
dulu zaman bercinta, selalu gak laki aku tu kasik keronsang kat aku.
now ada yg elok lagi, and ada yg dah rosak.
dah lama tak beli eh papa??
hahahaha..



 drawer tu ada 3. gambar tu ikut sususan dah.
1st aku letak mcm2 gak tu.
main campak ja.. hahaha..
ada ketip kuku, ada butang baju melayu laki, ada inai, ada err breast pad yg lama tu.. hehe
2nd, ada getah rambut and kepit rambut.
kotak kuning tu jarum peniti.
3rd, ada alat make up yg dah lama tak sentuh.. hahahaha


lokasi di dlm master bedroom..
sebelah tu bakul yg ada segala maknek lotion, bedak, deodarant laki bini..
both ni duk atas drawer plastik besar sebelah dressing table.
dlm drawer besar ni ada 4 drawer.
dlm tu macam2 adaaaaaaaaaaaaaaaaa..
sempat buat 5s 3 drawer atas ja. 
yg last tu bnyk benda tak guna dari yg guna.
nantilah, 1 day nak kemas, mana yg rasa menyemak ja, nak buang..
dlm umah ni kadang2, banyak benda yg tak guna dari yg guna kan?

Thursday, October 31, 2013

Hiasan di bilik tidur utama

asalnya begini sajalah bilik tidor utama kami...
aku pakai 2 kaler. pink and red.
buka pintu bilik, nampak pink dulu. semua dinding kecuali bahagian ini, dinding bilik air yg juga kat bahagian kepala katil aku letak merah.
saja..
mau tampilkan mood romantis sket di bilik tidor.. aummmmmmmmmmmm.. mihmihmih

semua kombinasi cat dlm umah, aku refer catalog. jgn suka suki combine kaler, kang lain jadiknya. ruang tamu dan ruang mkn bersambung so pakai kaler yg sama. master bedroom kaler pink and red, 2nd room kaler pink and purple, 3rd room, green.

utk dinding yg dicat merah ni sikit je. kat dinding pintu utama dan bahagian seperti dlm gambar serta kat dinding pintu bilik air. patutnya setin kecik dah cukup. tapi bila cat merah, kena bnyk lapisan. memula cat, hodoh gila. sakit hati aku tgk, buruk! beli lagi setin, pun tak cun. aku dah fed up dah. masuk 3 tin baru ok. 3 tin ok!! baik aku beli je tin besar 5L tu klau tau kena bnyk lapisan. beli 3 tin kecik 1L sangatlah rugi. apakan dayoo, den tak tauuu..


dinding lain cat pink seperti dlm gambar.
nice sgt kombinasi tu. me like... incik suami pun suka. memula dia nak letak purple dlm blk ni. dpt bantahan keras dari isteri.. hihi.. seb baik dah siap cat, cun..
curtain pakai night curtain je. malas la pulak nak letak day curtain kat bilik ni. bnyk nak kena pakai kain. sebab kat dinding depan ada tingkap besauuuu. saja aku plan gitu. tingkap tinggi and besau. guna 3 keping curtain mcm dlm gambar tu utk tingkap depan. dekat 12m utk bilik ni saja. pitammm...

dah 2 thn stay, tak penah letak hiasan apa. malas. hihi..
baru2 ni saja merajin. tambah la sket. walau plan asalnya lain. memandangkan plan asal makan modal sket, so kita carik yg jimat punyaaaaaaaaaaa..







taraaaaaaaaaaaaaaaaaa...
okeh??
hehehe..
lampu senget benget sebab baru lepas lap. habuk!

menda alah yg aku lekatkan tu ada 4 pcs. letak double side tape, tampal jelah. nipis je pung. foam je.
harga? RM5.90 je sekeping. hihihi..

sama mcm yg aku tampal kat sebelah cermin kat ruang kegemaran aku tuh. cuma yg ni kaler krim, yg tu kaler putih.

plan asal yg agak makan modal tu sebenarnya aku nak print gambar kawen besauuu punya, buh frame cecantik lekat kat situ. tapi klau tau dek mak aku, mau kena berleter. dia tak suka. tapi aku buat jugak la. hehehe. cuma yg aku dah framekan gambar saiz 8r je yg paling besar. klau aku buat besauuuuu punya mau lagik sakan dia berleter. jadi, kita buat yg simple sudah lah kan? pun cantik apeeee..


** master bedroom kami takda katil pun. kami tdor bawah je. katil smua buang sebab anak tdor melasak sangat. +_____________+
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...