Showing posts with label wishlist. Show all posts
Showing posts with label wishlist. Show all posts

Tuesday, August 18, 2015

Kerusi batu di laman

salah 1 wishlist aku..
nak kerusi batu kat laman rumah.
iolss low mentenen..
wishlist murah 2 saja..
tak payah nak berimpikan beli gelang pandora, iphone bagai..
hahahaha...

lamaaaaaaaaaaaaaaaaaa dah tringin nak bli kerusi batu nak letak kat depan umah.
kat laman sekangkang kera aku tu.
ikut ke hati nak design gini2, nak kaler mcm ni, nak itu nak ini.
tapi silalah sedar diri ko bukan duit bnyk kepok2..
beli yg mampu milik sudahhhhhh..
asal ada, petang2 bule lepak2 sambil mkn cekodok, i okay jew.
ikut wishlist sebenar2nya, nak letak pergola.
tp tgk harga, telan ailior..
dah pernah panggil org meh ukur klau nak buat.
upah saja dah cecah rm700 belum masuk beli kayu smua bagai.
telan lagi ailior yg tak lepas2 dr tadi.
simpan angan2 tu dulu.



servey2, usha2 sana sini, akhirnya beli la jugak seketol.
eh, 5 ketol.
meja dan 4 kerusi.

saiz sedang je yg mampu.
ini pun setelah ditimbang berkali2..
rm450 oi besar ni.
klau yg saiz besar, yg ada tempat sandar tu rm550.
beli ikut kemampuan jelah.

yg ni size L kut..
klau bontot Amni bule duduk 2 org kat 1 kerusi tu.
klau saiz maknya ni, sorang jelah..
ahahaha..

masa nak g beli, saiz ni ada kaler putih je.
nak kaler lain kena tunggu.
ai is tak zabarrrr..
so, belasah jelah kaler putih pun.
lawa jugak.
design lain bnyk, meletop2.
dan harga pun haruslah meletop2 kebabom..



maap semak sket pemandangan kat belakang tu
uhuhu..
tu dah kotor sket sebab bila hujan, kena tempias dari tanah merah tu.
takpe, soon nak hias laman ni, nak letak pelapik.
gersang sgt nmpk tanah tu, tak lawa.
cadangnya lah.
nak buatnya tak tau bila.
encik laki pulak kata nak cat kaler lain supaya tak nmpk kotor.
entah bilaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

kerusi ni letak kat depan bilik aku.
sebelah kanan tu porch kereta.
buka tingkap bilik, nampak kerusi ni.
senyum jeeee pagi2.
saiko.. hahaha
suka sebab dah dapat beli.
aku ni golongan marhaen je.
dapat beli sesuatu yg mahal ceni, rasa mcm syok nya lahaiii.
syukurrr ada rezki lebih.
gitew..



pandangan dari sudut lain.
fokus kat kerusi je yeh, bukan kat semak samun belakang tu.
rumput tumbuh dgn subur.
pokok bunga pun tak subur camtu.
skang dah takda dah rumput lalang smua tu, dah mesin.
pokok bunga pun dah bertambah.
nnt kita share pasal pokok pulak.



cik kuntum diva duk rasmi kerusi baru.
aku beli ni 3-4 hari sebelum aku buat kenduri akikah utk Muhammad Aniq.
takda entry pasal kenduri tu sebab lupa.
hahahahaha.

ni hari kenduri, panas rembang, selamba kodok diva kita p duduk.
bila tegur kata panas, dia  ambik payung, duk situ balik.
suka hati awaklah nak oi.
nmpknya dia pun suka kerusi tu.
bagus..
nnt kita lepak sesama eh..

ok, kerusi dah ada.
nnt kita cantikkan sket laman tu eh.
walau tatau entah bila, takpe, kita angan2 dlu..
nnt jadik la tu..

Tuesday, May 12, 2015

Khind Airfryer.. In hand yawwww!

finally....
airfryer dah in kak yah hand!
yayyyyyy!!!




boleh tahan besar kotaknya..
aku beli kat Lazada.
before this dah usha kat tempat lain jugak.
kat page2 lain, tgk review and buat perbandingan harga.
and lazada is the cheapest..
kena bijak yeh zaman segala benda mahal ni.
masa nak beli tu pun aku duk teragak2 nak klik proceed to payment lagi.
hahahaha.
2-3 minggu kut aku duk usha benda alah ni and pikir nk beli ke tak..
takut kang membazir.
walau cuma harga dlm rm300++, pada aku mahal kut.
bukan la bnyk duit sgt.
cumanya dah dpt duit terpijak tu, belilah apa2 yg duk tringin sangat.
memula nak simpan kat ASB je, tapi napsu kuat.
hahahaha..

kat Lazada, harga asal Khind Airfryer ni  RM499.
tolak 26%, tinggal RM367 include GST.
plus RM6 utk shipping fee.
dulu, tak kena caj pun utk postage.
skang dah kena sejak GST ni lah.
redho..
masa aku beli tu, kebetulan ada banner kat front page bgtau ada diskaun.
so, apply jelah kod diskaun tu masa buat payment.
and, tolak lagi RM37.80.
yayyyyyy!!
so, aku beli benda alah ni dgn harga RM346.20
yay lagi!
diorg bg date utk hantar barang.
nuu, minggu depan katanya.
tapiiiiiiiiiiiiiiiiii, lepas 2 hari ada org dari skynet call, nak hantar barang.
yay lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..
hahahaha.

so, dah lengkap salah 1 wishlist kak yah..
ehek ehek ehek...




hitam berkilat dan menawan.
amboiiii..
besar gak yg ni.
saiz bekas tu 2.2 liter.
ada lagi besar and lagi mahal.
mcm2 jenama dah ada skang ni.
aku pilih Khind sebab mampu milik.
hahaha.
ada yg lagi murah tapi tak yakin dgn jenama.
kena pikir kalau nak claim warranty nnt yeh..
aku dah biasa duk  urus pembelian barang2 kat opis.
1 thing yg kita highlight is after sale iaitu  servis, maintenance and warranty.
gitu..




bekas bawah tu boleh dikeluarkan dan dipisahkan.
nak menggoreng, letak dlm bekas ni lah.



haa, gini keadaannya.
elok la saiz ni, nak goreng ayam ke apa kan?

nak guna pun senang je.
setakat edjas timer and suhu je.



come with is power cord, penyepit, kad warranty, user manual and buku resipi.
yay!
pasni boleh tiru resipi dari situ.
dengan harapan, pemakanan kami lebih sihat.

dah 3 minggu camtu benda alah ni parking kat dapur aku.
so, haruslah dah guna kan?
senang keja ok!
goreng nugget, fries, ayam..
tinggal je, tak payah nak tunggu, tak payah risau terpercik minyak ke apa, nak lap dapor bagai.
sronok kak yah hampa..
kekekeke..
rasa pun ok je and more healthy.
less oil yaw..
berbaloi beli and boleh masuk dlm wishlist korang jugak.
nak2 yg ada high colestrol.
pak  mentua aku guna benda alah ni.
g checkup hr tu, colestrol dah reduce.
Alhamdulillah..

later aku share resipi yg aku guna with airfryer ni oke?

Thursday, April 09, 2015

Wishlist : Airfryer

menitik ailio duk usha airfryer..
skang ni smua pakat nak bli benda alah ni kan?
as a mother and wife yg slalu masak, haruslah masuk dlm wishlist aku.
ayat tak menahan kak yah..
lama dah duk tgk..
masa tengok tu menitis nitis ailio sebab teringin lahaiiiiiiiii.
tengok ke harga, telan ailio..
bhahaha..

memula dlu. waktu duk hot dgn airfryer, brand philip la.
tapi harga mencekik oi.
rm1k++.
but now dah bnyk brand and lagi murah.
aku asyik servey, belinya tak lagi.
hahaha.
skang ni rasa mcm kena diet sket sebab badan dah mcm apam terlebih yis.
so, rasa mcm nak lah sgt benda alah ni.
sebabnya, dengan airfryer ni, kita boleh menggoreng tanpa minyak!
tidakkah yay disitu..
dah rasanya masih sama walau takda minyak.
malah lebih sihat..
kita ni suka sgt dengan makanan yg bergoreng kan?
laki aku hari2 nak ayam goreng.
taulah dia skang kurus, tapi kandungan kolestrol dlm badan kita tak tau.
pastu pulak selalu duk  beli nugget la fries la segala bagai tu.
of cos la kena goreng kan?
boleh je nak kurangkan penggunaan minyak, kita tukar ke minyak yg colestroll free.
minyak bunga matahari tu, tapi mahai oih.
mcm tak sampai hati plak nak guna minyak tu buat goreng ikan.
hahahha.
kalau utk menumis sayur tu sokay la..
tapi, kalau beli airfryer, sekali je kita melabur.
utk lebih sihat katanya..


aishhh..
come to mummy please..


ada la duit sket skang ni.
so, semangat nak membeli tu berkobar2 la.
skang ni dah ada yg murah2 dah.
below rm500 dah boleh dapat.
cumanya size tu kecik sket la.
sokay la, klau nak buat kenduri takkan nak pakai airfryer kut?
kang bil eletrik pulak melambong2 naik.
hehehe..
utk kegunaan harian, nak goreng ayam, nugget, fries tu, sokay la dgn saiz 2L..
korang boleh google je, mcm2 keluar.
yg dah pakai pun pakat2 share kat blog.



yg ni mampu milik.
harag dlm rm300++ kat lazada.
brand khind.
ada mcm2 brand, yg rm200++ pun ada.
tapi tak brani beli klau brand bukan2.
warranty la nnt ntah apa2.
brand khind tu sokay la kan?

so, nak beli ke tak?
nak beli ke tak?

baru2 ni pak mentua sambar airfryer brand philip.
kemain lagi wan, beli kat go shop.
ada tv boleh beliiiiiiiiiiii..
hahahha.
asyik duk lepak depan tv, tergoda dah dia.
lagipun sesuai la dgn dia sebab dia high colestrol.
harap2, bila cara pemakanan wan lebih sihat, wan boleh reduce kolestrol tu.
risau gak, sebab dah nak berkait dengan jantung pulak.
biasa la, org tua, mcm2 penyakit datang.

later, kalau kak yah, kak yah share ehhhhhhhhhhh...
korang yg dah beli, dah guna, share sikit..
aummmm..



*Pic from Google.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...