Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Thursday, March 17, 2022

Al-fatihah utk arwah Wa..

 Assalamualaikum..

 

berita sedih di awal minggu dan di subuh sepi.

pukul 6 pagi, dapat call dari rumah umi abah. kalau phone bunyi subuh2 ni, takpun tgh malam, selalunya hati akan jadi tak tentu arah kan, walau pun blm dengar lagi apa berita yg nak disampaikan.

umi bagitau, wa dah meninggal. wa ni panggilan utk anak sulung selalunya. Wa Awang, abang kepada abah aku. dia anak sulung, abah aku nom 2. dia tak berapa sihat lately. dia mmg ada masalah jantung sikit, tapi taktaulah serius tahap mana, sebab payah betul nak ke hospital. kena pulak, dia ada jatuh moto minggu lepas. tak dalah patah @ luka parah. tapi badan lebam2, sebab kena hempap dengan moto, then patah gigi depan. dengar berita tu, abah aku nak pegi tgk la abang dia. mujurlah jugak adik aku, afizah dapat bawak abah pegi ziarah. pegi ziarah hari Khamis kalau tak silap. Isnin berikutnya, dia dah kembali kepada Allah... takdalah rasa ralat sangat abah aku tu, sbb sempat jumpa abg dia. diorg agak rapat jugak. selalu jumpa. kami pun selalu bawak umi abah pegi sana. diorg pun kadang2 datang rumah. Alhamdulillah, hubungan baik sampai ke akir hayat.

aku ambik cuti kecemasan terus Isnin lepas. bgn siap2, gerak anak2, terus blk ambik umi abah nak pegi rumah wa. sampai sana dlm pkul 9 pagi camtu. husband aku pegi dulu sblm dia  masuk opis. kut nnt tak dapat keluar tghr tu. aku uzur masa tu, tak dapat nak mengaji utk arwah. sedih la jugak masa tu.. arwah ni baik, suka gurau dgn anak2 buah, dgn cucu2. org panggil dia Awang janggut. sbb ada janggut panjang kut. yg buat semua sedih, anak bongsu dia now kat Mesir. tak dapat jumpa ayah dia. so, diorg buat video call masa tgh kapan jenazah. esak2 nangis sepupu aku tu.. anak2 yg lain, semua ada. yg Penang, sempat sampai pagi tu sblm urusan pengkebumian.

pukul 12, semua selesai Alhamdulillah.. semua urusan berjln lancar. moga arwah ditempatkan di kalangan para sahabat hendaknya.  


anak aku, Aniq dan anak sepupu aku, Anas. kemain berkepit 2 org ni. seronok betul dapat jumpa, sbb Anas kat KL. cuti sekolah blk kg sini. Aniq 8 thn, Anas 7 thn. tapi nmpk sama je kan hehe.. moga hubungan kami semua saudara mara baik2 saja hendaknya sampai ke anak cucu cicit..


Wednesday, March 16, 2022

Selamat bertugas cikgu!

 Assalamualaikum..

 

adik aku yg ke 3, anak yg ke 5 dah selamat melapor diri di negeri bawah bayu, Sabah nun sebagai pendidik 1 Mac lepas.

dia graduan dari UPSI, tamat pada 2020, berkonvo pada 2021 dgn kelas pertama, dan dapat panggilan bertugas pada 2022. Alhamdulillah, tak lama menunggu posting. yg resah menunggu bukan dia, tapi kakak dia ni haaa kahkahkah.. aku yg selalu duk tanya dia, bila nak keluar result posting blablabla hahaha.. risau kita wak, adik lama menganggur..

tapi takda la dia duk saja. habis je praktikal, dia balik sini. pastu cari kerja sambilan daripada duk saja kan? dia keja kat kedai kat Kangar tu. lepas 2 bulan keja dah di up jadi Supervisor. maybe sebab dia cekap buat keja, so tak lama dah naik pangkat. punya semangat kumpul duit nak beli kereta. gaji sedap juga masa tu campur o.t, dapat la 2k++. keja 6 bulan dapat keluar myvi. syabasssss. eh tak, booking je dlu, tunggu kereta 3 bulan hahaha. PKP yg tiada kesudahan, makanya lambatlah semua benda pun.

sebelum puasa thn lepas dia pegi keja dgn sepupu kami kat KL sana, jaga butik tudung. pastu sangkut sana takleh balik sbb PKP kembali haha. dan kereta pun keluar, makanya kakaknya nilah yg menguruskan semua. dari booking, ambik dan rasmikan hehe. lagipun aku jadi grentor, so kasik can laaaa.. kereta keluar bulan 4, bulan 8 baru dia balik ambik. bulan lepas dah balik hantar ke sini semula sbb nak ke Sabah tu. tapi hujung bulan ni, aku nak hantar ke sana dah. dia kat sana dah dapat rumah sewa, dah pegi sekolah baru dia, so kereta akan menyusul.

 so, sempena dia nak bermusafir ke Sabah tu, mak aku pun buat la makan2 sket dan kenduri doa selamat. siap buat ketupat sekali sbb nnt dia tak balik raya dah hahaha.. meriah la jugak menu dan suasananya sebab dah lama tak buat mkn2 kan.. 

 

 gambar rayalah kiranya ni hahaha.. jenuh ajak umi abah lari kejap ambik gambar. bizi depa duk layan tetamu, jiran2  & sedara mara yg datang.


 

4 beradik yg ada hari kejadian. lagi 2 nun di KL. lepas ni tinggal yg perempuan je duk sini bawah ketiak umi abah hahaha.. 


dalam pada meriah tu, sedih tu ada lah jugak. tak sangka nak tercampak jauh adik bujang aku nan seorang ni. masa dia duk isi segala maknek borang utk posting tu, aku bgtau mintak la dekat2 sini, mana tau ada rezeki dpt sini je kan? blh la tgkkan umi abah. abang sulung & adik lelaki bawah aku tu dah duk KL dua2 org. kut yg lelaki lagi sorang ni blh duk sini  je. tapi, rezeki kat tempat lain. takpelah... dia dgn aku rapat juga. semua benda nak buat mmg dia selalu cerita kat aku. maybe sbb dari dia kecik aku yg bnyk jaga dia. beza umur kami 14 thn. dulu kecik2 mmg aku la jaga dia pun, kakak sulung kann hehe.. aku lah yg hantar ambik dia kat asrama dulu. aku jugak yg hantar dia ke UPSI dulu dgn umi abah. kali ni, takdapat antar dia ke Sabah.

hari Sabtu, 26hb dia naik bas dari Kangar ke KL. then fly ke Sabah on 27hb. lapor diri 1 Mac. kalau tak silap, almost 13ribu kut ambilan cikgu2 baru ni.


tengah nunggu bas datang. kelabu pulak gambar org belakang hahaha... penuh kereta semua nak ikut hantar. Amni ngan apaknya je tak ikut, tak muat kereta..


nak naik bas dah. masa ni, alahai sedihnya rasaaaaa. huhu.. peluk2 semua pastu babaiiii 

 

selamat bermusafir di tempat org. selamat menabur jasa dan bakti di sana. moga baik2 saja dia kat sana. jaga cita2 mu, jaga adabmu, jaga budi pekerti sebagai guru. besar ganjaran seorang guru ni. moga Allah jaga awak disana..

anak2 umi. missing the other 2.. sedih pulak tengok gambar ni huhu...


Monday, May 10, 2021

Welcome myvi to our family

 Assalamualaikum..


 welkam to out family, encik myvi baruuu..

kereta ghayaa. hehe. eh ni bukan kreta aku, ni kreta adik yg no 5 tu. tuan badan takda, makanya rezeki kakaknya la ngehngehngeh. lagipun aku grentor dia, so kira acilah kannn..

adik aku ni tgh tunggu posting cikgu. ntah  bila nak dapatnya taktau lah. dia baru lagilah habis pun. konvo pun entah ada ke tak nnt. dia habis praktikal bulan puasa thn lepas. terkandas kat Melaka sbb PKP. seminggu nak raya baru lepas balik ke sini. pastu raya dia keja kat kedai dua ringgit tu. 7 - 8 bulan jugak kejanya. punya la pulun saving sbb nak beli kreta. tercapai jugak cita2nya. sbb dia keja kedai tu, kena ada grentor. kakak pun kesian, so sain jugaklah. hang tak bayaq hang siappp hehe.

now dia takda. pegi keja ngan sepupu kami kat KL nun. jaga booth raya kat Jln Tar sana. elok seminggu dia pegi, Perodua call ckp kreta dah sampai. 4 bulan nunggunya. dah dia takda, kreta pun sampai haha. so aku lah yg setelkan hal di sini. pegi beli number plate, pegi bayar baki deposit, pegi sain dokumen utk grentor, pegi tinted, pasang karpet segala. jadiknya dia bagi la izin kakak dia ni guna dulu. lagipun sapa ja yg nak drive pun kat sini hehe...

nombor 5910 tu dah jadi family number dah. tu koleksi yg ke 11 dah. start masa aku beli motor EX5 nuuun thn 2004 dulu. rasa mcm best pulak nombor tu, pastu semua ikut. aku punya ada 1 motor (now motor tu adik nom 3 pakai), 2 kreta. kreta pun 1 aku pakai, 1 lagi yg lama nak pass ke adik nom 4. abang aku punya 2 kreta, 1 van, 2 motor ( 1 motor dah jual). adik nom 4 ada 1 motor. adik nom 5, 1 motor and latest kreta wyvi ni.  lagi 1, motor abah aku, beli masa dia pencen. kalau kumpul semua park kat rumah, mau penuh laman hehe. Alhamdulillah rezeki dariNya.

Monday, October 07, 2019

Short Visit to Muzium Negara

Assalamualaikum..

lepas majlis konvokesyen hari tu, petangnya tak tau nak kemana utk killing times.
lepas majlis tu kami ke Tugu Negara utk photoshoot.
tu idea abg aku lah tu.
soon aku buat entry lain yg tu.
lepas sesi pose tu, kami g makan then balik apartment utk solat.
pastu rest sat, then siap2 keluar nak g jenjalan.
waktu tu dah pukul 5 dah. so cari tempat yg dekat2 jelah.
abang aku cadang pegi muzium.. hahahah
faktor usia aku kata.
sabaq jelah.
memandangkan pakat tak pernah pegi, so jomlah kita ziarah muzium.



sebelah parking.
kemain 2 org sepupu nih..



depan muzium.
acah2 model btoi budak 2 ketoi nih.
seronok dapat jumpa main sama2.



Aniq dah join.
3 org ni bergabung, hoihhhh huru hara dibuatnya hahah
biasalah anak2 kan?
kita layan je


entrance..
aku pun tak pernah jejak muzium, so oklah kan..
kami sampai dlm pukul 5 masa ni.
tutup pukul 6 petang, so oklah dapat masuk tgk2 kejap.
tak ramai org dah masa ni.
masa nak beli tiket, ada la sefamily datang.
pukul 5.30 ptg kaunter tiket dah tutup.




harga tiket murah nau2..
utk warga emas, RM1
dewasa RM2.
kanak2 bawah 12 tahun free.
datang dgn baju sekolah, free.
so, apa alasan korang tak nak pegi muzium negara?
hahaha



aras bawah.
si Amierul ajak Amni buat muka serius. hahaha
ada saja lah hang bangngah oi..

muzium ni tak besar mana pun. sejam tu cukup je nak tour semua.
tapi kalau nak belek satu2, nak baca semua notes yg ada, mmg tak sempat la.
ada 2 tingkat je.
aras bawah ni then atas.



paksa pak incik ambik gambar jap.
sebab dia laju nau jalan tengok mcm2.
hahaha
lagipun sini je mcm cerah sket. tempat lain lighting mcm suram je.
kemain Aniq tegak berdiri belakang tu ha.



utk anak2 mcm diorg, mcm tak berapa sesuai sebab apa pun depa tak paham.
seronok tengok jelah pastu lari sana sini.
kena pulak takda org sgt.
diorg tengok dan tanya apa, nak menerangkan dah 1 hal.
Amni ok la, ada part dia rajin jugak baca.


ipar 2 org ni menelaah mcm2.
kalau ada yg pelik sket, kemain beleknya.
suke ehhhh..



aras atas.
ada benda yg kita dah tau, ada benda yg kita lupa dah setengah apa sebab belajar masa skolah dulu.
sejarah ni perkara yg sentiasa kena refresh supaya tau asal usul.



ni ha yg beria sangat nak datang muzium..
hahaha.
dah pusing separuh dia cakap, betullah tak blh bawak budak2 datang muzium.
haaa tau pun.
diorg tgk tapi tak faham apa.
budak yg dah 10thn ke atas tu ok lah.
baya anak2 kami ni tau main ja hehe



dah nak keluar.
Amierul suruh ambik gambar kat sini.
ada masa, mood semua baik ok lah nak pose sana sini.
kalau dah moody jangan kata nak pose, ko panggil pun takda nak menyahut.

dalam 5.50 ptg camtu kami keluar.
takda org dah.
then budak2 nak makan aiskrim, so lepak kat parking kejap.
ada gazebo kat situ.

so, korang yg belum ke Muzium Negara blh lah masuk dalam list.
blh belajar sejarah, ambik tau apa yg kita tak tau.

balik dari sini kami naik MRT


Thursday, February 28, 2019

Balik kampung : Thailand

Assalamualaikum..

cuti raya cina lepas, berjaya jugak balik kg iaitu balik siam!
yay!
hehehe..
2 thn dah tak balik.
ada je kekangannya.. Alhamdulillah, kali ni berjaya
kali ni balik kami anak beranak skali dgn mak aku and Azrie, adik lelaki aku.
sementara dia tgh cuti semester.
kang dah masuk kampus balik haa susah dah nak pegi.
cuti cny selasa & rabu, so kami tambah sehari cuti iaitu hari isnin.
bertolak ke sana hari sabtu lepas laki balik keja pkul 1 tu.
tapi, pungpangpungpang, sudahnya pukul 5 baru lintas sempadan.
hahahah
mcm2 keja dia nak buat, sudahnya lambat lah.
nak basuh kreta pun masa tu jugaklah walau kreta takda la kotor mana pun.
dah tabiat laki aku...

pagi tu, lepas Amni balik mengaji quran, aku balik ambik mak and adik aku.
datang lepak rumah sementara nak tunggu laki aku balik.
patutnya blh gerak awal, tapi dia pegi check kreta dlu.
sebab a day before aku bgtau dia, bila drive rasa tak best.
mcm berat sebelah, so dia pegi check dlu seblm balik keja tu.
nak jalan jauh katanya, better check lah kan?
mak aku now dah mudah dah nak balik siam sebab dah ada passport.
bln 12 thn lepas dia balik dah dgn abah and adik2 perempuan aku.
1st balik guna passort la kiranya. ni kali ke 2 dgn aku pulak.
tapi prosedur tu tak sama mcm kita sbb dia guna passport antarabangsa Thai.

kali ni balik dgn kreta aku. Alhamdulillah sebab dipermudahkan.
niat beli kreta tahun lepas nak mudahkan mak bapak aku..
selalu kami balik siam naik public transport diorg.
mudah and murah cumanya ada la renyah sikit sebab turun naik kan..
but dah biasa, so far ok je.
now dah ada kreta yg selesa, so jomlah kita.
guna kreta actually costly sebab sana minyak mahal!
and duit kita pun rendah so mmg terasa la masa nak tuang minyak tu.
hahahaha
sebelum tu laki aku dah isi minyak full tank.
then kami bawak bekal minyak 1 tong dlm 28 liter mcm tu. harap tu xda apa la.
kang diorg tahan ingat nak seludup minyak pulak. hahaha
nak guna sendiri je pun.

kalau bawak kereta sendiri, korang kena apply insurans utk ke Thailand.
dokumen yg diperlukan is geran kereta sahaja.
and tuan empunya kereta lah.
kami ambik insurans yg premium yg mana blh cover kalau berlaku excident di sana.
tu semua laki aku uruskan, aku tak tau. hehehe
kami masuk melalui Padang Besar.
bila dah apply insurans, ada form yg korang kena isi utk submit ke imigresen diorg.
yg ada details all passenggers.
yg tu submit ke imigresen, masa nak cop border pass@passport.
then ada caj yg diorg kenakan ikut berapa jumlah penumpang.
tak mahal pun, sekepala dlm rm2 je kut. tak ingat.
borang tu ko blh minta agen insuran isikan siap2 pun takda hal.
tapi dia caj la. utk 1st timer, better lah korang minta agen buatkan.
senang tak payah nak pening kepala.
caj pun berapa rengget je.
then, lepas submitkan kepada imigresen, dah cop borderpass@passport semua, proceed ke kaunter utk declare kereta.
ada tanda di kaunter tu nanti. pegi situ, serahkan insuran and borang berkaitan.
dia akan assist korang nnt, no worries.
nnt pegawai diorg akan bagi 1 borang. yg tu korang kena simpan elok2 sebab nanti bila nak masuk balik ke Malaysia nnt borangtu kena kembalikan.
Thai bagi sebulan, so sepanjang masa tu takda hal. lepas sebulan kalau tak declare kenderaan korang keluar dari Thailand, kena denda. so, hati2 yeh..
pastu blh start kreta, jalannnnnnnnn.. heheh



kami lintas sempadan pukul 430 mcm tu.
masa ni tgh tunggu papa beli simcard Thai.
penting sebab nak guna internet la. hehehe
nak guna Google Maps nak tgk  jalan.
mana la nak tau jalan kan sebab dulu balik naik public transport.
now, diorg dah ada traveller simcard. so, mudah la.
internet unlimited utk sebulan, lepas tu simcard tu mati ah.
harga dlm THB150 = RM20.
kedai tu caj terus harga tu kalau bayar guna duit ringgit.
actually kalau convert betul2, maybe tak sampai but almost.
dah setel simcard, Bismillah, jom jalan.

lepas dlm 10km dari sempadan, Aniq muntah!!
pagi tu badan dia dah dedar. tetiba ja
aku dah paksa mkn ubat,dapat la sekali mkn walau susah la hai.
pastu nmpk dia ok dah.
tapi2 bila tiba2 muntah ni, hati mak ni tak senang dah.
brenti tepi, ada kedai makan tumpang toilet diorg jap.
Aniq semua kena tukar sebab habis kena muntah.
aku tukar seluar je.
kena jugak la kusyen kreta sikit. mujur mak aku sempat hulur towel kecik, sempat la tadah.
lepas tu dia tidor je. badan dah mula panas balik.
kami gerak terus takda singgah mana2 dah.
semua pun dah mkn, so takda hal.


lalu pekan Chana.
panggilan org sini is Chenok. hahaha
kawasan sini tempat org main burung.
lawan2 burung tu lah. sampai sini almost 30% perjalanan dah.
pekan Chana ni ramai Islam dah.
kami tak lalu Hatyai, ambik jalan shortcut tak  masuk semua pekan2 besar.
cepat sampai sket.
sepanjang perjalanan tu, adik mak aku yg bongsu asyik call tanya kat mana. lepas tu sepupu aku pun.
call selalu sebab ni 1st time kami pegi sana drive sendiri. 
call guna FB je senang, clear je pun.
diorg takda wasap, so guna FB jelah.
nak video call pun blh je.
dah mlm, pak sedara aku risau gak la. sana kan bnyk sekatan jalan raya yg dijaga oleh tentera.
so, dia send location, tunggu kat situ.
pukul 8 mlm camtu sampai kat situ, mcm RnR la.
meriah wei.. kami brenti pegi tandas, pegi 7E.
Aniq dah jaga lama dah, Amni pun mentido so kena gerak.
kat situ dah 70% perjalanan. so dari situ, kami follow je kereta pak sedara aku tu.
jalan situ tak bnyk lampu jalan and bnyk sekatan, tu yg dia datang tunggu.
risau jugak la if kena tahan ke apa sebab kreta dari Msia. Alhamdulillah semua ok.
dlm sejam setengah dari situ, sampailah umah mek aku.
pukul 930 mlm mcm tu selamat sampai. dari situ, hujan sepanjang jalan.
sampai sana, semua dah lapar. Aniq meragam, tak sihat kan.
dan muntah lagi sekali, badan pun panas.
ajak mkn ubat, tak mau. sedih betul tgk muka dia sebab nmpk tak larat.



aku pun tidor tak lena sangat mlm tu.
duk jelom badan dia, tgkkan dia.
Aniq ni kalau demam mmg aku susah hati sebab dia akan melepek je.
tak aktif langsung, susah hati weii.
biasakan aktif ya ampun.

esok pagi pun sama.
mkn pun sikit je, pastu muntah.
masa ni kalau dia nak bapak coklat pun aku kasik je asal dia makan. huhu
dah beralih hari, dia asyik berak pulak.
tak muntah dah, tapi berak cirit. ajak makan ubat langsung taknak.
duk berkepit je dgn aku ni ha mana pun tak nak pegi, pastu asyik tidor.

tok2 sedara semua nak main nak sembang, takda nya dia heran.



meriah makanan wei.
ni yg seronoknya balik sini, makanan happening woh.
keluar pegi pasar nak beli barang basah.
bawak Aniq nak bg dia jalan2, tapi takdanya.
semua tak heran, merengek je pun. huhu.
tak kesudahan, aku pegi farmasi kat sana.
tanya ada ke tak ubat demam yg masuk bontot tu.
tu jelah ubat Aniq kalau panas tak nak turun ni.
luckily ada! lega. huhu
dah sumbat masuk petang tu, mlm tu segar dah.
blh main, sembang and mkn.
Alhamdulillah!!

rugi la dik awak tak sihat.
ramai ni kat rumah tok mek.
makngah aku anak beranak pun balik.
diorg dari Pahang, masuk ikut Kelantan.
ikut sempadan Rantau Panjang. kami sampai sabtu, diorg sampai ahad next day.
so meriah la rumah tok mek. anak2 makngah aku 4 org ikut skali, sorang je tak datang sebab baby kecik lagi.
diorg lama dah tak balik sana. kami pun lama tak jumpa. duk di Pahang nun..
tokmek pun muka happy je sebab anak cucu ramai.
sepupu2 aku tu bujang2 lagi, bising dgn diorg lah.
Aniq ngan Amni je budak yg ada kat situ, seronok la diorg melayan.



hari ke 3.
dah tak demam, dah cergas dah. mujurlah. tapi esok nak balik dah. hehe.
makan pun dah lalu balik cuma susu dia tak nak sangat, takut muntah.
masa ni semua org pegi mandi air terjun.
kami 3 beranak mereput dirumah. aku tak berani nak ikut bawak diorg.
kang mlm demam balik ke apa. Amni ok cuma duk batuk2.
so kita jalan2 depan rumah sajalah ye.

rumah meriah, asyik la masak dan makan, tapi takda gambar sangat.

sebab aku busy tgk budak ni lah.
pastu asyik duk lepak sembang, tak tgk phone sangat. so tak da lah gambarnya. huhu.



menu break1st last day.
aku request makcik buatkan sebab dah lama tak makan.
pulut pagi namanya. aku suka!
pulut tu kukus dulu pastu gaul dgn air gula gerek@gula melaka.
pastu kukus lagi. so pulut tu manis la
nak makan gaul dgn kelapa muda yg diparut yg dah digaul dgn garam. makan panas2 layan wei..

kami balik hari selasa. cuti sampai rabu kan? dapat la rehat sehari nnt.
makngah anak beranak balik mlm Jumaat.
anak2 dia ambik cuti seminggu terus, puas hati.



1 pic before balik utk kenangan.
tok mek, tok umi, mama and Amni.
4 generasi. sama tak muka kami? heheh
Alhamdulillah tokmek masih sihat lagi. lepas la utk dia sendiri.
dia takda penyakit apa, and sangat jaga makan.
now almost 70 mcm tu.
mak aku anak sulung dari 1st marriage dia. adik2 selepas tu dari 2nd husband.
tapi dah dari kecik, jadinya semua close sebab tinggal sekali.

** Aniq duk sembunyi belakang aku tu. dia mana blh biar mama and kakak je ambik gambar walau dah bgtau girls only. sudahnya sembunyi belakang mama. pendengki btoi.


Amni with tokmek.
nak sama tinggi dah hehe
actually tokmek takda la rendah mana, tapi sebab now dia makin membongkok tu nmpk dia rendah.
sayu je muka bila kami nak balik.
dun worry mek, nanti kita jumpa lagi.
Insyallah kalau Allah permudahkan, nnt kami balik lagi.
papa kata no worries sebab dekat je pun. hahaha
bila ikut jln shortcut, dlm 3jam setengah dah blh sampai.
kalau naik public transport, 5 jam jugak la peginya.


ni dah sampai Padang Besar.
singgah opis papa kejap sebab nak masuk toilet.
tgk la Aniq. tu tanda dah sihat la tu, cergas kemain.
takda singgah mana2 pun on the way balik.
keluar pun dah tghr, perut semua dah kenyang, so jalan terus.
singgah 7E je beli kopi Arabus and isi minyak.



cuti hari Rabu, nilah dia
unpack is serius bisnes woooo
walau cuma 4 hari 3 mlm, tapi bab kain baju ni, aduduuuu..

now, tgh plan nak balik bulan mac pulak.
Insyallah kalau takda aral kami join skali.
paksu (adik abah) nak pegi sebab dah lama sgt tak pegi.
nak ziarah tokmek nak bwk anak2 dia.
kenal2 dgn sedara.
actually, tokmek aku tu also mak sedara abah aku dan adik2 beliau.
kiranya abah ngan umi aku ni kawen sepupu.
suami tok mek, arwah tok kiyai abang kepada mak abah aku.

ha gittewww..
so, tali persaudaraan tu tak putus.
org dulu2 kan jenis kawen sedara sebab taknak putus sedara.
harap tu kami nnt tak putus la sedara.
kita yg muda2 ni jgn lupa tok sedara semua ni..
takda diorg, kita pun takda.

Tuesday, November 21, 2017

Riadah petang

Assalamualaikum..

laaaaamanya tak bersiaran. bapak malas nak menaip. huhu..
blogwalking je, taip blog sendiri, malas.
apa nak jadi kau kakyah oi..

hari ni share sket, aktiviti petang kami anak beranak.
aktiviti ni takleh selalu..
kadang2 je..
bukan apa, kang dah mula, haaaa tau la akai budak 2 ketoi tu..

budak 2 ketoi ni mmg pakat baik punya.
pakej elok dah Tuhan bagi anak2 aku ni.
Alhamdulillah syukur.
dua2 ni mulut, ya ampunnnnnnnnnnnnnnnnn...
yg kakak tau dah cakap bnyk.
yg adik tu pun, tak padan ngan kecik.
mulut lajuuuuuuuuuu nau..
umor baru 3 thn, tapi dia punya potpet, haishhhh, kalah kakak dia okeh.
aku ni kadang tergelak sensorang bila ingat mulut dia tu.
ahaha.
nnt aku buat entry pasal dia pulak.
sian anak bujang mama, tak bnyk cerita dlm blog ni.
dulu asyik cerita pasal Amni ja. hehehe

ok, back to the topic.



weekend bila entah..
2 bulan lepas barangkali.
dah janji nak pegi taman. selagi tak pegi, selagi tulah duk berzikir 2 ketoi tu.
moralnya jgn berjanji.
hari nak pegi, siap2 pegi ja.
kalau bgtau awal, tak jadi pegi, ha kau tengok dia punya mengungkit.. 7 keturunan tak habis.
nak2 si kakak. adik tu mengikut ja.. muncung2 mulut dua2 tu.

sesekali bawak pegi playground.
apak kena pegi sama.
sebab nak melayan diorg. mak duk tepi amik gambar je. hahahah
kadang2, apak pun main sama naik dgn anak.
sabau jelah..

sejam jugak kat sini.
peluh sakan dua2. lari, memanjat rata..
bila nak ajak balik tu, haishhhh..
bercinta okeh!
pernah sekali, aku sauk je si adik tu, kendong bawak masuk kreta.
meraung2 tak nak balik. hahahaha.
kakak ok lagi leh bagi kerjasama.. adik kadang2 sukar sket.
kadang2 dia ok, kadang2 tak.
mostly ok la, walau bnyk nau tanya kenapa nak balik dah.
selagi tak puas main kan?
masalahnya tak puas2...
mak kena buat playground camni kat rumah ke camna ni.

tak bawak datang pun tak best jugak kan..
kena dedahkan juga anak2 dengan persekitaran mcm ni.
kurung main dlm rumah je kesian ke diorg.
main kat mall pun blh jugak.
tapi aku lagi suka main kat taman mcm ni.
dapat la tgk persekitaran sket..
mall tu tgk dinding je..



ni kat Kuala Perlis.
pegi ni sekali dgn maktok and wan (mertua aku).
sesekali husband bawak diorg keluar jln2.
pegi sini lepak2 makan laksa and ais kacang.
wan tu ok lagi blh jalan sendiri dgn tongkat.
maktok tak blh jalan sendiri, kena pimpin.
plus tak nampak sgt sbb mata dia makin rabun kesan diabetes.
tapi klau biar diorg terperuk ja kt rumah kesian jugak kan?
so, sesekali tu bawak la keluar tgk dunia.
Alhamdulillah, anak jantan dia (suami aku) rajin jugak melayannya.
pimpin la sorang2 turun kereta jln ke kedai makan.
aku lak, kesah ke anak2 la..
kena balancekan..

dah mkn ais kacang, budak2 nak main bubble.
so layankan kejap.
dah pkul 6.40 camtu ajak balik.
dahhhhhhhhhh sekor2 buat perangai tak nak balik.
biasa tu biasaaaa.
mak guna kuasa veto la kan..
ko jgn bg mak kau tunjuk sgt depan mentua niiii. hahahah

sesekali bila weekend, bawak la budak 2 ketoi ni keluar.
tak selalu.
sebab kami bukan jenis kaki jln sgt.
budak2 ni main kat rumah pun ok ja.
happy main, kecah mainan bagai.
tapi tak da la sampai tak bawak keluar langsung kan..
cara masing2..
kalau weekend, kelaziman kami ialah balik umah mak pak aku.
itu lagi penting dari g jenjln..

Wednesday, August 02, 2017

2 Syawal : beraya ke rumah cikgu

part 2 of 2 syawal.
malas nak sekalikan, nnt panjang nau entry.
hehe...

lepas reunion kecil2an kami tuh, gerak g umah adik aku.
abang aku g makan nasik sana.
so zass aku naik ke Kangar balik.

dah makan, solat sesiap, gerak ke Arau pulak.
nak pegi rumah bekas cikgu aku dulu.
bekas cikgu abang aku jugak.
and also kawan baik abah dulu.

keluar dr rumah adik aku, lalu tepi bukit.
ada view cantik.
haaa jomm.


semua ada ni walau nmpk belakang saja.
hahaha.
tok umi and adik lelaki aku tak ikut.
tok umi malas nak ikut, nak kemas rumah sebab esoknya 3 syawal nak buat open houze.
atas motor tu adik ipar aku, husband fizah.
view cantik sgt ni.
bukit and sawah padi menghijau.
tok abah pun layan jelah anak menantu punya perangai.



tok abah princess..
gitewwww.
hahahaha...


cubaan makngah ambik gambaq dgn anak2 menakan and anak2 sendiri.
failed!
sabaq jalah aku budak2 ni.


same to tok abah.
failed also..
haahaha
cucu 4 ketoi ni mmg maciam maciam.
memasing ada peel, sabaq jalah tok abah ligan.
sudahnya, tak yah laaa.
cemuih.
hahaha



4 ketoi cucu tok abah n tok umi.
yg paling huru hara 2 ketoi boys tu la.
aniq and amierul.
adehhhh..
amni pun sama naik gak kadang2
yelah, baya2 ni memang aktif kan?
apa pun syukur lah diorg aktif dr duk diam, lagi susah hati.
kaklong amierah dah besar, ok dah.
dah bule harap. hehe
tp ikut mood jugak budak ni.
klau mood tak ok, hmm, krik krik jugak la..

dah bergambar sampai lebam, kami gerak p umah cikgu hashim.
dah lama nak azam nak bawak abah p sana sebab dah lama depa tak jumpa
dulu diorg keja skali.
lama la keja skali tu and berkawan baik.
cikgu hashim dulu ajar sejarah and bahasa melayu kalau tak silap.
and dia also cikgu disiplin kat skolah.
cengei weii..
tapi hakikatnya dia baik ja ngan aku, and tak takut sgt pun ngan dia.
hahaha.
kita tak salah nak takut apa ye dok.
lg pun dlu aku pengawas skolah dan dia pun cikgu pengawas jugak.
so, ok jelah.
dulu2 dia dgn abah punya hobi sama.
pegi menembak burung, heheh..
dia slalu kata, dulu2 pakwi bawak hang mai kecik ja lagi, la ni besaq dah..
hahah.. besaq sangat dah ni cikgu oiiii..



cikgu hashim yg berbaju putih tu.
nmpk uzur sket, tapi masih blh berjalan lagi lah.
dia ada sakit jantung and sakit2 lain.
tak ingat pulak aku.
anak2 semua duk jauh, tapi selalu balik jenguk dia suami isteri.
bergenang air mata dia tgk abah aku datang, siap peluk2 lagi.
memula mcm senyap ja tak sembang sgt.
dah lama sket, haaa kau keluar smua crita depa 2.
sembang mcm tak nak balik dah.
bila abg aku hint nak balik, cikgu kata nantilah dulu..
dah lama tak jumpa takkan dah nak balik.
adoiyai.
hahaha..
kawan lama yg dah lama tak jumpa kan, memacam nak cerita.
siap pesan nnt datang lagi.
insyallah kalau panjang umur kita jumpa lagi.
tak jauh pun rumah dia, tapi kesempatan tu tak  berapa ada.

abang pun sempat dengan dia.
siap pernah kena rotan bontot lagi dulu.hahahaha
jahat sangat kut niii...

ada kesempatan nnt kita datang ziarah lagi.
nnt kena datang hantar abah aku kat sini je kut.
biar je depa sembang sampai puas kan.. hehe..

pkul 6 jugak gerak balik dr sana.
nak singgah rumah cikgu lain dah tak sempat, petang sgt dah.
jomlah kembali ke pangkal jalan.



Wednesday, September 21, 2016

Melawat Istana Negara Lama

ni cerita masa pegi KL baru2 ni.
nak hantar adik aku, Azrie ke UPSI
sampai KL Sentral pkul 1.
abang aku jemput kat sana.
abang aku, Ciklan datang 3 beranak, dgn kak ija and amierul.
adik aku, Azwan pun ikut skali.
hari ahad dia tak keja, tapi wife dia keja so takleh ikut.

pas dia jemput kami, pegi lunch dulu.
pas lunch, to killing the time, pusing2 KL.
lalu kat Istana Negara Lama, dia ajak singgah.
sejak buka utk lawatan, dia pun tak pernah pegi.
so, jom kita tgk sejarah sket..

Istana lama ni dulunya kata nak dirobohkan, and ada projek mega kat situ.
tapi tak jadi sbb dah diwartakan sebagai warisan negara.
then dibuka utk org ramai sejak 3 tahun lepas kut..
sory kalau silap.



harga tikat kat pintu masuk.
kena bg ic yeh kat kaunter tiket tu.
mmg prosedur begitu.
diorg ambil nama setiap pelawat.
dah kata masuk istana ye dok?

dari pintuu pagar ke istana, jauhhhhhhhhhh nak menapak.
kena mendaki sket. tak la jauh sgt tapi jauh jugak la.
hahah.
ada buggy,, caj sorang singgit.
so naiklah buggy, senang keja kau..

masuk istana, maaf takleh ambik gambar.
cctv merata ada, jgn coba2 yaaa.
tapi ada ja yg snap curi2.
kak ipar aku guna phone kejap, tapi bukan ambik gambar.
tiba2 guard datang tegor. hehe..
lama jugak kami kat sana.
masuk semua tempat yg blh masuk.
ada bilik tayangan, so blh masuk and tgk video yg ditayangkan.
best situ sbb aircond sejukkkkkkkkk and karpet tebal tenggelam kaki. hahaha
ada jugak yg  takleh masuk, kawasan larangan.
mungkin menjaga keaslian. lagipun org kita ni tau jelah, kang masuk disentuh2 dibelek2nya takut rosak ke apa.
bilik2 yg ada pun blh tengok dari pintu je, takleh masuk.
like bilik bacaan, bilik tidor, bilik makan, bilik mesyuarat tu smua.
paling best bilik tidor utama la.
besar kauuuuuuuuuuuuuuuuuu..
ada kut besar rumah aku. baru bilik tido.
hahaha..
bilk mandi plak tak share agong dgn permaisuri.
sorang satu, siap ada tab mandi.
pun besarrrrrrrrrrrrrrr and lawa.
tapi design2 semua jenis lama la.
walau lama, tgk pun tau dah nampak mahal.
seronok jugak la tgk walau dah kosong.
istana baru sure lagi gempak ye dok?

keluar dr situ, pak cik buggy tu bawak ke balairong seri.
haaaaaaaaaaaaaa, ni yg aku nak tgk sgt.
duk tercari2 masa mula masuk lagi, rupanya dia bangunan lain.

sini boleh ambaik gambar sampai lebam.
oh ya,,, kena buka kasut ye masuk istana..



ni je gambar yg aku ambik kat dlm tu.
ada pameran apa entah, tak tgk sangat.
tak duduk lama sebab panas berkuap.
takda aircond.. huhu..
masa kat istana tadi, sejukkkkkkkkkkkk ja.
sini berkuap..



tak blh naik atas, sampai sini ja blh tgk.
jadiklah kann?

pusing2 sini, sejam lebih jugak la kat istana.
bukan senang nak datang ye dok?



selpie seketoi sementara tunggu buggy.
org tak ramai sgt hari tu.
tak sesak pun kat dlm istana.

dah turun, lepak kat depan kejap sambil ambik gambar.



tok abah dengan cucu2 beliau.
budak 2 org ni mainnnnnnnnnnnnnnnnnn jelah kejanya.
kejap baik kejap gaduh.
pening nak layan.



susun ikut ketembunan.
hahaha..
yg tgh2 tu abang aku, dia yg sulung.
kiri, Azwan, adik selepas aku.
kanan, bakal cikgu kita, dia no. 5
Azwan tu dulu paling kurus.
melidi ja, pastu yg paling tinggi.
pas kawen bule tahan tembunnya..
abg aku dulu takla kurus sgt, now perut kemain bulat.
Azrie dari dulu berisi sama mcm aku..
hehehe..

tok abah dgn anak2 lelaki beliau.
wali2 aku semua ni.
now, abah yg paling kurus.
2 menantu lelaki pun tembun jugak.
hahaha


umi abah dan anak2 lelaki..
ikut muka siapa depa ni?
err, umi paling rendah.. heheh..



ahli rombongan.
ok, aku tinggi sket dr umi.. and also besar dr umi. muahaha..
gambar ni Amni yg ambik tau.
seb baik tak gegar.


keluar dr sini kami pegi Semenyih.
umi ajak pegi rumah paksu, adik bongsu abah.
dia kalau blk Perlis selalu singgah rumah, alang2 dah ada sini, umi ajak pegi sana.
aku pun tak pernah sampai rumah dia.
janji dgn dia nak pegi ptg, so sementara tu yg kami jln2 dlu.
sebelum singgah sini kami singgah muzium tgk kereta kebal duk park situ.
sementara tunggu perbarisan hari merdeka.

kalau tanya aku, perlu ke tak pergi istana lama ni, ermmm, bolehla kalau nak tgk and kalau takda pegi mana2.
takda apa sgt dlm tu, just bilik2 ja.
ada perabot jelah.
perabot pun stail lama.
pastu ada gambar2 agong2 dulu and peristiwa2 sepanjang pemerintahan diorg.
yg minat sejarah, patut pergi la.
yg tak minat pun blh je pergi utk tahu sejarah.
lagipun murah ja bayaran masuk..


Thursday, September 15, 2016

Cerita Aidiladha 2016

gigih ni buat entry ni tgh2 mlm..
tunggu semua org tido, kalau tak, memang tak  menjadi kerja aku..
dah la sejuk gedi, duduk dlm bilik, betul bawah aircond.
sebab nak charge laptop skali.
so, bertabahlah sementara nak habis ni..

cerita raya aidilfitri 2016 pun tak keluaq lagi, dah tiba2 entry aidiladha kan?
baruuuuuuuuuuuu ja seminggu 2 lepas aku transfer gambar yg berlambak dr hp ke laptop.
so, nnt akan ada la bnyk entry throwback..
redho jelah ye..

2-3 hari sebelum raya haji thn ni, awal2 dah bgtau incik suami nak blk raya umah mak bapak aku.
sebab nak smayang raya.
dah lama kut tak pegi smayang raya sejak ada anak ni.
yelah, sapa nak jagakan anak kita kan?
kadang2 papa keja, so mmg tak la aku nak pegi masjid.
klau dia tak keja pun, dia jelah yg pegi.
thn ni nak pegi jugak2..
seb baik papa izinkan sebab dia tak tau cuti ke tak.

sabtu sebelum raya, kemas umah siap2 walau tak raya kat rumah sendiri.
ahad, aku puasa sunat arafah.
tahun ni dr awal dah berazam nak puasa, takmo terlepas mcm tahun2 sebelum ni.
petang, masuk je asar, laju2 solat sebab nak ke UUM ambik sepupu aku.
cuti raya cuma 2 hari, so dia tak balik Pahang and nak datang beraya umah mak aku.
no hal la, tak jauh pun UUM tu dari kangar.
dalam 45km je.
balik rumah mak aku dlu utk drop Aniq, then terus pegi UUM.
sepupu aku bawak 2 org kawan dia yg tak blk raya jugak.
ramai je yg tak blk raya sebab cuti pendek kan?
Kedah Perlis ni untung sebab cuti raya haji 2 hari.
dgn negeri Kelantan Terengganu kalau tak silap.
lain2 cuti sehari je..
dah ambik diorg, laju2 blk rumah sbb nak berbuka puasa.
mak aku pun puasa jugak.
menu utama buka puasa hari tu ialah daging!
belum raya lagi dah mkn daging dah sebab abah jual daging pagi tu.
ada daging rebus, perut,lemak cicah air asam bagai mak aku buat.
tapi aku tak minat sgt plus tak nak mkn sangat sebab keadaan gigi aku yg sedikit spoil.
kang lekat daging celah gg, pastu sakit rahang.
hahaha..
mak aku buat ketupat palas + gulai daging skali.
mula2 buka puasa aku belasah ketupat dulu.
lepas buka puasa, mlm tu duk lepak relax2 ja.
call husband, dia bgtau dia cuti 1st day raya.
tapi tak dpt blk umah mak aku sebab besok nak bawak ayah g smayang raya.
takpelah.. esok pas solat lah dia dtg.
tahun ni relax sket sbb pak mentua tak buat korban kat sini, dia buat kat kemboja.
saja try katanya.
selalu dia buat korban kat sini, then bizi sket la nak uruskan daging smua.
abah aku pun sama, tiap2 thn buat.
lagipun dia mmg organized lembu korban.
tp sebab dah biasa, so takda la huru hara sgt nak managed.

pagi raya, siap awal sbb raya haji solat sunat awal kan?
sebelum pkul 8 kami dah ada kat masjid.
budak2 tak bangun lagi, tinggalkan ke adik aku and sepupu.
diorg tak g solat (uzur), sebab tu aku bule pegi. hehehe.
sebelum pkul 10 dah setel solat sunat.
tok imam lupa takbir 7 kali masa rakaat pertama.
but sokay, dia imam, kita makmum, ikut je.
nama pun solat sunat.
dia pun dah ingatkan sebelum mula solat, kalau imam lupa ikut saja tak perlu keluar saf.
rakaat ke 2, dia takbir, then semua ikut.

blk smayang raya, siapkan budak2.
menggedik seronok Amni sbb pakai baju raya.
raya ni kalau ikut takda beli apa pun.
selai baju tak beli, pakai ja mana ada.
kain yg beli utk raya puasa ada yg tailor tak sempat jahit, so hantar balik ke dia buatkan baju raya haji.
mujur la, ada gak baju baru. hehehe..
utk Aniq, mmg tak beli apa. lagipun baju raya puasa lepas pakai sekali 2 ja, ulang jelah.
takda org nak tanya pun.
takda baju baru bukannya tak boleh raya kan?
ada lagi keperluan lain yg perlu didahulukan..
duit semua tu.. heheh..

1st pegi rumah jiran sebelah rumah mak aku.
ada nasi lemak, so bedal lah. hehe.
pastu balik siap2 nak bawak budak2 pegi tempat sembelihan.
mak dgn adik aku tinggal kat rumah prepared utk kenduri ptg nnt.
takda buat apa sgt sbb daging tak sampai lagi.
aku bawak anak2, sepupu dan kawan2 dia.
tak jauh pun tempat tu, dlm 6km dr rumah je.
tapi dah masuk Perlis, rumah mak aku  kat Kedah.
ikutkan kg sebelah2 je..
sampai sana, aku lajak ke rumah jiran lama masa kami tinggal sana.
nak jenguk org tua.
dulu aku lahir kat Perlis and tinggal kat kg tu.
masa umur 13thn baru pindah ke Kedah, ke rumah mak pak aku sekarang.
rumah makcik tu dgn rumah lama kami kat situ, sejengkal je pun, dlm 100m je.
dah lama tak tgk dia, dah tua makcik tu.
tapi masih sihat lagi.
saja bawak anak2 aku sebab dia tak pernah tgk Aniq.
tak lama kat situ budak2 dah gelisah.
kenyang mkn ajak balik dah Aniq tu.
sabaq jalah. Amni pulak duk tanya mana lembu..
hehe.
so, jom pegi tgk lembu..


keterujaan dua beradik tgk lembu kena korban..
Amni dah biasa tgk tahun lepas, Aniq ni 1st time..
terkedu dia tgk apa kebendalah tuuu..
tapi dia tau tu lembu..
cuma dia hairan lembu tu kena apa..


baju putih tu abah aku.
kau ada pegi sembelih lembu pakai seluar john master?
hahahah.. adoila abah..

tempat sembelih tu, kawan abah aku punya.
diorg bela lembu, kambing utk kenduri or korban.
tempat ni dgn rumah lama kami tu tak jauh jugak. dlm 200m je pun.
dlu mmg sini la tempat aku mampus.. hahaha..
kecik2 duk main aci ligan bagai sini, now semua dah besar dah beranak pinak dah.
dah bnyk tahun dah aku abah aku join depa buat korban sama2.
1st day raya 2 ekor ja tumbang, 2nd day abah kata 9 ekor.
pengsan!!..
buat kat sini puas hati.
bayar mahal pun berbaloi sebab lembu besar nau.
lembu 1st ni, sorang dapat 18kg daging..
lembu2 diorg ni mmg besar, tak pernah lagi kurang dr 10 kg setompok..



proses agihan daging.
abah aku siap beli besen 7 biji, senang nak letak daging.
pastu tuan empunya ambik la mana suka.
yg pasti sama bnyk, sama rata.
hati ke, paru ke,lidah ke, limpa ke apa, smua belah tujuh. then semua org dapat sama.
takda lebih takda kurang.
yg baju kurung belakang tu, adik abah aku.
dia pun ambik sebahagian, so datang tolong potong daging skali utk cepatkan proses.
sebelah tu anak tuan kandang ni..
kawan aku jugaklah..
by 2.30 tghr, setel bahagi 2 ekor lembu.




2 budak ni tak duk diam kat sana.
nak2 adik kembong la.
menjerit2 panggil tok abah dia.
tak ramai sgt org hr tu sebab 2 ekor je lembu.
so, tak sesak sgt. kalau tak penuhhhhh..



anak teruna mak..
lawak gambar ni sbb nmpk gg depan mcm tu.
slalu dia sengih mcm lain.
tapi awak tetap comey adik...


kat kandang lembu pun jadilah nak kita pose.
asal ada gambar raya kan?
hahahah..
sory dik, mama ngan kakak pakai baju baruu.. hehe..


sementara tunggu daging siap, kita selfie yeh anak2..
masing2 dah kenyang mkn macam2 dah ni, so mood smua ok je.



eh ada lagi..
hahaha...
kakak bising dah masa ni sbb panas.
mengada padahal takda la panas sgt pun, cuaca redup ja hari tu.
bukan senang nak ambik gambar elok2 sejak ada anak kan?
apak takda sbb dia belum sampai..
kalau ada pun, bukan dia nak layan sgt bergambar ni.

sementara tunggu daging siap ni aku sempat g umah kawan lama aku dlu.
2 rumah sempat terjah sbb tak jauh sgt.
tapi pegi tak lama la.
borak2, mkn pun laju2.
lepak lama kang daging siap lambat pulak kami balik kan?
mau kena pelangkung ngan mak aku.
yg tu nnt aku share sbb dah panjang nau entry ni.

bl adik aku call bgtau daging dah siap, jomlah kita kembali ke pangkal jln.
balik rumah tgk mak aku dah bahagi2 kan daging.
jiran2 pun dah datang nak tolong2 apa yg patut.
nasi dah siap tanak, nak masak lauk jelah.
buat daging goreng kunyit, air asam then perut rebus cicah tu.
menu wajib kat sini bila raya haji.
pastu bihun sup.

sebelum buat keja, aku solat zohor siap2.
pastu tidor kan Aniq dulu.
ikut dia mmg nak main ja, tapi kena paksa gak kang mengamok kalau tak tidor siang.
pastu sinsing lengan baju, jom masuk dapur.



bihun sup mak aku.
heheh.
ni ja gambar yg sempat.
slalu mak aku buat sambal merah mkn ngan bihun sup ni, kali ni aku tambah sambal kicap pulak.
habis kauuuu.. heheh
sampai ke mlm org datang, and lauk habis!
Alhamdulillah..
mmg tu niat nak jamu org kan?



lepas asar org masjid datang.
dlm 12 org camtu.
takbir and doa sket kat dlm rumah.
doa, moga2 berkat apa yg kita buat, korban ni diterima Allah..

selesai kisah raya korban thn ni.
Alhamdulillah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...