Showing posts with label tudung. Show all posts
Showing posts with label tudung. Show all posts

Monday, July 31, 2017

Kisah Tudung..

rasanya dulu dah pernah buat entry pasal tudung nih..
cara aku simpan tudung.
tapi dlu banyak tudung awning tu.
now nak share pasal tudung bawal and shawl pulak.
ni gambar lama, and dah lama jugak save as draft kat sini.
so, jomlah share2... hehe..

jap, ni link pasal tudung2 tu semua.
http://genuine-1224.blogspot.my/2012/11/bule-buka-butik-tudung-dah.html
http://genuine-1224.blogspot.my/2015/01/tudung.html
http://genuine-1224.blogspot.my/2016/05/tudung.html

entry last tu, yg tahun lepas.
gambar lebih kurang sama dgn gambar yg aku attach ni..
tapiiiii, dalam gambar ni, bakul dah beranak pinak yehhh..
hahahaha
biasa tu biasaaaa.



ni masa baru lepas lipat, kemasssssssssss ja.
susun pun elok ikut kaler bagai kan?
tunggu lepas seminggu..
hmmmm...

taktau nak cari cara mana lagi yg praktikal utk simpan tudung2 ni semua.
gini pun kemas elok dah.
cumanya leceh gak masa nak susun2 tu.
yelah tudung2 ni kan licin nak2 shawl chiffon tu.
bila dah menyusut sket isi kandungan tu, kang melepet jatuh.
aku pulak jenis basuh tudung kadang 2 minggu sekali.
tak rajin nak basuh tiap2 minggu sebab tak pakai bnyk helai pun.
kumpul dlu, basuh byk2 sekali gus.
sebab tudung2 ni semua handwash, so dah penuh sebakul ha ok sket nak urus.
sikit2 tu malas aihh..
lainlah kalau semua masuk mesin basuh, takpelah.
aku mcm sayang kut nak masuk semua dlm mesin basuh.
utk keringkan je aku masuk mesin.
alah, tudung ni bukan kena basuh beriya pun ye dok.
rendam air sabun, pastu gosok2 guna tangan sket2 je, pastu bilas.
kalau tudung awning tu leceh sket membasuhnya.
nak keringakan xleh pakai mesin basuh, kang habis rosak
now sedang kumpul tudung soft awning pulak.
mcm best je pakai. heheh.
tapi kena tengok jugak, kena pandai carik yg sesuai dgn muka.
tak kena gaya, awning kemek, huduh jadinya.
mostly tudung awning aku dr fabulous colour.
design best, kaler cun, kualiti elok.
senang tudung awning, sarung express ni.
nak cepat kan? hihi
tapi kadang2 tudung ni buat muka kita nampak tua.
trend skang ni shawl la kan?
bukan tak suka shawl, suka lawa2 la hai.
tapi kena cari cara pakai yg sesuai dengan muka.
aku dah la muka bulat, kang nmpk lebar oiii.
dulu aku pakai ngan anak tudung yg ada awning, baru ok sket.
now ada style dah yg sesuai dgn muka aku without anak tudung. hehe
tapi tu lah, leceh nak pakai shawl ni.
pin sana pin sini.
sudahnya yg mudah tudung sarung tu or bawal.
bawal ni tak luput dek zaman... gituuu.

aku bab tudung, tak kisah ada brand or tak.
yg brand tu mahei oih..
beli yg biasa2 sudah.
asal elok, tutup aurat ok je..
mampu, beli yg mahal.. tak mampu, diam2 sudah.
jgn duk kecam org beli tudung mahal.. haha

Wednesday, May 04, 2016

Tudung

Perempuan dan tudung tak dapat dipisahkan.
tapi kalau yg tak bertudung. berpisah la jugak ye dok?
ehek ehek ehek..
ok tak kelakar..

meh up gambar dulu..



keadaan mcm ni jadi kadang2 je yek.
tersusun elok  mcm ni la maksud aku.
maybe sebulan sekali masa basuh segala tudung.
aku tak rajin sgt nak basuh tudung tiap2 minggu sebab leceh.

himpun jelah basuh banyak2 sekaligus.

hahahha..
takat sekali pakai tu ok lagi kut, takda la masam sangat bau dia.
basuh handwash yek smua ni, tak masuk mesin basuh.  
walau beli murah, mcm sayang nak masuk mesin takut rosak masa putar.
kadang2 je aku spin kat mesin.

ini 80% tudung bawal dan shawl aku.
ada lagi 20% kat dlm laci.
ada lagi berpuluh2 helai bawal sebenarnya yg lama2.
yg beli since 2005, means sejak bekerja.
yg tu dah out dated sket so, bersemadi dlm kotak lah tempatnya.
ada yg aku kasik ke adik aku pun ada.
now kan semua  nak pakai bawal exclusif, berlian merelip merelap atas kepala.
mana nak pakai dah yg jenis kerawang bagai tu.

then now trend shawl kan?
2 line paling kanan is bawal, next 2 is shawl.
ada bawal biasa yg harga rm10, ada bawal aidijuma, ada bawal airis.
bawal exclusif tak da, tak mampu nak beli.
hahahah.
dulu masa bujang, boleh la beli bawal selai rm60.
now, memang tak kuasa nak beli.
rasa membazir.
tahun lepas terjebak ngan bawal aidijuma.
tu pun sebab kawan aku share kat fb dia g beli kat jualan gudang.
yg black label tinggai rm10 selai daripada rm30++ selai.
so aku kirim ke dia skali, ambik 6 helai terus.
aku suka jugak bawal sj ni tapi tengok patern jugak.
yg corak penuh yg white label tu aku tak minat sgt.
aku suka yg tak serabut sgt.
ada jugak bawal yg ada diamond tapi yg jenis biasa.
selai rm25-30 je selai.
masa g kelantan hari tu borong 50 helai balik jual.
aku ambik gak la 2-3 helai.
lawa2 tapi renyah nak jaga sebab ada batu merelip  merelap tu.
bawal ni tak habis musim org kata.
mcm2 jenis tudung yg timbul, bawal tetap ada pengikut dia kan?
cuma patern jelah tenggelam timbul.
now org pakai bawal plain je, selai rm7.
jimat btoi..

shawl pun sama.
mostly shawl aku tu jenis chiffon.
takda cotton ke apa ke, semua jenis kain licin lembut ja.
satin ada selai kut.
ada halfmoon ada butterfly shawl.
muka aku jenis penuh bulan mengambang, nak pakai shawl kena pakai inner awning ataupun inner magic.
tak blh pakai shawl saja, kang muka mcm talam.
tak sesuai.

tu baru shawl dan bawal, belum tgk tudung instant yg ada awning tu.
tudung instant beli kat pasar mlm je, brand ariani maaf tak mampu.
tak kisah bab jenama, janji lawa and selesa pakai.
pakai yg brand mahal2, merelip merelap, tapi tak patuh syariah, tak guna jugak ye dok?
uhuk uhuk uhuk..

aku rasa koleksi tudung aku ni sikit ja.
rasanya kat luar sana mesti lagi sakan tudungnya.
now sejak beranak pinak rasa berkira sket nak shopping utk diri sendiri.
beli sekadarnya je.
tapi dlm pada berpada2 tu banyak gak la beli kan?
dah kata kerja ye dok?
dulu zaman bujang lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii la banyak tudung aku.
nampak patern baru je beli.
nak2 dulu aku selalu balik siam, sana bawal memang mcm2 patern and murah dr sini.
so, duk borong sana la kan?
now, nak beli kena pikir2 dulu.
keperluan ke kehendak. hahahah.
then takda la nak beli yg mahal2 mcm dulu.
shawl aku tu rasanya ada je yg rm10, rm20 camtu.
sekarang kan melambak shawl, murah2 pulak tu.
brand dgn tak lebih kurang sama ja kualitinya.
lagi pun aku suka yg simple and plain ja.
tepuk dada tanya selera masing2.

sebenarnya up pic tu nak tanya, korang simpan mcm mana tudung2 korang?
hahahah.
tu topic asalnya..
sebab pada aku , susah la hai nak urus tudung2 ni smua.
nak2 yg jenis awning, makan ruang nak simpan.
dulu aku gantung smua tudung2 tapi lama2 rimas tgk sebab serabut.
so, nak tak nak kena rajinkan diri lipat susun mcm ni.
aku lagi suka susun mcm ni sebab nampak semua bila nak pilih.
cantik je kan tersusun.
tapi bila kalut2 nak pilih tudung, main tarik ja habis bersepah.
dah kena susun balik.
ni aku letak dlm drawer sampai roboh dah sebab berat.
nak kena cari drawer khas nak simpan tudung.
gituuuu..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...